Anda di halaman 1dari 12

Masyaallah!

Dalam saya tercari-cari kenapa artikel mengenai Syeikh Abdullah Arif yang
dikeluarkan Utusan Malaysia Nov 12 boleh lesap daripada Internet kecuali di tempat
tertentu (atau saya yang terlepas pandang?), terjumpa pula sebuah artikel lama yang telah
diposkan dalam Tranung Kite Online hampir setahun lalu.
Mungkin isi artikel ini boleh menjawab persoalan di atas? Yang pasti memang ada pihak
yang tidak senang dengan amalan Tasawuf yang sejati. Apa hendak dibuat? Fitnah akhir
zaman semakin kuat. Golongan kaki rasuah, kaki betina dan segala macam kaki-belit
sudah bermaharajalela mengaku sebagai pejuang agama, bangsa dan negara dengan katakata manis mereka yang disokong pengajian tinggi agama dan kepandaian membaca doa
berjela sebagai penguat hujah tetapi hampa tanpa roh Islam yang syumul.
Masalahnya, tidak ramai yang nampak hakikat sebenar kecuali mereka yang mampu
melihat dengan matahati jernih yang mampu menembusi segala tipu-helah... Dan
selalunya orang yang mampu menembusi lakonan manusia durjana bertopengkan agama
ini adalah orang yang memiliki jiwa Tasawuf. Maka itu ilmu Tasawuf cuba dihapuskan
dengan akal rendah supaya helah si buruk berlagak alim dapat diteruskan... Malah
pelajaran Tasawuf boleh "diolah-balik" sehingga menjadi tidak lebih daripada ilmu
falsafah yang mungkin dapat memantapkan hujah para penganutnya dalam arena
perdebatan ilmu tapi membutakan terus matahati.... Sehingga manusia jadi berbangga
dengan kepetahan lidah sedangkan hakikat Islam yang melahirkan ketenangan langsung
tidak terpancar daripada kata-kata mereka
Tak apa... Baca aje lah... Cuma aku ada edit sikit syntax error yang aku nampak dan bold
kan mana-mana yang aku rasa nak bold kan...

Hujah kepada yang mengelirukan pandangan


tasawuf
Dilulus terbit pada Friday, January 13 @ 21:10:33 MYT oleh TokPenghulu
ahlisufi001 menulis "Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari
mazhab-mazhab Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait
rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah
dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam. Puncanya terlalu luas dan
mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanafaatkan dalam
ruangan yang singkat ini.
Punca pokoknya ialah Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehansif/
menyeluruh . Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al
Quraan. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis
walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi
Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiaran
dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali
sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain
perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.
Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quran dan Al
Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias. Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu
dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan

mereka akhirnya lahirlah fahaman :


1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.
2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis itu
bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.
3. Cepat menghukum bidah,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada ianya
furu atau usuliah.
4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada manamana mazhab.
5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bidah dan
sebagainya.
Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat
Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bidah.
Contoh fahaman diatas adalah sebahgian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil
dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak
menyeluruh pun tapi sebahgiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut syafie
manakala sudut lain pula kita hentam tariqat? Puak ini juga tertolak kerana fahaman
mereka banyak membidahkan umat Islam yang sunni.Sumber hukum Islam ialah 4
iaitu(mengikut turutan)
1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias
Kalau kita pakai dua saja maka akan berlainanlah pandangan kita samada furu mahupun
usul.Contohnya:Kalau kita faham Bidah itu ada dua(dhalalah-sesat dan hasanahkebaikan) maka puak ni kata bidah tu satu je iaitu dhalalah(sesat).Persoalannya
Sekiranya amalan tariqat ni sesat bidah mengapa Ulama-Ulama terdahulu
menghayatinya seperti Imam Al Ghazali,Imam Al Qusyairi.Imam Junaid,Imam Wahab
Syaroni,Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dsbnya.Ulama di nusantara terdahulu yang
sampai sekarang kitab mereka menjadi rujukan kita juga tidak terkecuali sebagai orang
yang menghayati amalan sufi spr Syeikh Daud Al Fatani.Syeikh Ahmad Zain Al Fatani,
Sy Abdus samad Al Falimbani, Tuan Tabal, dll.
Buktinya pergi ke arkib negara check kitab-kitab mereka majority keseluruhannya kitab
tasawuf.Kalau nak hukum sesuatu kumpulan tariqat itu sesat pun kenalah teliti dulu
bukan ikut sedap kita. Bukan tak ada yang menyeleweng sama jugalah dengan mazhab
aqidah ada juga yang menyeleweng Cuma yang dikesali dihentam satu seolah-olah hujah
mereka mewakili hentam semua mazhab sufi ini yang batilnya!.
Lihat dulu ilmu kita seperti yang disarankan oleh Ustaz Tengku Fauzi apakah Ilmu kita
dah setaraf ke dengan Imam Syafie atau Imam Al Ghazali atau dengan Syeikh Daud Al
Fatani ke atau dengan Imam Bahaudin Naqsyabandi ke?Ini kita terus hentam ulama sufi
misalnya Imam Mahiyuddin Ibnu Arabi? Baru belajar Universiti Azhar dah boleh pertikai
Ulama Dahulu.Tahukah kita ramai Ulama terkemuka dan muktabar membela beliau
sewaktu puak-puak dangkal menghentam beliau di antaranya:
1. Imam Majduddin Al Fairuz Abadi.
2. Syeikhul Islam (di negeri Syams) Imam Sirajuddin Al makhzumi.
3. Syeikh Kamaluddin Bin Az Zamlakani (Qadhi Al Qudhah)
4. Al Hafizh Adz Dzahbi.

5. Syeikh Asy Suhrawardi


6. Imam Al YafiI
7. Imam Badruddin Ibnu Jamaah
8. Imam An Nawawi.
9. Ibnu Attaillah Askandari
10. Syeikhul Islam Badruddin Al Makhzumi.
Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah ,
bidah tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.Sebenar nya Keyakinan
tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana
Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari
yang menutur sebagai berikut: Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa
yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab:
Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari
NurNya..
Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis
yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu
Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :Dahulu aku adalah nur di sisi
Tuhanku.
Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di
dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal
dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan
ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.Tak kurang juga Ulama-ulama
yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur
Muhammad iaitu:
1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al
Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al banjari dalam Ashal KhutbahTentang
Tawasul dan Rabitah.
Ramai di kalangan orang yang tidak berhati-hati dan tiada mengaji tentang ilmu
Tasawuf terus menolak amalan Tawasul dan amalan rabitah.Sebenarnya kita
mungkin rasa asing dalam kedua-dua amalan ini kerana kita tak memahaminya atau
kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya. Ini biasa terjadi
kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3
ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang
sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi
mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .Inilah

kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:Barangsiapa berfeqah saja tanpa
bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir
zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka
jadilah ia muslim yang haqiqi.
Kalau dalam konteks menentukan apa itu ilmu fardhu ain pun tidak selari dengan ulama
terdahulu macammana kita nak menentukan sesuatu itu benar atau pun salah?
Penjelasan Tawasul secara ringkas.
Tawasul atau wasilah menurut dalam pengertian bahasa ialah:Sesuatu yang dekat
kepada yang lain.Manakala makna dari istilah hukum Islam bermaksudPendekatan
kepada Allah Taala dengan mentaati dan beribadah kepadanya, mengikut Nabi-nabi
dan Rasul-RasulNya dengan semua amal yang di kasihi dan di redhai-Nya
Ibnu Abbas menegaskan: "wasilah itu ialah pendekatan(qurbah).Qatadah mentafsirkan
qurbah itu ialah:"dekatkan dirimu kepada Allah Ta'ala dengan mentaati Nya dan
mengerjakan amal yang di redhai Nyamaka setiap perintah syara' samada yang wajib
mahupun sunnat adalah tawasul atau wasilah mengikut syariat.
Dalil naqalnya ialah : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya dan berjihadlah pada jalan Nya
supaya kamu mendapat keberuntungan (Al Maidah : 35)
Perkataan wasilah dalam ayat di atas kebanyakkan mufasirin hampir senada iaitu
menuntut atau mencari pendekatan kepada Allah Taala dengan mentaati dan
mengamalkan sesuatu yang di kasihi Allah Taala.Mengamalkan sesuatu amaljalan(wasilah) yang menuju kepada kehampiran denganNya adalah bentuknya terlalu
umum tetapi berdasarkan muafakat dengan Haq Ta'ala.Diantara penjelasan ahli Tafsir
yang senada tadi (sama maksud) ialah:
a. Tafsir Al Khazin j.2 ms 47.
b. Tafsir Ibnu Katsir j2 ms 52-53.
c. Tafsir Fi Zhilalil Quraan j6 ms 146
d. Tafsir Al Futuhatul Ilahiyah ms 488
Manakala Tafsir :
a. Sirojul Munir (Imam Syarbaini Al Khatib)
b. Al Kasysyaf (Imam Zamakhsyari)
c. Anwarut Tanzir (Qadhi Al Baidhawi)
d. Al Kabir (Imam Fakhrur Razi) semuanya pada umumnya menyatakan wasilah atau
tawasul membawa maksud:"carilah jalan supaya kamu dapat
taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah Ta'ala.
Untuk kita lebih faham tentang perkara ini kita kena tahu pengertian dua perkara dan
kedua- dua perkara ini mempunyai dua makna ; kedua-dua perkara ini tidak terpisah
sama sekali jika terpisah maka bathil jadinya iaitu:
1. Wasilah- cara atau jalan atau alat.
2. Ghayyah- matlamat atau tujuan.
Makna pertama iaitu Allah Ta'ala memerintahkan kita berwasilah iaini mencari jalan yang
diredhaiNya samada amalan wajib atau sunnat samada dengan
berdoa,bershalat,bertawasul dengan asma Allah al husna , dengan berkat RasulNya atau

dengan amalan sholeh atau dengan keberkatan para auliya samada cara berziarah kubur
mereka, membaca mauled , atau mengadakan haul bagi mengingat sejarah perjuangan
mereka di atas jalan Allah Ta'ala atau dengan mengasihi mereka iaini dengan menambat
hati dengan mereka(rabithah) supaya limpah rahmatNya ke atas kita . Kesemua amalanamalan ini dengan syarat berlandaskan syariat Allah DAN bermatlamat(ghayyah)
mendekatkan diri kepada Allah iaini dengan lain perkataan Bermaksudkan Allah dan
keredhaanNya jua yang di tuntut bukan lainya.
Makna Kedua iaitu Semua wasilah hanyalah wasilah jua (sabit dengan nas syara)namun
yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Misalnya kita berdoa atau bertawasul dengan
dengan orang-orang shalih di dalam doanya atas jalan Allah Ta'ala bahawasenya
kesemua doanya itu mestilah di tujukan kepada Allah Ta'ala dan bukan kepada
wasilah itu sendiri secara haqiqatnya dengan I'tiqad yang putus bahawa Allah jua lah
yang menentukan dan memaqbulkan segala doaersoalan yang selalu dibangkitkan ialah
bolehkah kita mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala (bertaqarrub) dengan wasilah
atau bertawasul dengan orang yang telah mati atau meninggal dunia?.
Persoalan inilah yang menjadi perselisihan di antara orang yang keliru atau tak
memahami hakikat wasilah. Sebenarnya dalil yang mengatakan boleh kita
berwasilahkan dengan orang yang telah meninggal dunia boleh di lihat dalam beberapa
sudut asalkan caranya dibenarkan oleh syara dan I'tiqad kita benar iaini beri'tiqad yang
memberi bekas hanya Allah Ta'ala.
Sudut Pertama: Apakah orang yang mati itu bererti dianya sudah lenyap atau ghaib
samasekali?Ada pendapat yang mengatakan minta tolong dengan orang yang sudah mati
adalah sia-sia kerana orang yang sudah mati itu sudah lenyap(tiada) dan tiada boleh buat
apa-apa ?Benarkah pendapat ini?
Sebenarnya orang yang sudah mati itu bukan bermakna mereka telah lenyap atau
hancur sama sekali tetapi mereka itu hidup semacam kita. Cuma mereka telah
berpindah alam iaini dari alam dunia yang fana ke alam barzakh atau alam
arwah(ruh).Dalil firmanNya:Dan jangan kamu mengatakan terhadap orangorangyang gugur di jalan Allah(bahawa mereka itu ) mati bahkan (sebenarnya)
mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya(melihatnya). (Al Baqarah :157
Sudut Kedua : Apakah terputus hubungan secara total diantara orang yang hidup dengan
orang yang telah mati ?Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang hidup terputus
hubungannya dengan orang yang mati jadi bagaimana mereka(arwah) boleh menolong
orang yang hidup bersandarkan hadis nabi s.a.w.:Apabila anak adam telah mati maka
putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah , ilmu yang
bermanafaat baginya dan anak yang shaleh yang mendoakan orang tuanya. (Riwayat :
Bukhari)
Sebenarnya hadis ini menerangkan kepada kita bahawa orang yang meninggal dunia
segala amal taklifiahnya telah terputus (maknanya sudah tiada lagi sesuatu amalan yang
di pertanggungjawab oleh syara' ke atasnya dan tertutup segala manafaat sebab tiada lagi
amalan yang boleh dilakukan ) kecuali tiga macam amal tadi tetapi hadis ini bukan
menekankan bahawa tiada hubungkait langsung dengan orang yang hidup, bukan begitu!
Kerana kita masih ada kait dengan para arwah dan ini boleh dilihat dalam dua hubungan
iaitu:
a. Hubungan yang hidup dengan si mati.
Sebenarnya bukti orang hidup boleh memberi manafaat dengan para arwah ialah

