Anda di halaman 1dari 4

notapendidikanmoral@ting2_r.

sarvesvari@2016

BIDANG PEMBELAJARAN :NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR


Nilai : Menyayangi Dan
Menghargai Alam Sekitar

2. Pelajar Sekolah Menengah


Kebangsaan Chempaka telah
menjalankan kempen menanam
pokok di kawasan sekolah.
3. Taman-taman di sekoah Chi Ling
dijaga dengan rapi dan kemas.
4. Pada hari minggu, encik Jeffri
sekeluarga bergotong-royong
membersihkan kawasan rumah
mereka.
5. Tingkatan Dua Bestari
bekerjasama membersih dan
mencantikkan kelas mereka.

Definisi:
Kesedaran tentang perlunya
memelihara dan memulihara alam
sekitar untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem.
Huraian :
1. Alam sekeliling merupakan tempat
yang kita diami dan menjalankan
kehidupan seharian.
2. Menjadi tanggungjawab kita untuk
memelihara alam sekitar daripada
berlakunya pencemaran.
3. Sekolah merupakan tempat paling
tepat untuk membentuk generasi
masa hadapan yang menghargai
alam sekitar.
4. Setiap pelajar perlu memelihara
dan memulihara persekitaran
sekolah.
5. Sekolah yang bersih dan ceria
akan menghasilkan suasana
pembelajaran yang kondusif.
6. Jika persekitaran sekolah kotor,
pengajaran dan pembelajaran
menjadi kurang selesa.
7. Program penghijauan, kebersihan
dan keindahan seperti landskap,
kaedah pengurusan sampah,
tempat pembuangan sampah,
keceriaan bangunan sekolah dan
kebersihan tandas perlu
dijalankan.
8. Usaha-usaha mencantikkan dan
menceriakan kawasan sekitar
memerlukan kerjasama daripada
semua warga sekolah.

Nilai : Keharmonian Antara


Manusia Dengan Alam
Sekitar
Definisi:
Keadaan saling memerlukan
hubungan yang harmonis antara
manusia dengan alam sekitar supaya
kualiti kehidupan manusia dan alam
sekitar terpelihara.
Huraian :
1. Air merupakan suatu keperluan
asas yang penting yang perlu
dipelihara.
2. Tanpa sumber semula jadi ini,
semua tumbuh-tumbuhan, haiwan
dan manusia tidak dapat
meneruskan kehidupan.
3. Air digunakan untuk keperluan
harian manusia seperti memasak,
membasuh pakaian dan mandi.
Selain itu, menjana kuasa elektrik,
memproses bahan industri,
mengairi kawasan peetanian.
4. Kesukaran mendapatkan bekalan
air yang bersih menyusahkan kita
untuk menjalani kehidupan
seharian.

Contoh amalan:
1. Julia membersihkan kelasnya agar
sentiasa bersih dan kemas.
1

notapendidikanmoral@ting2_r.sarvesvari@2016

5. Kita bertanggungjawab menjaga


kebersihan sumber air daripada
pencemaran.
6. Penebangan hutan yang
menjejaskan kawasan tadahan
hujan perlu dikawal.
7. Pencemaran sungai akibat aktiviti
perkilangan perlu diambil tindakan
yang sewajarnya kerana bahan
buangan daripada kilang akan
menjejaskan hidupan di dalam
sungai.
8. Kita harus sedar bahawa
penggunaan air secara berhemat
amatlah perlu bagi menjamin
bekalan air yang berterusan.

3.

4.

5.

6.

Contoh amalan:
1. Ayah sentiasa mengawal
penggunaan air semasa mencuci
kereta.
2. Penduduk Kampung Manjoi
bergotong-royong membersihkan
sungai.
3. Puan Suzie mengingatkan anakanaknya agar tidak membuang
sampah sarap ke dalam sungai.
4. Encik Yong segera melaporkan
kejadian paip pecah di kawasan
perumahannya kepada pihak
berkuasa.

7.

8.
9.

penghalang kepada hakisan


pantai serta menjadi tempat
pembiakan hidupan marin.
Malah, kawasan ini merupakan
sumber rezeki bagi pengusaha
pusat-pusat pelancongan.
Oleh itu, pemeliharaan persisiran
pantai dan laut perlu bagi
mengelakkan pencemaran dan
kemusnahan kawasan pembiakan
hidupan marin.
Walaupun kawasan ini sesuai
dijadikan sebagai kawasan
peranginan, namun pembangunan
di kawasan tersebut perlulah
dikawal.
Penebangan pokok-pokok bakau
bagi tujuan pembalakan yang
tidak dikawal boleh memusnahkan
kawasan ini.
Pembangunan yang tidak terkawal
menyebabkan kemusnahan
keindahan dan keunikan
berlakunya pencemaran.
Air kumbuhan dari hotel boleh
menyebabkan air laut tercemar.
Kita perlu bekerjasama
memelihara dan memulihara laut
daripada pencemaran dan
kemusnahan.

Contoh amalan:
1. Sebulan sekali penduduk di sekitar
pantai itu mengadakan aktiviti
membersihkan pantai.
2. Kerajaan tidak membenarkan
sesiapa saja mengambil batu
karang yang masih hidup.
3. Encik Ahmad menyuruh anakanaknya mengumpulkan sampah
sarap selepas berkelah dan
membuangnya ke dalam tong
sampah yang disediakan.
4. Pihak berkuasa telah berjaya
menahan nelayan yang
menangkap ikan dengan
menggunakan racun sianida.

Nilai : Kemapanan Alam Sekitar


Definisi:
Pengekalan keseimbangan alam
sekitar sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan
hidup.
Huraian :
1. Zon persisiran pantai yang indah
dapat dijadikan sebagai pusat
peranginan yang sesuai untuk
dikunjungi.
2. Persisiran pantai yang dipenuhi
dengan terumbu karang menjadi
2

notapendidikanmoral@ting2_r.sarvesvari@2016

Contoh amalan:
1. Penduduk di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia
mengetahui banjir berlaku pada
musim tengkujuh.
2. Ibu bapa Rahman sentiasa prihatin
akan maklumat yang disampaikan
oleh pihak berkuasa dalam
persediaan menghadapi musim
tengkujuh.
3. Penduduk di kawasan perumahan
Taman Impian bergotong-royong
membersihkan longkang dan
sistem perparitan untuk
mengelakkan banjir yang sering
melanda kawasan perumahan
mereka.

Nilai : Peka Terhadap Isu-Isu


Alam Sekitar
Definisi:
Perhatin terhadap persoalan
yang berkaitan dengan alam sekitar
dan berusaha menyelesaikannya.
Huraian:
1. Bencana alam merupakan
fenomena semula jadi yang
berlaku seperti banjir, kemarau,
gempa bumi dan rebut taufan.
2. Bencana alam ini banyak memberi
kesan kepada alam sekitar.
3. Kejadian banjir dan kemarau
menyebabkan tumbuh-tumbuhan
musnah dan haiwan peliharaan
mati.
4. Gempa bumi dan ribut taufan
menyebabkan kemusnahan harta
benda dan alam sekitar.
5. Tanah runtuh boleh mengorbankan
nyawa, merosakkan bangunan,
jalan raya dan harta benda.
6. Kita perlu mengenal pasti langkahlangkah persediaan yang sesuai
untuk menghadapi kejadian
bencana alam ini.
7. Perubahan cuaca yang tidak
menentu dan pemanasan global
mengakibatkan kemarau
berpanjangan.
8. Suatu badan atau agensi yang
mengkaji tentang kemusnahan
yang akan berlaku berkaitan
bencana alam perlu ditubuhkan.
9. Kumpulan penyelamat yang
terlatih dan sentiasa bersedia
dalam mengahdapi sebarang
masalah berkaitan bencana alam
perlu diwujudkan.
10.Peningkatan dalam bidang sains
dan teknologi perlu dititikberatkan
bagi memastikan risiko kehilangan
nyawa dan kemusnahan harta
benda berada pada tahap yang
terkawal.
3

notapendidikanmoral@ting2_r.sarvesvari@2016

Anda mungkin juga menyukai