Anda di halaman 1dari 1

8.

PENUTUP
Kesusasteraan tradisional merupakan himpunan karya-karya sastera yang terhasil
sejak

manusia

masih

lagi

mengamalkan

kepercayaan

animisme.

Maka,

ternyatalah kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak


sekian lama. Menurut Aftarudin (1990) dalam Naffi Mat (2006), sastera adalah
komunikasi seni yang hidup bersama bahasa. Ini bermakna sastera adalah
merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Karya sastera Melayu
merupakan seni bahasa yang menggunakan laras bahasa sastera yang berbeza
daripada laras bahasa harian atau sains. Pemilihan kata, unsur bunyi dan irama
yang tersusun indah mampu memikat hati pendengar dan pembacanya.
Pada masa kini, penerapan unsur seni bahasa seperti puisi dan prosa
tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat memenuhi
cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mewujudkan insan yang seimbang
dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Penggunaan bahan sastera diyakini
boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif. Bahan sastera boleh
digunakan untuk mengajar bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai
dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Hal ini
bergantung kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat
pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan dengan kumpulan
murid masing-masing. Oleh itu, sebagai guru, gaya bahasa dalam karya sastera
perlu dipelajari,dikaji dan dianalisis bagi memantapkan lagi kemahiran pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan guru khasnya guru-guru bahasa Melayu.
Kesimpulannya, guru mestilah merancang dan menyediakan persediaan
mengajar yang kemas dan sistematik dengan mengambil kira aspek kekuatan dan
kelemahan setiap pendekatan bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran pemulihan Bahasa Melayu. Pemilihan pendekatan, kaedah dan
teknik yang sesuai sangat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran yang
menarik dan berkesan yang mampu mencapai objektif. Harus diingat bahawa,
pengajaran yang berkesan mestilah bermula daripada satu perancangan yang
sistematik dan berupaya menjayakan misi dan visi ke arah pendidikan guru yang
berkualiti.
53

Anda mungkin juga menyukai