Anda di halaman 1dari 38

Assalamualaikum para pembaca sekalian.

Sekali lagi saya tergerak untuk berkongsi isi


buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II, kali ini daripada
sebuah bab yang belum diedit lagi dan tajuknya seperti di bawah... Silakan!

DEMOKRASI
VS.
RAJA-RAJA
SATU SISIPAN TAMBAHAN
oleh Muhammad Al-Aminul Rasyid
Satu thesis melepaskan geram terhadap keadaan dunia sekarang yang pincang penuh
penipuan akibat dakyah Barat yang dipelopori Yahudi, dakyah yang dicipta supaya
dunia boleh ditakluki mereka... Ditulis selepas mengkaji pelbagai aspek sistem keilmuan
moden yang dilihatnya telah ditentukan hala-tuju oleh para pemikir Zionis melalui
agenda tertentu, para pemikir yang menguasai kurikulum pengajian dunia...
Masyarakat moden yang kononnya berjiwa liberal, bebas tanpa batasan, berpendidikan
tinggi dalam zaman langit terbuka, sudah faham segala-galanya tentang dunia sering
mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan sejagat,
ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang dikatakan ideal, adil lagi saksama. Tetapi
jika dikaji sedalam-dalamnya sehingga ke akar-umbi, demokrasi adalah sistem ciptaan
Yahudi yang membolehkan manusia yang buruk akhlak naik memegang tampuk
kepimpinan dan kekuasaan. Kerana ia berdasarkan suara dan sokongan ramai, kononnya
suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran dan pemerintahan
sesuatu masyarakat ataupun negara.
Kajilah sejarah dengan akal dan mata-hati yang terbuka. Read between the lines, baca apa
yang tersirat, jangan setakat baca membabi-buta lalu percaya semuanya yang disua tanpa
ditimbang dengan sokongan Al Quran dan Hadis. Baca dengan hati yang terang supaya
dapat mengenal kepalsuan yang diwar-warkan melalui kurikulum-kurikulum segala
macam ilmu termasuk perspektif sejarah yang sebenarnya membodohkan. Sistem
demokrasi dihalalkan sebagai prinsip ideal pentadbiran Yunani dahulukala yang berjaya
menerbitkan masyarakat bertamadun tinggi lagi saksama. Betulkah ini atau tamadun ini
gilang-gemilang kerana wujudnya prinsip Tauhid dari Syariat-syariat para Nabi terdahulu
yang dipraktikkan mereka?
Walaupun Barat sering mewar-warkan mereka sebagai penyembah berhala, apakah tidak
mungkin ini cuma kepercayaaan masyarakat kebanyakan atau segelintir rakyat sahaja
sedangkan mereka, terutama golongan pemikir dan cendekiawan yang ikhlas lebih dekat
kepada ajaran pemikir besar Yunani, Plato yang kalau dikaji secara mendalam mendekati

ajaran Tasawuf yang mengEsakan Allah dalam maknanya yang hakiki?


Sebenarnya ada banyak jenis golongan pemikir di Yunani ataupun Greek dan seperti di
dalam masyarakat-masyarakat lain, tidak semuanya betul. Cuba cari ensaiklopaediaensaiklopaedia atau bahan rujukan terkemuka dan cari perkataan sophistry, makna serta
sejarahnya. Pernahkah anda mendengarnya? Kalau tidak, belajarlah
Sophistry adalah sejenis falsafah yang menyatakan tidak wujud apa-apa bentuk
kebenaran mutlak, berlawanan dengan ajaran setiap agama yang benar bahawa kebenaran
mutlak ataupun ilmu yang haq itu wujud di sisi Allah Subhanahuwataala dan diturunkan
kepada manusia dalam bentuk wahyu, dihuraikan pula melalui ajaran Nabi-nabi. Menurut
para penganut falsafah ini, kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata,
kesaksian melalui lima pancaindera dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah.
Natijahnya, siapa yang lebih pandai bercakap, berjaya mengemukakan alasan-alasan dan
"bukti" yang "kukuh" yang tidak dapat ditandingi pihak lawan, dialah yang benar. Natijah
seterusnya pula, kebenaran itu boleh dijual-beli, asalkan kena harganya.
Bukannya kita tidak tahu, di dalam kehidupan seharian, bukti yang benar boleh
"dilesapkan" untuk digantikan dengan "bukti yang lebih sahih". Dan dalam sesuatu
perdebatan, orang yang jahat lagi lick boleh menggunakan teknik berkata-kata yang
sesuai atau oratoriol skills berserta soalan-soalan rhetorics untuk menekan orang yang
benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukan lalu dituduh sebagai penipu pula.
Malah seseorang itu tidak perlu pergi jauh mempelajari teknik-teknik berbahas yang
rumit untuk "menyatakan kebenaran." Seorang lelaki sasa yang berkuasa boleh
menyebabkan seorang perempuan lemah yang dirogolnya menggugurkan tuduhan dengan
menjerkahnya sekali soal serta memandangnya dengan tajam Itulah sophistry, ilmu
segolongan cendekiawan dan pemikir Yunani yang dikenali sebagai sophist 2,500 tahun
dahulu Kalau hendak tahu, inilah asal-usul prinsip guaman yang menggalakkan
kepandaian berkata-kata dan bermain-main dengan barangan bukti untuk memenangkan
hujah sehingga berjaya menegakkan benang yang basah.

Sebuah ensaiklopaedia menakrifkan sophists (orang yang mengamalkan sophistry)


sebagai ahli sebuah pergerakan pengajian ilmu di bandar-bandar Greek ataupun Yunani
pertengahan abad 400 Sebelum Masihi, terdiri daripada guru-guru pendatang yang
mengajar ilmu tatabahasa dan public speaking, kemahiran berucap di hadapan ramai.
Orang-orang ini tidak berminat kepada perbincangan falsafah dan ilmu-ilmu berkaitan
kejadian alam malah mengutuk prinsip-prinsip moral, agama, juga undang-undang
sebagai adat-adat ciptaan manusia sahaja, tidak lebih dari itu. Lalu mereka menganggap
adalah lebih baik untuk menjadi orang yang berjaya (seperti kaya-raya, berkuasa dan
sebagainya) tanpa perlu memikirkan masalah-masalah moral, etika ataupun menyimpan
niat murni. Maka itu mereka percaya seseorang itu tidak perlu merasa bertanggung-jawab
untuk mematuhi apapun bentuk undang-undang malah boleh melanggarnya asalkan dapat
mengelakkan diri daripada ditangkap.
Antara ahli sophist yang terkenal ialah Protagoras, Gorgias, dan Antiphon, para pemikir
yang amat disanjungi mereka yang menjunjung tinggi ilmu guaman. Sebab itu pemikir
besar Yunani, Plato menyebut gurunya Socrates menentang golongan sophists kerana
ajaran-ajaran mereka boleh menghancurkan masyarakat.

Socrates adalah seorang mahaguru falsafah dan ilmu pemikiran yang amat mementingkan
moral dan etika. Malah jika diteliti lebih mendalam, ajaran-ajarannya tidak banyak
bezanya dengan ajaran agama Tauhid yang dibawa para Rasul dan Nabi. Hamba Allah
yang hidup di Athens (ibunegara Greek sekarang) ini suka berpakaian ringkas serta
mengurangkan makan dan minum, sama seperti amalan para Nabi Beliau selalu mengajar
khalayak umum di tepian jalan dan pasar-pasar dengan menyoal mereka tentang prinsip
hidup lalu menegur kekurangan dalam jawaban yang diberi.
Socrates cuba mengajar cara berfikiran yang suci murni dalam menangani kehidupan,
ajaran-ajaran yang menyinggung keadaan semasa dengan menyatakan secara tersirat
bahawa para pemerintah mestilah terdiri daripada mereka yang benar-benar tahu
memimpin, bukan sekadar memerintah mengikut nafsu atau memuaskan ego sahaja.
Pendekkata mereka mesti terdiri daripada para pemimpin sejati yang benar-benar
inginkan masyarakat mencapai kesejahteraan zahir dan batin, bukan setakat menjadi
pemerintah kerana berjaya dipilih orang ramai mengikut sistem demokrasi.. Lalu ajaranajaran beliau dikira melawan demokrasi. Maka itu, lambat-laun nanti, tidak dapat tidak,
beliau akan dimusuhi golongan yang tidak senang terhadap ajarannya dan termasuk
musuh-musuh ini adalah orang-orang yang paling berpengaruh di Athens.
Tidak lama kemudian, Socrates pun dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan
hukuman mati kerana masih tetap berpegang teguh kepada ajaran-ajarannya. Apakah
tidak mungkin, orang-orang yang menjatuhkannya adalah para pengikut ajaran sophist?
Mereka yang pandai memainkan kata-kata untuk memenangi hati rakyat lalu dipilih
memimpin Athens mengikut sistem demokrasi ciptaan Yahudi?
Sesetengah sejarahwan percaya kebudayaan Yunani yang amat dibangga-banggakan
Barat adalah warisan daripada sebuah masyarakat yang telah lebih wujud jauh lebih
dahulu, lebih 1000 tahun sebelum Masihi di sebuah kawasan yang dipanggil Arcadia. Ada
pula kajian menyebut, masyarakat Arcadia terdiri daripada satu puak Yahudi yang telah
membawa diri dari Jerusalem. Dan kemungkinan besar mereka ini adalah keturunan para
penyembah berhala yang pernah diketuai Samiri, pengikut Nabi Musa yang telah
mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.

Melalui prinsip sophistry, sistem demokrasi dapat dihalalkan sepenuhnya apabila katakata yang dipersetujui ramai tanpa dapat dilawan dianggap kebenaran yang tidak boleh
disanggah lalu menggantikan kebenaran mutlak yang bersumberkan Ilahi. Fikirkanlah
secara bijak dan jujur, bolehkah Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin jika
demokrasi ala Barat, suara ramailah yang dijadikan sebagai ukuran kelayakan?
Sedangkan rakyat pada waktu itu, masyarakat Arab Jahiliah sudah biasa mengamalkan
seks bebas, kuat minum arak dan menyembah berhala, langsung tidak mahu menyokong
Islam yang melarang semua perbuatan ini. Bukankah baginda pada mulanya ditolak oleh
kaumnya sendiri sehingga terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya di Mekah
untuk berhijrah ke Madinah di mana penduduknya telah lama menunggu kehadiran Nabi
dan Rasul akhir zaman?
Cuma mereka yang mengenali kebesaran Nabi dan kemuliaannya melalui tanda-tanda
tertentu dan sifat-sifat baginda sahaja yang mula-mula menyokongnya, bukannya
demokrasi orang ramai. Baginda dipilih oleh Allah SWT, bukannya manusia biasa yang

tidak sunyi daripada membuat kesilapan. Maka itu baginda mendapat sokongan dari
langit menyebabkan baginda berjaya mengIslamkan seluruh bumi Arab. Tetapi jikalau
mengikut prinsip sophistry yang kemudiannya "membenarkan" pelbagai cabang ilmu
ciptaan Yahudi, manusia-manusia suci seperti Nabi yang cuma ingin memperjuangkan
kebenaran yang dinyatakan Ilahi boleh diperlekehkan atau didiscredit sebagai manusia
sakit jiwa yang mengalami apa yang dipanggil di dalam ilmu psychology sebagai
messianic complex, penyakit orang yang menganggap dirinya pejuang kebenaran yang
diutuskan untuk memperbaiki masyarakatnya. Maka itu, mereka yang "disahkan"
mempunyai messianic complex didakwa mahu menyebarkan fahamannya kepada orang
ramai kerana cuma mahu memenuhi kelopongan ataupun kekurangan diri yang kononnya
wujud dalam jiwanya, sepertimana seorang anak yang membesar tanpa perhatian yang
secukupnya boleh menjadi seorang manusia yang gilakan publisiti apabila dewasa nanti.
Mengikut ilmu psychology juga, wahyu serta ilham para Nabi yang diperolehi melalui
jalan-jalan ghaib seperti perantaraan malaikat Jibril boleh melayakkanya mereka untuk
digolongkan sebagai penghidap penyakit jiwa schizoprenia iaitu penyakit orang yang
mendengar bunyi-bunyi atau melihat perkara-perkara yang cuma dialami mereka,
pengalaman yang tidak dapat dibuktikan kewujudannya kepada orang lain. Lalu sekali
lagi prinsip sophistry digunakan untuk menutup kebenaran mutlaq milik Allah
Subhanahuwataala sedangkan bukankah orang-orang Islam disuruh beriman kepada
perkara-perkara ghaib? Bukankah beberapa rukun Iman seperti percaya kepada Malaikat
melibatkan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa tetapi telah
dialami dengan benar oleh manusia-manusia suci seperti Nabi? Maka itu, jika rakyat
terlalu percayakan demokrasi ciptaan Barat, mahukah mereka menyokong orang "gila",
berpenyakit messianic complex dan schizoprenic seperti Nabi? Mahukah masyarakat
jahiliah mengangkat pemimpin yang akan menghapuskan segala kesukaan mereka seperti
berjudi, minum arak dan menyembah berhala?
Fikirkanlah, kalau sesebuah masyarakat ataupun negara terdiri daripada majoriti rakyat
yang telah rosak akhlak, maka pemimpin bagaimanakah yang akan dipilih dan dinaikkan
ke persada kekuasaan? Apakah tidak mungkin mereka akan memilih ketua yang
menggalakkan orang ramai minum arak? Sanggup menobatkan manusia buruk perangai
yang boleh mengurangkan cukai arak jika itulah kesukaan ramai, atau pemimpin yang
mengalakkan pembukaan lebih banyak kelab-kelab malam dan disko malah melupuskan
sama sekali cukai hiburan jika rakyatnya suka beronggeng?
Inilah yang sebenarnya dikehendaki puak Yahudi Zionis, satu pecahan ekstremis Bani
Israel yang percaya bahawa mereka adalah bangsa pilihan Tuhan dan mereka kononnya
telah ditentukan Yang Maha Kuasa untuk memerintah dunia. Mereka ini percaya dan
yakin, adalah menjadi hak semulajadi ataupun birthright mereka untuk menundukkan
bangsa-bangsa lain di bawah tapak kaki mereka. Kononnya inilah yang telah digariskan
di dalam kitab Talmud pegangan mereka, yang merupakan ulasan para ulamak Yahudi
turun-temurun terhadap kitab Torah ataupun Taurat yang dibawa Nabi Musa AS, kitab
yang sebenarnya sudah lama diselewengkan. Tetapi susah untuk puak Yahudi ini
menundukkan dunia dan penduduknya jika masih wujud raja-raja yang sebenar, raja-raja
berwibawa yang sangat kuat pegangan agamanya dan mencontohi akhlak sebenar Nabi
Muhammad Rasulullah SAW yang mulia. Maka itu dicipta sistem demokrasi supaya
orang-orang berakhlak buruk dari kalangan masyarakat termasuklah golongan mereka
sendiri boleh naik memegang tampuk kekuasaan. Kerana suatu masa dahulu semua

masyarakat di dunia termasuk di Eropah amat peka terhadap nasab dan asal-usul
seseorang, cuma mereka yang diakui keturunan dan kemuliaannya sahaja boleh
memegang tampuk kepimpinan masyarakat.
Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala Barat, demokrasi berParlimen yang bermula
dengan peristiwa Magna Carta di England 800 tahun lalu, perjanjian pertama dengan raja
yang membolehkan rakyat mempunyai suara ke atas pemerintahan negara. Walaupun
dicatatkan perjanjian tahun 1215 Masihi ini berlaku di antara King John dengan golongan
bangsawan, bukannya dengan orang kebanyakan, ia sebenarnya adalah pembuka pintu
supaya rakyat biasa yang tidak tentu susur-galur keturunannya boleh meletakkan istana di
bawah tapak kaki mereka suatu hari nanti.
Peristiwa ini sebenarnya terjadi di atas hasutan Yahudi juga, dengan menasihati raja yang
bodoh supaya menaikkan cukai terus-menerus dan menjalankan polisi-polisi kerajaan
yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat lalu senang diapi-apikan supaya menentang
raja. Sedangkan raja bodoh ini, adik kepada King Richard sudah lama terhutang budi
dengan para penghasut ini semasa cuba menaiki takhta. Dan golongan bangsawan yang
dimaksudkan sebenarnya banyak terdiri daripada Yahudi-yahudi ini juga yang berjaya
menempatkan diri ke dalam lingkungan pergaulan istana melalui taktik-taktik keji
terutamanya "membeli" jiwa manusia
Sambungan daripada posting sebelumnya...
Dahulu, orang Yahudi adalah satu golongan manusia yang paling tidak disukai dan tidak
boleh dipercayai di Eropah. Ini kerana sejarah beribu-ribu tahun membuktikan mereka
sebagai sebuah bangsa yang suka mengambil keuntungan yang berlebihan, pandai
"menyembelih" ketika berniaga, banyak tipu helahnya, bangsa yang janjinya tidak boleh
dipakai dan tidak pernah tidak menggunakan riba. Sedangkan semua agama termasuk
Kristian malah agama Yahudi asal yang dibawa Nabi Musa AS sendiri mengharamkan
riba kerana diketahui kesan penindasannya terhadap masyarakat umum.
Sebab itu pujangga Inggeris tersohor, William Shakespear menulis cerita teater The
Merchant of Venice yang ada menyebut watak Shylock, seorang peminjam wang (contoh
industri perbankan awal) Yahudi yang sengaja ingin menganiaya seseorang dalam
memberi pinjaman wang kepada orang itu. Sehingga orang itu diminta untuk membayar
dengan a pound of flesh, satu paun daging dari badannya sendiri jika tidak berjaya
memulangkan pinjamannya dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sebab itu juga ceritacerita lama Inggeris seperti Robin Hood dan Ivanhoe menyebut bagaimana orang Yahudi
tidak dipercayai masyarakat lama England. Maka pecahan Bani Israel ini walaupun kayaraya dari hasil perniagaan mereka yang berasaskan riba, tidak dihormati masyarakat lama
Eropah apa lagi untuk diterima di kalangan bangsawan yang masing-masing diketahui
dengan jelas asal-usul keturunan dan kemuliaan mereka. Kerana masyarakat dahulukala
termasuklah orang Eropah sendiri tidak memandang tinggi kekayaan materialistik
semata-mata. Ia mesti disertakan dengan akhlak yang mulia, akhlak bangsawan atau
nobility, akhlak orang-orang yang mulia, ada sifat kesatriaan ataupun chivalry, suka
menolong damsel in distress, orang-orang yang di dalam kesusahan, lagi bersifat jujur
dan berani.
Masyarakat dahulukala masih tahu memandang tinggi akhlak mulia walaupun orang itu
bukan kaya-raya. Ketinggian dan kemuliaan sesuatu bangsa boleh dikenali melalui budi

pekertinya yang luhur sedangkan orang-orang Yahudi ini mengharapkan agar diri mereka
pula dihormati dan disanjung tinggi melalui kekayaan harta-benda yang dimiliki.
Begitulah cara orang buruk akhlak untuk mendapatkan perhatian masyarakat, dengan
memperagakan kekayaan dan "membeli" jiwa manusia.
Menyedari bahawa kekayaan sahaja tidak cukup untuk meraih pengaruh dan kekuasaan,
orang-orang Yahudi inipun mula merancang jalan untuk menyusup masuk ke pusat-pusat
pemerintahan, yang paling utama istana raja. Sasaran utama mereka yang mula-mula
sekali adalah para bangsawan, kerabat diraja dan raja-raja yang bodoh, mereka yang
berasal dari keturunan yang mulia tetapi tidak beramanah dengan zat dan darah istimewa
yang mengalir di dalam tubuh mereka, leka bersuka-ria sehingga berhutang keliling
pinggang menyebabkan mereka terhutang budi lalu terikat dengan para peminjam wang
yang rata-rata berbangsa Yahudi.
Melalui bangsawan yang bodoh inilah, beberapa orang Yahudi dapat menempatkan diri
mereka ke dalam istana malah menjadi ahli golongan bangsawan pula lalu memainkan
peranan dalam hal ehwal negara, bermula dengan bidang kewangan yang merupakan
kepakaran mereka turun-temurun. Salah satunya, dengan cara memberikan nasihatnasihat yang mulanya nampak baik supaya dipercayai raja sebelum mengemukakan
cadangan berniat buruk tetapi kelihatan murni yang semakin menjurus ke arah
mencetuskan kemarahan rakyat seperti terus-menerus menaikkan cukai, kononnya untuk
memenuhi keperluan perbelanjaan kerajaan. Maka itu tercetuslah peristiwa Magna Carta
yang membuka jalan kepada pengwujudan Parlimen yang membenarkan orang
kebanyakan iaitu mereka yang bukan dari golongan diraja ataupun bangsawan sejati
untuk mula memegang tampuk kekuasaan, kononnya sebagai wakil masyarakat setempat
dan suara hati rakyat.
Walaupun sejarah rasmi mencatatkan, konsep Parlimen telah wujud lama sebelum itu,
selepas Britain ditakluk golongan Norman dari tanah besar Eropah tahun 1066, dahulu ia
sekadar sebuah majlis penasihat raja yang terdiri daripada golongan bangsawan berdarah
raja, serta wakil-wakil tertinggi gereja. Dan walaupun ketika itu sudah wujud orang
Yahudi buruk akhlak yang dianggap bangsawan kerana berjaya membeli kedudukan,
mereka setakat para peniaga biasa yang memiliki tanah yang luas dengan beribu-ribu
pekerja. Yahudi-yahudi ini tahu, bukan mudah untuk mendapatkan kekuasaan di
peringkat tertinggi kerana golongan bangsawan sejati yang mempunyai susur-galur
keturunan yang boleh dibuktikan kepimpinan keluarganya secara turun-temurun masih
dipandang mulia dan tinggi... Masih mengatasi golongan bangsawan palsu, Yahudiyahudi yang berjaya membeli gelaran-gelaran bangsawan dan "kehormatan" serta
sokongan daripada rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja di ladang dengan harta
kekayaan dan tipu-daya keji. Maka itu pertengahan abad ke 14, sistem Parlimen dicipta
dengan dua pecahan, House of Lords untuk para bangsawan sejati dan House of
Commons untuk wakil rakyat golongan kebanyakan, sebenarnya para bangsawanbangsawan palsu, bangsawan-bangsawan mata duitan yang merupakan pemilik
hartanah luas ataupun land barons yang kononnya mewakili suara rakyat yang
kebanyakannya bekerja dengan mereka atau di sekitar tanah-tanah luas milik mereka.
Walaupun House of Lords dahulukala lebih berkuasa kerana mewakili istana dan raja,
sekurang-kurangnya sudah ada jalan yang diterima melalui prinsip kesaksamaan (konon)
untuk membolehkan mereka yang buruk akhlak naik ke persada kekuasaan. Melalui
House of Commonslah Yahudi dapat memasuki arena kekuasaan negara kerana pintunya

sudah luas terbuka. Setelah berjaya mendapat kekuasaan dan pengaruh yang cukup,
mereka mula mencari jalan untuk mencengkam House of Lords pula.
Ketika itu ramai lagi orang Yahudi telah menjadi kaya-raya dan dibenarkan memiliki
tanah yang luas, juga akibat polisi raja-raja bodoh yang tidak menyedari ancaman serta
rancangan licik mereka untuk menentukan hala-tuju pemerintahan negara nanti. Malah
ada yang mendirikan rumah-rumah bertaraf istana dengan beratus-ratus malah beriburibu pekerja seolah-olah mereka betul-betul berasal daripada golongan bangsawan sejati.
Ramai juga yang berjaya mendapat kehormatan apabila berkahwin dengan wanitawanita kerabat diraja selalunya kerana bapa atau ahli keluarga lelaki wanita itu yang
tergolong dalam bangsawan sejati memerlukan duit, mungkin kerana banyak berhutang,
terlalu banyak bersuka-ria sehingga akhirnya terhutang budi kepada Yahudi.
Inilah satu marriage of convenience, perkahwinan untuk kesenangan dua pihak yang
bukan berdasarkan rasa cinta, kasih-sayang dan saling hormat-menghormati tetapi untuk
win-win situation, kemenangan kedua-dua pihak. Si Yahudi yang memiliki banyak duit
mendapat nama dan prestij kebangsawanan sejati sedangkan bangsawan yang telah
menjatuhkan maruah mereka kerana terlalu menurut nafsu pula memerlukan duit.
Sementara itu, Yahudi-yahudi yang datuk-nenek moyang mereka telah terlebih dahulu
mendapat tempat di kalangan lingkungan istana dan bangsawan sejati mula mendapat
legitimasi ataupun pengiktirafan ramai yang hampir menyamakan kedudukan mereka
dengan golongan bangsawan sejati yang memang berdarah raja. Kerana mereka adalah
tuan tanah, anak kepada tuan tanah yang bapanya adalah tuan tanah dan datuknya juga
tuan tanah. Sudah ada bukti kepimpinan dalam keluarga
Dari sinilah ada yang mula mendapat gelaran Lord, sebagai tuan tanah yang berpengaruh
turun-temurun lalu berjaya menjadi ahli House of Lords. Setelah berjaya memegang
kedua-dua cabang Parlimen ini, mereka mula mengusul dan mewartakan undang-undang
dan perlembagaan yang sedikit demi sedikit menghakis kekuasaan raja, kononnya atas
nama demokrasi suara hati rakyat untuk kepentingan sejagat. Dalam sedar tidak sedar,
kekuasaan mutlak raja dan istana akhirnya dapat dihadkan kepada beberapa perkara
tertentu sahaja seperti adat-istiadat dan agama untuk mewujudkan apa yang dikenali
sebagai institusi raja berperlembagaan.
Apabila raja yang berperanan sebagai pelindung agama Kristian, agama yang seperti
Islam juga mengharamkan riba sudah tinggal bayang-bayang, maka barulah puak Yahudi
dapat menguasai kewangan negara secara menyeluruh melalui penubuhan Bank of
England di mana segala urusniaga kerajaan berada di dalam kawalan dan penyeliaan
mereka. Sejak itu, ribapun mula berakar umbi menjadi budaya Barat yang tidak mampu
disanggah oleh mana-mana pihak lagi. Ketika itu, House of Lords juga telah hilang
bisanya kerana pengaruh golongan bangsawan sudah jatuh, tinggal sedikit kuasa, harta
dan nama sebagai lambang ketinggian mereka. Sebaliknya House of Commons yang
membenarkan lebih banyak manusia buruk akhlak memasuki bidang kepimpinanlah yang
jauh lebih berkuasa, boleh menentukan hala dan arah tuju pemerintahan negara sampailah
sekarang.
Cara yang hampir sama juga digunakan untuk menguasai Amerika Syarikat kerana
negara itu asalnya diasaskan oleh the founding father atau pemimpin-pemimpin terawal
mereka mengikut prinsip-prinsip dan ideal kemanusiaan yang tinggi, salah satunya
pengwujudan suasana ekonomi bebas dan perniagaan tanpa riba. Tetapi akhirnya riba dan

sistem bank ciptaan Yahudi bermaharajalela juga dengan kejayaan mereka mencipta
Federal Reserve iaitu bank pusat Amerika.
Lagi sedutan berkaitan... Rasanya cukuplah sampai di sini. Esok, saya perlu pergi ke
Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis keluarga, rasanya sudah 2 tahun tidak ke
sana. Maka itu insyaallah saya juga akan berkelana naik ke Kelantan kemudian menghala
ke pantai barat melalui Grik, samada masuk ke Kedah atau terus ke Perak, tengoklah
gerak yang muncul nanti sebelum kembali ke Kuala Lumpur... Atau mungkin juga
perjalanan akan diteruskan sampai ke Muar untuk menghadap ayahanda dan bonda di
sana?
Seperti biasa, saya akan menurut isyarat yang mendatang tanpa banyak soal, setelah
memastikan tidak ada "cross-line"... (Siapa yang faham, faham lah... Kita haruskan tahu
membezakan ilham yang murni dengan bisikan jin dan syaitan, malah nafsu sendiri yang
menyesatkan).
Sementara itu silakan para pembaca sekalian menyelami makna tersurat dan tersirat di
sebalik setiap penulisan saya ini... Semoga kedaulatan sebenar agama, bangsa dan negara
dapat dikembalikan untuk menangani cabaran akhir zaman...
OK... Biar disambung penceritaan ini... Sambungan terus daripada cerita dalam posting
sebelum ini ya! :]

Dengan cara ini juga, dengan terus menggalak dan menekankan sistem demokrasi
berParlimen mengikut garis-garis yang telah dipelopori para pemikir Yahudi, juga dengan
cengkaman ke atas ekonomi sesebuah negara, Yahudi menjadi begitu berpengaruh lalu
mampu meneruskan agenda Zionis untuk menguasai dunia. Lalu bermulalah fasa
seterusnya, memperkudakan kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, kemudian Belanda dan
Inggeris, seterusnya Amerika, Sepanyol dan Peranchis yang telah dikuasai mereka untuk
menjajah wilayah-wilayah di dunia terutamanya negara-negara Islam dengan
bertopengkan jalinan usahasama perniagaan. Maka itu jika dikaji sejarah kedatangan
Barat ke Nusantara, kita seringkali melihat mereka datang ke pelabuhan-pelabuhan
terpilih seperti Pasai dan Melaka, juga Aceh di atas nama perniagaan. Maka itu terbit
nama-nama syarikat-syarikat perdagangan seperti VOC milik Belanda dan British East
Hindies milik Inggeris sedangkan sejarah telah membuktikan mereka datang untuk
menjajah bumi Timur ini.
Di sini sahaja cukup terletak bukti bahawa duit dan ketamakan harta yang disertai
kelalaian memenuhi kehendak nafsu adalah kunci untuk menjajah sesuatu negara. Para
Yahudi yang sudah beribu-ribu tahun bermain dengan duit dan bergelumang dengan riba
amat pakar dalam hal ini. Bukankah duit dan ketamakan, disertai dengan kecenderungan
peribadi rendah untuk bersuka-ria telah berjaya digunakan untuk menerbitkan Magna
Carta yang bakal mengikis kekuasaan istana?
Tetapi mereka tahu, usaha untuk menakluki dunia tidak akan berjaya selagi golongan
istana, raja-raja dan bangsawan sebenar yang memiliki sifat-sifat mulia masih disanjung
rakyat, selagi wujud golongan yang tidak hairankan wang ringgit lalu tidak boleh dibeli,
tidak akan menjual agama, bangsa dan negara walau apapun yang bakal terjadi. Maka
mereka akan mengapi-apikan rakyat untuk membenci istana dan memberontak seperti

yang pernah berlaku di Peranchis, di mana kerabat-kerabat diraja dan golongan


bangsawan telah diguillitone atau dipancung dengan sejenis alat istimewa, juga di Russia
di mana pemerintahan beraja di bawah Czar diguling terus melalui gerakan revolusi
komunis. Atas taktik yang sama, Stamford Raffles yang ditugaskan Inggeris menangani
Semenanjung Tanah Melayu telah menggalakkan Munsyi Abdullah untuk menulis sebuah
hikayat yang merendah-rendahkan peribadi para raja dan peranan istana.
Mereka yang tidak menyedari permainan licik penjajah telah mengangkat hamba Allah
ini sebagai contoh penulis Melayu yang prolifik sedangkan beliau juga diketahui sebagai
orang yang bertanggungjawab menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Apakah
orang ini betul-betul mahu memartabatkan agama, bangsa dan negara atau beliau sekadar
seorang tali-barut Barat yang berjaya menggunakan alasan anak raja bodoh yang tidak
tahu membaca untuk mempengaruhi rakyat menjatuhkan institusi istana? Wahai anak
bangsa, sedarlah dan bangunlah dari tidurmu. Jika Yahudi Zionis yang memperkudakan
penjajah Barat tidak berjaya meluputkan terus kekuasaan raja dan mewujudkan republik
seperti di Peranchis, mereka akan menekankan sistem berParlimen yang diiringi institusi
raja berperlembagaan seperti yang berlaku di England dan beberapa negara yang masih
menghormati istana.
Kalau di Tanah Melayu, ini berjaya dicapai setelah mewujudkan sistem Residen yang
memaksa Raja-raja Melayu untuk menerima-pakai segala cadangan Inggeris kecuali
dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Sistem ini berjaya
dipaksakan ke atas istana demi istana seterusnya setiap lapisan rakyat-jelata, bermula di
Perak hasil Perjanjian Pangkor tahun 1874 yang merupakan akibat daripada tindakan
anak-anak raja yang terlalu sibuk berebutkan takhta sehingga sanggup bersekongkol
dengan penjajah, terlupa langsung nasib bangsa yang perlu dibela.
Ada pula istana-istana sekarang yang memakai controller of the royal household,
pemegang barang-barang istiadat istana yang berbangsa Inggeris. Lalu secara halus dua
bidang yang tinggal di bawah kekuasaan raja iaitu iaitu hal-ehwal agama dan adat-istiadat
bangsapun dapat dipengaruhi mereka. Maka itu apalah hendak dihairankan jika kerabatkerabat diraja sekarang terlalu keBaratan, ramai pula yang kaki minum dan kaki
perempuan selain kaki judi dan apa-apa lagi kaki? Bagaimana hendak membela nasib
agama, bangsa dan negara sedangkan akhlak diri sendiripun belum sempurna lagi?

