Anda di halaman 1dari 2

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga

dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini
Pengangkutan Alaf Ini. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu
dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaki tidak senang duduk
melihat ketampanan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel
pertama YBhg Dato Uthes Arumugam iaitu ketua pegawai SuruhanJaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD). Selamat datang saudara. Seterusnya ahli panel kedua, kelihatan ganas dan garang di sana
Encik Lee Yun Xi yang merupakan seorang polis trafik. Selamat datang saudara. Dan di hujung sana,
nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, Dato Lee Ren Yi yang merupakan seorang Menteri
Pengangkutan Awam. Selamat datang juga buat saudara. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih
jauh , soalan saya pada panel pertama, Dato Uthes, apakah yang Dato faham tentang Pengangkutan
Awam ,apakah konsep pengangkutan awam bagi Dato, dan apakah contoh-contoh pengangkutan
awam yang terdapat di negara kita mahupun di seantara dunia, terutamanya pengangkutan darat?
Uthes:
Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama telah
menceritakan tentang jenis jenis dan contoh-contoh pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia.
Sehubungan itu, beliau juga ada menyentuh sedikit tentang kepentingan pengangkutan awam di
negara kita. Apakah kata kita mengetahui tentang kepentingan-kepentingan pengangkutan awam
dengan lebih mendalam dan terperinci. Baiklah, saya akan mengajukan soalan ini kepada panel
kedua kita pada hari ini iaitu Dato Lee Ren Yi yang mempunyai 69 tahun pengalaman dalam bidang
pengangkutan ini. Dato, bolehkah Dato berkongsi dengan lebih lanjut tentang kepentingankepentingan pengangkutan awam alaf ini?
Lee Ren Yi : Sejak

Zaman Penjajahan lagi, pengangkutan telah menjadi faktor yang


penting untuk menuntut kemerdekaan. Setelah kemerdekaan, pengangkutan pula
merupakan watak yang penting dalam memajukan Negara Malaysia dalam pelbagai
bidang seperti perdagangan. Perindustrian dan perkidmatan. Antara kepentingan
pengangkutan awam adalah meningkatkan ketersampaian iaitu keupayaan untuk
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Ini dapat membantu sesetengah
masyarakat untuk menuju ke destinasi dalam masa yang singkat tanpa mengalami
kesesakan jalan raya. Sementara itu, perkhidmatan pengangkutan awam juga
mampu meminimumkan jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita.
Penggunaan pengangkutan sendiri yang pelbagai jenis akan meninggikan risiko
kemalangan terutamanya pada waktu puncak yang akan mengakibatkan kematian.
Seterusnya, perkidmatan pengangkutan awam mampu mengurangkan pengeluaran
gas karbon monoksida yang akan menyebabkan penipisan lapisan ozon dan kesan
rumah hijau.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita yang telah menerangkan tentang kepentingan
pengangkutan awam. Dan saya percaya bahawa penggunaan pengangkutan awam pasti membawa
pelbagai kesan kepada kehidupan kita samada dari segi positif atau dari segi negatif. Dato Uthes ,
apakah kesan-kesan yang dapat mempengaruhi kehidupan kita?
Uthes:
Pengerusi: Terima kasih atas perkongsian Dato Uthes sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa pengangkutan awam sememangnya membawa pelbagai kesan kepada kehidupan
kita. Tetapi persoalannya, bagaimanakah sikap masyarakat atau sikap pengguna jalan raya
marcapada ini semasa di atas jalan raya? Encik Lee Yun Xi, sebagai seorang polis trafik yang cukup
berpengalaman, anda rasa adakah masyarakat pada masa kini mengikuti undang-undang dan
peraturan jalan raya? Macam manakah keadaan di atas jalan raya terutamanya pada musim
perayaan dan sebagainya?
Lee Yun Xi :

Pengerusi : Terima kasih Encik Lee kerana sudi berkongsi sedikit tentang pengalaman beliau di atas
jalan raya seumur hidupnya. Baiklah, saya percaya bahawa sikap tidak bertanggungjawab
masyarakat atau pengguna jalan raya pasti telah menimbulkan banyak masalah contohnya
kemalangan. Dato Uthes, bolehkah dato memberi sedikit maklumat tentang kadar kemalangan yang
berlaku di Malaysia pada tahun-tahun yang lepas?
Uthes:
Pengerusi: Terima Kasih Dato Uthes. Kita sedia maklum bahawa kes-kes kemalangan di negara kita
semakin hari semakin meningkat. Apakah sebab-sebab yang mendorong kepada kejadian
kemalangan jalan raya dan bolehkah Encik Lee memberikan pendapat tentang langkah-langkah atau
usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mengurangkan kes-kes kemalangan ini?
Lee Yun Xi :
Pengerusi: Terima kasih atas pendapat-pendapat Encik Lee sebentar tadi. Sekarang, saya ingin
bertanyakan Dato Lee Ren Yi tentang kemudahan sistem pengangkutan awam yang terdapat di
bandar utama Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang
apakah kemudahan menarik yang terdapat di sana. Dipersilakan, Dato.
Lee Ren Yi : Pengangkutan

awam di Kuala Lumpur dikelaskan kepada 2 jenis iaitu


pengangkutan rel dan pengangkutan setempat. Contoh pengangkutan rel ialah
transit aliran ringan (LRT) yang dikenali sebagai rapid kl, komuter dan keretapi.
Pengangkutan setempat merangkumi bas dan teksi. Untuk memudahkan
penumpangan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Beberapa stesen transit telah
disediakan iaitu PuduSentral, KL Sentral, Terminal Bas Putra dan Terminal Bas Duta.
Pengerusi : Akhir sekali, apakah kemudahan-kemudahan sistem pengangkutan yang bakal datang
pada masa depan?
Lee Ren Yi: Kementerian

Pengangkutan Awam akan menambah bilangan kaunter di


stesen transit bagi melicinkan pembelian tiket pengangkutan. Kami juga akan
merancang menambahkan perkhidmatan keretapi peluru dan menyambungkannya
dengan Bandar-bandar utama di Malaysia untuk menjimatkan masa penumpang.
Kami juga bakal melancarkan aplikasi telefon pintar untuk memudahkan penumpang
membeli tiket pada waktu puncak.
Pengerusi: Kesimpulannya, memang terdapat pelbagai pengangkutan awam di negara kita yang
dapat membawa manfaat kepada kita dan saya cadangkan bahawa gunalah pengangkutan awam
kerana banyak kebaikannya.Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi
hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir Terimalah serangkap pantun indah daripada saya
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai