Anda di halaman 1dari 19

SJKTSM

Buku Rujukan Kata Kerja Dan Contoh Ayat

Bahasa Melayu T6

DISEDIAKAN OLEH:
K.SHANMUGAM (GB)
K.YASOTHA (GURU ICT)

1 ) menuntun basikal

2) menatang dulang

3) mengandar bakul

4) mendukung anak

5) mengangkat kotak

6) menggalas beg sekolah

1.

Raju menuntun basikalnya kerana rantai basikalnya terputus dalalm perjalanan.

2.

Seorang pelayan menatang dulang berisi makanan sambil menuju ke meja pelanggan.

3.

Seorang petani mengandar dua buah bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar.

4.

Puan Tan mendukung anaknya yang sedang menangis supaya dapat menenangkannya.

5.

Encik Ramli membawa sebuah peti yang berisi barang-barang miliknya sambil berbual-bual
dengan rakannya.

6.

Seorang murid menggalas beg sekolahnya sambil mengayuh basikal menuju ke sekolah.

7) memikul guni

8) mengepit fail

9) menjunjung bakul
menjinjing beg plastik

10) mengusung pesakit

11) memimpin anak

12) menyandang beg

7.

Seorang pemuda memikul dua buah guni berisi beras sambil menuju ke rumahnya.

8.

Seorang guru mengepit sekeping fail serta menjinjing beg tangannya sambil menuju ke
bilik guru.

9.

Puan Salina menjunjung sebuah bakul sarat dengan sayur serta menjinjing dua buah beg
plastik berisi barang-barang dapur.

10. Dua orang kakitangan hospital mengusung seorang pasakit untuk dibawa masuk ke dalam
ambulans.
11.

Puan Salmah memimpin tangan anaknya yang masih kecil sewaktu melintas jalan raya
dengan penuh berhati-hati.

12. Ravi menyandang sebuah beg serta menggalas sebuntil kain sambil meredah banjir menuju
ke tempat yang lebih selamat.
2

13) memandu kereta

14) menunggang basikal

15) mendayung sampan

16) membonceng motosikal

17) menaiki kereta api

18) menggonggong tulang

13. Encik Ravi bersama ahli keluarga memandu kereta pulang ke rumahnya selepas puas
berkelah di air terjun.
14. Ali dan kawan-kawannya menunggang basikal dengan berhati-berhati menuju ke rumah
masing-masing selepas sekolah tamat.
15. Raju mendayung sampan di sebuah sungai manakala kawannya menunjukkan arah yang
hendak ditujui.
16. Ramu membonceng motosikal ayahnya dengan mengalas raket badminton untuk menyertai
pertandingan badminton yang akan diadakan di sekolahnya.
17. Puan Ros dan anaknya bersiap sedia menaiki kereta api yang baru sahaja tiba di stesen
kereta api.
18. Seekor anjing menggonggong seketul tulang yang dijumpai di tepi jalan sambil berlari
menuju ke rumah tuannya.

19) mengelek segulung tikar

20)Mengukus

21)merebus

22) membakar

23) Menggoreng

24) Membakar

19.

Seorang pemuda mengelek segulung tikar serta menjunjung sebuntil kain sambil meredah
air bah menuju ke tempat yang lebih tinggi.

20. Seorang wanita sibuk mengukus putu mayam untuk dijual di pasar malam.

21.

Encik Ali dengan anak buahnya merebus beberapa ikat ketupat sebagai persediaan
menyambut Hari Raya Puasa nanti.

22. Pak Ali sedang membakar lemang untuk dijadikan hidangan khas pada Hari Raya Puasa kelak.

23. Puan Aminah menggoreng sayur di dapur untuk dihidangkan kepada ahli keluarganya sebagai
makan malam.
24. Seorang tukang masak mengeluarkan kek yang masih panas dari ketuhar dengan
berhati-berhati.
4

25) mencelur

26) menjerang

27) menyalai

28) memanggang

29) menanak

30) mereneh

25. Puan Siti mencelur beberapa ikat kangkung ke dalam air panas untuk menyediakan hidangan
khas.
26. Seorang wanita sedang menjerang air untuk memasak kopi sebagai minuman utama pada
waktu petang.
27. Beberapa ekor ikan sedang disalai di atas para-para oleh Enck Ali sebagai hidangan makan
malam.
28. Seekor ikan yang besar dipangggang di atas api yang sederhana.

29. Puan Siti menanak nasi menggunakan periuk elektrik di bilik dapur rumahnya dengan
berhati-hati.
30. Sup tulang hendaklah direneh untuk beberapa jam supaya rasanya lebih enak untuk
diminum.
5

31) terjelepok

32) tersembam

33) tersungkur

34) petik

35) kait

36) cop

31. Seorang tua terjelepok ketika berjalan di atas lantai yang licin namun tidak mengalami
apa-apa kecederaan.
32. Seorang kanak-kanak hampir tersembam sewaktu melalui kawasan air bertakung.
33. Seorang pemuda tersungkur ke dalam sungai kerana tersepak seketul batu besar ketika
hendak menangkap ikan.
34. Pak Ahmad sedang memetik beberapa biji rambutan yang telah masak dari pokok rambutan
di halaman rumahnya.
35. Pak Cik Ahmad mengait beberapa biji mangga yang telah masak menggunakan sebatang
galah yang panjang manakala cucunya berada di sisinya.
36. Pak Mat bekerja keras mengecop tandan kelapa sawit di kebunnya menggunakan sebatang
galah yang terpasang sebilah pisau khas.

