Anda di halaman 1dari 37

FALSAFAH SOLAT

Saya ingin mengulas sedikit apa yang telah saya dapat daripada
menghadiri kuliah maghrib
pimpinan Mohd Ismail Bin Mustari.
Ketenangan
Dengan bersolat, seseorang itu dapat memberikan ketenangan.
Ketengangan terhadap jiwa
seseorang. Maka tidaklah dengan keadaan fikiran yang gundahgulana itu akan
menyebabkan seseorang itu semakin tidak fokus kepada
sembahyangnya, sepatutnya solat
akan memberi ketenangan. Maka kita sepatutnya memutuskan
hati dan pemikiran daripada
perkara lain untuk sembahyang. Lupakanlah segala apa masalah
yang anda timpa
sekarang, lupakanlah sekejap, dan berikanlah masa sekurangkurangnya 5 minit untuk kita
bersolat kerana Allah. Bukankah kita sebenarnya telah banyak
memikirkan perkara dunia
selain daripada masa kita bersolat ?
Antara cara terbaik untuk kita khusyu dalam sembahyang adalah
dengan fokus pada
bacaan imam itu. Ini saya dapati amatlah berkesan pada saya.
Sebagai tambahan, kita
kejarlah awal ke surau atau masjid untuk mendapat saf hadapan
yang paling dekat dengan
imam kita. Fokus juga pada pergerakan badan kita, dimana
tangan kita akan diletakkan,
kemana pandangan kita dan sebagainya.

Syukur
Solat adalah lambang kesyukuran kita terhadap Allah. Orang yang
benar-benar bersyukur
adalah orang yang akan mendirikan solat kerana Allah, bukan
kerana hanya melepaskan
batuk ditangga, kerana ingin menyampaikan kesyukuran terhadap
nikmat yang telah Allah
kurniakan kepadanya dengan bersolat penuh khusyu.
Sesungguhnya Allah akan tambah
lagi nikmat kepada hambanya yang sentiasa bersyukur. Maka
bersyukurlah walaupun anda
hanya sekadar meminum segelas air kosong. Sebutlah
Alhamdulillah. Solat adalah lambang
kegembiraan hamba bersama penciptanya, maka gembiralah kita
untuk bersolat.
Marilah kita renungkan apa yang telah saya tulis ini dan cuba nilai
diri kita sendiri, adakah kita
melakukan ibadah solat seperti falsafah solat yang sebenarnya ?
Ayat motivasi dari quran
Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat ituayat-ayat
memberiku semangatBiarpun
beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih
bersemangat dan mengajarku
seribu ertiaku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati
semataPun begitu,
inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan
kita bersama
Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu
keperitan, terasa berat oleh
kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlarinamun itu semua
hanyalah sementara,

kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah


biarpun pelangi tidak akan
selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak
kala mentari terbit
kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi
itu bukanlah suatu yang
mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan
Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk
disampaikan
Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai
ayat-ayat dan peringatan
yang penuh hikmah Ali Imran : 58.
Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan
dari ayat-ayat ini
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi
seorang yang tabah
Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali
dengan izin Allah; dan
barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi
petunjuk kepada
hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. atTagabun : 11
(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka
berkata Sesungguhnya kami
milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali Innalillahi Wa
inna Ilaihi Rajiun.
al-Baqarah : 156.
Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu
untuk menguji keimananmu
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya
dengan mengatakan,
kami telah beriman, dan mereka tidak diuji? al-Ankabut :1
Sahabatku,

Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu,


hanya dikau yang mampu untuk
menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya alBaqarah : 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan
apa yang diberikan Allah
kepadanya- at-Talak : 7
Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang
berlaku terhadapmu
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu
terus lumpuh tak berdaya
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam
pengembaraan ini
Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih
hati, sebab kamu paling
tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman ali Imran :
139.
Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak
bersendirian
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa
bersamamu
Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat. Dan (solat) itu
sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk al-Baqarah : 45
Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat
dalam melangkah, biarpun
seringkali jua aku tersungguringin ku sampaikan untuk dirimu
agar mampu bersama-sama
untuk melangkah pergiterlalu banyak ayat-ayat yang memberi
semangat, namun hanya
sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda
ingatanku untukmu

kepentingan Solat dalam kehidupan setiap Muslim

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam.
Solat juga merupakan tiang agama dan ibadat wajib ke atas setiap umat Islam
yang akil baligh. Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat 'AQAMA' yang
merujuk kepada makna perintah mengerjakan/mendirikan solat dan terdapat lebih
70 kali perkataan 'AS-SOLAH' atau SEMBAHYANG diulang dan disebut dalam alQuran, antaranya firman Allah S.WYang bermaksud: "...maka dirikanlah
sembahyang itu (dengan sempurna). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu
ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu
waktunya.".Umat Islam, sama ada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun
perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya
perintah solat ini. Sebab itu, Baginda Nabi s.a.w. telah berpesan kepada umat Islam
sejak 1428 tahun lalu supaya ibubapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang
ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan
sembahyang ketika berumur 10 tahun .Sembahyang juga merupakan tanda
pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan
rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:Yang
bermaksud:Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepadamu nikmat
yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan
ikhlas kerana Tuhanmu.(S. Al-Kautsar:1-2).Sembahyang juga Mencegah Perbuatan
Keji dan Mungkar Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:dan dirikanlah
sembahyang,sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji
dan kemungkaran.(S. Al-Ankabuut: 45).Inilah kesan kebaikan kepada orang yang

benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Taala,


bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat
dan kemungkaran.selain dapat memantap jiwa dan sifat tawaduk.Kesan kebaikan
sembahyang seterusnya dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri
seseorang yang mendirikan sembahyang dengan ikhlas kerana Allah sematamata,Sembahyang juga dapat membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap
hati, berprinsip, bersifat tawaduk (rendah diri dan hati) dan sifat tadarru
(merendah diri berdoa kepada Allah). Dengan lain perkataan, sembahyang akan
membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang bersembahyang.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:Bahawasanya sembahyang itu
adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaduk serta
tadarru (dalam hati dan diri seseorang)(HR At-Tirmizi dan An-Nasai).Berkat hidup
dan berbahagia kehidupan, aman damai dan tenang dan jiwa dipenuhi rasa yakin
berjaya dan maju. Tiada keluh kesah, bimbang, runsing, takut dan gundah dalam
diri. Inilah kesan dari ibadah sembahyang. Ia hanya akan dirasakan oleh orangorang yang taat, khusyuk dan ikhlas mengerjakan sembahyang sepanjang
hayatnya.Kerana itu, sebagai umat Islam marilah kita ambil berat perintah solat ini
dalam diri, keluarga, masyarakat dan kehidupan. Mudah-mudahan kita termasuk
dalam golongan yang dijanjikan oleh Allah sebagai golongan berbahagia dan
berjaya yang akan memperolehi kebahagiaan di dunia berupa kejayaan, ke-amanan
dan keberkatan hidup, dan nikmat kehidupan akhirat yang kekal, sebagaimana
firman Allah dalam al-Qur'an yang bermaksud:"Dan mereka yang tetap memelihara
sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan
mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya". (S. Al-Mukminuun: 911).Demikianlah, betapa besar pengaruh dan fungsi sembahyang dalam
menyuburkan nilai-nilai baik dalam kehidupan umat Islam. Jelas menunjukkan
bahawa sembahyang yang sempurna dengan segala rukun serta syaratnya dapat
memberi kesan dalam hati, jiwa, akal, amalan dan tindakan sese-orang. Dan orang
yang tetap istiqamah mendirikan sembahyang juga dapat mengubah dirinya
daripada seorang berkelakuan jahat kepada berkelakuan baik, daripada
mengerjakan perkara jahat atau maksiat kepada meninggalkannya dan daripada
baik kepada yang lebih baik dan terbaik.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

KESAN SOLAT

3.1 Pengenalan
Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas
terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu cibadah
wajib ke atas setiap umat Islam untuk melakukannya dalam apa jua
keadaan selagi akalnya masih sihat dan waras. Jika ditinjau dalam alQuran terdapat lebih dari 25 tempat ayat aqama yang merujuk
kepada makna perintah agar melaksanakannya atau mendirikan solat
dan terdapat lebih 70 kali perkataan as-solah atau sembahyang
diulang-ulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya :
Firman Allah S.W.T.
Ertinya :
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka
hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri
atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah
merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat
itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu
adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,
yang tertentu waktunya
Sebagai umat Islam, sama ada remaja, dewasa, lelaki mahupun
perempuan hendaklah memerhati , memahami dan menghalusi dengan
sehalus-halusnya perintah dari solat ini. Oleh kerana itu , Baginda nabi
SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu
supaya ibubapa mengajar dan menyuruh anak-anak agar mengerjakan

cibadah solat sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika
enggan solat ketika berusia 10 tahun.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat,
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak
meminta rezeki kepada mu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki
kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orangorang yang bertakwa
Jadi sudah tentu pengaruh dan kesan positif solat kepada kehidupan
umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak
mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga,
bermasyarakat dan bernegara. Malahan cibadah solat berupaya
menjadi benteng diri mencegah dari melakukan perbuatan keji dan
munkar. Betapa besar kepentingan dan kesan yang timbul dari solat
kepada orang-orang Islam yang beriman.
Bukti atau dalil solat mempunyai kedudukan yang besar dan utama
ialah :
a. Solat itu ialah tiang agama, tidaklah tegak agama tanpanya.Apabila
roboh atau runtuh tiang, maka akan robohlah binaan Islam.
b. Solat ialah amalan pertama yang akan ditanyakan di akhirat yang

akan menjelaskan amalan lain atau menentukan nasib seseorang di


sana.
c. Solat ialah perkara agama yang terakhir akan hilang. Apabila
seseorang itu tidak melakukan solat maka tidalah lagi saki baki agama
Islam itu.
d. Solat ialah perkara terakhir yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad
S.A.W. sebelum beliau wafat.
e. Allah S.W.T. memuji orang yang tetap bersolat dan menyuruh anak
isterinya agar turut serta bersolat.
f. Allah S.W.T. mencela orang yang menyia-nyiakan solat dan orang
yang bermalas-malasan dalam melakukannya.
g. Solat ialah sebesar-besar rukun Islam dan tiang besarnya selepas
mengucap dua kalimah syahadah.
h. Allah mengeluarkan perintah kewajipannya di atas tujuh lapisan
langit dengan mengangkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
sendiri naik ke sana (Mustawa) tanpa perantaraan orang tengah iaitu
Jibril A.S.
i. Allah mewajibkan umat Islam solat 50 kali dalam sehari semalam,
kemudian dikurangkan dengan sebab rahmat Allah S.W.T. sedangkan
pahalanya tetap sama. ( dikira sebagai 50 kali solat)

j. Kefardhuan solat lebih banyak disebut dalam al-Quran berbanding


kefardhuan yang lain.
k. Solat ialah awal pertama ibadah yang diwajibkan mendahului
kewajipan puasa, zakat dan haji.
l. Allah mewajibkan solat dilakukan lima kali dalam sehari semalam.,
berbeza dengan rukun-rukun Islam yang lain. Ianya tidak begitu kerap,
ini disebabkan peranannya (solat) amat besar.
m. Solat diwajibkan ke atas semua peringkat umur, yang baligh,
berakal serta cukup syarat-syaratnya.
Umat Islam tidak perlu menghitung dan membuat peratusan terhadap
bilangan anak yang tidak solat pada zaman ini. Hal ini kerana mereka
masih belum memperbaiki sistem pendidikan agama anak-anak yang
ada kini. Adapun bapa, ia tetap berhadapan dengan Allah S.W.T. di
hari akhirat terhadap perlakuan dan sikap anak-anak yang telah
meninggalkan cara hidup Islam yang telah diwarisi sejak zaman
keemasan Islam lagi.
Solat adalah merupakan suatu cara hidup terpenting dalam kehidupan
orang yang beriman dan beragama bagi setiap orang di seluruh
pelusuk dunia Islam. Selagimana seseorang Islam itu masih berakal
dan sedar, maka ia wajib melakukan solat dalam waktunya.iaitu dalam
waktu-waktu yang segera
Tiada hukum yang membolehkan seseorang meninggalkan solat

dengan alasan untuk mengqadhakannya di waktu kemudian. Qadha


solat hanya dibolehkan bagi sesiapa yang tidak sengaja untuk
meninggalkannya. Contohnya seperti terlupa untuk melakukan solat
kerana terlalu sibuk, tertidur kerana terlalu letih atau mengantuk
hingga luput waktunya.
Dalam lembaran kitab suci al-Quran , Allah memuji orang yang
melakukan solat lebih dari 80 kali. Seterusnya Allah memuji para
hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengikut sunnah serta
khusyuck) dan berusaha memelihara solatnya secara berterusan.
Kepada mereka disediakan Syurga Firdaus; mereka akan kekal di
dalamnya.

Semua di atas adalah perkara yang telahpun kita akui kebenarannya


tetapi di sini pengkaji mengajak sidang pembaca, agar melihat dengan
lebih mendalam dari kacamata bagaimana peranan solat berjaya
membentuk pelajar?. Sebagai permulaan mari kita perhatikan antara
kesan-kesan berikut :
3.2 Hormat Guru
Guru ialah sesiapa yang pernah memperkenalkan, mengajar,
membimbing, menunjuk dan mendidik seseorang ke arah kebaikan
yang diredhai oleh Allah S.W.T. samaada secara langsung atau tidak
langsung, di dalam mahupun di luar sekolah.

Kebiasaannya seseorang guru itu umurnya melebihi umur muridnya,


mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas serta pengalaman yang
melebihi muridnya. Guru juga mempunyai kemahiran yang lebih
dalam bidang yang akan diajar olehnya. Justeru itu, mereka dihormati
bukan sahaja kerana ilmu pengetahuannya dan juga pengalamannya
tetapi juga kerana umurnya yang lebih dewasa daripada muridnya. Ini
adalah kerana Islam menganjurkan orang yang lebih muda
menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
Selain daripada itu, sesiapa yang diklasifikasikan sebagai seorang guru
adalah kebiasaannya bersama pelajar atau murid dalam
menyampaikan pengetahuan yang berguna tidak kira dalam apa jua
bidangnya. Mereka sanggup meluangkan masa mendidik dan
mengasuh pelajar ke arah kebaikan tanpa mengenal erti jemu. Mereka
juga ikhlas mencurahkan apa yang mereka tahu kepada para
pelajarnya.
Disebabkan jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga inilah
yang menyebabkan para pelajar berjaya menduduki status yang yang
selesa dalam alam pekerjaan. Pengorbanan guru amat bermakna bagi
pelajar kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat mengecapi
kejayaan yang mereka idam-idamkan.
Menghormati guru adalah merupakan satu tuntutan Allah S.W.T. Islam
telah mengangkat martabat seorang guru ke peringkat tertinggi satu
tingkat di bawah tingkatan iman dan ubudiyah kepada Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. :


Muliakanlah guru-guru agama kerana barang siapa memuliakan
mereka, bererti ia telah memuliakan Aku
Akhlak seseorang pelajar dengan gurunya dapat diterjemahkan
melalui cibadah khusus yang telah diwajibkan. Melalui cibadah
khusus seumpama solat seorang hamba dalam kontek sebagai seorang
pelajar dapat membina hubungan baik dengan Allah sekaligus
menjadikan dirinya hormat kepada guru seumpama saranan Allah
S.W.T.. Melalui pengulangan solat lima waktu sehari semalam yang
dikerjakan secara tetap pada waktunya serta ikhlas menghindarkan
dirinya daripada melakukan amalan yang buruk.
Solat adalah merupakan cibadah penyucian jiwa dari sifat-sifat
mazmumah ( keji ) yang terdapat dalam jiwa manusia. Dalam diri
manusia terdapat seketul daging iaitu hati. Dan hati akan
meninggalkan satu tompok hitam di atas satu kejahatan yang
dilakukan.Hati yang hitam sukar dihilangkan melalui ubat doktor
tetapi hati akan menjadi putih bersih setelah mendapat rawatan dari
Maha Pencipta. Salah satu dari ubatnya adalah melalui solat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya apabila orang mukmin itu melakukan satu dosa maka
akan timbullah satu bintik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat,

menyesal diri dan memohon ampun, bersihlah hatinya dari bintik itu.
Tetapi jika ia menambah dosanya, maka bertambahlah bintik hitam di
hatinya sehingga seluruh hati menjadi hitam
Melalui Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa dalam
kehidupan aturan Allah ini, terdapat larangan-larangan yang wajib
dijauhi oleh setiap hambanya sama sekali. Larangan yang wajib
dihindari ini mengandungi hikmah-hikmah yang tersembunyi. Sebagai
seorang pelajar, setiap larangan Allah yang menimbulkan dosa
haruslah ditinggalkan segera.
Dosa sepertimana yang telah dimaklumi ialah perbuatan yang
melanggar hukum Allah. Dalam satu Hadis yang telah diriwayatkan
oleh Imam Muslim bahawa satu ketika An-Nawas bin Samcan telah
datang berjumpa dengan Rasullullah S.A.W untuk bertanya tentang
pengertian kebaikan dan pengertian dosa.
Rasulullah S.A.W telah memberikan jawapan :
Kebaikan ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah apa yang beredar di
dalam hati mu yang kamu tidak suka orang lain mengetahuinya
Justeru itu apabila timbul rasa takut pada cazab siksaan Allah yang
maha pedih maka ia menjadi pendinding kepada para pelajar dari
melakukan sesuatu yang bersalahan dengan kehendak syariat Islam. Ia
bermaksud dengan sebab solat menjadikan setiap orang lebih beringat
tentang balasan dosa yang akan diterima kelak bilamana melakukan

kejahatan atau melanggar batas-batas yang telah Allah S.W.T gariskan.


Solat berperanan di dalam membentuk pelajar menghormati gurunya
sekiranya memiliki cirri-ciri berikut :
a. Mengikut Arahan
Pelajar akan mengikut nasihat dan bimbingan guru dalam menghadapi
liku-liku hidup yang kian mencabar dewasa ini. Pelajar-pelajar juga
akan tahu membezakan arahan yang patut diikuti iaitu yang tidak
melanggar hukum-hukum syarak iaitu arahan yang membawa
kebaikan kepada mereka.
b. Cinta dan Kasih
Seorang pelajar akan menaruh rasa cinta dan kasih kepada guru-guru
yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja
ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih
kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru
adalah mulia di sisi Allah S.W.T.
c. Hubungan Baik
Seseorang pelajar mempunyai hubungan baik dengan guru ; bukan
sahaja semasa dalam sesi persekolahan malahan juga di luar sesi
persekolahan ; dan bukan sahaja semasa berada di dalam kawasan
sekolah, malah di luar kawasan sekolah juga turut dititik beratkan.

d. Tidak Meninggi Suara


Jika berkomunikasi dengan guru, pelajar menggunakan suara yang
rendah dan mengurangkan percakapan. Tidak menggunakan suara
yang nyaring melebihi suara guru yang akan mengakibatkan guru rasa
tercabar dengan tindakan tersebut.Disamping mencerminkan sikap
yang kurang sopan di hadapan gurunya.
e. Diam Serta Memahami
Semasa guru sedang bercakap atau menyampaikan kuliah dan
pengajaran di dalam kelas, pelajar akan diam serta memahami apa
yang disampaikan oleh guru. Pengajaran guru akan dihadapi dengan
penuh minat. Pelajar akan bertanya sekiranya ada kemusykilan dalam
sesuatu pembelajaran dan pelajar yang solat tidak terlalu pasif di
dalam kelas sehingga mengakibatkan suasana menjadi hambar.
f. Berterima Kasih
Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk berterima
kasih kepada guru sesudah mereka memberikan sesuatu pengajaran
dan turut mendoackan mereka. Ini adalah bertujuan untuk memohon
keberkatan ilmu yang disampaikan oleh guru dalam sesi pembelajaran.
g. Merendah Diri

Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru


dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata panggilan yang sesuai
dan hormat seperti cikgu, ustaz,ustazah, tuan guru ( tok guru) dan
sebagainya.
h. Mengenang Jasa Guru
Pelajar yang baik selalu mengenangi jasa guru yang telah
mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh dedikasi
tanpa mengira penat dan lelah. Guru itu ibarat pelita, membakar diri
bagi menerangi orang lain.
i. Jangan Menyakiti Perasaan Guru
Sepanjang hubungan dengan guru, mereka (pelajar yang menjaga
solat) tidak sekali-kali mencuba menyentuh perasaan atau menyakiti
hati guru dalam apa jua cara sekalipun. Perasaan hati guru seharusnya
dijaga walau dalam apa jua keadaan.
j. Bertegur Sapa
Pelajar terlebih dahulu bertegur sapa guru di kala bertemu atau bersua.
Apalagi jika sudah lama tidak berjumpa dengan guru. Ini kerana guru
sudah tentu tidak dapat mengenali rupa para pelajarnya yang telah
lama tidak dijumpainya.
k. Mendoackan Guru

Apabila guru meninggal dunia, pelajar akan solat untuknya,


mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan dan sentiasa berdoac agar
Allah S.W.T. merahmati rohnya. Ini adalah penghormatan yang
seharusnya dilakukan oleh setiap pelajar kepada guru-gurunya sebagai
tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang mendidik
mereka sehinggalah mereka menempuh kejayaan.
3.3 Patuhi Masa
Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan perhatian yang sangat
penting terhadap penjagaan masa. Sebagai seorang muslim kita
hendaklah menjaga masa. Tidak mencukupi sekadar menyedari
kewajipan menjaga masa sahaja, bahkan wajiblah meletakkan
pengurusan masa itu sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.
Kewajipan yang pertama ke atas setiap muslim ialah memastikan
masanya diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk dunia dan
akhiratnya. Seterusnya untuk kesejahteraan ummah sejagat, rohani dan
jasmani. Penjagaan masa hendaklah seperti penjagaan harta benda ,
bahkan lebih penting daripada itu. Generasi terdahulu lebih
menitikberatkan terhadap penjagaan masa. Ini adalah kerana mereka
dapat melihat melalui matahati mereka betapa bernilainya harga masa
itu.
Sepertimana yang telah diungkapkan sebelumnya bahawa syicar Islam
telah meyakinkan lagi betapa berharganya masa dalam memberikan

sumbangan terhadap kemajuan manusia seiring dengan peredaran


dunia , peredaran matahari dan perubahan malam dan siang.
Ketika mana malam sampai ke penghujungnya dan fajar mula terbit ,
terdengar seruan menyeru manusia yang masih dibuai mimpi, untuk
bangun menikmati udara pagi yang bersih lagi segar dengan bangun
menunaikan solat subuh.
Ketika itu manusia diperingatkan supaya bertemu di hadapan pencipta
mereka sendiri, iaitu Allah S.W.T. yang menyusun segala urusan, dan
memberikan rezeki kepada mereka. Manusia diminta supaya tidak
tamak mengejar harta dunia. Ketika itu manusia di wajibkan solat
zohor.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik
untuk mendapat) keampunan dari Tuhan mu, dan mendapat syurga
yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang bertakwa
Setelah matahari berada di sebelah barat, seruan kali ketiga
berkumandang menyeru manusia menunaikan solat cAsar. Apabila
matahari tidak menampakkan cahayanya, terdengar panggilan kali ke
empat, menandakan panggilan untuk solat di penghujung hari iaitu
solat Maghrib.

Begitulah keadaan kehidupan seorang muslim pada setiap hari.


Memulakan kehidupan sehariannya dengan cibadah solat dan
penutupnya juga dengan cibadah solat. Iaitu bermula dengan solat
subuh di pagi hari dan di akhiri dengan solat Isya. Semuanya itu pada
masa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jelas sekali di sini,
melalui ketetapan masa dalam setiap lima waktu solat mampu
mentarbiah pelajar dari aspek patuhi masa, samada disedari maupun
tidak disedari.
Kita seharusnya sedari bahawa di antara nickmat yang tidak ternilai
adalah pengurniaan Allah solat dan masa lapang. Pengkaji tidak
bercadang untuk menjelaskan maksud solat kerana telah dijelaskan
sebelumnya, manakala maksud masa lapang di sini ialah, tidak terikat
dengan urusan keduniaan dan tidak menghalang seseorang itu
daripada urusan akhirat.
Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak dalil-dalil yang telah
menjelaskan kepada kita tentang kewajipan seseorang itu untuk
berusaha dalam kehidupan dunianya. Namun begitu kita tidak
seharusnya tenggelam dalam lautan keduniaan, sehingga tidak mampu
untuk menunaikan kewajipan solat terhadap Allah S.W.T.
Pada asasnya, keadaan kerugian hanyalah berlaku dalam urusan
perniagaan sahaja. Al Syeikh Minawi mengumpamakan seseorang
yang memikul tanggungjawab itu adalah seumpama peniaga,
manakala nickmat solat dan masa lapang itu, adalah seperti modal

perniagaan yang merupakan di antara sebab ke arah keuntungan


sesuatu perniagaan.
Justeru itu barangsiapa yang melakukan pekerjaan setelah selesai solat
dan melakukan dengan penuh khusyuck, maka ia akan berjaya sama
ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Dan sebaliknya akan
berlaku iaitu barang siapa yang tidak mengikut perintah Allah iaitu
tidak solat perniagaannya akan rugi serta modalnya juga turut hilang.
Para ulama terdahulu amatlah tidak menyukai apabila seseorang yang
tidak mengisi masa lapangnya dengan acmalan-acmalan kebaikan.
Umpama berjalan-jalan tanpa tujuan, duduk berborak kosong di
tempat-tempat awam dan lain-lain lagi. Dengan itu masa bukan lagi
suatu nikmat kepadanya tetapi telah menjadi satu bala kepadanya. Ada
pula yang mengatakan masa lapang bagi seorang lelaki itu adalah
kelalaian manakala bagi seorang perempuan adalah pembuka jalan ke
arah mengikut kehendak hawa nafsunya.
Adalah amat rugi, apabila masa lapang dimiliki oleh belia remaja
khususnya para pelajar dipersia-siakan. Usia muda adalah suatu usia
yang mudah melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu sendiri.
Tambahan pula apabila seseorang itu mempunyai sumber kewangan
yang melebihi keperluan. Mereka mampu melakukan apa sahaja yang
dikehendakki oleh nafsu jahat mereka.
Firman Allah S.W.T :

Ertinya :
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentacati kebenaran dan nasihat menasihati
supaya menetapi kesabaran.
Jadi ke atas setiap yang beriman kepada Allah dan yang sudah
tentunya dapat menilai nickmat masa yang Allah anugerahkan buatnya
serta menyedari kepentingannya maka bersegeralah kita mematuhi
masa dengan mengisi masa dengan camalan-camalan kebajikan
sepertimana tuntutan Allah.
Dalam al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa solat yang
difardhukan itu mempunyai waktu-waktunya yang tertentu.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
Bahawasanya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas
orang yang beriman, yang tertentu waktunya
3.4 Akhlak Pelajar
Sebagai seorang hamba Allah, keyakinan dan icktikad terhadap
kewujudan dan kekuasaan Allah tidak boleh diragukan sama sekali.
Keyakinan ini menjadi tunjang dan asas dalam kehidupan seorang
muslim. Pelajar muslim pastinya tidak terlepas dari kepercayaan dan

keyakinan ini. Dengan hanya beriman kepada Allah sahajalah,


seseorang pelajar mempunyai akhlak kepada Allah sekaligus menepati
syarat pertama Rukun Iman. Keimanan kepada Allah bukan sahaja apa
yang tersemat di hati tetapi lebih tertumpu kepada acmal yang menjadi
tongkat memimpin kepada akhlak yang lebih baik.
Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah
laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada
manusia sebenarnya adalah cerminan daripada apa yang tersemat
dalam dirinya.
Sebagaimana menurut al-Ghazali :
Setiap yang ada dalam hati akan menzahirkan kesannya pada
anggota badan sehinggalah setiap pergerakannya adalah berlandaskan
kepadanya .
Maka dengan ini apabila akhlak menjadi sebati dalam diri ia akan
menzahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang
ada padanya. Seorang pelajar Islam dikatakan berakhlak bilamana
sering melakukan solat pada waktunya.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
Bahawasanya solat itu, menghalangi manusia dari Fahsya dan
munkar