Untuk mencapai tujuan mereka menakluki dunia, golongan Yahudi Zionis juga telah
mencipta pelbagai sistem yang berlawanan tetapi berlandaskan alasan-alasan intelektual
yang masuk akal, yang natijah sebenarnya tetap sama iaitu untuk melemahkan umat
manusia supaya senang dijajah dan diperkudakan. Contohnya, sistem kapitalisma seperti
yang diamalkan di Barat nampak bertentangan dengan ideologi komunis tetapi pada
hakikatnya kedua-duanya berasal daripada sumber yang sama iaitu para pemikir Yahudi
yang mencipta segala macam sistem atau isma-isma untuk memecah-belahkan
masyarakat dunia kepada beberapa golongan yang berbalah supaya senang ditundukkan
melalui prinsip penaklukan pecah dan perintah.
Kedua-dua sistem ini dicipta di dalam abad yang sama, abad ke 19 sebagai reaksi kepada
revolusi perusahaan atau industrial revolution (abad ke 18 dan 19) di Eropah yang
menyaksikan permulaan barang-barangan keperluan dan dagangan dihasilkan secara

besar-besaran dengan menggunakan jentera kilang.


Kajilah balik tentang ini. Kapitalisma dicipta oleh Adam Smith, komunisma oleh Karl
Marx. Kedua-duanya berbangsa Yahudi Percayalah, kedua-dua ideologi ini dicipta
mengikut sebuah grand design yang menyeluruh dan terperinci untuk menakluki dunia,
sengaja diciptakan berlawanan mengikut prinsip thesis dan antithesis sepertimana sistem
demokrasi berParlimen juga sistem mahkamah melibatkan pertembungan di antara dua
pihak yang berlawanan, selalunya sampai berhabis-habisan. Penyokong dengan
pembangkang, peguambela dengan peguamcara, kononnya supaya dapat mewujudkan
satu persefahaman atau jalan tengah yang dipanggil synthesis, hasil paduan thesis dan
antithesis.
Tetapi hakikatnya, sistem-sistem dan segala macam isma yang dipelopori para
cendekiawan Yahudi ini lebih banyak menerbitkan perbalahan dan perpecahan di
kalangan umat sejagat. Sepertimana dunia pernah terbahagi kepada dua bahagian, bipolar
world, satu mengikut kapitalisma yang diterajui Amerika Syarikat, satu lagi komunisme
di bawah negara-negara blok Soviet Union. Dalam apa-apa keadaan, yang untung, yang
bersorak riang adalah Yahudi juga. Orang lain sibuk berlawan berperang bagai hendak
rak, mereka pula sempat mengambil keuntungan berlebihan dengan menjual senjata
kepada dua-dua pihak pihak. Lalu negara-negara ini terus dilagakan lagi dan lagi supaya
lebih banyak senjata boleh dijual, lebih banyak untung dibuat, lagilah mereka bersorak.
Bila perang selesai, yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang... Akhirnya semua harta
rampasan menjadi milik mereka sedangkan pihak yang bertelagah menjadi hamba abdi
pula.
Kalau tidak berperang pun setiap negara ditakut-takutkan dengan kemungkinan perang
atau diganggu-gugat negara lain. Maka wujudlah perlumbaan mengumpul peralatan
senjata seperti mesingan, kereta kebal, helikopter, jet pejuang, kapal perang dan kapal
selam terbaru yang tetap menguntungkan para peniaga senjata Yahudi juga. Perhatikan
sejarah moden dunia beberapa dekad kebelakangan sejak terciptanya negara haram
Yahudi yang dihasilkan melalui Perjanjian Balfour setelah kuasa-kuasa bersekutu
Amerika, Inggeris, Peranchis dan Russia memenangi Perang Dunia Kedua. Malah
perhatikan juga sebelum itu, ketika kuasa-kuasa ini dan kuasa-kuasa besar lain seperti
Belanda dan Sepanyol sibuk menjajah dunia.
Kecuali di dalam Perang Dunia Kedua di mana kaum Yahudi di Eropah Tengah dan
Timur ditindas pihak Nazi Jerman, itupun diperbesar-besarkan sebagai holocaust atau
kiamat melebihi kenyataan sebenar oleh penerbit filem Hollywood yang ditaja Yahudi,
kaum Bani Israel tidak pernah kalah malah sentiasa menang. Kerana semua pihak yang
bertelagah telah ditunggang dek Yahudi laknat yang merancang segala-galanya di balik
tabir, ibarat watak-watak gelap dalam siri televisyen popular The X-Files. Natijahnya, apa
yang direbutkan pihak yang bertelagah pula boleh dikebas Yahudi kerana mereka sudah
terlalu lemah untuk melawan atau sudah ditipu bulat-bulat.
Ada banyak lagi perkara yang boleh diceritakan tentang sistem-sistem ciptaan Yahudi
yang nampak elok, ideal dan muluk dari segi zahir tetapi sebenarnya menindas orang
ramai bagi menguatkan lagi cengkaman mereka ke atas dunia. Salah satunya sistem
ekonomi yang menjadi pegangan dunia sekarang, terutamanya prinsip makroekonomi.
Para cerdik pandai Yahudi yang menguasai kurikulum pelajaran di universiti-universiti
ternama seluruh dunia telah lama mewar-warkan konsep supply and demand, penghasilan
dan permintaan yang tidak dapat lari dari perubahan harga, seterusnya menerbitkan teori-

teori berkenaan inflasi sebagai suatu kenyataan hidup. Tetapi ramai yang tidak sedar
bahawa konsep ini telah dibentuk sebegitu rupa dengan hujah-hujah ekonomi yang masuk
akal dan saintifik tetapi sebenarnya berniat buruk, yang akhirnya menghalalkan riba
sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan di dalam realiti dunia perniagaan dan apa-apa
perkara yang melibatkan wang dan perbelanjaan.
Masalahnya, ramai para intelektual termasuk orang-orang Melayu yang terlalu
berbangga dengan pendidikan tinggi mereka menjadi begitu terpengaruh dan terpesona
dengan konsep market forces atau kuasa pasaran ciptaan Yahudi, kononnya sebagai alat
terbaik untuk mengukur kehendak masyarakat dan arah-tuju ekonomi sesebuah negara.
Maka itu mereka percaya bahawa interest rate, satu nama muluk berbunyi saintifik
untuk riba adalah natijah semulajadi di dalam prinsip makroekonomi atau ekonomi skala
besar yang melibatkan perancangan perbelanjaan sesebuah negara.
Lalu riba dijadikan satu kemestian yang tidak dapat dielakkan untuk menentukan arah
tuju ekonomi sesebuah negara, melalui konsep Base Lending Rate (BLR) atau kadar riba
asas yang ditentukan oleh bank-bank pusat; kalau di Britain, Bank of England, di
Amerika, Federal Reserve, di Malaysia, Bank Negara. Kadar ini mesti diekori setiap bank
dan institusi kewangan sesebuah negara termasuklah bank yang kononnya Islam.
Masyarakat terutama mereka yang terlibat dalam bidang ekonomi diajar bahawa BLR
boleh dinaikkan untuk menggalakkan rakyat menyimpan duit di bank, atau direndahkan
supaya mereka lebih banyak meminjam. Dan ini semua mempunyai kesan terhadap bursa
saham, satu lagi cara perniagaan atas angin ciptaan Yahudi, juga pasaran matawang dan
bermacam-macam lagi instrumen ekonomi yang dipelopori mereka, alat-alat penerbitan
wang yang tidak dapat lari dari riba yang sebenarnya diharamkan oleh semua agama
kerana kesan buruknya yang dasyat terhadap perkembangan kerohanian manusia. Tetapi
apakah yang boleh dibuat? Riba sudah dianggap satu fenomena semulajadi yang pasti
sehingga tidak ada satupun kerajaan moden yang dapat melarikan diri. Maka itu, kita
yang hidup di zaman ini tidak ada pilihan kecuali ikut terlibat di dalam satu sistem yang
selain mengaut untuk berlebihan, sebenarnya dicipta untuk mengotori darah daging insan
dengan zat makanan yang mengandungi unsur-unsur haram.
Kita lupa betapa halal-haram makan-minum itu boleh menyebabkan doa seseorang itu
tertolak. Maka ibadat mereka tinggal setakat tunggang-tunggek bagai hendak rak di
dalam masjid-masjid cantik dan megah yang dibina menggunakan wang bercampur riba
oleh manusia-manusia yang tamak dan jahat, pergi umrah dan haji beberapa kali dengan
hasil pendapatan yang syubhah lalu tidak dapat merasakan kelazatan iman yang sejati
seperti yang diharapkan Rasulullah SAW untuk umatnya.
Mereka yang tidak mahu terlibat, tidak mahu terpalit dengan sistem yang merosakkan
jiwa ini akan terpaksa hidup terpinggir di luar lingkungan masyarakat umum, dituduh
pula gila atau ketinggalan zaman kerana tidak mengikuti kebiasaan masyarakat sekarang.
Maka itu dari satu segi, sesetengah jenis riba boleh difatwakan halal kerana terpaksa
menurut keadaan semasa sepertimana diperbolehkan memakan bangkai dan babi ketika
darurat, sepertimana juga dibenarkan mengaku murtad jika takut kehilangan nyawa.
Sedangkan mereka yang betul-betul berpegang kepada tali Allah lebih rela kebulur
daripada menelan makanan yang kotor, atau seperti sahabat Nabi, Bilal bin Rabah lebih
rela diseksa teruk sehingga tamat nyawa daripada mengaku bukan lagi Islam.
Malah banyak instrumen kewangan bersifat riba tidak dipanggil riba pun walaupun
natijahnya sama iaitu penindasan masyarakat juga kerana mereka terpaksa membayar

harga yang jauh berlebihan. Instrumen-instrumen sebegini boleh sahaja dipanggil yuran
pentadbiran yang disertakan akad supaya menepati kehendak Islam sepertimana rasuah
boleh dihalalkan sebagai hadiah atau cenderahati tanda kasih-sayang. Beginilah juga
yang berlaku dalam proses evolusi sistem berParlimen yang disertai hujah-hujah ilmiah
yang halus lagi licik, yang amat memenuhi tuntutan akal logik, boleh pula diberi
sokongan hujah agama daripada para ulamak yang boleh dijual-beli. Lalu wujudlah
sistem demokrasi ala Barat ciptaan Yahudi yang digunapakai hampir setiap negara di
dunia sekarang, sistem yang sebenarnya mempunyai banyak kesamaan dengan sistem
kewangan dan makroekonomi berasaskan riba. Bukankah majoriti yang menentukan
hala-tuju sesebuah demokrasi itu sama dengan market forces atau kehendak pasaran di
dalam sistem kewangan dan makroekonomi? Bukankah para pemimpin berakhlak buruk
yang sanggup menjual bangsa, agama dan negara tetapi pandai bertopengkan akhlak
mulia itu sama bahayanya seperti riba?

Sistem demokrasi berParlimen adalah satu wadah yang amat berkesan untuk puak Yahudi
Zionis memainkan peranan dari belakang tabir, kata Orang Putih calling the shots dalam
menentukan hala-tuju pemerintahan sesebuah negara. Ini kerana ia membolehkan mereka
terus-menerus menundukkan para pemimpin dari keturunan-keturunan buruk yang
berjaya diterbitkan melalu sistem itu.
Yahudi tahu, orang-orang yang buruk akhlak selalunya sukakan kehidupan mewah, tidak
sanggup sengsara untuk mempertahankan yang benar dan haq. Pemimpin-pemimpin
sebegini tidak memiliki pegangan hidup yang kukuh ataupun konsisten, kekurangan
prinsip-prinsip ideal atau pegangan hidup mulia yang boleh menegah mereka daripada
menerima sumbangan wang dan hadiah yang tidak ketahui halal-haramnya. Lalu mereka
dengan senang-senang boleh menerima sesuatu pemberian daripada pihak yang
berkepentingan walaupun mereka tahu "ada udang di sebalik batu". Senang cerita,
mereka ini boleh dibeli sedangkan orang-orang bermaruah seperti raja-raja atau para
bangsawan dahulukala yang benar-benar menghidupkan amalan nenek-moyang mereka
dan menjaga prinsip, nama serta kemuliaan nasab lebih rela mati kebulur ataupun
dibunuh dari menjual diri, apalagi hendak menggadaikan agama, bangsa dan negara
seperti yang sanggup dibuat orang-orang buruk ini.
Lagipun manusia-manusia sebegini selalunya ada skandal, ada skeleton in the closet atau
kes-kes yang tidak elok tetapi tersorok kerana tidak dapat membendung nafsu buruk
mereka, apalagi jika diberi kekuasaan yang menyebabkan mereka lebih besar kepala.
Perkara-perkara seperti main betina, minum arak dan sebagainya adalah lumrah
kehidupan mereka tetapi ramai yang cukup pandai berpura-pura sehingga dianggap
masyarakat sebagai juara agama, bangsa dan negara.
Maka itu juga orang-orang ini boleh diblackmail oleh Yahudi dan puak-puaknya. Lalu
mahu tidak mahu, mereka akhirnya terpaksa mengikut telunjuk Zionis juga... Disebabkan
wujudnya orang-orang buruk akhlak sebagai pemimpinlah maka arah tuju pemerintahan
sesebuah negara dapat dipengaruhi. Inilah natijah sebenar sistem demokrasi berParlimen
ciptaan Yahudi yang amat dibangga-banggakan dunia moden.

Para pembaca sekalian, daripada komen yang diberi 2-3 hari kebelakangan dalam
postings sebelum ini, nampaknya ada pihak yang menyangkakan saya amat
mengagungkan Dr Mahathir. Hmm... Mungkin orang ini silap baca maksud di sebalik
beberapa artikel yang pernah saya tulis tahun 2002 lalu disertakan di sini... Untuk
makluman, saya bersetuju dengan cara Dr Mahathir membangunkan negara serta
mengikat matawang semasa berlaku krisis kewangan 1997 tetapi ini tidak bermakna saya
setuju terhadap setiap tindakan beliau. Lagipun ingat, artikel itu ditulis 4 tahun lalu.
Kedua, ada pula pihak menyangkan saya anti raja... Masyaallah... Mereka yang betulbetul mengenali saya tentu akan ketawa mendengar kenyataan ini kerana mereka tahu
hubungan peribadi saya dengan pihak raja. Cuma pada pendapat saya, raja-raja zaman
sekarang tidak mencerminkan lagi peribadi serta daulah raja dahulukala yang
menyebabkan mereka disanjung masyarakat di mana-mana.
Di sini biar saya sertakan sambungan cerita yang merupakan bahagian daripada bab
bertajuk "Demokrasa vs Raja-raja" dalam BKA II atau "Berpetualang ke Aceh: Membela
Syiar yang Asal". Untuk makluman bab ini belum diedit lagi... Apapun sila tatap isinya...
Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sebuah sistem pentadbiran
masyarakat berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit, sistem yang
diturunkan dari Nabi Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem kekhalifahan dan
keNabian yang diwarisi keturunan-keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi. Maka itu,
sistem pemerintahan beraja yang sebenar akan benar-benar memartabatkan rakyat,
menjaga kebajikan dan kemaslahatan mereka seperti yang pernah dilakukan raja-raja
berdaulat yang memerintah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulu.
Malangnya, para raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang
kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, berniaga berjual-beli seperti orang kebanyakan
mencari keuntungan materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan
sebagai orang istana atau orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable-cable
perniagaan dan pengaruh politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga
sudah terbiasa melihat gaya kehidupan sesetengah ahli keluraga mereka yang mengarut,
suka minum arak, main betina, keBaratan lebih Mat Saleh daripada Mat Saleh. Maka
bagaimana orang Melayu sekarang mahu betul-betul menghormati raja dan kaum kerabat
mereka sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang daripada peranan sebagai
ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Lalu hormat yang ada sekarang ini tinggal
hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia ini masih berpangkat raja ataupun
kerabat diraja, ada gelaran Tengku, Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun
rumah-rumah besar lagi mewah bagaikan istana, kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan
Yang Mulia walaupun perangai mereka kadang-kadang lebih teruk dari binatang.
Bagaimana pula mereka yang bergekar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia
sedangkan gelaran-gelaran ini cuma layak diberikan kepada Allah Subhanahuwataala
sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala sedangkan mengikut kitab-kitab lama
seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling merendah diri di kalangan rakyatnya.
Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja dahulu. Kalaulah harta kekayaan, istana dan
kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang
raja atau kerabatnya, maka mana-mana orang buruk akhlakpun boleh menjadi raja. Malah
ramaipun yang sudah berani berkata terang-terangan: Akupun boleh jadi raja, kalau aku

dilahirkan di kalangan istana dengan segala nikmat dunia menunggu. Seseorang itu
menjadi raja cuma kerana nasib sahaja, lahir di istana, anak kepada raja. Itu sahaja. Apa
bendanya yang mulia? Maka itu masyarakat sekarang tidak ada pilihan tetapi menerima
sahaja sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah Inggeris
dahulu, sistem yang membenarkan orang-orang buruk akhlak bermahajalela mendabik
dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan,
malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan. Kerana
sistem beraja yang ada tidak cukup berwibawa untuk menangani masalah rakyat dan
keperluan semasa.
Malah pada suatu masa dahulu, Raja-raja Melayu nyaris-nyaris mengorbankan martabat
mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang Melayu sendiri apabila
bersetuju menerima gagasan Malayan Union yang akan menarik segala hak istimewa
orang Melayu. Nasib baiklah ada Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya yang
menubuhkan UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi
beraja dari dijahanamkan para penjajah biadab. Maka itu orang-orang sekarang lebih
menghormati pemimpin-pemimpin politik daripada menghormati raja. Kerana para
pemimpin ini telah membuktikan kekuasaan rakyat, bahawa rakyatlah sebenarnya
berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi berani dan berwibawa, sifat-sifat
yang sepatutnya ada pada seorang raja. Maka itu juga tidak hairanlah jika ramai orang
kebanyakan sekarang beranggapan merekapun boleh menjadi raja, menjadi kepala
tertinggi rakyat jika diberi peluang. Seolah-olah raja ini cuma satu jawatan yang boleh
dipikul sesiapapun jika ditawarkan.
Cuba kalau rakyat tahu hakikat raja yang sebenar, sifat-sifat yang perlu dimiliki, amalanamalan yang perlu ditekuni untuk menimbulkan sifat-sifat yang melayakkan raja-raja
memimpin rakyat, maka mereka tidak akan berani berkata begitu lagi. Cuba-cubalah baca
adab-adab dan amalan seorang raja yang sebenar seperti yang telah dinukilkan di dalam
kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan seorang penulis yang cuma dikenali
sebagai Bukhari Al-Jauhari, karangan yang mengikut pendapat para pengkaji sejarah
adalah saduran dari kitab-kitab ketatanegaraan Parsi, yang dibuat di Aceh pada tahun
1603.
Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja Selain selalu mendirikan
Syariat Rasulullah SAW yang diwajibkan seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu
selalu mengamalkan puasa sunat, contohnya seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang
mengamalkan puasa selang sehari sepanjang tahun. Kalau makanpun tidak boleh banyak,
cukup sekadar boleh berdiri tegak. Paling kurangpun harus mengikut anjuran Nabi yang
paling lemah dalam bab makan - makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut
dengan nisbah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga
untuk angin atau ruangan kosong.
Cuba pula baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman Baginda
bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh
dinamakan bersantap. Kerana memang ada perbezaan yang nyata dengan cara makan
orang lain ataupun rakyat biasa, cara orang-orang kebanyakan.
Itu belum dikira amalan-amalan lain, amalan-amalan yang sebenarnya bertunjangkan
amalan-amalan Tasawuf dari para wali dan Nabi serta Rasul Seorang raja atau kerabat
diraja yang memiliki darah dan zat mulia mesti telah berjaya mengikis sifat-sifat
mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi mempunyai perasaan dendam-

berdendam seperti orang kebanyakan, lalu menggantikan semua ini dengan sifat-sifat
mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mulia yang
sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja ataupun bangsawan. Maka setiap
perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat pahala dan mengundang daulat
kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti digariskan melalui wahyu dan sumber
Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hidup semata-mata untuk
mendapatkan keredahaan Allah.
Kalau begini, barulah mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan
berangkat dan pergaulannya dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli. Kerana
baginda terpaksa keluar dari lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat
mahmudah untuk memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi
bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah. Itu sahaja.
Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak
faham hakikat hidup yang bertunjangkan pengamalan ilmu Tasawuf ini. Lalu untuk
menyatakan ketinggian dan perbezaan mereka dengan masyarakat kebanyakan,
mereka setakat mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga
sedangkan ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status,
lambang yang menunjukkan penggunanya adalah berdarah raja.
Mereka lupa, seseorang itu perlu beramal dengan amalan sebenar seorang raja atau
kerabat diraja sebelum betul-betul layak menggunakan bahasa istana. Perlu
menghidupkan serba-serbi adab terpuji yang merangkumi adab makan, perawakan tubuhbadan dan cara berjalan sampailah ke cara dan posisi tidur malah cara mandi Kalau
tidak santapnya sama sahaja seperti orang lain makan, melantak. Kalau beradabpun
cara makannya, kuantitinya pula tidak layak bagi seorang raja yang sebenar, perut naik
buncit sedangkan seorang raja mestilah sempurna sifatnya zahir dan batin sehingga
melebihi orang kebanyakan, mesti lebih fit, segak, dirinya tegak.
Dada seorang berdarah raja mestilah sentiasa terbuka tetapi bukanlah dalam keadaan
membanggakan diri. Sebaliknya dia sentiasa berlapang dada zahir dan batin, sentiasa
tenang, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan hidup kerana sudah mencapai
tahap Tawakal yang tinggi dan kepercayaan yang utuh terhadap Qada dan Qadar. Maka
itu seorang raja yang sebenar tidak perlu melibatkan diri ke dalam dunia perniagaan yang
boleh merosak dan mencalarkan prinsip hidup seseorang pemimpin kerana sebagai orang
yang sepatutnya lebih memahami rahsia-rahsia amalan agama yang luhur, dia patut tahu
rezekinya sentiasa terjamin. Malah seseorang berdarah raja langsung dilarang berniaga
jika memegang tampuk pemerintahan.
Prinsip hidup ini ada disebutkan dalam apa yang dikenali ramai sebagai Ayat Seribu
Dinar yang selalu digantung di kedai-kedai dan gedung perniagaan milik orang Islam.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan diadakan baginya jalan keluar,
dan diberikanNya rezeki tanpa diduganya lagi. Dan barangsiapa yang bertawakkal
kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Dan akan memberinya
rezeki dengan tidak terkira. Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka
Allah akan mencukupkannya. Sungguh Allah menyampaikan urusanNya. Sungguh Allah
mengadakan kadar bagi tia-tiap sesuatu.
Penghujung Ayat 2 sehingga Ayat 3, Surah At-Thalaq.

Nah. Bukankah maknanya cukup terang? Bahawa Tuhan akan sentiasa menjaga
keperluan mereka yang bertakwa dan bertawakal? Bahawa rezeki tidak perlu dikira
kerana sudah ditentukan kadarnya, apabila sampai masanya tetap akan menjadi milik kita
tanpa perlu difikirkan datang dari mana? Bukannya menggandakan wang anda... Tetapi
ramai yang menggantungkan ayat ini atau mengamalkannya untuk melariskan perniagaan
atau mendapat keuntungan lebih, kelebihan material dan keduniaan semata. Bukankah ini
sudah lari daripada prinsip sebenar yang digariskan di dalam Al-Quran?
Perkara ini boleh dimaafkan jika yang berbuat demikian adalah orang kebanyakan. Tetapi
seorang raja, kerabat diraja dan mereka yang mempunyai darah raja, manusia yang
sepatutnya memiliki sifat-sifat mulia tidak patut terjebak sama kerana mereka sepatutnya
mempunyai kelebihan akal fikiran untuk memahami prinsip sebenar di sebalik ayat ini.
Mereka patut faham, segala keperluan hidup hatta rezeki makan-minumnya dan keluarga
akan disediakan Allah SWT samada secara nyata melalui institusi istana yang segala
belanjanya ditanggung perbendaharaan negara atau cara-cara ghaib yang difahami
mereka yang pernah mengalaminya, jika sahaja seseorang raja bertawakal kepadaNya
dengan sepenuh hati, tanpa ragu-ragu lagi. Tugasnya cuma menumpukan perhatian
kepada pemerintahan negara demi mensejahterakan rakyat dan meningkatkan syiar Islam.
Syariat Islam pula perlu dijaga sentiasa tanpa tolak-ansur dan soal banyak kecuali dalam
perkara-perkara furuk, selain beramal dengan kaedah Tariqat untuk memahami Hakikat
lalu mengalami Makrifat untuk mengenal Allah. Lalu barulah zat mulia yang dimiliki
dalam darah daging boleh terserlah. Barulah timbul kewibawaan semulajadi juga karisma
dan aura yang menarik perhatian orang-ramai untuk tunduk hormat kepadanya tanpa
perlu dipaksa atau dipinta. Lalu timbullah juga bakat-bakat semulajadi lain yang telah
diturunkan secara genetik dari nenek-moyang yang terdahulu sampailah sekarang.
Apabila ini berlaku, barulah seseorang raja itu boleh dikatakan berdaulat Maka
penjajah Barat tidak boleh senang-senang mengugut, walaupun mereka datang dengan
sejuta mesingan dan bom atom sekalipun. Baru terpandang wajah raja yang cemerlang,
mereka sudah tertunduk bisu, hilang segala kata-kata dan tipu helah.
Jangan jadi seperti sesetengah raja yang sebenarnya tidak layak menaiki takhta kerana
kalau dikaji susur-galur keturunan mereka dari raja-raja yang terdahulu, mereka bukanlah
waris yang sebenar. Lalu menggunakan jin, membuat perjanjian dengan makhluk halus
untuk melindunginya, untuk menghebatkan penampilannya juga untuk menundukkan
orang lain supaya dianggap sebagai seorang yang berdaulat, mempunyai kekuatan sakti
yang tidak ada pada orang lain, kononnya inilah tanda dia memang seorang raja. Kalau
begini, orang kebanyakanpun boleh belajar. Ilmu penunduk, penggerun, seri muka dan
segala ilmu yang sewaktunya, yang banyak menggunakan khidmat golongan jin memang
sudah menjadi pakaian orang kebanyakan sekarang terutama ahli-ahli politik dan
perniagaan yang ingin mendapatkan kelebihan untuk berjaya dalam jidup.
Bezanya, golongan jin-jin yang kuat lagi perkasa dan bertaraf tinggi mungkin tidak mahu
mendampingi mereka yang tidak berdarah raja Maka orang kebanyakan yang sibuk ke
sana-ke mari menuntut pelbagai jenis ilmu batin untuk meningkatkan keupayaan diri
masih lagi kurang power, masih tidak dapat menandingi seorang berdarah raja yang
mempunyai sedikit kesedaran batin.
Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang
dikehendaki adalah pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke

lubuk hati malah lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir, rahsia hati sebelum
mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian serahkan segala
urusan kepada Allah, bertawakallah sepenuhnya, tawakal yang disebut Sultanul Auliya
Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus wal khusus,
tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang mayat di
tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh tukang basuh
mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki menggerakan
segala tubuh badan
Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam, tawakal yang diibaratkan
Rasulullah SAW seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di
masjid supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat. Bukan jenis tawakal yang
memerlukan seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat,
paling kurangpun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.
Mereka yang ingin memasuki tawakal peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima
segala dugaan Allah SWT dengan sabar dan redha termasuk penyakit yang memeritkan
dan malapetaka yang tidak kunjung putus. Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua
ini selesai, bila akan datang hari-hari bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS.
Lalu orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, peringkat tawakal yang
menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang pasir yang luas
tanpa membawa sedikitpun bekalan makanan dan minuman.
Jika perlu berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai
keyakinan yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja burung
dari atas awanpun boleh datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula
misalnya hendak menetaknya dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di
tempatnya berdiri. Itupun kira baik. Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung
disambar petir atau apa-apa sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja mungkin
terus berjalan sahaja seperti biasa tanpa menyedaripun ada percubaan orang untuk
membunuhnya.
Lalu raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia tidak hairan
dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan matanya kerana amalan
Tasawufnya mengajar supaya tidak terpesona dengan ini semua. Malah dia sebenarnya
tidak sedarpun kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam mengingati Allah.
Maka pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat yang sebenar, daulat orang
yang sebenar-benarnya bertawakal, menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada Yang
Maha Memelihara dan Wakil Terbaik setiap urusan. Lalu barulah seseorang itu layak
memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan ini juga,
dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan ingin dipuja dan dipuji telah
disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan kata-kata yang keluar daripadanya
adalah dari kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka itu dia marah kerana melihat
sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan, sayang, dan kesihan dan kerana
Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani. Pendekkata, segala apa yang
muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata-mata, bukan perbuatan seorang
manusia biasa lagi.
Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam,
bayangan Allah di alam ini. Ataupun Dzilullahi fil ard, bayangan Allah di muka bumi.
Maka barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya yang sejati. Seorang raja sejati

adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil, insan yang sempurna
yang merupakan seorang wali Allah kemudian diberi pula kerajaan untuk melaksanakan
urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya. Maka itu dia menepati ciri-ciri yang
menepati sebuah Hadis Qudsi:
Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.
Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana
dia telah menjadi perkakas Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu
kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah
sama dengan bertemu Allah! Maka fahamilah hakikat ini
Walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat sebegini wujud di kalangan
mereka yang terpilih dari keturunan yang mulia, besar kemungkinan ia akan terpendam
jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu. Sebab itu amalan-amalan khusus
seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya seperti dihuraikan dalam
kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi pegangan istana diajarkan
kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.
Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan
tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaian kerohaniannya, yang wasilah
kerohaniannya bersambung terus-menerus dari seorang guru mursyid kepada seorang
guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru, Rasulullah SAW.
Bukankah baginda pernah bersabda: Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya. Maka
jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya.
Lagipun, pada mereka yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka
itu setiap bakal raja mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada
guru-guru yang mempunyai pertalian dengannya. Lalu di sinilah terserlahnya peranan
golongan Sufi dan para wali dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan
kebesaran raja-raja
Assalamualaikum. Malam tadi, ketika melihat perbincangan terbaru dalam thread
"Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT (sekarang dah jadi Forum Rawatan Alternatif),
saya dapati arah perbincangan berlegar-legar ke atas makna raja... Apakah bezanya darah
raja dengan orang biasa dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Dalam pada itu,
timbul gerak untuk menjawab tentang asal-usul raja-raja dengan sedutan daripada buku
terbaru saya, "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II" yang akan
keluar tidak lama lagi, daripada bab bertajuk "Demokrasi vs Raja-raja".
Sedutan yang diletakkan dalam forum telah menerbitkan sedikit polemik. Lalu dijawab
dengan sedutan tambahan daripada bab yang sama. Kebetulan, lebih 2 minggu lepas, saya
ada meletakkan bahagian lain daripada bab ini dalam website Tranung-Online lalu malam
tadi, saya tergerak untuk menyambungnya dengan sedikit lagi sedutan yang bersambung
daripada cerita yang terdahulu.
Sebentar tadi, saya berhempas-pulas cuba untuk tidur kerana sudah larut malam tetapi
entah kenapa, terasa begitu susah hendak melelapkan mata. Saya pun membuka komputer

dan masuk ke Internet, tergerak pula untuk membuat update di blogspot ini menggunakan
sedutan-sedutan dalam bab "Demokrasi vs Raja-raja yang telah diletakkan di dalam
forum tadi. Sila... :]
---------------------------------Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sistem pentadbiran masyarakat
berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit. Ia diturunkan daripada Nabi
Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem keKhalifahan dan keNabian yang diwarisi
keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi, keturunan terpilih yang memiliki ketokohan
serta kelebihan semulajadi untuk memimpin masyarakat. Maka itu, sistem pemerintahan
beraja yang sebenar berlandaskan Syariat dapat memartabatkan rakyat serta menjaga
kemaslahatan mereka seperti pernah dilakukan raja-raja berdaulat yang memerintah
Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulukala.
Malangnya, raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang
kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, sibuk berniaga berjual-beli mencari keuntungan
materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan sebagai orang istana atau
orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable perniagaan dan pengaruh
politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga sudah terbiasa melihat gaya
kehidupan sesetengah kerabat diraja yang mengarut, suka minum arak, main betina,
keBaratan melebihi Orang Putih sendiri... Maka bagaimana orang Melayu sekarang mahu
menghormati raja serta kerabatnya sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang
daripada peranan sepatutnya sebagai ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Hormat
yang ditunjukkan sekarang tinggal hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia
ini masih berpangkat dan berdarjat... Mereka cuma dihormati kerana ada gelaran Tengku,
Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun rumah-rumah besar bagaikan istana,
kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan Yang Mulia walaupun perangai mereka kadangkala lebih teruk daripada binatang.
Bagaimana pula mereka yang bergelar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia?
Adakah peribadi mereka setimpal dengan gelaran itu? Bukankah ia cuma layak diberikan
kepada Allah Subhanahuwataala sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala
sedangkan mengikut kitab-kitab lama seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling
merendah diri di kalangan rakyatnya. Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja
dahulukala. Kalaulah harta kekayaan, istana dan kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu
pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang raja atau kerabatnya, maka mana-mana
orang buruk akhlak pun boleh menjadi raja. Malah sekarang ini ramai yang berani
berkata terang-terangan: "Aku pun boleh jadi raja, kalau dilahirkan di istana dengan
segala nikmat dunia tersaji di depan mata..."
Pada masyarakat liberal sekarang, seseorang itu dapat menjadi raja kerana nasib sahaja...
Lahir di istana, anak kepada raja, itu sahaja. Mereka tidak nampak apa-apa yang mulia
tentang raja. Yang mereka nampak, raja sama sahaja sifatnya seperti mana-mana manusia,
tidak ada apa-apa kelebihan yang dapat membezakan mereka dengan rakyat biasa kecuali
pangkat luaran yang diwarisi kerana lahir di dalam lingkungan istana.
Sejarah moden pula menunjukkan sistem beraja tidak cukup berwibawa untuk menangani
masalah rakyat dan keperluan semasa. Malah pernah Raja-raja Melayu nyaris
mengorbankan martabat mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang
Melayu sendiri apabila bersetuju menerima gagasan Malayan Union tahun 1946 yang

akan menarik segala hak istimewa orang Melayu. Nasib baik ada pemimpin masyarakat
seperti Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya menubuhkan UMNO untuk
membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi beraja daripada dijahanamkan
penjajah biadab. Maka orang sekarang lebih menghormati pemimpin politik daripada
menghormati raja... Kerana apa yang telah berlaku membuktikan mereka sebagai suarahati rakyat yang lebih relevan dan berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi
berani dan berwibawa, sedangkan sifat-sifat ini sepatutnya menonjol ada pada seorang
raja. Tidak hairanlah jika orang kebanyakan sekarang beranggapan mereka pun boleh
menjadi raja, menjadi kepala tertinggi rakyat jika sahaja diberi peluang... Seolah-olah raja
adalah jawatan yang boleh dipikul sesiapa. Maka pada orang sekarang, lebih baik
menerima sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah
Inggeris dahulu, sistem yang membenarkan orang buruk akhlak bermahajalela mendabik
dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan,
malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan.
Cuba kalau rakyat tahu hakikat sebenar seorang raja, sifat yang perlu dimiliki, amalan
yang perlu ditekuni supaya layak memimpin... Jika sahaja mereka tahu tanggungjawab
beratnya. Ibarat kata Saidina Umar, dia akan dipersoalkan jika seekor kambing mati di
Sungai Furat walaupun kambing itu tidak ada kena-mengena dengannya! Cuba baca adab
dan amalan raja-raja dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan Bukhari
Al-Jauhari, karangan yang dikatakan adalah saduran daripada kitab-kitab ketatanegaraan
Parsi, dibuat di Aceh pada tahun 1603. Tentu ramai akan menjadi takut walaupun sekadar
untuk berangan menjadi seorang raja!
Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja Selain mendirikan
Syariat Rasulullah SAW yang wajib seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu selalu
mengamalkan puasa sunat, seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang mengamalkan puasa
selang sehari sepanjang tahun. Kalau makan pun tidak boleh banyak, cukup sekadar
boleh berdiri tegak... Paling kurang harus mengikut anjuran Nabi yang paling lemah
dalam bab ini iaitu makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut dengan nisbah
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk angin atau
ruangan kosong. Cuba baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman
Baginda bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh
dinamakan bersantap. Baru nampak perbezaan nyata dengan cara makan rakyat biasa,
cara orang kebanyakan.
Itu belum dikira amalan lain yang patut dihidupkan, gaya hidup bertunjangkan amalan
Tasawuf para wali, Nabi dan Rasul Seorang raja yang memerintah mesti telah berjaya
mengikis sifat-sifat buruk atau mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi
mempunyai perasaan berdendam seperti orang kebanyakan. Sebaliknya semua ini telah
digantikan dengan sifat-sifat mulia atau mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf
dan lain-lain sifat muluk yang sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja, juga
golongan bangsawan. Maka setiap perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat
pahala dan mengundang daulat kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti
digariskan melalui wahyu dan sumber Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk
makan. Hidup semata-mata untuk mendapatkan keredahaan Allah. Kalau begini, barulah
mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan berangkat dan pergaulannya
dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli... Kerana baginda terpaksa keluar
daripada lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat mahmudah untuk

memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi bergelumang dengan sifatsifat mazmumah. Itu sahaja.
Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak
faham hakikat hidup yang bertunjangkan amalan Tasawuf. Lalu untuk menyatakan
"ketinggian" dan "perbezaan" mereka dengan masyarakat kebanyakan, mereka setakat
mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga sedangkan ia
bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status atau lambang
kebesaran yang menunjukkan penggunanya adalah seorang berdarah raja.
.......... (melompat sedikit ke hadapan)........
Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang
dikehendaki adalah zat tertentu dalam tubuh seperti dimiliki seseorang berketurunan raja
diikuti pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke lubuk hati...
Kalau boleh, lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir iaitu rahsia hati...
Sebelum mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian
serahkanlah segala urusan kepada Allah, bertawakallah 100 peratus, tawakal yang disebut
Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus
wal khusus, tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang
mayat di tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh
tukang basuh mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki
menggerakan segala tubuh badan
Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam atau tawakal yang diibaratkan
Nabi seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di masjid
supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat... Bukan jenis tawakal yang memerlukan
seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat, paling kurang
pun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.Mereka yang ingin memasuki tawakal
peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima segala dugaan Allah SWT dengan sabar
dan redha termasuk penyakit yang memeritkan dan malapetaka yang tidak kunjung putus.
Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua ini selesai, bila akan datang hari-hari
bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS. Maka itu sedikit sangat yang mampu
mengamalkan semua ini...
Orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, yang juga merupakan peringkat
tawakal yang menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang
pasir yang luas tanpa membawa sedikit pun bekalan makanan dan minuman. Jika perlu
berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai keyakinan
yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja seekor burung boleh
muncul dari atas awan lalu datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula
misalnya hendak menetak raja itu dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di
tempatnya berdiri. Itupun kira baik juga... Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung
disambar petir atau apa-apa sahaja sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja
mungkin terus berjalan seperti biasa tanpa menyedari pun ada percubaan orang untuk
membunuhnya.
Raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia juga tidak hairan
dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan mata kerana amalan Tasawuf
yang telah sebati menjadi pakaian dirinya zahir dan batin mengajar supaya tidak
terpesona dengan ini semua. Malah seringkali dia sebenarnya tidak sedar pun apa yang

berlaku di sekelilingnya kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam dalam
mengingati Allah semata. Sebagai imbal-balas atas ingatannya yang begitu kuat terhadap
Sang Pencipta sehingga hilang ingatan pada makhluk dan apa-apa selainNya, raja inipun
diberi perlindungan Ilahi sentiasa. Pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat
sebenar, daulat orang yang sebenar-benar menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada
Yang Maha Memelihara dan Wakil Terbaik dalam setiap urusan. Dalam keadaan sebegini,
barulah seseorang itu layak memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada
Allah.
Dalam keadaan ini juga, dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan
untuk dipuja dan dipuji telah disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan katakata yang keluar daripadanya adalah daripada kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka
itu dia marah kerana melihat sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan,
sayang, dan merasa kesihan kerana Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani.
Pendekkata, segala apa yang muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata,
bukan perbuatan seorang manusia biasa lagi Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja
itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini... Ataupun Dzilullahi
fil ard, bayangan Allah di muka bumi. Barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya
yang sejati.
Seorang raja sejati adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil iaitu
insan yang sempurna, Maka dia merupakan seorang wali Allah yang kemudian diberi
pula kerajaan untuk melaksanakan urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya.
Malah dia adalah wakil Allah untuk mengatur keperluan makhluk...Dia cuma bertindak
mengikut "gerak" Ilahi lalu menepati ciri-ciri yang menepati sebuah Hadis Qudsi:
Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.
Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana
dia telah menjadi "perkakas" Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu
kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah
sama dengan bertemu Allah! Dan sebab itulah tahap sebegini adalah di luar pencapaian
manusia biasa...
Apapun, walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat tersebut wujud di
kalangan mereka yang terpilih daripada keturunan mulia, besar kemungkinan ia akan
terpendam dan dibazirkan begitu sahaja jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu.
Sebab itu amalan khusus seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya
seperti dihuraikan dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi
pegangan istana diajarkan kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.
Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan
tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaiannya, guru yang wasilah
kerohaniannya bersambung terus-menerus daripada seorang guru mursyid kepada
seorang guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru iaitu Rasulullah
SAW. Bukankah baginda pernah bersabda: "Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya.
Maka jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya."

Pada yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka setiap bakal raja
mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada guru-guru yang
memiliki pertalian peribadi dengannya. Di sinilah terserlah peranan golongan Sufi dan
para wali... Inilah yang berlaku dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan
kebesaran raja-rajanya!
Assalamualaikum para pembaca sekalian. Adapun selepas membuka bahagian dashboard
blogspot, saya mendapati bahawa sudah ada 85 posting (tidak termasuk posting ini) telah
dibuat di dalam blogspot ini, blogspot berbahasa Melayu yang diberi nama "Catatan Si
Merah Silu". Blogspot berbahasa Inggeris bertajuk "Berpetualang ke Aceh" pula sudah
ada 44 posting sementara blogspot Seni Lama Melayu (Malay Olden Art) yang dibuat di
dalam kedua-dua bahasa mempunyai 22 posting. Maka terfikir pula, alangkah cantiknya
jika ditambah 3 lagi posting untuk blogspot ini, jadilah jumlah posting sebanyak 88 di
sini, 44 di blogspot Inggeris dan 22 di blogspot campuran.
Kebetulan, saya baru sahaja menyiapkan proses suntingan terakhir buku "Berpetualang
ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II malam semalam. Yang tinggal cuma
ilham untuk pantun dan penerangan pendek yang akan diletakkan di kulit belakang.
Entah bila le nak mari... Wallahualam...
Apapun, demi menambah 3 lagi posting di blogspot ini, elok juga jika diletakkan sedikit
lagi isi daripada buku BKA II. Maka untuk pembaca setia blogspot saya yang tidak
seberapa ini, terimalah hadiah berupa isi daripada bab pembuka bertajuk "Mukadimah:
Jihad dan Raja-raja"... Silakan... :]
-----------------------------

MUKADIMAH:

JIHAD DAN RAJA-RAJA


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Yang menguasai hari pembalasan,
Engkau sahaja yang kami sembah
dan Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan,
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Jalan mereka yang telah Engkau anugerahi
nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai
atau mereka yang sesat.
- Surah Al-Fatihah
Rasyid sibuk mengolah kembali buku dua "Berpetualang ke Aceh" sambil mendengar
muzik tradisional Indang yang mengalun keluar daripada komputer laptop Compaq

Presarionya. Sesekali, pemuda yang juga meminati irama klasikal Barat gubahan para
komposer terkenal seperti Wolfgang Amadeus Mozart dan Ludwig Van Beethoven ini
suka menenggelamkan diri ke dalam irama lagu muzik lama Melayu, irama penuh
makna yang kadang-kala mendayu membawanya menjelajah jauh ke zaman silam.
Tiba-tiba pintu utama rumah terkuak kasar.
"Ini apa ni?" rakan lamanya Daniel muncul memecah suasana aman pagi. "Asyik bom
sana bom sini, letupkan diri sendiri! Apalah hendak jadi umat Islam sekarang? Adakah
Islam menyuruh penganutnya membunuh diri?"
Senyap. Tiada response Malaikat lalu agaknya.
"Ini, cuba kamu tengok ni!" dia cuba menarik perhatian dengan menghulurkan senaskah
suratkhabar Inggeris yang baru dibeli tadi. Rasyid masih buat tak tahu... Tenggelam di
dalam dunianya yang tersendiri.
"Hei! Kamu dengar tak apa yang aku cakap ini?" Daniel menegur sambil menyuakan
suratkhabar itu ke muka rakannya lalu menunjukkan rencana hangat mengenai peristiwa
pengeboman terbaru di Bali, Indonesia. "Islam suruh buat beginikah? Buat malu umat
sahaja. Tak habis-habis kena label Islamic terrorist. Mana masyarakat antarabangsa mahu
respect?"
Rasyid memandang wajah anak muda di hadapannya. Timbul sedikit rasa marah
diganggu ketika sedang sibuk membuat kerja. Kalau tidak dilayan nanti takut pula
dikatakan menyombong diri. Lagipun dia sedang menumpang bermalam di rumah rakan
lamanya itu di Taman Tun Dr Ismail, setelah lama mereka tidak bertemu, rasanya lebih
10 tahun begitu!
Semenjak pertemuan terakhir mereka di Malaysia Hall, London, Rasyid dan Daniel tidak
pernah berselisih muka walaupun kedua-dua bekas penuntut kolej "A" Levels PPP/ITM
ini pernah bekerja di kawasan yang sama, sekitar area Bangsar. Ditakdirkan Tuhan,
mereka terserempak di warung makan di Uptown Damansara semalam... Boleh pula
kembali mesra sehingga Daniel menjemput bermalam di rumahnya hujung minggu.
"Yalah, yalah. Aku tengok," Rasyid mengalah sambil melihat sekali imbas rencana yang
disuakan... Malas hendak membaca cerita-cerita buruk tentang orang Islam. Banyak
sangat, kebelakangan ini terlalu banyak
Tiga empat tahun kebelakangan, semenjak peristiwa September 11 menyaksikan
bangunan pencakar langit berkembar World Trade Centre di New York gugur
menyembah bumi, hampir setiap hari ada sahaja peristiwa pengeboman atau keganasan
yang dikaitkan dengan Islam. Balik-balik keluar cerita Islamic terrorist, Islamic terrorism
padahal orang agama lain pun ada yang mengganas juga... Tidak pernah pula terdengar
berita menyebut Christian atau Hindu terrorist apalagi Jewish atau American terrorist.
Umat Islam terlalu sering dikaitkan dengan keganasan hinggakan rakyat Palestin yang
cuma ingin membela tanah-air sendiri, yang anak-anak kecil, wanita serta orang tua
mereka hampir setiap hari terbunuh sementara rumah ibadat dan kediaman mereka
hancur dibedil peluru pun dikatakan terrorist. Yahudi laknat yang bertanggungjawab cuba
menghapuskan mereka secara sistematik pula dikatakan melakukan semua ini untuk
membela diri. Habis tu nak buat camano? Dunia sudah dekat nak kiamat agaknya
Petang itu, Daniel, diberi sedikit "lecture" tentang sejarah perjuangan Palestin... Tentang
Perisytiharan Balfour 1917 yang dipelopori British untuk menerbitkan negara haram
Israel di atas tanah milik rakyat Palestin, juga pergerakan Freemason dan Illuminati yang
telah diwujudkan beratus tahun terlebih dahulu untuk memungkinkan kewujudan sebuah

negara Yahudi. Graduan Electrical Engineering daripada University of Sheffield di


