Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Aktiviti amali pada minggu ini adalah penuaian hasil ikan tilapia di kolam pengeluaran.
Ikan tilapia biasanya akan dituai pada usia 4 bulan, walaubagaimanapun lazimnya ikan tilapia
merah akan dituai apabila mencapai purata saiz 500-600 gm seekor. Kadar pembesaran ikan
banyakberganting kepada kuantiti makanan yang diberikan, kualiti air, kadar stok dalam sangkar
dan serangan perosak, Bagi tujuan untuk pasaran restoran selalunya penternak memberikan
keutamaan kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup.
Manakala ikan yang bersaiz antara 400-450 gm seekor adalah lebih sesuai untuk pasaran
tempatan iaitu pasar tani atau pasar malam.

Selain itu juga, kami mempelajari teknik membungkus ikan tilapia dengan betul. Teknik
membungkus yang sesuai untuk jenis ikan adalah penting. Ikan akan mengalami tekanan yang
amat tinggi semasa perjalanan. Teknik yang betul termasuklah menggunakan bekas yang sesuai,
jumplah ikan yang sesuai untu satu bekas, dan pengudaraan yang sesuia untuk mengurangkan
tekanan.

OBJEKTIF

1. Untuk mengetahui jenis-jenis peralatan yang sesuai untuk digunakan semasa penuaian hasil
ikan.
2. Untuk mengetahui teknik-teknik yang betul semasa penuaian hasil ikan.
3. Untuk mengetahui cara pembungkusan ikan dengan betul.

PERALATAN DAN BAHAN

1. Jaring
2.Jala
3.bekas besar.
4. Tangki oksigen.
5. Plastik untuk membungkus ikan.
6. Penimbang.