Anda di halaman 1dari 5

Persiapan Untuk Menyediakan Laman

Penanaman bunga ros bermula dengan penempatan yang bagus dan tanah yang subur.
Walaupun ros tidaklah sesukar seperti ayng diperkatakan oleh orang ramai, mereka akan
tumbuh dengan lebih subur jika ditempatkan di kawasan yang cerah disertakan dengan
tempat yang selesa untuk tumbesaran akar mereka.

KEPERLUAN BUNGA ROS


Ros memerlukan sinaran matahari yang secukupnya, sedikit atau tiada langsung angin, dan
tanah yang cepat menyerap air namun berada dalam keadaan yang lembap sentiasa dan
semestinya tanah yang tidak terlalu berasid atau tidak terlalu beralkali.

SINARAN MATAHARI DAN TIUPAN ANGIN


Pilih kawasan penanaman yang membolehkan bunga ros anda menerima sekurangkurangnya 6 jam sinaran matahari setiap hari. Jika cuaca di kawasan anda sentiasa sejuk
atau berangi, pilih kawasan yang terbuka kepada sinaran matahari pada bila-bila masa. Jika
ianya sewaktu musim panas yang terlampau, pilih kawasan yang boleh menerima sinaran
matahari yang ditapis terutamanya pada waktu tengahari yang sangat panas. Sesetengah
bunga ros mampu hidup dan bertahan di kawasan yang separa redup.
Hindari kawasan yang berangin. Angina mampu merosakkan bunga ros dan
meningkatkan kadar transpirasi daripada daun, maka anda akan memerlukan air dengan
kadar yang lebih kerap.

SENTIASA LEMBAP-PENYERAPAN AIR YANG CEPAT


Untuk memastikan tanah sentiasa lembap, tambahkan bahan organic. Ianya akan bertindak
sebagai span, dan melambatkan penyaluran air dan menghancurkan nutirisi supaya mereka
akan tersedia lebih lama untuk akar bunga ros.
Untuk mengetahui berapa pantas tanah anda kering, jalankan satu ujian mudah :
Gali lubang sedalam 1 kaki di kawasan penanaman anda dan isikannya penuh dengan
air. Jika masih terdapat air di dalam lubang selepas 8 jam, maka penyerapan air tanah
tersebut adalah sangat tidak memberangsangkan.

Sebagai jalan penyelesaian untuk penyerapan air yang tidak bagus, anda
mempunyai dua cara : tanamkan bunga ros anda di atas batas bunga yang telah
ditinggikan; salah satu cara terbaik unutk berjaya ; atau gali kawasan penanaman dengan
lebih mendalam, dan tambahkan bahan organic, yang akan membantu menghasilkan ruang
air supaya air dapat tembus dengan lebih mudah di celah-celah tanah tersebut.

Batas Tinggi Jalan Penyelesaian Mudah


Terdapat jalan penyelesaian yang mudah apabila berhadapan dengan masalah tanah yang
tidak terlalu dalam atau tanah yang penyerapan airnya tidak bagus; himpunkan tanah menjadi
tinggi dan tanamkan bunga ros anda di atasnya. Untuk menghasilkan sisi batas yang timbul
dan tinggi, gunakan kayu landskap, kayu tahan reput, batu bata, blok konkrit, atau batu; atau
hasilkan bukit yang condong di kedua-dua sisi tanah dan pastikan anda membina parit di
sekelilingnya. Rancangkan supaya batas yang dibina berada sekurang-kurangnya 1 kaki
daripada permukaan tanah.
Sebatikan 4 lapisan bahan organik ke dalam tananh yang tersedia sedalam 1 kaki
sekurang-kurangnya atau lebih jika boleh. Kemudian tambahkan tanah lapisan atas yang
subur (di ambil daripada tanah lain atau dibeli), dan gaulkan dengan tanah yang telah
tersedia. Siramkan air ke atas batas supaya ianya menyerap sehingga dalam dan biarkan
ianya berehat sebelum anda mula menanam bunga ros. Jika ianya mendap secara
berterusan, tambahkan lebih banyak tanah lapisan atas ke atasnya.

pH TANAH YANG SUBUR


Tanah yang pHnya 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral manakala pH yang kurang
daripada 7 adalah tanah yang beralkali. Ros akan tumbuh dengan subur dalam tanah yang
sederhana berasid dimana pHnya adalah di antara 6.3 hingga 6.8.
Kit ujian tanah yang boleh didapati di tapak semaian atau di kedai akan memberikan
bacaan yang tepat samada tanah anda terlalu berasid atau terlalu beralkali. Anda boleh
membaiki tanah yang terlalu berasid menggunakan limau dan tanah yang terlalu beralkali
menggunakan sulfur. Tambahkan bahan-bahan ini sewaktu menyediakan tanah mengikut
arahan pada pakej yang dibeli. (sebagai langkah berjaga-jaga jka anda syak tanah anda
tidak seimbang, anda boleh rujuk kepada makmal tanah atau jabatan pertanian tempatan;
pakar di sana akan dapat memberikan nasihat untuk mengatasi masalah anda).

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENYEDIAKAN TANAH?


Soalan terbesar yang selalunya bermain di kepala anda sewaktu menyediakan proses
penanaman ini; Wajibkan anda menggali dan mencampurkan bahan organic ke seluruh
kawasan penanaman atau tambahkan ke tanah pada lubang yang ingin ditanam?
Jawapannya bergantung kepda jenis tanah anda.

MEMBAIKI KAWASAN PENANAMAN


Jika penyerapan tanah anda kurang memuaskan, tambahkan bahan organic ke seluruh
kawasan penanaman, bukan hanya ke dalam lubang. Jika tidak, tanah di dalam lubang akan
menyerap air daripda tanah di sekelilingnya, dan kawasan di sekitar akar pokok ros akan
bertakung dengan air.

Untuk
membaiki
kawasan
penanaman
anda,
mulakan
dengan menggali tanah, sebaikbaiknya sedalam 12 hingga 18
inci.
MEMBAIKI TANAMAN DALAM LUBANG PENANAMAN
Anda boleh membaiki tanah di dalam lubang penanaman jika tujuannya hanyalah untuk
melembapkan tanah ( idea yang bagus walaupun tanah tidak terlalu berpasir), tetapi
pastikan lubang yang digali adalah sebesar 2 kaki minimum dan sedalam

1 kaki

sekurang-kurangnya.
Keluarkan tanah daripada lubang penanaman, dan tambahkan bahan organic
sebanyak yang mungkin jika tanah anda sangat berpasir. Letakkan bunga ros anda di dalam
lubang, dan tambahkan tanah yang dipertingkatkan di sekelilingnya,

Sebarkan lapisan bahan organik


Siramkan
air
di
kawasan
beberapa inci dalam di tersebut,
atas
dan biarkan tanah yang
permukaan tanah, atau gali
dan
diperbaiki
berehat
sekuranggaulkan di dalamnya, sehingga
kurangnya seminggu sebelum
ianya sebati dengan tanah. proses penanaman bermula.
JENIS_JENIS BAHAN ORGANIK

Kesemua jenis bahan organic bahan kompos buatan sendiri, habuk kayu, baja kemudi,
daun-daun hancur, kulit kayu yang hancur, dan sebagainya sangat sesuai unutk
mempertingkatkan mutu tanah. Jika anda membeli produk kayu seperti habuk kayu dan kulit
kayu, yang tidak dikompos, pastikan nitrogen telah ditambahkan, jika tidak, mereka akan
mencuri nitrogen daripda tanah untuk tujuan kompos. Baja haiwan yang segar akan
membakar akar bunga ros, jika anda ingin menggunakannya, sediakan tanah beberapa
bulan sebelum proses penanaman, supaya baja itu mempunyai masa untuk reput.
ADAKAH TANAH ANDA BAGUS?
Jika penanaman sayur di kebun anda
adalah subur ,maka bunga ros juga akan
tumbuh dengan subur dan segar.

MENANAM BUNGA ROS ANDA


Adalah semulajadi untuk bunga ros anda tumbuh. Bantu bunga ros anda dengan menanam
pada waktu yang betul dan untuk tempoh ayng panjang supaya mereka dapat bertahan
sepanjang musim sejuk. Pastikan,akar bunga ros dijaga - supaya tidak kering.
WAKTU TERBAIK MENANAM
Waktu terbaik untuk menanam bunga ros bergantung kepada cuaca anda dan juga
kehendak anda samada ingin bermula dengan penanaman bunga ros di dalam tanah atau
menanam di dalam bekas.

JADUAL UNTUK PENANAMAN BUNGA ROS DI DALAM TANAH


Tanam bunga ros terus ke dalam tanah pada musim yang tidak aktif sekiranya bunga ros
and tidak beku atau bertakung air. Bulan Januari dan Februari adalah bulan utama di
kawasan Selatan, Barat Selatan, dan Pantai Barat, dimana suhu musim sejuk jarang jatuh di
bawah suhu 10F/-12C. Di kawasan yang suhunya beralternatif sejuk dan panas, dan cuaca
sejuk beku yang boleh bertahan berbulan lamanya, dan musim luruh yang bermula lewat
dan musim berbunga yang bermula awal adalah waktu terbaik untuk proses menanam. Di
kawasan musim sejuk yang tidak berkala, adalah terbaik untuk menanam pada musim
bunga.

JADUAL UNTUK PENANAMAN BUNGA ROS DI DALAM PASU


Anda boleh menanam bunga ros anda bila-bila masa dalam masa setahun sebaik sahaja
bunga ros boleh didapati pada musim sejuk, dengan syarat tanahnya tidak beku,
sehinggalah musim luruh di rantau yang sederhana. Waktu terbaik adalah musim bunga,
sewaktu tanaman mempunyai musim yang paling lama untuk tumbuh bagi mendapat
kestabilan pertumbuhannya.
Jika anda menanam pada musim panas, pastikan anda menyiram bunga anda
secara berkala.

Anda mungkin juga menyukai