Anda di halaman 1dari 24

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

KOLEJ KOMUNITI TAWAU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

ASAS
PENYELENGGARAAN
PEMASANGAN SATU FASA

DISUSUN OLEH
MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM
Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM)

LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

Jenis-Jenis Kerosakan Litar Pendawaian


Terdapat beberapa jenis kerosakan yang biasa berlaku pada seseubuah
pepasangan elekrik yang telah lengkap didawai sama ada jenis pemasangan yang
baharu, pendawaian lama atau pendawaian tambahan.
Kerosakan-kerosakan ini bukan sahaja berlaku pada peralatan elektrik ia juga
melibatkan litar-litar pendawaian dan papan suis agiahn. Diantar kerosakan yang
sering berlaku ialah :a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Litar pintas.
Litar terbuka.
Beban lebih
Bocor ke bumi
Sambungan longgar
Selalu terpelantik
Rosak ke bumi

Litar Pintas
Litar pintas biasanya terjadi apabila pengalir fasa dan neutral sentuh di antara satu
dengan lain.punca terjadi perkara berikut adalah disebabkan oleh salah satu
daripada perkara-perkara berikut :
Litar Buka
Litar terbuka mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :a. Pengalir kabel terputus.
b. Pengalir kabel terkeluar dari punca sambungan.
c. Sesentuh suis atau pemegang lampu atau soket alur keluar idak berapa
baik.

Beban Lebih

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

Beban lebih adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada
yang dibenarkan atau salah mengira faktor kepelbagaian. Sekiranya arus yang
dibawa lebih daripada had kabel,pengalir akan menjadi panas.
Beban lebih yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkat
permulaan motor elektrik ( starting current ). Starting current berlaku dalam jangka
masa singkat dan arusnya tidak terlalu tinggi.
Bocor Ke Bumi
Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?
Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk
doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi
ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah
sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat
perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan
kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi,
disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar
tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika
arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan
memutus bekalan.
Sambungan Longgar
Litar longgar mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut :a. Pemasangan tamatan kabel tidak kemas (skru tidak ketat, kondaktor
tidak kemas)
b. Pemasangan tamatan yang telah lama (kesan haba).
c. Pemasangan tamatan pada peralatan mudah alih.
Selalu Terpelantik
Artikel terdahulu penulis telah memperkenalkan RCB dalam sistem pembekalan
elektrik 1 fasa di rumah. RCB akan terpelantik ke bawah (trip) apabila berlaku
renjatan elektrik, voltan tinggi akibat kilat ataupun berlaku kerosakan pada
pendawaian yang menyebabkan arus mengalir ke bumi.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

Apabila RCD trip, anda perlu menaikkan semula suisnya (reset) supaya bekalan
elektrik pulih seperti biasa. Walaubagaimanapun, kadang-kala RCD tidak dapat
dinaikkan (reset) walaupun ditolak berkali2 ke atas.

Rosak Ke Bumi

Kerosakan bumi biasanya terjadi apabila pengalir fasa sentuh dengan pengalir
bumi atau badan (logam) alat perkakasan elektrik.

Membaiki Kerosakan Pemasangan Elektrik

Dalam bab ini kita akan mempelajari cara-cara asas menyelenggara kerosakan
yang berlaku dalam sesebuah pemasangan. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam
membincangkan dan melakukan secara praktikal adalah lebih baik kita
mengenalpasti kemungkin-kemungkitnan kerosakan yang kita biasa hadapi di
rumah kediaman kita.
Mungkin kita pernah berhadapan dengan situasi-situasi seperti berikut:

Terputus bekalan elektrik secara total.


Terdengar sesuatu bunyi pada papan agihan (DB).
Soket alir keluar tidak berfungsi.
Soket alir keluar terbakar.
Lampu atau kipas yang digunakan tiba-tiba mati.
Lampu dihidupkan tidak menyala.

Jika perkara-perkara berikut berlaku dirumah anda jangan panik dan bimbang
kerana perkara seperti itu kerap berlaku dirumah-rumah kediaman. Bagi
membolehkan anda memastikan ianya selamat dan boleh dibaiki anda perlu
terlebih dahulu mempelajari bagaimana tatacara menangani keadaan-keadaan
dinyatakan dengan cara dan kaedah yang betul serta selamat.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

Bekalan ELektrik Terputus Secara Total.


Bekalan elektrik terputus secara total atau keseluruhan rumah anda tidak
mendapat bekalan elektrik mungkin disebabkab oleh perkara berikut :

Pihak pembekal iaitu SESB/TNB menghadpi masalah seperti ketidak upayaan

janakuasa membekalkan tenaga elektrik secara total.


Talian penghantaran pembekal tenaga menghadapi masalah gangguan

misalnya kabel penghantaran putus atau rosak di sebabkab pokok dan lain.
Kerosakkan pencawang yang membekalkan tenaga dikawasan kita.
Kerosakan pada fius perkhidmatan berhampiran meter jangka yang dipasang

di rumah kita.
Suis utama pada DB dirumah kita terpelantik (tombol operasinya jatuh/turun)

Mengganti Fius Perkhidmatan


Sekiranya anda dapati fius perkhidmatan di rumah terbakar (biasanya terdapat
kesan terbakar dan bau hangus) apakah yang anda perlu lakukan.

Fius Perkhidmatan

Fius

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

Langkah Membaiki
I.
II.

Dapatkan pertolongan daridapa juruelektrik yang bertauliahi untuk


membaikinya.
Sekiranya tidak ada anda boleh membaikinya sendiri dengan langkah-langkah
berikut :a. Periksa DB dalam rumah anda pastikan tidak terdapat peralatan
perlindungan yang terpelantik.
b. Periksa litar kecil akhir iaitu aksesori lampu dan soket yang dipasang dan
pastikan tiada kerosakan berlaku.
c. Matikan semua suis perlindungan dalam DB
d. Guna sarung tangan berpenebat/kain tebal.
e. Tanggalkan fius perkhidmatan dari kotaknya.
f. Periksa bahagian masukan kabel hidup guna pena uji
g. Pastikan pena uji bernyala jika tidak bermakna terdapat gangguan pada
talian penghantaran (pihak pembekal, SESB)
h. Gantikan fius yang baharu dalam kotak fius perkhidmatan dan selepas itu
pasangkan semula ke dalam kotak fius perkhidmatan.
i. Periksa bahagian masukan pada suis utama yang terdapat dalam DB
menggunakan pena uji dan pastikan lampu menyala.
j. Hidupkan suis utama, RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit) satu
persatu.
k. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati RCCB terpelantik ini
bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB bermasalah.
l. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan RCCB kembali dan hidupkan pula
MCB lain yang belum dihidupkan.
m. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara dan kita akan mempelajari
secara mendalam kaedah dan tatacaranya.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

Suis Utama Pada DB Terpelantik (Tombol terjatuh)

Suis
Utama
RCCB

MCB

Rajah : DB 1 Fasa

Sekiranya anda dapati suis utama pada DB terpelantik/terbakar apakah yang


anda perlu lakukan.

Kesan
Terbakar

Langkah Membaiki.
I.
II.
III.

Matikan semua suis perlindungan dalam DB.


Matikan semua soket dan suis.
Hidupkan suis utama, RCCB dan diikuti MCB (pemutus litar kenit) satu
persatu.

Pemegang Lampu

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

a. Sekiranya ketika menghidupkan MCB di dapati RCCB terpelantik ini


bermakna litar kecil akhir yang dikawal oleh MCB itu bermasalah.
b. Biarkan MCB tersebut mati dan hidupkan RCCB kembali dan hidupkan
pula MCB yang belum dihidupkan.
VI. Bagi MCB yang mati tadi perlu di selenggara dan kita akan mempelajari
secara mendalam kaedah dan tatacaranya.
N

RCCB Dan MCB DB Terpelantik (Tombol terjatuh)


Jika terdengar sesuatu bunyi pada papan suis (DB) yang menyebabkan
bekalan elektrik mati/terputus mungkin mengakibatkan perkara-perkara berikut
berlaku:I.
II.

RCCB terpelantik
MCB terpelantik
Langkah Membaiki.

I.

Jika RCCB terpelantik maka anda perlu lakukan langkah-langkah berikut


untuk membaikinya :

RCCB
Terpelantik
(Tombol Jatuh
Kebawah)

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

a. Sekiranya ia terpelantik kerana di sebabkan oleh bunyi Guruh dilangit anda


boleh terus hidupkan sahaja tanpa membuat pemeriksaan kerana ini
adalah perkara biasa berlaku dan ini menandakan RCCB dirumah anda
adalah berkeadaan baik.
b. Jika RCCB terpelantik disebabkan kerosakan pemasangan elektrik anda
perlu melakukan langkah-langkah berikut untuk membaikinya : Matikan semua MCB yang dikawal oleh RCCB tersebut.
Hidupkan RCCB dan hidupkan MCB satu persatu sehingga kita dapati

MCB yang menyebabkan RCCB itu terpelantik.


Matikan RCCB dan buatlah pemeriksaan pada liatar kecil akkhir yang

dikawal oleh MCB tersebut.


Setelah selesai selenggarah/baiki maka hidupkan semula RCCB dan
semua MCB yang dikawalnya.

III. Jika MCB terpelantik/terbakar lakukan langkah seperti berikut :-

Kesan
Terbakar

a. Periksa litar yang dikawal oleh MCB ini sama ada litar lampu atau litar
kuasa.
b. Pastikan tidak terdapat kesan kerosakan akibat terbakar atau yang lain.
c. Kerosakan MCB berlaku kerana terdapat pintasan atau beban lebih
pada litar yang dilindungi.
d. Matikan RCCB yang melindungi MCB tersebut jika ianya tidak
terpelantik.
e. Baiki litar yang dilindungi (akan dipelajari kaedahnya kemudian) setelah
selesai.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

f. Buka MCB tersebut perlahan-lahan dan gantikan dengan yang baharu


(pastikan MCB yang dikandikan mempunyai kadaran arus perlindungan
yang sama).
g. Hidupkan RCCB dan hidupkan MCB tersebut sekirnya RCCB tidak
terpelantik.
h. Hidupkan aksesori yang dilindungi jika MCB dan RCCB tidak terpelantik
ini bermakna ianya berada dalam kedaan selamat digunakan.

Soket Alir Keluar


Soket Alir Keluar Tidak Berfungsi/Terbakar
Kadang-kadang berlaku kerosakan pada
pemasangan seperti soket tidak berfungsi atau
terbakar ketika ia digunakan atau tidak digunakan.
Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor seperti berikut :-

RCCB/MCB mengawal litar soket terpelantik/rosak


Sambungan pada soket terlepas/longgar
Terlebih beban dan terbakar
Terdapat binatang (cicak, semut bersarang) dalam soket penyebab pintas.
Soket telah luput (kerosakan mekanikal)

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

10

Langkah
Periksa Soket,
buka Membaiki.
dan gantikan yang baharu jika rosak

I. Matikan MCB yang mengawal soket atau RCCB yang mengawal litar kuasa
untuk lebih selamat.
a. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas jika
tidak terdapat perkara yang dinyatakan pasang semula soket dan
pastikan semua sambungan kabel dipasang ketat pada puncanya.
b. Hidupkan semula RCCB dan setiap MCB pastikan ianya tidak terpelantik,
jika keadaan ini berlaku bermakna soket selamat digunakan.
c. Sekiranya RCCB dan MCB yang mengawal soket tersebut dihidupkan
tetapi soket masih tidak berfungsi kemungkinan MCB tersebut telah
rosak dan perlu digantikan.
d. Jika soket terbakar sama ada lebih beban atau disebabkan pintasan, apa
yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:-

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

11

e. Matikan semua MCB yang dikawal oleh


RCCB tersebut dan untuk lebih selamat
matikan RCCB sekali.
f. Periksa kabel pengalir dengan
menggunakan pena uji (memastikan kabel
tiada bekalan)

II. Buka dan periksa soket yang bermasalah seperti dinyatakan di atas :a. Jika terdapat pintasan (disebabkan oleh cicak atau kabel bersentuhan)
bersihkan soket dan pasang semula.
b. Jika soket terbakar dan tidak boleh
digunakan semula maka gantikan dengan
yang baharu dan pasang dengan betul
pada punca-punca yang telah disediakan.
c. Hidupkan semula RCCB dan setiap MCB
pastikan ianya tidak terpelantik, jika
keadaan ini berlaku bermakna soket
selamat digunakan.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

12

Litar Lampu Atau Kipas Tidak Berfungsi.


Kadang-kadang berlaku kerosakan pada pemasangan bagi litar lampu atau
kipas dan ianya tidak dapat dihidupkan dan digunakan. Beberapa kerosakan
mungkin berlaku pada pemasagan lampu/kipas tersebut :I.
II.
III.
IV.
V.

MCB mengawal litar lampu/kipas terpelantik


Sambungan pada suis terlepas/longgar
Berlaku pintasan pada pemegang lampu disebabkan binatang (cicak,
semut
bersarang).
Suis luput (kerosakan mekanikal)

Pemegang Lampu

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

13

Langkah Membaiki.

E
N

Matikan
RCCB Litar Lampu

Periksa
pemegang
lampu, buka
dan gantikan
yang baharu
Periksa Suis,
buka dan
gantikan yang
baharu jika
rosak

a. Jika MCB atau RCCB tidak terpelantik ini kemungkin kerosakan berlaku
mungkin pada suis atau pemegang lampu yang mana berlaku pintasan
seketika.
b. Jika didapati MCB atau RCCB yang mengawal litar lampu/kipas terpelantik,
cuba hidupkan kembali MCB dan RCCB jika ia terpelantik semula ini
bermakna kemungkinan ada kesorakan pada suis atau pada pemegang
lampu.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

14

Membaiki Bahagian Suis


d. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut.
e. Periksa kabel pengalir dengan menggunakan pena uji (memastikan
kabel tiada bekalan)

f. Buka dan periksa suis lampu/kipas yang bermasalah kemungkinan anda


akan mendapati kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat
pintasan.
g. Buka suis dan periksa sama ada masih boleh digunakan atau tidak
(pemeriksaan melalui pemerhatian) jika ada meter boleh guna meter uji
kekutubannya.
h. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu.
i. Selepas itu hidupkan semula MCB dan RCCB, pastikan ianya tidak
terpelantik. Jika terpelantik kemungkinan kerosakn berlaku pada
pemegang lampu atau pada lampu itu sendiri (lampu kalimantang)
Membaiki Bahagian Pemegang Lampu

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

15

j. Matikan MCB dan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut.


k. Periksa pengalir lampu dengan menggunakan pena uji (memastikan
kabel tiada bekalan)
l. Buka dan periksa pemegang lampu kemungkinan anda akan mendapati
kabel terlepas atau terdapat kesan bakar akibat pintasan.
m. Buka pemegang lampu dan periksa sama ada masih boleh digunakan
atau tidak.
n. Jika masih utuh pasang semula atau gantikan dengan yang baharu.
o. Jika lampu bermasalah (lampu kalimatang elektronik) kebiasaannya
pemegang lampu terbakar/rosak dan perlu ganti dengan yang baharu.
p. Bagi memastikannya rosak periksan lampu kalimatang di badan lampu
yang lain bagi memastikan lampu tersebut tidak rosak.
q. Gantikan badan lampu kalimatang yang baharu jika ianya telah rosak.
r. Pastikan kabel bagi pemasang litar lampu ini tidak rosak/pintas secara
keseluruhannya.
s. Selepas itu hidupkan semula MCB dan RCCB, pastikan ianya tidak
terpelantik.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

AMALI

16

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

17

AMALI 01

Litar Skimatik

PENYELENGGARAAN SUIS DAN


LAMPU

PENYELENGGARAAN SUIS DAN LAMPU

Pemegang Lampu

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

Periksa
pemegang
lampu, buka
dan gantikan
yang baharu
Periksa Suis,
buka dan
gantikan
Ros Siling yang
baharu jika
rosak

Matikan
RCCB Litar Lampu

Matikan
MCB
Mengawal
Beban Lampu

18

Periksa punca
hidup C
guna pena uji
bagi
memastikan
tidak ada

LEN

Langkah Penyelenggaraan :
a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi lampu tersebut.
b. Matikan RCCB yang mengawal litar lampu tersebut untuk lebih
selamat.
c. Buka suis dan periksa punca hidup C dengan pena uji bagi
memastikan tiada bekalan elektrik di kesan setelah MCB dan RCCB di
matikan.
d. Sekiranya suis rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan
dengan yang baharu.
e. Periksa pemegang lampu dan siling ros pastikan tamatan kabel dalam
kedaan ketat dan tidak terdapat sebarang benda asing (semut
bersarang).
f. Pasang semula suis, pegang & siling ros serta lampu dengan
sempurna.
g. Hidupkan RCCB, MCB dan suis sepatutnya jika tidak terdapat masalah
lampu akan hidup.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

19

h. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal
beban lampu jika ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah
dan ini jarang berlaku)

AMALI 02
PENYELENGGARAAN SOKET ALIR
KELUAR

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

20

Periksa Soket, buka dan gantikan yang baharu jika rosak

PENYELENGGARAAN LITAR KUASA

E
N

Matikan
MCB
Mengawal
Beban Lampu

Langkah Penyelenggaraan :
a. Matikan MCB yang mengawal litar kecil akhir bagi soket tersebut.
b. Matikan RCCB yang mengawal litar kuasa tersebut untuk lebih
selamat.
c. Buka soket dan periksa punca hidup L dengan pena uji bagi
memastikan tiada bekalan elektrik di kesan setelah MCB dan RCCB di
matikan.
d. Sekiranya soket rosak (akibat terbakar/kerosakan mekanikal) gantikan
dengan yang baharu.
e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul
dan ketat.
f. Hidupkan RCCB, MCB dan soket, periksa gunakan pena uji pada
lubang sebelah kanan soket sepatutnya pena uji bernyala.
g. Jika tidak hidup periksa punca keluaran pada MCB yang mengawal
beban lampu jika ada bekalan elektrik (mungkin kabel bermasalah
dan ini jarang berlaku)

Matikan
RCCB Litar Ku

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

21

h. Jika tidak hidup mungkin MCB telah rosak dan perlu diganti yang
baharu.

AMALI 03
PENYELENGGARAAN
PAPAN AGIHAN
PAPAN

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

22

PENYELENGGARAAN PAPAN AGIHAN

Matikan
RCCB Litar Kuasa
Matikan
RCCB Litar
Lampu
(1)

Periksa
Bahagian
Masukan
(2)
RCCB
Guna

Matikan
Suis
Utama
Papan Agihan (DB)
(2)
Periksa
Bahagian
Masukan
(1)
MCB Guna

(1)
Periksa
Bahagian
Masukan
MCB(1)
Guna

Penyelenggaraan MCB, RCCB dan Suis Utama ini dilakukan jika alat
perlindungan ini mengalami kerosakan, iaitu keroskan disebabkan
berpunca dari beban yang dikawal atau kerosakan disebabkan oleh
kerosakan mekanikal peralatan tersebut.

Langkah Penyelenggaraan :
a. Jika MCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak
(terbakar/masalah mekanikal).
b. Matikan RCCB yang mengawal MCB tersebut.
c. Periksa guna pena uji bahagian masukan MCB tersebut pastikan tiada
bekalan elektrik.
d. Buka MCB dan gantikan dengan yang baharu.
e. Pasang semula soket, pastikan tamatan kabel dipasang dengan betul
dan ketat.
f. Jika RCCB yang mengawal litar lampu atau litar kuasa rosak
(terbakar/masalah mekanikal).
g. Matikan Suis Utama (2) yang mengawal RCCB.

ASAS PENYELENGGARAAN PEMASANGAN FASA TUNGGAL

23

h. Periksa guna pena uji bahagian masukan RCCB (2) tersebut pastikan
tiada bekalan elektrik.
i. Buka RCCB dan gantikan dengan yang baharu.
j. Hidupkan semula Suis Utama dan buat ujian terhadap RCCB (Trip)
bagi memastikan RCCB yang digantikan berfungsi dengan baik.

Rujukkan :

Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman,


Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Edisi 2008.

Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj.


Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000\

Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem


Pelajaran Sdn. Bhd., 2002

Anda mungkin juga menyukai