Anda di halaman 1dari 7

BMM3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - (KAEDAH)

BMM3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - (KAEDAH)

1.1

Sinopsis

Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam (Bidang
Pengkhususan)

Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan terhadap

pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, tujuan penyelidikan, ciri-ciri, pendekatan


kuantitatif dan kualitatif serta etika dalam penyelidikan dalam pendidikan yang menerangkan
tentang aspek penting dalam pendidikan dan kod etika.
1.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini anda dapat:

1.3

1.

Menjelaskan penyelidikan dalam pendidikan

2.

Menerangkan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan

3.

Membincangkan tentang pendekatan penyelidikan dalam pendidikan

4.

Menerangkan aspek etika dalam penyelidikan pendidikan

Kerangka konsep Tajuk 1


Pengenalan kepada kaedah
penyelidikan dalam pendidikan

1.4

Tujuan Penyelidikan

Ciri-ciri Penyelidikan

Pendekatan Penyelidikan

Etika dalam Penyelidikan

Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

BMM3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - (KAEDAH)

Penyelidikan dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi pengetahuan


baru melalui pengumpulan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah pendidikan dan
seterusnya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan amalan pendidikan.
1.4.1 Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan
Penyelidikan tindakan mempunyai tiga tujuan:
a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;
b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.
c. untuk mengkaji pola tingkah laku murid, guru, pentadbir, dan pekerja sekolah, atau
Institusi Pendidikan.
1.4.2 Ciri-ciri Penyelidikan Dalam Pendidikan
a. Menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu
kerja/amalan mereka.
b. Memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.
c. Merupakan proses pembelajaran yang teratur.
d. Membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.
e. Menggalakkan fikiran yang terbuka.
f.

Membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.

g. Mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses
penyelidikan.
h. Berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) satu lingkaran
yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.
i.

Melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)

j.

Dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian


melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

1.4.3

Pendekatan Penyelidikan dalam Pendidikan

BMM3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - (KAEDAH)

1.4.3.1 Pendekatan positivist (kuantitatif)


Positivism atau dikenali dengan analitik empirikal merupakan satu falsafah yang
berpegang kepada ilmu pengetahuan tulen atau autentik yang di dasarkan kepada
pengalaman sebenar sahaja. Spekulasi metafezikal tidak boleh diambil kira. Falsafah ini
menjadi pegangan mazhab behaviorisme yang hanya mengambil kira tentang
tingkahlaku yang boleh dilihat sahaja. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012)
Penyelidikan kuantitatif merupakan satu kajian saintifik yang sistematik berkenaan sifatsifat kuantitatif dan fenomena serta hubungan antara keduanya menggunakan hipotesis
atau teori. Tujuan penyelidikan kuantitatif adalah untuk membina dan menggunakan
model Matematik, teori dan hipotesis berkaitan serta bersesuaian dengan fenomena
semula jadi.
Data dikumpulkan dan dibuat analisis untuk menjelaskan, menjangka dan mengawal
fenomena yang menjadi perhatian. Seterusnya keadaan semasa akan diperjelaskan,
diselidiki perhubungan fenomena dengan data kuantitatif serta dikaji punca dan kesannya
terhadap pendidikan.
Ciri-ciri penyelidikan kuantitatif
a. Data yang diperolehi akan dinilai menggunakan analisis statistic yang di wakili
menggunakan nombor.
b. Bertujuan menguji hipotesis menggunakan prosedur secara formal
c. Penggunaan kawalan untuk meminimumkan kesan faktor-faktor yang mungkin
mengganggu dapatan kajian.
d. Menggunakan bilangan subjek yang ramai.
e. Kajian yang objektif.
f.

Menggunakan ujian pensil dan kertas soal selidik dan lain-lain

g. Menggunakan pendekatan deduktif.

1.4.3.2 Pendekatan interpretatif (kualitatif)

BMM3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - (KAEDAH)

Penyelidikan kualitatif

merupakan

suatu kaedah inkuiri dalam pelbagai disiplin

akademik, secara tradisi dalam sains sosial, termasuk kajian pemasaran. Ia bermula
dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku : sosiologi, antropologi dan psikologi. Tujuan
penyelidikan kualitatif adalah untuk mengumpul pemahaman yang mendalam tentang
tingkahlaku manusia dan sebab-sebab yang menjadi punca tingkahlaku tersebut.
Kaedah kualitatif mengkaji mengapa dan bagaimana keputusan dibuat, bukan
sekadar apa, bagaimana dan bila. Penyelidikan kualitatif digunakan untuk mendapatkan
celik akal mengenai sikap manusia, persepsi, tingkahlaku, system nilai, sikap ambil berat,
motivasi, aspirasi, budaya dan gaya hidup. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin.
2012)
Ciri-ciri penyelidikan kualitatif
a. Tujuan: mencari kefahaman tentang interpetasi manusia mengenai fenomena.
b. Dunia sebenar dilihat bersifat dinamik yang berubah mengikut persepsi manusia.
c. Kawalan nilai: nilai dilihat mempunyai kesan dan seharusnya difahami dan diambil
kira semasa mengendalikan dan melaporkan kajian.
d. Fokus secara holistik: gambaran secara keseluruhan dicari.
e. Orentasi penemuan: teori dan hipotesis terbina daripada data yang dikumpul.
f.

Data subjektif: data merupakan persepsi manusia dalam persekitaran di mana


mereka berada.

g. Instrumentasi : manusia merupakan alat utama untuk mendapatkan maklumat.


h. Analisis dibuat secara induktif.
1.4.4

Etika Penyelidikan dalam Pendidikan

Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan perlakuan
penyelidik serta bagaimana penyelidik mengaitkan atau melayan sampel semasa penyelidikan
dibuat. Ia adalah berkaitan dengan norma serta standard piawai berperlakuan dan
bertingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh penyelidik.
1.4.4.1 Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan

BMM3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - (KAEDAH)

Terdapat tiga aspek penting dalam etika penyelidikan;


a. Menjalankan kerja professional mereka dengan nilai jujur serta ikhlas, dan dengan
cara demikian tidak akan membahayakan penyelidikan akan datang.
b. Menghormati hak-hak dan maruah kesemua mereka yang terlibat atau menerima
kesan dari penyelidikan mereka
c. Memastikan seboleh mungkin menjaga kebajikan secara fizikal, sosial dan
psikologikal yang mengambil bahagian dalam penyelidikan atau mereka yang akan
menerima kesannya
1.4.4.2 Kod etika
Penyelidik perlu menghormati hak peribadi peserta penyelidikan.
membina hubungan dengan seorang atau kumpulan sebelum

Penyelidik perlu

mereka

menyertai

penyelidikan. Antara kod etika adalah :


a. Kejujuran professional penyelidikan.
b. Menghormati hak dan maruah peserta dan dapatkan persetujuan percuma.
c. menghargai masa dan usaha mereka.
d. perundingan bersama komuniti yang terlibat
e. pastikan peserta sentiasa mendapat makluman
f. menamatkan perhubungan dengan cara yang baik setelah kajian selesai.
g. Privasi
Rumusan
Bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang umum penyelidikan bermula dengan
sejarah

berkaitan

yang

menunjukkan

terdapat

peningkatan

dan

kemerosotan

dalam

penyelidikan. Begitu juga terdapat pengertian-pengertian yang hampir sama maknanya yang
diberikan oleh tokoh-tokoh penyelidikan. Pendekatan utama dalam penyelidikan yang telah
dibincangkan adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang setiap daripadanya memerlukan
etika tertentu yang mesti dipatuhi oleh penyelidik.

BMM3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - (KAEDAH)

Latihan
Buat satu rumusan pengertian penyelidikan berdasarkan pandangan-pandangan tokoh-tokoh
penyelidikan.
OLL
Buat satu jadual yang menunjukkan perbezaan antara pendekatan kualitatif dan pendekatan
kuantitatif. Hantar kepada pensyarah anda melalui OLL atau email.

Anda mungkin juga menyukai