Anda di halaman 1dari 7

Dakwah Nabi Luth Alaihissalam ( L )

Assalamualaikum warah matullah hi wabaraka tuh..


Terima kasih tuan pengerusi majlis,
Barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
Guru-guru dan rakan-rakan sekelian..
(Lagu)
Kota Habsyah Nampak berbalam,
Cahaya menyinar makam junjungan,
Inilah Kisah Nabi Luth alaihis salam,
Cerita benar,bukan dongengan..
Nabi Luth adalah saudara dari Nabi Ibrahim.Ayahnya
bernama Hasan b Tereh.Nabi Luth diutuskan oleh Allah
ke daerah Sadum sebuah daerah di mana penduduknya
sangat derhaka kepada Allah.
Surah AsSyuara ayat 162-163

Ertinya :Sesungguhnya aku adalah Rasul yang


diutuskan kepada mu maka bertakwalah kepada Allah
dan taatlah kepadaku.
Kawan-kawan,
Sebagai rakyat
Malaysia, kita hendaklah mentaati
rukun Negara supaya Malaysia berada dalam keadaan
tidak bergolak.
1

Ya Allah,amankanlah Negara Malaysia ini. Aaminn


(Lagu Nabi Yunos)
Kaum Sadum rendah dari segi moralnya
Kemungkaran dalam pergaulan bermaharaja lela.
Homoseksual dan lesbian berleluasa
Pencurian harta benda tidak terkira
Malu tiada dalam hati mereka semua
Dinasihati, Nabi Luth diejeknya
Kaum sejenis menjadi pilihan hati mereka
Perintah Allah langsung tidak diendahkannya

Surah As- syuara ayat 166

Ertinya: Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan


oleh tuhan mu bahkan kamu adalah orang-orang yang
melampaui batas.
Di Negara barat terutama Negara Amerika Syarikat,
mereka telah menghalalkan hubungan sejenis ini dan
mereka hidup sebagai pasangan suami isteri.
Jangan terikut budaya mereka ini kawan-kawan, kerana
Allah telah menjadi kan lelaki dan perempuan hidup
berpasang-pasangan untuk melahirkan zuriat yang
beriman.
2

Masya Allah..takutlah kita dengan azab Allah


Ya kawan-kawan
Nabi Luth sentiasa diejek dan dihalau oleh kaumnya.
Mereka dinasihati supaya takut pada siksaan Allah dan
berhenti melakukan kemungkaran. Isteri Nabi Luth juga
termasuk dalam golongan mereka yang mungkar ini.
Tetapi baginda tetap bersabar dan terus berdakwah
hingga bertahun-tahun lamanya walaupun hanya
sebahagian kecil pengikut baginda.
Surah Al-Qamar ayat 33

Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman


Nabinya
Kawan-kawan,
Setiap pelajar mesti mempunyai sifat sabar yang tinggi
dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan dalam pelajaran.
Berkat
kesabaran
dan
kesungguhan,Muqarrabin,pendaki dari Malaysia telah
Berjaya menawan puncak gunung Everest.
Alhamdulillah..
(Nasyid.. irama sepohon kayu)
Diutus malaikat ke rumah luth di suatu malam
Menyamar sebagai pemuda yang tampan
3

Di dengar kaum Sadum, hati tak keruan


Bergegas mereka tanpa malu segan
Bersama nafsu yang tidak keruan
Kepada kaum sejenis tanpa ditahan

Tidak berdaya Nabi Luth untuk menghalang kaumnya


yang terlalu keji sifatnya.
Surah Hud ayat 81

:Maksudnya
Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan
Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat
mengganggu kamu sebab itu pergilah dengan
membawa keluarga dan pengikut kamu di akhir malam.
Hadirin hadirat,
Sebagai umat manusia, kita mestilah ada perasaan
malu kerana malu itu separuh daripada iman.
Di dada-dada akhbar setiap hari banyak dipaparkan
kejadian tangkapan khalwat, zina yang semakin
berleluasa dilakukan tanpa segan silu oleh para
pemuda pemudi kita.
Masya Allah.apa nak jadi masyarakat kita.
4

Dengan tidak berlengah kawan-kawan, nabi Luth


bersiap
sedia
dengan
orang
beriman
untuk
meninggalkan daerah Sadum seperti yang di arahkan
oleh malaikat tersebut.
Apabila mereka telah berada di satu kawasan yang jauh
dari daerah Sadum,suatu gempa bumi yang dahsyat
berlaku sehingga bumi diterbalikkan dan diikuti dengan
hujan batu api yang membakar dan memusnahkan
kaum Sadum dan segala apa yang ada di daerah
tersebut.
Akhirnya, daerah Sadum menjadi sunyi sepi tanpa
penghuninya lagi.
Surah Al-Qamar ayat 39

Maka rasakanlah azabku dan ancaman-ancamanku


Kawan-kawan,
Setiap segala kejahatan yang dilakukan di dunia ini
akan dibalas dengan azab yang pedih.Oleh itu, banyak
melakukan perkara mahmudah daripada perkara
mazmumah.
Insya Allah hidup kita akan bahagia selamanya.
5

Kita tidak mahu seperti Negara Amerika Syarikat yang


selalu ditimpa malapetaka seperti putting-beliung dan
taufan yang merosakkan Negara mereka kerana banyak
berlaku kemungkaran di dalamnya.

Surah Asyura ayat

,Ertinya
Dan apa jua yang menimpakamu dari sesuatu
kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah
disebabkan apa yang kamu lakukan dari perbuatan. perbuatan yang salah dan berdosa
(Nasyid .. irama 1 Muharram)
Hanya Allah yang wajib disembah
Menipu timbangan sangatlah salah,
Kisah Nabi Luth tamatlah sudah
Sebagai Panduan sekelian Ummah
Sekian,
6

Wabillah hi taufik wal hidayah,wassala


mualaikum,warahmatullah hi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai