Anda di halaman 1dari 16

Komponen yang perlu ada dalam tugasan pt3.

1. Tajuk kajian
2. Nama penulis
3. Isi kandungan
1.
2.
3.
4.
5.

Latar belakang bangunan/binaan.


Menerangkan struktur bangunan/binaan
Menghuraikan sebab bangunan /binaan tersebut dibina
Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini
Mencadangkan langkah untuk memelihara /memulihara bangunan/binaan.

Penghargaan
Objektif kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
Rumusan
Lampiran
Sumber rujukan.

TAJUK KAJIAN
BEAUFORT.

: BANGUNAN BERSEJARAH KERETA API DI DAERAH

NAMA PENULIS : SITI NURBAYATUL IZZATI BINTI SAMAIL


TINGKATAN

: 3 AMANAH

1.0 Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak terlibat yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus sejarah ini terutamanya pihak
jabatan kereta api di Daerah Beaufort kerana memberikan maklumat yang
berguna serta panduan lengkap bagi menjawab dan mengupas persoalan yang
berkaitan sejarah stesen kereta api daerah ini. Terima kasih kepada kedua-dua
orang tua saya kerana memberi sokongan padu dan membantu dari segi
kewangan ketika proses kerja kursus ini dilakukan. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada guru sejarah saya . Kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar dan panduan berguna serta bersabar dengan kerenah saya
sehinggalah tugasan ini selesai. Alhamdullilah, syukur ke hadrat illahi kerana
dipermudahkan segala urusan semasa menjalankan proses-proses tugasan ini.

2.0 Isi Kandungan.

Bil
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0

Perkara
Penghargaan
Isi Kandungan
Objektif kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian:

Muka surat

5.1Pengenalan
5.2Latarbelakang
bangunan/binaan
5.3Menerangkan
struktur
bangunan/binaan
5.4Menghuraikan
sebab
bangunan
/binaan
tersebut
dibina
5.5Menganalisis
fungsi dan
keadaan bangunan
pada masa kini.
5.6Mencadangkan
langkah untuk
memelihara
/memulihara
bangunan/binaan.
6.0

Rumusan

7.0

Lampiran

8.0

sumber Rujukan

3.1

Objektif Kajian.

Saya menjalankan kajian tentang satu bangunan bersejarah di Daerah


Beaufort. Bangunan yang saya pilih ialah Bangunan Kereta Api Beaufort.
Kajian yang saya lakukan ini merangkumi beberapa objektif berikut:

I.
II.
III.
IV.
V.

Untuk mengetahui nama bangunan bersejarah di tempat saya.


Untuk mengetahui latar belakang dan sebab pembinaan bangunan
bersejarah di tempat
saya.
Untuk memahami tujuan dan fungsi bangunan bersejarah pada
masa dahulu dan kini.
Untuk mengetahui usaha pihak masa kini untuk mengekalkan dan
memulihara bangunan bersejarah.
Mempelajari cara dan kaedah mempelajari maklumat sejarah.

4.0 Keadah Kajian.


Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan semasa
menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat atau informasi.
Antaranya ialah:
1. Kaedah temuramah pihak Jabatan Kereta Api Negeri Sabah di Daerah
Beaufort.
2. Kaedah carian maklumat dari sumber internet.
3. Kaedah kajian daripada majalah dan artikel.
4. Kaedah rujukan dari Pusat Sumber.
5. Kaedah bimbingan daripada guru-guru.
6. Kaedah pemerhatian
5.0

Hasil Kajian.

5.1 Pengenalan
Beaufort merupakan salah satu daerah yang terdapat di dalam Negeri Sabah.
Dalam bahasa Perancis silam, Beaufort mempunyai maksud Kota yang Indah.
Daerah Beaufort pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898. Daerah ini pada
masa itu tertakluk di bawah pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat
Borneo Utara). Panggilan nama kepada daerah ini adalah mengambil sempena
nama seorang Pegawai tertinggi British North Borneo yang menjadi salah
seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Borneo Utara pada masa itu yang
bernama L.P. Beaufort. Sebelum itu, daerah ini hanya dikenali sebagai Padas
sahaja.
Dalam hal ini, Beaufort merupakan bandar provincial sekitar 90
kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan kebanyakkan rumah kedai dibina tinggi
dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas yang sering berlaku
setiap tahun.

5.2 Latar belakang bangunan/binaan.


5.2.1 Nama Bangunan :
Nama bangunan yang saya kaji ialah Bangunan Stesen Kereta Api Beaufort.

5.2.2 Latar belakang:

Pada asalnya, Pekan Beaufort ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi


pedalaman Sabah. Kemajuan awalnya berkait rapat dengan penanaman getah.
Semasa Perang Dunia II, Beaufort merupakan lokasi pertempuran sengit di
antara tentera Jepun dan Australia. Beaufort memiliki Perhentian Kereta api
Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesen kereta api di
Beaufort dibina pada tahun 1905. Khidmat harian biasa kini dikendalikan oleh
Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Beaufort juga merupakan bandar berkembar
kepada Beaufort, North Carolina, Amerika Syarikat. Pada masa yang lalu,
penduduk di Daerah Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan
perhubungan. Pada ketika itu, sungai yang terpenting ialah sungai Padas dan
Sungai Klias. Segala bentuk hasil pengeluaran penduduk diangkut dengan
menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Keistimewaan sungai ini dapat
menghubungkan beberapa buah daerah yang berdekatan dengan Beaufort
seperti Daerah Tenom, Sipitang, Weston, Menumbok dan Labuan. Pembinaan
landasan kereta api pada tahun 1900 pada masa itu oleh Chartered Company
telah memberi kemudahan kepada penduduk untuk membawa keluar hasil dan
pengeluaran mereka. Jabatan Kereta api ini hanya mempunyai landasan sejauh
134km telah memberi khidmat di bahagian Pantai Barat dan Pedalaman selama
lebih kurang 104 tahun.

Struktur /latar belakang bangunan


Beaufort merupakan perhentian kereta api Borneo Utara yang
dikendalikan oleh Sutera Harbor Resort. Stesen kereta api di Beaufort bertarikh
1905. Khidmat harian biasa dikendalikan oleh Jabatan Kereta Api Negeri sabah.
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) atau dikenali sebagai North Borneo Railway
(NBR) pada suatu ketika dulu ditubuhkan dengan rasminya pada 01 Ogos 1914
melalui Chapter 116 of The Ordinance of North Borneo. Selepas Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1963, nama North Borneo Railway telah ditukar kepada
Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).

Gambar 1

Gambar 2

Stesen Kereta Api Beaufort


(sumber dari Internet)

5.4 Menghuraikan sebab bangunan /binaan tersebut dibina.


Pembinaan rangkaian stesen Kereta Api di Beaufort ini telah didorong oleh
perkembangan permintaan barangan getah asli dan tembakau yang terdapat di
daerah Tenom.
Manakala, daerah
Weston pula telah dijadikan sebagai
pelabuhan untuk mengeksport barangan keluaran dari Daerah Tenom dan
Beaufort. Pembinaan rangkaian kereta api ini
adalah bagi membantu
membangunkan industri getah dan tembakau yang di tanam di daerah
pedalaman seperti Melalap, Tenom dan Beaufort. Perkhidmatan keretapi
digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman ini ke pelabuhan di Kota
Kinabalu (Jesselton) untuk dieksport ke luar negara.

Selain itu, perkhidmatan keretapi juga digunakan adalah untuk mengangkut


penumpang-penumpang
yang tinggal di sepanjang landasan keretapi dan
mengangkut barangan luar bagi penduduk-penduduk di daerah pedalaman
seperti beras, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijual di Pekan Tenom dan
Beaufort.

Pembinaan rangkaian kereta api ini pada tahun 1906 dari Beaufort ke pelabuhan
di Jesselton (Kota Kinabalu) telah disiapkan dan keadaan ini membolehkan
bandar-bandar di sepanjang landasan keretapi berkembang maju. Disebabkan
aktiviti ini, pekan-pekan kecil dan bandar-bandar seperti Membakut, Papar,
Kinarut, Putatan dan lain-lain telah wujud dan membangun di sepanjang
landasan keretapi. Perkhidmatan kereta api juga menjadi sistem perhubungan
yang utama pada waktu itu dan menjadi penyumbang penting kepada
perkembangan ekonomi Negeri Sabah .
Walau bagaimanapun, infrastruktur landasan kereta api telah banyak mengalami
kerosakkan akibat Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Beaufort merupakan
lokasi pertempuran sengit di antara tentera Jepun dan Australia. Proses
pemulihan infrastruktur landasan ini mengambil masa yang lama. Ekoran
daripada peristiwa tersebut, landasan di antara Tenom ke Melalap telah ditutup
begitu juga dari Beaufort ke Bukau setelah pelabuhan utama Kota Kinabalu
menjadi pelabuhan utama British North Borneo Chartered Company. Landasan
kereta api hanya tinggal 140 km pada tahun 1978. Bukan itu sahaja, stesen
Tanjung Aru ke Pelabuhan Kota Kinabalu yang telah ditutup pada tahun 1979
mengakibatkan kesan penurunan pendapatan kerana penghantaran barang yang
tidak efisien dan melibatkan kos yang sangat tinggi.

5.5 Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini.


a) Memudahkan para penumpang untuk mendapatkan pengangkutan
alternatif.
Stesen kereta api dibina ini menawarkan pelbagai fungsi kepada penduduk
di Daerah Beaufort. Kereta api digunakan sebagai jalan alternatif kepada
jalan raya atau lebuh raya. Terdapat dua jenis perkhidmatan kereta api
iaitu kereta api penumpang dan kereta api barang . Pembinaan bangunan
ini telah menjadi satu kemudahan tempat di mana para penumpang
dapat menaiki dan menuruni kereta api untuk sampai ke sesuatu tempat
selain menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam lain
seperti

bas

dan

teksi.

pengangkut barangan

selain

itu,

perkhidmatan

kereta

api

dapat digunakan oleh penduduk di kawasan

pedalaman khususnya untuk membawa barangan keluar dan masuk di


tempat mereka kerana terdapat kawasan tertentu di daerah Beaufort ini
tidak dapat dilalui dengan menggunakan kenderaan sendiri melainkan
menggunakan kereta api. Sementara itu, kawasan sekitar bangunan
stesen kereta api ini juga dilengkapi oleh pengangkutan awam lain yang
berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi agar para
penumpang

tidak

perlu

bergerak

lebih

jauh

untuk

mendapatkan

perkhidmatan kenderaan lain.

b) Aktiviti perniagaan
Di bangunan yang saya kaji ini juga turut menjalankan aktiviti perniagaan
secara kecil-kecilan seperti kemudahan kedai runcit untuk membeli
keperluan sebelum dan semasa di dalam kereta api. Kemudahan tempat
membeli makanan seperti air mineral dan makanan ringan memudahkan
para penumpang agar tidak lagi bergerak ke kedai yang berdekatan untuk
mendapatkan keperluan yang diinginkan.

c) Membolehkan penumpang menikmati panorama alam.


Laluan landasan kereta api ini lazimnya menyusuri di kawasan kampungkampung, pekan-pekan kecil, sawah padi, hutan dan ladang getah. Tidak
seperti menaiki kenderaan lain. Oleh itu, menaiki kereta api untuk ke
Bandar Kota Kinabalu juga mengambil masa yang lama. Para penumpang
berkesempatan menikmati pemandangan panorama yang menarik di
sepanjang perjalanan semasa menaiki kereta api ini.

Situasi Ini juga

melahirkan pengalaman baru kepada penumpang yang kali pertama


menggunakan pengangkutan jenis ini.

d) Menawarkan harga tambang yang murah


Harga tambang yang dikenakan kepada para penumpang juga menjadi
salah satu faktor kelangsungan perkhidmatan kereta api di Beaufort ini.
Hal ini kerana harga tambang jauh lebih murah berbanding pengangkutan
awam yang lain. Meskipun perkhidmatan ini tidak sepantas kenderaan lain
tetapi masih menjadi pilihan segelintir masyarakat di Beaufort ini.

e) Bukti berlakunya sejarah penjajahan di Daerah Beaufort.


Pembinaan bangunan stesen Kereta Api Beaufort ini telah dijadikan
sebagai salah satu bukti peninggalan sejarah pada suatu ketika dahulu.
Masih ramai generasi kini yang masih belum mengetahui kisah penubuhan
bangunan ini. Oleh itu, bangunan ini telah dijadikan sebagai salah satu
contoh bangunan bersejarah yang masih kekal dan digunakan sehingga
kini. Hal ini kerana, terdapat banyak bangunan lama yang dibina suatu
ketika dahulu tetapi tidak dapat dikekalkan ekoran pembangunan dan kes
kebakaran.

f) Digunakan sebagai pengangkutan akitiviti pelancongan.


Bagi para pelancong yang ingin melakukan akitiviti lasak dan mencabar,
mereka akan pergi ke sungai Padas untuk melakukan aktiviti rafting. Hal
ini kerana Beaufort biasanya dilawati oleh pelancong luar bagi aktiviti
berakit air putih melalui jeram sungai Padas yang berhampiran dengan
nilai gred 2 hingga 3. Situasi ini memperlihat bahawa pengangkutan

kereta api ini masih lagi kekal digunakan sehingga kini. Sehingga tahun
2005, perkhidmatan keretapi Negeri Sabah menjalankan perkhidmatan
penumpang pelancongan yang telah berkembang pesat melalui Vulcan
Steam Train (North Borneo Railway) dan aktiviti White Water Rafting di
antara Rayoh dan Pangie.

g) Menaiktaraf keadaan kereta api


Keadaan di dalam setiap gerabak kereta api kini telah banyak mengalami
perubahan

bagi

meningkatkan

lagi

penggunaan

perkhidmatan

pengangkutan ini. Jika dahulu, para penumpang terpaksa berasak-asak


kerana ruang tempat duduk yang terhad dan memaksa penumpang untuk
duduk di lantai gerabak ekoran kekurangan tempat duduk. Kini, pihak
Jabatan Kereta Api Negeri Sabah telah melakukan transformasi di dalam
gerabak di mana keadaan di tempat penumpang lebih selesa dan
mempunyai tempat duduk yang lebih sistematik. Para penumpang juga
berpeluang merasai suasana yang sejuk apabila tempat penumpang telah
dipasangkan air cond agar peumpang lebih selesa.
h) Penghubung kepada kampung di kawasan pedalaman.
Bangunan stesen Kereta Api ini masih diperlukan oleh penduduk kampung
di kawasan pedalaman seperti Saliwangan, Halogilat, Rayoh, dan Pangih
kerena dengan perkhidmatan pengangkutan kereta api inilah mereka
boleh melakukan pergerakan atau pengeluaran serta boleh mendapatkan
bekalan keperluan yang ada di Pekan Beaufort. Hal ini kerana, kawasan
pedalaman ini tidak mempunyai infrastruktur jalan raya tambahan pula
penduduk yang terdapat di kawsan ini dianggarkan seramai lebih kurang
1500 orang sahaja.

5.1.6 Langkah memelihara dan memulihara Bangunan Bersejarah.


5.6.1 Menyediakan
prasarana.

dana

untuk

meningkatkan

kemudahan

Terdapat pelbagai langkah yang dapat dilakukan untuk memelihara dan


memulihara bangunan bersejarah ini. Salah satunya ialah menyediakan
dana yang besar untuk mengekalkan bangunan bersejarah ini.
Kemudahan tandas juga perlu dibaiki dan sentiasa dipantau tahap
kebersihannya untuk melahirkan perasaan yang lebih selesa kepada
pengguna atau penumpang semasa menunggu kereta api tiba. Ruang
tempat menunggu perlu dinaik taraf agar dapat menampung lebih
ramai penumpang dengan penyediaan lebih tempat duduk yang
selesa. Oleh yang demikian, dana yang besar sangat diperlukan untuk
melaksanakan proses-proses menaik taraf kemudahan prasarana ini.
5.6.2 Peranan penting pihak kerajaan untuk mendapatkan
pengikhtirafan.
Dalam hal ini, pihak Kerajaan perlulah berusaha untuk mendapatkan
pengikhtirafan daripada badan dunia untuk mewartakan bangunan
bersejarah ini sebagai Warisan Dunia atau mewartakannya sebagai
warisan kebangsaan. Pihak kerajaan perlu mengekalkannya walaupun
bangunan bersejarah ini mempunyai nilai komersil yang tinggi dalam
pembangunan. Selain itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
perlulah memasukkan bangunan bersejarah stesen Kereta Api Beaufort
ini dalam pakej-pakej pelancongan dengan menjadikan tempat lawatan
wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej anjuran Kementerian
Pelancongan. Usaha ini sekali gus membantu meningkatkan lagi imej
bangunan yang saya kaji.
5.6.3 Langkah pengubahsuaian bangunan menjadi bangunan
muzium.
Bagi memelihara dan memulihara binaan stesen kereta api ini juga,
binaan bersejarah ini boleh diubah suai menjadi bangunan muzium
yang memaparkan sejarah kemunculan stesen ini dilaksanakan kerana
terdapat masih ramai generasi muda yang belum mengetahui dan
memahami sejarah terbinanya landasan kereta api di Daerah Beaufort
ini. Pada masa yang sama, seni binaan bangunan ini juga dapat
dijadikan sebagai bahan tontonan generasi terkini seterusnya

menimbulkan perasaan bangga dan ingin tahu yang tinggi. Walau


bagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab perlulah mengubah suai
bangunan bersejarah ini mengikut keperluan tanpa melupuskan
bangunan tersebut agar binaan asalnya tidak berubah secara
keseluruhannya.
5.6.4 Menjadikan Salah Satu Pusat Perniagaan.
Selain itu, bangunan bersejarah ini boleh dijadikan sebagai tempat
pusat perniagaan. Hal ini kerana, bangunan stesen kereta api ini masih
selamat dan kukuh binaannya membolehkan tempat ini dikunjungi
ramai orang terutamanya para pelancong dan penumpang. Bangunan
bersejarah akan menjadi daya tarikan utama kepada pelanggan sekali
gus menimbulkan pengalaman dan perasaan teruja para peniaga yang
berniaga
kerana
berniaga
dalam
suasana
yang
berbeza.
Mempelbagaikan jenis aktiviti perniagaan di bangunan ini mampu
menarik lebih ramai pengunjung dari segenap lapisan masyarakat
seterusnya mencuba untuk merasai pengalaman menaiki kereta api.
5.6.5 Peranan penting dan kesedaran dari peringkat sekolah.
Langkah memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dapat
diterapkan melalui peranan penting dari peringkat sekolah dengan
mengadakan pertandingan menulis esei mengenai bangunan
bersejarah dan usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah. Selain itu,
Kelab dan persatuan di sekolah perlulah mengadakan program lawatan
di tempat-tempat bersejarah ini dengan merasai sendiri pengalaman
menaiki kereta api agar rasa tanggungjawab dalam memelihara itu
hadir dalam diri seseorang pelajar. Dalam subjek sejarah juga, guruguru perlulah mengalakkan pelajar menjalankan kajian tentang
bangunan-bangunan sejarah agar kesedaran menghargai bangunan
peninggalan sejarah ini dapat diterapkan.
5.6.6 Meningkatkan lagi Daya tarikan bangunan bersejarah
stesen Kereta Api
Bangunan atau stesen kereta api daerah Beaufort ini turut mempunyai
daya tarikan yang tertentu kerana berkaitan dengan sejarah yang telah
berlaku di Negara kita. Secara umum, hal ini diketahui oleh para
pelancong dari dalam dan luar Negara yang berkeinginan untuk
melawat tempat-tempat bersejarah dan penumpang yang lazimnya
menaiki pengangkutan ini. Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar
atau panduan kepada generasi muda sekali gus dapat menjadi bahan
penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang berlaku yang
melibatkan terbinanya landasan kereta api di Beaufort ini. Oleh itu,
langkah meningkatkan lagi daya tarikan bangunan bersejarah ini
perlulah dilakukan dengan lebih konsisten.

5.6.7 Peranan ibu bapa untuk menanam perasaan ingin tahu


tentang sejarah.
Ibu bapa menjalankan peranan penting dalam menanam sikap ingin
tahu tentang sejarah di Negara kita kepada anak-anak. Hal ini kerana,
melentur buluh biarlah dari rebungnya agar anak-anak lebih terdedah
mengenai sejarah terdahulu seterusnya menjadikan mereka lebih
menghargai sesuatu khazanah yang telah ditinggalkan oleh nenek
moyang kita. Pendedahan ini dapat diterapkan dengan membawa
anak-anak melawat di tempat-tempat bersejarah seperti bangunan
stesen Kereta Api Beaufort ini semasa cuti sekolah. Dengan melawat
bangunan ini, anak-anak dapat merasai sendiri pengalaman menarik
yang boleh diperoleh hasil pemerhatian dan tinjauan mereka. Malahan,
ibu bapa juga boleh menceritakan sejarah mengenai bangunan
bersejarah tersebut kepada anak-anak agar mereka mula tertarik untuk
melihat sendiri bangunan tersebut..
5.6.8 Peranan Media Massa.
Bagi mengekalkan bangunan bersejarah ini peranan daripada pihak
Media Massa juga sangat penting agar tindakan memelihara dan
memulihara khazanah ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.
Pihak yang berkaitan boleh membuat dokumentari mengenai
bangunan bersejarah stesen Kereta Api Beaufort ini agar menjadi
tontonan seluruh masyarakat di Negara ini. Pendedahan daripada
dokumentari tersebut dapat mengupas sejarah silam pembinaan
bangunan stesen Kereta Api Beaufort ini lebih terperinci sekali gus
melahirkan rasa ingin mencuba menaiki kereta api yang
mengunakan kuasa wap di sabah ini.
6.0 Rumusan
Kesimpulannya, kita sudah jelas bahawa bangunan
bersejarah ini masih memberikan manfaat kepada masyarakat di
Daerah Beaufort ini kerana pembinaan bangunan ini menjadi
warisan kepada bangsa. Tambahan pula, warisan bersejarah ini
tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit berikutan di
dalamnya tersingkap banyak kisah bersejarah yang tidak dapat
dilupuskan. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
mengekalkan dan memulihara banguna bersejarah ini.
7.0 Lampiran.
Gambar Rajah 1.

Kereta Api berkuasa Wap yang digunakan di Beaufort.

Gambar Rajah 2.

Bangunan Stesen Kereta Api Beaufort Terkini.


Gambar Rajah 3.

Keadaan para penumpang semasa menunggu Kereta Api tiba.

Gambar Rajah 4.

Keadaan landasan stesen Kereta Api Beaufort.

8.0 Kesimpulan.
Kesimpulannya, bangunan ataupun binaan bersejarah
amatlah penting bukan sahaja untuk generasi pada masa kini,
bahkan generasi akan datang. Hal ini kerana, bangunan bersejarah
menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Tambahan pula, melihat
bangunan yang tersergam ini boleh membantu untuk mengingatkan
kita akan sejarah dan kisah disebalik bangunan tersebut. Oleh itu,
salah satu cara untuk terus mengingati sejarah adalah dengan
melihat sendiri dihadapan mata tinggalan sejarah daripada nenek
moyang kita. Selain itu, kita mestilah menghargai dan memelihara
warisan dahulu kala. Sehubungan dengan itu, usaha dan kempen
kesedaran mengenai bangunan bersejarah ini adalah menjadi
tanggungjawab kita bersama-sama seluruh lapisan masyarakat agar
hasil peninggalan sejarah ini tetap utuh dan kekal menjadi
kebanggaan rakyat. Melalui kajian ini, saya telah mempelajari
banyak perkara mengenai sejarah penubuhan bangunan kerata api
ini. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran dan kerjasama
sesame rakan semasa menjalankan kajian ini. Nilai ini dapat
dibuktikan apabila saya dan rakan-rakan bersama-sama untuk
melakukan pemantauan dan pemerhatian di kawasan kajian serta
menemu ramah pihak yang terlibat di Jabatan Kereta Api Beaufort.
Nilai keberanian dalam berkomunikasi memberi peluang kepada
saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan
tatacara yang betul sekali gus meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dengan masyarakat.
Sumber Rujukan :
1. Buku
- Buku Cendera mata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar.
- Buku teks
2. Internet
- Laman web rasmi JKNS
- Wikipedia
- www.musadun.com
- www.ohpt3.com
- Cikgurazak.blogspot.my
- www.scribd.com
3. Orang perseorangan
- Pihak Jabatan Kereta Api Beaufort
4. Artikel
- Utusan Malaysia

- Borneo post online


5. Guru Sejarah
6. Majalah