England ini tertunduk diam apabila diberitahu panjang-lebar tentang peranan institusiinstitusi peringkat dunia milik Barat yang terhasil selepas Perang Dunia II, melalui
persidangan Bretton Woods seperti Bank Dunia dan IMF... Institusi-institusi yang
menurut Rasyid adalah alat-alat Yahudi dalam rangka-kerja besar, grand design mereka
untuk menakluki dunia. Lalu Daniel juga diberi sedikit penerangan tentang Protocols of
the Elders of Zion, dokumen sulit Zionis yang merangka pelbagai strategi untuk
menundukkan manusia... Termasuk menggunakan media massa suratkhabar, majalah,
televisyen malah filem-filem Hollywood - juga kurikulum pelajaran di institusi-institusi
pengajian tinggi seperti pengkajian sejarah dan pengajian ekonomi untuk menerbitkan
masyarakat yang kononnya liberal tetapi sebenarnya pro-Barat, juga secara tidak sedar
pro-Yahudi malah pro-Zionis pula!
"Kita ambil contoh riba," kata Rasyid. "Kajilah secara mendalam. Semua agama
mengharamkan riba. Tetapi melalui prinsip makroekenomi yang disokong teori supply
and demand, bekalan dan permintaan, kita diajar bahawa riba adalah perkara semulajadi,
satu hukum alam yang tidak dapat disanggah atau dielakkan. Walhal ia cuma satu konsep
ciptaan manusia yang telah diperkembangkan Yahudi zaman berzaman untuk
mendapatkan keuntungan berlebihan dengan menindas pihak lain. Maka itu, jika kita
terpengaruh dengan teori-teori ekonomi yang menghalalkan riba, kita secara sedar atau
tidak telah menjadi seorang pro-Yahudi!"
Kebetulan Daniel tertarik kepada usaha rakannya menerbitkan buku berkaitan Aceh. Lalu
dia diberitahu bagaimana perjuangan keSultanan Aceh untuk menegakkan syiar Islam di
Nusantara di kala Portugis, Belanda dan Inggeris mula bermaharajalela juga diberi
konotasi buruk oleh mereka yang berkiblatkan Barat... Bagaimana dasar perluasan Aceh
terutama di zaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636 Masihi) ditafsirkan sebagai usaha
imperialisma untuk memuaskan ego besar seorang raja dan semangat Asobiah rakyatnya,
juga untuk mengaut keuntungan ekonomi semata-mata, bukannya jihad demi
mempertahankan syiar Islam di bumi ini.
Ramai sedia maklum, pensejarahan peristiwa serta kisah kerajaan-kerajaan di Nusantara
banyak diwarnai kacamata Barat tetapi kurang sedar akibat dan kesannya terhadap
perkembangan jiwa serta pemikiran anak tempatan. "Malah sudut pandangan para
pengkaji sejarah dan para orientalis yang bias, berat sebelah kerana cuba mengagungagungkan peradaban Barat di samping memperkecilkan pencapaian bangsa lain terutama
umat Islam mempunyai kesan yang sangat mendalam sehingga orang Melayu akhirnya
menjadi rendah diri dan berjiwa kerdil," Rasyid memulakan polemik.
Pengkaji juga sering melihat sejarah daripada sudut materialistik semata - sudut untung
rugi penaklukan sesebuah wilayah, perluasan kuasa demi memenuhi ego raja, penguasaan
jalan-jalan perdagangan untuk mengaut lebih banyak laba... Lalu mengenepikan akan
kewujudan niat murni para raja untuk mengembangkan syiar agama sebagai
tanggungjawab memakmurkan umat sejagat seperti pernah dilakukan para Rasul dan
Nabi.
"Dan kerana dasar penjajahan Barat sendiri dikatakan lebih bermotifkan kekuasaan dan
perdagangan, pendek-kata untuk mencari keuntungan materialistik dan keduniaan semata,
mereka lupa bahawa seorang Islam sejati terutama raja-raja dahulukala yang kuat
pegangan ilmu Sufi atau Tasawuf memiliki sudut pandangan dan motif yang berbeza,

motif-motif berunsur akhirat yang berada di luar jangkauan pemikiran Barat. Maka itu
kegiatan Raja-raja Melayu diceritakan melalui perspektif keduniaan Barat yang
mengenepikan niat murni raja-raja yang adil, raja-raja yang cuma mahu mempertahankan
kedaulatan Islam semata. Lalu muncullah konsep para pemerintah Islam yang tamakkan
kuasa dan harta, mahu mengembangkan sayap imperialistik mereka demi memuaskan
ego sahaja...
"Atas sebab inilah kerajaan-kerajaan Melayu berjaya dilagakan satu sama lain oleh Barat
sehingga bumi Nusantara ini berjaya ditakluki lalu dicorak sesuka hati mereka," Rasyid
menambah. Pemuda itu percaya, di sebalik dasar penjajahan Barat yang kelihatan bersifat
keduniaan semata, terdapat lanjutan Perang Salib di Timur Tengah yang sebenarnya
adalah perang ideologi dan agama... Tetapi ini sengaja disembunyikan daripada mata
umum. Maka masyarakat tidak mampu melihat bahawa perjuangan negara seperti Aceh
adalah sebenarnya lanjutan jihad demi mempertahankan syiar Islam seperti yang pernah
dilakukan kerajaan Islam di Timur Tengah untuk memastikan Baitul Maqdis di
Jerusalem, kota suci ketiga selepas Mekah dan Madinah terus berada di dalam
genggaman ummah.
Apapun, Rasyid tidak menolak hasil kajian Barat. Dia sendiri menulis berdasarkan
beberapa fakta penemuan pihak sana termasuk menggunakan salasilah beberapa kerajaan
Melayu yang agak terperinci, salasilah yang disusun begitu rapi berpandukan fakta
daripada sini, nampaknya supaya dapat mengesan anak cucu Raja-raja Melayu seramai
yang mungkin!
"Tapi kita mesti pandai menggunakan kebijaksanaan sendiri, pandai menapis maklumat
yang ada supaya tahu mana yang boleh dipakai, mana tidak," dia memberitahu Daniel.
"Kita perlu faham cara pemikiran Barat yang lebih banyak menafsirkan sesuatu peristiwa
daripada pandangan zahir dan logik semata. Sedangkan orang Melayu dahulukala selalu
membuat keputusan termasuk melancarkan perang melalui pandangan kerohanian...
Melalui gerak hati, firasat malah pandangan mata hati yang kasyaf yang kadang-kala
faedahnya langsung tidak dapat dilihat secara zahir."
Pemuda itu teringat perbualan dengan seorang tua di Perak, orang lama yang
memperkenalkannya dengan nama Sultanul Awliya, raja para wali, Sheikh Abdul Qadir
Al-Jilani... Sewaktu dia mula-mula mengembara mencari jawaban kepada beberapa
persoalan yang membelenggu jiwanya, sekitar tiga tahun lalu. Orang tua itu
menerangkan, orang Melayu yang berpegang kuat kepada agama akan melakukan Solat
Istikharah sebelum membuat sesuatu keputusan... Berserah bulat-bulat kepada Yang
Maha Bijaksana. Biar Allah jua yang menentukan apakah yang patut dilaksanakan.
"Inilah yang Mat Saleh, Orang Putih susah nak faham," katanya, marah. "Nak sangat
bukti zahir, pakai akal dan logik semata. Bagaimana mereka hendak memahami, apalagi
menyelami jiwa dan hati sanubari orang Melayu tulin yang percaya kepada Qada dan
Qadar, faham makna sebenar Tawakal?" Menurutnya, sebab itu orang Melayu dahulukala
sangat percaya dan taat kepada raja, sehingga mereka dituduh taat membabi-buta.
"Kerana raja-raja yang betul-betul berdaulat, bukan raja yang zalim atau sebenarnya tidak
layak menaiki takhta tetapi berjaya memerintah kerajaan dengan merampas tampuk
kekuasaan negara melalui tipu-helah politik mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu
seperti kebijaksanaan akal semulajadi yang jauh melebihi kemampuan orang biasa...
Mampu memahami sesuatu perkara yang rumit sehingga ke akar-umbi, mampu pula
melihat setiap kesan dan akibat sesuatu keputusan sehingga beberapa tahun akan datang.

Atau telus pandangan mata-hati, kasyaf... Dapat melihat apa yang akan berlaku di masa
hadapan dengan terang dan nyata!"
Buku-buku sejarah yang diwarnai Barat sering menyatakan Raja-raja Islam ataupun
Sultan adalah lanjutan daripada konsep Dewa Raja yang dikatakan salah-satu natijah
kepercayaan Hindu. Ini kerana menurut konsep Hindu, raja-raja berasal daripada
keturunan dewa-dewa lalu memiliki kesaktian yang tidak terdapat pada rakyat biasa.
Maka tafsiran Barat menyebut, selepas kedatangan Islam ke Nusantara, konsep dewa raja
dan kesaktian inipun dilanjutkan sebagai daulat yang menyebabkan rakyat takut kepada
raja... Takut terkena tulah atau pun sumpahan, boleh muntah darah jika engkar kepada
raja sehingga orang Melayu dikatakan berjiwa hamba, terlalu akur kepada setiap titahperintah raja.
Pada Rasyid, para pengkaji Barat ini terlupa atau sengaja pura-pura tidak mengerti
bahawa apa yang sebenarnya melayakkan seseorang menjadi raja adalah kewibawaan,
ketokohan, bakat kepimpinan serta kebijaksanaan semulajadi yang dianugerai Allah
Taala, kelebihan yang tidak ada pada rakyat biasa. Kelebihan anugerah Ilahi ini cuma
wujud dalam keturunan tertentu, bukannya artificial, plastik, boleh dibuat-buat atau
dipelajari melalui mana-mana self-help book, buku-buku bacaan meningkatkan diri
seperti How to be a leader, bagaimana hendak menjadi pemimpin dan sebagainya... Ia
bukan kelebihan atau persepsi yang boleh dicipta melalui teknik tipu daya politik seperti
dianjurkan pemikir politik Itali zaman renaissance Nicolo Machiavelli dalam bukunya
The Prince.
Hmm... Mungkin susah untuk kita memahami, kelebihan seorang raja sejati bukan boleh
diperolehi dengan ulangkaji seperti menelaah buku strategi perang kuno... Bukan seperti
orang politik, ahli perniagaan serta para pemimpin sekarang yang suka membaca buku
The Art of War karangan Sun Tzu, pemikir purba China yang hidup ketika zaman tiga
kerajaan yang saling bersengketa, The three warring states... Bukan juga dengan cara
peningkatan daya pemikiran melalui pembacaan buku-buku mengenai lateral thinking
atau thinking using the seven hats karangan Edward de Bono. Kelebihan yang ada pada
raja sebenar adalah kelebihan dalam darah-daging, suatu konsep yang agak asing bagi
masyarakat sekarang. Lalu bagaimana mahu mencari seorang pemimpin sejati sebegini?
Orang tua di Perak yang menjadi salah satu tempat rujukan utama Rasyid untuk
memahami cerita-cerita lama Melayu serta pengajian ilmu Tasawuf pernah memberitahu,
kepimpinan yang sebenar telah ditentukan oleh Tuhan. Garis panduannya ada terdapat di
dalam kitab suci Al Quran, jika dikaji lebih mendalam, seperti yang dinyatakan Allah
Taala dalam, firmanNya kepada Nabi Ibrahim dalam Ayat 124, Surah Al-Baqarah:
"Sesungguhnya, Aku ingin menjadikan engkau imam (pemimpin) bagi seluruh manusia."
"Sejak kecil lagi, Nabi Ibrahim telah memiliki sifat-sifat tertentu yang melayakkannya
menjadi seorang pemimpin. Kelebihan akal semulajadi yang ada sudah cukup untuk
menyedarkan baginda tentang kejahilan masyarakatnya menyembah berhala iaitu patungpatung ciptaan tangan mereka sendiri," orang tua itu membuka cerita. "Semasa kanakkanak pula, baginda telah terpanggil untuk mencari erti sebenar keTuhanan... Dengan
melihat alam, bintang-bintang dan bulan terutama matahari yang nampak begitu hebat,
memancar penuh keperkasaan tetapi pudar dan hilang jua apabila sampai masanya. Lalu
baginda menyedari tidak ada satu benda pun di alam ini layak disembah apalagi hendak
dipanggil dan diakui sebagai Tuhan yang Maha Pencipta."
Apabila sampai masa baginda sudah cukup matang dalam kehidupan, hijab Nabi Ibrahim

pun dibuka. Lalu baginda ditunjukkan rahsia-rahsia kejadian alam dan hakikat sebenar
keTuhanan kemudian diangkat menjadi Rasul untuk menyebarkan akidah Islam iaitu
penyerahan mutlak kepada yang Maha Kuasa... Tetapi mengikut syariat baginda iaitu
syariat Ibrahim Khalilullah. Maka turunlah firman Allah seperti dinyatakan dalam Ayat
124 Surah Al-Baqarah, firman yang ingin mengangkatnya sebagai pemimpin seluruh
manusia.
Ayat sama turut menyatakan, selepas itu Nabi Ibrahim telah bertanya: "Dan keturunanku?
(adakah mereka akan diangkat menjadi pemimpin umat juga?)" Lalu Allah menjawab:
"JanjiKu tidak berlaku pada mereka yang zalim." Ertinya cuma anak cucunya yang adil
dan bertakwa sahaja layak menjadi pemimpin.
"Di sini telah dinyatakan dengan jelas, pemimpin besar yang diberi kelebihan untuk
memimpin umat adalah mereka yang berasal daripada keturunan tertentu... Mulai
peringkat ini (sejak Nabi Ibrahim menjadi matang) daripada keturunan baginda. Tetapi
bukan dari kalangan anak-cucunya yang zalim. Ayat ini sudah cukup untuk membuktikan
terdapat keutamaan milik sesuatu keturunan untuk diangkat sebagai pemimpin," orang
tua itu membuat kesimpulan.
Dan akhirnya, posting saya yang ke 88 di blogspot ini... Alhamdulillah!
Oleh kerana nombornya dah cantik (88 di blogspot ini, 44 di blogspot "Berpetualang ke
Aceh" dan 22 di "Seni Lama Melayu (Malay Olden Art)", biarlah saya berehat sekurangkurangnya 8 hari sebelum menambah apa-apa posting di mana-mana blospot ini, hehe!
Tentang cerita "Jihad dan raja-raja" ini, takkan nak bagi semuanya ya tak... Tunggulah
keluarnya buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II di
pasaran, insyaallah May atau Jun ini ya! :]
--------------------------------Mereka yang suka mengagung-agungkan teori-teori Barat termasuk prinsip demokrasi
dan kerajaan berParlimen sebagai wadah terbaik untuk menjamin kesejahteraan
masyarakat mungkin menganggap konsep keturunan terpilih sebagai pemimpin manusia
yang memiliki kewibawaan semulajadi anugerah Ilahi adalah dongeng semata-mata,
cerita rekaan yang diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk
menghalalkan institusi pemerintahan beraja. Tetapi pada Rasyid, perkara ini bukanlah
pelik sangat atau tidak logik langsung malah memang masuk akal yang sihat! Kerana
kalau diteliti daripada sudut pengajian ilmu sains genetik, kelebihan seseorang manusia
lebih-lebih lagi seorang Nabi dan Rasul seperti Nabi Ibrahim memang boleh turun ke
anak cucunya.
Fikirkanlah, alangkan buah durian pun kalau boleh orang hendak cari baka terbaik,
misalnya jenis D24... Begitu juga padi dan tanaman lain, ada baka terpilih yang diakui
semua. Sedangkan binatang pun diperhatikan asal-usulnya, contohnya kuda Arab, samada
untuk berlumba laju jarak dekat atau kerana daya ketahanannya untuk perlumbaan jarak
jauh... Sehingga wujud paspot kuda untuk mengesahkan baka keturunannya sampai ke
empat lima generasi "nenek moyang", baik sebelah bapa mahupun ibu.
Rasyid pernah melihat paspot kuda kerana dia pernah menjadi salah seorang wartawan
equestrian (sukan berkuda) yang terkemuka di tanah air. Paspot istimewa yang
menunjukkan nama kuda, asal-usulnya juga nama dan asal-usul "nenek-moyang" kuda

inilah yang digunakan untuk membuktikan bahawa seseekor kuda itu berasal daripada
baka yang baik, juga untuk menaksirkan harganya di pasaran... Lebih elok lagi jika
terbukti ada daripada "nenek-moyang" nya pernah menjadi juara lumba kuda.
Begitu juga orang memilih baka anjing dan kucing walaupun binatang-binatang ini tidak
memakai paspot. Jika kucing Parsi atau kucing Siam lebih mahal harganya, lebih diminati
orang daripada kucing jalanan, inikan lagi manusia yang hendak dibuat pemimpin...
Mestilah diketahui asal-usulnya, daripada keturunanan mana, apakah dari darah-daging
yang terbukti boleh memimpin rakyat? Ingat boleh main pilih sembarangankah?
Percayalah, jika Tuhan berjanji untuk menaikkan seseorang itu sebagai pemimpin, maka
Tuhan juga akan melengkapinya dengan sifat-sifat mulia yang layak dicontohi rakyat.
Seorang pemimpin sejati juga dibekalkan dengan tubuh badan serta rupa-paras yang elok,
di samping akal dan budi bicara tinggi, sifat-sifat yang selalunya wujud dalam baka yang
terpilih.
"Sebab itu masyarakat dahulukala sanggup mengangkat seseorang menaiki takhta jika
diketahui dan terbukti melalui tanda-tanda tertentu orang itu berasal daripada keturunan
yang mulia seperti keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Malah rakyat pula yang
memohon kepimpinan orang sebegini lalu sanggup menyatakan taat setia mereka yang
tidak berbelah bagi tanpa dipinta," Rasyid memberitahu gadis kesayangannya Nur.
Orang dahulukala amat arif tentang kelebihan semulajadi yang dimiliki manusia begini,
kelebihan yang tidak terdapat pada orang biasa, kelebihan yang dipanggil dalam bahasa
sastera lama sebagai "kebesaran" raja-raja... Kerana kebesaran inilah yang boleh
memakmurkan rakyat sesuatu negeri. Sebab itu wujud istilah keturunan orang baik-baik,
keturunan orang yang diketahui baik-baik belaka, daripada baka yang baik turuntemurun!
"Maka itu mereka yang tahu dirinya berasal daripada keturunan sebegini seperti para
Sayyid dan Sharifah anak cucu Rasulullah SAW perlu menjaga akhlak dan kelakuan
mereka melebihi orang lain. Mereka patut beramanah dengan kelebihan yang ada dalam
darah-dagingnya, sekurang-kurangnya demi menjaga nama baik Nabi," Rasyid cuba
meyakinkan Nur.
Sayangnya semasa itu, wanita cantik ini masih belum dapat memahami konsep itu
walaupun dia sendiri berasal daripada sebuah jurai keturunan yang dipandang mulia.
Katanya, kalau apa yang disebut Rasyid itu benar, kenapa boleh wujud para "Sayyid AlKohol" yang kaki botol, atau anak cucu Nabi yang kaki perempuan? Kenapa ada "Raja
Kapor", anak cucu Raja-raja Melayu dengan gelaran Yang Mulia tetapi perangai buruk
suka menipu orang? Kenapa ada mereka yang berketurunan mulia dan baik-baik belaka
tetapi bersifat suka menyembelih manusia lagi kaki pembelit?
Pada Rasyid, jawabannya senang. Daripada benih yang baik boleh muncul baka yang
buruk kerana rosak... Kalau tanaman ataupun binatang, mungkin kerana diserang kuman.
Kalau manusia pula, kerana rosak akhlak, tidak memenuhi amanah keturunan yang
memerlukan mereka supaya bertakwa, beramal dengan agama lebih daripada orang lain,
lebih dari orang kebanyakan yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan semulajadi seperti
mereka. Ataupun darah sudah cair? Kerana kelebihan genetik nenek moyang tidak turun
kepada mereka? Orang sebegini patut dibuang sahaja nama Raja, Tengku ataupun Sayyid
yang dimiliki. Jangan buat malu company, sebab nila setitik rosak susu sebelanga...
Menjatuhkan nama keturunan dan nenek-moyang yang mulia sehingga orang lain pula
berburuk sangka.

"Janganlah kerana ada baka keturunan yang rosak, beberapa Sayyid yang kaki minum,
Sayyid Al-Dot dot dot dan sebagainya, maka seluruh benih dan baka yang baik tadi
dipersalahkan. Begitu juga keturunan raja-raja... Jangan sebab marahkan nyamuk,
kelambu dibakar. Bodoh. Pakailah Ridsect! Hapuskan nyamuk durjana sahaja!," anak
muda itu berseloroh.
Nur tertawa lembut. Dia tahu Rasyid suka bergurau di celah perkara serius. Itu juga
adalah tekniknya untuk memudahkan pemahaman, supaya perkara yang selalunya berat
dapat dicerna dengan lebih mudah.
"Maaflah saya cakap," pemuda itu meneruskan. "Disebabkan wujudnya keturunan baikbaik seperti inilah orang sekarang tidak mampu memahami hakikat sebenar seorang
raja... Susah untuk membayangkan pemimpin yang memiliki karisma semulajadi, yang
menyebabkan orang-ramai secara automatik akan tunduk dan hormat kepadanya
walaupun dia tidak memakai pakaian kebesaran, walaupun tidak duduk di dalam istana."
Kebesaran sebenar seorang raja bukan terletak pada luaran, pada harta dan kuasa yang
ada. Kalau begitu, serupalah seperti mana-mana orang buruk akhlak yang berjaya
menyembunyikan sifat buruknya daripada pengetahuan orang ramai, orang yang pandai
main PR (Public Relations), pakar lakonan sandiwara yang berjaya mengaburkan mata
masyarakat umum... Tidak ada bezanya dengan kaki belit dan putar alam yang faham
segala macam tipu daya dan auta dunia politik dan perniagaan lalu berjaya mendapatkan
kuasa dan duduk di dalam rumah besar seperti istana. Malangnya, manusia sebegini pula
yang disanjung tinggi masyarakat moden kerana kebesaran mereka yang nampak nyata,
melalui ukuran pencapaian materialistik dan keduniaan yang menjadi anutan rata-rata
orang sekarang. Lalu mereka pula dipandang sebagai raja, bukan seperti zaman dahulu di
mana orang tahu mengenali kemuliaan di sebalik manusia yang berpakaian buruk... Tahu
menilai bangsa melalui adab dan budi bahasa.
Pada Rasyid, sifat buruk manusia berdarah raja yang tidak amanah dengan zat mulia
mereka telah menyebabkan orang-ramai percaya kepada dakyah Barat yang mengatakan
kemuliaan raja-raja adalah satu mitos warisan Hindu yang diwujudkan semata-mata
untuk memastikan rakyat sentiasa akur kepada titah perintah mereka. Apa yang mereka
nampak, siapa yang kuat dialah raja. Sedangkan hakikatnya jauh panggang dari api!

Assalamualaikum semua... Di atas atas sebuah ilustrasi lama menunjukkan peta


bandaraya Jerusalem dan berlakunya Perang Salib...
Beberapa hari kebelakangan saya sibuk menyiapkan proses suntingan buku ketiga saya
"Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III. Alhamdulillah, sudah
sampai mukasurat 280 sedangkan buku itu akan mencakupi sekitar 320 mukasurat cerita.
Adapun beberapa mukasurat yang disunting semalam bercerita tentang Perang Salib, juga
kaitannya dengan penjajahan Barat di Tanah Melayu... Saya tak mahu cerita panjang
kerana kepala kurang sedap dan Cyber-cafe akan tutup sebentar lagi... Cukuplah
dinyatakan, Insyaallah apabila sampai gerak, saya akan post kan di sini mana yang patut
menurut sukatan yang perlu.
Dalam pada itu, saya terfikir apakan Iran akan diserang tidak lama lagi? Kalau Iran
diserang, kemungkinan besar perang akan merebak seluruh dunia... Maka bersedialah kita
untuk menghadapi serangan Dajjal dan semoga kebangkitan Islam daripada Timur akan
menyusul cepat...

Kalau nak tahu inilah lambang


mata Dajjal Zionis yang mahu memerintah dunia...
Assalamualaikum semua... Ini ada sedikit preview daripada buku "Berpetualang ke Aceh:
Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III yang hampir siap, daripada bab bertajuk "Aceh
Sekarang: Bilakah kembali Darussalam?". Kalau nak baca lebih lanjut, sila nyatakan
sokongan dan pandangan pada comments di bawah. Ini dia...
-----------------------------------------Cengkaman Republik Indonesia terhadap Aceh adalah satu natijah besar penjajahan
Belanda yang merupakan lanjutan proses memalapkan syiar Islam di seluruh dunia yang
didalangi puak Yahudi Zioni dan rangkaian mereka. Puak-puak ini bertujuan mahu
menakluki dunia, kononnya untuk memenuhi amanah Bani Israel sebagai bangsa
pilihan Tuhan... Maka itu, dalam grand design atau rangka-kerja Zionis, bumi Islam
mesti ditundukkan ke bawah telunjuk dan hala-tuju yang mereka inginkan.
Melalui tangan-tangan ghaib mereka yang berjaya menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk
menjajah kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia, Yahudi Zionis telah memaksa empayar
Uthmaniyah yang menaungi ummah sejak abad ke 16 supaya melutut apabila kalah
dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akibatnya, wilayah selatannya yang meliputi
Jerusalem sehingga ke timur-laut pesisir Laut Merah juga sebahagian bekas empayar
Parsi termasuk kerajaan purba Mesopotamia telah dibahagi-bahagikan di antara pihak
yang menang untuk menerbitkan negara-negara Palestin, Trans-Jordan dan Iraq (di bawah
Inggeris) dan Syria (Peranchis).
Keadaan ini bakal menerbitkan Israel, negara haram yang diwujudkan 1948 untuk
meliputi Jerusalem. Wilayah rebutan Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya adalah
keratan tanah Palestin yang diperolehi Inggeris sebagai hasil Perang Dunia Pertama.

Rancangan untuk menerbitkan negara Yahudi boleh dibuktikan melalui Perisytiharan


Balfour 1917. Perisytiharan oleh Setiausaha Luar British Arthur James Balfour itu
berbunyi:
"His Majestys Government view with favour the establishment in Palestine of a national
home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the
achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which
may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in
Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."
Maksudnya: "Kerajaan Yang Maha Mulia Raja (Raja British) melihat dengan anggapan
baik penubuhan di Palestin sebuah tanah-air untuk orang-orang Yahudi, dan akan
berikhtiar sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaiannya, sambil memahami dengan
nyata bahawa tidak ada apa-apa yang akan dilakukan yang boleh merugikan hak awam
dan beragama masyarakat bukan Yahudi yang wujud di Palestin, atau hak dan status
politik orang-orang Yahudi di negara-negara lain."
Lihat. Bahasanya begitu lembut diplomatik menunjukkan simpati terhadap segolongan
manusia yang memerlukan tanah-air sendiri serta azam Inggeris membantu mencapai
matlamat ini. Fikirkan Ketika perisytiharan dibuat, wilayah Palestin masih berada di
dalam kekuasaan keSultanan Turki Uthmaniyah tetapi sudah ada pihak berani membuat
azam sebegini. Bukankan ini bermakna penubuhan Israel sudah lama dirancang dengan
penuh keyakinan? Bukankah ini menunjukkan wujud sebuah grand-design atau
rancangan menyeluruh jangka panjang yang akan membawa kepada penubuhan negara
haram Yahudi itu nanti?
Atas saranan Presiden Amerika Woodrow Wilson, sebuah pertubuhan negara-negara
bersatu peringkat dunia dipanggil the League of Nations telah diwujudkan sejurus selepas
Perang Dunia Pertama tamat 1918. Pada 1922, ia merangkumi lebih 50 buah negara lalu
memberi pihak British atau Inggeris mandat besar untuk mentadbir Palestin sehingga
1947. Mereka yang mengkaji lebih mendalam mesti tahu pertubuhan ini dianggotai
banyak negara Eropah yang telah diperkudakan the international bankers, para peminjam
wang Yahudi yang menguasai ekonomi dunia di sebalik tabir. Ia adalah lanjutan hasilkerja perbincangan Kongress Zionis Sedunia pertama 1897 yang dipelopori seorang
Yahudi dari Austria, Theodore Herzl, orang yang juga dikenali sebagai bapa Zionisma
moden.
Assalamualaikum semua. Tiba-tiba timbul gerak untuk membuat beberapa preview
daripada buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" yang akan
keluar tidak lama lagi bermula dengan ini... Daripada bab bertajuk "Aceh sekarang:
Bilakah kembali Darussalam?", tentang rancangan Yahudi Zionis untuk menakluki
dunia... Sila baca! :]
Oh... Lupa nak beritahu. Artikel ini adalah sambungan terus daripada sedutan yang telah
diletakkan di blogspot ini di bawah tajuk Kejatuhan Baitul Muqaddis: Sedikit tentang
rancangan Zionis menakluki dunia... . Maka elok juga dibaca balik sebelum disambung
pada yang ini ya... Teruskan...

