Anda di halaman 1dari 24

FAKTA SEBENAR

ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

FAKTA
SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU
TERHADAP SABAH

Editor:

Nurul Insyirah Mohd Ishah


Noor Hidayah Yusof
Sekalung budi dan penghargaan:

Pn Imelda Godon
Penerbitan Dasar Negara Negeri Sabah
En Ramlin Alim
Pemeliharaan Arkib Awam Dan Kaji Selidik Negeri Sabah

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Pendahuluan
Insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu
Sabah oleh sekumpulan penceroboh yang mendakwa
sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu pada 12
Februari 2013 di Kampung Tanduo, Felda Sahabat
telah menggugat keselamatan dan kesejahteraan
rakyat Sabah.
Insiden tersebut turut mengorbankan wira-wira
negara dalam usaha mempertahankan kedaulatan
Sabah yang tercalar akibat kepada tuntutan waris
Sultan Sulu terhadap negeri Sabah, kononnya
merupakan hak kedaulatan mereka.

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
Persoalannya, setelah Malaysia merdeka dan
menjadi negara berdaulat dan bakal merayakan
penubuhannya yang ke-50 tahun ini, adakah wajar
isu tuntutan terhadap Sabah ini dibangkitkan
semula, lebih-lebih lagi oleh kerajaan yang sudah
tidak wujud di dunia? Melalui buku ini, ia akan
mengupas dan merungkaikan persoalan yang timbul
melalui fakta sebenar.
Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus
Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Madya Dr.
Ismail Ali pakar dalam bidang Sejarah dan Peradaban
Maritim (Kelautan) Kepulauan Borneo menyatakan
tindakan pencerobohan bersenjata yang didalangi
oleh Jamalul Kiram III berlaku disebabkan faktor
berikut;
gagal memahami fakta sejarah;
gagal menerima realiti sejarah
gagal membezakan konsep kesultanan pada
masa dahulu dengan konsep negara bangsa
tidak menghormati hak kedaulatan negara
dan;
3

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
tidak memahami perundangan antarabangsa
- New Sabah Times ,12 Mac 2013
Fakta sejarah yang menyatakan bahawa negeri
Sabah atau ketika itu Borneo Utara merupakan
sebuah wilayah takluk di dua kerajaan tradisional
iaitu Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu adalah
tidak dapat dinafikan iaitu sebelum kedatangan
kuasa imperialisme Barat ke rantau ini pada akhir
abad ke-18.
Meskipun pernah diperintah oleh Kesultanan Sulu,
Sabah atau pada masa itu dikenali sebagai Borneo
Utara telah diletakkan di bawah pentadbiran British
North Borneo Company pada 1878 dan Empayar
British sebelum diberikan kemerdekaan dan
membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama
Sarawak dan Tanah Melayu.
Sejarawan Prof. Emeritus Dr. Ranjit Singh dari
Universiti Utara Malaysia dalam wacana bertajuk
The Lahad Datu Imbroglio: The Sabah Claim and
Beyond di Universiti Malaya pada Mac 2013 turut
4

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
menegaskan bahawa fakta sejarah dan bukan
sejarah jelas menunjukkan Sabah sebuah negeri yang
berdaulat dalam Malaysia. Menurutnya, kenyataan
bahawa Kesultanan Sulu dan Filipina sudah hilang
hak kedaulatan ke atas Sabah berdasarkan prinsip
keberkesanan harus dan wajar diterima dengan hati
terbuka oleh pihak-pihak terbabit.

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah


Isu tuntutan terhadap Sabah ini bukanlah kali
pertama ditimbulkan. Tuntutan terhadap Sabah
ini telah bermula sejak April 1962 iaitu semasa
Konsep Persekutuan Malaysia sedang diperdebatkan
dan kerajaan Filipina ketika itu telah membuat
pengumuman rasmi tuntutan terhadap Sabah.
Namun, atas semangat ASEAN, kerajaan Filipina telah
membatalkan tuntutan tersebut dan mengiktiraf
Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Menyedari usaha mendapat kembali Sabah melalui
kerajaan Filipina tidak mendatangkan hasil, keluarga
Kiram yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu
mengambil tindakan drastik dan menceroboh
Sabah untuk mencapai hasrat tertunda tersebut.

