Anda di halaman 1dari 2

.......

Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan


seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan
petunjuk hidayah Mu. Kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang
kejahatan yang terdapat pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari
selepasnya.

Ya Allah baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang


menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup kami. Perbaikkanlah segala
urustadbir persoalan keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani
kehidupan kami. Perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana
disanalah destinasi tempat kembali kami.

Jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami,


dan kematian kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan
kerehatan.
Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya
kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai
amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada
penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai
orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang
dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut
kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan
tanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai