Anda di halaman 1dari 13

333BAB 2:

KOORDINASI BADAN

2.1 Koordinasi Badan


Koordinasi badan
Penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas
terhadap perubahan di persekitaran dalam (contoh:
pencernaan makanan) dan persekitaran luar kita (contoh:
perubahan suhu)
Koordinasi Saraf

Koordinasi Kimia (Hormon)

Gerak balas badan yang dikawal oleh


sistem saraf

Gerak balas badan yang dikawal oleh


sistem endokrin

(Sistem saraf menyelaraskan aktiviti badan


seperti berjalan, bercakap dan bernafas)

(Sistem kimia menyelaraskan aktiviti badan


seperti menyelaraskan tahap glukosa darah
dalam badan)

Gerak balas badan yang dikawal oleh

Kepentingan

Membolehkan badan menjalankan pelbagai aktiviti

Membolehkan bdan melindungi diri daripada


rangsangan luar

Menjaminkan kesihatan dan kesejahteraan


badan

2.2 Sistem Saraf Manusia


1. Sistem saraf manusia ialah jaringan saraf yang kompleks, yang terbahagi kepada sistem
saraf pusat dan sistem saraf periferi.

Sistem Saraf Pusat

Terdiri daripada otak dan saraf


tunjang

Sistem Saraf Periferi

Sistem saraf periferi ialah sarafsaraf yang menganjur dari otak


dan saraf tunjang ke seluruh
badan. (Terdiri daripada saraf
kranium dan saraf spina)

Sistem Saraf Manusia

Sistem
Sistem saraf
saraf soma
soma mengawal
mengawal tindakan
tindakan terkawal,
terkawal, sementara
sementara

sistem saraf
saraf autonomi
autonomi mengawal
mengawal tindakan
tindakan luar
luar kawal.
kawal.
sistem

Neuron

Bahagian

Takrif: Unit asas sistem saraf

Badan sel

Fungsi: Membawa impuls saraf

Dendron
Dendrit
Akson
Nodus
Ranvier
Salut mielin

Fungsi
Bahagian neuron yang mempunyai nukleus
dan dikelilingi oleh sitoplasma.
Gentian bersitoplasma yang membawa
impuls saraf ke badan sel.
Cabang halus Dendron. (menerima impuls
dan menghantarnya ke arah Dendron)
Gentian bersitoplasma dan membawa
impuls saraf dari badan sel ke otot atau
kelenjar (efektor).
Merupakan bahagian terputus-terputus pada
salut myelin. Nodus Ranvier mempercepat
penghantaran Impuls.
Lapisan lemak yang penting untuk:
mempercepat penghantaran impuls
melindungi gentian saraf

membekalkan nutrient kepada


akson dan dendron

Jenis-jenis Neuron
Terdapat tiga jenis neuron dalam badan manusia:
(a) Neuron deria
(Fungsi: membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf)
(b) Neuron motor
(Fungsi: menghantar impuls saraf dari sistem saraf pusat ke organ efektor seperti otot atau
kelenjar)
(c) Neuron perantaraan
(Fungsi: menghubungkan isyarat daripada neuron deria ke neuron motor)

A. Neuron deria

Neuron deria membawa impuls dari reseptor di organ deria ke sistem saraf
pusat.

Badan sel berada di bahagian tengah neuron deria


B. Neuron motor

Neuron motor membawa impuls dari neuron perantaraan atau sistem saraf
pusat ke efektor seperti otot.
C. Neuron perantaraan

Neuron perantaraan membawa


impuls dari neuron deria ke neuron
motor.
Tidak terdapat salut myelin pada
neuron perantaraan
Neuron perantaraan hanya
terdapat di dalam otak dan saraf
tunjang (sistem saraf pusat).

Persamaan dan perbezaan ketiga-tiga jenis neuron

Neuron

Ciri sepunya

Ketiga-tiga jenis neuron mempunyai badan sel


Ketiga-tiga jenis neuron mempunyai Dendron dan dendrite
Ketiga-tiga jenis neuron terlibat dalam penerimaan dan
penghantaran impuls

Perbezaan

2.3 Koordinasi Saraf: Tindakan Refleks dan Kinestesis


Koordinasi Saraf
1

Kordinasi saraf merujuk kepada koordinasi sistem badan terhadap rangsangan untuk
menghasilkan tindak balas yang sesuai melalui penghantaran maklumat dalam bentuk
impuls.

Reseptor dan Efektor

Reseptor ialah sel-sel deria dalam organ deria yang berfungsi mengesan
rangsangan dari persekitaran.
Contoh reseptor: sel deria pada mata (peka terhadap cahaya), pada lidah (peka
terhadap rasa masam, masin, manis dan pahit), pada telinga (peka terhadap bunyi)

Efektor ialah organ yang bergerak balas terhadap impuls (arahan) yang diterima
daripada sistem saraf pusat.
Contoh efektor: Otot dan kelenjar

Pengaliran impuls saraf dari reseptor ke efektor:

Lintasan impuls saraf dalam koordinat saraf:

Tindakan Refleks

Tindakan Terkawal

Maksud: Gerak balas yang spontan atau


automatic dan pantas terhadap rangsangan
tanpa dikawal oleh otak
Dikawal oleh saraf tunjang

Maksud: Tidakan terkawal ialah tindakan


yang dikawal oleh otak. Tindakan ini berlaku
dalam keadaan sedar dan boleh
dilaksanakan mengikut kehendak atau
keinginan individu.

Kepentingan: Elak kecederaan parah berlaku

Dikawal oleh otak

Contoh:

Contoh:

Sentakan lutut
Bersin
Menarik tangan apabila tertekan objek
panas
Memejam mata apabila objek menuju ke
arah mata
Pengecilan saiz anak mata apabila
keamatan cahaya tinggi
Mengerdip mata untuk mengelakkan objek
memasuki mata

Ketawa
Senyum
Menangis
Membaca
Menyanyi
Berlari
Berjalan

Arka refleks
Maksud: Lintasan yang dilalui oleh impuls dalam satu tindakan refleks
Satu arka refleks biasanya terdiri daripada reseptor, neuron deria, neuron
perantaraan, neuron motor dan efektor.

Suatu arka refleks boleh mengandungi dua atau tiga neuron.


Contoh arka refleks dua neuron ialah sentakan
lutut

Contoh arka refleks tiga neuron ialah tindakan


menarik tangan menjauhi objek panas

Rajah 2.2 Arka refleks dalam tindakan menarik tangan apabila tercucuk oleh objek tajam.

Perbandinga laluan impuls yang terdapat dalam refleks sentakan lutut dengan
refleks tangan tersentuh objek panas.

Sentakan lutut

Refleks tangan tersentuh objek panas


Rangsangan

Rangsangan

Reseptor
Reseptor
Neuron deria

Sinaps

Neuron deria

Neuron perantaraan
Sinaps

Sinaps

Neuron motor
Neuron motor
Efektor

Efektor

Tidak melibatkan neuron perantaraan


Melalui sinaps satu kali sahaja

Melibatkan neuron perantaraan


Melalui sinaps dua kali

2.4 PERANAN PROPRIORESEPTOR DALAM MENGEKALKAN KESEIMBANGAN


DAN KOORDINASI BADAN
Deria Kinestesis
1. Maksud: Deria yang menyedarkan kita tentang kedudukan dan gerakan badan tanpa
melihat. Ia membolehkan kita mengimbangkan kedudukan dan koordinasi badan tanpa
melihat.
2. Kepentingan:

membolehkan kita mengimbangkan kedudukan dan koordinasi badan tanpa melihat.


Penting bagi orang yang buta
Kinestesis disebabkan oleh reseptor-reseptor regang pada otot,tendon, sendi
dan ligament
Reseptor regang sangat peka terhadap perubahan dalam regangan semasa
gerakan berlaku
Ketegangan otot, tendon,ligament dan sendi yang berubah akibat gerakan akan
merangsangkan reseptor regang serta mencetuskan impuls.
Impuls dihantar ke otak untuk ditafsirkan
Seterusnya otak akan menghantar impuls ke bahagian-bahagian badan yang terlibat
untuk gerak balas.

3. Contoh:
Mengenakan butang baju tanpa melihat
Ahli sarkas berjalan atas tali
Jurutaip menaip walaupun mata tertumpu pada teks
1. Maksud: Reseptor pada otot, tendon, sendi dan ligamen yang peka terhadap perubahan
dalam tegangan, regangan dan kedudukan bahagian badan yang berkaitan.
Proprioreseptor (reseptor regang)
2. Reseptor ini sensitive terhadap pergerakan, tekanan dan regangan badan.
3. Reseptor regang dirangsangkan apabila otot diregang atau menjadi regang.
4. Reseptor regang yang menerima rangsangan akan menghantar impuls ke otak.
5. Otak mentafsir impuls dan menghantarnya kepada otot tertentu untuk menyelaraskan
pergerakan dan mengekalkan keseimbangan badan.
6. Pergerakan akan menyebabkan otot, tendon, atau ligamen diregangkan.
7. Kebanyakan aktiviti harian kita melibatkan reseptor regang, contohnya berbasikal, berjalan
dan mengancing baju.

2.5 OTAK MANUSIA


Otak
1. Otak manusia merupakan bahagian utama dalam
sistem saraf pusat.
2. Otak terletak di dalam rongga kranium.
3. Tulang kranium merupakan tulang keras yang
melindungi otak daripada tercedera.
4. Jisim otak bagi dewasa adalah kira-kira 1.5 kg
5. Otak mengandungi banyak neuron dan salur darah.
6. Otak berwarna kelabu disebelah luar dan putih
disebelah dalam
7. Otak manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama
iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata.

Serebrum
Bahagian otak yang terbesar
Terdiri daripada hemisfera
kanan dan hemisfera kiri
Hemisfera kanan menerima
impuls saraf daripada
bahagian kiri badan manusia.
Hemisfera kiri menerima
impuls daripada bahagian
kanan badan manusia.
Permukaan berlipat-lipat
untuk menambahkan luas
permukaan otak supaya
dapat menyimpan lebih
banyak neuron

Fungsi serebrum
Mengawal pemikiran,
ingatan dan
penaakulan.
Menerima dan
mentafsir impuls saraf
dari organ deria (mata,
telinga, hidung, kulit
dan lidah)
Mengawal tindakan
terkawal
Mengawal tingkah laku
seseorang

Medula oblongata
Bahagian otak paling kecil di
bawah serebrum yang
bersambung dengan saraf
tunjang

Serebelum
Otak yang terletak di bahagian
bawah dan belakang serebrum
Mempunyai permukaan yang
berlipat-lipat.

Fungsi:
Mengawal tindakan luar
kawal dalam badan seperti:

Peristalsis
Denyutan jantung
Bersin/batuk
Rembesan peluh
Peredaran darah
Pengeluaran air liur

Fungsi:
Mengawal urutan pengecutan
otot rangka untuk
menghasilkan pergerakan
terkawal
Mengekalkan keseimbangan
badan
Memelihara postur badan

Minda
Keupayaan otak untuk
Berfikir dan menaakul

Kesihatan mental menunjukkan


keadaan minda seseorang

Ciri Mental Yang Kurang Sihat

Ciri Mental Yang Sihat


Berfikiran rasional
Bersikap positif
Berkasih saying
Tabah
Sabar

Tidak boleh mengawal perasaan


Tidak boleh menerima kelemahan
Kurang keyakinan diri
Tidak berdikari

Bertanggungjawab

Pemarah

Faktor yang mempengaruhi kesihatan mental


Dalaman
Kecederaan ke atas otak akibat
kemalangan atau penyakit
Ketidakseimbangan hormon

Luaran
Pengambilan dadah
Pengambilan minuman
keras
Tekanan hidup

Usaha Menjaga Kesihatan


Mental
Memupuk fikiran positif
Tidur cukup
Rehat cukup
Beriadah / Bersenam
Mengambil gizi seimbang
Jauhi najis dadah dan
minuman keras

Kesan Kecederaan Pada Otak Manusia


Kecederaan pada serebrum:

Menyebabkan seseorang hilang ingatan, penglihatan atau pendengaran.


Tidak dapat berfikir secara logic
Tidak dapat menjalankan sebarang pergerakan terkawal

Kecederaan pada serebelum:

Menyebabkan seseorang kehilangan koordinasi anggota badan.


Kesukaran untuk mengekalkan keseimbangan.
Tidak dapat bergerak secara normal.

Kecederaan pada medula oblongata:

10

Boleh membawa maut kerana bahagian ini mengawal semua tindakan luar kawal seperti
pernafasan dan pengawalaturan denyutan jantung.

2.6 KOORDINASI KIMIA DALAM BADAN

1. Koordinasi kimia mengawal aktiviti badan dengan menggunakan hormon.


Hormon
3. Hormon ialah bahan kimia organik yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin, dengan
tujuan membawa mesej ke sel, tisu atau organ di dalam badan kita.
4. Hormon merupakan sejenis protein kompleks yang terdiridaripadaberatus-ratus asid
amino.
5. Hormon dinyahaktifkan di hati, dikumuh oleh ginjal, dirembes dalam kuanti kecil dan
6.

diangkut oleh darah ke organ sasaran.


Koordinasi kimia ialah satu proses penyelarasan aktiviti badan manusia yang dikawal

oleh hormon.
7. Hormon dalam kuantiti kecil, bertindak sebagai mangkin biologi untuk perubahan kimia
pada peringkat sel, yang perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan individu.
8. Hormon dirembeskan untuk mengawal tindakan kalenjar, otot atau menyenggarakan aktiviti
badan seperti pertumbuhan.

1. Sistem endokrin terdiri daripada kalenjar tidak berduktus yang merembeskan hormone
terus ke dalam aliran darah.

Sistem
Endokrin
2. Terdapat
enam kelenjar utama dalam badan manusia, iaitu:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Kelenjar pituitary
Kelenjar tiroid
Kelenjar adrenal
Pankreas
Ovari
Testis

11

12

Kelenjar Pituitari
1.

Dikenali sebagai kelenjar induk kerana mengawal


penghasilan hormone kelenjar endokrin yang lain (tiroid,
ovari dan testis)
2. Hormon yang dirembeskan/Fungsi:
i. Hormon pertumbuhan: Mengawal kadar pertumbuhan
ii. Hormon peluteinan: Merangsang ovulusi, penghasilan
progestron dan testostron
iii. Hormon perangsang folikel: Merangsang perkembangan
folikel di dalam ovary
iv. Prolaktin: Merangsang penghasilan susu
v. Hormon perangsang tiroid: Merangsang penghasilan
hormon tiroksina
vi. Oksitosin: Merangsang pengecutan uterus
vii. Hormon antidiuresis: Mengawal penyerapan semula air di
ginjal
Kesan kekurangan:

Kelenjar-kelenjar endokrin
utama

Tiroid
1. Hormon yang dirembeskan: Tiroksina (mengandungi iodin)
2. Fungsi hormon:

Mengawal pertumbuhan fizikal

Mengawal perkembangan mental

Mengawal kadar respirasi dan metabolisme badan


Kesan Kekurangan:

Pertumbuhan terbantut

Perkembangan mental terencat

Menjadi kurang aktif


Kesan Berlebihan:

Menyebabkan goiter ( tiroid bengkak)

Kadar metabolisme meningkat

Menjadi terlalu aktif

Cepat letih

Emosi tidak stabil


Pankreas
Hormon yang dirembeskan oleh Sel Langerhans:
c) Insulin
d) Glukagon
Fungsi hormon insulin:

Mengawal aras gula dalam darah

Merangsang penguraian glukosa dalam hati


Fungsi hormon glukagon:

Mengawal aras gula dalam darah

Menguraikan glukosa kepada glikogen


Kesan kekurangan

Menyebabkan penyakit kencing manis


(diabetes mellitus)

Kerap membuang air kecil


Kesan Berlebihan

koma ,maut

Kekerdilan
Air yang diserap oleh ginjal kurang
Kesan Berlebihan
Kegergasian
Air kencing menjadi pekat

Adrenal
1. Hormon yang dirembeskan: Adrenalina
2. Fungsi hormon:
Menyediakan badan untuk menghadapai
situasi cemas:
(a) mempercepatkan kadar respirasi
(b) mempercepatkan denyutan jantung
(c) meningkatkan tekanan darah
(d) Menyediakan otot untuk bertindak
Meningkatkan aras gula dalam darah
Mengawal kandungan garam dalam darah
Membesarkan anak mata
Menegakkan bulu roma pada kulit
Kesan Kekurangan
Kebolehan mengatasi tekanan kurang
Penyakit Addison- kehilangan air dan garam
berlebihan daripada badan
akan berlaku
Kesan berlebihan

Tekanan darah
tinggi berlaku

Kepekatan glukosa

Testis
Hormon yang dirembeskan:
a) Testosteron
Fungsi Hormon
Merangsang penghasilan sperma
Merangsang perkembangan dan
kematangan testis
Mengawal perkembangan
Ciri-ciri seks sekunder lelaki
seperti perubahan suara,
pertumbuhan misai dan janggut
Kesan Kekurangan
Perkembangan organ-organ seks
dan ciri-ciri seks sekunder
terencat
Kesan Kelebihan
Akil baligh awal

Ovari
Hormon yang dirembeskan:
a) Estrogen
b) Progestron
Fungsi Hormon:
Mengawal ciri-ciri seks
Sekunder perempuan
seperti buah dada, suara, kulit

Mengawal kitar haid

Merangsang perkembangan
ovari

Mencegah penghasilan ovum


semasa hamil

Merangsang kelenjar susu


menghasilkan susu

13

Merangsang perkembangan
dinding uterus bagi
penempelan ovum tersenyawa

Kesan Kekurangan
Ciri seks sekunder terencat
Kitar haid terhenti /tidak tetap
Kegagalan melahirkan anak
pada tempoh tertentu
Kesan Kelebihan
Fetus gugur sebelum cukup
bulan

Anda mungkin juga menyukai