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Benarkah Kesultanan Sulu ini wujud?

Kesultanan Sulu pernah wujud pada abad ke-15 dan


diiktiraf oleh Kesultanan Brunei yang merupakan
antara empayar paling tua dan terbesar dari segi
luas kawasan di dunia. Semasa pemerintahan Sultan
Bolkiah (T.M. 1485 1524), keseluruhan Borneo ini
dimiliki oleh empayar Kesultanan Brunei dan Sultan
Brunei sendiri bergelar Sultan Borneo pada ketika
itu.

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
Meskipun Kesultanan Brunei ketika itu mengiktiraf
ketuanan Kesultanan Sulu namun berdasarkan
Tarsilah Brunei, Kesultanan Brunei di bawah
kepimpinan Sultan Muhyiddin tidak pernah
memberikan wilayah di Borneo Utara dan wilayah
di Pantai Timur kepada Sultan Sulu kerana angkatan
Sultan Sulu tidak pernah memberikan bantuan
sepenuhnya kepada Sultan Muhyiddin dalam
perang saudara di Pulau Chermin. Mengikut sejarah,
mereka dikatakan bersembunyi di Pulau Keingaran
dan hanya datang ke Pulau Chermin setelah tamat
peperangan untuk merampas harta benda sahaja -

Perkara utama yang harus diterima ialah ketuanan


Kesultanan Sulu hari ini hanya tinggal kenangan
dalam lipatan sejarah kerana tidak pernah menjadi
negara berdaulat selepas Filipina menjadi sebuah
negara bangsa bergelar Republic of Philippines
Petikan New Sabah Times ,12 Mac 2013, Prof.
Madya Dr. Ismail Ali, Fahami Apa Itu Fakta dan
Realiti Sejarah,

FAKTA SEBENAR
FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
isu tuntutan
terhadap Sulu
Sabahyang
ini dibangkitkan
semula,
Status
Kesultanan
pernah menjadi
lebih-lebih
lagi oleh
kerajaan
sudah
tidak
sebuah
kerajaan
berdaulat
telah yang
berubah
selepas
wujud 1878
di dunia?
Buku
kecil ini autoriti
akan mengupas
dan
tahun
kerana
kehilangan
dan wujud
sebagai
sebuah persoalan
kerajaan yang
menumpang
di bumi
merungkaikan
yang
timbul melalui
fakta
Filipina
sebenar.selepas penjajahan Sepanyol dan kemudian
Amerika.

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Perlukah pampasan tahunan diteruskan?

TIDAK. Ini kerana berdasarkan Perjanjian 1878, ia


merupakan urusan antara Baron de Overbeck dan
Alfred Dent (Syarikat Berpiagam Borneo Utara)
dengan waris Sultan Sulu sahaja.

Menurut Prof. Dr. Ranjit Singh dari Universiti Malaya


dalam wacana bertajuk The Lahad Datu Imbroglio:
The Sabah Claim and Beyond turut menggesa
Malaysia menghentikan bayaran penyerahan
tahunan kepada waris kesultanan itu pada masa
hadapan dan menutup kes itu dengan mengadakan
dasar tegas untuk melindungi kedaulatan Sabah .
Mengulas lebih lanjut, mantan Pengarah Arkib
Negeri Sabah, Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal
Abidin menjelaskan bahawa mengikut rekod sejarah
di Malaysia, Filipina dan Brunei, Sultan Sulu terakhir
yang diiktiraf iaitu Sultan Jamalul Kiram II yang
mangkat pada tahun 1963 tidak mempunyai anak
atau waris lelaki. Beliau hanya mempunyai tujuh
orang anak perempuan sedangkan dalam hukum
10

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
Islam, seorang wanita tidak boleh dilantik sebagai
waris atau pengganti dan ada dinyatakan di dalam
perjanjian tersebut bahawa bayaran mesti dibuat
kepada waris atau pengganti sahaja.
Dalam soal ini, jelaslah bahawa Sultan Sulu tidak
mempunyai waris atau pengganti dan yang ada
hanyalah keturunan, sedangkan dalam perjanjian
yang ditandatangani tidak ada disebut mengenai
keturunan atau keluarga. Ini jelas tuntutan mereka
tidak berkaitan dari segi perjanjian.

11

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Berasaskah tuntutan ini dibawa ke


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Akhbar Filipina Philippine Star melaporkan
bahawa kerajaan Filipina tidak pernah melepaskan
Sabah dan telah melantik sepasukan peguam untuk
mengkaji tuntutannya ke atas Sabah.
Kerajaan Filipina berpendapat masih mempunyai
hak untuk membawa tuntutan ini ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa kerana meskipun kewujudan
Kesultanan Sulu tidak diiktiraf oleh kerajaan
Filipina namun kedaulatan Kesultanan Sulu telah
dipindahkan kepada kerajaan Filipina. Ini kerana
menurut mereka, Kepulauan Sulu merupakan
sebahagian daripada negara Filipina.

Sehingga kini kerajaan Filipina dan keturunan Sultan


Sulu percaya bahawa Sultan Sulu iaitu Sultan Jamalul
Azam hanya memajak Sabah tanpa menyerahkan
hak kedaulatan Sultan Sulu kepada Overbeck dan
Dent berdasarkan terjemahan teks Perjanjian 1878
versi Amerika Syarikat.
12

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
Malaysia pula berpendapat Sultan Sulu telah menjual
Sabah dengan menyerahkan hak kedaulatan Sultan
Sulu kepada Overbeck dan Dent berdasarkan teks
terjemahan versi British - Dr. Nordi Achie, Sejarah
Malaysia UMS, Tragedi 923 Pencerobohan berdarah
tentera Sulu di Lahad Datu, Utusan Borneo.
Sekiranya kerajaan Filipina membawa tuntutan ini ke
ICJ, Malaysia mempunyai peluang yang lebih besar
untuk memenangi kes ini atas dasar:
5.1
Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan
suara di Sabah dan majoriti penduduk Sabah
menyokong pembentukan Malaysia sekaligus
menolak untuk bergabung dengan Filipina atau
kembali ke pangkuan Sultan Sulu.
5.2
Presiden Macapagal pada 28 Januari 1963
berucap bahawa kerajaan Filipina sendiri telah
memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah
untuk menentukan masa depan sendiri.
5.3

Secara Prinsip Keberkesanan, Kesultanan


13

FAKTA SEBENAR
FAKTA SEBENAR
ISUTUNTUTAN
TUNTUTAN SULU
SULU TERHADAP
ISU
TERHADAP SABAH
SABAH
Sulu mahupun kerajaan Filipina telah hilang hak
5.3
Secara Prinsip Keberkesanan, Kesultanan
kedaulatan ke atas Sabah kerana kerajaan Filipina
Sulu mahupun kerajaan Filipina telah hilang hak
tidak
pernahkementadbir
atau
hadiriasecara
fizikal
kedaulatan
atas Sabah
kerana
(Filipina)
tidakke
atas
Sabah.
pernah
mentadbir atau hadir secara zikal ke atas

Sabah.
Sekiranya dilihat kepada fakta sejarah entiti
Kesultanan
Brunei adalah
antarafakta
kesultanan
yang
Selain itu, sekiranya
dilihat kepada
sejarah entiti
masih
wujudBrunei
sehingga
kiniantara
dan lebih
mempunyai
Kesultanan
adalah
kesultanan
yang
masih
wujud sehingga
dan Namun
lebih mempunyai
hak
kedaulatan
ke atas kini
Sabah.
atas dasar
hak kedaulatanperjanjian
ke atas Sabah.
Namun
atas dasar
menghormati
yang telah
dibuat,
Brunei
menghormati
yang telah
dibuat,
tidak
menuntutperjanjian
hak kedaulatan
ke atas
Sabah Brunei
kerana
tidak menuntut
kedaulatan
ke atas Sabahdaripada
kerana
mereka
turut hak
menerima
perlindungan
mereka turut menerima perlindungan daripada British.
British.

14

14

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Status Sabah dalam Malaysia


Berdasarkan fakta sejarah Malaysia, Brunei dan
Filipina jelas bahawa status Sabah dalam Malaysia
tidak boleh dipertikaikan kerana secara perundangan
Sabah sah dalam Malaysia setelah Sabah bebas
daripada penjajah berdasarkan kepada lima piagam
pembebasan Sabah seperti berikut:
Piagam Pertama
Sultan Brunei membuat perjanjian dengan Alfred
Dent dan Baron de Overbeck pada 28 Disember
1877.
Piagam Kedua
Sultan Sulu membuat perjanjian dengan Alfred Dent
dan Baron de Overbeck pada 22 Januari 1878.
Piagam Ketiga
British memberi kuasa kepada Syarikat Berpiagam
Borneo Utara untuk mentadbir Sabah pada 1
November 1881.

15

FAKTA SEBENAR
FAKTA
SEBENAR
ISUTUNTUTAN
TUNTUTAN SULU TERHADAP
ISU
TERHADAPSABAH
SABAH
Piagam
Piagam Keempat
Keempat
Menandatangani
Perjanjian
bergabung
Menandatangani Perjanjian
untukuntuk
bergabung
dengan
dengan
Sarawak,
Singapura
dan Persekutuan
Tanah
Sarawak,
Singapura
dan Persekutuan
Tanah Melayu
Melayu
untuk merdeka
penjajahan
British
untuk merdeka
daripadadaripada
penjajahan
British pada
9
pada
9 Julai 1963.
Julai 1963.
Piagam
Piagam Kelima
Kelima
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu membuat
membuat satu
satu
referendum
dan mengumumkan
bahawa majoriti
referendum dan
mengumumkan bahawa
majoriti
Sabah
sebahagian
Sabah dan
dan Sarawak
Sarawak mahu
mahu menjadi
menjadi sebahagian
daripada
Malaysia.
daripada Persekutuan
Persekutuan Malaysia.
Justeru,
berasaskan
kepada
piagam-piagam
ini
Justeru, berasaskan
kepada
piagam-piagam
ini tiada
tiada
satu pihak
pun termasuklah
Sulu boleh
satu pihak
pun termasuklah
SultanSultan
Sulu yang
boleh
menuntut
Sabah.
menuntut Sabah.

16
16

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Kesimpulan
Hakikatnya, sebagai sebuah negara merdeka dan
berdaulat yang diiktiraf oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu, Malaysia tidak seharusnya tunduk
kepada mana-mana kerajaan yang mahu menuntut
wilayah yang terdapat di Malaysia, apatah lagi
kerajaan tersebut sudah tidak wujud di dunia.

sejarah jelas menunjukkan Sabah sebuah negeri


Kita
tidak perludalam
bimbangMalaysia.
kerana undang-undang
yangjuga
berdaulat
Menurutnya,
Malaysia
boleh
melindungi
dan Sulu
mempertahankan
kenyataan bahawa Kesultanan
dan Filipina
negara
dalamhak
hal kedaulatan
ini.
sudah hilang
ke atas Sabah kepada
Malaysia berdasarkan prinsip keberkesanan harus
Tragedi pencerobohan berdarah di Lahad Datu
dan wajar diterima dengan hati terbuka oleh pihakitu adalah ujian buat rakyat Malaysia dan wajar
pihak terbabit.
dijadikan iktibar pada masa akan datang.

17

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
Sumber:
Ramlin
Alim,
Ketua
Bahagian
Pemeliharaan Arkib Awam dan Kaji
Selidik, Jabatan Arkib Negeri Sabah.
Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal
Abidin, mantan Pengarah Arkib Negeri
Sabah.
Prof. Dr. Ranjit Singh, Pakar Sejarah
Sabah dan Sarawak, Universiti Utara
Malaysia, Wacana The Lahad Datu
Imbroglio: The Sabah Claim and
Beyond.
Mohd Ariff bin Dato Hj Othman,
Tuntutan Filipina Terhadap Sabah
Implikasi dari segi Sejarah, Undangundang dan Politik.

