Anda di halaman 1dari 1

1.

0 Carta Gantt
1.1 Definisi:
Carta Gantt adalah salah satu alat perancangan yang paling awal dan paling anjal
diwujudkan. Carta ini merupakan hasil idea Henry L. Gantt. Carta Gantt menunjukkan
setakat manakah kemajuan yang sedang dicapai bagi setiap aktiviti projek berdasarkan
tarikh penyempurnaan yang telah ditentukan. Carta Gantt dapat digunakan untuk merancang
bila sesuatu tugas atau aktiviti perlu dimulakan dan disiapkan tanpa sebarang kelewatan.
1.2 Kegunaan Carta Gantt:
i) Merancang kemajuan sesuatu program dengan mudah.
ii) Menetapkan masa permulaan dan akhir masa setiap aktiviti.
iii) Menetapkan tempoh atau mengenal pasti masa untuk menyempurnakan aktiviti
mengikut tempoh.
iv) Membantu untuk membuat pemeriksaan dan perbandingan terhadap sesuatu
projek.
v) Pengurus dapat mengetahui kemajuan atau perkembangan sebenar sesuatu
projek.
1.3 Kebaikan Carta Gantt:
i) Perkembangan sesuatu projek dapat diikuti dari mula hingga tamat.
ii) Dapat membandingkan anggaran masa bagi setiap aktiviti dengan anggaran
masa sebenar.
iii) Pengubahsuaian masa dapat dilaksanakan apabila perlu.
iv) Memastikan urutan aktiviti dijalankan mengikut jadual.
v) Membantu penggunaan sumber.

Anda mungkin juga menyukai