Anda di halaman 1dari 63

Puisi Tradisional-Syair Bidasari

Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu
dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan
perbandingan kepada pembaca.
Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana.
Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda).
Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu
agama yang merantau).
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun
baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu
akan berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang
beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala
petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri
Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja
sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri
Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan
lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar
dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda
bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.
...
PERBINCANGAN
1 Tema
Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara (muka surat 3 antologi
JKKDI)
2 Nilai
a) Keadilan: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan: Walaupun dilimpahi kesenangan, persediaan menghadapi
keadaan sebaliknya
perlu difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)
c) Kebijaksanaan: bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara /kemusnahan

(rangkap 5 dan 7)
3 Persoalan
a) Keadilan dalam pemerintahan
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting)
4 Pengajaran
a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan
amanah
b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan
5 Perwatakan
a) Adil
b) Peka / prihatin / sentiasa waspada
c) Bijaksana / matang
Puisi Tradisional-Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga)
MAKSUD
RANGKAP
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan
tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

MAKSUD
Mata haruslah diperlihara sebaikbaiknya supaya tidak melihat
sesuatu perkara yang dilarang
oleh tuhan
Telinga perlu dijauhkan dari
mendengar segala hasutan dan
kejian.
Seseorang yang menjaga tutur
kata akan mendapat banyak
manfaatnya
Tangan perlu dipelihara daripada
mengambil barang yang bukan
hak kita.
Nafsu makan perlu dikawal
supaya tidak melakukan
perbuatan yang dilarang.
Kehidupan seseorang perlulah
dijalani dengan penuh semangat.
Anggota kaki perlulah dipelihara
dari melangkah ke tempat-tempat
yang maksiat.

TEMA

Nasihat memelihara anggota diri.

Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN
Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan
Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
Persoalan pentingnya memelihara pendengaran
Persoalan semangat penting dalam kehidupan

BENTUK
Mempunyai 7 rangkap.

Setiap rangkap mengandungi 2 baris


Contohnya : Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita

Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata

Rima akhir aa
Contohnya : Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah

GAYA BAHASA
Kata ganda cita-cita

Asonansi pengulangan vokal a


Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)
Aliterasi pengulangan bunyi konsonan g
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

NILAI
Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata.
Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN
Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana.
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Puisi Moden-Sang Gembala Kuda
MAKSUD
Rangkap
Maksud
Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Seorang lelaki gagah/penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan
cemeti (rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya segera masuk ke dalam kandang.
Rangkap 2
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh
kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk
menjejaki kuda yang lain.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan
Penjaga kuda/ sang gembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk
mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga
bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang
kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga
yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan
kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan
tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi
berulang kali tanpa belas kasihan.

TEMA
Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan.

PERSOALAN
Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.Persoalan
kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.Persoalan kekuasaan
memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.Persoalan
penganiyaan terhadap haiwan-kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk
kemenangan.Persoalan ketegasan dalam memimpin.Persoalan kepatuhan menurut
perintah.Persoalan keberanian menempuh cabaran.

BENTUK
1.

Bentuk bebas

2. Jumlah rangkap - 4 rangkap


Rangkap 1 - 5 baris ayatRangkap 2 -5 baris ayatRangkap 3 - 11 baris ayatRangkap 4 - 8 baris
ayat
3. Jumlah suku kata dalam baris
Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata.
.

Rima akhir setiap rangkap

Rangkap 1 abcddRangkap 2 abcabRangkap 3 aabcccadeccRangkap 4 abaabacd


GAYA BAHASA
Aliterasi pengulangan konsonan n.Contohnya : hanya mengenal pantas tungganganAsonansi
pengulangan vokal a Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda

Metafora-Contoh : cemeti keberanian,rimba perburuan,paya penindasan

Hiperbola-Contoh: Rembatan angkuhnya memacu takut, Dimamah rakus kala laparPersonifikasiContoh :Rembat angkuhnya memacu takutSinkope Contoh:Unsur alam- Contoh:

Nada: Sinis

NILAI

KeberanianTanggungjawabKebijaksanaanKepatuhanKesetiaan
PENGAJARAN

Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.Kita hendaklah
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Kita hendaklah bijaksana dalam membuat
sebarang keputusan.Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.Kita hendaklah
berjuang demi kebenaran.Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.
Puisi Moden-Aku Membaca lagi
TEMA
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

MAKSUD SETIAP PERENGGAN


Rangkap pertama
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembasan bayu dan banjaran gunung.

Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh
kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan
melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Rangkap kedua
Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang
berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.

Rangkap ketiga
ku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin
makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang
semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat
menjamin kedaulatan bahasa Melayu.

Rangkap keempat
Aku membaca langit
Kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu
yang tidak dimartabatkan.

Rangkap kelima
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus
dipinggirkan oleh semua pihak.

PERSOALAN
Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan
melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang


Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan
bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu


Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa
Melayu yang tidak dimartabatkan.

BENTUK SAJAK
Terdiri daripada lima rangkap
Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abcde
Rangkap kedua : abcd
Rangkap ketiga : abcdefg
Rangkap keempat : abcd
Rangkap kelima : abcd

GAYA BAHASA
sinkof
Contoh :
- Ku selusuri alam

- menekuni kebesaran-Mu
- mewarnai kehidupan umat-Mu
- di lantai tanah airku yang makmur
- kutemui
- membasahi Bahasa Melayuku

personifikasi
Contoh :
desiran ombak dan wajah pelangi
dahan dan ranting terkulai
bulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsa
menetes air mata langit
membasahi Bahasa Melayuku yang berdarah

repitisi
Contoh :
helai demi helai

kata ganda
Contoh :
pohon-pohonkian rapuh
daun-daunberguguran

NILAI
Nilai kesyukuran
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus
dan banjaran gunung.

Nilai cinta akan bahasa


Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa
Melayu yang tidak dimartabatkan.

Nilai cinta akan alam sekitar


Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan
melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

PENGAJARAN
Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus
dan banjaran gunung.

Kita mestilah cinta akan bahasa.


Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa
Melayu yang tidak dimartabatkan.

Kita mestilah cinta akan alam sekitar.


Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan
melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
Puisi Moden-www.sibermerdeka.com.my
TEMA
Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

MAKSUD SETIAP RANGKAP


Rangkap pertama
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi
menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Rangkap kedua
Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar
dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

Rangkap ketiga
Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji
kesabaran dan keimanannya.

Rangkap keempat
Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak
cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Rangkap kelima
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan
walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang
mendatang.

Rangkap keenam
Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah
dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

Rangkap ketujuh
Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan
agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Rangkap kelapan
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat
sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu,
penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar
mendekati Tuhan.

PERSOALAN

Kepentingan merancang kehidupan


Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan
bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Kegigihan untuk menyelesaikan masalah


Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya
agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

Cara menjalani hidup dengan bermanfaat


Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca
wajar mendekati Tuhan.

BENTUK SAJAK
Terdiri daripada lapan rangkap
Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abac
Rangkap kedua : abac
Rangkap ketiga : abb
Rangkap keempat : abc
Rangkap kelima : abcde
Rangkap keenam : abcbc
Rangkap ketujuh : abcdefe
Rangkap kelapan : abcdefghbh

GAYA BAHASA
sinkof

Contoh :
untuk ku merdekakan warga fikirku
yang tak diduga klimaksnya
Elakkan dirimu menjadi sia-sia

hiperbola
Contoh :
hidup menentang senja dan malam
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

personifikasi
Contoh :
ombak gelora menampar pantai aman
oleh kata yang mengekang
oleh kata yang menyerang
bagai siang memanggil malam

repitisi
Contoh :
menghayati skrip demi skrip
peristiwa datang peristiwa pergi

anafora
Contoh :
akuberlatih menangkis angin
akuberlatih memunggah awan

responsi

Contoh :
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

simile
Contoh :
bagaisiang memanggil malam

metafora
Contoh :
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
Dalam parlimen diriku
untuk ku merdekakan warga fikirku
Dalam laut diriku
Dalam gergasi diriku
Dalam pentas diriku
Dalam dewan diriku
ke rumah cabaranku
Kini, kapal diriku telah berlabuh
di pangkalan usia

kata ganda
Contoh :
Elakkan dirimu menjadi sia-sia

NILAI

Nilai rasional
Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan
hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

Nilai kegigihan
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya
agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

Nilai keinsafan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

PENGAJARAN
Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Kita mestilah memiliki pendirian


Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang
terhadap dirinya.

Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri


Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak
mudah tewas dalam perjuangannya.
Puisi Moden-Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat


kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
MAKSUD SAJAK GELANGGANG
Rangkap pertama
Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu
kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi
seterusnya.
Rangkap kedua
Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan
bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat
bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh
tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat
menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.
Rangkap ketiga
Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi
mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan
Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak
harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.
Rangkap keempat
Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar
pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.
Rangkap kelima
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk
memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian
kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita
bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh
semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.

PERSOALAN
1.
Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.
2.
Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada
ancaman luar.
3.
Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab
daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada lima rangkap
2. Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu baris
4. Terdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu baris
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abccd
Rangkap kedua : abcdefgh
Rangkap ketiga : abcadef
Rangkap keempat : ab
Rangkap kelima : abcde
GAYA BAHASA
1. anafora
Contoh :
kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
2. hiperbola
Contoh :
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
3. inversi
Contoh :
jangan sekali bermain apikelak membinasakan diri sendiri
kita pelihara gelanggang inidengan kejap sepenuh hati
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah
4. personifikasi
Contoh :
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
5. kata ganda
Contoh :
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
suara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh

NILAI
1. Nilai keberanian
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis
tohmahan pihak luar.
2. Nilai perpaduan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada
ancaman luar.
3. Nilai tanggungjawab
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab
daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersatu padu
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada
ancaman luar.
2. Kita mestilah berani bertindak
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berjuang untuk menangkis tohmahan
pihak luar.
3. Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab
daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

Prosa Tradisional-Kepimpinan melalui teladan


SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk
menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh
oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala
Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan
Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh
laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa
Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri
Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk
membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung
kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di
Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli
isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan
agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka
dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah
Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri

daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan
untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya
mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta
mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar,
manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat
Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut
untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun
laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang
telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada
laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui
dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut.
Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua
pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya
bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah
diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh
laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak
putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit
tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.
PERSOALAN
Persoalan
Persoalan
Persoalan
Persoalan
Persoalan

keberanian dalam menegakkan keadilan.


pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
perasaan dendam membawa akibat buruk.

WATAK DAN PERWATAKAN

1.
2.

Watak utama Laksamana.


Watak-watak sampingan Kertala Sari, Raja/Ratu Melaka, Seri Betara Mahapahit, Bini Petala Bumi, tujuh orang
penjurit, Saudagar yang kaya, Temenggung, Bendahara dan sebagainya.

Laksamana - salah seorang hulubalang Melaka. / berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit
termasuklah Petala Bumi. / bijaksana - Laksamana memakai baju berwarna hitam ketika dia keluar menjejaki pencuri
yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam. / berani dan gagah. - Laksamana berani bertarung dan berjaya
menewaskan musuh-musuhnya. / digeruni oleh pihak lawan - Kertala Sari berasa gerun ketika pertama kali melihat
Laksamana yang begitu gagah perkasa. / baik hati. - Laksamana mengagaihkan harta benda yang diterimanya kepada
tiga bahagian termasuklah bahagian golongan fakir miskin. / bertanggungjawab - Laksamana menjalankan tugasnya
sebagai hulubalang Melaka dengan penuh tanggungjawab. / patuh akan perintah Sultan Melaka - Laksamana
menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan.

Kertala Sari - hulubalang kerajaaan Majapahit. / Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana / berani
bertindak - berani menjalankan kegiatan mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun berasa bimbang. / kejam dan
ganas - Kertala Sari bukan sekadar mencuri harta benda, malah turut mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan
saudagar. / memiliki ilmu kesaktian - menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi halimunan ketika
mencuri di rumah mangsanya. / pendendam - berdendam dan berniat untuk membunuh Laksamana dan Sultan Melaka
yang telah membunuh bapanya, Petala Bumi. / patuh akan perintah pemerintah - Kertala Sari patuh akan perintah Seri
Bertala Majapahit yang menitahkannya ke Melaka bagi membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.

Sultan / Raja / Ratu Melaka - Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah Alam. / adil dan saksama. - baginda
telah mengagihkan harta benda milik rakyat dan pembesar semula secara rata dan adil. / mementingkan keharmonian
negara. - baginda berasa resah dan bimbang setelah mendapat berita bahawa negeri Melaka diancam kes
kecurian. / mengenang jasa hulubalang - memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya memakmurkan
bumi Melaka semula. / rasional dalam membuat tindakan. - baginda mengarahkan Temenggung mengetatkan lagi
kawalan di kawasan kampung dan negeri bagi mengawal kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi.

Patih Gajah Mada - Pembesar dan Panglima perang kerajaan Majapahit. / pendendam. - berusaha sedaya
upaya mencari hulubalang atau pahlawan yang handal bagi menentang Laksamana dan Sultan Melaka.

LATAR
Latar Tempat
1.
2.

3.

Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana.
Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemoutnya ke
kediaman Patih Gajah Mada.
Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan menyembunyikan harta yang dicurinya di Bukit Cina.

4.

Istana Tuanku Syah Alam/ Sultan Melaka. Laksamana telah membawa bukti keris dan alat kemaluan Kertala Sari yang
telah dipotong sebagai bukti bahawa beliaulah yang telah membunuh Kertala Sari.

5.

Tengah pasar. Laksamana telah berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk menangkap penjurit
sebenar yang telah menghuru-harakan negeri Melaka.

6.

Melaka. Keadaan huru-hara berlaku di Melaka selepas banyak rumah rakyat dan pembesar dimasuki pencuri.

Latar Masa

1.

Zaman pemerintahan Kesultanan Melaka. Peristiwa yang berlaku dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan
Kesultanan Melaka.

2.

Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya telah dimasuki pencuri dan semua harta bendanya habis
dicuri pada waktu pagi.

3.

Waktu siang. Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengetuai rakyat untuk mendapatkan harta milik mereka
semula yang telah dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina.

4.

Waktu malam. Kertala Sari telah menceroboh dan mencuri harta benda di rumah Bendahara pada waktu malam.

LATAR
Latar Masyarakat
Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
Masyarakat yang bertanggungjawab
Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan
masalah kecurian di negeri Melaka.
3. Masyarakat yang mengenang budi
Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta
harta mereka ditemui.
4.Masyarakat yang taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
GAYA BAHASA
Bahasa istana
Contoh: sultan, patik, tuanku,
Bahasa pinjaman bahasa Jawa
Contoh:
manira,kula,pakanira
Kata ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak
NILAI
Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.

Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan
berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
Nilai pemurah
Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.
PENGAJARAN
Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.
Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan
PERISTIWA
(CONTOH)

Laksamana seorang pahlawan


yang handal dan gagah
sehingga digeruni oleh pihak
lawan dan musuh

UNSUR-UNSUR KOMSAS
PERSOALAN

Laksamana telah mengenakan


pakaian serba hitam dan turut
menyamarkan dirinya sebagai
penjurit yang telah mati dengan
berbaring di tengah pasar bagi
menjerat musuh yang melalui
kawasan itu

LATAR
MASYARAKAT

Persoalan
tentang
kegagahan dan kehebatan
pahlawan

Hulubalang dan rakyat Melaka


taat kepada perintah Tuanku
Syah Alam bagi menjejeaki
pencuri yang telah mencuri
harta
benda
sehingga
mencetuskan
huru-hara
di
Melaka
Kertala Sari ingin membunuh
Sultan Melaka dan Laksamana
kerana
ingin
melunaskan
dendamnya dan menuntut bela
atas kematian bapanya, Petala
Bumi yang telah dibunuh oleh
Laksamana Melaka

PENGAJARAN

Masyarakat yang
hidup pada zaman
pemerintahan
feudalyang taat dan
patuh akan perintah
raja
Persoalan
tentang
Menuntut
bela atas kematian orang
tersayang

Masyarakat
yang bijak
menggunakan tipu
muslihatuntuk
menjerat musuh

Kertala Sari telah membaca


jampi ilmu kesaktian ketika dia
melakukan perbuatan mencuri
di rumah Bendahara dan di
rumah orang kaya
Kertala Sari taat dan patuh
menjunjung titah Seri Betara
yang
mengarahkannya
ke
Melaka untuk membunuh Raja
Melaka dan Laksamana

Masyarakat
yang mengamalkan
ilmu
kesaktian dalam
melaksanakan tugas
Kita
hendaklah mempunyai
sikap
taatdan setia
terhadap
pemerintah tanpa
berbelah bahagi.

Laksamana
menawarkan
diri
untuk
menangkap
penjurit yang menyebabkan
masalah kecurian di Melaka.
Saudagar dan orang kaya
yang
kehilangan
harta
akibat dicuri oleh Kertala
Sari
telah
memberikan
sebahagian harta mereka
kepada Laksamana dengan
ikhlas setelah harta mereka
ditemukan.
Cerpen-Ayam,Kaduk dan raja
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha
mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang merupakan
lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undangundang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam,
beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada
raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim.
Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat
besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau
singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak
memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat
pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya
beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan
pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem
penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan
bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek
penternakan ayam pun bermula.
Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnya
Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim
telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu
terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan

kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya
dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai
lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang
diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.
Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti
bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang
memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang
sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat
RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat.
Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh
orang yang memiliki kuasa.

Tema
Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.
Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam
walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Persoalan
Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik
datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat
bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan
menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh,
syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan
sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

Plot

Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam
dengan raja. Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang
sebenarnya miliknya sendiri.

Perkembangan

Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain
yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin sedar
akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya. Hakim
mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut keluarganya itu. Usaha
Hakim berjaya.
Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu
walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untuk melialisasikan
hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialah pihak bank pula
memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang
Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.
Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam
dan projek pun bermula.
Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang
membawa ayam melalui jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk
membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.

Klimaks
Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia
berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan
yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa dirinya telah
dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam kepadanya. Harga
makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.

Peleraian
Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang
terpaksa akur pada golongan yang berkuasa.

Teknik Plot

Pemerian
Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina
reban ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan
meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang
rendah dan berair itu.

Dialog

Dah berapa kali kau menjual ayam? tanya Azam

Imbas muka
Hakim pernah berseloroh, Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah
memorial.

Imbas kembali
Kau ingat kan , tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.

Kejutan
Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu
sahaja yang masuk ke kantungku.Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar
harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan.Dari tiga belas ribu itulah aku membayar
hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang
cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.

Watak dan Perwatakan

Hakim
Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.
Seorang yang berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik
datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan
agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
Seorang yang tabah menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran
akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
Seorang yang rajin menuntut ilmu. Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke
universiti.

Azam.
Sahabat baik Hakim semasa di universiti.
Seorang yang suka membantu orang lain. Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan
menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.

Seorang yang rajin menuntut ilmu. Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam
bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara
untuk menambah pengetahuannya.
Seorang yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang
dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap
sahabatnya itu.

Kaduk.
Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.
Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.
Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila
diminta oleh raja.

Raja
Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.
Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebagai contoh raja
telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.

Latar
Latar masa
Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
Zaman selepas merdeka. Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar
Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.
Dalam masa setahun. Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia
menjalankan perternakan ayamnya.

Latar tempat.
Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di
mahkamah.
Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.

Kampung. Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan
kampung mereka.
Universiti. Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti yang sama.
Latar masyarakat
Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru
rakyat menceburi bidang keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak
makanan.
Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung
merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.
Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerjapekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.
Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu
golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.

Gaya Bahasa
Sinkope
Sebagai contoh: kau, ku
Pengulangan kata
Sebagai contohnya: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah.
Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.
Kata ganda
Sebagai contonya: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah tanah.
Bahasa Arab
Sebagai contoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah
Bahasa Inggeris
Sebagai contoh Global Chiken

Simile
Sebagai contoh : Bank akan merampas tanahku tak ubah seperti raja merampas tanah datukku
dahulu.
Personifikasi. Sebagai contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk
mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.

Nilai
Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang
telah ditipu.
Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak pernah
dilakukannya sebelum ini.
Nilai kegigihan.Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa
menanggung hutang yang banyak.
Nilai keprihatian. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh
hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden
sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk
menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk hakim.

Pengajaran
Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain. Sebagai contoh Hakim
menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih
berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam
walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan
permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.
Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani
mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk
dijual.
Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam
membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk
Hakim.
Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh
Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli
oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Cerpen-Jaket kulit kijang dari Istanbul
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang
ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya
sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang
lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut
serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu
pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta

rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada
tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit
berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal
pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah
pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan
kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang
dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku
tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas
namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai
beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak
berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa
memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari
pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil
hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket
kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang
yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar
harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk
tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku
dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh
berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki
dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual
barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang
lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan
Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai
dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku
terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak
praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu
dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula
tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh
untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.
Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang
jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai
tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan
kemodenan.
TEMA
Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket
kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya
serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi
kelangsungan kehidupan moden.
PERSOALAN

Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.


Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana
kulitnya.

Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati
pekedai Turki itu.

Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan
memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.

Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.


Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.

Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.


Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk
dibawa pulang ke Malaysia.
PLOT
Permulaan
Aku mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke negara Turki. Dengan berbekalkan
AS$400 yang bersamaan dengan RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin
dibeli. Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-mara, kawan pejabat dan kenalan
rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa melanjutkan
pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai membeli beberapa buah buku
terbitan Turki.

Perkembangan
Aku mengisahkan bagaimana dia terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima
lawatannya ke Turki. Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan
dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer dari
tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum sampai di Istanbul, Aku telah melawat
beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap
persinggahan itu, Aku telah mendapatkan cenderamata yang popular dan unik.

Klimaks
Aku disapa oleh seorang lelaki berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari
sebuah kedai jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk membelinya tetapi tidak
berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan ditipu oleh penjualnya.
Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket kulit itu dan mencuba sehelai jaket kulit
berwarna hitam, namun dia tidak berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan
diluar kemampuannya. Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku
berasa tersentak dengan sikap pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa terkilan
kerana tertipu dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh pekedai Turki itu.

Peleraian
Sewaktu beratur untuk menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk
membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun apabila dicubanya, jaket
itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan mengurangkan AS$20 daripada harga
pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk
kegunaan harian di Malaysia. Aku memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan
kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan
Shahmeem yang berjaya menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat
menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin. Akhirnya
kegembiraannya itu ingin dikongsi dengan orang lain iaitu dengan berhasrat menjual jaket
tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo
yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh
demi gaya hidup yang penuh kemodenan.

TEKNIK PLOT
Imbas Muka
Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ..

Imbas Kembali
Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal
pergi balik kerja.

Saspens

Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin melangkah keluar tetapi
dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.

Monolog
Contoh: Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat
menggembirakan Shahmeem?

Dialog
Contoh: Dah beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.
Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga
AS$150 sat jaket, terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg
plastiknya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Aku ( Mas )
Seseorang yang :Gemar membaca.
Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai
yang menjual buku.

Baik dan murah hati.


Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang
menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.
Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli
jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.

Tidak boros berbelanja.


Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.

Sayang akan haiwan.


Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang
hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar
dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.

Bersederhana apabila berbelanja.


Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang
telah diperuntukan.
Watak Sampingan
Pekedai Turki
Pemuda berkulit putih
Mempunyai kumis. (misai)
Fasih berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan
pelanggan yang datang ke kedainya.
Peramah dan mesra
Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.
Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.
Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.
Cepat marah
Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya
walaupuan telah mencubanya.
Polis Turki
Lelaki dewasa
Bertubuh tegap
Berbaju T dan berseluar panjang
Berwajah serius
Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang
remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
Shahmeem
Kawan kepada Aku

Mudah terpengaruh
Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa
mengetahui ukuran saiznya.
Murah hati
Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran
gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.

LATAR
Latar tempat.
Hotel Senator tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
Grand Bazaar Pusat membeli belah.
Kedai menjual jaket kulit
tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak
cermin.
Tempat Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning
keemasan.
Tempat Aku mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak
mempunyai wang yang mencukupi.

Pigeon Valley Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.


Gunung Bolu Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang
buta.
Masjid Ulu bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
Masjid Biru tempat Aku menunaikan solat jamak.
Egyptian Market tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
Terminal feri Selat Bhosporus Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di
pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar masa
Malam Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi
kota bersejarah.
Siang

Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.
Semasa aku dan rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat
Bhosporus.
Latar masyarakat
Masyarakat elit Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian.
Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan
kulit.
Masyarakat yang tidak berkemampuan.
Wanita tua yang menjual makanan burung, remaja kurus dan lelaki tua yang menjual barangan
pasaran gelap, dan pengemis pengemis seperti pengait benang yang diberi sedekah oleh Aku,
kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
Masyarakat yang suka melancong.
Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara Turki.
Masyarakat yang suka akan kemewahan.
Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna
kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan.
Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit
yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.

GAYA BAHASA
Kata ganda cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa membimbingku semasa
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
Aku bercadang untuk membelikan professor Siti Zainon, Dr Shaiful Bahri dan Dr Rosnah sesuatu
yang boleh dijadikan kenang-kenangan.
Matanya bercahaya-cahaya.

Bahasa Asing

a)

bahasa inggeris (Hello lady! . , Please )

bahasa Arab. Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat

Sinkope
ke?

Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah

NILAI

Kegigihan pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya agar
membeli barangan kulitnya.

Keprihatinan Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk
dijadikan jaket.

Berjimat cermat Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang
agar tidak melebihi perbelanjaan.
Keikhlasan Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,
kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

PENGAJARAN
Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun semasa
melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masingmasing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.

Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan
seseorang.
Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita
tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta ikhlas memberi
derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang
buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan
tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan
memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya
dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.

Kira patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk
memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai
kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus
pemodenan.
Cerpen-Munsyi
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan hasrat saya, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota
dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya
negatif di bandar. Pada bondanya, saya masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.
Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama,
bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan
rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh
itu, bonda menasihatkan saya agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus
dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak
buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu saya baca.
Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah saya berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu
agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang
bernama Munsyi melalui saya. Apabila tiba di bandar, saya menyerahkan buku-buku tersebut
pada kawannya itu yang pada pengamatan saya, Munsyi merupakan seorang yang sangat
mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, saya melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati
diri. Akibat sibuk bekerja, saya tidak bertemu Munsyi. Suatu hari, saya mendapat khabar
bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.
Apabila saya mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumahrumah di situ. Saya sedih melihat buku-buku lama yang telah saya bawa, musnah apabila
rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.
Tema
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan
warga negara.
Contohnya, ibu kerap menasihati saya agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan
bahasa agar dihormati oleh orang.

Persoalan
Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan

Contohnya, saya memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina
kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.


Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan
negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.

Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.


Contohnya, Saya tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum
berhijrah ke bandar.

Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.


Saya mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada
pendapat ibunya saya masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.

Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.


Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan saya ke bandar kerana bimbang saya
terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

Plot
Permulaan
Cerpen dimulakan dengan kisah saya tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana
bimbang anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak
muda di kota.

Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecahbelahkan perpaduan rakyat negara ini.
Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
Ibu menasihati saya agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini. Saya juga
membaca membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa
saya

Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri saya baharulah saya dibenarkan berhijrah ke
kota untuk membaiki taraf hidup saya. Saya dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan
kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.
Di Bandar ,saya dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan
nilai-nilai murni dan batas kehidupan.
Saya mendengar berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai
bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Klimaks
Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah di situ. Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi
Munsyi tidak ada di situ.

Peleraian
Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

Teknik Penceritaan

Dialog
Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.
Imbas kembali
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat
dekad lampau.
Imbas muka.
Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
Pemerian.
Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi
sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu
bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu. Di jari-jemarinya lengkap
menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
Kejutan.
Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang
didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
Saspens.

Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Saya
Seorang yang taat
Saya tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
Seorang yang amanah.
Saya menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada
Munsyi ketika saya pergi ke bandar.
Seorang yang gemar membaca
Saya telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku
lama milik ibunya.
Seorang yang tidak mudah putus asa
Saya meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota
walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

Watak sampingan

Bonda saya
Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada saya tentang sejarah pahit tanah air.
Seorang yang bersifat patriotik.
Bonda menasihati saya agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan saya berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati
dirinya.
Munsyi

Kawan lama bonda.


Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan
saya.
Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput saya masuk ke rumahnya.

Latar

Latar masa
Zaman pemerintahan penjajah
Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.
Zaman selepas merdeka
Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas
dijajah.

Latar tempat
Di kampung
Pada mulanya, bonda tidak membenarkan saya meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
Di kota
Saya berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
Masyarakat kampung.
Saya dan bonda tinggal di kampung.
Masyarakat remaja yang tinggal di bandar.
Saya dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh
keseronokan hidup.
Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.

Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka


terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
Masyarakat yang cekal dan berani.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar
pelabuhan yang terkenal.

Gaya bahasa
Kata ganda
Zaman- berzaman
Metafora.
Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
Peribahasa.
Bahasa jiwa bangsa
Simile
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja
di zaman kesultanan Melayu.
Hiperbola
Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela,
kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.

Nilai
Patriotik.
Bonda menasihati saya agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
Ketaatan.
Saya tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
Kegigihan
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar
pelabuhan yang terkenal.
Amanah.
Saya menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika
saya pergi ke bandar.

Pengajaran.
Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu.
Saya tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar
pelabuhan yang terkenal.
Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.
Saya telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku
lama milik ibunya.
Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.
Saya meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota
walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Drama-Berkhidmat untuk negara
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan
pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab
berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman
beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun
ayahnya Khir Ghazali member galakan dan kata-kata perangsang kepada
Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau,
Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat
Negara.
Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang
menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia
bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.

PEMIKIRAN
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. Aiman berusaha untuk
menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.

PERSOALAN
Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan
kepada negara.

Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai
peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan sekolah.
Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin
Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.
Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak
Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada
menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau
sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada
negara.
Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme
dalam kalangan pelajar
Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka
faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

PLOT
Permulaan
Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Posmen yang
menyampaikannya cuba member penenrangan kepada Aiman tentang manfaat PLKN apabila
Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut. Aiman berkelakuan biadap terhadap
pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung
dan kesal akan sikap Aiman dan layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja.

Perkembangan
Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama peserta PLKN
yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu Dahari memberi penerangan yang jelas
tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Beliau menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan
memberikan jawapan yang positrif agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan
berkhidmat untuk negara.

Perumitan
Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin Masnah menyuruh Khir Ghazali
menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian agar Aiman tidak
menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa marah dan kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang
mempunyai tanggapan dan negative tentang PLKN.

Peleraian
Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia terbaca berita
mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang
di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkas di
Desaru Johor. Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman
sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya.

TEKNIK PLOT
Monolog Dalaman
Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada
orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu,
cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.
Pemerian
Pada permula cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman yang hidup mewah
dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi seorang remaja yang manja dan
malas.
Imbas Muka
Aiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati keadaan kem yang
panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan membotakkan kepala.
Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya ketika bermimpi.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Aiman
Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun
Berasal daripada keluarga yang berada
Seorang yang agresif. Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu rumah yang melayannya
dengan baik dan mesra
Seorang yang malas dan mesra. Contoh: segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan
apabila berdepan dengan sesuatu masalah , dia akan tidur.
Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat. Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman
meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan
alasan selalu bercuti di luar negara.

Watak sampingan
Khir Ghazali
Ayah kepada Aiman
Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat
terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar
dan cuba menyelesaikannya.
Seorang yang tegas. Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan
pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana
beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman
Seorang yang sensitive. Contoh: apabila isterinya bertegang leher dengannya ubntuk tidak
menghantar Aiman ke PLKN, beliau berasa tersinggung lalu beredar meninggalkan tempat
perbincangan mereka.

Masnah
Ibu kepada Aiman
Berpangkat datin
Seorang yang suka berfikiran negative. Contoh: beranggapan bahawa PLKN membahayakan
nyawa anaknya dan turut menyokong hasrat anaknya untuk menghadiri PLKN
Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk kepentingan sendiri. Contoh: Datin
Masnah meminta suaminya menggunakan kedududkan dan pengaruhnya untuk mendapatkan
pengecualian untuk anaknya daripada menghadiri PLKN.

Cikgu Dahari
Seorang guru
Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul program Penghayaran Sastera dan budaya
Seorang yang berfikiran positif. Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta
di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan
zaman moden, Cikgu Dahari menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa
keselamatan peserta sentiasa terjamin. Beliau juga menenrangkan peranana sastera dan budaya
dalam kalangan masyarakat.
Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada anak murid. Contoh: Apabila Nora memberitahu
bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan
bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat
untuk negara.

Posmen

Seorang yang berfikiran positif. Contoh: Apabila Aimanmenyuruh posmen membuang surat
Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir
tentang kemahiran dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.
Seorang yang amanah. Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang
kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia
menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

LATAR
Latar masa
Alaf baru (Program PLKN bermula tahun 2004)
Waktu tengah hari. Contoh: Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk bersantai di rumah.
: Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari
Waktu pagi
Contoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri
mereka
Waktu petang
Contoh: Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di
rumah.

Latar tempat
Rumah Aiman.
Contoh: Peristiwa Aiman menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat Negara
: persitiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri
PLKN
Sekolah Menengah
Contoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada tentang senarai nama
peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.
: Cikgu Dahari menerangkan kepada anak-anak muridnya tentang manfaat PLKN dan bagaimana
program itu dijalankan.
Latar masyarakat
Masyarakat bandar yang sibuk bekerja . contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan
sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah
manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
Masyarakat yang penyayang

Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia
amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu
sendiri.
Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab
Contoh: Posmen dalam drama ini mengedarkan surat kepada penerima dengan penuh
tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa surat itu adalah amanah masyarakat
terhadapnya.
Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan. Contoh: Aiman berkelakuan biadap
terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal
dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit
Masyarakat yang berfikiran positif. Contoh: Walaupun Khir Johari mempunyai pengaruh dan
kedudukan untuk membantu Aiman mengecualikan diri daripada menyertai PLKN, namun Khir
Ghazali mahu anaknya menyertai program tersebut kerana beliau tahu bahawa anaknya akan
memperoleh banyak manfaat daripada PLKN. : Cikgu Dahari menerangkan tentang kebaikan
PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negative mereka terhadap
program tersebut dan memberikan sumbangan mereka kepada negara. Contoh: Apabila Aiman
meluahkan perasaannya yang memandang rendah terhadap PLKN, Posmen bertindak
menyedarkannya dengan menceritakan bagaimana anak jirannya yang pemalas berubah sikap
setelah menyertai PLKN.

GAYA BAHASA
Sinkope
Contoh: kata singkatan tak dalam ayat. Saya tak berminat langsung (m.s 3)
Inversi
Contoh: amanah orang semua surat ini (m.s 4)
Peribahasa
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. (m.s 7)
Bahasa asing
Contoh: penggunaan perkataan bahasa Inggeris daddy, mummy (m.s 14)

Simile
Contoh: perkataan macam dalam ayat, Nak angan-angan macam Mat Jenin

NILAI
Nilai amanah

Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat


Nilai kasih sayang
Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.
Nilai bertanggungjawab
Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman
Nilai cinta akan tanah air
Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana
selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai
tanah air kita

PENGAJARAN
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Contoh: Aiman biadap terhadap
pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri
Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas. Contoh: Posmen menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah
Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan. Contoh: Masnah tidak memberi
galakan kepada anaknya untuk menyertai PLKN malah memberitahu suaminya bahawa program
tersebut mungkin membahayakan nyawa anaknya. Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan
kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk
negara.

NOVEL DI SEBALIK DINARA


BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai
bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan
dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA.
Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat
kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali
lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang retinal scanner. Farisha terpaksa menunggu
Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk
masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu
simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat
mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama
dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang
akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula

daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium


tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu
lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari
jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya
menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi
pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul
dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke
Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan
Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong,
berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum
pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek
Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya.
Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft
Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah
penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan
ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki
pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha
mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama.
Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan.
Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab
untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical
backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam
tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan
memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan
mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar ke
Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam
Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram
menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,
tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom
jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu
bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa

meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada
perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang
Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula
bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah
dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan
tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang
sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab
lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop
kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.
BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha
berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke
dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta
pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika
Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.
Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik
yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh
Shida melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketigaketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba
Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya.
Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu
mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai
runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa
beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada
laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai
utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan keduadua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu
abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya
adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha
pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi
hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula
maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke
hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa
soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada
Farisha mengandung.
BAB 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari
sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang
menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia
sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha
menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin
datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini
gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana
WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan
Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar
menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha
terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi
doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti.
Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh
Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi
menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha.
BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina
di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip
telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang
dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi.
Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan
merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat
berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang
lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana
perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit
gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya
lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup
melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah
inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada lelaki itu. Manakala Shida
tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal
menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan
Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan,
atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai

bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di
Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak
Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan
supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang
akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi
Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di
Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa
Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti
ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang
wanita sehingga menjadi cacat.

BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu
dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila
brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi
dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl
kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara
Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka
berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat
pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang
tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa
ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada
itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab
Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan
yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu
emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan
ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan
terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala
di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia
mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl
gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap
berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam
mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan
pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak
Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa
dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn
yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak
Farisha dihidupkan.
BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa
kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida.
Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima

oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang
sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di
sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah
sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya
menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh
gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa
kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram
juga adalah cyborg seperti Alia.
BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang
sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa
aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.
Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam
Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan
abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua
orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam
percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram
dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram
sangat yakin itu ialah Karl.
TEMA

Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai pemikiran manusia
sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

PERSOALAN

1.
Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi maklumat sehingga
sanggup mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan misi seorang bapa.
2.
Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan sistem
teknologi maklumat.
3.
Kemusnahan rumah tangga akibat tindakan suami atau bapa yang mementingkan
teknologi maklumat.
4.

Hubungan kasih sayang antara manusia walaupun bukan dari darah daging sendiri.

PLOT

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram berkenalan di dalam kapal
terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu lagi dalam sebuah kovensyen berkaitan
pengisian komputer

Perkembangan
Aqram menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat letaknya sistem Dinara
dengan tujuan membantu menggodam virus demi menyelamatkan Dinara.

Konflik
Konflik berlaku antara Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl mengekspolasi fikirannya dengan
menggunakan seorang banduan bagi tujuan ujikajinya.

Klimaks
Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah
sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara.

Peleraian
Karl akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri Shida. Buktinya dalam
percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl.
Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

TEKNIK PLOT

Pemerian
Contohnya :

Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas
Lapangan Terbang SenaI
Pengumuman tentang penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur sedang berkumandang

Suspens
Contohnya ;
Pergi! Kau tak sayang aku. Kau cuba bunuh aku dulu. Ini semua muslihat. Pasti kau akan bunuh
aku kali ini!
Karl yang siksa aku sehingga aku cacat. Kemudian dia jadikan aku Alia. Nama sebenarku
Rosmina.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Farisha
berusia dalam lingkungan umur 26 tahun

seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT

Seorang adik yang penyayang

Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl

Berhati-hati dalam membuat keputusan

Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori


dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai
peraturan yang diciptanya sendiri.
Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
Anak angkat kepada keluarga Azraai.
Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat.
Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.
Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.
Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun.
Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.
Berminat dan menyukai dengan perwatakan Aqram

Watak sampingan

1.

Karl

Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau Medina.
Ayah kepada Farisha.
Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi robot.
Membangunkan Dinara.
Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya Farisha ketika baru lahir.
Pernah menerima agunerah Inovasi Teknologi Maklumat Peringkat Kebangsaan.
Penyelidik dan pencipta sistem Dinara.
Terlantar sakit barah dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl berada dalam
pemikiran Shida, walaupun telah meninggal dunia.
2.

Aqram

Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha.


Bertugas di Soft Lab mengendalikan Dinara.
Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar.
Sering menjejaki Farisha.
Sebuah cyborg.
Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah Dinara kepada Farisha.
Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai dendam peribadi.
Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl.
Memiliki pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.

3.

Shida

Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab.


Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering berurusan dengan Khairul
Anwar.
Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab yang tidak dapat dikesan.
Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk dijadikan ujikaji di Soft Lab.
Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.
4.

Dr. Maxi

Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik.

Mengarahkan Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi pemikiran Farisha dan
Shida.
Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat.
Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta.
LATAR

Latar Masa
Subuh- Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port
Dickson untuk upacara itu.
2. Pagi Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman masih belum
kelihatan.
3. Pagi Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan sampai ke Stesen
Bukit Nanas pukul 8.50 pagi.
4.

Hari Mekanik kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap, jawab Rosman.

5. Malam Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam
itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.
6. Petang Pukul 4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak melihat keadaan Farisha
sekitar pukul 6.00 petang nanti, Shida memberikan cadangan.
Latar tempat
Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha mengerling jam di tangan. Masih ada masa
empat puluh minit lagi. Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang
memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang Senai.
Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat kira-kira sepuluh minit
sebelum masa berlepas.
Soft Lab Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel dan LRT untuk ke
pejabat Sort Lab di Cyberjaya.
Rumah Karl- Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang penyelidik Soft Lab.
Puchong Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke Puchong.., terang
Aqram.
Nusa Jaya Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya
Hospital Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil Farisha di Wad 2B
Port Dickson Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul
di Port Dickson untuk upacara itu.

Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu menuruni tangga
perlahan-lahan
Berhampiran Kawasan Nilai Mata abang Azraai tidak berganjak dan memandang kenderaankenderaan yang bertali arus di hadapannya. Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa
memperlahankan sedikit kereta

Latar Masyarakat

Masyarakat yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan teknologi maklumat
yang sangat meluas.
Masyarakat bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas dengan teknologi
maklumat.
Masyarakat yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.
Masyarakat yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi masing-masing
berkaitan dengan teknologi maya.
Orang Inggeris yang berada dalam masyarakat Melayu dan cuba menggunakan orang-orang
tempatan sebagai bahan ujikaji.
GAYA BAHASA
Kata ganda
Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua
Bersama-sama menggaru-garu
Metafora
Contohnya :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak

Hiperbola
Contohnya : angkat-angkat kening.

Simile :
Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan.
Contohnya : Bagaikan member amaran

Sinkope

Contohnya : saja, kejap, dah , tak,

Personifikasi
Contohnya ; Dia mengganggap ini rezeki yang datang bergolek.
Contohnya ; hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan.

Kata pinjaman
Contohnya :
Bahasa Inggeris - retinal scanner, penetrator, physical backup, hyperyisor.
NILAI

Nilai kasih sayang.


Contohnya : Medina/Marilyn dan Karl sentiasa berusaha mencari anak Farisha.
Nilai bertanggungjawab:
Contohnya : Dr. Maxi bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem Dinara.
Nilai ketabahan:
Contohnya Farisha begitu tabah menhadapi pelbagai dugaan dalam percubaan menculiknya.
4. Nilai keberanian:
Contohnya : Karl begitu berani memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya.

PENGAJARAN

Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan member kebebasan hak kepada mereka untuk
menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan dalam hidup dan cuba berusaha untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.
Kita mestilah bertanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini, jangan mementingkan diri
sendiri tanpa memikirkan hak orang lain, terutamanya ahli keluarga kita.