Anda di halaman 1dari 6

KONSERT JELAJAH K-POP 2015

Tarikh : 21 Mac 2015


Masa : 9.00 malam
Tempat : Danga Bay, Johor Bahru

SOALAN 1
Jamilah yang tinggal di Sepang merancang untuk menonton konsert tersebut. Semasa
dalam perjalanan ke sana, Jamilah menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Berikan
pendapat anda tentang solat Jamilah dalam situasi itu.
I - Tidak setuju / Tidak boleh / Tidak sah (1m)
H - Solat jamak qasar tidak boleh dilaksanakan untuk tujuan maksiat. (1m)
HL - Solat jamak qasar dibolehkan bagi tujuan yang dibenarkan syarak contohnya untuk
melawat orang sakit dan bercuti bersama keluarga. (1m)
K- Kesimpulannya, solat jamak dan qasar boleh dilaksanakan untuk musafir yang tujuan
baik sahaja. (1m)

SOALAN 2
Sejak zaman kanak-kanak lagi, Saidatina Aishah menunjukkan minat yang mendalam
terhadap ilmu pengetahuan.
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Saidatina Aisyah dalam
memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
I- Menuntut ilmu bersungguh-sungguh (1m)
H - kerana Allah (1m)
HL - seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah (1m)
K - Kesimpulannya, kita hendaklah memberi sepenuh perhatian dalam menuntut ilmu
agar kejayaan dapat dicapai.(1m)

Gambar Banjir yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini


SOALAN 3
Rumah Ahmad dilanda banjir lumpur. Walaupun rumahnya musnah tetapi dia dapat
menyelamatkan dirinya ke tempat yang lebih tinggi. Ahmad hanya menggunakan plastik
khemah sebagai tempat berteduh. Berikan pendapat anda tentang kewajipan solat
Ahmad dalam keadaan sedemikian.
I -Ahmad wajib menunaikan solatnya (1m)
H -kerana lumpur tidak dikategorikan sebagai najis. (1m)
HL -Tambahan lagi solat adalah tiang agama. (1m)
K- Kesimpulannya kita wajib menyempurnakan solat dan tidak boleh meninggalkannya
walaupun dalam apa jua keadaan. (1m)

Pepatah:
Ilmu yang idak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah
SOALAN 4
Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya situasi di atas berterusan?
I - Ramai orang yang berilmu (1m)
H - Tetapi tidak dapat menghasilkan sesuatu dalam kehidupan seharian (1m)
HL - Akibatnya pelaburan pendidikan tidak menghasilkan faedah yang besar.(1m)
K - Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dituntut agar menjadi
muslim yang sejati dan disegani ramai. (1m)

SOALAN 5
Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat
berseorangan dengan 27 darjah. Namun, pada masa kini terdapat banyak masjid yang
besar tetapi bilangan jemaahnya Semakin berkurangan.
Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
I - Tidak tahu kelebihan solat berjemaah / leka urusan dunia / (1m)
H - Kerana kurang menghadiri majlis ilmu (1m)
HL - pelaksanaannya adalah tuntutan kewajipan fardhu kifayah. (1m)
K - Kesimpulannya, umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat berjemaah bagi
mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda. (1m)

SOALAN 6:
Roslan ingin menunaikan solat zohor di surau sekolah. Setibanya di surau, beliau
mendapati bahawa solat zohor sedang dilaksanakan secara berjamaah pada rakaat
kedua.Bagaimanakah cara sekiranya Roslan ingin menyertai jamaah tersebut?
I - Secara makmum masbuk (1m)
H - Iaitu dengan memulakan solat solat niat secara berjemaah. (1m)
HL -Kemudian terus masuk pada rakaat kedua. Sebelum salam Ahmad hendaklah
bangun semula untuk menambah satu rakaat.(1m)
K - Kesimpulannya, Roslan masih boleh menunaikan solat secara berjemaah walaupun
terlewat. (1m)

SOALAN 7:
Masih ramai umat Islam yang hanya menekankan persiapan hari raya tetapi
mengabaikan Solat Hari raya. Pada pandangan anda mengapakah situasi ini berlaku?
Panduan penskoran
I - Kurang penghayatan agama(1m)
H - Kerana menganggap ibadat sunat tidak penting (1m)
HL - Sedangkan amalan sunat dapat menampung kecacatan amalan fardhu (1m)
K - Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat sunat hari raya kerana ianya
menanbah pahala yang akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak (1m)

SOALAN 8:
Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW menjadi kuat
dengan sokongan golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi.
Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah kita boleh menyumbang ke arah kekuatan
dan kejayaan masyarakat majmuk di Malaysia?
Panduan penskoran
-Menghormati adat dan budaya kaum lain. (1m)
H-Untuk mengekalkan persefahaman antara kaum. (1m)
HL-Seterusnya semua rancangan pembangunan dapat dijalankan dengan jayanya. (1m)
K-Kesimpulannya, jika kita sentiasa bersatu-padu masyarakat akan menjadi kuat. (1m)

SOALAN 9:
Faiz mengalami kemalangan jalan raya ketika menaiki motorsikal dan menyebabkan kaki
kanannya patah. Sebagai seorang muslim, beliau tetap wajib menunaikan solatnya.
Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah beliau boleh melakukan solat dengan
sempurna?
Panduan penskoran
I - Menunaikan solat secara duduk ataupun berlunjur (1m)
H- Mengikut rukhsoh yang telahpun disyariatkan. (1m)
HL-Terdapat rukhsoh solat yang diberikan ketika sakit bertujuan meringankan beban
hambaNya. (1m)
K-Kesimpulannya, solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan seseorang hambanya
pada ketika sakit. (1m)

SOALAN 10:
Terdapat ramai pelajar pada hari ini yang tidak menggunakan nikmat pancaindera
kurniaan Allah SWT dengan sebaik-baiknya walaupun dijanjikan balasan buruk kepada
mereka.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas
dalam kalangan rakan sebaya di sekolah?
Panduan penskoran
I - Menasihati mereka (1m)
H - Agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. (1m)
HL - Seperti menggunakan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT. (1m)

K - Kesimpulannya, orang yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT akan mendapat
keberkatan hidup dunia dan akhirat. (1m)

Anda mungkin juga menyukai