18

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH
Rencana bertajuk Fahami Apa Itu Fakta
dan Realiti Sejarah dalam New Sabah
Times, oleh Prof. Madya Dr. Ismail Ali,
Pengarah Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan.
Rencana bertajuk Tragedi 923
Pencerobohan Berdarah Tentera Sulu
di Lahad Datu dalam Utusan Borneo,
oleh Dr. Nordi Achie, Pensyarah Kanan
Sejarah Malaysia di Pusat Penataran
Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia
Sabah (UMS).

19

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Kronologi Tuntutan
Terhadap Sabah

Kesultanan

Abad ke-14 dan ke-15


Empayar
Kesultanan
Brunei
keseluruhan Kepulauan Nusantara.

Sulu

memiliki

Abad ke-17 dan ke-18


Sebahagian besar wilayah di bahagian
utara dan pantai timur Sabah ditadbir oleh
Kesultanan Sulu setelah diserahkan oleh
Kesultanan Brunei sebagai ganjaran ke atas
pertolongan yang diberikan oleh Sulu dalam
menyelesaikan perang saudara antara Sultan
Muhyiddin dengan Sultan Abdul Hakkul Mubin
di Pulau Chermin, Brunei.

20

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Abad ke-18 dan ke-19


Kesultanan Sulu meluaskan empayar ke Sabah
bertujuan mengeksploitasi pelbagai sumber
daratan dan marin.
Tahun 1878
Dominasi Kesultanan Sulu di wilayah-wilayah
jajahannya di Sabah berakhir apabila Sultan
Jamalul Alam menyerahkan sendiri wilayahwilayah tersebut kepada British North Borneo
Company melalui perjanjian 1878 berikutan
penjajahan Sepanyol ke atas Filipina.
Tahun 1962
Sultan Esmail Kiram I menyerahkan surat rasmi
kepada Presiden Macapagal untuk meminta
bantuan Kerajaan Filipina membantunya
menuntut sebahagian wilayah di Sabah bagi
pihak Kesultanan

21

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Tahun 1966
Usaha menuntut hak kedaulatan oleh waris
Kesultanan Sulu yang diterajui oleh keluarga
Kiram berkubur apabila Presiden Ferdinand
Marcos yang menggantikan Presiden Macapagal
mengiktiraf secara rasmi bahawa Sabah adalah
sebahagian daripada Malaysia.
Tahun 1974
Isu tuntutan ke atas Sabah ini semakin kuat
apabila Kerajaan Filipina di bawah Presiden
Marcos melalui Presidential Memorandum
Order 427 telah mengiktiraf semula kewujudan
Kesultanan Sulu apabila anak Sultan Esmail
Kiram iaitu Datu Mohammad Mahakuttah A.
Kiram ditabalkan sebagai Sultan Sulu.

22

FAKTA SEBENAR
ISU TUNTUTAN SULU TERHADAP SABAH

Tahun 1977
Presiden Marcos mewakili Kerajaan Filipina
menarik balik hasrat untuk menuntut Sabah
atas semangat ASEAN semasa berlangsungnya
Persidangan Kemuncak ASEAN di Kuala
Lumpur.
Tahun 1989
Usaha menuntut Sabah dihidupkan semula
apabila Sultan Jamalul Kiram III mendesak
Kerajaan Filipina menuntut Sabah bagi pihak
waris Sultan Sulu tetapi tidak dipenuhi oleh
Kerajaan Filipina.

23

FAKTA
FAKTA SEBENAR
SEBENAR
ISUISU
TUNTUTAN
SABAH
TUNTUTANSULU
SULU TERHADAP
TERHADAP SABAH

9 Februari 2013
Sultan
Jamalul2013
Kiram III bertindak bersendirian
9 Februari
bersama
pengikutnya
meneruskan
tuntutan itu
Sultan Jamalul
Kiram III
bertindak bersendirian
dengan
carapengikutnya
yang lebih drastik,
menceroboh
bersama
meneruskan
tuntutanSabah
itu
dandengan
melakukan
kekacauan
dan kekejaman
yang
cara yang
lebih drastik,
menceroboh
melanggar
peraturan
antarabangsa.
Sabah dan
melakukan
kekacauan dan kekejaman
yang melanggar peraturan antarabangsa.

24
23

Anda mungkin juga menyukai