------------------------------------Tidak menjadi rahsia konsep Zionisma yang meletak Yahudi sebagai bangsa terpilih yang
harus memerintah dunia sebenarnya telah wujud lebih 2,000 tahun lalu sempena nama
Bukit Zion ataupun Sion di Jerusalem. Mengikut kepercayaan mereka, ia adalah pusat
pemerintahan Nabi Daud AS dan anaknya Nabi Sulaiman. Dengan ideologi politik
berteraskan kemuliaan bangsa Yahudi dan hak semulajadi untuk memerintah dunia,
Kongress Zionis 1907 menyaksikan tekad mereka untuk mendirikan negara Yahudi yang
berpusat di Jerusalem. Apabila tamat Perang Dunia Kedua (1939-1945), the League of
Nations dimansuhkan untuk memberi jalan kepada penubuhan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu. Tidak lama kemudian, mandat Inggeris untuk memegang Palestin pun
tamat dan pada 1948, negara Israel pula didirikan dengan sokongan Bangsa-bangsa
Bersatu!
Fikirkanlah Apakah ini semua berlaku secara kebetulan ataupun dirancang? Pada
sesiapa yang pernah membaca dokumen The Protocols of the Elders of Zion, bukankah
ini menepati grand-design atau rancangan besar jangka-panjang Zionis untuk menakluki
dunia? Bukankah dokumen yang muncul sebelum abad ke 20 itu menyatakan mereka
perlu menerbitkan beberapa perang dunia untuk mencapai matlamat ini? Malah ada
kajian menyebut, Yahudi Zionis sudah membuat rencana untuk mencengkam dunia jauh
lebih dahulu daripada kewujudan dokumen bertulis Protocols yang kemungkinan besar
digariskan sekitar Kongres Zionis Sedunia 1897. Ini berdasarkan sebuah peta rahsia
menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi-lokasi terpilih pada zamanzaman tertentu, bermula dari Yunani 429 Sebelum Masihi, satu tempoh masa yang
kebetulan telah menyaksikan kewujudan golongan pendatang sophist yang
menghalalkan sistem demokrasi (baca balik Jilid 2, bab Demokrasi vs. Raja-raja).
Peta yang sama menunjukkan lilitan ular merangkumi Rome zaman Maharaja Augustus
(69 SM), Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V (1552 Masihi), Paris 1790 (ketika
Raja Louis XVI memerintah), London 1814 (selepas Napolean jatuh), Berlin selepas
Perang Peranchis-Prussia (1871) dengan kepala ular berada di St. Petersburg, Russia
1881. Kebetulan setiap tempat dan tempoh yang disinggahi ular menyaksikan
peristiwa-peristiwa besar yang mengubah suasana sosio-politik masyarakat setempat.
Apakah peristiwa-peristiwa ini semuanya telah dirancang Yahudi Zionis?
Walaupun peta lama itu menunjukkan perjalanan ular ini tamat 1881, para pengkaji
percaya ia seterusnya meliliti Amerika Syarikat awal abad ke 20. Ini bertepatan dengan
penubuhan Federal Reserve, bank pusat Amerika yang mempunyai kesan yang amat
besar dan menyeluruh terhadap perkembangan ekonomi dunia. Tidak lama kemudian,
ular itu kembali ke Russia, ke bandar-bandar Moscow, Kiev dan Odessa yang akan
menjadi pusat-pusat militan Yahudi lalu menuju ke Istanbul, Turki (zaman Uthmaniyah)
sebelum berakhir di Jerusalem wilayah Palestin.
Kebetulan lagi berlaku Perang Dunia Pertama yang menyaksikan keSultanan Turki
Uthmaniyah melutut sebelum dipancung terus oleh pemimpin golongan Turki Muda
yang pro-Barat dan anti-Islam, iaituMustafa Kamal Attartuk. Ini diikuti kejatuhan Mekah
dan Madinah ke tangan keluarga Bani Saud yang sangat memusuhi para Sharif anak cucu
keturunan Rasulullah SAW. Akibatnya umat Islam seluruh dunia menjadi anak-anak
yatim-piatu lalu tidak mampu menahan objektif Zionis yang seterusnya... Mewujudkan
sebuah negara Yahudi di atas tanah Palestin.

................
Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Muqaddis dianggap tanah suci
penganut Islam, Kristian juga Yahudi. Ia jatuh ke tangan ummah penghujung abad ke 7
Masihi setelah bala-tentera Islam yang diketuai Panglima Amru bin Ash berjaya
memukul mundur askar Rum dalam Pertempuran Yarmuk. Askar Islam pun bertemu
ketumbukan baru musuh pimpinan Panglima Atrabun (Atravon) yang gagah berani lagi
licik... Tetapi berkat petunjuk daripada Khalifah Umar Al-Khattab di Madinah, tentera ini
berjaya diatasi sehingga mereka tersepit di Baitul Muqaddis.
Setelah lama terkepung, pihak musuh pun mengalah, Mereka menyerah diri dengan
meminta Khalifah Umar sendiri datang mengambil kunci kota. Baginda memecah tradisi
para pemerintah agung apabila datang dari Madinah menaiki unta bertemankan seorang
bekas hamba sahaja! Sejak itu, Baitul Muqaddis terus diperintah Islam sehinggalah 400
tahun kemudian apabila ketua tertinggi gereja Khatolik, Pope Urban II mendapat ilham
lalu mengisytiharkan setiap penganut Kristian yang tampil ke hadapan untuk
merampasnya akan diampunkan segala dosa dan dijamin masuk syurga.
Tahun 1096 menyaksikan 300,000 tentera gabungan Kristian daripada pelbagai kerajaan
Eropah mendarat di Konstantinople, pusat empayar Kristian Byzantium. Ketika ummah
sedang berpecah akibat persaingan Daulah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad
dengan Daulah Fatimiyah di Mesir untuk muncul sebagai pemerintah Islam terunggul,
mereka merebut kembali beberapa wilayah taklukan Islam.Tiga tahun kemudian, seorang
panglima utama mereka, Godfrey de Bouillon muncul sebagai wira Kristian apabila
berjaya menawan Baitul Muqaddis. Beliau pun diangkat menjadi pemerintah pertama
kerajaan baru the Kingdom of Jerusalem.
Kajian-kajian tertentu menunjukkan Godfrey juga adalah pemimpin tertinggi pergerakan
Zionis lama yang dikenali sebagai Prieure de Sion (bahasa Peranchis) atau Priory of Sion
di samping mengetuai kumpulan pahlawan militan Kristian Knights Templar yang
sebenarnya adalah penyokong kuat Yahudi Zionis. Dia dikatakan berasal daripada
keturunan raja-raja lama Dinasti Meronvingian yang pernah memerintah sebahagian
besar Eropah Barat termasuk Peranchis dan German abad ke 5 hingga 8 Masihi.
Menurut satu dakwaan, keturunan ini terbit dari perkahwinan Nabi Isa AS dengan Mary
Magdelene. Rasul itu diketahui berasal daripada keturunan Nabi Daud AS, Raja Bani
Israel yang memerintah di Jerusalem sekitar 1,000 tahun Sebelum Masihi... Lalu ada
pihak menyebut Nabi Isa AS sebagai king of the Jews, raja orang-orang Yahudi yang
tidak sempat bertakhta. Maka itu kemenangan Godfrey diwar-warkan sebagai sirih
pulang ke gagang... Kononnya keturunan Nabi Isa AS telah kembali untuk mewarisi
takhta pemerintahan Bani Israel yang berpusat di Jerusalem.
Di sini kita mesti berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan dakyah Yahudi Zionis
Ingat! Majoriti penganut Kristian mahupun Islam telah diajar untuk menolak apa-apa
kemungkinan yang Nabi Isa AS pernah berkahwin... Maka itu siapakah sebenarnya
Godfrey dan apakah hakikat asal-usul darah diraja Meronvingian? Apakah mungkin
inilah keturunan jahat yang akan menerbitkan Dajal Al-Masih? Dajal bermata satu yang
akan memimpin Yahudi untuk menakluki dunia akhir zaman nanti? Atau Dajal sudah pun
wujud menunggu masa tercetusnya Perang Dunia Ketiga?

Ini juga daripada bab bertajuk "Aceh sekarang: Bilakah kembali darussalam?"
--------------------------Buku-buku sejarah rasmi dunia mencatatkan penemuan Amerika 1492 oleh Christopher
Columbus adalah titik permulaan kuasa-kuasa Barat mula berminat menerokai dunia
selain Eropah dan wilayah sekeliling yang menjadi medan permainan mereka sejak
zaman kegemilangan Yunani 2,500 tahun lalu. Pelayar terkenal Vasco de Gamma pula
dicatatkan sebagai orang Eropah pertama menemukan laluan pelayaran ke India 1498 lalu
membuka jalan untuk mengenali dunia sebelah Timur melalui laut. Ini adalah natijah
daripada pengembaraan Bartholomew Diaz 1488 yang berjaya menemui laluan selamat
melepasi Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) di penghujung selatan benua Afrika
yang terkenal sebagai kawasan bahaya ribut taufan. Warga Eropah pun mula mengenali
tamadun-tamadun Islam Timur yang hebat seperti keSultanan Delhi yang menguasai
benua Hindi sejak abad ke 13 serta keSultanan Melaka yang menguasai jalan
perdagangan Timur-Barat sehingga pusatnya Kota Melaka dikenali sebagai Venice of the
East sempena Venice di Italy, kota paling makmur di Eropah zaman itu.
Barat mula berdagang di Nusantara terutama dalam spice trade, perniagaan rempah, satu
komoditi penting yang sangat diperlukan di Eropah tetapi dikawal melalui Melaka. Maka
muncullah ungkapan terkenal penulis Portugis bernama Barbarosa: Whoever is Lord in
Melaka has his hand on the throat of Venice. Sesiapa yang memerintah Melaka
tangannya mencekak leher Venice. Pos-pos perniagaan Barat mula didirikan di lokasilokasi penting seperti kota Melaka juga pusat kerajaan Samudera-Pasai Tidak lama
kemudian, Portugis mendapat ilham untuk menakluki Goa di India (1510) dan kota
Melaka (1511) sebelum bersahabat dengan Haru di Sumatera untuk menakluki Pasai
(1514)... Semuanya atas alasan untuk menguasai perdagangan dan itulah yang disebut
dalam sejarah rasmi dunia.
Sekarang fikirkan Adakah sejarah yang dikemukakan ini benar dan tepat? Kalau benar
Vasco de Gamma adalah orang Eropah pertama menemui jalan ke India, bagaimanakah
pemikir purba Yunani, Ptolemy yang diakui sejarahwan Barat sebagai salah seorang ahli
falak dan pelukis peta (cartographer) teragung dahulukala boleh bercerita malah melukis
sebuah peta purba yang agak lengkap tentang Golden Chersonese iaitu Semenanjung
Tanah Melayu lebih 2,000 tahun lalu? Bagaimanakah orang Eropah zaman itu boleh
mengenali Semenanjung sebagai bumi kaya-raya penuh emas malah menyatakan Mount
Ophir atau Gunung Ledang sebagai sebuah lokasi utama Solomons Treasure, harta
peninggalan Nabi Sulaiman?
Bagaimana pula tentang Marco Polo, pengembara Barat abad ke 13 dari Venice, Italy
yang terkenal dengan kisah pengalamannya merentasi jalan darat the Silk Road atau Jalan
Sutera yang menghubungkan Eropah dan Asia sampai ke benua China ketika ia sedang
diperintah Kublai Khan (1216-1294), cucu Ghengiz Khan? Bukankah catatannya
menyebut beliau pernah sampai dan singgah di Ferlec, ataupun Perlak 1292 melalui jalan
laut yang merentasi Laut Cina Selatan dan Selat Melaka? Ketika kerajaan lama Islam itu
sudah diserapkan ke bawah pemerintahan keSultanan Samudera-Pasai yang sedang
dirajai pengasasnya Sultan Malikus Salih?
Kitab Hikayat Aceh pula menyinggung kedatangan awal Portugis di bumi Serambi

Mekah apabila menyebut kisah kerajaan Mahkota Alam berjaya menakluki Darul Kamal
menggunakan meriam daripada kapal Barat yang tenggelam di perairannya. Kajian rasmi
sejarah menyatakan, ini berlaku semasa Sultan Munawar Shah memerintah 1490-1497,
raja yang bertanggungjawab menyatukan kedua-dua kerajaan tersebut untuk membentuk
keSultanan Aceh Darussalam. Fikirkanlah. Bagaimanakah kapal Barat itu boleh muncul
dan tenggelam di perairan Aceh sedangkan sejarah rasmi dunia mendakwa orang Eropah
baru mengenali laluan laut melepasi Afrika ke India melalui pelayaran Vasco de Gamma
1498?
Barat juga nampaknya cuba mewarnakan ekspedisi mereka ke Timur sebagai innocent,
sekadar demi memenuhi naluri mengembara seterusnya berdagang. Tetapi dengan
menggunakan alasan pedagang mereka diganggu pemerintah tempatan seperti yang
pernah terjadi di Melaka, mereka mampu menakluki Goa (1510), Melaka (1511) dan
Pasai (1514) dalam tempoh yang singkat. Ini menunjukkan mereka sebenarnya sudah
lama merancang untuk menakluki keSultanan-keSultanan Islam di Timur.
Ia adalah taktik jangka-panjang untuk menghancurkan kekuatan umat Islam sejagat yang
diterajui Khalifahan Utmaniah di Turki, kuasa ketenteraan yang terhebat di dunia zaman
itu. Bukankah sejarah membuktikan, penaklukan kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia
yang berjalan lancar abad 17- 19 akhirnya menyaksikan kerajaan Uthmaniyah di Turki
terkepung tanpa bantuan? Lalu melututlah ia apabila kalah kepada kuasa gabungan Barat
dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Bukankah kekalahan itu menyebabkan Baitul
Muqaddis terus terlepas daripada tangan umat Islam setelah sekian lama? Dan sampai
sekarang ia tidak aman akibat penindasan demi penindasan yang dilakukan puak Yahudi
Zionis.
Portugis yang merupakan kuasa laut terkuat Eropah abad ke 16 telah diberikan tugas
untuk menundukkan Nusantara kerana Yahudi Zionis tahu Hadis Nabi tentang
kebangkitan Islam daripada Timur. Tetapi terbukti keSultanan Aceh yang mewarisi
peranan Melaka dan Samudera-Pasai amat liat untuk ditundukkan. Kemunculan Sultan
Ali Mughayat Shah selepas kejatuhan Melaka 1511 menyaksikan baginda berjaya
menyatukan kerajaan-kerajaan kecil yang berpecah-belah di bumi Serambi Mekah lalu
menghalau Portugis keluar dari Samudera-Pasai (1524). Seterusnya baginda menakluki
Haru supaya penjajah tidak boleh lagi bertapak di Sumatera.
Portugis cuba memperkudakan Johor pula untuk menawan Haru. Sebaliknya mereka dan
sekutu Melayu itu telah dihalau keluar lagi malah kedudukan Portugis di Melaka pula
tersepit akibat serangan demi serangan tentera Aceh. Selepas lebih seratus tahun
mencuba, ternyata kuasa Barat itu tidak dapat memenuhi misi Yahudi Zionis di Timur.
Kebetulan pula tanah-air mereka di Eropah ditakluki Sepanyol 1580... Maka sampailah
masanya untuk Belanda, kuasa laut baru Eropah abad ke 17 menonjolkan diri, kuasa
besar yang jauh lebih licik dan kaya dengan tipu-helah sehingga berjaya menggunakan
armada tentera Aceh untuk melemahkan kedudukan Portugis di Melaka seterusnya
menduduki kota itu 1641.
Cerita ini ada dipanjangkan dalam Jilid 2, bab penutup bertajuk Perang Aceh-Portugis di
Melaka1629. Di samping itu, untuk memastikan supaya ancaman Aceh dapat dikekang
dan Barat boleh terus mengembangkan sayap, Yahudi Zionis telah merosakkan teras
kerohanian rakyat bumi Serambi Mekah melalui konflik akidah seperti dihuraikan dalam
bab Angkara Nuruddin: Mulanya kejatuhan Aceh. Tidak lama kemudian muncul
Inggeris, kuasa terkuat Eropah selepas kekalahan panglima besar Peranchis dalam Perang

Waterloo 18 Jun 1815. Selepas berjaya menakluki kebanyakan keSultanan di rantau ini,
mereka pun membelah-dua lalu memfaraidkan Nusantara melalui Perjanjian InggeriBelanda 1824.
Kedua-dua pihak ini diberi peranan tertentu dengan Belanda meningkatkan cengkaman
ke atas wilayah-wilayah yang bakal menjadi Republik Indonesia sementara Inggeris
mengendalikan Singapura dan wilayah-wilayah yang bakal menjadi Malaysia. Sebab itu
apabila bumi Serambi Mekah berjaya diduduki Belanda 1873, mereka berusaha
bersungguh-sungguh supaya ia tidak dapat berdiri gagah lagi... Cara paling utama,
lupuskan terus keSultanan Aceh dan ini dilakukan 1903.

Anda mungkin juga menyukai