misalnya kita membayar hutang si mati maka beban mereka di sana akan terangkat
insya'allah.atau menghadiah kan bacaan Qulhuallah 11 kali atau membaca yassin lalu di
niatkan hadiah kepada si mati maka insya'allah dapat manafaat pada simati tersebut.
b. Hubungan yang mati dengan si hidup.
Bagi para arwah khusus ibu bapa kita dan orang-orang yang sholeh bahawa mereka akan
menolong kita dengan mendoakan untuk kita dan kesejahteraan kita.Misalnya dalam
surah At Taubah ayat 106 bermaksud: "Dan katakanlah (hai Muhammad):Hendaklah
kalian berbuat.Allah dan RasulNya serta kaum mukminin akan melihat perbuatan kalian.
Ibnu Katsir menerangkan bahawa setiap amal perbuatan orang-orang yang masih hidup
diperlihatkan kepada sanak-keluarga dan kaum kerabat yang telah meninggal dunia.Ia
mengenengahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud At Thayalisi ,berasal
dari Jabir r.a. bahawasenya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Amal perbuatan kalian akan
diperlihatkan kepada sanak -keluarga dan kaum kerabat. Jika amal kalian itu baik mereka
menyambutnyadengan gembira. Jika sebaliknya, mereka berdoa: 'Ya Allah , berilah
mereka ilham agar berbuat baik dan taat kepadaMu'
Sudut Ketiga : Apakah orang yang telah mati itu(ruh) boleh menolong?Jawab kita boleh
dan harus.Kerana ini pernah terjadi di zaman semasa dan selepas wafat nabi s.a.w. dan
banyak contoh-contohnya misalnya... Di antara bukti yang jelas bagaimana orangorang mati khususnya para nabi dan para auliya yang telah mati di mana ruh
mereka dapat menolong orang yang hidup ialah sepertimana di waktu Rasulullah
s.a.w mi'raj ke langit; di mana baginda Rasulullah s.a.w. telah berjumpa dengan ruh
Nabi Adam a.s. dan ruh Nabi Ibrahim a.s. pada langit pertama dan kedua seterusnya nabi
Adam dan nabi Ibrahim mendoakan kepada Allah Ta'ala supaya diberkati dan di
bahagiakan Nabi Muhammad s.a.w. dan ummatnya.
Keterangan ini bersandarkan pada hadis Ibnu Abbas yang di rawikan oleh
Bukhari.Sedangkan mereka telah pun wafat.Kemudian terdapat beberapa peristiwa
memohon pertolongan dengan nabi s.a.w. setelah beliau wafat iaitu:
Peristiwa pertama :Berkata Muhammad bin Al Munkadir:Seorang lelaki yang akan pergi
berjihad , menaruh wang sebanyak 80 dinar di samping ayahku , sebagai amanat, dan ia
berkata kepadanya(ayahku): "Jika engkau memerlukan wang ini maka gunakanlah".
Kebetulan terjadi kenaikan harga di mana-mana maka ayahku menggunakan wang
tersebut. Akhirnya ketika pemilik wang itu datang untuk mendapatkan wang
simpanannya semula maka ayahku meminta dia datang pada keesokan harinya.Malam itu
ayahku pergi ke masjid, duduk dan berdoa kepada makam dan mimbar Rasul. Ia terus
dalam keadaan istighasah(memohon pertolongan) sampai hampir subuh. Ketika itu ,
dalam kegelapan masjid, muncul seseorang dan berkata: "Ambil lah ini, wahai Abu
Muhammad,seraya memeberiken kepadanya sebuah kantung yang berisi 80 dinar.
Peristiwa kedua:Abu Bakar Ibn al Muqirri berkata: "Saya dan Thabrani serta Abu Syeikh
merasa sangat lapar.Ketika kami berada disamping makam Nabi s.a.w. Pada malam itu ,
di sisi makam rasul s.a.w. aku berkata: "Wahai Rasulullah , kami lapar". Tidak lama
kemudian , terdengar ketukan di pintu masjid dan masuklah seorang lelaki dari golongan
Alawi bersama dua orang pemuda.Setiap orang dari mereka membawa kerajang yang
penuh dengan makanan. Setelah kami selesai makan , orang Alawi itu berkata : "Aku
melihat Rasulullah s.a.w. dalam mimpiku dan beliau memerintahkan aku membawakan
makanan untuk kamu semua".
Peristiwa Ketiga:Ibn Jallad berkata:Aku memasuki kota Madinah dalam keadaan sangat

miskin dan kekurangan. Lalu aku datang ke maqam Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Wahai Rasulullah , aku ini tetamu mu, kemudian aku tidur. Dalam tidur itu aku mimpi
melihat Rasulullah memberikan sepotong roti kepadaku.
Peristiwa Keempat:Berkata As Sayyid Jafar bin Hassan Al Barzanji Al Madani dalam
kitabnya Jaliah Al Karbi Biashabi Sayedil Ajam Wal Arabi yang disebut juga oleh Al
Hamawi dalam kitabnya Nataiju Al Irtihal Was Safari Fil Akhbar Al Qarni Al Hadi Al
Asyar dalam perkara terjemah Al Jami Bainas Syariah Wal Haqiqah As Syeikh Ahmad
bin Muhammad Ad Dimayati yang mahsyur dengan panggilan Ibnu Abdul Dhani Al
Banna yang mati di Madinah Munawwarah dalam bulan Muharram tahun 1116 hijrah
katanya:Dalam suatu musim haji , saya bersama-sama ibu saya telah menunaikan fardhu
haji.Tahun itu adalah tahun kemarau.Bersama saya ialah dua ekor unta yang telah saya
beli di Mesir.Dengan menaiki dua ekor binatang inilah kami menyempurnakan haji kami.
Setelah selesai menyempurnakan haji , kami ziarah pula Madinah tetapi kedua-dua ekor
unta kami telah mati di sana, sedang kami tiada punya wang untuk membeli ganti atau
pun menyewanya kepada orang lain(supaya kami dapat pulang semula ke Mesir).Benarbenar hal ini sudah tidak ada harapan lagi.Lalu saya pun pergi kepada guru kami
Safyuddin Al Qasyasyi. Saya beritahu kepada beliau keadaan yang berlaku dan
menambah :Sesungguhnya saya berazam hendak duduk di Madinah ini hanyalah buat
sementara waktu saja , kerana masih penat dalam perjalanan, sehinggalah Allah
memudahkan saya (untuk pulang).
Safyuddin Al Qasyassyi mendiamkan diri , kemudian berkata kepada saya :Awak
pergilah ,masa ini juga , ke kuburan Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib , bapa saudara
Saidina Muhammad s.a.w. Baca sedikit ayat Al Quraan dan terangkan keadaan diri awak
dari awal hingga akhir sebagaimana telah awak ceritakan kepada saya ,dan awak berdiri
di atas kubur yang mulia itu!
Maka saya pun buat apa yang disuruh. Dengan bergegas saya pun pergi dan pada masa
itu ialah pagi-pagi lagi.Saya baca sedikit ayat Al Quraan dan saya terangkan keadaan diri
saya seperti yang di suruh oleh guru kami.Dan(lepas itu) saya balik semula sebelum
zohor. Saya masuk ke tempat suci BabulRahmah saya berwudhu dan masuk ke dalam
masjid. Rupa-rupanya ibu saya sudah sedia ada dalam masjid.
Beliau berkata kepada saya: Di sana ada seorang lelaki bertanyakan tentang kau,
pergilah kepadanya. Saya bertanya kepada ibu saya: Di mana dia?Ibu saya menjawab
Engkau tengok di sudut paling hujung masjid ini.
Maka saya pun pergi , saya nampak seorang lelaki berjanggut putih. Tiba-tiba katanya
pada saya: Selamat datang wahai Syeikh Ahmad. Saya cium tangannya dan kali ini ia
bertanya: Hendak balik Mesir kah ? Saya menjawab : wahai tuan !Dengan siapa kah
boleh saya balik ?Lalu katanya : Mari ikut saya , saya akan tumpangkan awak kepada
seseorang.
Maka saya pun mengikutnya, sehinggalah kami sampai ke tempat yang bernama Al
Munakhah iaitu tempat jamaah haji Mesir tinggal di Madinah.Setelah memberi salam
kepada pemilik khemah , lalu pemilik itu bangun sambil mencium tangannya dengan cara
yang sangat hurmat, katanya kepada orang itu: Tujuan saya supaya dapat tuan membawa
Syeikh Ahmad dan ibunya menumpang bersama -sama tuan ke Mesir Kemudian ia
menyambung lagi : Berapa tuan kira ke atasnya ?(upah atau tambang kerana membawa
Syeikh Ahmad dan ibunya).Menjawab pemilik khemah : Terpulanglah kepada tuan.
Katanya : Baiklah ,begini dan begini .Demikianlah apabila persetujuan di capai , lalu

berkatalah ia kepada saya : Bangun! Pergilah bawa ibu dan barang-barang awak!.Saya
pun bangun serta melakukan apa -apa yang disuruhnya, sedang ia masih duduk bersama
pemilik khemah. Sebelum itu , oleh pemilik khemah, saya telah di syaratkan membayar
baki sewa setelah sampai di Mesir kelak.
Semua itu di persetujui dan berikutnya , ia membaca surah Al Fatihah serta menasihatkan
saya tentang kebajikan. Ia bangun dan saya mengikutnya. Setelah sampai di mesjid, ia
berkata kepada saya : Masuk awak dulu saya kemudian.
Saya pun masuk dan menunggunya. Hingga selesai sembahyang ,saya belum melihatnya.
Puas berulang-ulang saya mencarinya tetapi tidak berjumpa.Lalu saya balik semula
kepada pemilik khemah bertanyakan tentang orang yang membawa saya tadi : Siapa dia
yang sebenarnya dan dimana tempat tinggalnya ?.
Pemilik khemah memberitahu saya bahawa ia sendiri tidak mengetahui dan bahkan tidak
pernah kenal sebelum ini.akan tetapi , pemilik khemah itu menyambung keterangannya
kemudian: ketika ia masuk, satu macam perasaan gerun dan takut muncul dalam diri
saya , yang belum pernah berlaku seumpama itu dalam umur saya.
Maka kemudian , saya ulangi lagi mencarinya tetapi tetap tidak berhasil. Lalu pergilah
saya kepada guru saya tadi, As Syeikh Safyuddin Ahmad Al Qasyasya. Saya terangkan
kepada beliau segala kejadian ini. Katanya mengulas : Ini ialah ruh Saidina Hamzah r.a.
yang menjelma kepada mu.
Sudut Keempat : Adakah minta tolong pada ruh simati yang sholeh itu boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi musyrik(melakukan syirik terhadap Allah
Taala) ?Jawabnya :TIDAK. Kerana pada kita dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal
Jamaah berpendapat bahawa segala permintaan kita (doa) kita adalah ditujukan secara
haqiqatnya kepada Allah Ta'ala dan yang dapat memunafaatkan sesuatu atau
memudharatkan sesuatu hanya Allah tidak pada yang lainnya samada makhluk hidup
mahu pun makhluk mati(atau ruh), tidak ada bezanya yang beza cuma secara fizikali saja
pada haqiqatnya tetap sama .
Misalnya:Kita minta tolong dengan orang yang hidup supaya memenuhi hajat kita
tentu tidak syirik kerana walaupun pada lahirnya nampak seseorang yang
menolong kita tetapi pada haqiqatnya Allah Lah yang memenuhi hajat kita. Cuma
orang itu sebagai wasitah(perantara saja) bagi memenuhi hajat kita itu.Begitu jugalah
kalau kita bertawasul atau minta tolong pada ruh orang sholeh supaya di doakan kita atau
memohon berkat darinya kita tetap beri'tiqad bahawa ruh si mati itu tiada dapat memberi
bekas terhadap hajat atau doa kita dan yang memberi bekas hanya Allah Ta'ala.Cuma ruhruh orang sholeh ini menjadi wasitah(perantara) sebab doa atau hajat kita di maqbul oleh
Allah Ta'ala.
Dalam hal ini Mufti Sayyid Zaini Dahlan Mufti Mekah bermazhab Syafie (pada masa
dulu) berkata: "..Dalam soal tawasul ini antara nabi dan nabi-nabi lain , rasul-rasul ,
wali-wali dan orang sholeh , tidak ada perbezaan hidup atau mati kerana mereka tidak
mencipta sesuatu juga , mereka tidakberkuasa sama sekali , hanya berkat mereka di
ambil kerana mereka kekasih Allah ; mencipta dan mengadakan hanya milik Allah ,
Tunggal dan tiada bersekutu.
Orang yang membezakan antara orang yang hidup dengan orang yang mati, maka orang
itu mengi'tiqadkan bahawa orang hidup bias mencipta dan orang yang mati tidak bias
lagi. Kita berkeyakinan dan beri'tiqad bahawa yang menjadikan tiap-tiap sesuatu adalah
Allah dan Allah itu menjadi kita dan menjadikan pekerjaan kita.

Adapun ramai Ulama besar mengamalkan amalan tawasul di antaranya :


1. Syeikh Ahmad Khatib Minagkabau
2. Syeikh Sayid Bakfi Syata (pengarang kitab I'anatut Talibin)
3. At Tarabulusi (pengarang kitab Tauhid yang terkenal iaitu Husunul Hamidiyah)
4. Syeikh Abdul Aziz Al Hakim.
5. Syeikh Ibrahim Musa Parabek (pengarang kitab Hidayatus Sibyan)
6. Imam Ramli (pengarang kitab Nihayatul Muhtaj mazhab Syafie)
7. Syekhul Islam Ibrahim Al Baijuri (pengarang kitab Kifayatul Awam)
8. Abdur Rauf Al Manawi (pengarang kitab Faidhul Qadir Al Jamius Saghir)
9. Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fatani (pengarang kitab Aqidatul Najin)
10. Syeikh Nawawi Bentan
11. Imam Barzanji
12. dll.
Kalau ramai Ulama besar beramal mestilah ianya boleh dan sangat baik dilakukan
dengan jalan yang betul. Tak akan pula Ulama-Ulama yang terkenal dan di akui ini akan
mengajar atau mengamalkan sesuatu yang menyesatkan.Siapa nak pergi tempah ke
neraka di jauhkan Allah Ta'ala.Tapi kalau masih ada puak yang tak percayakan
Ulama itu saya angkat tangan..Tak guna berhujjah jika sumber istimbat hukum
sudah menyeleweng!!
Ada pulak puak yang terkeliru berhujjah dengan katanya : "Mengapa kita perlu ikut
ulama sedangkan ulama tidak ma'sum adalah lebih baik kita ikut Hadis nabi kerana hadis
nabi itu sudah jelas(nyata) dan ma'sum dari melakukan kesilapan ?
Pandangan ini lagi mengelirukan kita ! Memanglah hadis itu ma'sum dan ulama tidak
ma'sum tapi bukan kah setiap hadis nabi itu mesti di huraikan mengikut pandangan
ulama? Dan tidakkah Allah Ta'ala menganjurkan supaya bertanya pada mereka yang
tahu(ulama) jika kamu tidak tahu ?
Bahkan nabi sendiri bersabda : "Ulama itu adalah pewaris nabi-nabi.(Dirawikan oleh
Abu Daud,At Tarmidzi dll dr Abid Darda). Tiba-tiba datang satu puak ni tak mahu pakai
tafsiran ulama kalau begitu nak suruh kita tafsir hadis tu sendiri-sendiri alamat rosaklah
agama. Bila agama di tafsir oleh orang jahil akan rosaklah ummat dan porak poranda lah
dunia ni nanti. Sebab itulah ada satu puak tolak mazhab kerana alasan mereka bahawa
mazhab itu ciptaan Ulama.Di zaman Rasulullah s.a.w. mana ada mazhab kata mereka.
Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada mazhab bahkan tiada ilmu feqah(yg
tersusun macam sekarang), Ilmu Tauhid,Ilmu Tasawuf,Ilmu tajwid,Ilmu Tafsir dan
sebagainya kerana di zaman Rasulullah s.a.w. semuanya terangkum sekali. Apabila
sahabat ada satu-satu masalah terus boleh tanya Rasulullah s.a.w. dan terus dapat
jawapannya tapi sekarang sementalahan Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita sudah
sekian lama bagaimana kita nak mengetahui satu-satu hukum jika kita berdepan dengan
berbagai masalah yang serba canggih hari ini bukankah Ulama lah tempat rujuk kita ?
Bolehkah kalau kita jumpa satu-satu ayat Al Qur'an atau Al Hadis maka kita tafsir ikut
akal kita sendiri tanpa merujuk (atau mengetahui) pada ilmu-ilmu alatnya seperti Bahasa
Arab ,Asbabun Nuzulnya , Ilmu Mustalah Hadis , Usul Tafsir dan sebagainya ? Sudah
tentu tidak maka itu sebabnya kita di wajibkan bertaqlid(mengikuti) pada mana-mana
pada salah satu mazhab feqah dalam Islam supaya selamat kita dari arus mentafsir Al
Quran dan Sunnah nabi s.a.w. ikut nafsu kita sendiri! Kadang kala situasi akan menjadi
pelik jika ada orang berhujjah dengan bertanyakan apa hadis ini hadis shahih ke dhaif ?

Al Maklumlah sekarang ni kebanyakkan orang sudah pandai menilai..


Cuma sayangnya bila kita tanya dia balik, berapa ribu hadis yang telah awak tahu dan
hafal dalam menilai sesuatu hadis ? Disiplin macamanakah nak untuk mengetahui
ketogeri satu-satu hadis itu ? Sudahkah anda pelajari ilmu alatnya ? Kalau semua
persoalan tidak dapat di jawab maka kembali lah kepada Ulama - Ulama mazhab dan
ulama-ulama muktabar yang berkepercayaan dari dulu dan sekarang. Kerana peranan
mereka lah dengan menyusun ayat-ayat Al Qur'an dan Al hadis serta mengkaji sedalamdalamnya berdasarkan ilmu-ilmu alat dan ilmiah serta sikap yang terlalu berhati-hati
timbul lah di depan mata kita dengan mudah (bagi kita yang bertaraf awam) kitab-kitab
Ilmu Tauhid, Kitab Ilmu Feqah, Kitab Ilmu Tasawuf Kitab Tafsir dan sebagainya.
Tetapi setengah dari sikap puak baru yang keliru kadangkala sampai dituduh ulama
terdahulu tak belajar hadis atau cetek dalam ilmu mustalah hadis kerana banyak
mengeluarkan hadis-hadis yang bertaraf dhaif dalam kitab mereka!(peristiwa ini memang
benar-benar terjadi).Bila kita ukur dari segi ilmunya atau akhlaknya orang yang bercakap
macam itu tadi air kaki Ulama terdahulu pun tak ada jika nak di bandingkan ilmu
mereka , wara mereka , adab dan akhlaq serta tawadhu mereka bahkan sikap berhatihatinya mereka terhadap satu-satu hukum yang nak di keluarkan kerana terlebih takut
mereka itu akan Allah Ta'ala. Inilah sikap Ulama terdahulu seperti Imam-imam
mazhab,Imam Ghazali r.h .Imam Mahiyuddin Abdul Qadir Al Jilani , kedua-dua Ibnu
Hajar,Imam Sayuti, Imam Abu hassan Asy'ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi , Syeikh
Daud Al Fatani dan banyak lagi yang se aliran dengan mereka yang tergolong dalam
mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Apa yang di takuti ialah kita menjadi puak modenis secara disedari atau pun tidak yang
menjadi penilai hadis ikut acuan mentality musuh-musuh Islam sepertimana yang di ulas
oleh Wan Muhammad Ali dalam bukunya Islam dan Fitnah Modenisasi Ms 92 (terbitan
Pustaka Syuhada cetakan tahun 2000)dengan katanya : "Sebahgian kaum modenis
menerima hadis , di samping Quraan untuk menjadi panduan hidup mereka. Tetapi
mereka memilih -milih di antara hadis itu : mana yang bercanggah dengan cara hidup
mereka atau kecenderungan-kecenderungan mereka, menyelewengkan maksudnya atau
mereka pejamkan mata terhadapnya atau mereka tolak saja mentah-mentah sebagai hadis
maudhu' ataupun sekurang-kurangnya dhaif.
Di antara hadis-hadis yang paling tidak disukai oleh kaum modenis umumnya ialah
hadis-hadis yang menyatakan tentang kecelaan dunia , kecelaan hidup bermewahmewah , keutamaan hidup miskin dan fakir dan larangan bertasyabuh iaitu menyerupai
atau meniru-niru kaum kafir. Mereka menggolongkan hadis-hadis yang mereka tidak
sukai itu sebagai maudhu atau sebagai dhaif bukan secara ilmiah dan dasar ikhlas tetapi
atas dorongan hawa nafsu saja.
Ada pula kaum modenis yang membuat kajian terhadap hadis dan sunnah , mencuba
menayangkan mentality moden mereka yang bersifat agnostic atau ragu-ragu terhadap
Allah itu , ke atas para rawi tertentu membuat hadis atau membuat kebohongan , padahal
para rawi itu telah di akui oleh para ahli hadis sebagai orang yang bersifat adil dan
bertaqwa dan hidup dalam suasana sentiasa takut akan kemurkaan Allah.
Kemudian terdapat pula percubaan di kalangan kaum modenis terutamanuya muridmurid orientalis , untuk menganalisa hadis dengan menggunakan kaedah-kaedah "higher
Criticism" seperti yang telah disebutkan tadi. Mereka di pengaruhi antara lainnya oleh

