Anda di halaman 1dari 2

MAKLUMAT KEJOHANAN PING PONG MSS SELANGOR 2016

1. Tarikh Kejohanan
22.02.2016 - 26.02.2016
2. Venue
SMJK Katholik , Petaling Utama
3. Pengesahan Borang Penyertaan
a) Tarikh Tutup: 12/2/2016
b) Email

: mrleankf@gmail.com

4. Borang Pendaftaran
4.1 Borang RO1 (Sekolah Rendah) dan MO1 (Sekolah Menengah) SAHAJA diperlukan.
4.2 Maklumat Borang
4.2.1 Untuk Negeri : Isikan Selangor
4.2.2 Nombor Daftar Sekolah : Tulis No. Kod Sekolah dan No Daftar Pelajar
Contoh : BBC 5035
/ 2468
Daftar Sekolah
Daftar Pelajar
4.2.3 Akuan Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga mesti dilengkapkan
4.2.4 Akuan Pengetua / Guru Besar / GPK, cop rasmi mesti ada nama pegawai
yang menandatangani dan jawatan serta No. KP beliau.
4.2.5 Akuan Pengurus Pasukan Dan Setiausaha Agung MSSM Negeri / Ketua
Unit Sukan Negeri TIDAK PERLU DIISI. Pengisian hanya akan dibuat
sekiranya pelajar berkenaan terpilih mewakili MSS Selangor ke MSSM
4.3 Sertakan salinan Sijil Kelahiran (murid sekolah rendah) dan salinan Kad
Pengenalan (pelajar sekolah menengah) ketika membuat pengesahan penyertaan.
Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan pemain (dalam ukuran kertas A4)
seboleh-bolehnya merupakan pegawai yang sama dengan 4.2.4 RO1 / MO1.
4.4 Gambar (2 keping) hanya diperlukan sekiranya pelajar berkenaan terpilih
mewakili MSS Selangor ke MSS Malaysia
** Pendaftaran peserta**
Sekolah Rendah : 22 Februari 2016 , 8.00 pagi di dewan SMJK Katholik
Sekolah Menengah : 22 Februari 2016 , 8.00 pagi di dewan SMJK Katholik
5. Waktu Rehat
5.1 Pertandingan akan dijalankan berterusan setiap hari pertandingan dan akan
diberhentikan seketika mengikut waktu rehat yang akan diumumkan oleh pihak urusetia
atau Pengerusi Teknik MSSS
6. Keselamatan
6.1 Keselamatan harta-benda pelajar adalah tanggungjawab pelajar masing-masing
6.2 Pihak pengelola akan menyediakan ubat-ubatan untuk kes-kes cedera ringan

sahaja.