Akhlak adalah cerminan keimanan seseorang. Dengan erti kata lain,


iman yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang mulia atau
dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata
bergantung kepada kesihatan dan keelokan akarnya.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya :
Golongan yang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang
terbaik akhlaknya
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana
penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Justeru, akhlak
adalah mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam
melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya
manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material
yang dicapai amat menakjubkan. Faktor yang membelakangkan
akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tidak dikira mencapai
tahap ketamadunan yang sebenarnya.
Allah S.W.T. telah berfirman :
Ertinya :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila
disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan
ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah
mereka bertawakkal.( Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan

yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada


mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.
mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya
dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.
Berdasarkan ayat ini, maka bila bertambah seseorang itu dalam
melakukan solat maka makin bertambah jugalah tahap keimanan
mereka. Dalam solat itu seseorang hamba bukan sahaja dapat
bercakap atau berdialog dengan Tuhannya dan memohon sesuatu
tetapi ia juga dapat mendekatkan diri kepada-Nya sedekat-dekatnya,
terutama semasa sedang sujud.
Jadi seseorang yang tidak solat bermakna tidak membuat hubungan
dengan Tuhannya. Maka terputuslah daripada nikmat, rahmat,belas
kasihanNya.Suburlah akhlak yang keji dan hina, sekaligus ia tidak
dapat bermunajat dan mendekati Tuhannya, tempat makhluk
bergantung harap.
Pada dasarnya, setiap yang beriman itu mengenali Allah dan Rasulnya,
kerana itu mereka cinta kepada keduanya serta patuh dengan
melakukan suruhan-Nya terutama solat lima waktu. Sebaliknya orangorang yang tidak beriman, mereka membenci Allah dan Rasulnya,
terutama orang-orang munafik.
Solat itu adalah cahaya, maka sesiapa yang melakukannya akan
memperolehi cahaya tersebut. Ini bermaksud barangsiapa yang kerap
bersolat, maka keadaan dirinya dikatakan cahaya di atas cahaya,

bersinar gemilang di hadapan Tuhan An Nur iaitu cahaya iman dihias


indah dengan cahaya solat yang melahirkan budi perkerti yang mulia.
Cahaya solat itu berkilauan dalam hati orang mukmin, bersinar ke atas
mukanya dan memantul ke atas setiap anggotanya. Cahaya dimana
seseorang dapat bergaul dalam masyarakat dengan selamat. Maka ia
dapat melihat apa yang orang tidak nampak akan kebenaran dan
sesuatu hakikat.
Orang yang mengenali Allah S.W.T. dan mengetahui perintahNya, dia
tidak akan sombong, bahkan segera menurut dan mengikuti apa sahaja
perintah Allah S.W.T. dan Rasulnya. Mengapa manusia perlu sombong
sedangkan kerajaan agung yang mencipta, memelihara dan
mentadbirkan seluruh alam ini dari dasar tujuh petala bumi dari
sebelah bawah membawa ke tujuh petala langit di sebelah atas,
ditambah lagi dengan alam raksasa ghaib adalah semuanya di tangan
Allah S.W.T.yang mempunyai segala sifat Keagungan dan
Kemuliaan : sifat kehebatan yang boleh sombong mengatasi manusia.
Merendah diri adalah suatu sifat yang mulia dan terpuji. Sifat ini
adalah pakaian utama bagi orang yang berkedudukan tinggi dan
berpangkat, dan ia juga menaikkan darjat orang yang berkedudukan
rendah dan miskin. Maka solat merupakan suatu latihan bagi orang
yang berkedudukan tinggi untuk dapat merendahkan diri kepada
Allah, Tuhan Maha Pencipta. Jika belum dapat merendahkan diri,
maka ketahuilah bahawa kesemua makhluk yan g berakal dan tidak
berakal adalah tunduk kepada Allah Tacala pada setiap masa dan

mereka patuh takut dan bimbang menunggu apa sahaja yang akan
dilakukan Allah kepada mereka.
Menurut Al-Qustani R.A. antara sebab mengapa solat ini dilakukan
lima kali dalam sehari ialah untuk memeluhara manusia dalam
kehidupan sehariannya yang biasanya lalai oleh adanya nafsu
keinginan, kelalaian, lupa, terlibat dengan tabicat dan tradisi. Maka
solat dapat mencegah dari nafsu yang buruk dan merugikan.
Di dalam agama Islam, solat adalah alat yang dapat mengawal diri
seseorang daripada dosa dan kemungkaran. Solat dapat mewujudkan
manusia yang patuh, baik, mulia dan berakhlak terpuji.
Di antara beberapa faktor penting yang menentukan kejayaan di
dalam sesuatu usaha adalah sebagai berikut :

1. Ketepatan waktu

Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas


orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (An-Nisaa' 4:103)

Waktu atau masa adalah perkara yang sangat penting di dalam solat.
Salah satu dari syarat sah solat ialah mengerjakannya di dalam
waktunya. Orang yang mengerjakan solat di luar waktunya bererti
tidak sah dan tidak ada nilai di sisi Allah SWT. Oleh kerana itu
ketepatan waktu sangat penting.

Selanjutnya Allah akan memberi bonus tambahan kepada mereka


yang mengerjakannya di awal waktu sedangkan barang siapa yang
melewatkannya dibenci oleh Allah. Disiplin ini secara otomatik akan
mendorong manusia untuk berlumba-lumba menunaikan solat bukan
hanya di dalam waktunya bahkan juga di awal waktu.

Di samping itu juga orang yang datang lebih awal ke tempat solat
akan mendapat keuntungan berada di saf depan. Allah memberikan
ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang berada di saf yang lebih
depan.

Apabila seseorang itu berjaya menjaga disiplin dalam solat, maka


apabila ia terjun ke dalam dunia kehidupan secara otomatik akan
dapat mendisiplinkan diri. Di dalam perniagaan umpamanya,
ketepatan masa sangat dititik beratkan. Setiap masa yang terbuang
bererti semakin banyak kerugian yang terjadi. Setiap detik dibiarkan
berlalu ertinya kerugian.

Jika solat dapat mendorong manusia untuk berlumba-lumba berada di


saf depan, maka jika dilaksanakan dalam kehidupan akan melahirkan
manusia yang senantiasa berlumba untuk maju ke depan. Lumrahnya
orang yang senantiasa datang lebih awal tentu akan merebut peluang
apapun yang ditawarkan.

Solat sepatutnya menjadi asas pengurusan masa umat Islam.

2. Ketepatan janji

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan


matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)

Solat adalah satu ibadah di mana manusia membuat dan


memperbaharui janji dengan Tuhan setiap kali mengerjakannya. Ini
bererti 5 kali sehari manusia memperbaharui janji dan ikrar dengan
Tuhan. Janji itu pula tidak hanya dibiarkan menjadi hiasan bibir tetapi
untuk ditunaikan dalam kehidupan.

Jika manusia dapat berusaha menunaikan janjinya kepada Tuhan


yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, maka dengan manusia
yang dapat dilihat secara lahir ini tentulah lebih dapat menunaikan
janji.

Begitu juga di dalam pekerjaan, perniagaan atau pemerintahan, jika


seseorang itu gagal dalam menepati janjinya dengan pelanggan, klien,
pelabur atau pekerja maka tentu akan memburukkan imej dan akan
menghilangkan keyakinan dan kepercayaan kepada syarikat, jabatan
atau negara.

Yang lebih parah lagi, hal itu juga akan menjadi sebab tindakan
undang-undang boleh diambil terhadap syarikat atau jabatan kerana
kegagalannya menepati janji. Begitulah pentingnya faktor janji di
dalam kehidupan. Bagi orang yang sudah biasa mendisiplinkan dirinya
dengan janji di dalam solat, maka hal itu akan mendorongnya untuk
menepati janji di luar solat.

3. Jujur dan amanah

Insan yang jujur dan amanah adalah aset yang sangat mahal di dalam
sebuah masyarakat. Solat adalah ibadah yang sangat mendidik
manusia menjadi jujur dan amanah. Hal itu adalah kerana

pelaksanaan ibadah tidak dapat dibuktikan secara lahiriah melainkan


dengan pengakuannya sendiri ataupun saksi yang melihatnya.

Ibadah solat ini hanya melibatkan manusia dengan Tuhan. Hanya


Tuhan yang menjadi saksi akan perbuatannya itu. Ibadah yang lain
contohnya zakat dapat dibuktikan secara lahir kerana melibatkan
hubungan di antara manusia. Tetapi solat menguji kejujuran manusia
dengan Tuhannya. Solat melatih manusia berlaku amanah pada
dirinya dan Tuhannya.

Rasulullah bersabda: Ihsan itu ialah kamu beribadat (menyembah


Allah) seolah-olah kamu melihat-Nya sekiranya kamu tidak dapat
melihat-Nya, maka (yakinlah) Allah tetap melihatmu. (Muslim)

Orang yang tetap mengerjakan solat baik di tempat ramai mahupun


sendirian ertinya ia jujur pada dirinya dan Allah. Orang yang seperti itu
jika mengendalikan sesuatu kerja insyaAllah akan bertindak jujur dan
amanah kerana telah dididik melalui solat. Kerana itu jika semua yang
terlibat dalam pekerjaan itu amanah, tentu akan menguntungkan
perusahaan di samping dapat meningkatkan keyakinan masyarakat.

4. Taat pada pemimpin

Taat yang penuh pada perintah ketua adalah aspek yang sangat perlu
dititikberatkan di dalam Islam. Jika pekerja tidak faham atau tidak
dapat mentaati perintah majikannya, sudah tentu akan terjadi huru
hara dan merugikan. Terlebih lagi jika perusahaan memiliki pekerja
yang ramai di mana masing-masing mengikuti pendapat sendiri tanpa
mentaati arahan ketuanya. Hal itu sangat membahayakan kedudukan
sesebuah perusahaan.

Dalam konteks negara, rakyat wajib mentaati imam atau pemerintah.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan


taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59)

Ibadah solat itu sendiri merupakan disiplin untuk


melatih manusia supaya taat pada pemimpin terutama melalui solat
berjemaah.

Di dalam solat berjemaah makmum wajib memulai dengan memasang


niat mengikuti imam. Dia juga mesti berada di belakang imam. Tidak
boleh berada sebaris atau di hadapan imam. Gerakannya tidak boleh
sama atau mendahului imam. Malah mesti setelah gerakan imam.
Suaranya juga tidak boleh melebihi suara imam. Jika hal itu terjadi
maka tidak sah solatnya. Itu bererti solat jemaah mendisiplinkan hati,
akal dan fizikal untuk taat kepada pemimpin.

Makmum tidak boleh bergerak sesuka hati tanpa merujuk kepada


imam. Jika disiplin itu telah mendarah daging maka secara otomatik
kita akan terdidik untuk mentaati ketua di mana saja kita berada dalam
tindakan apapun selama tidak bertentangan dengan syariat.

Disiplin solat jemaah juga menitikberatkan soal kelurusan barisan atau


saf. Bukan sahaja lurus, tetapi perlu rapat. Imam perlu memastikan
saf lurus dan rapat sebelum mula mengangkat takbir. Segalanya
mempunyai hikmah. Apabila di dalam solat saf boleh lurus dan rapat,

moga diluar solat juga dapat mengeratkan kasih sayang dan


perpaduan.

Kerana itu imam amat perlu berhati-hati dalam mengimami solat,


jangan sampai saf bengkang bengkok dan renggang seperti yang
berlaku hari ini. Tidak hairanlah di luar solat umat kini bengkang
bengkok amalannya dan renggang ukhwahnya.

Dalam solat juga, makmum boleh bermufaraqah (keluar dari mengikuti


imam) jika jelas solat imam itu telah terbatal. Makmum boleh
mengingatkan imam ketika imam terlupa rukun atau bacaan. Imam
juga boleh diganti oleh orang yang di belakangnya jika telah terbatal
solat.

Demikian realiti yang ditunjukkan Rasulullah . Ibn Umar. r.a. berkata:


Bersabda Rasulullah : Seorang muslim wajib mendengar, taat pada
pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui kecuali
jika diperintah (paksaan) maksiat. Maka apabila disuruh maksiat,
maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat. (Bukhari dan
Muslim)

Alangkah beruntungnya seorang majikan atau pemimpin jika semua


pekerjanya atau rakyatnya memahami dan mentaatinya. Ini tentu

mengurangi masalah dan dapat meningkatkan prestasi perusahaan


atau negara tersebut.

5. Fokus dalam segala urusan

Perkara penting yang dituntut dalam solat adalah khusyuk. Khusyuk


berlaku apabila hati fokus kepada Allah. Sepanjang solat sentiasa
merasai diri di perhatikan Allah. Rasa hamba, sedar diri sedang
menyembah Tuhannya. Apa erti solat jika tidak merasa menyembah
Allah. Apa erti ibadah jika tiada rasa kehambaan. Segala ingatan,
perasaan dan perbuatan dalam solat hanya tertumpu kepada Allah
SWT semata-mata.

Jika khusyuk ini dapat dibawa hingga ke luar solat, segala pekerjaan
dan perbuatan akan terkawal. Akan fokus, tidak terkeluar dari
landasan dan matlamat. Orang yang fokus kepada pekerjaannya pasti
dapat menyiapkan kerja yang bermutu dalam waktunya.

6. Tahan dalam menghadapi ujian

Apabila manusia berhasil menunaikan solat dan tuntutannya yang


sangat berat itu, bererti seseorang itu telah berjaya melepasi tiga
tuntutan iaitu berat menunaikan solat, mengikuti displin di dalam solat

serta melaksanakan tuntutan serta janji di dalam solat. Bila setiap hari
seseorang berusaha untuk melaksanakan ibadah itu, bererti setiap
hari dia perlu bergelut dengan cabaran hawa nafsu. Proses ini akan
membantu menguatkan jiwa manusia dan menyediakan manusia
untuk berhadapan dengan ujian.

Dengan mengerjakan solat secara istiqamah, sekaligus dapat


membentuk jiwa manusia menjadi tahan terutama apabila berhadapan
dengan cabaran hidup lahir dan batin. Apabila ia terjun dalam
kehidupan seharian yang memang penuh dengan cabaran maka
asas disiplin yang telah terbentuk dari solat itu akan membantunya
mengatasi dan melepaskan segala ujian dan cabaran yang dihadapi.

Begitulah asas-asas disiplin yang lahir dari mengerjakan ibadah solat.


Apabila umat Islam mengerjakan solat, maka akan lahirlah disiplin.
Apabia umat berdisiplin, maka akan tercetus kemajuan. Umat Islam
memang beruntung kerana agama Islam mendorong umatnya
membuat kemajuan. Hal itu sesuai dengan fitrah manusia yang
menginginkan kemajuan. Bagi orang bukan Islam, kemajuan yang
mereka rasakan hanyalah berdasarkan dorongan fitrah semata.

Oleh itu umat Islam sepatutnya lebih maju lagi kerana didorong oleh
dua faktor tadi. Kerana Islam tabiatnya adalah mendorong kemajuan
maka apabila diamalkan akan tercetus kemajuan dalam kehidupan.
Jika umat Islam tidak maju maka yang pertama perlu diperiksa
adalah solatnya. Kerana solat adalah ibadah asas yang utama, maka

solat juga merupakan sebab segala kejayaan di dunia dan akhirat.


Orang yang mengerjakan solat dan berpegang teguh pada disiplindisiplinnya insyaAllah akan mendapat kejayaan di dalam bidang
apapun yang diceburinya.
Hal itu sesuai dengan janji Allah yang berbunyi,

"Sesungguhnya kemenangan bagi orang mukmin yang khusyuk di


dalam solat." (Al Mukminun:23:1-2)

Kemenangan yang dimaksud adalah kejayaan dunia dan akhirat. Anak


kunci kejayaan telah tersedia. Inilah peluang untuk kita merebutnya.
Oleh itu marilah sama-sama memahami, melaksanakan dan
mengemaskan solat serta tuntutannya untuk menjamin kejayaan
hidup dunia dan akhirat.