orientalis Yahudi Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht dan orientalis Kristian seperti Sir
Hamilton A.R. Gibb.

Sabda Rasulullah SAW: "Akhir zaman nanti akan sampai masa umat Islam disembelih di
mana-mana dan kamu tidak boleh berbuat apa-apa."
Tanya para sahabat: "Apakah kerana umat Islam itu sedikit ya Rasulullah?"
Jawab Nabi: "Tidak. Bahkan mereka ramai ibarat buih-buih di lautan. Tetapi mereka
terkena penyakit Wahan!"
Para sahabat pun bertanya, "Apakah penyakit Wahan itu ya Rasulullah!"
Kata Nabi: "Cintakan dunia dan takutkan mati..."
Pembaca yang dihormati sekalian, sedarkah anda akan fitnah zaman yang sedang
melanda umat Islam daripada seluruh penjuru sekarang? Sedarkan anda, sudah lama
wujud usaha untuk memperlekehkan lalu menenggelamkan cahaya syumul Islam dan
usaha yang dirintis para Zionis proksi Dajjal yang mendapat naungan Iblis ini sudah
hampir sampai ke kemuncaknya?
Tidak perlulah saya panjangkan apakah maksud perkataan "hampir ke kemuncak" itu.
Cukuplah diberitahu, sesekali, cubalah keluar daripada kepompong alam khayalan
masyarakat ceria macamlah dunia ini tidak ada penghujungnya kecuali bersuka-ria
semata dan perhatikan segala isyarat yang menunjukkan akan kemungkinan besar
kemusnahan global yang akan datang sebelum penaklukan secara total dunia ini oleh
golongan tertentu. Sekali-sekala, cuba buat kajian sendiri apakah itu Freemason dan
Illuminati, apakah itu Protocols of the Elders of Zion... Apakah rancangan mereka?
Bagaimanakah Perang Dunia Pertama dan Kedua terletus dahulu. Apakah makna sebenar
Peristiwa September 11 2001 yang menyaksikan menara berkembar World Trade Centre
di New York hancur menyembah bumi?

Dunia informasi ICT langit terbuka luaskan terbentang di depan mata? Dengan satu klik
sahaja, segalanya mampu ditatapi dan dikaji, cuma kita sahaja yang perlu melihat dengan
matahati yang terbuka... Sesungguhnya yang menutup matahati tadi tidak lain tidak
bukan penyakit Wahan yang disebut baginda Rasulullah SAW... Cintakan dunia, takutkan
mati! Manakan tidak, zaman sekarang ini cukup senang untuk membuat seseorang itu
senyap dengan ugutan berserta insentif "hadiah" jika kita akur dan sanggup
mengenepikan kebenaran. Maka jadilah seperti tawaran Dajjal... Pilihlah, kamu mahu
syurga (diberi rasuah, betina dan sebagainya) atau neraka (diugut, disiksa, dibunuh kalau
mendedahkan kebathilan).
Lalu jadilah manusia itu terlalu "pandai" sehingga kuman di seberang laut boleh nampak,
gajah di depan mata pula yang tidak kelihatan. Ingat! Seluas-luas bumi Allah yang penuh
nikmat aneka ragam warna dan flora fauna kehidupan ini akan jadi kabur hanya kerana
sedikit habuk yang menutup pandangan mata... Fikir-fikirkanlah!

Anda mungkin juga menyukai