Anda di halaman 1dari 4

1 c ) Prinsip pengurusan kontinjensi diaplikasikan dalam dunia pengurusan pendidikan

teknikal dan vokasional dalam merealisasikan negara maju.


1. Penentuan pergerakan
Membina kaedah saintifik untuk menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang
dijalankan supaya lebih efisyen. Melaluinya kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat dan
dengan peratusan yang tinggi
2. Pengkhususan kerja
Seseorang pekerja akan akan membuat suatu kerja yang dikhususkan sahaja. Melaluinya
pekerja dapat memahirkan diri dalam bidang yang khusus.
3. Perancangan dan perjadualan yang rapi
Melaluinya aktiviti organisasi perlu untuk memastikan penggunaan sumber manusia dan
bahan pada tempat yang sesuai.
4. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi
Pemilihan dan pengambilan kakitangan perlu dibuat dengan teliti untuk menjamin
kakitangan yang diambil dapat menjalankan tugas dengan baik.
5. Intensif upah
Bertujuan membayar upah mengikut jenis kerja yang dilakukan
6. Penggunaan teknologi yang terkini
7. Kerjasama antara ahli organisasi
8. Komunikasi yang berkesan

3b) Bidang pend TVET tidak boleh terpisah dengn industry pekerjaan. Ini kerana bidang
TVET adalah berfungsi menyediakan tenaga kerja untuk pasaran kerja, manakala
industry amat memerlukan tenaga kerja yang cekap, terlatih dan berilmu pengetahuan

yang mana merupakan produk daripada bidang TVET. Cara yang berkesan untuk
mewujudkan hubungan di antara industry dan institusi TVET.
1) Pelarasan kurikulum TVET
Pelarasan kurikulum tvet perlu selaras dengan keperluan industry. Badan peneraju industry
ditubuhkan untuk menyediakan standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (skpk) supaya
kurikulu tvet yang dibangunkan selaras dengan keperluan industry.
2) mengarusperdanakan System Latihan Dual Nasional (SLDN)
Merupakan gabungan latihan berasaskan tempat kerja dan institusi tvet. Tujuan
utamapelaksanaanSLDN adalah untuk menghasilkan K-Pekerja Holistik yang manadefinisinya di
Malaysia ialah seorang pekerja yang kompeten dalam bidang teknikal,metodologi pembelajaran,
kemahiran sosial dan nilai sosial(Leong, Yunos, & Spottl, 2009;Othman, 2005; Sail et al., 2007).
SLDN yang menggunakan konsep dual system dari negaraJerman ini boleh dianggap sebagai
satu sistem latihan yang holistik kerana ianya bukan sahaja mementingkan aspek pembangunan
kemahiran semata-mata, tetapi sistem ini turutmenekankan aspek integrasi di antara
pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalamproses pembelajaran. SLDN
menggunakanNational Occupational Core Curriculum (NOCC)iaitu Kurikulum Teras Pekerjaan
Kebangsaan yang dibangunkan berasaskan kepada polisi semasa kerajaan dalam program
pembangunan peringkat nasional dan dilakukan olehsekumpulan pakar dalam sesuatu bidang
pekerjaan(Leong et al., 2009).
3) kursus jangka pendek
Kursus Jangka Pendek adalah satu kursus yang dilaksanakan antara institusi TVET dengan
industri, agensi swasta, badan berkanun, kerajaan tempatan dan orang awam mengikut struktur
kursus yang dibangunkan oleh politeknik. Program yang dilaksanakan ini adalah dapat
meningkatkan kemahiran peserta melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan maklumat secara
teori dan praktikal.
4) Penswastaan Sektor Masa (Time Sector Privatisation) (TSP)
Penswastaan sektor masa (TSP) seperti program latihan usahasama, SLDN dan program latihan
costumised dalam sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) menggunakan konsep
perkongsian pintar (smart partnership) antara satu institusi dengan industri dalam memberi
latihan kepada pelajar. Program TSP adalah satu program kerjasama yang membenarkan pihak
industri dan institusi latihan PTV menggunakan kepakaran dan juga kemudahan latihan sedia ada
dalam institusi dan industri ke arah mengoptimumkan sumber.
5) menyelaraskan tadbir urus TVET

Tadbir urus tvet terletak kepada dua agensi iaitu MQA dan Jabatan pembangunan kemahiran
(JPK). MQA dibawah KPM yang menawarkan program-program di beberapa institusi seperti
politeknik, kolej komuniti dan institute pendidikan latihan dibawah MARA, manakala JPK
dibawah Kementerian sumber manusia (KSM) menawarkan program di ILP, IKBN.
Pelakasanaan daripada dua agensi yang berbeza ini menyebabkan timbulnya keraguan daripada
pihak industry berhubung dengan kualiti dan system pensijilan.
6) menghapuskan program berimpak rendah dan mengurangkan program bertindan.
Program berimpak rendah yang tidak diperlukan oleh industry dna menghasilkan kebolehpasran
yang rendah perlu dimansuhkan. Sehubungan dengan itu perlunya dialog berkala antara industry
dan institusi bagi membuat penilaian dan pengesahan program.
7) membangunkan tenaga pengajar yang berkualiti
Program pembangunan professional untuk tenaga pengajar akan ditambah baik dgn menyediakan
lebih banyak program latihan dan penempatan industry. Pakar-pakar yang ada di dalam industry
yang telah bersara digalakkan untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar melalui tawaran pakej
imbuhan yang menarik
8) memperkukuhkan kurikulum tvet
Kurikulum tvet akan menumpukan modul pembelajaran berasaskan masalah, projek , hasil.
Yang melibatkan pelajar dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

Selain
itu, institusi tvet dibenarkan untuk membangunkan kurikulum sendiri berdasarkan standard

pekerjaan yang menggariskan keperluan kemahiran pekerjaan. Dalam membangunkan kurikulum


institusi tvet perlu mengambil kira input daripada industry bagi memastikan memenuhi
keperluan daripada industry.