Anda di halaman 1dari 32

NOVEL MENITI IMPIAN

TEMA
Tema Novel Meniti impian ialah keazaman dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita yang
akhirnya membawa kejayaan.
Huraian yang mengukuhkan tema tersebut:
1.Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi,dia
tidak berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil MLVK di IKM.
2.Zahar tidak berputus asa belajar dengan tekun di IKM walaupun dipandang rendah dan
hina oleh Suhaili yang berkelulusan ITM.
3.Setaip nasihat daripada Cikgu baharum di dalam kelas diikuti dan difahami dengan
bersungguh-sungguh kerana Zahar ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pelajarannya.
4.Sebelum menghadapi peperiksaan,Zahar sudah berasa yakin kerana sejak awal lagi,dia
sudah belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.
5.Penghinaan Suhaili terhadap kelulusan IKM yang susah mendapat pekerjaan dijadikan
sebagai penguat semangat bagi Zahar untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya walaupun
hanya belajar di IKM.
6.Walaupun hanya membuat latihan dalam loi di ilang tersebut,namun Zahar tetap belerja
bersungguh-sunggh sehingga dia ditawarkan pekerjaan tetap di kilang tersebut tetapi dia
telah menolaknya.
7.Akhirnya Zahar berjaya membawa kelulusan yang cemerlang dan pulang ke kampung
dengan membina bengkel perabotnya sendiri yang dibina atas tanahnya sendiri bernama
Bengkel Meniti Impian.

Persoalan
Persoalan pula ialah isu-isu sampingan dalam cerita.Sesebuah novel atau cerita itu boleh
mempunyai persoalan di dalamnya.
Kepentingan ilmu
1.Setiap kali pulang ke kampung.Zahar tidak pernah lupa menasihati adik-adiknya supaya
tidak mengabaikan pelajaran.
2.Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar meluahkan hasrat untuk memasuki
Tingkatan 6 swasta tertapi terbantut kerana kemiskinan.
3.Tauke Lim berharap agar anak perempuannya yang bercita-cita menjadi akauntan akan
lulus dalam peperiksaan SPM.
4.Zahar berjaya dengan cemerlang di IKM kerana dia sedar kepentingan menuntut ilmu.
5.Pak Yusuf membiayai kedua-dua orang anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di
universiti.
Tanggungjawab
1.Setelah kematian suaminya,Mak Kiah menoreh getah,membuat tikar mengkuang dan
mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara kehidupan keluarganya.
2.Mak Temah menghidangkan makanan kepada suaminya Pak Yusuf sebagai memenuhi
tanggungjawabnya sebagai isteri.
3.Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh
iman masjid
Kehidupan yang sederhana
1.Mak Temah menghidangkan hidangan makan tengah hari berlaukan gulai ikan talang,ulam
pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku.

Perpaduan
1.Tauke Lim menempah empat buah meja kayu daripada Pak Yusuf setelah dia berpuas hati
dengan hasil perabit yang dibuat oleh Pak Yusuf.
Bersabar dengan penghinaan orang
1.Zahar tetap bersabar dengan sikap Suhaili yang menghina mereka yang berkelulusan IKM
yang kononnya akan merempat dan susah untuk mendapat pekerjaan.
Mematuhi disiplin
1.Zahar,Ramli dan rakan-rakannya mematuhi arahan untuk berbaris dengan tegak semasa
minggu suai kenal di IKM.
Kegigihan mencari rezeki
1.Mengetahui kesusahan keluarganya, Zahar tetap membantu pekerjaan ibunya Mak Kiah
setiap kali cuti semester.
2.Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf untuk menyara keluarganya.
Memandang rendah kepada orang lain
1.Sikap Suhaili yang memandang rendah kepada Zahar kerana dia sedang belajar di ITM
manakala Zahar hanya berjaya menjadi pelatih IKM.
Semangat kesukanan
1.Walaupun telah memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor
Setar,pelatih-pelatih IKM Sungai Petani tetap mengawal diri supaya tidak menguris
perasaan lawannya.
2.Zahar tidak menganggap bahawa kemenangan pasukan bola sepak IKM Sungai Petani
merupakan usahanya sendiri sebaliknya semua ahli pasukannya yang telah membawa
kejayaan.

Hidup bergotong-royong
1.Pemduduk kampung bergotong-royong mendirikan bengkel Zahar tanpa mengira terik
panas matahari.
2.Penduduk kampung bekerja sama apabila adanya kenduri kendara dan mengeratkan
hubungan silatulrahim.

Plot
Plot merupakan jalan cerita yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah
cerita/jalinan peristiwa
Terbahagi kepada dua iaitu:
1.Plot kronologi
Plot yang disusun mengikut urutan
2.Plot tidak kronologi
Peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara yang berlaku dahulu
dikemudiankan.
Gambaran Plot
Permulaan - perkembangan (P2)-Puncak cerita (P3)-Peleraian (P4) -Penutup cerita (P5)
Permulaan cerita ( P1 )
*Zahar yang telah lebih setahun bekerja di bengkel perabot pak ciknya,Pak Yusuf tekun
bekerja pada pagi itu untuk menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh iman masjid.
*Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,pelbagai jawatan telah cuba dipohon oleh
Zahar tetapi gagal.
*Zahar gagal memasuki Tingkatan 6 di sekolah kerajaan dan ibunya Mak Kiah tidak mampu
membiayai pelajarannya di Tingkatan 6 di sekolah swasta.
*Mak Temah,isteri Pak Yusuf dengan setia menghidangkan makanan untuk suami dan Zahar.
*Pak Yusuf teringat akan keadaan jemaah di masjid yang semakin ramai sehingga kejadian
kehilangan kasut semakin kerap berlaku.
*Pak Yusuf bertanya tentang temu duga IKM yang telah dihadiri oleh Zahar beberapa
minggu yang lalu.Dia berharap agar Zahar berjaya dalam temu duganya.
Perkembangan cerita ( P2 )
* Mak Kiah menyerahkan surat tawaran IKM yang telah lama ditunggu oleh Zahar.Dia
mendapat tawaran kursus Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani.
*Selepas mandi,Zahar pergi ke masjid untuk memberitahu rakannya Bakar dan Rahim

bahawa dia telah diterima masuk ke IKM.Bakar mengusik Zahar agar segera memaklumkan
kepada Suhaili tentang tawaran tesebut.
*Zahar berasa rendah diri menyedari perbezaan tahap pendidikan mereka kerana Suhaili
belajar di IKM manakala dia akan memasuki IKM sahaja.
*Sekembalinya dari masjid,Mak Kiah sedang menjahit pakaian manakala adik-adiknya sedang
menyiapkan kerja sekolah.
*Zahar tidak menyangka dia akan menjadi tukang perabot sedangkan cita-citanya ialah ingin
belajar dalam Pengajian Perniagaan di ITM.
*Zahar menghubungi Suhaili untuk memberitahu kejayaanya memasuki IKM.Mereka berjanji
untuk bertemu di City Point,Alor Setar pada keesokan harinya.
*Zahar teringat peristiwa Suhaili mencabarnya agar mendapat Gred Satu dalam
peperiksaan SPM.
*Zahar menaiki bas ke Stesen Bas Alor Setar untuk bertemu Suhaili.
*Suhaili terkejut apabila diberitahu bahawa Zahar akan memasuki IKM.Dia menganggap
keputusan Zahar menunjukkan dia mudah berputus asa.
*Zahar berasa terentak dengan kata-kata penghinaan Suhaili terhadap lulusan IKM yang
dianggap tidak mempnyai masa depan.
*Penghinaan Suhaili menguatkan lagi azam Zahar untuk berjaya menjadi usahawan perabot.
*Pendaftaran Zahar di IKM menemukannya dengan rakan baharu seperti Norimi dan Ramli.
*Mereka bersama-sama dengan pelajar baharu yang lain membersihkan kawasan semak
semasa minggu suai kenal.
*Di dalam kelas,Cikgu Baharum mengingatkan pelatih-pelatih agar menunjukkan minat dan
kesungguhan serta kreativiti mereka sepanjang kursus di IKM.
*Zahar dan Norimi mendeklemasikan sajak nukilan mereka sendiri dalam majlis penutupan
minggu suai kenal.
*Semasa pulang ke kampung,Zahar melalui rumah Suhaili yang sedang meriah dengan
kenduri meraikan kejayaan Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya.
*Mak Temah memberitahu Zahar bahwa dia tahu akan pertemuan antara Zahar dan Suhaili
di bandar Alor Setar.
*Walaupun hanya mendapat RM200.00 pada setiap awal bulan,Zahar berjimat kerana tidak
mahu menyusahkan ibunya di kampung.
*Zahar menerima surat daripada Suhaili agar Zahar melupakannya dan hal ini menyebabkan
Zahar berasa sangat terhina.
*Zahar menyertai pertandingan bola sepak mewakili pelatih IKM sehingga menyumbang
kejayaan kepada mereka.
*Sebulan sebelum peperiksaan asas,Zahar dan pelatih-pelatih yang lain menumpukan

perhatian terhadap peperiksaan yang akan mereka hadapi.


*Cikgu Baharum menasihati mereka agar cermat dan teliti menyiapkan projek yang akan
menentukan kejayaan mereka.
*Beberapa bulan selepas peperiksaan ,Zahar telah mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaannya.Begitu juga dengan rakannya Norimi.
*Majlis perpisahan diadakan selepas enam bulan mereka bekerja keras menjalani latihan
yang lebih intensif untuk mendapat sijil MLVK.
*Ucapan pengetua agar menjadikan ilmu dan kemahiran yang ditimba di IKM sebagai asas
yang kukuh untuk berkembang maju pada masa hadapan terus tersemat dalam jiwa Zahar.
Puncak cerita ( P3 )
*Selepas bercuti selama tiga minggu,Zahar telah diterima untuk menjalani latihan dalam loji
di kilang Perabot Usaha Bersatu di Kamunting.
*Zahar bertemu Razali seorang daripada pekerja di kilang itu yang telah mempelawa Zahar
tinggal bersama-samanya selama dia menjalni latihan di sana.
*Suhaili berasa terganggu dengan kehadiran Zahar di kilang itu.
*Suhaili meminta maaf atas kata-kata penghinaan yang menghiris perasaan Zahar suatu
masa dahulu.
*Zahar menolak bantuan Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan jawatan tetap
selepas tamat latihan.
*Zahar menegaskan prinsip hidup bahawa dia mahu berdikari dengan titik peluhnya sendiri
tanpa bantuan Suhaili.
*Zahar meninggalkan Suhaili dengan kata-kata bahawa haluan hidup mereka telah berbeza.
Peleraian cerita ( P4 )
*Zahar dapat menjalani latihan dalam loji di Kilang itu selama enam bulan dengan cemerlang.
*Zahar berasa sangat gembira kerana dia telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan peringkat pertengahan dengan mendapat Pangkat Satu.
*Zahar sedar Suhaili cuba berbaik-baik dengannya tetapi cuba dielakkan oleh Zahar.
*Semasa majlis ringkas meraikan Zahar Miss Ooi yang mewakili pengurusan kilang memuji
kerajinan dan prestasi cemerlang sepanjang dia menjalani latihan.
*Zahar meminta Suhaili melupakan kenangan lama antara mereka.Biarlah mereka kekal
sebagai sahabat dan jiran sekampung sahaja.

Penutup cerita ( P5 )
*Zahar membuat keputusan untuk mendirikan bengkel di tanah milik ibunya.
*Pak Yusuf tidak membantah malah bersedia memindahkan peralatannya sekiranya
diperlukan oleh Zahar.
*Zahar berasa dirinya bertuah kerana tidak sampai sebulan dia berjaya mendapat pinjaman
sebanyak RM10.000 daripada MARA dan dicampur RM5000 sumbangan Pak Yusuf dan wang
elaun yang dikumpulnya untuk membina bengkel yang lengkap.
*Penduduk kampung bergotong-royong untuk mendirikan bengkel baharu milik Zahar.
*Sejak tersiarnya rencana " Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih" Bengkel Perabot Meniti
Impian semakin dikenali ramai.
*Zahar bercadang untuk memperluas pasaran perabotnya ke Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan
Kota Bahru.
*Zahar menerima sepucuk surat daripada Suhaili tetapi dia tidak meneruskan pembacannya
sebaliknya dia membaca surat kedua yang diterimanya daripada Norimi.Zahar tersenyum
membaca surat itu.

TEKNIK TEKNIK
Teknik Plot
1.Teknik plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang menyampaikan cerita.
2.Terdapat bebrapa teknik plot yang biasa digunakan seperti berikut:
a) Teknik Imbas Muka - membayang sesuatu peristiwa yang belum berlaku
b)Teknik monolog - bercakap sendiri
c)Teknik monolog dalaman-brkata-kata di dalam hati
d)Teknik imbas kembali- mengingat semula peristiwa yang telah berlaku
e)Teknik pemerian- sesuatu yang digambarkan secara terperinci
f)Teknik kejutan/saspen-melahirkan perasaan ingin tahu pembaca
g)Teknik Dialog-perbualan antara watak
Teknik Imbas Kembali
Contoh:
1.Pada saat begitu ingatanya kembali menjangkau suasana masa lampau, Jauh benar bezanya
dengan suaana sekarang.Jemaaah semakin ramai.Sedangkan rak tempat menyimpan kasut
tidak bertambah.( halaman.7)
2.Surat itu cepat mengembalikan ingatannya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkanya
lebih tiga tahun yang lalu.(halaman.20)
3.Pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali kenangan masa
lampau.Kenangan yang cuba dilupakanya.(Halaman.22)
4."Aku cabar kau dalam peperiksaan SPM nanti,kita mesti dapat gred satu,sekurangkurangnya kepujian Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik dan sains bagi
membolehkan kita memasuki ITM" kata-kata Suhaili itu tiba-tiba menjengah kembali

ingatannya.( Hal.27 )

Teknik Imbas Muka


Melalui teknik ini, pengarang membuat gambaran peristiiwa yang belum berlaku
Contoh:
1.Pak Yusuf benar-benar berasa dadanya lapang.Segera terbayang di matanya , wajah tok
imam tersenyum gembira kerana rak yang ditempah siap lebih awal daripada dijangkakan.
(Hal.11)
2.Zahar cepat terbayang bertapa bangsal yang menjadi bengkel itu bertukar menjadi
sebuah bengkel yang serba lengkap.Beberapa orang pekerja sedang sibuk menyiapkan kerusi
dan meja yang ditempah oleh sebuah syarikat pengedar.( hal.88)
Teknik Monolog Dalaman
Melalui teknik ini pembaca akan mendapat gambarab sesuatu peristiwa yang menyebabkan
perasaan watak terganggu atau pengucapan batin seseorang watak itu.
Contoh:
1.Mengikut kata Zakri, Suhaili telah mendapat kerja di Petaling Jaya.Kerja apa? di firma
atau jabatan kerajaan?
Ah,mengapa fikiran ini mengembara sejauh itu? ( Hal.85)
2,Sesuatu yang bergelombang dalam fikirannya kini tenang kembali,Memang aku yang
bersalah.Mengapa mulut ini celuar mengungkit-gungkit tentang surat itu, sedangkan
daripada reaksi Zahar, aku tahu dia tidak suka aku mengungkitnya, apalagi di tengah rakanrakan yang lain (Hal.101)
3.Di mana lagi aku akan mencarinya,jika tidak di sekitar tempat ini,bisik hatinya (Hal.32)
4.Siapa yang akan dolantik menjadi imam nanti?Pertanyaan itu cepat mengetuk kotak fikiran
Zahar.(Hal.70)
Teknik Dialog
Teknik dialog atau perbualan banyak digunakan oleh pengarang novel ini,contohnya antara

Zahar dengan Pak Yusuf semasa mereka sedang menyiapkan meja dan bangku di bengkel.
Contoh:
"Kita mesti siapkan bangku panjang ni,petang ni juga,ya pak cik," usul Zahar sambil
menyusun kayu yang digergaji tadi.
"Ya besok kta mesti siapkan mejanya pula," balas Pak Yusuf dengan wajah ceria.
"Lusa pula pak cik? tanya Zahar.
"Lusa aku hantar kau ke IKM.Setuju?" ( Hal.45)
Teknik Kejutan/saspens
Pengarang menggunakan teknik ini untuk menimbulkan perasan tertanya-tanya pembaca.
Contoh:
1.Apakah reaksi Suhaili nanti?
acahan Bakar kembali memancing keinginan itu. ( Hal.22)
2.Soalnya,bila Zahar masuk periksa semula?Setahunya Zahar macam sudah putus asa.Tidak
ulangi SPMnya.Tetapi bukan mustahil jika dia ambil periksa secara diam-diam.Kini apabila
dah berjaya,baru nak beritahu.
Ah,Zahar,kau ni lagi-lagi nak bagi aku saspen! ( Hal.36)
3.Masalahnya sekarang,aku terpaksa berdepan dengan seorang penolong ketua unit yang
belum aku kenal.
Bagaimana perawakannya? ( Hal.167)
4.Besar juga kenduri Pak Karim ni,hati Zahar berbisik lalu melangkah semula.Tetapi untuk
apa Pak Karim buat kenduri pada hari sabtu,hujung bulan pula ni?Kenduri kesyukuran atau
kenduri kahwin? ( Hal.82)

WATAK DAN PEWATAKAN


Pelaku atau pelakon dalam sesbuah karya yang boleh terdiri daripada
manusia,haiwan,tumbuhan dan unsur alam.
Pewatakan
Sifat-sifat luaran dan sifat dalaman yang positif dan negatif yang dilihat melalui
perasaan,tindakan,pemikiran dan fizikal seseorang tersebut.
Watak Utama
-watak utama ialah watak yang memainkan watak utama dalam sesebuah cerita.
Watak sampingan
-watak lain yang memainkan peranan kecil dan menyokong watak utama untuk melengkapkan
cerita.
Watak Utama
Zahar
*anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki.
*berusia awal 20-an
*telah kematian bapa dan ibunya bernama Mak Kiah.
* mempunyai bapa saudara sebelah ibu bernama Pak Yusuf
*Zakri dan Halim merupaka adik lelaki Zahar
*Pandai bermain bola sepak
*bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri.
*menamatkan persekolahan di peringkat SPM
*lulusan IKM
*berkawan dengan Ramli,Norimi dan Habsah di IKM.
*Berkawan dengan Bakar,Rahim dan Suhaili di kampung halamannya.
Pewatakan

1.Seorang yang rajin


Contohnya:
Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf membuat perabot tempahan
penduduk kampung dan jiran-jiran.
2.Tidak mudah putus asa
Contoh:
Sejak berhenti sekolah tiga tahun yang lalu,Zahar telah memohon pelbagai jawatan dan
telah beberapa kali menghadiri temu duga, tetapi belum juga berjaya.
3.Anak yang baik
Contoh:
Zahar hanya berjimat-cermat dengan wang imbuhan sebanyak Rm200 yang diterimanya
setiap bulan kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya yang turut membiayai persekolahan
dua adiknya.
4.Seorang yang tegas
Zahar menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di kilang
tempat dia menjalani latihan dalam loji di Kamunting kerana dia ingin berjaya dengan
usahanya sendiri.
5.Seorang yang tekun
Zahar tekun mendengar setiap nasihat yang diberikan oleh Cikgu Baharum sepanjang
pengajiannya di IKM.
6.Rasional
Walaupun dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili,namun Zahar tidak murah berasa marah
sebaliknya berazam untuk menjadi usahawan perabot suatu hari nanti.
7,Mempunyai sikap setiakawan
Zahar menganggap kemenangan mengalahkan pasukan bola sepak IKM Alor Setar bukan
sumbangan peribadnya malahan usaha seluruh ahli pasukannya.
8.Taat kepada agama
Zahar rajin pergi bersolat Maghrib dan Isyak di masjid semasa di kampungnya.

9.Tahu membalas budi


Setelah berjaya,Zahar menawarkan tiga tempat di bengkelnya untuk pelatih IKM yang
terlibat dengan latihan dalam loji, sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya.
10.Cinta akan kampung halaman
Zahar menanam azam untuk berjaya sebagai tukang perabot/usahawan perabot sejak mula
dia diterima menjadi pelatih IKM.
11.Seorang yang berdikari
Zahar sedar bahawa dia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada nama Pak Yusuf,
jadi dia berusaha mengembangkan pasaran perabotnya ke Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan
Kota Bharu.

WATAK DAN PEWATAKAN


PAK YUSUF
Watak
*Bapa saudara kepada Zahar
*Berusia dalam lingkungan 60-an
*Tubuh badan yang masih sihat
*Mempunyai bengkel sendiri
*Mempunyai seorang isteri bernama Mak Temah
*Mempunyai dua orang anak yang sedang menuntut di universiti
Pewatakan
1.Mengambil berat
Contoh:
Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar diri di IKM kerana mengambil berat akan
keperluan anak saudaranya.
2.Bertanggungjawab
Contoh:
Walaupun tahu Zahar boleh menyiapkan rak kasut masjid itu sendiri,tetapi atas rasa
tanggungjawab,dia berusaha menyiapkanya dengan bantuan Zahar.
3.Gigih bekerja
Contoh:
Pak Yusuf gigih bekerja di bengkel perabot menyiapkan tempahan perabot di samping
bekerja di kebun.
4.Pemaaf
Contoh:
Pak Yusuf senang memaafkan isterinya walaupun Mak Temah sesekali terlambat
menghidangkan makanan.
5.Rajin bekerja
Contoh:

Sejak awal pagi lagi,selepas sarapan Pak Yusuf telah pergi ke bengkel untuk menyiapkan
tempahan perabot.
SUHAILI
Watak
*Berbadan tinggi lampai
*Berbibir nipis
*Berkulit putih kuning
*Berlesung pipit di ppi kanan
*Kawan sekelas Zahar
*Anak ketua kampung, Pak Karim
*Lulusan ITM
*Pernah bekerja di Petaling Jaya
*Berjawatan sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran
Pewatakan
1.Mengakui kesalahan
Contoh:
Suhaili mengakui kesalahanya menghina dan memandang rendah terhadap Zahar dengan
mengatakan lulusan IKM tidak ada masa depan yang cerah.
2.Memandang rendah terhadap orang lain
Contoh:
Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan menjadi Pelatih IKM.Dia menganggap
bahawa lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah.
3.Mudah putus asa
Contoh:
Suhaili berhenti kerja di Petaling Jaya kerana tidak tahan dengan tekanan kerja dan
kesesakan lalu lintas di sana.
RAMLI
Watak

*Kawan baik Zahar


*Berasal dari Pulau Pinang
*Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
*Ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani
Pewatakan
1.Suka mengusik
Contoh:
1.Ramli suka mengusik Zahar dengan Norimi apabila melihat mereka berbual-bual.
2.Cekap bermain bola sepak
Contoh:
Ramli berjaya melerek bola ke gawang pihak lawan setelah mendapat tendangan daripada
Zahar.
NORIMI
Watak
*Kawan Zahar
*Berasal dari Johor Bahru
*Mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
Pewatakan
1.Lemah-lembut
Contoh:
Pak Yusuf yang pernah bertemu dengan Norimi mengangganya seorang gadis yang lemahlembut dan berbudi bahasa.
2.Mudah tersenyum
Contoh:
Norimi tersenyum apabila terpandang wajah Zahar
3.Cemerlang dalam pelajaran
Contoh:

Norimi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan asas.


MAK TEMAH
Watak
*Isteri Pak Yusuf
*Berbadan gempal
Pewatakan
1.Seorang isteri yang bertanggungjawab
Contoh:
Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan makanan untuk suaminya, Pak Yusuf.
2.Suka mengusik
Contoh:
Mak Temah mengusik Zahar apabila mengetahui Zagar pernah bertemu dengan Suhaili di
Pekan Alor Setar.
3.Mengambil berat
Contoh:
Mak Temah menyuruh Zahar makan makanan yang dibawa balik dari kenduri rumah Pak
Karim kerana dia pasti Zahar belum makan lagi.
4.Rajin memasak
Contoh:
Mak Temah menyediakan gulai iakn talang kering,ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk
paku untuk hidangan tengah hari.

LATAR
Latar belakang sesebuah cerita
Latar masa
-Tempoh masa berlakunya sesuatu peristiwa
Latar Masyarakat
-Gambaran / keadaan masyarakat (Masyarakat majmuk,masyarakat desa )
Latar Tempat
-Tempat berlakunya sesuatu peristiwa
Latar Masa
Lima Tahun
-Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah rumahnya sejak lima
tahun yang lalu kerana berminat dengan kerja-kerja pertukangan.
Setahun
-Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya,Pak Yusuf.
Tiga Tahun
-Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah,Zahar sentiasa berusaha memohon
pelbagai jawatan tetapi tidak berjaya.
Satu jam setengah
-Selama satu jam setengah Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke Alor Setar untuk bertemu
dengan Suhaili.

Waktu pagi
-Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
-Zahar pulang ke kampungnya pada waktu pagi dan mendapati ada kenduri di rumah Suhaili.
2.30 petang
-Lima mini sebelum 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang
pada minggu suai kenal.
Pada waktu malam
-Norimi dan Zahar telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada malam
pentup minggu suai kenal di IKM Sungai Petani.
Awal bulan
-Semua pelatih IKM termasuk Zahar akan menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00
pada setiap bulan.
Tiga bulan
-Mak Kiah, ibu Zahar pernah dirawat selama tiga bulan di wad Tibi.
-Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas,barulah Zahar dan rakan-rakannya
mendapat keputusan peperiksaan mereka.
Dua minggu
-Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas
perlawanan persahabatan di tempat mereka.
Enam bulan
-Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan.
-Zahar dan rakan-rakannya perlu menjalani latiah dalam loji selama enam bulan.Zahar
diterima menjalani latihan di KIlang Perabot Usaha Bersatu di Kawasan Perindustrian
Kamunting,Taiping.
Latar Tempat
Bengkel Pak Yusuf
-Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi membantu pendapatan
keluarganya.

-Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal,Pak Yusuf menyiapkan tempahan
perabot daripada penduduk kampung dan jiran-jirannya.
Bengkel Pertukangan Perabot
-Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di k dalam bengkel Pertukangan
Perabot.Mereka diberi masa 15 jam untuk menyiapkan rak buku.
Padang
-Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang bola kerana mereka
kekurangan pemain.
Rumah Ketua Kampung
-Pada hari satu kepulangan Zahar ke kampung,ada kenduri di rumah ketua kampung Pak
Karim.
Stesen Bas MARA
-Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.
Kompleks City Point,Alor Setar
-Zahar dan Suhaili makan di Restoran Kentucky Fried Chicken di Kompleks City Point,Alor
Setar.
IKM Sungai Petani
-Zahar dan Norimi bertemu pertama kali semasa mereka mendaftar di IKM Sungai
Petani.Zahar mengikuti kursus Pertukangan Perabot manakala Norimi mengikuti kursus
Lukisan Seni Bina.
Kampung Carok Petitih,Sik
Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih menuju ke IKM Sungai Petani
menaiki teksi Pak Usin.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat pekebun
-Selain menerima tempahan perabot di bengkelnya,Pak Yusuf juga sering pergi
membersihkan kebunnya.

-Mak Kiah,ibu Zahar bekerja menoreh getah bagi menampung keperluan keluarganya.
Masyarakat pelajar
-Pelatih-pelatih di IKM termasuk Zahar,Ramli dan Norimi belajar bersungguh-sungguh
sebelum menduduki peperiksaan asas.
Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain
-Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi
bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.
Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain
-Suhaili selalu memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM sebagai pelatih
berbanding dirinya berkelulusan ITM.
Masyarakat yang rajin bekerja
-Zahar dan Razaki bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu walaupun dia
menjalani latihan loji sahaja.
Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat
-Zahar berusaha untuk mencapai cita-citanya sebagai usahawan perabot terutama setelah
dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar.
Masyarakat yang bergotong-royong
-Penduduk kampung bergotong royong mendirikan bengkel perabot milik Zahar di sudut
kanan halaman rumahnya.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
-Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6,Zahar memohon untuk memasuki IKM untuk
menambah ilmu pengetahuan.
Masyarakat yang ambil berat
-Pak Yusuf mengambil berat tentang anak saudaranya dengan menyewa teksi dan
menghantar Zahar mendaftar di IKM

GAYA BAHASA
1.Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan keindahan bahasa untuk menjadikan cerita
lebih menarik.
2.Terdapat banyak unsur gaya bahasa,antaranya:
a)Sinkope:Kependekan kata,
Contohnya:emak-mak,hendak-nak,sudah-dah
b)Personifikasi:memberi sifat manusia kepada benda-benda yang tidak bernyawa
Contohnya:bulan tersenyum padaku,bayu memukul lembut wajahnya
c)Metafora:perbandingan secara langsung yang biasanya mengandungi dua perkataan.
Contohnya:laut fikir,jantung harapan,lurah dendam
d)Diksi:pemilihan kata yang tepat dengan tema novel.Perkataan itu mungkin bersifat
kedaerahan,bahasa klasik,bahasa slanga,bahasa asing atau bahasa puitis.
e)Simile:perbandingan dua objek atau perkara yang mempunyai nilai yang sama.Biasanya
disertai dengan perkataan bandingan seperti macam,umpama,bak,laksana
Contohnya:bagai pungguk rindukan bulan
f)Hiperbola:perbandingan melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar.
Contohnya:air mata menganak sungai
g)Inversi:pembalikan kata
Contohnya:tersenyum dia
h)Peribahasa:ayat atau kata yang ada susunan tetap dan membawa maksud tertentu
Contohnya:air muka,orang mengantuk disorongkan bantal.
i)Pengulangan / repetisi:Pengulangan kata atau frasa dalam satu ayat beberapa kali.
Contohnya:perasanku... Perasanku terluka
j) Anafora:pengulangan kata pada awal ayat
Contohnya:ada di situ,ada di sana
k)Epifora:pengulangan kata pada akhir ayat
Contohnya:duka ini berakhir,hidup ini juga kan berakhir

Metafora
-...memukul tangkai hatinya ( halaman 13)
- ...kuntum kegembiraan mengenang di hatinya ( halaman 25)
- Zahar tidak mahu gelombang resah ( halaman 61)
- kita nyalakan obor semangat dalam diri kita ( halaman 64)
Hiperbola
- Zahar yang duduk di hadapan kelas,mengunyah kata-kata CIkgu Baharum selumatlumatnya ( halaman 72)
-lidah api sedang menjelir,memamah punggung kawah ( halaman 81)
-perutnya yang berkeroncong,dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan ( halaman
90)
Personifikasi
- panas yang membakar atas zink bengkel ( halaman 2 )
-Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya ( halaman 13 )
-Sinar mata mengerdip di mata tuannya ( halaman 13 )
-Rasa resah gelisah itu makin menekan pada setiap kali ( halaman 18 )
-masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali dibungkus sepi ( halaman 19 )
-cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan dalam hidup ( halaman 22 )
-Acahan Bakar kembali memancing keinginan itu ( halaman 22 )
-warna senja mulai memamah suasana ( halaman 28 )
-Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam ( halaman 28 )
-nadanya menikam jantung Zahar ( halaman 36 )
-senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyelimuti wajahnya ( halaman 40)
-nada suara Suhaili bagaikan sembilu menghirs tangkai hatinya (halaman.41)
- ... kami tahu gelombang yang sedang memukul hati anda semua ( halaman 64)
Bahasa Inggeris
- repair ( halaman 52)
-awning (halaman 57)
-locker ( halaman 60)
-ragging ( halaman 61)
-best friend (halaman 139)
-no probleum ( halaman 67)
-girl friend (halaman 93)

-spt check (halaman 95)


-mood ( halaman 162)
-tension ( halaman 168)
-urgent (halaman 162)
-traffic ( halaman 168)
Bahasa Indonesia
-Ongkosnya,kepinggin,beres ( halaman 79)
Diksi/pemilihan kata
-Pelatih IKM, perabot,peralatan,ukiran yang unik,mesin melarik,mesin
mengetam,bengkel,latihan dalam loji,dan papan
Simile
... bagai tidak mahu kalah dibayangi( halaman 14)
...arus fikirannya seperti terhenti ( halaman 18)
...pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali
...cabaran aku tu bagai api membakar semangat kau ( halaman halaman 36)
...Zahar bagaikan tenggelam dibuai dengan teksi
(halaman 54)
...Aku dihina denga kata-kata yang bagai sembilu tajamnya ( halaman 73)
... bagaikan belati tajam menghiris tangkai hatinya ( halaman 185)
Peribahasa
...tentulah berat kakinya hendak melangkah ( halaman 25)
... patutlah macam isi dengan kuku ( halaman 26)
...sesungguhnya hati kecilnya ( halaman 53)
... Zahar tidak pernah berat mulut menasihati kedua-dua adiknya ( halaman 92)
...berat tulang ( halaman 92)
... pucuk dicita ulam mencatang ( halaman 159)

Sinkope
..."Dialah yang dah( sudah) lama tunggu tadi," ( halaman 4)
..."sedap atai tidak bihun tu ( itu) tak ( tidak) tahulah ( halaman 4 )
..."Apa, kau ( engkau) tak ( tidak) gembira dapat masuk IKM tu ( itu ) Zahar ( Halaman 40)

Repetisi/ pengulangan
...entah kambing,entah kerbau tumbang pagi tadi ( halaman 85)
... Biarlah peluh pak cik menitik bersama peluh kau,barulah adil kan ( halaman 7 )

Kata Ganda
... manik-manik peluh ( halaman 1)
... kawan-kawan ( hal 103
... pokok-pokok ( halaman 53)
...sebaik-baiknya ( halaman 75)

NILAI DAN PENGAJARAN


Nilai Murni
- Semua perkara atau perbuatan baik yang boleh dijadikan contoh oleh pembaca yang
terdapat dalam novel,antara nilai murni yang biasanya dipaparkan oleh pengarang ialah nilai
kasih sayang,berdikari,amanah,bekerjasama,hormat-menghormati,adil,patriotik,hemah
tinggi,taat,rasional,kebersihan,kegigihan dan keyakinan.
Pengajaran
-Semua perkara positif dan negatif yang terdapat di dalam novel yang boleh dijadikan
pedoman dan peringatan kepada pembaca dalam kehidupan mereka.
Contohnya:
Kita haruslah bekerjasama... ( perkara positif)
Kita janganlah bersikap mementingkan diri sendiri ( perkara negatif )

Nilai dan pengajaran dalam novel:


a)Nilai murni:Saling memaafkan
Pengajaran:Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.
Contoh:
1.Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya
melanjutkan pelajaran di IKM.
2.Pelatih senoior dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya
minggu suai kenal.
3.Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah
lewat menghidangkan sarapan.

b)Nilai:Tanggungjawab
Pengajaran:Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.
Contoh:
1.Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah
dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
2.Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya ,Pak Yusuf dengan sempurna
kerana tanggungjawabnya sebagai isteri.
c)Nilai:Keyakinan
Pengajaran:Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri
Contoh:
1.Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah
kepada pandangan masyarakat.Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan
kerana dia telah berusaha dengan sebaiknya disamping restu daripada ibunya.
d)Nilai:Setiakawan
Pengajaran:Sikap setiakawan haruslah sentiasa diamalkan agar silatulrahim terus
berkekalan.
Contoh:
1.Zahar tidak mahu menerima pujian untuuk dirinya sendiri sahaja sebaliknya memuji rakanrakan sepasukan yang telah membawa kemenangan kepada pasukannya.
e)Nilai:Rajin
Pengajaran:Janganlah malas berusaha jika kita inginkan rezeki yang mencukupi/ kita
haruslah sentiaa rajin berusaha agar rezeki kita bertambah.
Contoh:
1.Mak Kiah mengambil upah menjahit selain menganyam tikar mengkuang untuk menambah
pendapatan keluarganya.
2.Halim dan Zakri akan membantu ibunya memesin getah atau mencetak mengkuang pada
hari-hari cuti persekolahanya.

f)Nilai:Ambil berat
Pengajaran:Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan
amalan.
Contoh:
1.Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk
membantu keluarga Zahar setakat kemampuannya.
g)Nilai:Berdisiplin
Pengajaran:Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan
Contoh:
1.Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris
dengan tegak semasa minggu suai kenal.
2.Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki
basikal sejauh 2 km.
h)Nilai:Tabah
Pengajaran:
1.Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan orang terhadap diri kita.
2.Janganlah kita mudah berputus asa menghadapi kesusahan dalam hidup.
Contoh:
1.Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang memandang rendah kepada mereka yang
mempunyai kelulusan IKM.
2.Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya dengan hasil menoreh
getah,menganyam tikar dan mengambil upah menjahit baju selepas kamatian suaminya.
i)Nilai:Kerja sama
Pengajaran: dalam sebuah pasukan,kerja sama haruslah ada untuk mencapai kejayaan.
Contoh:
1.Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan
kejayaan pasukan mereka.
2.Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerja sama membersihkan kawasan semak
seluas padang bola dalam masa yang singkat.

j)Nilai:Tegas
Pengajaran:Kita mestilah tegas dengan tindakan atau pendirian yang telah kita buat.
Contoh:
1.Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan
pekerjaaan di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana.
k)Nilai:Berani
Pengajaran:Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan diri.
Contoh:
1.Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa
penutup minggu suai kenal.
l)Nilai:Bergotong-royong
Pengajaran:Kita haruslah bergotong-royong melakukan sesuatu perkara yang sukar
agar menjadi lebih mudah.
Contoh:
1.Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar
tanpa menghiraukan terik panas matahari.
m)Nilai:Berjimat cermat
Pengajaran:Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat.
Contoh:
1.Walaupun hanya menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 sebulan,namun Zahar
sentiasa berjimat cermat untuk memastikan perbelanjaannya sentiasa mencukupi.
n)Nilai:Tekun
Pengajaran:Kita mestilah tekun dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Contoh:
1.Zahar tekun bekerja di bengkel Pak Yusuf sejak setahun yang lalu.
2.Zahar dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa tekun melaksanakan tugasan mereka sejak

latihan mereka bermula di IKM.


o)Nilai:Merendah diri
Pengajaran:Kita mestilah sentiasa bersikap merendah diri terutama di tempat orang.
Contoh:
1.Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan disenangi oleh
rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting.
p)Nilai:Gigih
Pengajaran:Sikap gigih dalam melakukan sesuatu perlulah dijadikan pegangan hidup jika
ingin berjaya.
Contoh:
1.Zahar gigih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh di IKM untuk membuktikan
bahawa pelatih IKM juga boleh berjaya.
q)Nilai:Menghormati
Pengajaran:
1.Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita.
2.Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.
Contoh:
1.Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak IKM Alor
Setar yang bertancang ke tempat mereka.
2.Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek
mencurahkan segala ilmunya.
r)Nilai:Baik hati
Pengajaran:Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.
Contoh:
1.Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya
walaupun dia baru mengenali Zahar.
2.Zahar mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kilang perabot tempat latihan
lojinya dan semua rakan sekerja yang begitu baik terhadapnya sejak dia memulakan

latihannya di sana.
s)Nilai:Insaf
Pengajaran:Kita mestilah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan
Contoh:
1.Suhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar kerana dia menginsafi perbuatannya yang telah
menghina dan memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM.
t)Nilai:Bijaksana
Pengajaran:Kita haruslah bijak menangani sesuatu situasi.
Contoh:
1.Zahar berjaya memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan seterusnya membuat
rembakan kencang ke pintu gol pihak lawan semasa perlawanan bola sepak dengan pasukan
IKM Alor Setar.

Anda mungkin juga menyukai