Anda di halaman 1dari 29

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/1
ATURCARA TAWARAN

UNIT 5
ATURCARA TAWARAN

OBJEKTIF
Objektif Am :

Mengetahui takrif tawaran dan sebutharga; jenis, cirri,


keperluan, kebaikan dan keburukan tawaran ; tawaran
terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran prakelayakan, tawaran perundingan, dokumen tawaran,
d okumen meja tawaran, takrif iklan tawaran, cirri iklan
tawaran, jangkamasa proses pengiklanan, borang piawai
menender, penutupan dan pembukaan tawaran,
Jawatankuasa pembukaan tawaran, lapuran tawaran,
peti tawaran, tempoh laku tawaran, lembaga tawaran
dan bidangkuasanya, penganugerahan tawaran,
penolakan tawaran dan tawaran semula.

Objektif Khusus :

Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :


Mentakrifkan Tawaran dan sebut harga.
Mengenal pasti jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan
keburukan tawaran-tawaran berikut :
i.

Tawaran terbuka

ii.

Tawaran terhad

iii.

Tawaran terpilih

iv.

Tawaran pra kelayakan

v.

Tawaran perundingan

Menyenaraikan kandungan dokumen tawaran


berdasarkan kontrak senarai bahan dan
ukisan/spesifikasi.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/2
ATURCARA TAWARAN

Menyatakan kegunaan dokumen tawaran.


Mentakrifkan Iklan Tawaran
Menyenaraikan cirri-ciri iklan tawaran yang baik
Memberi maklumat maklumat dan syarat syarat di dalam
iklan tawaran
Menyatakan jangka masa proses pengiklanan tawaran
Mengenal pasti borang-borang piawai semasa menender
Menerangkan proses penutupan tawaran
Menerangkan kegunaan peti tawaran
Menerangkan pembukaan tawaran dan tugas jawatankuasa
pembukaan tawaran
Menerangkan tujuan dan perkara-perkara penting yang
dianalisa dalam laporan tawaran
Menerangkan tugas dan kuasa Ahli Lembaga Tawaran
Menerangkan proses penganugerahan tawaran
Menerangkan sebab-sebab penolakan tawaran
Menerangkan sebab-sebab tawaran semula

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/3
ATURCARA TAWARAN

INPUT

5.1

TAKRIF TAWARAN DAN SEBUT HARGA


5.1.1

Takrif Tawaran
Tawaran adalah satu kenyataan yang dikeluarkan bagi mempelawa suatu
pihak untuk melaksanakan suatu kerja samada kerja pembinaan atau
pembekalan disamping mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan.
Tender di keluarka oleh pemaju manakala penerima tender adalah
kontraktor atau pemborong.

5.1.2 Takrif Sebut Harga


Sebut harga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang
berkelayakan membuat dan meyiapkan kerja-kerja yang bernilai antara
RM 0001 hingga RM 50 000.Sebut harga diamalkan bagi memenuhi kerja
segera, kerja undi dan kerja inden.Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan
kepada kontraktor Bumi putra sahaja.
5.1.2.1 Kerja kerja segera
Kerja yang perlu dibuat dengan segera, biasanya kontraktor yang
dipilih adalah kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan
kemampuannya membuat kerja. Contoh contoh kerja yang terlibat
seperti membaiki kerosakan saluran paip atau membaiki atap bocor
dan membaiki tandas awam.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/4
ATURCARA TAWARAN

5.1.2.2 Kerja kerja Undi


Kerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga. Kerja kerja
terlibat adalah kerja kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan
bangunan kerajaan. Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh
Jabatan Kerja Raya atau badan badan kerajaan yang lain. Melalui
cara ini kerja yang dilakukan oleh kontraktor tetap harganya.
5.1.2.2 Kerja kerja Inden
Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor
setelah mereka mengemukakan sebut harga masing masing. Hanya
kontraktor yang berjaya dikehendaki melaksanakan kerja tersebut.
Antara kerja kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang
pejabat, membersih bangunan dan mengecat bangunan.

5.2

JENIS JENIS TAWARAN


Bagi kerja kerja yang melebihi nilai RM 50 000.00, pemanggilan dan
pemilihan kontraktor dilakukan melalui tawaran. Umumnya ada beberapa jenis
tawaran yang biasa diamalkan di negara kita. Di antara jenis jenis tawaran
tersebut adalah :

a. Tawaran terbuka
b. Tawaran terhad
c. Tawaran terpilih
d. Tawaran pra kelayakan
e. Tawaran perundingan

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/5
ATURCARA TAWARAN

5.2.1

Tawaran Terbuka
Tawaran terbuka merupakan tawaran yang biasa diamalkan oleh
pihak kerajaan dan badan-badan berkanun. Tawaran jenis dibuka
kepada

semua

kontraktor

yang

memenuhi

syarat

yang

ditetapkan.Bilangan penender adalah tidak terhad. Tawaran ini


digunakan bagi mendapatkan harga tawaran yang baik kerana
bilangan kontraktor yang memasuki tawaran ini adalah ramai. Lebih
ramai kontraktor yang memasuki tawaran maka lebih banyak
rangkaian harga yang diperolehi oleh majikan. Ini membolehkan
majikan membuat pemilihan yang tepat berdasarkan harga yang
sesuai dan munasabah.
Pihak majikan akan mengeluarkan iklan tawaran melalui akhbar
akhbar tempatan atau mempamerkan di papan kenyataan di pejabat
majikan

Kebaikan Tawaran Terbuka

1. Membuka peluang kepada kontraktor baru dan tidak mempunyai


banyak pengalaman.
2. Pihak majikan dapat memilih harga yang terendah dari bilangan
kontraktor yang ramai.
3. tawaran ini sesuai untuk pembinaan yang mudah dan tidak
memerlukan pengalaman serta kelayakan khusus.

Keburukan Tawaran terbuka


1. Proses perlaksanaan tawaran ini mengambil masa yang lama dan
tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera.
2. Pemilihan harga tawaran yang terlalu rendah adalah berisiko
tinggi kerana kemungkinan kontraktor akan menghasilkan mutu

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/6
ATURCARA TAWARAN

binaan yang rendah disebabkan penggunaan bahan yang tidak


bermutu untuk mendapatkan keuntungan.
3. Tawaran ini tidak menggalakkan kontraktor menggunakan
peralatan moden dan teknik baru kerana kos penggunaanya
adalah tinggi.
4. Kesulitan dalam pemilihan kontraktor yang layak serta berlaku
pembaziran dalam proses penyediaan dan pemilihan.

5.2.2

Tawaran Terhad
Tawaran ini hanya terhad kepada kontraktor kontraktor yang
tertentu sahaja. Biasanya dikhaskan kepada kontaktor bumiputra
sahaja. Hanya bumiputra yang memenuhi syarat syarat yang
ditentukan boleh menyertai tawaran dan bilangannya adalah terhad.
Ini merupakan langkah kerajaan dalam DEB untuk memeberi
sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kontrak tahunan kepada
bumiputra.
Biasanya diiklankan melalui akhbar tempatan atau dipamerkan di
papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

Kebaikan Tawaran Terhad


1. Memberi peluang kepada kontraktor bumiputra untuk
menceburkan diri dalam industri binaan tanpa persaingan dari
kontraktor bukan bumiputra..
2. Dapat melaksanakan kehendak kerajaan bagi menggalakkan 30%
bumiputra menceburi bidang pembinaan.
3. Masa memproses dokumen tawaran dapat dikurangkan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/7
ATURCARA TAWARAN

Keburukan Tawaran Terhad


1. Hanya terhad kepada segolongan kontraktor sahaja.
2. Harga yang ditawarkan menjadi tinggi disebabkan kurangnya
persaingan.

5.2.3

Tawaran Terpilih
Merupakan tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang
dipilih oleh majikan. Pertandingan dalam merebut tawaran berlaku
diantara kontraktor yang terpilih sahaja. Tawaran ini dilaksanakan
berdasarkan keperluan keperluan yang berikut :
Projek projek khas yang memerlukan kepakaran tertentu.
Projek yang perlu disiapkan segera dimana hanya kontraktor
yang berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran.

Pihak majikan akan mendapatkan senarai kontraktor yang layak dan


mempelawa mereka memasuki tawaran. Pemilihan kontyraktor
berdasarkan organisasi, kemampuan, pengalaman serta jumlah
projek yang sedang dilaksanakan. Surat akan dihantar kepada
kontraktor yang dipilih untuk menyertai tawaran tersebut. Didalam
surat tawaran itu dinyatakan perihal

yang berkaitan projek dan

tawaran.

Kebaikan Tawaran Terpilih

1. Majikan akan memperolehi hasil binaan yang berkualiti kerana


kontraktor yang dipilih terdiri daripada kontraktor yang mahir
dan mempunyai rekod yang baik.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/8
ATURCARA TAWARAN

2. Masa yang diambil untuk membuat analisis tawaran adalah


singkat kerana semua keperluan tawaran disediakan mengikut
bilangan kontraktor yang disenaraikan.
3. Pemilihan kontraktor yang mahir dapat dilakukan dengan cepat
kerana semua kontraktor yang memasuki tawaran mempunyai
keistimewaan dari segi kerja.
4. Pemilihan harga yang terendah adalah wajar .

Keburukan Tawaran Terpilih

1. Harga tawaran menjadi tinggi disebabkan kurang persaingan


serta kontraktor yang bertanding terdiri darpada mereka yang
mahir dan berpengalaman.
2. Kemungkinan berlaku pakatan harga di antara kontraktor untuk
meletakkan harga penutup yang sama.
3. Disebabkan keupayaan organisasi kontraktor sentiasa berubah,
maka terdapat risiko dalam mengambil dan memilih kontraktor
yang mutu kerjanya sedang menurun.

5.2.4

Tawaran Pra Kelayakan


Tawaran dibuka hanya kepada kontraktor yang dipilih melalui proses
pra kelayakan. Sesuai untuk projek yang tertentu dan khas yang
memerlukan kepakaran yang tinggi dan bertaraf antarabangsa.
Majikan akan mengiklankan notis tawaran pra kelayakan di akhbar
tempatan bagi mengetahui kelayakan kontraktor yang ingin
menyertai tawaran tersebut. Kontraktor yang ingin menyertai
tawaran ini perlu mengisi borang khas yang mengandungi

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/9
ATURCARA TAWARAN

maklumat-maklumat

tentang

kewangan,

pengurusan

serta

pengalaman kontraktor dan dikembalikan kepada pemaju.


Majikan akan mengkaji maklumat-maklumat yang diberikan dan
akan membuat pemilihan kontraktor yang layak menyertai tawaran.
Kehendak asas dalam pem ilihan agak ketat di mana pengalaman,
kemahiran, kepakaran kerja, modal pusingan yang besar dan
penggunaan teknik-teknit moden adalah antara syarat-syarat
kelayakan yang diperlukan.

Kebaikan Tawaran Pra Kelayakan

1. Mutu pembinaan yang dihasilkan adalah tinggi melalui


penggunaan teknologi yang tinggi dan pengalaman kontraktor.
2. Hanya kontraktor yang mempunyai pengurusan dan pengalaman
yang baik serta modal yang cukup layak menyertai tawaran ini
3. Menjimatkan masa, tenaga dan kos dari segi menyedia dan
menyemak dokumen tawaran kerana bilangan kontraktor yang
tidak ramai.
4. Projek dijamin akan siap pada tempoh yang ditetapkan.

Keburukan tawaran Pra Kelayakan

1. Tawaran ini hanya layak kepada kontraktor yang mempunyai


kepakaran sahaja.
2. kos pembinaan kana menjadi lebih tinggi disebabkan
penggunaan teknologi terkini yang jarang dimiliki oleh
kontraktor yang lain.
3. Hanya sesuai untuk projek-projek yang besar dan tidak sesuai
untuk projek yang kecil.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/10
ATURCARA TAWARAN

5.2.5

Tawaran Perundingan
Tawaran ini dijalankan atas

sebab-sebab tertentu selalunya atas

arahan pihak-pihak tertentu. Tawaran jenis ini tidak diiklankan.


Ianya dilaksanakan dengan pihak majikan menghantar surat kepada
kontraktor yang dipilih untuk membuat perbincangan mengenai
projek yang akan dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang
dibincangkan adalah aspek-aspek rekabentuk,anggaran kos, jadual
kadar harga, pengurusan dan keuntungan. Pada keseluruhannya
tawaran perundingan dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan
senarai bahan.
Tawaran ini dipraktikkan atas sebab-sebab berikut :

Projek yang memerlukan penyiapan segera

Projek yang memerlukan kepakaran kerja.

Projek yang berterusan dan berfasa-fasa.

Pembiayaan projek dibuat oleh kontraktor

Projek yang mempunyai bidang kerja yang sama..

Kebaikan tawaran perundingan :


1. Perbelanjaan membiayai tawaran ini adalah rendah.
2. Kontraktor boleh memberi nasihat dan memberikan cadangan
dan nasihat kepada arkitek/jurutera diperingkat awal reka bentuk
projek.
3. Majikan dapat menganggar kos-kos yang terlibat dengan lebih
tepat dan cepat berdasarkan kadar harga yang diketahui
sebelumnya iaitu bagi projek yang mempunyai bidang yang
sama.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/11
ATURCARA TAWARAN

Keburukan Tawaran perundingan :


1. harga tawaran menjadi tinggi disebabkan tiada persaingan.
2. Hanya kontraktor tertentu sahaja yang akan terpilih.
3. Disebabkan harga tawaran yang terlalu tinggi, pengawalan
terhadap pembaziran bahan dan masa tidak begitu baik.
4. berlaku penyelewengan diperingkat perancangan menyebabkan
kerugian kepada pihak majikan.

5.3

KANDUNGAN DOKUMEN TAWARAN


Dokumen tawaran terbahagi kepada dua jenis :
5.3.1

Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan senarai kuantiti

Biasa digunakan untuk projek-projek yang besar

Penyediaan memerlukan masa yang agak panjang

Dapat menyediakan satu asas yang lebih saksama untuk


penilaian kerja yang telah dilaksanakan bagi tujuan bayaran
kemajuan dan perubahan kerja

5.3.2

Dokumen tawaran bagi kontrak berdasarkan lukisan dan


spesifikasi.

Di gunakan bagi projek yang perlu disiapkan dengan segera


di mana Jurukur Bahan tidak sempat untuk menyediakan
Senarai Kuantiti.

Sesuai untuk projek yang rendah dan sederhana kosnya.

Kontraktor perlu memasukkan harga bagi keseluruhan kerja


secara pukal sahaja ( Lump Sum )

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/12
ATURCARA TAWARAN

Berdasarkan Senarai Kuantiti

Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi

1. Surat mempelawa tawaran

1. Surat mempelawa tawaran

2. Borang tawaran

2. Borang tawaran

3. Arahan kepada penender

3. Arahan kepada penender

4. Senarai kerja pendahuluan,

4. Senarai kerja pendahuluan,

keterangan bahan dan mutu kerja


5. Senarai senmakan mengemukakan

keterangan bahan dan mutu kerja


5. Senarai semakan mengemukakan

tawaran

tawaran

6. Spesifikasi

6. Spesifikasi

7. Borang maklumat latar belakang

7. Borang maklumat latar belakang

kontraktor

kontraktor

8. Senarai Kuantiti

8. Ringkasan tawaran

9. Lampiran

9. Jadual kadar harga

10. Lukisan

10. Lampiran
11. Lukisan

Jadual 9.1 : Kandungan Dokumen Tawaran

5.4

KEGUNAAN DOKUMEN MEJA TAWARAN


Dokumen ini hampir sama dengan dengan dokumen tawaran tetapi biasanya
lebih lengkap dari dokumen tawaran yang dijual kepada kontraktor.
Disediakan sebelum sesuatu tawaran dipanggil atau diiklankan.
Dokumen meja tawaran diletakkan didalam bilik khas atau di atas meja khas
di pejabat majikan seperti di pejabat Pengarah JKR Negeri atau Daerah.
Dokumen tawaran digunakan untuk membolehkan kontraktor mendapat
gambaran yang jelas mengenai projek serta menyemak perkara-perkara

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/13
ATURCARA TAWARAN

yang terkandung didalam tawaran yang hendak disertainya serta


menghargakan tawaran. Biasanya ia dipamerkan bermula dari iklan tawaran
dikeluarkan sehingga tarikh tutup tawaran.

5.5

TAKRIF IKLAN TAWARAN


Merupakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju untuk
mempelawa kontraktor-kontraktor memasuki tawaran bagi projek yang
dicadangkan.
Iklan tawaran disediakan bagi memaklumkan kepada kontraktor yang
berminat tentang butir-butir penting sesuatu tawaran.

5.6

CIRI CIRI IKLAN TAWARAN


Iklan tawaran hendaklah menarik dan mempunyai maklumat yang lengkap
mengenai projek supaya ramai kontraktor yang berkelayakan akan
menyertai tawaran tersebut.
Iklan tawaran hendaklah diiklan didalam akhbar tempatan ataupun ditampal
di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan.

5.7

MAKLUMAT MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT DI DALAM


IKLAN TAWARAN
Maklumat penting yang perlu ada dalam satu-satu iklan tawaran adalah :

Logo dan nama majikan

Tajuk kerja

Jenis tawaran

Kelas kontraktor yang dipelawa

Kepala dan sub kepala

Bayaran dokumen tawaran

Tempat mengambil Dokumen tawaran

Tempat dan masa dokumen tawaran dikembalikan

Tarikh lawatan tapak, masa serta tempat perjumpaannya

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/14
ATURCARA TAWARAN

5.8

Pejabat dimana TTD boleh diperiksa

Masa dan tarikh memeriksa TTD

Tarikh tutup tawaran

JANGKA MASA PROSES PENGIKLANAN TAWARAN


Biasanya tempoh iklan tawaran disiarkan diakhbar akhbar tempatan atau
melalui notis yang ditampalkan di papan kenyataan tawaran majikan adalah
dua minggu sebelum tarikh lawatan tapak.
Kenyataan tawaran hendaklah dihantar kepada pihak akhbar sekurang
kurangya dua minggu sebelum tarikh diiklankan.

5.9

BORANG BORANG PIAWAI SEMASA MENENDER


Secara amnya borang borang yang biasa digunakan semasa proses
menender adalah :

5.9.1

Borang Perlantikan Jurukur Bahan


Borang ini adalah pengesahan diantara Pemaju dengan Jurukur
Bahan untuk menjalankan kerja kerja pengurusan yang berkaitan
dengan kerja Jurukur Bahan dalam sesuatu projek.

5.9.2

Borang Jaminan Keselamatan


Merupakan surat jaminan yang dikeluarkan oleh bank atau institusi
kewangan tertentu tentang kedudukan kewangan kontraktor supaya
pihak perunding dan pemaju yakin dengan kemampuan kontraktor
tersebut untuk mengendalikan sesuatu projek.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/15
ATURCARA TAWARAN

5.9.3

Borang Kontrak
Borang perjanjian antara kontraktor dan pemaju untuk menjalankan
sesuatu projek. Ia mengandungi syarat syarat perjanjian dan kontrak
yang perlu diikuti oleh kedua-dua pihak. Borang kontrak yang biasa
digunakan adalah sama ada borng kontrak setara JKR atau borang
kontrak setara PAM.

5.9.4

Borang Pra Kelayakan Kontraktor


Borang ini digunakan oleh kontraktor kontraktor yang ingin
memasuki tawaran Pra Kelayakan. Bertujuan untuk menilai sesebuah
organisasi kontraktor bagi menjalankan sesuatu projek. Penilaian
dibuat berdasarkan kepada bilangan kaki tangan , bilangan jentera
yang digunakan dan pengalaman mengenadalikan projek projek
yang lepas.

5.9.5

Borang Kontraktor Kecil dan Pembekal Bahan


Kegunaannya adalan untuk melantik sesebuah organisasi sebagai
kontraktor kecil atau pembekal bahan di dalam sesuatu projek.

5.9.6

Borang ringkasan syarikat penender yang terlibat


Borang ini digunakan untuk menyenaraikan mengenai kemampuan
dari segi kewangan, modal , loji, kakitangan dan pengalaman setiap
penender yang terlibat.

5.9.7

Borang Projek Semasa untuk Penender


Borang ini memberi penjelasan mengenai projek projek yang
sedang dilaksanakan oleh penender

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/16
ATURCARA TAWARAN

5.9.8

Borang Kesilapan Penender


Borang ini digunakan untuk mencatatkan segala kesilapan yang
dilakukan oleh penender semasa mengemukakan tawaran. Kesilapan
setiap unsure didalam senarai kuantiti atau dokumen tawaran akan
direkodkan untuk di buat pembetulan.

5.9.9

Borang keputusan tender


Merupakan borang terakhir dimana jurukur bahan akan
mengesyorkan kontraktor yang layak kepada pihak pemaju dan
perunding yang lain.

5.10

PROSES PENUTUPAN TAWARAN


Penutupan tawaran bermaksud tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan
didalan iklan tawaran. Apabila tarikh tawaran ditutup, dokumen tawaran
yang telah lengkap diisi akan dimasukkan kedalam peti tawaran yang telah
disediakan. Peti tawaran tersebut akan ditutup dan disimpan di dalam bilik
jurutera.Jawatankuasa Pembukaan Tawaran kemudian akan bersidang untuk
membuka peti tawaran itu.

5.11

KEGUNAAN PETI TAWARAN


Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah
dihantar oleh pihak kontraktor. Merupakan sebuah bekas/peti berkunci yang
ditandakan dengan no. projek, nama projek, tarikh dan masa tawaran
dibuka serta tarikh penyerahan terakhir.
Setelah tarikh tutup tawaran peti tawaran akan dikunci dan disimpan
didalam bilik jurutera.Peti tawaran akan dibuka setetelah Ahli
Jawatankuasa Pembukaan Tawaran bersidang.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/17
ATURCARA TAWARAN

5.12

PROSES PEMBUKAAN TAWARAN DAN TUGAS JAWATAN


KUASA PEMBUKAAN TAWARAN
Sebagaimana yang telah diterangkan proses pembukaan peti tawaran akan
dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Pembukaan Tawaran. Ahli jawatankuasa
ini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik oleh
pihak majikan. Setiap dokumen tawarn yang dihantar akan direkodkan
nombor siri berdasarkan kepada jumlah dokumen tawaran tersebut.
Contohnya 1/10, 2/10, 3/10, 4/10 9/10 dan 10/10 sekiranya ada 10 orang
penender yang menyertai tawaran. No siri ini akan disenaraikan dalam
borang khas bersama sama dengan harga tawaran yang telah ikemukakan.
Borang ini dikenali sebagai Borang Jadual Tawaran.

Borang Jadual Tawaran akan diserahkan kepada satu jawatankuasa yang lain
untuk membuat penilaian atau analisis tender. Jawatankuasa ini mesti terdiri
tidak kurang dari dua orang samada Jurukur Bahan atau Pegawai Teknikal
dalam bidang kerja yang berkaitan.

ANALISIS TAWARAN
Penilaian keatas tender tender kerja di jalankan dalam dua peringkat iaitu
Penilaian Peringkat Pertama dan Penilaian Peringkat Kedua.

5.12.1 Penilaian Peringkat Pertama


Penilaian peringkat pertama keatas tender terendah sehingga
beberapa tender dalam lingkungan harga yang munasabah untuk
memenuhi pra syarat yang berikut :

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/18
ATURCARA TAWARAN

1.

Kesempurnaan Tender
Tender tender mesti lengkap dan bebas dari segala ecacatan
dari segi undang undang dan kontrak yang munasabah
untuk menentukan kelayakan mengikut amalan biasa.

2.

Kedudukan Kewangan yang Memuaskan


Petender mengemukakan bukti atau pegawai penilai berpuas
hati bahawa petender mempunyai kedudukan kewangan yang
memuaskan untuk melaksanakan projek yang ditender.

3.

Prestasi Kerja Semasa yang Memuaskan


Petender yang tidak mempunyai projek atau ditakrifkan
sebagai sakit atau yang mendapat laporan buruk daripada
pegawai penyelia projek atau mengahadapi tindakan
penamatan pengambilan kerjanya adalah tidak memuaskan
prestasi kerjanya.

Tender yang tidak memenuhi mana mana pra syarat di atas adalah
gagal Penilaian Awal dan tidaka layak diberi pertimbangan
seterusnya.

5.12.2 Penilaian Peringkat Kedua


Penilaian peringkat kedua hanya dibuat keatas beberapa tender yang
lulus penilaian peringkat pertama bermula dengan tender terendah
mengikut turutan harga tender menaik.
Kriteria kriteria berikut digunakan bagi menentukan tender yang
paling menguntungkan untuk dipertimbangkan.
a. Harga Tender
Harga tender yang dikemukakan oleh pentender
pentender akan dibandingkan dengan Anggaran jabatan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/19
ATURCARA TAWARAN

Anggaran Jabatan hendaklah terlebih dahulu dipastikan


kemunasabahannya.

b. Pengalaman
Penilaian dari aspek pengalaman hanya perlu dibuat ke
atas pentender yang harga tendernya sangat rendah.
Untuk melayakkan sesuatu tender yang sangat rendah
atau rendah dipertimbangkan, pentender mestilah
sekurang kurangnya dua projek yang serupa dengan
projek yang ditender dengan cemerlangya dalam tempoh
lima tahun yang lepas.

c. Prestasi Kerja Semasa


Kerja semasa ialah projek yang belum disahkan siap pada
tarikh tutup tender. Prestasi kerja semasa pentender akan
dikategorikan seperti berikut :
Cemerlang

peratus kemajuan sebenar


melebihi jadual.

Memuaskan

Peratus kemajuan sebenar


sama atau terkebelakang dari
jadual kurang dari 30%.

Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan


laporan daripada Pegawai Penguasa atau Jurutera yang
menyelia projek tersebut.

d. Kakitangan Teknikal
Faktor ini dinilaikan berasaskan bilangan kakitangan
teknikal pentender berbanding dengan bilangan
AnggaranKeperluan Minimum (AKM) kakitangan

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/20
ATURCARA TAWARAN

teknikal untuk menjalankan projek yang ditender dengan


memuaskan.

e. Loji, Kuari dan Kilang


Sekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang
ditetapkan oleh AKM tetapi pentender didapati
mempunyai kuari, kilang dan sebagainya atau terdapat
factor factor lain yang boleh menyokong harga
tendernya maka factor factor tersebut bolehlah diambil
kira.
Kesemua analisis dan penilaian akan dimasukkan kedalam laporan tender untuk
dikemukakan kepada Lembaga Tender untuk dibuat pertimbangan . Kemudian
Lembaga Tawaran akan membuat pemilihan dan keputusan kontraktor yang berjaya
untuk melaksanakan projek tersebut.

5.13

LAPORAN TAWARAN
Laporan tawaran yang telah disediakan hendaklah mengandungi perkara perkara
berikut bagi memudahkan pihak Lembaga Tawaran membuat pemilihan kontraktor
yang layak ;
a.

Ringkasan skop kerja yang akan dilaksanakan seperti nama projek,


penentuan dan sebagainya.

b.

Menerangkan cara mempelawa tender untuk projek tersebut dan


menerangkan bila tender tersebut dibuka dan ditutup dan tempoh
laku tender tersebut tamat.

c.

Menyenaraikan petender petender termasuk harga tender serta


masa penyiapan kerja mengikut harga tender yang terendah dahulu.

d.

Mengkaji tentang kesilapan yang berlaku didalam tender serta


menyenaraikan kesilapan petender. Didalam senarai tersebut harga
tawaran terkini hendaklah dicatatkan termasuk kesilapan yang
berlaku sekiranya ada.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/21
ATURCARA TAWARAN

e.

Mengemukakan anggaran jabatan serta perbezaan dengan anggaran


setiap Petender.

f.

Latar belakang kontraktor seperti nama syarikat,kelas kontraktor


serta senarai projek yang telah dan sedang dilaksanakan.

g.

Cadangan dan sokongan kepada lembaga tawaran untuk menyetujui


terima kontraktor yang layak setelah perkara-perkara diatas
dianalisis dan dikaji.

5.14

TUGAS DAN KUASA AHLI LEMBAGA TAWARAN


Tugas dan kuasa ahli lembaga tawaran bergantung kepada peringkat peringkat
lembaga tersebut. Peringkat peringkat lembaga tawaran terdiri daripada ;
1.

Lembaga Tawaran Peringkat Persekutuan


Ianya diwakili oleh ketua pengarah Jabatan Kerja Raya,
Perbendaharaan, Kementerian Kerja RayaUnit Perancang Ekonomi /
Negeri / UPEN atau mana-mana badan/unit yang berkenaan.
Tawaran tawaran ini adalah khas untuk kerja kerja peringkat
persekutuan sahaja. Lembaga ini berkuasa mengesahkan tawaran
yang melebihi RM 250,000.00.

2.

Lembaga Tawaran Peringkat Negeri


Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan negeri /SUK, Pegawai
Kewangan negeri, Pengarah JKR dan sebagainya. Lembaga ini
berkuasa memperakui tawaran yang dibiayai oleh kerajaan negeri
sahaja.

3.

Lembaga Tawaran Peringkat Daerah


Lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan, pegawai kewangan
yang mana ia merupakan ahli jawatankuasa sebut harga dan berkuasa
memperakui tawaran kecil yang tidak melebihi RM 10,000.00
sahaja.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/22
ATURCARA TAWARAN

5.15

PENGANUGERAHAN TAWARAN
Penganugerahan tawaran bermaksud tawaran diberikan kepada kontraktor, iaitu
tawaran yang dikemukakan oleh kontraktor diakui dan majikan membuat
penerimaan terhadap tawaran kontraktor.

Majikan akan mengeluarkan Surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang


dipilih, maka kontraktor berkenaan tidak boleh menarik diri. Kontraktor boleh
disaman sekiranya menolak tawaran tersebut. Ini kerana sebaik sahaja kontraktor
menerima surat penerimaan tawaran ikatan kontrak terjalin antara pihak majikan
dan kontraktor.
Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat :
a.

Surat Niat ( Letter of Intent )


Iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat
untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syaratsyarat dan keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor.
Surat ini tidak mengikat Kerajaan kepada satu perjanjian bahawa
satu kontrak telah wujud.

b.

Surat Setuju terima ( Letter of Acceptance )


Iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang telah
dyang berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan
dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak.
Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila semua
perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak diperlukan.

5.16

PENOLAKAN TAWARAN
Antara sebab-sebab mengapa sesuatu tawaran tidak diterima ialah :
a.

Harga tawaran yang terlalu tinggi

b.

Harga tawaran yang telalu rendah. Jika kerja tersebut diberikan


kemungkinan kerja tidak dapat disiapkan.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/23
ATURCARA TAWARAN

c.

Kerja kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut


terlalu banyak dan melebihi had kewangan pendaftaran.

5.17

d.

Rekod kerja terdahulu tidak mememuaskan

e.

Tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tawaran.

f.

Butir-butir tawaran tidak diisi dengan betul

g.

Tidak cukup peruntukan kewangan bagi satu-satu projek.

TAWARAN SEMULA
Tawaran perlu dipanggil semula apabila perkara-perkara berikut berlaku :
a.

harga yang ditawarkan adalah teralu rendah atau terlalu tinggi.

b.

Terdapat kesilapan di dalam dokumen tawaran, mungkin dari segi


pengiraan ataupun dalam butiran lukisan.

c.

Tiada peruntukan ataupun tidak mencukupi untuk membiayai projek.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/24
ATURCARA TAWARAN

AKTIVITI 5

Mahu menguji kefahaman anda ? Sila jawab soalan soalan - soalan berikut.
Cuba dahulu sebelum menyemak jawapan yang disediakan dihalaman sebelah.
1.

Berikan takrif iklan tawaran .

2.

Apakan perbezaan antara tawaran dan sebut harga.

Nyatakan jenis-jenis tawaran yang biasa dipraktikkan dinegara kita di


dalam memilih kontraktor yang layak untuk satu-satu projek.

4.

Ada beberapa kaedah memanggil tawaran. Nyatakan tiga kaedah tersebut.

5.

Pada pendapat anda tawaran apakah yang sesuai untuk projek pembinaan
yang mudah terutamanya projek-projek yang dijalankan oleh pihak
kerajaan.

6..

Nyatakan sekurang kurangnya lima jenis borang yang biasa digunakan


dalam proses menender

7.

Berapa lamakah jangka masa tawaran diiklankan.

8.

Apakah kegunaan peti tawaran didalam proses menender?

9.

Lengkapkan jadual berikut:


Peringkat peringkat

Ahli - ahli

Bidang Kuasa

Lembaga Tawaran

10.

Kadang-kadang tawaran perlu dibuat semula. Nyatakan sebab sebabnya.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/25
ATURCARA TAWARAN

MAKLUMBALAS 5

1.

Tawaran ialah satu kenyatan yang di keluarkan oleh satu kepada satu pihak
yang lain untuk melaksanakan suatu kerja disamping mendapatkan
persetujuan dari pihak yang berkenaan.

2.

Tawaran untuk kerja-kerja melebihi RM50 000 dan terbuka untuk semua
kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor.
Sebut harga untuk kerja-kerja kurang daripada RM 50 000 dan biasanya
bagi memenuhi kerja-kerja segera, kerja undi dan kerja inden. Hanya
dibuka untuk kontraktor bumi putra sahaja.

3.

Tawaran terbuka, tawaran terhad, tawaran terpilih, tawaran pra kelayakan


dan tawaran perundingan.

4.

Iklan di akhbar tempatan, notis di papan kenyataan tawaran majikan dan


surat mempelawa tawaran

5.

Tawaran yang sesuai adalah tawaran terbuka kerana projek pembinaan yang
mudah adalah sesuai bagi kontraktor-kontraktor yang baru dan kurang
berpengalaman

6.

Borang borang yang biasa digunakan dalam proses menender adalah :

Borang perlantikan Jurukur Bahan

Borang jaminan keselamatan

Borang Kontrak Setara

Borang perlantikan kontraktor kecil dan Pembekal bahan

Borang projek semasa untuk penender

Dan lain-lain seperti dalam nota

7.

Apabila tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan didalam iklan tawaran

8.

Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah


dihantar oleh pihak kontraktor.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/26
ATURCARA TAWARAN

9.
Peringkat Lembaga

Ahli - ahli

Bidangkuasa

Tawaran
Lembaga Tawaran

Pengarah

Untuk tender

Peringkat Pesekutuan

JKR,UPEN

peringkat
persekutuan dan
melebihi RM
250,000.00

Lembaga Tawaran

Setiausaha

Untuk tender

peringkat Negeri

kerajaan, Pengarah

peringkat negeri

JKR, pegawai

sahaja

kewangan
Lembaga Tawaran

Setiausaha

Untuk tawaran

peringkat Daerah

kerajaan, pegawai

sebutharga tidak

kewangan

melebihi RM
10,000.00

10.

Tawaran perlu dipanggil semula kerana :

Harga yang ditawarakan terlalu tinggi atau terlalu rendah

Terdapat kesilapan dalam dokumen tender

Tiada peruntukan kewangan

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/27
ATURCARA TAWARAN

PENILAIAN KENDIRI

Syabas .!!! Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan soalan
dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang
disediakan. Sekiranya ada masalah , berbincanglah dengan pensyarah anda. Semoga
anda berjaya
SOALAN 1
Terangkan dengan ringkas tentang tawaran pra kelayakan dan tawaran perundingan serta
nyatakan dua perbezaan utama antara dua tawaran ini.
SOALAN 2
Terangkan proses-proses pembukaan dan penelitian tawaran oleh jawatankuasaPembukaan
tawaran setelah penutupan tawaran.
SOALAN 3

Lembaga Tawaran bertanggungjawab untuk menganugerahkan tawaran kepada kontraktor


yang berjaya memenuhi kriteria kretiria pemilihan. Apakan kriteria criteria tersebut.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/28
ATURCARA TAWARAN

SOALAN 1
Dua perbezaan adalah :
a. Tawaran Pra Kelayan diiklankan manakala tawaran
perundingan tidak diiklankan.
b. Pemilihan kontraktor melalui tawaran pra kelayakan
berdasarkan maklumat-maklumat yang diisi dalam
borang pra kelayakan manakala tawaran perundingan
pula kontraktor dipilih berdasarkan pengalaman, rekod
kerja, kedudukan kewangan tanpa perlu bertanding
dengan kontraktor-kontraktor yang lain.
SOALAN 2
Setelah tarikh tutup tawaran Ahli Jawatankuasa Pembukaan tawaran akan bersidang dan
membuka peti tawaran. Setiap dokumen tawaran akan ditulis nombor siri berdasarkan
jumlah dokumen tawaran yang diterima. Selain daripada itu, Ahli Jawatankuasa akan
menyenaraikan harga yang dikemukakan oleh setiap penender didalam borang khas yang
dikenali sebagai Borang jadual tawaran. Borang jadual tawaran akan diserahkan kepada
satu pihak yang lain untuk dibuat analisa dan penilaian. Satu laporan tawaran disediakan
untuk dikemukakan kepada Lembaga Tawaran untuk membuat pertimbangan pemilihan
kontraktor yang berjaya untuk melaksanakan sesuatu projek.

SOALAN 3

Harga tender yang dicadang oleh penender berbanding dengan anggaran


jabatan

Pengalaman yang ada bagi seseorang penender bagi menyiapkan sesuatu


projek dalam 5 tahun kebelakangan ini.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

C2006/UNIT 5/29
ATURCARA TAWARAN

Prestasi kerja semasa yang ditunjukkan oleh kontraktor sama ada cemerlang
atau memuaskan berdasarkan kepada laporan dari Pegawai Penguasa atau
Pegawai Penyelia.

Kakitangan

yang dilantik oleh penender adalah mencukupi

bagi

melaksanakan projek yang ditender.

Faktor-faktor lain yang membantu harga tender adalah seperti penender


mempunyai loji, kuari kilang dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai