Anda di halaman 1dari 18

TAJUK : TEKANAN GURU DALAM PENDIIDKAN

ABSTRAK
Kerjaya guru merupakan suatu profesion yang amat mencabar. Masyarakat memandang
remeh mengenai bebanan profesion ini dan menganggap secara turun temurun bahawa tugas
besar membina status pendidikan unggul negara adalah melalui pengorbanan besar guruguru.Malangnya kesanggupan untuk berkorban lebih masa dan tenaga ini tidak lagi relevan
pada era global dan material ini. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi perhatian
dan melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini. Guru perlu rasional, pihak
sekolah perlu memikir resolusi terhadap persekitaran yang sesuai dan kerajaan juga perlu
lebih mempertimbangkan intensif beserta kebajikannya. Menurut Teori Hierarki Keperluan
Maslow telah menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima keperluan yang perlu
dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri.
Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau
keutamaan seterusnya. Teori motivasi Herzberg juga menyatakan bahawa ada faktor-faktor
tertentu di tempat kerja yang menyebabkan kepuasan kerja, sementara pada bahagian lain ada
pula faktor lain yang menyebabkan ketidakpuasan. Selain itu, Teori Keperluan ke arah
Pencapaian oleh McCllelands pula, telah menggariskan tiga keinginan utama yang
mendorong individu mencapai tahap keperluan pencapaina yang tinggi. Keinginan-keinginan
tersebut ialah Keinginan terhadap pencaipaian, Keinginan terhadap penggabungan dan
Keinginan terhadap kuasa. Dengan meneliti setiap elemen dari teori-teori ini, maka boleh
disimpulkan bahawa dalam usaha menangani tekanan guru, setiap elemen yang ada perlulah
dipenuhi. Walau bagaimanapun, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti sejauh
manakah teori-teori ini boleh memberi impak kepada tekana guru pada zaman moden ini.

PENGENALAN

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh


mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan
terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian
matlamat pendidikan.Sejajar dengan peralihan zaman dan kemajuan yang dicapai dalam
dunia pendidikan, maka peranan guru turut mengalami perubahan dengan tanggungjawab
yang semakin besar dan bebanan yang bertambah berat. Justeru itu, dengan pelaksanaan
pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan
tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.
Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada
dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang
gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan
pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh
menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan
membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke
tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya ( Sipon 2007).
Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, guru terpaksa membayar harganya yang
wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi permasalahan
sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan
untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut.
Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM) telah membuat kajian terhadap kadar stress mengikut pekerjaan fi Malaysia pada
tahun 2011. Hasil dapatan menunjukkan bahawa peratusan kadar stress guru adalah sebanyak
45.8% dimana berada pada kedudukan keempat. Kedudukan pertama ialah Polis (53.7%),
kedua Pegawai penjara (48.8%), dan ketiga bomba (47.3%), keempat guru (45.8%), kelima
jururawat (42.3%), keeman doktor (40.7%) dan yang terakhir ialah pembantu farmasi
(35.2%).
Daripada data tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab guru kini kian
mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat
yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan
emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan

amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk
menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru
mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang
guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres
dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah
baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan.
Di sekolah, guru menjadi "ibu" dan "bapa" kepada para pelajar mereka. Lantaran itu,
mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar.
Dalam kesibukan mengajar, mereka juga menjadi kaunselor menyelesaikan segala masalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang berada di bawah penyeliaan mereka. Guru juga
menjadi tempat mengadu, berbincang, merujuk, meminta nasihat dan pertolongan. Kadangkala tugas dan peranan tersebut dilakukan secara serentak. (Dewan Masyarakat 2002).
Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di kalangan guru ini adalah suatu fitrah
semula jadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang rasa. Adalah
suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi
masalah-masalah guru disamping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap
pendidikan.

DEFINISI TEKANAN
Menurut McGrath (1974), tekanan didefinisikan dalam bentuk toleransi yang
menyatakan bahawa persekitaran yang tekanan boleh dianggap berada di luar batasan
toleransi yang normal dalam kehidupan seharian seseorang dan rangsangan tersebut boleh
ditafsirkan sebagai kesakitan pada peringkat tertinggi. Beliau membuat kesimpulan bahawa
sesuatu yang kelihatan tekanan pada seseorang berkemungkinan menjadi cabaran dan
keseronokan kepada seseorang yang lain.

Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan
kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar
dan kompleks. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya
Sindrom Baru yang menyerang manusia iaitu tekanan atau lebih dikenali sebagai stres.
Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut
peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres
biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak
menyeronokkan.
Tekanan ialah hasil pengalaman yang dialami oleh guru yang berhubung dengan
emosi yang tidak menyenangkan seperti keteganggan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan
dan kedukacitaan yang disebabkan daripada aspek-aspek berkerja sebagai seorang guru.
Tekanan atau Stres yang dihadapi oleh guru ini merangkumi kepada tiga aspek iaitu: tidak
berupaya menerima tekanan kerja yang dihadapi. Mengalami kesusahan untukmenerima
tekanan yang dihadapi atau kegagalan untuk menerima tekanan kerja sehingga menjejaskan
kesihatan mental atau fizikal mereka.
TUJUAN
Membincangkan isu tekanan guru dalam pendidikan dengan berlandaskanTeori Hierarki
Keperluan Maslow,Teori Motivasi Herzberg dan Teori Keperluan ke arah Pencapaian Oleh
Mccllelands.

TEKANAN DI KALANGAN GURU


Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan isu tekanan guru dan beban kerja guru.
Dapatan dari pembacaan keratan akhbar dan kajian kertas telah menunjukkan lebih banyak
guru yang mengalami tekanan guru, hanya angka sedikit sahaja di kalangan guru yang tidak
mengalami tekanan guru. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang
dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara tindakan guru
yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah untuk meletakkan
jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar pelajar yang kurang
kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi di kalangan guru semakin
kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki personaliti
yang baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung tidak dikenali dan kepuasan
kerja yang rendah.
Guru ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi
pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi yang bertugas dalam pentadbiran.
organisasi dan penyeliaan pendidikan. Peranan guru adalah suatu perkara yang amat rumit
dan guru mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dan merasa senang
dengan peranan sebagai pendidik. Ramai juga yang terus menamatkan perkhidmatan tanpa
bertemu dengan peranan yang sesuai untuk mereka. Semasa melaksanakan tugas di sekolah
guru berhadapan dengan pelbagai situasi yang boleh menyebabkan dirinya rasa tertekan.
PUNCA TEKANAN DI KALANGAN GURU
Punca-punca tekanan bermaksud sebab yang menjadi asas, asal mula, pokok pangkal
terjadinya keadaan menekan. Antara faktor yang menjadi punca tekanan di kalangan guru
ialah tingkah laku pelajar, motivasi rendah di kalangan pelajar, beban kerja, konflik peranan,
keadaan tempal kerja yang tidak selesa, perhubungan staf yang kurang baik, pengurusan
pentadbiran sekolah, kritikan daripada pihak luar dan perhubungan dengan ibu bapa. Puncapunca tekanan ialah perkara, suasana atau peristiwa yang boleh menyebabkan gangguan
kepada tingkah laku, psikologi dan fisiologikal seseorang guru. Punca-punca tekanan yang
dikaji ialah dari aspek faktor beban tugas, faktor salah laku pelajar, faktor kekangan masa dan
faktor penghargaan.

Menurut Sayeedah (2005), telah mendapati bahawa wujudnya darjah perbezaan yang
ketara dari segi tahap stres dalam kalangan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah,
pra sekolah dan sekolah rendah serta guru lelaki dan guru perempuan. Hasil kajian mereka
merumuskan sembilan faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru termasuklah gaji
dan imbuhan, kelemahan hubungan sesama staf, kekurangan peralatan dan kemudahan, beban
tugas, latihan perguruan, keadaan bilik darjah, rasa serba kekurangan, masa dan status
profesiolisme perguruan dalam masyarakat. Di mana, tekanan guru adalah berpunca dari
aspek kerja mereka yang akhirnya menganggu emosi. Gangguan emosi ini akhirnya
menimbulkan rasa marah, perasaan tidak selesa, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan
yang tinggi. Dalam hal ini , guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat
mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk
memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi manusia yang
berguna. Oleh itu, bagi mewujudkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guru
guru terpaksa melakukan kerja lebih masa bagi menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri
kursus dan bengkel sepanjang minggu bagi membuat penyesuaian terhadap kaedah
pengajaran yang baru. Pada masa yang sama pula guru perlu melakukan kerja-kerja
pengkeranian dan ini telah meningkatkan tekanan di kalangan guru di sekolah.
Menurut Sapora Sipon (2007), menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri
akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan
dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan
sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya.Tekanan kerja pada tahap yang tinggi juga akan
membawa kepada ketidakpuasan dalam membuat kerja dan akhirnya sikap suka mengelak
dan mengabaikan kerja akan terhasil. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru
merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala
dan tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup
dan masalah tidur). Akibat suasana kerja yang teruk akan menyumbang kepada faktor
tekanan dan seterusnya membawa kepada ketidakpuasan kerja serta keinginan untuk
meninggalkan profesion keguruan.

Selain faktor beban tugas, faktor salah laku dan karenah pelajar juga turut
menyumbang terhadap stres guru. Tingkah laku pelajar di dalam kelas seperti kurang
menghormati guru, kurang penumpuan di dalam kelas, masalah disiplin, kurang 6
bermotivasi dan tidak menyiapkan kerja sekolah didapati telah menyebabkan guru berasa
tertekan setiap kali memasuki kelas (Fun 2008; Kim 2006; Montgomery dan Rupp 2005).
Akibat karenah pelajar, guru sering keletihan dan tidak bersemangat untuk mengajar.
Kesukaran yang dihadapi oleh guru dalam berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar telah
menyebabkan sebahagian guru mengalami burnout.
PERBINCANGAN TEKANAN GURU BERLANDASKAN TEORI-TEORI
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang
ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943. Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu
terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial,
penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang
seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya.
Dalam konteks ini, tekanan yang dihadapi oleh guru berada dalam bahagian
Keperluan Sosial. Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan kekitaan.
Semua guru perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di
dalam sekolah. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan guru
dapat dielakkan atau dikurangkan.
Pada peringkat ketiga ini, kalau guru-guru yang bertungkus lumus melaksanakan
tugas harian mereka, tetapi pihak pentadbiran sekolah tidak menghargai, malah
mempersalahkan pihak guru sewenang-wenangnya, maka guru-guru akan berasa tertekan dan
impaknya guru tidak ada daya lagi untuk teruskan perjuangan masing-masing dengan
seikhlas hati. Kekurangn keperluan kasih saying ini juga akan menyebabkan manusia tidak
dapat terus berkembang dengan sempurna terutamnnya dari aspek perkembangan emosi.
Tekanan di kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru
terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh
mengakibatkan penderaan. Contohnya kes yang berlaku di sekitar bulan Julai 2005, seorang

bapa kepada seorang pelajar sekolah mendakwa bahawa anaknya pelajar tahun satu telah
patah tulang tapak tangannya selepas dipukul oleh seorang guru kerana bising di dalam kelas.
Demikian menunjukkan bagaimana sikap kerja seorang guru yang mengalami tekanan.
Akhirnya tekanan tersebut memberi kesan terhadap tindakan silap guru tersebut.
Pada peringkat keempat, Keperluan Penghargaan Diri (Esteem). Keperluan ini ada
kaitan dengan keperluan guru untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain.
Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan
meningkatkan

penghormatan

diri

(self-esteem).

Keperluan

penghargaan

Kendiri

dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penghargaan diri sendiri dan penghargaan yang diberikan
oleh orang lain. Jika keperluaan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia
boleh membuatkan individu memiliki keyakianan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan
menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Bagi mendapatkan penghargaan
daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran,
pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya. Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru
makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu
guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar,
ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar
pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa
pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik.
Selain itu, isu guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan
pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa
yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,
kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Semua situasi ini,
akan menyebabkan guru tidak dapat mencapai keperluan penghargaan diri dan akibatnya
hanya akan menyebabkan individu tidak berkeyakinan dan tidak produktif lagi. Semua ini
adalah hal-hal yang serius yang perlu dititik berat dan dengan harapan para guru perlu tabah
dalam menghadapi segala cabaran yang sedia ada pada masa kini.
Para guru hanya dapat mencapai ke tahap Keperluan Hasrat Diri apabila Keperluan
sosial dan Keperluan Penghargaan diri dipenuhi. Keperluan ini berkaitan dengan keperluan
untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja). Dengan
bebanan dan tekanan yang semakin hari semakin bertambah ini, adalah agar sukar untuk

membolehkan guru mencapai ke tahap keperluan hasrat diri. Selain itu, menurut Abraham
Maslow, faktor penyebab kegagalan individu mencapai kesempurnaan kendiri ialah semakin
tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hieraki semakin lemah atau semakin sukar atau
tidak perlu mencapainya.
TEORI MOTIVASI HERZBERG
Teori Dua Faktor (juga dikenal sebagai teori motivasi Herzberg atau teori hygienemotivator). Teori ini dikembangkan oleh Frederick Irving Herzberg (1923-2000), seorang
psikologi asal Amerika Syarikat. Frederick Herzberg menyatakan bahawa ada faktor-faktor
tertentu di tempat kerja yang menyebabkan kepuasan kerja, sementara pada bahagian lain ada
pula faktor lain yang menyebabkan ketidakpuasan. Dengan kata lain kepuasan dan
ketidakpuasan kerja berhubungan satu sama lain.
Dua faktor ini oleh Frederick Herzberg dialamatkan kepada faktor intrinsik dan faktor
ekstrinsik. Faktor ekstrinsik iaitu daya dorong yang datang dari luar diri seseorang, terutama
dari organisasi tempatnya bekerja. Faktor-faktor ekstrinsik (konteks pekerjaan) meliputi :
(1) Upah
(2) Kondisi kerja
(3) Keamanan kerja
(4) Status
(5) Prosedur perusahaan
(6) Mutu penyeliaan
(7) Mutu hubungan interpersonal antara sesama rakan kerja, atasan, dan bawahan.
Dalam konteks ini, berita pendidikan yang bertarikh 11 Oct 2013 yang bertema Beban
Tugas Guru Sekolah Masa Kini Makin Bertambah (10 Jam Sehari), Kenaikan Pangkat Tidak
Adil, Kemudahan Sangat Terhad! Dalam artikel ini ternyatakan guru-guru tidak dapat
kenaikan pangkat yang adil dan kemudahan yang sedia ada di sekolah juga agar terhad.
Aspek-aspek ini ialah antara faktor ekstrinsik. Jika seseorang individu tidak ada faktor-faktor
ini, maka munculnya ketidakpuasan. Menurut Frederick Irving Herzberg , sekiranya faktor
hygienes ini tidak sempurna, maka seseorang itu akan berasa tidak puas. Akan tetapi,
sekiranya sesebuah organisasi menambahkan faktor hygienes ini kepada pekerjaan seseorang,

ianya bukan cara yang baik kerana ianya hanya mengurangkan ketidakpuasan pekerja itu dan
bukannya memberi kepuasan kepadanya
Faktor intrinsik adalah faktor yang mendorong individu termotivasi, iaitu daya dorong
yang timbul dari dalam diri masing-masing. Faktor yang akan mewujudkan kepuasan adalah
dipanggil perangsang dan motivasi. Ianya wujud secara intrinsik, iaitu kepuasan yang wujud
dari kandungan kerja itu sendiri. Faktor motivasi ini akan memuaskan tahap kepuasan yang
lebih tinggi (ego dan self-actualization) seseorang, kepuasan yang diterima adalah lebih
mengekal. Faktor-faktor intrinsik yang terlibat ialah:
(1) Pencapaian prestasi
(2) Pengakuan
(3) Tanggung Jawab
(4) Kemajuan
(5) Pekerjaan itu sendiri
(6) Kemungkinan berkembang
Kalau seseorang guru tidak dapat menemuhi faktor-faktor tersebut, maka ia akan
menyebabkan guru tersebut tidak bermotivasi. Dalam lingkungan faktor-faktor intrinsik ini,
beberapa aspek yang sebenarnya setiap guru boleh mendapatnya. Contohnya dari isu
pencapaian prestasi sahaja, guru-guru sudah bertungkus lumus mendidik anak murid
sehingga tidak ada masa untuk ahli keluarga masing-masing, tetapi keputusan pelajar masih
tidak menunjukkan peningkatan yang merangsangkan, adakah guru juga yang dipersalahkan.
Keadaan ini akan menyebabkan guru tidak bermotivasi sahaja dan guru juga yang
dipersalahkan tidak melaksanakan kewajiban masing-masing. Adakah keadaan ini adil untuk
para pendidik kita ini?
TEORI KEPERLUAN KE ARAH PENCAPAIAN OLEH MCCLLELANDS
Dalam teori ini McCllelands (1961) telah menggariskan tiga keinginan utama yang
mendorong individu mencapai tahap keperluan pencapaina yang tinggi. Keinginan-keinginan
tersebut ialah Keinginan terhadap pencaipaian, Keinginan terhadap penggabungan dan
Keinginan terhadap kuasa. Setiap individu mempunyai keinginan pencapaian yang berlainan
dan ianya diperlihatkan melalui kerja dan perlakuan mereka. Menurut McCllelands,
seseorang individu yang mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan mempunyai ciri-ciri

seperti kebolehan menetapkan matlamat yang tinggi yang mampu dicapai, mengambil berat
tentang pencapaian diri daripada ganjaran hasil daripada kejayaan dan berhasrat untuk
mendapat maklumbalas tentang tugasnya, iaitu sebaik mana yang dilakukan daripada sebaik
mana orang menyukainya. Oleh itu, setiap guru memang mempunyai keinginan mencapai
kejayaan dan kejayaan itu berbeza-beza. Ada guru yang berusaha bersungguh-sungguh atas
usaha sendirinya walaupun tidak didesak oleh pihak atasan. Terdapat juga guru yang
mengambil sikap sambil lewa sahaja terhadap tugas mereka walaupun sudah diberi arahan
oleh pihak atasan. Ini adalah disebabkan setiap guru mempunyai keinginan yang berbeza bagi
mencapai kejayaan. Jadi berdasarkan teori ini, guru mesti dimotivasikan untuk mencapai
kejayaan. Bagi meningkatkan pencapiaan mereka, guru diberi peluang menentukan hala tuju
bidang yang ingin diceburi, contohnya menjadi jurulatih atau menjadi guru cemerlang.
CADANGAN MENGATASI
CADANGAN BERLANDASRKAN KERANGKA KONSEPTUAL
Berikut merupakan kerangka konseptual yang telah didapati hasil daripada
pembacaan daripada journal-journal dan thesis. Dalam kerangka konseptual ini ia telah
mengambil kira mengabung tiga teori. Iaitu Toeri Hierarki Keperluan Maslow, Teori motivasi
Herzberg dan Teori Keperluan ke arah Pencapaian oleh McCllelands. Ia telah mengambil kira
setiap elemen dari keprluan fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri , pencapaian
hasrat diri, faktor-faktor tertentu di tempat kerja yang menyebabkan kepuasan kerja,
sementara pada bahagian lain ada pula faktor lain yang menyebabkan ketidakpuasan serta
tiga keinginan utama yang mendorong individu mencapai tahap keperluan pencapaina yang
tinggi. Keinginan-keinginan tersebut ialah Keinginan terhadap pencaipaian, Keinginan
terhadap penggabungan dan Keinginan terhadap kuasa.

Berdasarkan kerangka konseptual di atas, pada peringkat yang paling rendah ialah
keperluan fisiologi, keselamatan dan keperluan sosial. Setiap idividu perlu ada tiga elemen
iaitu fisiologi, keselamatan dan keperluaan sosial yang paling asas untuk mendorong
seseorang individu ke arah penghargaan diri dan pencapaian hasrat.
Dalam proses mencapai penghargaan diri dan pencapaian hasrat, seseorang perlulah
memiliki kepuasan dalaman dan kepuasan luaran yang mana juga dikenali sebagai faktor
intrinsik dan faktor ekstrinsik. Faktor ekstrinsik iaitu daya dorong yang datang dari luar diri
seseorang, terutama dari organisasi tempatnya bekerja. Faktor-faktor ekstrinsik (konteks
pekerjaan) meliputi Upah, Kondisi kerja, Keamanan kerja, Status, Prosedur perusahaan, Mutu
penyeliaan dan Mutu hubungan interpersonal antara sesama rakan kerja, atasan, dan
bawahan. Manakala, faktor intrinsik adalah faktor yang mendorong individu termotivasi, iaitu
daya dorong yang timbul dari dalam diri masing-masing. Faktor-faktor intrinsik yang terlibat

ialah Pencapaian prestasi, Pengakuan,Tanggung Jawab,Kemajuan,Pekerjaan itu sendiri dan


Kemungkinan berkembang.
Selepas semua elemen ini boleh diliputi maka seseorang guru sudah berada pada
tahap yang lebih tinggi iaitu penghargaan diri dan pencapaian hasrat yang mana telah
didorong oleh tiga lagi keinginan dalaman (Keinginan terhadap pencaipaian, Keinginan
terhadap penggabungan dan Keinginan terhadap kuasa).
Walau bagaimanapun, sekirannya seseorang guru tersekat dengan salah satu elemen,
maka ini akan menyebabkan tekanan pada guru tersebut. Kerana guru sebagai seorang
manusia ada keperluan, hasrat dan keinginan untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi maka
masyarakat perlulah prihatin bahawa setiap guru hanya dapat mencapai tahap yang tertinggi
iaitu pencapian hasrat bila semua elemen yang di bawah itu telah dipenuhi. Tekanan yang
dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikomatik dan fizikal guru
(Nobile dan McCormick 2005).
Sejajar dengan ini, kajian yang lanjut perlu dijalanakn untuk mengesan sejauh
manakan kerangka koseptual ini boleh memberi impak dalam dalam mengenal pasti tekanan
guru dalam pendidikan.

USAHA DARIPADA KERAJAAN


Kementerian Pendidikan

telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi

menangani bebanan guru dan memantau perkembangan stres dalam kalangan mereka.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan jawatankuasa berkenaan
dianggotai oleh pelbagai pihak dan pakar-pakar berkaitan.
Selain itu, juga dicadangkan untuk menujudkan jawatan pembantu guru, jawatankuasa
khas yang ditubuhkan oleh KPM bagi mengkaji masalah beban tugas guru telah mengusulkan
40 cadangan dan salah satunya adalah menghadkan bilangan murid kepada hanya 25 orang
bagi setiap kelas di sekolah rendah dan sekolah menengah (Berita Harian, 18 Mei 2010).
Pihak Kementerian juga bercadang mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang

menjadi punca pertambahan beban tugas guru dan menyusun semula tugas perkeranian di
sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan dalam Anjakan 4 PPPM yang
bertemakan Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Antara usaha
yang telah dijalankan meliputi Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional
Berterusan (CPD) mulai 2013. Di mana, guru akan menerima lebih sokongan untuk
membantu mereka mencapai potensi penuh. Guru akan mendapat latihan CPD individu
daripada penyelia mereka apabila memulakan profesion. Program CPD termasuk latihan
komponen teras dan komponen elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing
(PPPM 2013). Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai
2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh
menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran. Perkara ini akan
dapat dicapai dengan memperkemas dan mempermudah proses pengumpulan dan pengurusan
data sedia ada. Sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan
terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat. Tugas dan
tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih bukan hanya sekadar menyampaikan
ilmu pengetahuan malah guru adalah penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi akan
datang. Secara mudahnya, tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh
kerana ia boleh membawa kesan lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya
dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada
masa depan.
Sapora Sipon (2007) dalam artikel yang berjudul Pendidik perlu bijak kawal emosi
menulis bahawa tekanan yang dihadapi oleh pihak guru disebabkan oleh pelbagai
faktor.Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke
atas isu-isu pendidikan.Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini
juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan dihadapi oleh guru semakin
meningkat.Ini disokong oleh kajian-kajian yang menunjukkan isu-isu pendidikan seperti
masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru,

kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan
sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan
memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru seterusnya menambahkan bebanan emosi
para guru.
Oleh itu, setiap individu bergelar guru perlu sentiasa mempersiapkan diri dan sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan mengikut perubahan semasa.Selain itu, seorang guru juga
perlu bijak menangani dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi dengan
bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang masalah tekanan
atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti ada jalan
penyelesaiannya walaupun kadangkala ia memerlukan pengorbanan.
Dengan harapan semua usaha ini boleh melengkapkan setiap murid di negara kita
dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan
menangani cabaran abad ke-21.
RUJUKAN
Abdullah, Deraman. 2003. Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang,
Selangor Darul Ehsan. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Aris Kasan, Fatimah Hanum Mohamad Hajari, Juwairiyah Jaafar, Nordin Yusoof .2012. Stres
dalam Perkhidmatan Awam: Impaknya kepada Prestasi dan Kesejahteraan Pegawai Awam.
Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia. Bil 7, ISSN: 2229-810X,134.
Boyer-Colon, C. 2009. Teacher Stress Among Catholic High School Teachers: Its Nature And
Significance. ProQuest Dissertations and Theses.
Burchielli, R & Bartram, T. 2006. Like An Iceberg Floating Alone: A Case Study of Teaching
Stresses at a Victorian Primary School. Australian Journal of Education, 50(3), 312-327.
Bush, L. D., Jr. 2010. Special education teachers and work stress: Exploring the competing
interests model. ProQuest Dissertations and Theses.
Carlyle, D. & Woods, P. 2004. The emotion of teacher stress. Teaching and Teacher
Education, 20, (50), 537-541.
Chang, C.L. 2007. Stress among secondary school teachers in Klang District. Masters
Theses. Universiti Malaya.

Drake, D. & Hebert, E. P. 2002. Perceptions of occupational stress and strategies for
avoiding burnout: Cases studies of two female teacherscoaches. Physical Educator, 59, (4),
170-181.
Fazura Mohd Noor. 2011. Faktor-faktor penentu tekanan dalam kalangan guru-guru: Kajian
di sekolah rendah mubaligh di Kuala Lumpur (Disertasi Sarjana). Universiti Utara Malaysia,
Sintok.
Fun, W.S 2008. Faktor-faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guruguru SJK(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Kajian Ilmiah.
Universiti Teknologi Malaysia.
Gelman, R. B. 2008. Demographic and occupational correlates of stress and burnout among
urban school teachers. ProQuest Dissertations and Theses.
Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom. 2002. Mengurus Stres, Pendekatan
113 yang praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hatta Sidi dan Ruzanna Zam Zam. 2003. Menjaga kesihatran jiwa. Teknik
mengurus stress. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors.
Herzberg, F .1972. The Motivatio-hygiene Theory: In Victor H. Vroom and Edward
L. Deci (Eds), Management and Motivation 1,56. Baltimore, MD: Penguin
Books.
Ling,W.P. 2007. Kepuasan Kerja Guru-guru Aliran Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di
Sekolah-sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana. Universiti
Teknologi Malaysia.
Kamaruddin. 2007, dan Norashid Bin Othman dan Hamzah Bin Md.Omar Jurnal Pemikir
Pendidikan (Journal for Educational Thinkers) Vol. 5, pp. 35-57, ISSN 1985-3637
Kim, T. S. 2006. Stres kerja dlm kalangan guru teknik. Kajian Ilmiah. Universiti Teknologi
Malaysia
Khairul Azran Hussin. 2010. Seksa jadi cikgu. Berita Harian
Klassen, R. M., & Chiu, M. M. 2010. Effects on teachers' self-efficacy and job satisfaction:
Teacher gender, years of experience, and job stress. Journal of Educational Psychology,
102(3), 741.
Kokkinos, C. M. 2007. Job Stressors, Personality and Burnout in Primary School Teachers.
British Journal of Educational Psychology, 77(1), 229-243.
Leeds Publications. Jepson, E., & Forrest, S.2006. Individual contributory faktors in teacher
stress: The role of achievement striving and occupational commitment. British Journal of
Educational Psychology 1 76.(2006): 183-197. 3 Jo-Ida, H., & Brandon,S. (2003).
Lemaire, J. 2009. Addressing teacher workload. Education, pp. 6.

Ling, H. Oi. 2008. Individual and Systemic Factors Influencing Secondary School Teacher
Stress in Hong Kong. ProQuest Dissertations and Theses.
Lokman Tahir & Musa Salan. 2011. Burnout pentadbir sekolah kebangsaan di daerah
Kluang. unspecified . pp. 1-9.
Mahmood Nazar Mohamed. 2004. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzita Abdullah. 2004. Beban tugas guru: Kian bertambah. Diperoleh pada Jun 1,2006
daripada http://www/tutor.com.my.
Noor Hamizah Abu Bakar. 2012, April 24. Guru lebih stres. Utusan Malaysia, Utusan
Online.
Daripada
laman
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-stres
Paulse, J. 2005. Sources of occupational stress for teachers, with specific reference to the
inclusive education model in the Western Cape. Dissertations. University of the Western
Cape.
Raja Maria Diana binti Raja Ali.2011. Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja di
kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Pasir Puteh (Tesis Sarjana). Open
University Malaysia, Kuala Lumpur
Ramli Bin Jusoh.2003. Mengkaji Tekanan di Kalangan Guru bengkel di SekolahMenengah di
Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Rieg, S., Paquette, K., & Chen, Y.2007. Coping With Stres: An Investigation of Novice
Teachers Stresors In The Elementary Classroom. Education, 128(2), 211- 226. Saraswathy,
Kutirakkal.
Saifulizam Mohamad dan Yulpisman Asli .2005. Hishammuddin Selar NUTP
Dakwaan Guru Stres Tidak Bersandarkan Bukti Konkrit dan Fakta Jelas.
Utusan Malaysia, Ogos 22, 2005.
Sapora Sipon. 2007, Julai, 23.Pendidik mesti bijak kawal emosi.Utusan Malaysia.Utusan
online.
Daripada
laman
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don.2007. Kecerdasan Emosi Dan Kepemimpinan
Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan.Jurnal Masalah Pendidikan 2007, Jilid
30(1).Daripada laman http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf
Sheppard, B. H. 2008. The effect of noninstructional workload tasks upon instructional time
for classroom teachers in public schools in an urban school district. ProQuest Dissertations
and Theses.
Sayeedah Khatoon Mohd. Mydin. 2005. Hubungan antara kecerdasan emosi dengan
pengurusan stres di kalangan penolong-penolong kanan sekolahsekolah menengah Daerah
Pulau, Pulau Pinang. Tesis (M.Ed) Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Syed Ismail bin Syed Mustafa. 2010. Siri Pengajian Profesional :Guru dan Cabaran
Semasa. Kuala Lumpur,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Valli, L., & Buese, D. 2007. The changing roles of teachers in an era of high-stakes
accountability. American Educational Research Journal, 44(3), 519.
Yap,C .H. 2005. Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru dikalangan guru
sekolah menengah daerah Klang.Kajian Ilmiah. Universiti Malaya.