Pemuda harapan bangsa,pemuda tiang negara merupakan slogan
yang sering dilaung-laungkan. Slogan ini bermaksud golongan
muda,terutamanya remaja, merupakan aset yang berharga dan juga menjadi harapan negara dalam menjadi generasi pemimpin yang bakal memimpin negara ke arah kemajuan. Malangnya, penyakit sosial seperti gejala penyalahgunaan dadah sering menjangkit golongan remaja. Malahan, gejala ini semakin serius. Seringkali terpampang di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen mengenai kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja yang semakin bertambah. Mengapakah masalah sosial ini berlaku? Apakah cara-cara ataupun inisiatif-inisiatif yang dapat dilaksanakan bagi membendung gejala ini daripada terus menular? Antara punca kes penyalahgunaan dadah ataupun lebih dikenali sebagai penagihan dadah umunya ialah pengaruh rakan sebaya.Remaja yang sering bergaul dengan rakan sebaya yang sememangnya sudah terjebak dengan gejala penagihan dadah akan turut terpengaruh dengan rakan-rakannya. Mereka mudah terpengaruh akan ajakan rakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Kebiasaannya, permulaan ataupun saat bermulanya penagihan dadah ialah bermula dangan tabiat merokok. Hal ini kerana apabila mereka merasakan rokok tidak dapat memuaskan rasa ketagihan mereka, mereka akan beralih kepada dadah pula. Selain itu, gejala sosial ini juga berpunca dari sikap sesetengah ibu bapa yang mengambil mudah mengenai anak-anak mereka. Ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya serta terlalu sibuk dengan tugasan harian mereka, tidak mempunyai masa yang cukup untuk diluangkan bersama-sama dengan ahli keluarga dirumah terutamanya dengan anak-anak. Hal ini, akan menyebabkan anakanak mereka merasakan mereka kurang disayangi serta kurang diberi perhatian yang seterusnya akan menyebabkan mereka mencari keseronokan diluar rumah. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya juga tidak dapat memantau aktiviti ataupun perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan anakanak bebas melakukan apa-apa sahaja. Seterusnya, penyalahgunaan atau pun penagihan dadah dalam kalangan remaja adalah berpunca daripada sikap remaja itu sendiri.Sikap remaja yang suka memberontak dan perasaan ingin tahu yang tidak terkawal telah menyebabkan golongan remaja mudah terjerumus ke dalam kancah dadah. Sebagai contoh, sesetengah remaja yang pada mulanya yang hanya ingin mencuba sekadar suku-suka sahaja akhirnya menjadi ketagih. Setelah mereka ketagih, amatlah sukar untuk mereka berhenti yang seterusnya membawa kepada masalah yang lebih rumit. Antara inisiatif yang dapat dilakukan bagi membendung masalah ini daripada terus menular ialah dengan cara berkempen. Kempen-kempen ini dapat dilaksanakan dengan berkempen melaluimedia elektronik dan media cetak. Sebagai contoh,
menyiarkan iklan-iklan serta peringatan mengenai keburukan
penyalahgunaan dadah di kaca-kaca televisyen dan di dada-dada akhbar. Hal ini akan dapat menyedarkan masyarakat mengenai keburukan penyalahgunaan dadah dan seterusnya menyebabkan masyarakat terutamanya golongan remaja untuk menghindari gejala tersebut. Inisiatif seterusnya ialah melalui didikan ibu bapa terhadap anak- anak mereka. Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mengenai keburukan penyalahgunaan dadah serta untuk menghindari gejala tersebut. Hal ini kerana, minda kanak-kanak adalah sangat mudah untuk dibentuk semasa mereka masih muda. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Pendek kata, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja adalah masalah yang semakin serius. Gejala sosial ini adalah berpunca dari pelbagai pihak. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi agar masalah ini tidak menjejaskan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020. http://www.scribd.com/doc/36884936/Penyalahgunaan-Dadah-DalamKalangan-Remaja
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu