Anda di halaman 1dari 13

Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik di

Sekolah Menengah
ROSADAH ABD MAJID
NORIAH MOHD ISHAK
ZALIZAN MOHD JELAS

ABSTRAK

Pelajar-pelajar pintar cerdas akademik adalah pelajar yang menunjukkan bakat


dalam akademik pada satu-satu tahap tertentu. Seramai 33 orang pelajar pintar
cerdas akademik (PCA) yang telah mendapat gred A untuk semua mata pelajaran
pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sebuah sekolah
di negeri Selangor telah diuji pemprosesan kognitif mereka dengan menggunakan
instrumen Sistem Penilaian Kognitif (SPK). SPK menilai pemprosesan kognitif:
Perhatian, Serentak, Berturutan, dan Perancangan. Hasil analisis penskalaan
multi dimensi ke atas data memberikan dua jenis prototaip pemprosesan kognitif
pelajar PCA. Pelajar PCA yang mempamerkan proses Perhatian yang tinggi, turut
mempamerkan proses Berturutan yang tinggi jika dibandingkan dua prototaip
tersebut. Namun proses Perancangan dan proses Serentak kumpulan ini adalah
rendah. Sebaliknya pelajar PCA yang mempamerkan proses Perhatian yang
rendah turut mempamerkan proses Berturutan yang rendah. Namun proses
Perancangan dan proses Serentak mereka adalah tinggi. Dapatan kajian ini
mencadangkan dua jenis mekanisme pemprosesan kognitif di kalangan pelajarpelajar PCA. Jenis yang pertama menggunakan pemprosesan kognitif Perhatian
dan Berturutan apabila pemprosesan kognitif Perancangan dan Serentaknya
rendah. Jenis yang kedua pula menggunakan pemprosesan kognitif Perancangan
dan Serentak apabila pemprosesan kognitif Perhatian dan Berturutannya rendah.
ABSTRACT

Academically talented students were defined as students who exhibited talent in


academic fields at a particular stage of development. Thirty-three academically
talented students from a secondary school in the state of Selangor were involved in
the study. These students had achieved grade A in all subjects sat for in a national
standardized examination, the Lower Secondary Assessment (Penilaian Menengah
Rendah-PMR). An adapted version of an instrument, the Cognitive Assessment
System was used to measure the students cognitive processing namely; Planning,
Attention, Simultaneous, and Successive. Multi dimensional scaling analysis was
carried out on the data to reveal two prototypes of academically talented student
in cognitive processing. Those who scored highly in Attention also scored highly in
Successive. However, their scores in Planning and Simultaneous processes were
low. Another prototype of academically talented students scored low in Attention
and Successive processing. Nevertheless, their scores in Planning and

Simultaneous were high. These findings propose to suggest two types of cognitive
processing mechanisms among academically talented students. The first type of
mechanism utilized Attention and Successive cognitive processing, when their
Planning and Simultaneous cognitive processing were low. The second type of
mechanism utilized Planning and Simultaneous processing when their Attention
and Successive cognitive processing were low.
PENGENALAN
Pintar cerdas akademik (PCA) adalah takrifan yang diberikan kepada pelajar yang
cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap tertentu (Piirto 1999). Sekiranya
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di ambil sebagai ukuran pencapaian
akademik pada akhir tahun enam persekolahan di sekolah rendah, keputusan UPSR
boleh digunakan untuk mengenalpasti pelajar yang pintar cerdas akademik pada
tahap itu. Pelajar-pelajar PCA pada tahap UPSR ialah pelajarpelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan UPSR. Kaedah menentukan pelajar PCA berdasarkan peperiksaan
setara kebangsaan seperti ini juga telah digunakan di Hong Kong (Chan 2000).
Shabazz (2000) juga mendefinisikan pelajar-pelajar pintar cerdas akademik
berdasarkan pencapaian 10% teratas di dalam kelas, dalam pencapaian akademik.
Walaupun ramai di kalangan pelajar-pelajar PCA pada tahap UPSR, telah
diambil belajar di sekolah-sekolah menengah Berasrama Penuh ( SBP) dan di
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), namun ramai lagi pelajar-pelajar PCA dan
pelajar-pelajar yang berbakat dalam akademik ( BA) masih tinggal belajar di
sekolah-sekolah menengah harian biasa. Pelajar-pelajar BA walaupun tidak
cemerlang dalam peperiksaan, namun menurut penilaian guru-guru yang pernah
mengajar mereka, mereka berpotensi untuk menjadi cemerlang. Justeru sebilangan
besar para pelajar berpotensi menjadi sumber tenaga profesional yang amat
diperlukan untuk memajukan negara di masa akan datang. Oleh itu sistem
pendidikan di Malaysia wajar sensitif kepada keperluan pelajar-pelajar PCA dan BA
yang ada di sekolah-sekolah. Perkara pertama yang perlu diketahui oleh semua
pihak sebelum merancang program pendidikan pintar cerdas ialah tentang ciri-ciri
pelajar pintar cerdas tersebut. Ciri-ciri pelajar PCA dan BA memberi implikasi
terhadap keperluan pendidikan mereka.
PELAJAR PINTAR CERDAS

Bee (1997) mengkategorikan perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan


berbakat (PCB) sebagai perkembangan yang berbeza daripada biasa. Pelajarpelajar
PCB mempamerkan ciri-ciri khas dalam aspek-aspek pemprosesan kognitif,
personaliti dan tingkah laku (Bee 1997; Kyle 1998; Mills 1993; Piirto 1999;
Renzulli et al. 2000). Perbezaan tersebut perlu kepada pendekatan pendidikan yang
bersesuaian (Gallagher & Gallagher 1994). Pelajar-pelajar berpersonaliti jenis
sensing-Smisalnya lebih cenderung untuk belajar secara praktis dengan
melakukan eksperimen yang melibatkan pengendalian benda maujud. Ini berbeza
dengan pelajar yang berpersonaliti jenis Intuition-N yang lebih cenderung untuk
belajar secara intuisi atau penghasilan makna dari apa yang diperhatikan, dibaca,
atau didengarinya.

Menyedari hakikat tentang keperluan untuk menyediakan pendidikan yang


sesuai bagi pelajar berbakat dalam akademik, Kementerian Pelajaran telah
menyediakan program SBP untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar
bumiputera yang berpotensi. Ini merupakan sebahagian daripada Dasar Ekonomi
Baharu (DEB) yang bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi
diantara bumiputera dan bukan bumiputera (Abd Majid 1994). Pelajar-pelajar
berkenaan dipilih berdasarkan keputusan UPSR yang cemerlang, status sosio
ekonomi yang rendah, ciri-ciri kepemimpinan, dan keterlibatan mereka dalam
aktiviti ko kurikulum. Bagi pelajar-pelajar yang datang dari luar bandar dan bagi
pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah, SBP menyediakan
infrastruktur yang lebih sesuai untuk perkembangan bakat akademik mereka (Abd
Majid 1994).
KOGNITIF

Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar PCB biasanya apabila diuji


dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau
Intelligent Quotion (IQ) yang melebihi 130 (Kyle 1998). Namun dalam konteks
pendidikan di Malaysia ujian untuk menentukan DK bukanlah sesuatu yang biasa
dilakukan di sekolah-sekolah. Alat untuk mengukur DK juga tidak terdapat di
sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
Walaupun potensi kognitif pelajar tidak diukur dengan ujian-ujian penentu DK,
namun potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Terdapat dari kalangan pelajarpelajar
sekolah harian biasa yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaanpeperiksaan setara kebangsaan seperti UPSR dan PMR. Satu kaedah untuk
menentukan potensi kognitif pelajar perlu diwujudkan di sekolah-sekolah di
Malaysia. Langkah ini dapat memberikan maklumat awal tentang potensi kognitif
para pelajar. Maklumat ini perlu diketahui oleh guru untuk melihat sejauh mana
pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai potensi kognitif yang tinggi untuk
cemerlang dalam akademik. Kecemerlangan tersebut membuktikan bahawa pelajar
itu telah berjaya mencapai ke tahap potensinya yang sebenar. Kegagalan pula
bererti mereka mengalami fenomena tidak mencapai tahap ( TMT) atau
underachievement. Adalah menjadi matlamat pendidikan negara untuk
mengelakkan fenomena TMT. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menetapkan
agar potensi setiap pelajar dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.
Lovecky (1994) mencirikan pelajar-pelajar PCB seperti berikut; sering
menganggap perkara-perkara mudah sebagai rumit, sentiasa mahukan ketepatan,
menganggap perkara rumit sebagai mudah, berkeupayaan untuk menaakul ideide
yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat
empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik
dalam sesuatu topik yang diminati. Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri
pelajar PCB seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa,
sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu yang
menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah,
gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang
ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Daripada pemerhatian guru-guru,

terdapat di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia yang turut mempamerkan ciri-ciri


tersebut. Andaiannya ialah, pelajar-pelajar ini berkemungkinan mengalami
fenomena yang disebabkan oleh potensi kognitif yang ada pada diri mereka.
Keputusan peperiksaan PMR 2001 menunjukkan majoriti pelajar tergolong
dalam kategori sederhana, dan hanya 3.5% sahaja pelajar berjaya mendapat A
untuk semua mata pelajaran dan mereka dikategorikan sebagai pintar cerdas
akademik. Bilangan pelajar pintar cerdas akademik sepatutnya 15% daripada
bilangan keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan berkenaan (Piirto 1999;
Renzulli 2002). Perbezaan yang besar ini membuktikan bahawa sistem pendidikan
di Malaysia masih belum berjaya membangunkan potensi pelajar sepenuhnya.
Fenomena tersebut berlaku apabila sebilangan besar daripada pelajar yang
berpotensi menjadi pintar cerdas akademik gagal mencapai ke tahap
kemampuannya yang sebenar lalu dikategorikan sebagai pelajar sederhana.
Neihart et al. (2002) juga mendapati pelajar pintar cerdas mudah terdedah kepada
gejala tidak mencapai tahap. Justeru, pendidik perlu mengetahui ciri-ciri pelajar
PCA, khususnya ciri-ciri kognitif mereka. Maklumat sedemikian penting untuk
membantu guru-guru merancang intervensi pendidikan untuk kumpulan pelajar
tersebut.
Sehubungan itu, profil pelajar PCA boleh dijadikan sandaran untuk tujuan
identifikasi pelajar sedemikian (George 1992; Piirto 1999; Renzulli 2002).
Terdapat tiga aspek profil yang sering dikaitkan dengan proses perkembangan
pintar cerdas seseorang (Piirto 1999) yang terdiri daripada aspek emosi yang
dipengaruhi oleh personaliti, aspek kognitif, dan aspek pintar cerdas yang boleh
diperhatikan daripada tingkah laku. Pemprosesan kognitif dianggap bersifat
dinamik dan boleh diasah di kalangan pelajar (Naglieri 1999). Walau bagaimana
pun, sehingga kini masih belum terdapat profil pemprosesan kognitif pelajar PCA
di Malaysia yang boleh dijadikan sandaran untuk mengenalpasti kumpulan pelajar
sedemikian. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profil kognitif
pelajar-pelajar PCA di sebuah sekolah menengah harian di negeri Selangor. Hasil
kajian ini berguna untuk mendapatkan gambaran tentang corak pola profil
pemprosesan kognitif pelajar-pelajar PCA. Ia boleh memberi panduan kepada para
pendidik untuk merancang intervensi pendidikan bagi membentuk pemprosesan
kognitif menepati keperluan pembelajaran pelajar. Di samping itu, pola
pemprosesan kognitif pelajar PCA boleh digunakan untuk tujuan identifikasi
pelajar-pelajar dalam kategori tersebut.
METODOLOGI
Pendekatan kajian ini ialah secara penaakulan induktif (rujuk rajah1). Bagi kajian
yang dilakukan menurut penaakulan induktif, ia dimulakan dengan memberikan
fokus atau perhatian kepada data permulaan. Seterusnya data dianalisis untuk
mendapatkan corak-corak tertentu. Kemudian hipotesis tentatif dibina hasil dari
pemerhatian dan analisis tersebut (Trochim 1999). Hipotesis tentatif merupakan
kesimpulan yang dibina oleh penyelidik sebagai hasil daripada kajian yang telah
dijalankan. Hipotesis tentatif seterusnya boleh menjadi teori setelah diuji kesahan

dan kebenarannya.

RAJAH 1. Penaakulan induktif; dari spesifik kepada umum untuk kajian penerokaan. Sumber:
Trochim (1999)

KAEDAH PERSAMPELAN

Penyelidikan ini hanya melibatkan sebilangan kecil subjek kajian yang dipilih
secara persampelan tidak berkebarangkalian nonprobability sampling (Neuman
2000). Adaptasi persampelan secara purposive atau persampelan dengan sengaja
yang dilakukan ini mengambilkira pandangan Moon et al. (1991) yang
menyarankan bahawa logik persampelan sukar dilakukan dalam kajian yang
melibatkan fenomena yang jarang ditemui. Pelajar-pelajar pintar cerdas dalam
akademik (PCA) agak kurang bilangannya di sekolah-sekolah menengah harian
biasa. Pemilihan sekolah juga dibuat secara persampelan purposif kerana ramai
pelajar PCA pada peringkat PMR, terdapat di sekolah yang dipilih ini.
INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen yang dikenali sebagai CAS (Cognitive


Assessment System) yang telah diadaptasi untuk digunakan di Malaysia. CAS telah
dibina untuk mengukur proses kognitif yang dianggap sebagai komponen
kecerdasan (Nagliery & Das 1997). Khususnya instrumen ini dibina untuk
mengukur proses kognitif yang disebut dalam teori PASS (Planning, Attention,
Simultaneous, dan Successive ia itu; proses Perancangan, proses Perhatian, proses
Serentak, dan proses Berturutan. Instrumen ini telah dipilih kerana ia bukan seperti
ujian kecerdasan yang tradisional yang digunakan untuk mengukur darjah
kecerdasan seseorang. Sebaliknya CAS berkeupayaan untuk membantu pendidik
memahami keperluan khas yang unik bagi setiap pelajar yang dikaitkan dengan
pemprosesan kognitif (Kotarsky & Mason 1998).
CAS terdiri daripada 12 sub ujian yang mewakili empat bahagian pemprosesan
kognitif PASS. Empat bahagian pemprosesan kognitif tersebut ialah proses
Perancangan, proses Perhatian, proses Serentak, dan proses Berturutan. Proses

Perancangan (Planning) diukur oleh tiga sub ujian iaitu; Pemadanan Angka
(Matching Number-MN), Perancangan Kod (Planned Codes-PCd), dan Perancangan
Perhubungan (Planned Connections-PCn). Proses memberi Tumpuan (Attention)
pula diukur oleh tiga sub ujian ia itu; Perhatian Ekspresif (Expressive AttentionEA), Mengecam Angka (Number Detection-ND), dan Perhatian Reseptif (Receptive
Attention-RA). Seterusnya proses. Serentak (Simultaneous) juga diukur oleh tiga
sub ujian ia itu; Matrik tanpa Pertuturan (Nonverbal Matrices-NvM), Perhubungan
Pertuturan-Ruangan (Verbal-Spatial Relations-VSR), dan Ingatan Rajah (Figure
Memory-FM). Akhirnya proses Berturutan (Successive) juga diukur oleh tiga sub
ujian juga iaitu; Siri Perkataan (Word Series-WS), Mengulangi Ayat (Sentence
Repetition-SR), dan Soalan dari Ayat (Sentence Questions-SQ).
Koefisien alpha untuk menganggar kebolehpercayaan bagi setiap sub ujian
instrumen CAS dan skala PASS telah diberikan dalam manual pentadbirannya. Nilai
tersebut dipaparkan dalam jadual 1 dan mempunyai julat antara .76 ke .97. CAS
telah diadaptasi dan melalui dua tahap kajian rintis. Nilai koefisien alpha bagi
instrumen CAS yang diadaptasi juga dipaparkan di dalam jadual 1. Nilai tersebut
ialah antara .63 ke .99. Nunally (1978) mencadangkan nilai koefisien alpha .5
sebagai memadai dan boleh diterima.
Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik

41

JADUAL 1. Koefisien kebolehpercayaan CAS

Sub ujian Koefisien yang diberikan

Koefisien CAS

di dalam manual

yang diadaptasi

Padanan angka 0.76


Perancangan kod 0.84
Perancangan sambungan 0.85
Matriks tanpa lisan 0.91
Kaitan lisan ruangan 0.87
Ingatan rajah 0.96
Ekspresi perhatian 0.84
Mengecam angka 0.82
Penerimaan perhatian 0.84
Siri perkataan 0.91
Ulangan ayat 0.88
Soalan dari ayat 0.88
Perancangan 0.90
Serentak 0.96
Perhatian 0.92
Berturutan 0.95
Skala Penuh 0.97

0.66
0.99
0.72
0.82
0.67
0.69
0.88
0.72
0.85
0.68
0.64
0.79
0.63
0.72
0.63
0.71
0.81
ANALISIS DATA

Hasil pentadbiran ujian CAS memberikan empat ukuran skala pemprosesan kognitif
iaitu; Perancangan (Planning), Perhatian (Atention), Serentak (Simultaneous), dan
Berturutan (Successive) atau singkatannya PASS. Terdapat pelbagai teknik analisis
data untuk meneroka corak profil. Antara teknik yang dicadangkan oleh Ding

(2001) dengan melakukan skala multi dimensi atau multidimensional scaling


(MDS). Pendekatan teknik ini juga dikenali sebagai model PAMS (Profile Analysis
via Multidimensional Scaling). Selain itu, MDS juga dikenali sebagai pemetaan
pengamatan (perceptual mapping). Ia adalah satu prosedur yang membolehkan
pengkaji meneroka lokasi relatif bagi set data tertentu (Hair et al. 1995). MDS
adalah satu teknik penerokaan untuk mengenalpasti dimensi-dimensi yang
mempengaruhi sesuatu aspek yang dikaji, yang masih belum di ketahui (Hair et al.
1995). Model PAMS tidak menetapkan bilangan sampel yang minimum sebagai
syarat yang diperlukan bagi menjalankan penganalisaan dengan kaedah tersebut.
Teknik penganalisaan ini membolehkan pengkaji meneroka jenis-jenis
individu yang terpendam atau latent person (Ding 2001). Kaedah penganalisaan
MDS bersesuaian dengan tujuan kajian ini, ia itu untuk meneroka jenis-jenis pelajar
dan bukannya untuk menentukan faktor daripada pembolehubahpembolehubah.
Hasil dari kaedah analisis data secara MDS ialah pembahagian individu kepada
beberapa jenis prototaip atau prototypical person.
Selain itu, pentafsiran tentang aras signifikan bagi nilai-nilai dimensi yang
diperolehi bergantung kepada penganalisis atau arbitrary (Ding 2001). Ini adalah
kerana tidak terdapat kriteria yang objektif untuk menentukan sejauh mana nilai
skala dimensi yang diperolehi boleh ditetapkan sebagai bermakna (salient). Teknik
analisis data MDS telah dijalankan dengan menggunakan program SPSS di bawah
kategori peniskalaan (scaling). Penganalisis perlu menetapkan bilangan dimensi
untuk menjalankan teknik penganalisaan ini. Hair et al. (1995) mencadangkan agar
jumlah dimensi yang ditetapkan tidak melebihi tiga. Bilangan dimensi yang
ditetapkan untuk analisis data kajian ini ialah sebanyak dua sahaja kerana pengkaji
berharap untuk mendapatkan hanya dua jenis prototaip pelajar dari kalangan
kumpulan PCA Ding (2001) juga telah menetapkan dua dimensi bagi mencari dua
jenis prototaip individu dalam kecenderungan kerjaya.
DAPATAN KAJIAN
Matlamat ujian CAS ialah untuk memberi maklumat tentang ciri-ciri kognitif
pelajar. Jadual 2 menunjukkan min skala PASS untuk pemprosesan kognitif
Perancangan, Serentak, Berturutan dan Perhatian, bagi pelajar-pelajar PCA. Min
skala PASS paling tinggi di kalangan pelajar PCA ialah dalam skala Serentak
(109.0) diikuti oleh skala Perancangan (107.9), Berturutan (103.5), dan skala
Perhatian (100.9). Julat skor pelajar-pelajar PCA dalam pemprosesan kognitif skala
Perhatian ialah diantara 84 129. Namun nilai min skala Perhatian pelajarpelajar
tersebut adalah rendah (100.9) jika dibandingkan dengan nilai min skala Perhatian
(111) bagi pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat (gifted) dalam kajian Naglieri dan
Das (1997). Nilai min skala Serentak (109.0) paling tinggi berbanding nilai min
untuk skala yang lain. Nilai sisihan piawai untuk semua skor ialah kurang daripada
15, ia itu nilai sisihan piawai yang biasa ditetapkan untuk ukuran yang mempunyai
skor min 100. Ini menunjukkan pengukuran

JADUAL 2. Data deskriptif skala PASS pelajar PCA

Skala PASS SkorMinimum SkorMaksimum Nilai Min Sisihan Piawai


Perhatian 84 129 100.9 11.9Perancangan 94 125 107.9 9.1Serentak 96 131 109.0
10.6Berturutan 84 123 103.5 11.8Skala Penuh 85 128 106.8 10.8
PASS (Planning, Attention, Simultaneous, Successive) PCA
Pintar Cerdas Akademik
skor skala PASS yang

telah dilakukan untuk kajian ini mempunyai tahap kejituan


(precision) yang baik. Pengukuran yang jitu mempunyai sisihan piawai yang kecil.
Hasil analisis MDS ke atas skala PASS memberikan nilai dua dimensi untuk
pelajar PCA. Nilai dimensi yang diperolehi dipaparkan dalam Jadual 3. Analisis ini
juga menghasilkan dan dua jenis prototaip pelajar PCA berdasarkan skala
pemprosesan kognitif. Corak-corak tersebut digambarkan pada Rajah 2. Dua jenis
prototaip pelajar PCA diwakili oleh garis prototaip 1 untuk prototaip jenis pertama,
dan garis prototaip 2 untuk prototaip jenis kedua.
JADUAL 3. Nilai dimensi pemprosesan kognitif untuk pelajar PCA

Pemerosesan Kognitif
Perhatian AttentionPerancangan
PlanningSerentak Simultaneous
Berturutan Successive Skala
Penuh Full Scale

Nilai Dimensi 1

Nilai Dimensi 2

1.69 .33 1.561.28 .18

.28 1.20 .53


1.67 .03

Perhatian Perancangan Serentak Berturutan Skala Penuh

RAJAH 2. Dua jenis prototaip pelajar PCA berdasarkan pemprosesan kognitif

Dua jenis prototaip pelajar PCA telah dikenalpasti. Ini berikutan bilangan
dimensi yang telah ditetapkan semasa melakukan analisis peniskalaan multi
dimensi ialah dua. Jenis-jenis prototaip tersebut memberikan maklumat tentang
bagaimana pelajar-pelajar PCA berbeza antara satu sama lain dalam pemprosesan
kognitif berdasarkan skala PASS.

PERBINCANGAN

Piirto (1999) mencadangkan ukuran kognitif yang minimum diperlukan untuk


seseorang itu berjaya mengembangkan potensi pintar cerdasnya dalam sesuatu
bidang. Skor min Skala Penuh pelajar PCA ialah 106.8. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan nilai ini sebagai ukuran kognitif minimum tersebut. Ukuran ini
berada pada aras sederhana menurut kategori deskriptif dalam kajian Das dan
Naglieri (1998). Kajian ini mendapati skor min Skala Serentak pelajar PCA
merupakan nilai min yang tertinggi (109.0) berbanding skor min empat jenis
pemerosesan kognitif lain (Perancangan, Perhatian, Berturutan, dan Serentak).
Skala Serentak ialah integrasi aspek-aspek berikut; pemerosesan kognitif,
keupayaan, gaya, dan strategi dalam menyelesaikan masalah (Das & Naglieri
1998). Ini memberikan gambaran bahawa di kalangan pelajar PCA aspek-aspek
tersebut merupakan proses kognitif yang paling ketara menonjol berbanding
proses-proses yang lain dalam skala PASS.
Rajah 2 (Dua Jenis prototaip Pemprosesan Kognitif Pelajar PCA) menunjukkan
pelajar-pelajar PCA yang mendapat skor skala Perhatian yang tinggi turut mendapat
skor skala Berturutan yang tinggi. Namun bagi kumpulan ini, skor skala
Perancangan dan Serentak mereka adalah rendah. Ini menunjukkan walaupun
terdapat pelajar-pelajar PCA yang kurang pencapaian dalam skala Serentak (yang
boleh dikaitkan dengan keupayaan pelajar) dan dalam skala Perancangan, namun
fenomena ini diimbangi oleh pencapaian mereka yang tinggi dalam proses kognitif
Perhatian dan Berturutan.
Perancangan mengukur kecekapan seseorang membina strategi, melaksanakan
rancangan, mengawal diri, memantau, dan menilai tindakannya. Serentak pula
mengukur keupayaan seseorang mengaitkan suatu bahagian yang dilihat dengan
keseluruhan gambarnya yang penuh. Ia juga mengukur keupayaan seseorang untuk
memahami hubungan antara perkataan-perkataan yang dibaca, dan memahami
hubungan antara apa yang dipertuturkan dengan sesuatu konsep. Serentak juga
mengukur keupayaan seseorang untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan
maklumat spatial (dalam ruangan). Sehubungan itu skala Perhatian mengukur
konsentrasi yang terarah, penumpuan pada perkara-perkara utama dan yang
penting secara terperinci, kemampuan untuk menjauhkan diri dari gangguan,

perhatian yang selektif, serta penumpuan dan usaha yang dapat bertahan
melampaui batas masa. Skala Berturutan pula mengukur keupayaan untuk
menggabungkan bunyi-bunyi yang terpisah dalam satu siri secara berturutan,
keupayaan untuk memahami perkataan yang disusun secara bermakna, dan
keupayaan untuk bertutur secara tersusun.
Jenis pemprosesan kognitif yang kedua yang terdapat di kalangan pelajar PCA
memaparkan skor skala Perancangan dan skala Serentak yang tinggi, namun skor
skala Perhatian dan Berturutan mereka adalah rendah. Rumusannya terdapat dua
jenis pelajar PCA. Pelajar yang memang baik dalam Serentak yang dikaitkan
dengan keupayaan menaakul pelajar. Mereka juga bijak dalam membina strategi
yang dipamerkan dalam ukuran proses kognitif Perancangan. Namun kumpulan
pelajar PCA yang kurang dalam keupayaan membuat penakulan akan menggunakan
pemprosesan kognitif Perhatian dan Serentak. Pemprosesan kognitif Perhatian dan
Serentak telah diasah dan digunakan dengan baik sehingga membolehkan mereka
berjaya menjadi pintar cerdas akademik pada tahap umur 15 tahun pada peringkat
peperiksaan PMR.
KESIMPULAN
Kementerian Pendidikan memainkan peranan awal dan utama dalam memastikan
agar sumber tenaga manusia yang ada di Malaysia dibangunkan seoptimum
mungkin. Sekolah merupakan institusi pertama yang memberi perhatian terhadap
potensi intelek kanak-kanak. Pendidikan di sekolah sewajarnya tidak terlalu
mementingkan sukatan pelajaran yang hendak diajar, sehingga kepentingan serta
keperluan unik pelajar terabai (Siva Subramaniam 2003). Justeru usaha harus
dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam membangunkan sumber
tenaga manusia. Antara usaha tersebut ialah untuk mengenalpasti pelajar pintar
cerdas dan memberikan pendidikan yang menepati keperluan pembelajaran
mereka. Profil pelajar pintar cerdas akademik yang dihasilkan dari kajian ini boleh
dijadikan sandaran untuk mengenalpasti pelajarpelajar dalam kategori tersebut.
Dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh Persatuan Kebangsaan untuk Kanakkanak Pintar Cerdas Malaysia (National Association for Gifted Children, Malaysia
NAGCM) dan Persatuan Mensa Malaysia dalam usaha mereka untuk mengenal
pasti dan seterusnya memberi sokongan serta pembelaan kepada pelajar-pelajar
pintar cerdas di negara ini. Hanya apabila pelajar-pelajar ini telah dikenalpasti
mereka boleh diberi bantuan dari suatu sistem sokongan yang terancang. Ibu bapa
para pelajar terbabit juga perlu disedarkan tentang potensi anak-anak mereka dan
keperluan unik anakanak tersebut. Bukan sahaja pelajar pintar cerdas memerlukan
sokongan, bahkan ibu dan bapa mereka juga memerlukan sokongan dalam
mendidik dan membimbing pelajar-pelajar tersebut. Mendidik anak-anak yang
pintar cerdas adalah satu tanggung jawab yang mencabar. Kadang kala keperluan
emosi dan keperluan pembelajaran mereka tidak difahami oleh ibu bapa. Justeru,
para ibu bapa perlu kerap berbincang, bertukar-tukar pandangan antara satu sama
lain, dan merujuk kepada ahli dalam bidang pintar cerdas untuk mendapatkan
pandangan. Semua ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan agar

sumber tenaga manusia di Malaysia dapat dibangunkan seoptimum mungkin demi


untuk kesejahteraan hidup semua.
Ford (2000) menyatakan bahawa setiap individu wajar diberi cabaran yang
sesuai agar mampu mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Justeru,
semua yang terlibat dalam pendidikan pelajar bertanggung jawab untuk berusaha
dengan bijak dan berkesan agar setiap pelajar mencapai ke tahap potensi mereka
yang sebenar. Selain cabaran, para pelajar perlu diberi bimbingan serta dorongan
(nurturance) yang sesuai dengan ciri unik mereka agar mereka berjaya menjadi
pintar cerdas (talented) dalam bidang-bidang yang mereka berbakat didalamnya.
Para guru boleh berusaha meningkatkan pemprosesan kognitif Perhatian dan
Berturutan di kalangan para pelajar. Ini kerana bagi pelajar-pelajar yang kurang
dalam pemprosesan kognitif Serentak yang juga merupakan ukuran keupayaan
pelajar (Naglieri & Das 1997), kekuatan mereka boleh diimbangi dengan
pemprosesan kognitif Perhatian, dan Berturutan. Proses Perhatian boleh
dipertingkatkan dengan menggalakkan pelajar mengawal tingkah laku diri sendiri
secara lisan (Kirby & Williams 1991). Kirby dan William (1991) juga
menyarankan agar pelajar diajar bertutur pada diri sendiri untuk mengawal diri dan
memberi perhatian pada pembelajaran. Menurut mereka lagi kaedah tersebut
diperhatikan telah dapat meningkatkan proses Perhatian pelajar dan juga prestasi
pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari. Proses Berturutan boleh
dipertingkatkan dengan latihan-latihan untuk menguruskan idea-idea dan konsep
secara berturutan dalam pengajaran. Contohnya guru boleh memberikan rencana
untuk dibaca dan pelajar diminta menyusun cerita yang terdapat di dalam rencana
tersebut secara berturutan. Latihan seumpama ini memberi peluang kepada pelajar
untuk menguruskan idea secara berturutan.
Selain itu, guru juga boleh mengadaptasi perancangan pengajaran mereka
berdasarkan kaedah yang dikenali sebagai Pengajaran Berasaskan Pemprosesan
Kognitif (Process Based Instruction-PBI) yang telah diperkenalkan oleh Ashman
dan Conway (1993). Tujuan utama PBI ialah agar para pelajar boleh berfikir secara
berdikari dan boleh membuat keputusan sendiri. Process Based Instruction ( PBI)
membantu guru dengan menyediakan strategi dan kaedah penyelesaian masalah
dalam pengajaran. Kaedah PBI banyak memberi penekanan untuk
mempertingkatkan proses Perancangan pelajar melalui proses pengajaran dan
pembelajaran (P & P). Das et al. (1998) turut melaporkan kajian Ashman pada
tahun 1978 yang mendapati pelajar-pelajar pintar cerdas memperolehi ukuran
Perancangan yang lebih baik berbanding pelajar-pelajar yang sederhana. PBI boleh
juga diubahsuai agar proses-proses kognitif yang lain seperti proses Perhatian dan
proses Berturutan dapat diasah selain daripada proses Perancangan yang menjadi
tumpuan utama kaedah pengajaran PBI. Secara amnya untuk meningkatkan
pemprosesan kognitif, khususnya proses Perancangan di kalangan para pelajar,
guru dicadang memberikan prob-prob yang sesuai untuk menggalakkan pemikiran
reflektif dan penilaian kendiri di kalangan pelajar. Guru sebaiknya tidak bertindak
sebagai penunjuk cara tetapi sebaliknya bertindak sebagai pemudah cara dalam
aktiviti P & P. Pelajar digalakkan untuk menerangkan secara lisan idea atau kaedah
bagaimana sesuatu masalah itu telah diselesaikan.
Terdapat pelbagai jenis kurikulum pendidikan yang dibina khusus untuk
membantu perkembangan kognitif pelajar (Piirto 1999). Antaranya ialah Projek

Zero, Kurikulum untuk Menghasilkan Pelajar Berwawasan (Curriculum as a


Means of Producing Insight), Model Komponen Sternberg, Model SOI Meeker, dan
Model Pelajar Berotonomi. Antara yang paling popular dan telah diadaptasi oleh
banyak sekolah di Amerika Syarikat ialah Projek Zero. Projek Zero telah diasaskan
oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Harvard, menekankan proses pengajaran
untuk difahami. Suasana pengajaran dijuruskan agar pelajar boleh mengaitkan
secara semula jadi (intuitive) maklumat yang telah ada pada mereka dengan
maklumat yang disampaikan semasa pengajaran. Kaedah ini hampir menyerupai
kaedah pengajaran konstruktivis (Piirto 1999). Kaedah ini merangkumi empat
tahap perkembangan kefahaman pelajar; (1) mencari jawapan atau idea-idea yang
intuitif berkaitan dengan perjalanan dunia ini; (2) berfikir mengikut disiplin
tertentu; (3) mengabungjalinkan pelbagai pemikiran atau pelbagai disiplin ilmu;
dan (4) penghasilan ilmu peribadi.
Pelaksanaan program seumpama ini memerlukan guru-guru yang mempunyai
ilmu, kesedaran serta kemahiran yang sesuai. Justeru program-program Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dikelolakan sama ada di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan. Umpamanya, LDP boleh diintegrasikan didalam
program perkembangan staff pada peringkat sekolah. Program-program tersebut
meliputi penyampaian maklumat untuk menimbulkan kesedaran tentang
kepelbagaian pelajar dalam pelbagai aspek, khususnya dalam aspek-aspek yang
telah dikenalpasti melalui kajian ini. Selain itu LDP juga perlu memuatkan latihanlatihan kemahiran kepada guru-guru untuk menangani kepelbagaian pelajar
dengan sebaik mungkin. Langkah-langkah pendekatan yang dicadangkan tersebut
adalah sebahagian daripada usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan agar
semua pelajar berjaya mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Selain itu
kajian seumpama ini boleh dilakukan bagi mendapatkan prototaip pemprosesan
kognitif pelajar-pelajar khas dalam kategori lain, seperti pelajar-pelajar khas dalam
kategori bermasalah pembelajaran dan dalam kategori pemulihan. Maklumat yang
diperolehi boleh membantu para guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam usaha untuk menyesuaikan intervensi dalam P&P dengan
keperluan unik para pelajar.
RUJUKAN

Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti kanak
kanak Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc. Sci Hum 2(1): 63-68. Ashman, A. F. &
Conway, R. N.1993. Using cognitive methods in the classroom. London:
Routledge. Bee, H. 1997. The developing Child. New York: Longman. Chan, D. W.
2000. Identifying Gifted and Talented Students in Hong Kong. Roeper
Review 22(2): 88. Dass, J. P., Naglieri, J. A., & Kirby, J. R. 1998. Assessment of
cognitive processess: The
PASS theory of intelligence. Boston: Allyn & Bacon.
Ding, C. S. 2001. Profile Analysis: Multidimensional Approach. Practical Assessment,
Research & Evaluation 7(16). ISSN 1531-7714.
Ford, R. 2000. All children are not gifted!(Brief Article). Gifted Child Today 23(4):5.
Gallagher, J. J. & Gallagher, S. A. 1994. Teaching the gifted child. 4th. Ed. Boston: Allyn
and Bacon.
George, D. 1992. The challenge of the able child. London: David Fulton.

Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L. & Black, W. C. 1995. Multivariate data analysis
with readings. Ed. ke-4. New Jersey. Prentice Hall.
Kirby, J. R, & William N. H. 1991. Learning problems: A cognitive approach. Toronto:
Kagan and Woo.
Kotarsky, D., & Mason, E. 1998. A review of the Cognitive Assessment System. Insight 4-5.
Kyle, R. V. 1998. Children and their development. New Jersey: Prentice Hall.
Lovecky. D. 1994. Exceptionally Gifted Children: Different Minds. Roeper Review 17(2):
116-120.
Mills, C. J. 1993. Personality, learning style ang cognitive style profiles of mathematically
talented students. European Journal for High Ability 4: 70-85.
Moon, S. M., Dillon, D. R., & Sprenkle, D. H. 1991. On balance and synergy: Family
therapy and qualitative research revisited. Journal of Marital & Family Therapy
17(2):173-178.
Naglieri, J. A. 1999. Essentials of CAS Assessment. John Wiley & Sons: New York.
Naglieri, J. A.& Das, J. P. 1997. Cognitive assessment system: Interpretive handbook.
Illinois: Riverside Publishing.
Neuman, W. L. 2000. Social research methods: Qualitative and quantitative approach. Ed.
ke 4. Boston: Allyn and Bacon.
Nunally, J. C.1978. Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill Book Company.
Niehart, M., Reis, S. M., Robinson, N. M. & Moon, S. M. 2002. The social and emotional
development of gifted children: What do we know? Washington D. C: National
Association for Gifted Children.
Piirto, J. 1999. Talented children and adults; their development and education. Ed. ke
2. Ohio: Merrill Prentice Hall.
Renzulli, J. S., Reid B. & Gubbins, E.J. 2000. Setting an agenda: Research priorities for the
gifted and talented through the year 2000. NRCGT (National Research Center on the
Gifted and Talented) monograph. Storrs, CT: University of Connecticut.
Renzulli, J. S. 2002. A practical system for identifying gifted and talented students. Dlm.
Renzulli, J. S., Smith, L. H., White, A. I., Callahan, C. M., Hartman, R. K.,& Westberg,
K. L.(pnyt.), Scales for rating the behavioral characteristics of superior students:
Revised edition. Technical and Administration Manual, hlm. 46-54. Mansfield Center:
Creative Learning Press.
Robinson, N. M. 2002. Assessing and advocating for gifted students; Perspectives for
school and clinical psychologists. The National Research Center on the Gifted and
Talented newsletter 12-15.
Shabazz, H. 2000. Higher education and African American at-Risk students: The effect of a
sponsorship program on African American middle school at-risk students who are
academically talented. Tesis Ph.D. University of Louisville, Kentucky.
Siva Subramaniam a/l Nagaratnam. 2003. Education for all: Is commitment enough? Kertas
kerja An International Conference on Reaching and Nurturing Children with High
Potential (ChiP) in Malaysia. HELP Institut Kuala Lumpur. 16-17 Ogos.
Trochim, W. M. K. 1999. Research methods knowledge base. Ed. ke-2. (atas talian) URL:
http://trochim.human.cornell.edu/kb/qualmeth.htm (18 November 2000).
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul
Ehsan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai