Anda di halaman 1dari 36

KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA - 1

MALAYSIA
Saturday, October 2, 2010
Alat Muzik Tradisional
Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia. Pada
zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat,
alat ritual dan alat hiburan. Alat muzik tradisional boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu,
kordofon, membranofon, erofon, idiofon dan erofon bebas.
Alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi melalui getaran pada tali
yang ditegangkan. Alat-alat muzik seperti rebab, sapeh, pipa, erhhu, tampura dan lain-lain adalah
tergolong dalam kategori ini.
Alat muzik membranofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit
atau membrane yang ditegang dan dipalu. Alat-alat muzik gendang dan rebana Melayu adalah
tergolong dalam kategori ini.
Erofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Contoh alat
muzik erofon ialah serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan sebagainya.
Idiofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka
badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon ialah kumpulan gong.
Erofon bebas ialah sesuatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara
dengan cara meniupnya. Alat muzik ini diperbuat daripada bahan yang bersifat sementara seperti
daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya.
Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus, rehab,
gong, kompang, rebana, marus, nahara, seruling, serunai, nafiri, angklung, bonang,
caklempong, canang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya. Kompang merupakan alat
muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang biasanya dimainkan
semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Kaum Cina pula memainkan alat-alat muzik tradisional seperti erh-hu, pipa, yangqin,
sheng dan seruling cina. Dalam masyarakat Cina, erh-hu dan pipa sentiasa digunakan sebagai
alat solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera cina atau
mengiringi nyanyian.
Alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh kaum India adalah seperti tempura,
sitar, dholak dan sebagainya. Dholak ialah sebuah alat muzik kasikal India Utara dan biasanya

digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem. Alat muzik ini juga digunakan untuk
mengiringi nyanyian dan tarian semasa majlis perkahwinan India dilangsungkan.
Selain itu, Sabah dan Sarawak juga mempunyai latar belakang muzik tradisional yang
berbeza. Di Sabah, alat muzik tradisional dimainkan semasa majlis perkahwinan, pertunangan,
perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma
dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Kebanyakan alat-alat
muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli. Contohnya, tongkungon, turali, suling (atau
seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat-alat muzik di Sabah
dikelaskan kepada kordofon (tongkungon, gambus, sundatang atau gagayan), erofon (suling,
turali atau tuahi, bungkau dan sompoton, idofon (togunggak, gong, kulintangan) dan
membranofon (kompang, gendang atau tontog).
Di Sarawak pula, alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh mereka ialah
lutang, sape, tawak dan sebagainya. Sape merupakan alat muzik yang amat popular di kalangan
kaum Kenyah dan Kelabit. Sape boleh dimainkan secara solo atau berduet untuk menghasilkan
kombinasi irama muzik yang lebih indah dan harmoni.
Posted by ammal at 6:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, September 29, 2010


Tarian Tradisional
PENGENALAN
Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang mengandungi gerakan tubuh badan
yang mempunyai unsur unsur keindahan . Tarian dapat dipersembahkan melalui gerakan
tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. Menurut kepada seorang ahli sejarah
tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan
yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak geri berirama yang
indah.
Tarian tradisional melayu
Tarian tradisional Melayu boleh terbahagi kepada empat
kategori iaitu tarian istana, dramatari, tarian moden dan tarian rakyat.
Contoh tarian istana terdapat tarian asyik dan tarian gamelan.Tarian asyik
merupakan tarian istana diraja Kelantan. Ia bermula di Pattani pada 1644
berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri. Dayang-dayang
baginda mencipta tarian ini untuk menghiburkan hatinya yang sedang
berdukacita. Asyik bermaksud kekasih yang juga merupakan nama burung
tersebut. Oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak geri bersifat lemah
lembut dan penuh dengan ketertiban. Pada hari ini, tarian ini dipersembahkan

semasa upacara rasmi dan festival. Ia juga turut dipersembahkan di majlismajlis perkahwinan di istana Melayu. Tiga alat muzik penting yang digunakan
ialah rebab , gambang dan gedombak.
Manakala tarian seperti tarian mak yong,tarian jikey,tarian randai dan
sebagainya merupakan dalam kategori tarian dramatari yang dikenali sebagai satu
cabang seni teater yang menggabungkan tarian, opera, drama dan komedi.
Tari yang paling penting yang dipersembahkan dalam Mak Yong
ialah Mengadap Rebab yang mengambil masa dalam 10-15 minit dan
dipersembahkan di setiap permulaan persembahan. Ia dibahagikan kepada 6
seksyen iaitu menama, duduk, melutut, mencangkung, berdiri dan berjalan.
Semua watak dalam Mak Yong adalah perempuan kecuali 3 lelaki penari
utama yang dipanggil Mak Yong, yang membuatkan cerita yang selalunya
berkisar tentang putera dan puteri lagenda dari cerita dongeng orang duludulu. Ada 16 pelakon dan diiringi oleh muzik tradisional yang terdiri daripada
gong, dram dan rebab.
Di samping itu,dalam kategori tarian moden juga terdapat tarian yang popular
seperti tarian joget,tarian zapin dan tarian inang.Antaranya jogat adalah yang
paling dikenali oleh rakyat kita. Ia sering dipersembahkan di festival
kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Tarian joget
merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke Melaka semasa
zaman perdagangan rempah. Joget dipersembahkan oleh beberapa
pasangan penari dengan pergerakkan kaki dan tangan yang lincah. Ini
berikutan tempo lagu joget yang selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali
sebagai Chakunchak.
Tarian rakyat terdapat contoh seperti tarian ayam didik,tarian
canggung,tarian cinta saying,tarian kuda kepang dan tarian zapin.Tarian
ayam didik merupakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan
yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli
tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak. Tarian ini diringi dengan nyanyian
lagu ayam didik.
Tarian tradisional cina

Secara umumnya,tarian tradisional cina dalam adat warisan masyarakat Cina


terdapat 2 jenis iaitu tarian singa dan tarian naga.
Penari tarian singa akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang
disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun
yang dikatakan akan membawa tuah.
Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian
Singa Selatan".Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China
yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka
menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina).
Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan
sebagai hiburan.
Manakala Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar.
Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat
jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai
warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara,
dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Kostum tarian singa selatan.
Kostum tarian singa utara
Seperti tarian singa,tarian naga juga selalu dipersembahkan pada musim
perayaan.Dalam permikiran kaum cina, naga mewakili kekuatan yang tiada
bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.Oleh
itu,orang cina selalu menyebutkan keturunan naga sebagai lambang identiti
etnik.Pada Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang
dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular
selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima
elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah,
kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi
rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya
dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Tarian tradisional india
Gaya tarian tradisional india boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya
tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi,
Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri.

Tarian Kathak adalah tarian yang terbagi secara naratif dan dicirikan dengan gerakan
kaki yang cepat (tatkar) dan berputar (chakkar) serta berasal dari utara india. Pada hari ini,bentuk
tari khatak adalah bentuk yang berasal dari banyak pengaruh pada masa lalu, seperti pengaruh
mitologi kathakas (nyanyian kuno), tarian kuil, gerakan bhakti (Vaishnavisme dan Shaivite),
serta pengaruh Persia pada masa kekuasaan Mughal sejak abad ke-16.
Selain tarian kathak,tarian bharata natyam juga bergaya klasik.Yang berbeza adalah
tarian ini dikenali sebagai tarian kebangsaan india dan berasal daripada wilayah Tamil Naidu
di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh
seorang penari wanita dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut,
dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di
budaya Cina. Tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram,
Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta
atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi
sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan
kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat
yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang
tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat
simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan.
Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum),
nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola
dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek
yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit
biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
Tarian Tradisional Sabah
Di samping itu,tarian tradisional sabah terdapat seperti tarian sumazao,tarian limbai,tarian
sumayao,tarian adai-adai dan sebagainya.
Antaranya tarian sumaza merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang
amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum
Kadazandusun.Fungsi tarian sumazao adalah untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan
dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat,
dan mengubati penyakit.Pada zaman ini,tarian ini biasaanya dipersembahkan semasa menyambut
hari keramaian dan di majlis jamuan. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan
dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan
mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang.

Malah,tarian limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau.Ianya


ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin
perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara,
lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Tarian ini merupakan upacara
khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab
qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan
pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai
lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.
Tarian Magunatip yang kita kenali merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku
kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau).Perkataan magunatip adalah berasal daripada
perkataan apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit
atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya
tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan
untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.
Tarian Tradisional Sarawak
Datun Julud atau Julang Dance adalah tarian tradisional dari Sarawak. Tarian ini berasal
daripada suku Kenyah dari Kabupaten, balungan, Kutai Berau dan Pasir. Tarian tradisional
ini dipersembahkan untuk menyambut askar yang kembali dari peperangan. Selain itu, ia juga
merupakan tanda akhirnya musim menuai padi. Tarian ini dipercayai dicipta oleh seorang
putera yang bernama Nyik Kenyah Selung untuk merayakan kebahagiaan dan rasa syukur.
Biasanya Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita. Para penari akan berpakaian seperti
burung enggang dan memegang bulu bulu burung enggang, di mana dia akan bergerak naik
dan turun dengan anggun untuk menggambarkan burung enggang yang sedang terbang.
Tarian ini biasanya dipersembahkan oleh empat orang penari, selepas penari pertama habiskan
tariannya, penari kedua akan meneruskan tarian,pergerakan ini dilakukan berturut-turut
sehingga penari keempat.
Manakala Tarian Ngajat bagi orang Iban adalah tarian semasa menyambut perayaan
Gawai, sebelum pergi berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ianya
ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga
memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang
tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan

orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di
tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke
kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai,
engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Posted by ammal at 7:55 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, September 22, 2010


Seni Mempertahankan Diri
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
SILAT
ILMU PERSILATAN
Seni silat atau pencak diri ini telah berkembang di nusantara dan telah diamalkan berkurun lama
dahulu. Namun begitu usia dan salasiah ilmu persilatan ini tidak dapat dihuraikan secara
teperinci kerana tiada usaha pihak berwajip dilakukan secara mendalam. Ada pihak yang
mengagarkan seni silat ini telah berusia dalam lingkungan 700 tahun dan telah berkembang
dengan pesat di Brunei,Filifina,Indonesia,Malaysia dan Thailand. Pada permulaannya seni bela
diri ini telah berkembang kerana perhijrahan dan penjajahan. Namun kini ilmu persilatan telah
berkembang pesat ke seluruh dunia khususnya melalui pertandingan sukan seni bela diri yang
dianjurkan dan usaha menjadikan seni bela diri kepulauan melayu ini sebagai daya tarikan
pelancong. PERTUBUHAN SILAT KEBANGSAAN (PESAKA) juga telah ditubuhkan dalam
usaha permodenan dan pemeliharaan ilmu persilatan untuk terus kekal.
Dari segi peralatan fizikal pula,sejata yang digunakan adalah seperti keris,badik
kerambit,parang,pedang,lading,tumbuk lada,tongkat,tebung dan sundang.
JENIS-JENIS ILMU SILAT:
1. SILAT GAYUNG PUSAKA
2. SILAT CEKAR HARIMAU
3. SILAT CEKAK
4. SILAT JAWA
5. SILAT KERINCI
6. SILAT KERIS LOK SEMBILAN
7. SILAT HANG TUAH
8. SILAT CEKAK USTAT HANAFI
9. SILAT MAT KILAU
KARATE DO
Pada umumnya karate do lebih digambarkan serangan menggunakan kaki dan tangan dan tangan
secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah merujuk kepada fahaman umum iaitu
serangan lurus dan mendatar. Asas karate adalah sama namun terdapat perbagai jenis dan aliran

karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti shotokan,shito-ryu,sholin ryu,goju ryu, dan
sebagainya. Pergerakan dalam seni mempertahankan diri ini memperlihatkan pergerakan yang
seimbang ying dan yang.Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kihon. Ia
adalah latihan seni asas karate seperti menumbuk,menendang,menangkis dan mengelak.
Peringkat kedua ialah katta,iaitu latihan jurus atau bunga karate.Yang terakhir adalah kumite iaitu
latihan bela diri dan pergerakan seni tempur.
KUNG FU
Sejarah kung fu yang paling terkenal dipercayai berasal dari Bodhidarma yang dikenali dengan
nama Da Mo atau Ta Mo. Beliau merupakan pangeran Buddha dari India yang pergi
meninggalkan kemewahan di China dan mengunjungi para bikshu di atas sebuah biara.Setiba di
sana dia mendapati bahawa sami-sami disana sering sakit dan tidak sihat. Oleh itu dia mencipta
jurus-jurus yang tergabung dan dikenali dengan nama Delapan Belas Tangan Buddha. dan
disusun dalam kitab sekitar 4 jilid. Dalam jilid tersebut lebih menitikberatkan kepada latihan
kesihatan dan kesegaran pertimbangan bela diri kerana memang dicipta untuk menyihatkan para
sami di biara.
Dalam prkembangan yang mengiringi kung fu,kung fu berubah fungsi dengan lebih
menitikberatkan pada gerakan pergerakan seperti Tai Chi yang kononnya baik bagi orang lanjut
usia dan wanita kerana gerakannya yang lembut. Oleh itu kung fu moden lebih tangkas dan
lincah naman fungsinya sebagai bela diri semakin berkurang. Kecepatan adalah bahagian penting
dalam latihan kung fu.Latihan ini melibatkan kecekapan kaki,kecekapan tangan dan posisi tubuh.
Kadangkala latihan kung fu mungkin melibatkan penggunaan senjata. Kombinasi penggunaan
senjata untuk segala bentuk kemungkinan yang bakal belaku lebih lengkap dengan penggunaan
senjata.
SILAMBAM
Tidak ramai masyarakat yang menyedari seni bela diri silambab ini. Silambam merupakan seni
mempertahankan diri masyarakat India dan menjadi tradisi bagi mereka. Silambam merupakan
seni bela diri Dravidian iaitu tradisi berasaskan petempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal
dari Bukit Kurinji 5000 tahun yang lampau di mana penduduk menggunakan tongkat buluh
untuk mempertahankan diri mereka dari serangan haiwan buas. Panjang tongkat biasanya sekitar
1.68 meter(lima setengah kaki) manakala saiz tongkat berkait dengan pengguna silambam. Kayu
sepanjang tiga kaki yang dikenali sebagai SENDIKUCHI boleh dibawa secara tersembunyi.
Pengamal silambam tidak bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan
pergerakan haiwan terutamanya bentuk ular dan helang. Silambam ,Kuthu varisa ,teknik kosong
secara harafiah bererti urutan tumbukan,maduyu(tanduk rusa)dan shela atau cheela. Selepas seni
ini itersebar ke dunia melayu"SILAMBAM" merujuk kepada seni bersenjatakan kayu dan
tongkat. Beberapa seni bela melayu seperti silat juga dipercayai telah menyarap masuk ke dalam
silambam.
TAEKWANDO
Taekwando telah dibawa ke Malaysia oleh generai Choi Hong Yi dengan mandat yang diberi
oleh Persatuan Taekwando Korea(KTA) . Pada tahun 1963 persatuan Taekwando Selangor telah
diasaakan. Pada tahun 1966 pengorganisasian semula telah dibuat olah oleh KTA yang telah
menggabungkan perbagai Taekwando(KWANS) menyebabkan semangat kemalaysiaan di
Malaysia timbul.general choi yang memperkenalkan seni ini di Malaysia tidak bersetuju dengan

hekraki persatuan Taekwando di Korea.Maka pada 1972 Persatuan Taekwando Malaysia secara
rasminya telah ditubuhkan. Dalam mencapai era kemajuan persatuan,timbul perbagai masalah
dan rintangan.Tetapi pecinta seni Taekwando telah mencari jalan untuk mencari jalan
penyelesaian untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Dalam masa yang pendek ini MTA telah
dipekembangkan di seluruh Malaysia. Kini ia telah disertai semenanjung Malaysia
timur,polis,angkatan tentera dan pelbagai agensi lain.
JUDO
Untuk seni beladiri yang seterusnya pula kita akan melihat seni pertahanan diri yang berasal dari
Jepun iaitu seni bela diri JUDO. Judo dalah seni mempertahankan diri yang brasal dari Jepun dan
dimajukan dari seni bela diri JUJUTSU dan diasaskan oleh DR JIGORO KANO pada tahun
1982. Sukan ini juga menjadi model kepada seni tempurmoden jepun. Pengamal seni bela diri
jepun ini menggunakan kekuatan badan untuk menjatuhkan dan menewaskan musuh.Antara
contoh Judo yng terkenal adalah Judo Kosei Inoue. Bagi pengamal Judo ini mereka
akanmenggunakan teknik Uchi mata untukmenewaskan musuh.
MUAY THAI
Muay Thai atau turut dikenali sebagai Tinju Siam adalah sejenis seni bela diri yang unik dan
dipercayai telah wujud sejak lebih 1600 tahun dahulu dalam masyarakat Thailand apabila raja
siam Nasesuan yang ditangkap raja Burma lalu menawarkan perbebasan bersyarat iaitu
menentang jaguh-jaguh tinju Burma. Pertarungan untuk pembebasan ini berlangsung dengan
kejayaan beliau menewaskan 12 jaguh burma yang mencabarnya. Kejayaan ini menobatkan
beliau sebagai jaguh negara sehinggalah sukan ini dijadikan aktiviti sukan lasak masa lapang di
dalam masyarakatnya.
Kekuatan muay thai ini menonjolkan seni bela diri yang menggunakan sepenuhnya kekuatan
tangan,siku ,kaki,dan lutut,untuk menjatuhkan dan melumpuhkan lawan. Sama ada dalam
konteks tradisi atau ciri-ciri luarannya,sukan ini berbeza jika dibandingkan dengan seni bela diri
yang lain yang kelihatan seiras dengannya seperti Kick Boxing yang terkenal di barat.
Pertarungan berlaku dalam jarak yang dekat ataupun jarak yang terlangkau oleh kaki dan tangan.
Dalam seni bela diri ini kadang-kadang peninju akan menerpa dan bergerak kehadapan dengan
pantas untuk membuat pukulan dan tendangan. Dalam jarak paling dekat ketika dua peninju
berpaut dan merangkul bahagian atas badan lawan peninju masih membuat pukulan yang kuat
dengan mengunakan lutut,tumbukan dan rangkulan itu sendiri yang boleh merebahkan lawan.
Peninju akan berusaha mengawal lawan dengan mengunakan setiap ruang yang terdedah dengan
pantas. Kelebihannya tetap kepada kekuatan pukulan dan kesempatan bertindak dalam
kepantasan yang ada ketika membelasah lawan.
Sukan seni bela diri Muay Thai ini telah hidup dengan begitu subur dan meluas dalam
masyarakat thailand sehingga ke hari ini. Ianya bukan sahaja terkenal di Thailand malah telah
merebak ke seluruh dunia sebagai seni mempertahankan diri yang mempunyai kekuatan dan
keistimewaan yang tersendiri. Malah ia juga dianggap raja dalam sukan pertarungan secara
berdepan dan raja sukan pertarungan gelanggang.
ADAT RAM MUAI
1. Bertujuan supaya sentiasa menghormati guru dan merendah diri
2. Satu displin menghormati seni pertarungan

3. Sebagai adat masuk gelanggang


4. Melurut tali gelanggang dengan iringan musik tertentu
5. Mendidik supaya tunduk kepada tuhan mengikut ajaran masing-masing
Posted by ammal at 9:40 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, August 28, 2010


PELBAGAI JENIS PERAYAAN
Negara kita iaitu,Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum telah mendorong pelbagai
jenis perayaan disambut setiap tahun.Sebagai contoh,Hari Awal Muharram,Hari Chap Goh
Mei,Hari Kuih Bulan,Cheng Beng,Hari Wesak,Hari Thaipusan,Hari Natal atau Hari Krismas
dan sebagainya.Perayaan yang dianggap paling utama merangkumi Hari Raya Aidilfitrri,Tahun
Baru Cina dan Hari Deepavali.
Hari Raya Aidilfitri biasanya diraikan oleh umat islam pada hari pertama bulan Syawal.Hari
Raya Aidilfitri melambangkan tamatnya bulan Ramadan serta mulanya bulan Syawal.Selepas
selama sebulan berpuasa,umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh
meriah.Zakat wajib dijelaskan oleh umat islam sebelum 1 Syawal.

Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri,umat islam akan berkumpul di masjid
untuk bersembahyang.Umat islam akan berpakaian tradisional untuk menunjukkan
keistimewaan peristiwa yang dirayakan.Lelaki akan berpakaian baju Melayu berserta songkok
dan perempuan pula berpakaian baju kurung.Pada pagi Hari Aidilfitri,umat islam akan
mengadakan sarapan pagi bersama-sama dengan kesemua ahli keluarga.Selepas itu,umat islam
akan pergi perkuburan di mana tempat orang dikasihi yang sudah meninggal dunia
dikembumikan.Seterusnya,umat islam akan bersembahyang kepada Allah.Selain itu,umat islam
yang lebih muda akan minta maaf daripada yang lebih tua untuk kesalahan yang telah
dilakukan sepanjang tahun yang lalu.Rumah terrbuka juga diadakan untuk saudara
mara,sahabat handai,rakan-rakan serta jiran untuk saling mengunjungi tanpa mengira
kaum.Dengan ini,hubungan silaturahim turut bertambah erat.

Semalam Sebelum Tahun Baru Cina,semua sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat akan
berkumpul bersama untuk makan malam.Pada malam itu,masyarakat cina biasanya akan
bersembang sesama saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa sehingga tengah
malam.Kemeriahan setiap keluarga cina memang dapat dirasai pada malam itu.Pada pukul
tepat 12:00am,mercun akan dibunyikan.Masyaarakat cina akan bersembahyang untuk
menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.Pada pagi hari pertama Tahun Baru Cina,masyarakat
cina akan keluar bersama-sama dengan ahli keluarga untuk bersembahyang dan nenek moyang
di kawasan perkuburan.
Terdapat pelbagai jenis pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat cina pada hari
pertama Tahun Baru Cina.Sebagai contoh,masyarakat cina tidak dibenarkan untuk menyapu
lantai pada hari pertama Tahun Baru Cina.Hal ini demikian kerana perbuatan itu dipercayai
akan menyapu keluar semua kekayaan yang mengunjungi rumah itu.Selain itu,pinggan mangkuk
turut cuba dielakkan daripada dipecahkan.Hal ini disebabkan oleh pecahan pimggan mangkuk
merupakan tanda yang tidak baik untuk keluarga itu.
Pada hari kedua Tahun Baru Cina,masyarakat cina akan mengunjungi kawan-kawan,saudara
mara,jiran-jiran dan sebagainya.Kebiasaannya,kata-katayang bertanda baik akan
dinyatakan.Selain itu,'ang pau' turut diberi oleh pasangan berkahwin kepada individu yang
belum berkahwin.

Dari segi Hari Deepavali pula,perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan


'Dipa'(bererti cahaya) dan perkataan 'Gavali'(bererti barisan).Hari Deepavali adalah disambut
oleh penganut Hindu di seluruh dunia pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil,juga
dikenali sebagai Pesta Cahaya.'Pesta Cahaya' melambangkan kemenangan kebaikan ke atas
kejahatan dalam diri setiap insan,satu perjuangan yang kita hadapi setiap hari.Hari Deepavali
yang menjadi masanya bagi kesemua insan untuk meraikan kejayaan yang dicapai itu.Hari

Deepavali adalah hari cuti di Malaysia memandangkan hari perayaan ini merupakan hari
perayaan yang utama di negara kita Malaysia.

Pada pagi Hari Deepavali,penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
cucian badan serta semangat iaitu,permulaan baru.Selepas itu,upacara sembahyang di kuil
akan diadakan.Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan
dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganutHindu,hiasan 'kolam'
akan disediakan iaitu,hiasan bungaan halus yang dilakarkan atas tanah yang biasanya
diperbuat daripada bijiran yang mempunyai pelbagai jenis warna akan diletakkan .Hiasan
'kolam' melambangkan penyembahan dewa Lakshimi iaitu,Dewa kekayaan yang dipercayai
hanya akan mengunjungi rumah yang ada hiasan 'kolam' di pintu masuk.

Posted by ammal at 12:08 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 20, 2010


Adat Resam
KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA Malaysia mepunyai pelbagai kaum dan adat
resam,antara kaum yang utama ialah kaum melayu,cina,dan india Kepentingan adat resam di
dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang
merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat
di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup
yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut.

ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU


Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan menjalankan upacara
melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat
Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai
Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan berusia dalam
lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk membuang geruh atau kecelakaan
yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan
bayi di dalam perut.Bidan akan menyambut bayi dengan jampi serapah dan daun sirih akan
disemburkan kepada bayi itu. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Lazimnya tali pusat bayi akan tertanggal
dalam tempoh seminggu dan adat cuci lantai atau adat naik buai akan diadakan.Adat ini

sebaiknya dilakukan pada hari isnin dan khamis .Adat cukur rambut ini dilakukan pada hari
ketujuh selepas dilahirkanl dan kebiasaannya Kenduri nasi kunyit dan doa selamat akan diadakan
pada hari tersebut.Upacara naik buai bermaksud bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian
yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang
akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika
itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya
bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.

Adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok.Tujuan adat ini dilakukan bagi
memastikan si gadis masih belum berpunya kerana islam melarang meminang tunangan
orang.Tujuan utama adat ini dilakukan bagi menyelidik latar belakang si gadis dan selalunya
dijalankan oleh suadara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.Pihak si
gadis akan mempertimbangkan dahulu lamaran sebelum membuat apa-apa jawapan.Adakalanya
semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin
belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.
Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan
bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah
pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.
Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah
rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan
menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Upacara ini akan dimulakan dengan
wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan
lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk
memeriahkan majlis.Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana
wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin
pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah
pertunangan tersebut. Semasa majlis perkahwinan,pengantin lelaki akan diarak dengan paluan
kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin
perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras
kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya
pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.
Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan
diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di
sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di
muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil
pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin.Semasa adat bersanding

diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan
diberi bunga telur pada hari tersebut.

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian
itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.Mayat
akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah
kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri
ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.Mayat dimandikan oleh tukang
mandi mayat barsama ahli keluarga dengan tertib dan cermat. Jenazah akan di kapankan dengan
cara membalut badan mayat dengan kain putih dan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat
tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan
samada di rumah atau di masjid.Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil
atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si
mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga
akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat
dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung,

ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya
mereka tidak terasa rindu pada si mati.Jenazah akan dikebumikan dan upacara membaca talkin
akan dijalankan oleh tok imam berserta doa, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian
kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .Kenduri
arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat
dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau
keseratus hari

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA.


Masyarakat cina mempunyai banyak pantang larang seperti tidak dibenarkan melakukan kerjakerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan, mengawal
tingkah laku dan mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin dan Sebarang konflik
atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang
gangguan.Masyarakat cina melarang member nama semasa mengandung dan tidak digalakkan
terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang
manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan
yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi
akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.
Selepas Lahir
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari
hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru
dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan
perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Dari segi pemakanan, masyarakat
Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan
mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.
Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang
bersalin disamping menguatkan semula tenaga.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua
mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula
merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud
yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Nama mestilah dibuat
berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya
sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat
dan mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Adat resam perkahwianan

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati dan ingin
mengetahui keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Cara merisik terpulang kepada
ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan
yang kenal dengan keluarga si gadis atau mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran
dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini dapat mengeratkan perhubungan di
antara kedua belah keluarga.Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang
keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk
berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan dan
majlis pertunangan akan dijalankan selepas itu. Majlis pertunangan dilakukan berdasarkan
kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.
Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah
buku iaitu Toong-Su. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan
untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang
ditetapkan.Si gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang

tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Tukang tilik
akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai,
tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan
yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang
perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas
kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti
hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Sekiranya pihak
lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah
besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin
perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin
perempuan.
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian
di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun
hadapan ataupun selama seratus hari. Pengantin akan memakai pakaian yang diperbuat daripada
kain sutera dan disulam benang emas. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau
kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Dalam masyarakat Cina juga, upacara
meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin
terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada
saudara mara pihak lelaki. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah
malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,
dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah
kepada pasangan pengantin,akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa
orang saksi.
Adat resam kematian

Selepas mayat dimandikan,mayat akan disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan
untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat
tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang
dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina
menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Kemudian mayat

akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik mengikut
status si mati. Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau
meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat dan diselitkan dengan
kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat banyak jasa apabila si mati diletakkan di
ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan. Ada juga segelintir masyarakat Cina
yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak
disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih
tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan
mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan
kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan
sehingga mayat dikebumikan. Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan,
pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan
memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang
dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap
dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau
sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan
lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan
pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA


Adat resam kelahiran
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi
menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau
sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri
Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang
baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai
yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan
untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.Setitik minyak bijan yang
dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas
dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan di
hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu
pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk
mengelak bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari
ahli keluarga dan orang luar dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua
minggu. Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat
India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah.
Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar
bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari,
upacara pemberian nama dilakukan.. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan
sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan
juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi
kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara
mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara
sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi. Dalam peringkat merisik, selalunya
maklumat mengenai gadis tersebut diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga

secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah
yang dipanggil tirumana taragar akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan
tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. Adat penyesuaian bakal
pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam
ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk
menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara
yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana
poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati
paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Kunjungan Ke Rumah
Pengantin Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat
sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau
dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu
datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih,
pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barangbarang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya
bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh
mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air
minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan
lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang
bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan.
Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga
bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Ikat janji atau niccayam
dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke
rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa
barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk
diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan,
bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa
salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan
saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat
janji.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk
mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan
kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang
dinamakan taambuulam matrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari
perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukartukar kalungan bunga. Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan
masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat
kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang
telah dicetak disapu dengan

serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan
ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di
atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang
kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke
rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada
masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan oleh
pengantin lelaki di leher pengantin perempuan.. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau
sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum,
sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang
thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali
akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.

Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat
thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal.
Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk
pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Adat
mukuurtta kaal akan diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk
dijadikan mukurtta kaal. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)
dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit
dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara
Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari
sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga
hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa
supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin
setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang
diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul
kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada
ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada

dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke
dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi
hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan
bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur
pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi
suami isteri.
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan
sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji
kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus
diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si
mati sebelum disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan kunyit disapu
pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih
pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan
kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya
tidak berbau. Gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan
dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan
seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman
rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh
membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumbersumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan
kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut
air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan
araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini
dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan
digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana
lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si
mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat
lelaki.
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah
kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal
oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan
dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan
dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya
seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang
tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan
sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang
berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolaholah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan
dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.Setelah dimandi dan dihias dengan
cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya
mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai
menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Sebelum beras
dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang

diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum
perempuan sahaja.
Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu
kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai
cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan
pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan
menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut
dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama
lagu-lagu suci dimainkan. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan,
pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai
menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi
mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic catti
bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.
Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung
melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang
membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki
mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut
yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut.
Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi
dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi
mempunyai perlambangan yang tersendiri. Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan
dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar
duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan
beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan
mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan
bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi
Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan
atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan
diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat
dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali mengikut
arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan
menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic
catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga
batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu.
Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat
dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di
bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan
bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati
untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah. Rumah akan
dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat
pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan
diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau
haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan
diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan

garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu
pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk
mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Pembawa kollic catti
hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah
menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.
Abu mayat akan dikumpulkan pada keesokan hari. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat
untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah
periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah
dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam
pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau
dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut. Masyarakat India akan akan
berkabung selama lapan atau enam belas hari.Sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari
kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa
pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa
untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau
dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula
dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan
meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci
dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.
Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang.
Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan
seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan
dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan
dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan
sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci
dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang,
makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul
sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga
pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti
keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa
dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan
upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara
karumaati.
Posted by ammal at 7:10 AM 2 comments:

ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA

Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentinganya


Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan
segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan
bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu
perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza,
tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah
menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya
itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami
dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud
pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya
hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak
boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini,
kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya
bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat
seragam.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut
sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana
masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap
bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar
belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat
itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi masyarakat
Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali
martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara
bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat
ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini.
Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti undang-

undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain
kaum di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan
terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan
perlaksanaanya suatu ketika dahulu.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi
mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan
aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu,
didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama
di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan
khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat
pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang
menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat
Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita
berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang
beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai
percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat
melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya
ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi
zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi
melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam
masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini
masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan
didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adatadat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga
merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan
perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga
dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan
Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada
zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama
Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru

zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu.
Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adatadat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu
mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan
Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap
perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia
jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat
Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu
pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu,
adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang
Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam
telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan
Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu.
Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu
menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan
dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin
dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan,
seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika
seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang
disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu
baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan
adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak,
ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan
seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan
tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan
kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang
baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu
mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa

yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan
diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.
Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke
bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat
membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh
masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi
itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang
membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan
cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia
ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besarbesaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke
Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka.
Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan
mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang
perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah
suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana
pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina
dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina.
Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka
mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab
keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat
Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan
Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga
ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang
menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain,
dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan
perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan
tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara
hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut
undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.
Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si
ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan

baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu
dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak
dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan
bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan
menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh
akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan
diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan
diadakan secara besar-besaran.
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya
yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan
pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah
hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat
sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan
upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam
keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga
beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu
hari yang ganjil.
Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan
dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan
pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas
sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang
Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu
penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan
dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.
Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan
diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya
yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan
diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China.
Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap
Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur,
Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan
yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan
cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.
Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan
masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu
suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan

ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau
menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha
dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu
dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat
istiadat mereka yang tersendiri.
Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai
orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga
mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima
kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah
tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan
rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu.
Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan
sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya
antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu
sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan
dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika
menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan
kesyukuran.
Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama
tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama
Tuhan dan anak perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi India.
Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara.
Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah Tuhan bagi isterinya dan mesti sentiasa
dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama
yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa
perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara
untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari
keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu
matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di
kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan
api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.
Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada
keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang
bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang
upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak.

Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan
upacara tersebut.
Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu
mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama
bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu
persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.
Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di sepanjang
tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang
berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan
bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat
tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara
agama.
Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan
oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat
India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.
Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau ilmu ke
atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling utama bagi
masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh
keluarga yang sudah meninggal dunia.
Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan
susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada
masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai
persembahan.
Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta memuja semangat
padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah
akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk
dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.
Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya masyarakatmasyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adat-adat
tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi kita berusaha untuk melihat bagaimana setiap
kaum itu mempunyai adat dan kepercayaanya yang membentuk identiti dan keperibadian mereka
yang tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu kita telah membicarakan
kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun

jika diteliti, kita pasti akan memahami akan kepentingan adat-adat itu sekurang-kurangnya
sebagai perlambangan identiti dan peribadi masyarakat mereka.
Bercakap berkenaan identiti dan keperibadian masyarakat. Kita sedia memaklumi bahawa di
Malaysia, kita tidak hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara
yang bangsa-bangsa didalamnya adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih mudah,
masyarakat yang majmuk. Justeru apa yang ingin dijadikan topik disini ialah bagaimana
kepelbagaian adat didalam masyarakat Malaysia yang membentuk identiti masing-masing ini
mampu disatukan dan dijadikan sebagai cerminan peribadi dan identiti kepelbagaian itu secara
menyeluruh dan bersifat nasional. Maknanya kita perlu membicarakan tentang bagaimana
kepelbagaian adat di Malaysia itu dapat disatukan dan dijadikan sebagai adat yang satu bagi
menjadi lambang identiti dan peribadi nasional. Perlu dibincangkan juga ialah apakah aspek teras
yang menjadi garis panduan budaya nasional ini.
Dalam mengungkap permasalahan ini, kita sebenarnya hanya perlu mencari aspek adat yang
menjadi teras kepada pembentukan adat nasional yang menjadi perlambangan identiti dan
keperibadian seluruh rakyat Malaysia dan apakah kepentingan aspek adat itu serta kepentingan
identiti dan keperibadian kebangsaan itu sendiri.
Aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional lebih mudah kita fahami
melalui pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada 1971. Dasar ini
diputuskan melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri
Kedua, Tun Abdul Razak dan ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap kaum di Malaysia.
Melalui pembentukan ini, secara rasmi telah digariskan beberapa perkara yang menjadi teras
kepada pembentukan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia. Justeru melalui
kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang memang digagaskan bagi maksud itu, kita akan
dapat mengungkap aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional yang
menjadi fokus tulisan ini.
Antara aspek teras dalam pembentukan identiti dan peribadi nasional ialah identiti dan
kepribadian Malaysia haruslah berteraskan adat asal rantau ini. Definisi geografi berkaitan
rantau ini ialah kawasan yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei,
Thailand, Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik iaitu Polynesia, Melanesia, Oceania
sehingga ke Madagascar. Rantau ini adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun
atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan warisan adat
masyarakat Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan
tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa yang juga dipanggil sebagai linguafranca.

Adat serantau ini juga digambarkan melalui persamaan-persamaan di bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah,
kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Justeru dalam aspek Malaysia, secara
mudahnya, aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional ialah adat
masyarakat Melayu.
Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain kerana adat atau budaya Melayu pada hari
ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta
umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Maka apabila dipersetujui adat
masyarakat asal serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia, adat Melayu yang
paling layak diletakkan didalam kategori itu. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sendiri,
walaupun berbangsa Cina, turut mengakui bahawa masyarakat Melayu ialah nuklius ataupun
teras dalam masyarakat Malaysia. Justeru adat Melayu dijadikan teras identiti semua kaum di
Malaysia adalah sangat berpatutan ataupun dalam istilah arab dipanggil adil.
Aspek teras pembentukan identiti yang kedua ialah menggunakan unsur-unsur adat dan
kebudayaan luar yang sesuai dan wajar untuk diterima sebagai identiti Malaysia. Aspek ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai adat dan budaya.
Dengan itu unsur-unsur adat Cina, India, Kadazandusun, Arab, Barat dan lain-lain unsur adat
yang sesuai, boleh diberi pertimbangan untuk diterima dan dijadikan sebagai identiti kebangsaan.
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada kerelevenannya yang
pasti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, prinsip-prinsip Rukun Negara, kepentingan
nasional, asas-asas moral serta kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama
rasmi negara khasnya.
Dalam penerimaan teras kedua ini, kita melihat berlaku tolak ansur sesama kaum di Malaysia
dalam soal pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan. Bukan sahaja identiti Melayu
diangkat sebagai identiti kebangsaan, tetapi juga identiti kaum-kaum lain di Malaysia. Ia juga
diterima kerana terdapat unsur-unsur adat yang sama dan seiring dengan adat teras iaitu adat dan
kebudayaan Melayu.
Namun, hal ini juga tidak boleh dijadikan isu samada identiti kebangsaan itu orientasinya adalah
daripada warisan adat kaum yang mana. Ini kerana pembentukkan identiti dan keperibadian
kebangsaan itu bukanlah bertujuan untuk mempromosikan adat masing-masing untuk digunakan
oleh semua rakyat Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk menyeragamkan identiti
masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang satu. Namun identiti bangsa
juga masih boleh dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya.
Aspek ketiga yang menjadi teras kepada pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan
ialah agama Islam. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting didalam

proses pembangunan dan perpaduan negara. Agama juga perlu bagi merealisasikan pembentukan
rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi
mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang penting
dalam pembentukan identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai
agama rasmi negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi.
Bercakap pula tentang kepentingan aspek-aspek adat yang dijadikan teras kepada pembentukan
identiti dan keperibadian kebangsaan, aspek teras yang disenaraikan seperti adat masyarakat
rantau ini, adat luar yang sesuai dan adat yang berpandukan Islam pasti mempunyai
kepentingannya yang tertentu.
Yang pertama, kepentingan adat Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan identiti
nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di Malaysia terus terpelihara.
Harus kita fahami apabila kita bercakap berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang
Melayu. Kerana orang Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk
menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain yang lebih kecil
populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada masyarakat lain di Malaysia
khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi
di Malaysia. Kedudukan masyarakat Melayu yang dianggap nuklius didalam sistem sosial di
Malaysia juga merupakan kepentingan yang perlu diambil berat sesuai dengan kedudukan
istimewanya yang dijamin Perlembagaan.
Kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga merupakan aspek
yang penting untuk menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional. Raja-Raja dan
Yang Dipertuan Agong merupakan tuan kepada negeri-negeri dan negara Malaysia sendiri.
Mereka juga merupakan orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi lambang perpaduan
negara ini menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat istiadat Melayu diterima sebagai suatu
unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama. Justeru untuk memastikan
Institusi Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan dihormati, maka dalam usaha untuk membentuk
identiti dan peribadi kebangsaan, adat Melayu tidak boleh dikesampingkan.
Kita juga harus melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar
untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat Melayu
merupakan adat teras yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak
bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti yang seragam
dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga dapat dipraktikkan
asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini bagi
memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-

unsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur
asing ini ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan jayanya.
Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan
kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu stereotaip dengan adat dan
budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan. Budaya kebangsaan diwujudkan untuk
menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk
melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar
daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti
masyarakat yang pelbagai dan bersifat luwes.
Unsur Islam yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi menjamin
kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak boleh dan tidak dapat
disamakan dengan agama-agama lain kerana ia merupakan agama yang sebenar. Maka dalam
usaha menerapkan identiti kebangsaan, Islam tidak boleh dikesampingkan. Selain kerana
kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang kepada
kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia. Walaupun
identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama lain bebas untuk
dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat kedudukan agama
Islam sebagai agama utama di Malaysia.
Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih
berkehendak supaya diwujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan
keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia
ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara?
Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup
bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini
perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya
kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai
pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan,
berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran. Penyeragaman identiti dan
keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti kata yang lain, identiti dan
keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih
utuh lagi.
Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat dari
me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kehidupan
bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia
yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan

seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mengamalkan
kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap akan dapat bersatu melalui
usaha bersama yang murni ini.
Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang
sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha
membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita
berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama
iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masingmasing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara
kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah
merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis
dan bersatu padu.
Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan
tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati
budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan.
Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses pembangunan
identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa.
Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan kembali kekuatan
peribadi dan jati diri masyarakat.
Segala tindakan idealisme kebangsaan ini juga adalah suatu usaha untuk membina bangsa
Malaysia melalui semangat Rukunegara. Perisytiharan Rukunegara dengan jelas meletakkan
negara di atas cita-cita perpaduan, kehidupan demokratik, keadilan, tradisi budaya serta
masyarakat progresif. Oleh itu, budaya dan identiti seragam ini penting untuk memastikan citacita tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya.
Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan identiti dan
keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah
menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan
dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan
mengambil masa yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain.
Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan
identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah
didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan.
Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaan-

perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di
Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian
negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan
rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai
dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai
hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk
identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan
atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat
persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian
kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai