Anda di halaman 1dari 6

1.

Pengenalan

Dalam bahagian ini, latar belakang dan definisi konsep akan dihuraikan.
1.1 Latar Belakang
Ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa yang khusus digunakan dalam
karangan atau percakapan seharian bagi mengukuhkan maksud perkara yang
diungkapkan. Selain itu, ragam bahasa juga dapat mempertingkatkan kefahaman
pendengar atau pembaca. Seterusnya, ragam bahasa juga didapati sebagai bahasa tertentu
yang digunakan bagi menyatakan sesuatu perkara dengan pelbagai bentuk mahupun cara.
Seperti manusia, bahasa juga mempunyai ragamnya. Melalui penggunaan bahasa
membolehkan manusia dapat berhubung antara satu sama lain untuk menyampaikan
sesuatu makna, pendapat , perasaan dan lain-lain. Hal ini demikian kerana bahasa itu hak
masyarakat dan masyarakatlah yang menentukan penggunaan sesuatu bahasa tersebut.
Masalah yang dapat dikesan dalam penggunaan ragam bahasa oleh masyarakat
sejagat adalah disebabkan mereka kurang memahami ragam-ragam utama bahasa
Melayu dan yang lebih penting sekali mereka tidak tahu untuk membezakan masa yang
sesuai dalam penggunaan ragam bahasa formal dengan ragam bahasa tidak formal .
Jelaslah bahawa dalam sesuatu perbualan, proses interaksi mestilah mengambil kira
faktor umur seseorang sama ada tua atau muda, hubungan di antara penutur dengan
pendengar . Contohnya, perbualan di antara anak dengan bapa dan guru dengan murid.
Justeru itu, masyarakat perlu didedahkan kepentingan penggunaan ragam bahasa yang
betul agar dapat diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat.

1.2

Definisi Konsep

Menurut Bachman (1990) , ragam bahasa adalah variasi bahasa menurut


pemakaian yang berbeza-beza menurut topik yang dibicarakan, menurut hubungan
penutur, kawan penutur, orang yang dibicarakan, serta menurut medium penutur.
Menurut Zaba dalam karyanya Ilmu Mengarang Melayu (1965)
mendefinisikan sebagai beberapa jenis bahasa yang khas yang merupakan bahasa dalam
kalangan atau pertuturan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya
kepada pemahaman pendengar dan pembaca.
Kesimpulannya, ragam bahasa memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan manusia.

2.0

3.0

Objektif Kajian
a.

Mengenalpasti dan menyenaraikan ragam bahasa daam novel a+b

b.

[tunas].
Menjelaskan makna dan fungsi ragam bahasa dalam novel a+b[tunas]

Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini adalah untuk:

a.

Untuk menyediakan satu profil lengkap berkaitan ragam bahasa sebagai


rujukan kepada para pembaca dan pengkaji akan datang.

b.

Untuk memperlihat kepelbagaian ragam bahasa yang digunakan oleh


penulis dalam novel a+b[tunas] yang menarik minat pembaca.

4.0

Skop Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan ragam bahasa dalam novel a+b[tunas]

karya Hlovate yang mempunyai sebanyak 78 bab dan pengkaji telah mengkaji
keseluruhan ragam bahasa yang terdapat dalam novel. Pengkaji telah mengenalpasti dan
menyenaraikan ragam bahasa yang terdapat dalam novel a+b[tunas]. Pengkaji telah
menjelaskan makna dan fungsi ragam bahasa dalam novel a+b[tunas].
5.0

Batasan Kajian
Dalam batasan kajian ini pengkaji telah berjaya mengkaji dan mendalami ragam

bahasa yang terdapat dalam novel a=b[tunas] karya Hlovate yang mempunyai sebanyak
78 bab dan pengkaji telah mengkaji keselurhan ragam bahasa yang terdapat dalam setiap
bab. Pengkaji tidak mengkaji keseluruhan novel yang berada di pasaran.

6.0

Kaedah Kajian

Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data
akan dihuraikan.
6.1

Pengumpulan Data
a.

Kaedah Kepustakaan
Kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan.
Pengkaji memanfaatkan institusi seperti perpustakaan, laman
sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan
bertulis dan bukan bertulis.

Pengkaji mendapatkan maklumat

dengan cara merujuk buku teks dan rujukan di perputakaan untuk


mendapatkan maklumat tambahan.
b.

Kaedah Kajian Teks


Pengkaji telah mengkaji kepelbagaian ragam bahasa yang terdapat
dalam novel tersebut. Pengkaji telah mengenal pasti dan
menyenaraikan ragam bahasa yang terdapat dalam novel. Selain
itu, pengkaji juga telah menjelaskan makna dan fungsi ragam
bahasa yang terdapat dalam novel.
Semua maklumat telah dikumpul dan diagihkan untuk dianalisis
oleh pengkaji.

6.2

Penganalisisan Data

Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan jadual, graf dan


deskriptif. Jadual digunakan untuk menyenaraikan ragam bahasa yang
terkandung dalam novel a+b[tunas]. Selain itu, graf pula digunakan untuk
menunjukkan kekerapan ragam bahasa yang terkandung dalam novel
manakala huraian secara deskriptif digunakan untuk dipaparkan dalam
bentuk text.

7.0

Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengenalpasti dan
menyenaraikan jenis ragam bahasa serta menjelaskan makna dan fungsi yang
terdapat dalam novel a+b[tunas] karya Hlovate.

Dalam novel ini terdapat

pelbagai ragam bahasa yang dikarang oleh penulis. Bahagian yang berikut
memaparkan huraian yang berkaitan dengan dua aspek ini.
7.1

Mengenalpasti dan menyenaraikan jenis ragam bahasa


Terdapat variasi ragam bahasa dalam novel a+b[tunas].

Anda mungkin juga menyukai