Anda di halaman 1dari 11

Soalan dan jawapan bagi Bab 1.

Soalan 1:
Jelaskan tiga perbezaan antara keperluan dengan kehendak manusia.[6 markah]
Jawapan:
PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK
Keperluan

Kehendak

1.Sesuatu yang diperlukan


oleh manusia untuk terus
hidup.

1. Sesuatu yang
diinginkan oleh manusia
untuk hidup lebih selesa.

2. Keperluan manusia
mempunyai batasan.

2. Kehendak manusia
tidak terbatas.

3. Keperluan manusia
adalah sama.

3.Kehendak manusia
adalah berbeza
berdasarkan citarasa dan
tingkat pendapatan.

Soalan 2:
Huraikan keperluan manusia berdasarkan Model Hierarki Keperluan Maslow. [9
markah]
Jawapan:
Keperluan fisiologi
Terdiri daripada keperluan paling asas dan keperluan keselamatan
Contoh:makanan, pakaian, tempat perlindungan dan udara yang bersih /
manusia perlukan pasukan polis,tentera, undang-undang dan kerajaan
Keperluan sosial
Terdiri daripada keperluan kasih sayang dan keperluan penghargaan
Contoh: kasih sayang daripada ibubapa,adik beradik, saudara mara, sahabat handai
/penghargaan dan penghormatan daripada masyarakat atas kejayaan yang diperolehi
Keperluan rohani
Merujuk kepada keperluan sempurna kendiri.
Contoh:Keperluan ini mendorong manusia mengasah bakat / memperoleh kepuasan
daripadanya / bidang seni, akademik, atau sukan

Soalan 3:
Apakah maksud pengeluaran? [2 markah]
Jawapan:
Maksud pengeluaran
Aktiviti /proses menghasilkan barang dan perkhidmatan bertujuan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak manusia @ proses penciptaan nilai faedah.

Soalan 4:
Terangkan empat nilai faedah dalam pengeluaran. [8 markah]
Jawapan:
Nilai faedah bentuk
Bermaksud mengubah bentuk sesuatu keluaran supaya menjadi lebih berguna.
Contohnya getah asli diubah menjadi kasut.
Nilai faedah tempat
Bermaksud memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan.
Contoh kayu balak dari hutan di pindah ke kilang untuk diproses.
Nilai faedah masa
Bermaksud menyimpan barang sehingga barang itu diperlukan.
Contoh beras berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk memenuhi permintaan
pada luar musim.
Nilai faedah milikan
Bermaksud pertukaran milik barang daripada peniaga kepada pengguna.
Contoh pengeluar menjual perabot kepada pengguna.

Soalan 5:
Jelaskan empat perbezaan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tak
langsung.[8 markah]
Jawapan :

Pengeluaran Langsung

Pengeluaran Tak Langsung

1. Pengeluaran yang diamalkan pada zaman silam 1. Diamalkan pada zaman sekarang.
2. Tidak wujud pengkhususan
2. Mengamalkan pengkhususan.
3. Pengeluaran untuk keperluan dan kehendak sendiri.
3. Menghasilkan lebihan barang untuk perniagaan
4. Berbentuk kecil-kecilan/skala kecil.
5. Kaedah pengeluaran secara tradisonal/primitif.
6. Tidak memerlukan bantuan orang lain.

4. Skala operasi besar-besaran.


5. Kaedah pengeluaran lebih cekap.
6. Memerlukan bantuan orang lain.

Nota: Berikan sekurang-kurangnya empat fakta/perbezaan.(bergantung kepada markah


diberikan)

Soalan 6
Huraikan tiga cabang pengeluaran. [9 markah]
Jawapan:
Cabang pengeluaran terbahagi kepada perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung.
1. Perusahaan
Ialah aktiviti menukar bahan mentah kepada barang siap.
a) Ekstraktif
Aktiviti menghasilkan bahan mentah dari bumi dan laut termasuk pertanian,
perlombongan, perikanan, perhutanan.
b) Perkilangan
Aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang separuh siap dan barang siap.
c) Pembinaan
Aktiviti mengguna barang separuh siap dan barang siap untuk dipasang dan dibina seperti
memasang kereta, kapal dan membina bangunan dan jambatan.

2. Perdagangan
Aktiviti mengagih barang daripada pengeluar kepada pengguna terakhir.
a) Perniagaan
Aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan.
b) Bantuan Perniagaan
Perkhidmatan yang digunakan untuk membantu perniagaan sepertiperbankan, insurans,
pengangkutan, komunikasi, pergudangan, dan promosi.

3. Khidmat Langsung
Iaitu perkhidmatan peribadi diberi secara langsung kepada pengguna untuk memenuhi
keperluan dan kehendaknya.

Soalan 7
Huraikan empat faktor-faktor pengeluaran. [12 markah]
Jawapan :
Tanah
Ialah sumber alam semula jadi yang terhad /anugerah Tuhan.
Contoh ialah hasil galian dan hasil pertanian.
Modal
Ialah faktor pengeluaran yang digunakan oleh seseorang usahawan untuk melancarkan
proses pengeluaran.
Contohnya wang tunai dan mesin pengeluaran.
Usahawan
Ialah individu yang menggabungkan faktor modal,buruh dan tanah untuk menghasilkan
pengeluaran.
Contohnya ialah pengurus syarikat.
Buruh
Usaha manusia secara fizikal/mental bagi menghasilkan pengeluaran.
Contohnya buruh mahir seperti akauntan syarikat dan buruh separuh mahir seperti operator
pengeluaran.

Soalan 8:
Jelaskan empat perbezaan antara peniaga dengan usahawan.[8 markah]
Jawapan :
PERBEZAAN ANTARA PENIAGA DENGAN USAHAWAN

Peniaga
1. Skop aktivitinya sempit,

Usahawan
1. Skop aktivitinya luas,

Iaitu menjual dan membeli sahaja.

Iaitu mencipta, memulakan dan mewujudkan


sesuatu.

2. Mengutamakan keuntungan kerana


keuntungan merupakan tujuan utama.

2. Mengutamakan sumbangan dan bakti


kepada negara dan masyarakat.

3. Skala operasi kecil dan kaedah


pengeluaran statik.

3. Skala operasi pada peringkat awal kecil


tetapi berpotensi untuk berkembang.

4. Tidak kreatif dan tidak berupaya untuk


membuat pembaharuan.

4. Mempunyai daya cipta dan inovasi yang


tinggi.

Nota: Berikan sekurang-kurangnya empat fakta/perbezaan.

Soalan 9:
Jelaskan maksud usahawan. [2 markah]
Jawapan :
Maksud usahawan
Ejen / individu yang menggabungkan faktor tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan
keluaran.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perusahaan dan menanggung segala risiko
perniagaan.

Soalan 10:
Terangkan empat peranan usahawan. [8 markah]
Jawapan :
Mewujudkan peluang pekerjaan.
Usahawan memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pekerjaan oleh itu
pengangguran akan berkurangan.
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Usahawan mencipta dan menghasilkan pelbagai jenis keperluan dan kehendak seperti
makanan, tempat tinggal, kereta, telefon bimbit bagi memenuhi keperluan dan kehendak
manusia.
Penemuan ciptaan baru.

Usahawan mempunyai sifat kreatif dan inovatif dengan membuat penemuan dan ciptaan
baru produk da perkhidmatan di pasaran.
Meningkatkan pendapatan negara
Melalui cukai yang dibayar melalui pengeksportan barang.
Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi.
Usahawan menggunakan sumber ekonomi dalam menghasilkan pengeluaran seterusnya
akan menyumbang pendapatan dan pembangunan kepada negara.

Nota:
Jawapan anda perlu selaras dengan kehendak soalan.Sila sesuaikan jawapan anda dengan
situasi yang dikemukakan dalam soalan.

Soalan 11:
Berikan maksud pengkhususan. [1 markah]
Jawapan :
Maksud pengkhususan
Melakukan hanya satu pekerjaan atau satu aktiviti ekonomi tertentu secara khusus
@ melakukan kerja mengikut kemahiran/kebolehan masing-masing.

Soalan 12:
Terangkan empat kebaikan pengkhususan. [8 markah]
Jawapan : Kebaikan pengkhususan
Meningkatkan kemahiran /kecekapan
Tahap kecekapan tinggi kerana kerjanya dilakukan secara berulang-ulang.
Meningkatkan pengeluaran
Perkerja menjadi lebih produktif bermaksud setiap pekerja boleh mengeluarkan lebih
banyak keluaran dalam sesuatu tempoh masa tertentu.
Menjimatkan masa dan kos
Masa melatih pekerja dapat disingkatkan kerana hanya satu tugas dipelajari./
Kos operasi dapat dikurangkan kerana pekerja menjadi lebih produktif.

Membolehkan penggunaan mesin


Setiap kendalian merupakan kerja yang berulang dan dapat diganti dengan mesin.

Soalan 13:
Terangkan empat kelemahan pengkhususan. [8 markah]
Jawapan : Kelemahan pengkhususan
Membosankan
Pekerja menjadi jemu kerana melakukan kerja berulang
Kehilangan daya cipta, seni pertukangan dan kreativiti
Pekerja hanya terlibat dalam sebahagian proses pengeluaran ,oleh itu pekerja kehilangan
kreativiti /daya cipta
Hasil yang standard
Hasil dalah seragam dan mempunyai mutu yang sama
Risiko pengangguran
Ini kerana kemahiran pekerja terhad dalam satu bidang sahaja
Terlalu bergantung kepada negara lain
Pengkhususan terhadap sesuatu pengeluaran akan menyebabkan sesebuah negara terlalu
bergantung dengan Negara lain untuk memenuhi keluarannya.

Soalan 14:
Terangkan empat jenis pengkhususan. [8 markah]
Jawapan : Jenis pengkhususan
Pengkhususan mengikut proses
Dilakukan di kilang moden dalam bentuk pembahagian kerja.
Pengkhususan mengikut pekerjaan/profesion.
Bermaksud setiap individu mengkhusus melakukan satu jenis pekerjaan mengikut
kebolehan /kemahiran/kelayakan/kepakaran
Pengkhususan mengikut kawasan.
Berlaku antara kawasan di dalam sesebuah negara. /

Berlaku atas sebab seperti bentuk muka bumi/kesuburan tanah/perbezaan cuaca.


Pengkhususan antarabangsa
Berlaku diperingkat antarabangsa disebabkan oleh perbezaan tahap teknologi, faktor
kuniaan alam dan bekalan buruh mahir.

Soalan 15:
Berikan maksud sistem barter. [ 1 markah]
Jawapan : Maksud sistem barter
Pertukaran barang x untuk barang y tanpa melibatkan wang @ pertukaran sesuatu barang
tanpa melibatkan wang.

Soalan 16:
Terangkan empat kelemahan sistem barter. [8 markah]
Jawapan :
Kelemahan sistem barter
Masalah pertemuan kehendak serentak
Kedua-dua pihak yang terlibat dalam pertukaran mesti mempunyai kemahuan yang saling
dapat dipenuhi.
Kesukaran untuk menentukan nilai pertukaran
Apabila barang ditukar,adalah sukar untuk menentukan nilai satu barang dengan barang
lain.
Kesukaran membahagikan barang
Bagi sesetengah barang, pembahagian kepada unit yang kecil tidak dapat dilakukan.
Barang tidak tahan lama
Barang yang mudah busuk tidak mempunyai simpanan nilai yang baik.Oleh itu mesti di tukar
dengan segera
Masalah membawa barang
Barang terpaksa dibawa bersama ketika mencari pembeli
Merumitkan bagi barang berat,banyak dan besar

Soalan dan Jawapan Bab 2

Soalan 1:
Jelaskan maksud perdagangan.
Jawapan
Maksud perdagangan
Perdagangan ialah pengagihan bahan mentah dan barang siap daripada pengeluar
awal kepada pengguna akhir.
Soalan 2:
Jelaskan maksud perniagaan.
Jawapan
Maksud perniagaan
Perniagaan bermaksud aktiviti jual beli yang bertujuan mendapatkan keuntungan.

Soalan 3:
Jelaskan peranan bantuan perniagaan yang diperlukan oleh peniaga untuk
melancarkan perniagaannya.
Jawapan

a)
b)
c)
d)

a)
b)
c)
d)

Perbankan
Bank menyediakan pelbagai kemudahan kepada peniaga iaitu:
Kemudahan penyimpanan - seperti akaun simpanan tetap dan akaun simpanan.
Kemudahan penerimaan dan pembayaran - seperti draf bank,pindahan kredit dan perintah
sedia ada.
Kemudahan pembiayaan - seperti pinjaman dan overdraf / bagi mengatasi kekurangan
modal peniaga.
Kemudahan pembayaran - melalui akaun semasa membolehkan peniaga menggunakan cek
sebagai alat pembayaran.

Insurans
Insurans membantu peniaga dengan:
Melindungi peniaga daripada kerugian yang berpunca drp pelbagai risiko seperti
kebakaran,kecurian dan pecah amanah.
Membayar pampasan/gantirugi - jika berlaku risiko yang diinsuranskan seperti dalam
perjanjian/kontrak
Gantirugi dibayar oleh insurer membolehkan peniagaan dapat dipulihkan seperti sedia kala
- atau kesan kerugian dapat dikurangkan.
Membolehkan peniaga menumpukan penuh perhatian terhadap perniagaan dengan yakin.

a)
b)
c)
d)

a)
b)
c)
d)

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Pengangkutan
Bermaksud aktiviti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat lain.
Dilakukan melalui jalan laut, jalan darat dan udara dengan menggunakan pelbagai jenis
alat pengangkutan seperti kapal, kapal terbang, feri, kereta , keretapi dsbnya.
Pengangkutan membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.
Dengan adanya pengangkutan dapat mengurangkan pembaziran.

Komunikasi
Bermaksud penyampaian maklumat sama ada secara lisan atau bertulis.
Bentuk lisan seperti penggunaan telefon dan videofon manakala bentuk bertulis
meliputi teleks, telefaks, e-mel dan surat.
Membolehkan maklumat dapat disampaikan antara penjual dengan pembeli.
Membolehkan promosi barang jualan dapat dilakukan dengan menggunkan radio atau
televisyen.

Promosi
Satu kaedah memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli sesuatu keluaran atau
perkhidmatan.
Bertujuan untuk memperluaskan pasaran sesuatu barangan.
Dapat mempengaruhi pengguna untuk membeli barangan.
Dapat meningkatkan permintaan sesuatu barangan.
Dapat mengekalkan permintaan bagi barangan yang telah lama wujud.
Meningkatkan imej pengeluar dengan cara menyampaikan maklumat berkredibiliti tinggi.
Menambahkan jualan dan keuntungan syarikat.
Nota:
Sila sesuaikan jawapan dengan soalan yang dikemukakan.Fakta bagi setiap soalan
bantuan perniagaan adalah sama seperti diberikan, cuma pelajar perlu menyesuaikan
jawapan dengan situasi yang dikemukakan dalam soalan.

Soalan 4:
Huraikan perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan.[12 markah]
Jawapan

Pengeluaran bermaksud penghasilan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan


dan kehendak manusia. Pengeluaran juga bermaksud penciptaan nilai faedah. Pengeluaran
dilakukan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Perdagangan ialah pengagihan bahan mentah dan barang siap daripada
pengeluar kepada pengguna akhir. Dalam proses pengagihan barang berlakulah
perniagaan dan bantuan perniagaan turut diperlukan.
Perniagaan bermaksud aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan. Seseorang
peniaga memerlukan bantuan seperti perbankan , insurans, pengangkutan, pergudangan,
komunikasi, promosi bagi menjalankan perniagaannya.
Oleh itu, bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, usahawan perlu
menjalankan aktiviti pengeluaran iaitu aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan.
Setelah pengeluaran dijalankan, aktiviti perdagangan perlu dijalankan bagi
menggagihkan barang-barang daripada pengeluar awal sehingga kepada pengguna akhir
yang melibatkan urusan jual beli.
Oleh itu berlakulah perniagaan di sini yang mana pengeluar, pemborong, peruncit dan
pengguna menjalankan urusan jual beli.

Anda mungkin juga menyukai