Anda di halaman 1dari 20

Latar Belakang Kajian

Dunia kini digemparkan dengan kewujudan beberapa kumpulan ekstrimis yang menggunakan
nama Islam sebagai wadah perjuangan. Kewujudan kumpulan-kumpulan ini telah
menimbulkan kerisauan di seluruh dunia kerana kekejaman yang dipertontonkan adalah
sesuatu yang tidak wajar dan menyalahi tuntutan Islam itu sendiri. Antara kumpulan militan
yang sedang bergiat aktif diseluruh dunia adalah kumpulan militan IS. Rata-rata kita dapat
melihat gerakan kumpulan ini semakin aktif di dalam mengrekrut ahli-ahli baru bagi
menyertai mereka di dalam perjuangan mereka. Diantara tujuan utamanya ditubuhkan adalah
untuk membentuk sebuah negara Islam berasaskan sistem pemerintahan khalifah seperti mana
sewaktu zaman kegemilangan tamadun Islam dan seterusnya menentang pemerintahan
kerajaan Syiah di Iraq dan Syria. Malaysia diantara salah satu negara yang menjadi sasaran
kumpulan IS untuk mengrekrut ahli-ahli baru. Antara kes yang dilaporkan adalah seperti
Halimah Hussein rakan Yazid Sufaat yang turut dikehendaki polis Malaysia kerana disyaki
merekrut rakyat tempatan dan menghantar mereka supaya menjadi pengganas1 dan juga
tindakan polis Filipina menembak seorang rakyat Malaysia, Mohd Noor Fikri Abdul Kahar
atas sebab mengugut polis untuk meletupkan bom dalam sebuah beg.2
Pada 1 Okt 15 media melaporkan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang direkrut oleh
kumpulan militan (IS) di Syria untuk menjadi penembak tepat dan pengebom berani mati di
Iraq3. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit
Aman, Datuk Ayub Khan Mydin, setakat ini sekurang-kurangnya 500 akaun facebook yang
1 Utusan Online. Halimah Rakan YazidSufaat Dicari.
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130529/je_12/Halimah-rakan-YazidSufaat-dicari [Diakses pada [16 Mac 2016].
2The Star. 2012. Malaysian Terror Suspect Killed in Davao.
http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2f2012%2f12%2f16%2fnation
%2f12467757&sec=nation [Diakses pada 16 Mac 2016].
1

dikenal pasti menjalankan aktiviti mempromosi, merekrut serta cubaan untuk menggalakkan
rakyat Malaysia untuk berjuang di Syria.4 Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
juga tidak menafikan bahawa pengaruh militan IS di Malaysia adalah pada tahap yang
membimbangkan dimana media sosial merupakan antara medium utama yang digunakan
kumpulan militan tersebut memperluaskan ideologi mereka khususnya kepada kanak-kanak. 5
Di dalam laporan lain turut melaporkan bahawa terdapat tiga orang rakyat Malaysia telah
ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 Sep 14 yang mana
mereka masih baharu tetapi berminat untuk menjadi pejuang jihad selepas direkrut menerusi
laman sosial Facebook dengan hanya mengambil masa tiga bulan.6
Pernyataan Masalah
Sejak kebelakangan ini, media banyak melaporkan bahawa terdapat rakyat Malaysia yang
telah pergi ke Syria untuk berjihad disana. Terdapat segolongan dari rakyat Malaysia sanggup
meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak kerana tertarik dengan kata-kata dan hujah yang
banyak dikeluarkan di lama-laman sosial seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya. Ini
menimbulkan masalah kepada semua pihak baik kerajaan mahupun rakyat kerana
3 Sinar Harian. Dari Tukang Cuci Direkrut Jadi Penembak
Tepat.http://www.sinarharian.com.my/semasa/dari-tukang-cuci-direkrut-jadi-penembaktepat-1.435453 [Diakses pada 29 Mac 16]

4 Sinar Harian. Jumlah Rakyat Malaysia Sertai


IS.http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/jumlah-rakyat-malaysia-sertai-ismeningkat-1.365285 [Diakses pada 29 Mac 16]

5 Malaysian Digest. Kanak-kanak Malaysia Di


Rekrut.http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/590508-kanak-kanak-malaysiadirekrut-jadi-pejuang-isis-awasi-anak-anda.html [Diakses pada 29 Mac 16]

6 The Star. Jihad. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/27/jihad/


[Diakses pada 29 Mac 16]

kecanggihan dan kemudahan teknologi telah disalahgunakan. Jika pengawalan dan


pemantauan tidak dilakukan ia akan menimbulkan masalah yang mendalam kepada negara
kerana rakyat akan lebih terpengaruh dan tertarik dengan kempen-kempen yang dilakukan
diatas alam maya. Dikhuatiri juga sekiranya rakyat Malaysia sekembali dari Syria, mereka
akan membawa pemahaman terpesong IS dan akan melakukan pelbagai keganasan di
Malaysia sendiri yang boleh membawa masalah kepada keselamatan Malaysia sendiri.
Terdapat juga laporan yang mengatakan anggota keselamatan turut dikesan dan ditangkap
oleh pihak Polis kerana disyaki terlibat dengan perjuangan IS dan lebih malang mereka
terjebak kerana tertarik dengan hujah dan tarikan di media-media sosial. Jika anggota
keselamatan telah tertarik dengan ideologi dan fahaman IS maka negara akan menghadapi
masalah besar kerana anggota pasukan keselamatan mempunyai akses dan latihan kepakaran
di dalam bidang persenjataan dan taktik peperangan.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cara-cara atau langkah-langkah yang sesuai diambil
bagi mengatasi masalah pengrekrutan rakyat Malaysia melalui media sosial internet bagi
tujuan keganasan di Syria yang mana ia mampu menganggu gugat keselamatan Malaysia.
(Boleh ka aku buat objektif dalam bentuk macam ni)
Persoalan Kajian
Terdapat tiga persoalan kajian dalam menjalankan kajian ini iaitu:
i.Bagaimanakah penggunaan internet dapat membantu dalam merekrut ahli-ahli baru?
ii.

Mengapakah medium internet dipilih sebagai salah satu cara atau alat untuk merekrut

ahli baru?

iii.

Apakah impak kepada keselamatan Malaysia sekiranya perkara-perkara seperti diatas

tidak diatasi dengan baik?


Sorotan Kajian Lepas
Laporan United Nations Office on Drugs and Crime (2012) The Use of The Internet For
Terrorist Purposes menjelaskan bahawa internet sering digunakan untuk menggalak dan
menyokong keganasan. Pendekatan ini telah menyebabkan pengenalan enam kategori yang
kadang-kadang bertindih: propaganda (termasuk pengrekrutan, radikal dan hasutan
keganasan); pembiayaan, latihan, perancangan (termasuk melalui komunikasi rahsia dan
maklumat sumber terbuka); pelaksanaan; dan serangan siber.
Salah satu kegunaan utama Internet oleh pengganas adalah untuk penyebaran propaganda.
Propaganda biasanya dalam bentuk komunikasi multimedia yang menyediakan arahan
ideologi atau praktikal, penjelasan, justifikasi atau promosi aktiviti pengganas. Ini mungkin
termasuk mesej maya, persembahan, majalah, risalah, fail audio dan video dan permainan
video yang dibangunkan oleh pertubuhan-pertubuhan pengganas atau mereka yang
bersimpati. Propaganda pengganas yang diedarkan melalui Internet meliputi pelbagai objektif
dan penonton.
Ulasan Pengarang Berkenaan Pengganas Merekrut Guna Internet Asia Tenggara
Anthony Bergin, Sulastri Bte Osman, Carl Ungererdan Nur Azlin Mohamed Yasin (2009).
Kajian mereka mendapati bahawa internet telah menyumbang kepada kegiatan radikal,
mungkin akan berkembang dalam kepentingan serantau, dan mungkin menjadi faktor
dominan dalam kegiatan radikal di rantau ini. Ia meliputi semua jenis laman rangkaian sosial,
seperti blog dan forum, yang berkembang pesat. Mereka juga mengetengahkan beberapa

pendekatan dasar untuk menentang penggunaan internet yang radikal di rantau ini, termasuk
menyekat laman web, mewujudkan laman web naratif kaunter untuk mempromosikan
toleransi, dan kaedah perisikan.
Jacobson, Michael (2010), menyatakan bahawa Al-Qaeda telah menggunakan Internet
terutamanya untuk menyebarkan propaganda mereka dan merekrut ahli baru.Kumpulan
pengganas juga telah bergantung kepada Internet untuk tujuan yang berkaitan dengan
pembiayaan. Lain-lain kumpulan pengganas Islam seperti Hamas, Lashkar e-Taiba, dan
Hizbullah juga telah menggunakan Internet secara ekstensif untuk mengumpul dan
memindahkan dana yang diperlukan bagi menyokong aktiviti-aktiviti mereka.
Lawrence, Stacy (2005), menyatakan bahawa pertubuhan-pertubuhan pengganas mengambil
kesempatan daripada jangkauan global internet untuk merekrut ahli, mengumpul dana, dan
menyebarkan ideologi mereka.
Hegghammer, T. (2013), pula menonjolkan penentu utama taktik perekrut, iaitu ketegangan
antara kakitangan keperluan peribadi dan risiko penyusupan. Lukisan pada teori isyarat, satu
rangka kerja analitikal yang mengkonsepkan pengambilan sebagai permainan kepercayaan
antara perekrut dan orang yang direkrut.
Gold, S. (2011), menyatakan bahawa realitinya kumpulan global menggunakan teknologi
digital yang signifikan untuk menyebarkan mesej subversif dan merekrut ahli baru. Untuk
meneruskan kempen keganasan, organisasi jihad al-Qaeda perlu menyebarkan mesej itu.
Manakala media Barat suka untuk menggambarkan al-Qaeda sebagai sebuah organisasi
berstruktur yang menggunakan teknologi rendah. Namun realitinya adalah kumpulan global
sangat signifikan menggunakan teknologi digital untuk menyebarkan mesej subversif dan
merekrut ahli baru. Al-Qaeda mempunyai penyelidikan digital dan bahagian pembangunan

dikenali sebagai Fariq Jawwal Al-Ansar (FJA) yang telah menjadikan web dan e-mel sebagai
satu cara utama komunikasi, selain teknologi Bluetooth. Al-Qaeda menganggap teknologi
Bluetooth sebagai mekanisme siaran poket ke poket yang hampir sempurna serta tidak dapat
dikesan oleh agensi-agensi perisikan Barat.
Gray, D.H. dan Head, A. (2009), Internet menawarkan pengganas satu bentuk selamat di mana
mereka boleh melatih, merekrut dan melaksanakan pelbagai tugas operasi. Beberapa faedah,
seperti komunikasi strategik dan mengumpul dana, secara teorinya boleh dilaksanakan hampir
sepenuhnya dalam talian, manakala utiliti Internet untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain juga
mantap. Jelas sekali, Internet sedang dimanfaatkan oleh kumpulan pengganas.
Menerusi kajian-kajian lepas adalah didapati dan disimpulkan bahawa kesemua pengarang di
atas menyatakan dengan jelas bahawa internet boleh dan telah digunakan bagi tujuan
menyebar luaskan fahaman, ideologi, propaganda, mesej subversif, dan seterusnya
menyumbang kepada kegiatan radikal dan penyertaan dalam jihad. Internetmenjadi medium
yang sangat berkuasa merekrut ahli baru menerusi pelbagai pendekatan seperti laman web,
sembang sosial, youtube, e-mel serta blog dan forum.
Scheer, Robert, dan Batra, Aseem (2001),menyatakan bahawa terdapat korelasi antara
pengganas dan Internet. Menggunakan perkhidmatan Internet kepada perancangan serangan
pengganas. Manakala Aaronson, Trevor (2011), menyatakan bahawa FBI percaya bahawa
operasi pengganas asing yang menggunakan Internet adalah untuk mendapat simpati individu
ke arah perbuatan ganas. Kedua-dua pengarang menyatakan dengan jelas bahawa kumpulan
pengganas juga menggunakan internet bagi merancang serangan pengganas serta mendapat
simpati individu ke arah perbuatan ganas.
Jika merujuk kepada sorotan-sorotan karya diatas, pengkaji melihat terdapat ruang untuk
dijalankan satu kajian penyelidikan di Malaysia berkenaan dengan pengrekrutan ahli baru
6

oleh pengganas dengan menggunakan medium internet. Dengan mengambil kira faktor
keselamatan negara, pengkaji ingin menyelongkar permasalahan tersebut dalam konteks
Malaysia supaya langkah-langkah awal dapat diambil.
Hasil kerja Paul Gill dalam A Multi-Dimensional Approach to Suicide Bombing, salah satu
propaganda yang dilakukan oleh pengganas dalam mendapatkan sokongan dari ahli baru
untuk direkrut adalah dengan mereka budaya mati syahid. Budaya mati syahid tersebut
ditonjolkan dengan propaganda, pemimpin yang bersifat karismatik serta memerangkap
justifikasi. Menurut Gill, kesemuanya digunakan secara efektif oleh kumpulan pengganas
terutamanya Al-Qaeda7. Propaganda disebarkan melalui laman sesawang serta rangkaian
sosial seperti blog, Facebook, dan forum dengan pelbagai gambar, video dan juga maklumat
yang digunakan untuk mempengaruhi pengguna Internet. Dari segi penonjolan pemimpin
yang bersifat karismatik, kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda menggunakan pemimpin
mereka seperti mereka mempunyai kuasa yang luar biasa (godlike power) terutamanya seperti
Osama bin Laden yang dikatakan begitu sukar untuk ditangkap oleh pihak Amerika Syarikat
dan sekutunya. Dan juga, dalam memerangkap justifikasi (framing justifikasi), Gill
memberikan gambaran tentang justifikasi setiap usaha yang dilakukan oleh kumpulan mereka
adalah demi mencapai matlamat sama, iaitu agama. Al-Qaeda, secara umum kita mengetahui
bahawa agama digunakan sebagai senjata, dan dalam konteks keganasan di Asia Tenggara,
negara seperti Malaysia yang mempunyai banyak penduduk menganut agama Islam, tidak
begitu toleran terhadap negara Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat kerana dilihat telah
banyak menyebabkan kesengsaraan penduduk Islam terutamanya di Palestin. Dengan
menggunakan alasan bahawa berperang musuh yang memerang saudara Islam itu adalah
wajib, ia menimbulkan rasa bersalah di kalangan pengguna Internet, yang sasarannya
7 Gill, Paul. 2007. A Multidimensional Approach to Suicide bombing. International
Journal of Conflict and Violence.
http://www.ijcv.org/index.php/ijcv/article/viewFile/12/12 halaman 146
7

beragama Islam. Jihad menjadi isu, dan secara perlahan-lahan, bagi mereka yang terpedaya
dengan mesej yang disampaikan, akan memudahkan proses mendoktrinkan oleh pihak
pengganas.
Dalam kajian RAND bertajuk Al-Qaida: Terrorist Selection and Recruitment, salah satu cara
untuk menghentikan pengrekrutan Al-Qaida dengan memahami bagaimana ia berfungsi, di
mana Al-Qaeda merekrut, medium apa yang digunakan, siapakah sasaran dan mengapa. 8 Cara
tersebut yang disarankan oleh RAND Corporation kepada Amerika Syarikat dalam
memahami bagaimana cara pemikiran pengganas dilihat boleh digunakan oleh kerajaan
Malaysia dalam memerangi keganasan di dunia siber. Ini kerana memahami konsep dan
bagaimana pengganas berfikir mampu memberikan sedikit kelebihan kepada kerajaan
Malaysia dalam usaha membanteras keganasan dengan langkah pencegahan iaitu
mengelakkan proses pengrekrutan melalui media Internet, yang dilihat kuasanya lebih besar
dari media massa.
Selain dari itu, Paz (2003) mencadangkan bahawa pihak risikan dan khidmat keselamatan
juga patut memberikan sumbangan dalam menentang keganasan, dengan menumpukan
perhatian terhadap pengumpulan maklumat yang membolehkan mereka lebih mudah untuk
memahami ideologi, budaya, pendidikan dan faktor sosial dalam usaha menangkis usaha
merekrut keganasan di medan Internet.9 Ini merupakan pandangan yang berguna kerana
terdapat faktor-faktor lain yang dapat diambil kira dalam mencegah rakyat Malaysia dari
terjebak dari pengrekrutan pengganas di medan internet.

8 RAND. Chapter 5. Al-Qaida: Terrorist Selection and Recruitment. Halaman 73.


http://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/reprints/2006/RAND_RP1214.pdf
9 Paz, Reuven (2003). Global Jihad and European Arena. Asia Times Online.
http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/EA23Ak01.html
8

Teori/Konsep
Di dalam membicarakan berkenaan dengan pengrekrutan pengganas di dunia siber, pengkaji
berpendapat bahawa terdapat teori yang berkaitan dapat dikaitkan dalam perilaku pengganas.
Teori yang difikirkan sesuai adalah teori konstruktivisme. Teori ini merujuk kepada
persamaan nilai norma, dari segi budaya, agama, gaya hidup, pemikiran dan lain-lain yang
dilihat membawa kepada persefahaman. Walaupun teori konstrutivisme dilihat cenderung
kepada aktor negara, namun konstruktivisme juga menegaskan peranan aktor bukan negara
(non-state actor) yang dilihat mampu mempengaruhi aktor negara, kerana kecenderungan
terhadap kepercayaan dan idealogi.10 Mereka berjaya mengeksploitasi kebebasan dunia maya
terutamanya di Malaysia, dimana menurut Games In Asia, terdapat 1 bilion pengguna internet
di Asia.11 Manakala, di Malaysia, data merekodkan 20 juta pengguna internet pada tahun
2015.12
Konstruktivisme merupakan salah satu aliran ideologi yang baru diperkenalkan dalam
hubungan antarabangsa yang mana sebelum ini ideologi yang mendominasi hubungan
antarabangsa adalah Marxist, Liberalisme serta Realisme.13 Istilah konstruktivisme diambil
daripada perkataan construct yang bererti membina. Oleh itu, dalam memerihalkan hubungan
10 Slaughter, A. M. n.d. International Relations, Principal Theories. hlm 5.
http://www.princeton.edu/~slaughtr/Articles/722_IntlRelPrincipalTheories_Slaught
er_20110509zG.pdf
11Steven Milward. 10 July 2012. Asia Now Has 1 Billion Web Users, And This Is
What They Do Online. http://www.gamesinasia.com/asia-one-billion-internetusers/
12 http://www.kkmm.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=9505:2015-10-28-08-3819&catid=118:berita-terkini&Itemid=254&lang=ms [Diakses pada 29 Mac 16]
13 John M.Hobson.2000. The State and International Relations. Cambridge.
Cambridge University Press., hlm 87.
9

antarabangsa terdapat struktur-struktur yang tertentu yang membentuknya. Hal inilah yang
ditekankan oleh para pendukung Konstruktivisme. Konstruktivisme bukanlah suatu ideologi
yang memainkan peranan dalam hubungan antarabangsa tetapi ianya adalah suatu bentuk
penjelasan sosial berkenaan sikap, perilaku serta kajian yang dilakukan dalam bidang
sosiologi.14 Konsep konstruktivisme ini pertama kalinya digunakan dan diperkenalkan oleh
Ludwik Fleck yang menghasilkan buku The Genesis and Development of a Scientific Fact.15
Buku ini telah diterbitkan pada tahun 1935 dalam bahasa Jerman, namun buku ini gagal
mendapat perhatian meluas di kalangan para pengkaji hubungan antarabangsa sehinggalah
ianya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1979 dan mula mendapat
sambutan. Fleck telah memperkenalkan konsep gaya berfikir yang merangkumi perilaku
berfikir, budaya, keilmuan, pendidikan dan kesemua ini akan menghasilkan persepsi dan cara
menghasilkan teori. Konstruktivisme dalam membincangkan hubungan antarabangsa hanya
mengkritik teori Realisme dan juga teori Liberal, namun terdapat beberapa pendekatan teoriteori ini dipersetujui oleh konstruktivisme. Konstruktivisme bersetuju dengan Realisme yang
mengatakan dunia ini berada dalam anarki (huru-hara). 16 Para konstruktivis berpendapat
bahawa keadaan ini adalah akibat sikap dan perilaku negara yang membentuknya dalam
hubungan antarabangsa. Hubungan yang dilakukan juga adalah bertunjangkan kepada
kepentingan Negara (national interest).17
Skop Kajian

14Ibid
15Ibid
16Ibid
17Baylis,John& Steve Smith.2001.The Globalization & World Politics. New
York.Oxford University Press.Hlm 23
10

Kajian yang dijalankan akan memberi tumpuan kepada bagaimana penggunaan internet
khususnya media sosial dan media lain dapat membantu merekrut ahli baru dan mengapa
pengganas memilih medium internet untuk mencari ahli baru sehingga ia mampu memberikan
kesan kepada keselamatan Malaysia.
Signifikasi Kajian
Kajian mengenai pengrekrutan pengganas di Malaysia melalui medium internet mempunyai
sebab tersendiri, iaitu banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan pengrekrutan internet
lebih banyak tertumpu di Asia Barat berbanding Asia Tenggara. Sedangkan Asia Tenggara
khususnya Malaysia, Indonesia dan Filipina telah digunakan sebagai hub untuk menjadi
tempat mencari pewaris-pewaris bagi meneruskan perjuangan mereka. Ini telah terbukti
bahawa apabila Asia Tenggara telah digemparkan dengan tertangkapnya suspek seperti Yazid
Sufaat dan Halimah yang dikatakan terlibat terhadap pergerakan pengganas. 18 Kajian yang
dilakukan difahami lebih kepada aliran atau trend pengganas menggunakan medium internet
untuk menyebarkan dakyah atau propaganda yang bersifat ekstermis yang lebih tertumpu
kepada Indonesia serta kajian lepas menunjukkan pengguna Internet di Asia Tenggara yang
lebih terbuka dalam medan sosial.19
Kajian ini juga dilihat perlu kerana pengaruh dan dakyah yang dibawa oleh pengganas kini
tidak lagi secara klasik iaitu ajakan dari seorang ke seorang tetapi modus operandi pengganas
18 Berita Harian, May 2013. Yazid Sufaat, Muhammad Hilmi didakwa terbabit
terbabit kegiatan pengganas.
http://www.bharian.com.my/articles/YazidSufaat_MuhamadHilmididakwaterbabitk
egiatanpengganas/Article/
19 Bergin, A. & et al. March 2009. Countering internet radicalization in Southeast
Asia. http://www.rsis.edu.sg/short
%20reports/Countering_internet_radicalisation.pdf
11

kini telah berubah kepada penggunaan teknologi. Hal ini mampu untuk menarik lebih ramai
masyarakat untuk berjuang bersama mereka dengan mengatakan jihad dan mati syahid
sekiranya menyokong dan sanggup untuk berkorban. Terdapat laporan yang mengatakan
bahawa jumlah rakyat Malaysia menyertai meningkat saban hari sehingga melibatkan kanakkanak umur paling muda 5 tahun. Terdapat laporan lain juga melaporkan bahawa terdapat
lebih kurang 500 akaun Facebook yang dikenal pasti menjalankan aktiviti mempromosi,
merekrut serta cubaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjuang di Syria.20
Kajian ini juga boleh dianggap sebagai membantu memberikan cadangan kepada pembuat
dasar dalam menangani masalah pengrekrutan penjenayah Internet di Malaysia dengan cara
yang bersesuaian untuk kerajaan gunakan dalam penguatkuasaan dan tindakan yang boleh
dijalankan dalam menangani isu pengganas yang semakin menjadi perhatian. Selain dari itu,
hasil dari kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan dan rujukan lain dalam konteks
Malaysia mengenai pengrekrutan pengganas di Malaysia bukan sahaja oleh pelajar jurusan
Strategi dan Keselamatan, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia dan Tentera
Diraja Malaysia, dan orang awam yang berminat untuk mengetahui kajian mengenai
pengrekrutan pengganas menggunakan internet di Malaysia.
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah penghuraian, kajian
lapangan, kajian sejarah, kajian kes dan data verbal. Hal ini kerana kaedah kualitatif
cenderung kearah bidang Sains Sosial . 21
20 http://www.sinarharian.com.my/semasa/jumlah-rakyat-malaysia-sertai-ismeningkat-1.365285 [Diakses pada 16 Mac 2016]
21 Punch, K .1998. Introduction to Social Research: Quantitative and Qualitative
Approaches, London, Sage
12

Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan konsep
variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan. Sebaliknya
kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman, pembentukan
fenomena, konteks dan triangulasi. Seterusnya ialah perbezaan dari sudut bidang yang dikaji
oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian,
psikologi, sains politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.22
Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi, kemasyarakatan,
linguistik, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah kuantitatif melihat
kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan
hubungan, meramal tingkah laku dan menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula
dengan kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan
kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan
kejadian secara verbal.23
Oleh kerana itu, penyelidik berpendapat bahawa kaedah kajian kualitatif lebih bersesuaian
digunakan dalam kajian ini berbanding kaedah kajian kuantitatif.
Kaedah Kajian
(i) Sumber Data
Di dalam menjalankan kajian berkenaan tajuk ini, pengkaji berpendapat data yang akan
digunakan di dalam kajian ini adalah daripada sumber primer dan sekunder. Kepelbagaian
dalam sumber adalah penting bukan sahaja kerana ianya melibatkan nilai yang berbeza-beza

22 Ibid
23 Ibid
13

dalam konteks kajian tetapi ianya memberikan hasil yang berbeza-beza dalam aspek Sains
Sosial.24
Di dalam bidang sains sosial, sumber primer merujuk kepada data yang dihasilkan secara
terus oleh pengkaji bagi tujuan kajian dan dimana pengkaji mendapatkan data secara terus
dengan subjek kajian. Sumber bagi data primer termasuklah individu, kumpulan, beberapa
panel responden yang biasanya diatur oleh pengkaji untuk ditemuduga. Rekod mahkamah,
surat dan laporan yang amat membantu dalam memberikan gambaran secara terus mengenai
situasi tertentu juga dianggap sebagai sumber primer. Oleh itu, sumber primer mampu
memberikan maklumat yang berguna terutamanya jika pengkaji perlu mendapatkan persepsi,
pendapat atau tingkah laku manusia.25 Di dalam konteks kajian ini, temubual merupakan
sumber primer yang boleh diperolehi di dalam melengkapkan kertas kajian ini. Temubual
melibatkan pihak Polis, Kementerian Dalam Negeri dan pihak Suruhanjaya Komunikasi
Malaysia akan memberi kesan yang baik kepada kajian yang akan dilaksanakan.
Sumber sekunder pula merujuk kepada maklumat yang dihasilkan selepas kejadian berlaku yg
mana pengkaji tidak menyaksikan sendiri situasi ditempat kejadian. Ia termasuklah data
seperti majalah, buku, akhbar dan data-data daripada kajian terdahulu, kes kajian, rekod
perpustakaan dan data internet. Data sekunder dalam konteks ini mungkin akan menghasilkan
analisis yang lebih mendalam terhadap data yang telah wujud dengan adanya interpretasi
terkini yang berbeza dengan kajian terdahulu.26 Berdasarkan kepada kajian yang hendak
dilaksanakan, pengkaji berpendapat sumber sekunder sangat diperlukan di dalam membantu
24 Mahoney, J & Goertz, G. (2006) A Tale of Two Cultures: Contrasting
Quantitative and Qualitative Research, Journal Of Political Analysis, vol14,m/s
227249
25 Ibid
26 Ibid
14

sumber primer. Dengan menggabungkan kedua-dua sumber tersebut pengkaji melihat satu
kajian menyeluruh dapat dihasilkan dan dijangka mampu memberi manfaat kepada
masyarakat di masa akan datang.
(ii) Kaedah pengumpulan data
Data yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan ianya dinamakan data yang
didokumentasikan. Data yang didokumenkan digunakan bagi membentuk asas sesuatu kajian
bagi pendekatan doktrin, kajian secara keseluruhan dijalankan dengan mengkaji dan
menganalisis maklumat utama yang terkandung dalam sumber primer dan sekunder. 27 Antara
data primer yang digunakan dalam kajian ini ialah draf-draf parlimen mengenai panggunaan
intenet oleh kumpulan pengganas dan laporan daripada badan-badan antarabangsa.28
Maklumat lain yang relevan terhadap tujuan pengganas menggunakan internet untuk merekrut
juga dikumpul bagi memberikan hasil kepada kajian. Ianya termasuklah kajian lepas
mengenai pengganas menggunakan internet, sumber-sumber dari internet dan sebagainya. Hal
ini sekaligus menunujukan bahawa data sekunder juga digunakan oleh penyelidik
melengkapkan kajian ini.29

Limitasi Kajian

27 Stebbins, Robert A. 2001. Exploratory Research in the Social Sciences.


Thousand Oaks. CA Sage
28 Ibid
29 Ibid
15

Memandangkan aktiviti pengganas yang merekrut menggunakan internet sukar dikesan,


beberapa batasan kajian ini perlu diakui. Di dalam membicarakan berkenaan limitasi kajian,
pengkaji menjangkakan bahawa akan terdapat beberapa halangan yang bakal di hadapi
memandangkan sumber-sumber primer merupakan seseorang yang begitu sibuk dengan
tugasan dan tanggungjawab. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji akan cuba untuk
membuat temujanji dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari
dan pengkaji akan mencari alternatif lain sekiranya masalah lain muncul. Dari segi sumber
sekunder pula, pengkaji menjangkakan bahawa statistik-statistik yang perlu dicari untuk
menyokong kajian ini tidak dibenarkan untuk ditunjukkan kerana kemungkinan ia akan
melibatkan isu keselamatan. Pengkaji akan mematuhi segala prosedur dan kelulusan yang
diberikan di dalam menjalankan kajian ini agar tidak timbul isu keselamatan di kemudian
hari.
Pembahagian Bab
Kertas kajian ini dipecahkan kepada lima bab yang mana setiap bab akan menerangkan
berkenaan persoalan kajian yang dinyatakan diatas. Bab kedua bertujuan untuk menerangkan
bagaimana penggunaan internet dapat membantu merekrut ahli baru. Bab ketiga akan
menghuraikan mengapakah medium internet dipilih sebagai cara untuk merekrut ahli baru.
Bab keempat pula akan melihat kesan atau impak yang akan diterima Malaysia akibat dari
pengrekrutan ahli baru melalui medium internet. Bab kelima akan mengandungi kesimpulan
kertas kajian dan sejauh manakah kertas kajian ini telah menjawab persoalan yang telah
disenaraikan. Ia juga akan mengandungi saranan dan langkah penambahbaikan bagi
mengatasi masalah ini.

RUJUKAN:

16

Khong Kim Hoong. 2003. Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in
Malaya 1945-1957. Kuala Lumpur. Strategic Information Research Development.
Hlmn.:300.
Anthony Bergin, Sulastri Bte Osman, Carl Ungerer dan Nur Azlin Mohamed Yasin. 2010.
Countering Internet Radicalisation In Southeast Asia.
Federal

Bureau

Investigation.

2005.

Terrorism

.http://www.fbi.gov/stats

services/publications/terrorism-2002-2005
Fiddner, Mac. 2008. "Medieval Ideology and 21st Century Technology: Al Qaeda, Terrorism
and the Internet." Conference Papers -- International Studies Association:1-12.
Gold, S. 2011. "Terrorism and Bluetooth." Network Security no. 2011 (7):5-7.
http://www.univie.ac.at/jihadism/blog/wp-content/uploads/2011/07/Steve-GoldTerrorism-and-Bluetooth-Network-Security-July-2011.pdf [Diakses pada 16 Mac
2016]
Hegghammer, T. 2013. "The recruiter's dilemma: Signalling and rebel recruitment tactics."
Journal of Peace Research no. 50 (1):3-16
Gill, Paul. 2007. A Multidimensional Approach to Suicide bombing. International Journal of
Conflict

and

Violence.

http://www.ijcv.org/index.php/ijcv/article/viewFile/12/12

halaman 146
RAND. Chapter 5. Al-Qaida: Terrorist Selection and Recruitment. Halaman 73.
http://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/reprints/2006/RAND_RP1214.pdf
Utusan Online. Halimah Rakan YazidSufaat Dicari.

17

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130529/je_12/Halimah-rakan-YazidSufaat-dicari [16 Mac 2016].


The Star. 2012. Malaysian Terror Suspect Killed in Davao.
http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2f2012%2f12%2f16%2fnation
%2f12467757&sec=nation [16 Mac 2016].
Sinar Harian. Dari Tukang Cuci Direkrut Jadi Penembak Tepat.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/dari-tukang-cuci-direkrut-jadi-penembaktepat-1.435453 [Diakses pada 29 Mac 16]
Sinar Harian. Jumlah Rakyat Malaysia Sertai IS.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/jumlah-rakyat-malaysia-sertai-ismeningkat-1.365285 [Diakses pada 29 Mac 16]
Malaysian Digest. Kanak-kanak Malaysia Di Rekrut.
http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/590508-kanak-kanak-malaysiadirekrut-jadi-pejuang-isis-awasi-anak-anda.html [Diakses pada 29 Mac 16]
The Star. Jihad.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/27/jihad/ [Diakses pada 29
Mac 16]
Gill, Paul. 2007. A Multidimensional Approach to Suicide bombing. International Journal of
Conflict

and

Violence.

http://www.ijcv.org/index.php/ijcv/article/viewFile/12/12

halaman 146

18

RAND. Chapter 5. Al-Qaida: Terrorist Selection and Recruitment. Halaman 73.


http://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/reprints/2006/RAND_RP1214.pdf
Paz, Reuven (2003). Global Jihad and European Arena. Asia Times Online.
http://www.atimes.com/atimes/Middle_East/EA23Ak01.html
Berita Harian, May 2013. Yazid Sufaat, Muhammad Hilmi didakwa terbabit terbabit kegiatan
pengganas.
http://www.bharian.com.my/articles/YazidSufaat_MuhamadHilmididakwaterbabitkegi
atanpengganas/Article/
Bergin, A. & et al. March 2009. Countering internet radicalization in Southeast Asia.
http://www.rsis.edu.sg/short%20reports/Countering_internet_radicalisation.pdf
Slaughter,

A.

M.

n.d.

International

Relations,

Principal

Theories.

hlm

5.

http://www.princeton.edu/~slaughtr/Articles/722_IntlRelPrincipalTheories_Slaughter_
20110509zG.pdf
Steven Milward. 10 July 2012. Asia Now Has 1 Billion Web Users, And This Is What They Do
Online. http://www.gamesinasia.com/asia-one-billion-internet-users/
Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia

http://www.kkmm.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=9505:20

15-10-28-08-38-19&catid=118:berita-

terkini&Itemid=254&lang=ms [Diakses pada 29

Mac 16]

John M.Hobson.2000. The State and International Relations. Cambridge. Cambridge


University Press., hlm 87.

19

Baylis,John& Steve Smith.2001.The Globalization & World Politics. New York.Oxford


University Press.Hlm 23
Punch, K .1998. Introduction to Social Research: Quantitative and Qualitative Approaches,
London, Sage

20