Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Oleh: Mohamad Azam bin Abu Bakar


Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya berjaya menyiapkan
tugasan matapelajaran Generik Pendidikan Islam (GPI1083) iaitu mengadakan satu program
ceramah yang bertajuk Halal bukan sahaja pada makanan ini dengan baik. Ia merupakan satu
tugasan baru bagi saya sebagai seorang pelatih persediaan ijazah sarjana perguruan. Pertama
sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Wan Hasmah Laili Binti Wan
Hamat kerana tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan program ceramah tersebut. Terima
kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan guru pelatih lain atas kerjasama yang mereka berikan
dalam menjayakan program ini terutamanya ahli jawatankuasa bahagian kebersihan. Kami
diberi tugasan untuk mengendalikan satu program sebagai kerja kursus matapelajaran Generik
Pendidikan Islam (GPI1083).
Pada mulanya, kami daripada semua kelas PPISMP ambilan Jun 2014 berbincang
bersama Ustazah Wan Hasmah Laili Binti Wan Hamat untuk memilih satu program untuk
dikendalikan. Pada mulanya banyak cadangan yang diutarakan seperti Festival halal, Kem
bestari solat, kursus kahwin dan sebagainya. Setelah berbincang, kami sebulat suara memilih
untuk mengadakan program ceramah yang bertajuk Halal bukan sahaja pada makanan.
Pengerusi yang dilantik untuk program ini ialah Mohd Zulfadzley Helmy Bin Mohd Hejemi dari
kelas Sejarah PPISMP ambilan Jun 2014. Kami kemudian memilih tarikh yang sesuai untuk
mengadakan program ini. Pemilihan tarikh pada mulanya sukar kerana terdapat kelas yang
tidak dapat mengikuti program tersebut pada tarikh yang ingin ditetapkan. Kemudian kami
sebulat suara menetapkan tarikh pada 4 mac 2015. Pada 4 mac 2015 terdapat juga program
lain diadakan di Dewan Auditorium Tun Abdul Zainal Adrus (TAZA). Oleh itu terdapat segelintir
guru pelatih muslim yang ingin mengikuti ceramah ini terpaksa berada di dewan TAZA kerana
mereka diwajibkan hadir ke TAZA.
Melalui program ini, hubungan silaturrahim antara guru-guru Islam dapat dieratkan lagi.
Tugasan ini merupakan tugasan pertama yang melibatkan semua pelajar islam dari kelas
PPISMP ambilan Jun 2014. Oleh itu, melalui perbincangan bersama dan kerjasama yang
diberikan secara tidak lansung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Kita sebagai umat
islam haruslah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain bertepatan
dengan hadis nabi yang bermaksud, Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Banyak perkara yang dapat kami pelajari daripada program ini seperti yang digariskan
oleh objektif program iaitu memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih akan pentingnya
mengenai penjagaan halal dan haram sesuatu perkara dalam kehidupan seharian. Sehubungan
dengan itu, sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlulah mengetahui tentang selokbelok halal dan haram dalam sesuatu perkara seperti yang telah digariskan mengikut syariah
Islam. justeru, program ini secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat muslim yang
dapat membezakan halal dan haram dalam Islam
Sebelum program ini, kami juga pernah diberikan tugasan kumpulan dan harus
dibentangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Kami diarah untuk membentuk beberapa
kumpulan dan akan diberikan tajuk untuk dibentangkan dalam kelas. Saya dan bersama-sama
ahli kumpulan saya iaitu Nur Adam bin Ismail dan Abdul Raouf telah membentangkan tajuk
peranan aqidah dan kesannya. Kami telah berbincang untuk menyiapkan slaid tersebut
mengikut masa yang telah ditetapkan. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat
membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk
bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain
mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut
sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu
lagi. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik,
perkongsian idea serta pengetahuan dan kemahiran. Kolaborasi seumpama ini telah banyak
membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Terdapat satu kumpulan sebelum kami yang telah membentangkan hasil kerja mereka.
Pada mulanya saya berasa agak gementar kerana khuatir tidak dapat menjawab soalan yang
akan ditanya semasa pembentangan sekiranya terdapat kekeliruan. Tetapi, Nur Adam
menenangkan saya bahawa dia akan sedaya upaya menjawab soalan daripada rakan-rakan
yang lain. Ustazah Wan Hasmah Laili Binti Wan Hamat telah mewajibkan pelajar dari kelas
Pengajian Agama PPISMP ambilan Jun 2014 untuk berada dalam setiap kumpulan agar mudah
untuk menjawab soalan yang akan diutarakan oleh rakan-rakan pelajar yag lain. Kumpulan
pertama telah membentangkan hasil kerja mereka dengan sangat baik sekali dan menjawab
persoalan dengan baik. Minggu seterusnya giliran kumpulan kami pula yang akan
membentangkan hasil kerja kami. Kumpulan kami telah membentangkan dengan sepenuh hati.
Segala persoalan yang diajukan telah dijawab oleh Nur Adam dan diperjelaskan lagi oleh
Ustazah Wan Hasmah Laili Binti Wan Hamat. Pembentangan daripada kumpulan kami berjalan
dengan lancar dan mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan pembentangan kami.

Terdapat banyak perkara yang saya dapat pelajari dalam menyiapkan kerja
kumpulan tersebut. Pertama ialah saya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang
ilmu-ilmu agama terutamanya mengenai aqidah. Bukan sahaja ilmu aqidah, banyak perkara
yang saya belajar daripada hasil pembentangan kumpulan lain. Selain itu saya lebih yakin untuk
bercakap di khalayak ramai. Pada mulanya saya berasa agak gementar kerana ini merupakan
kali pertama membentangkan hasil kerja dihadapan semua pelajar PPISMP ambilan Jun
2014.Tetapi saya memberanikan diri dan menyembunyikan kegementaran saya semasa
membentang. Selain itu saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan
daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini
dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih
awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir
bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati
standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat
seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai intihan, banyak pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari
sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan
dan kemahiran sedia ada saya. Sepanjang kelas GPI1083, banyak isu yang menjadi kekeliruan
kepada saya telah terjawab setelah bertanya soalan kepada kawan-kawan dan Ustazah Wan
Hasmah Laili Binti Wan Hamat. Kelas GPI1083 ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami
sesama guru pelatih Islam yang lain hasil daripada perbincangan dan kolaborasi bersamasama. Paling penting saya mendapat pengalaman baru seperti mengendalikan sesuatu
program dan sebagainya.