37) sabit

38) kail

39) paut

40) kukur

41) ambil

42) cedok

37. Dua orang pesawah menyabit padi di bendang.

38. Encik Roslan mengail ikan bersama dua orang anaknya.

39. Rajan berpaut pada akar pokok semasa menyelamatkan kawannya dari lemas.

40. Kakak mengukur kelapa menggunakan alat kukur untuk membuat kuih kuaci.

41. Vijay membantu ibunya mengambilkan kain jemuran dari ampaian.

42. Encik Maniam menyedok gulai ikan di restoran sambil menatang sepinggan nasi.

43) kaut

44) tarik

45) pungut

46) mengapak

47) menyabit

48) mencantas

43. Jentera kaut digunakan untuk menimbus tayar tayar yang terpakai.

44. Dua orang nelayan menarik jala bersama sama dari kapal itu.

45. Seekor anjing liar memungut sisa makanan dari tong sampah yang dipenuhi dengan sampah
sarap itu.
46. Kumaran mengapak pokok kelapa dengan kapak untuk memudahkan memanjatnya.

47. Pekebun sedang menyabit rumput rumput yang sudah tumbuh tinggi dengan sabit.

48. Encik Bala mencantas pokok pokok yang sudah tumbuh tinggi di halaman rumahnya supaya
menjadi cantik.

49) menggergaji

50) mengerat

51) mengupas

52) membelah

53) memotong

54) memotong

49. Seorang tukang kayu sedang menggergaji sebatang papan yang panjang.

50. Ibu mengerat ubi kentang menggunakan pisau yang tajam.

51.

Opah sedang mengupas ubi kentang dengan pisau di dapur.

52. Puan Anita membelah sebiji buah tembikai untuk dihidangkan semasa makan malam.

53. Pakcik Ramli memotong rebung yang tumbuh di belakang rumahnya.

54. Encik Tan memotong daging dengan pisau pemotong daging yang tajam.

55) meraut

56) membelah

57) memesin

58) menenun

59) menjahit

60) menganyam

55. Encik Muthu meraut sebatang buluh untuk dijadikan batang satey.

56. Ayah Susmitha membelah sebatang buluh menggunakan parang yang tajam.

57. Seorang pemuda memesin rumput yang tumbuh di sekeliling rumahnya.

58. Puan Rosmah menenun kain songket menggunakan alat menenun.

59. Nenek sedang menjahit baju yang ditempah oleh Rita.

60. Puan Halimah menganyam tikar dengan daun mengkuang.

10

61) mengait

64) menggulung tikar

62) menyulam

63) menganyam

65) menguli tepung

66) menggobek sirih

61. Puan Hasmah mengait alas meja menggunakan jarum dan benang sambil duduk di atas sofa.

62. Puan Aimi mengulam gambar bunga pada sapu tangan anak perempuannya.

63. Encik Lim menganyam bakul dan raga untuk menambah pendapatan keluargannya.

64. Encik Ahmad menggulang tikar selepas semua barangnya habis dijual.

65. Puan teoh sedang menguling tepung di dapur untuk membuat kuih sakoi.

66. Nenek menggobek sirih sambil duduk bersila di anjang rumah.

11

67) menggesek biola

68) mengelecek bola

69) menggubah bunga

70) merenjis air mawar

71) menjirus air mawar

72) membela diri

67. Ramli menggesek biola dengan merujuk nota muzik itu.

68. Ravin mengelecek bola dari pasukan lawannya dengan lincah sekali.

69. Pada masa lapang, Kumaresh suka menggubah bunga untuk dijadikan hiasan rumah.

70. Makcik Tipah merenjis air mawar semasa upacara bersanding anak buahnya.

71. Pak Leman menjirus air mawar di atas kubur isterinya yang telah meninggal dunia bulan lalu.

72. Seorang perompak membela diri bahawa dia tidak bersalah semasa perbicaraan di
mahkamah.

12

73) menebar jala

74) meniti jambatan gantung

75) menampan bola

76) mengisar lada

77) mengacau gulai

78) menjulang piala

73. Suren menebar serawan jala di kolam untuk menangkap ikan.

74. Pengembara itu meniti jambatan gantung sambil menghayati keindahan alam semulajadi.

75. Pasukan sepak takraw Malaysia berjaya menampan bola yang dibalas daripada pasukan
lawan.
76. Kakak menolong ibu untuk mengisar lada menggunakan mesin pengisar.

77. Pak Mat dan akanknya mengacau gulai ayam untuk dihidangkan di jamuan perkhawinan.

78. Mukesh berjaya menjulang piala dengan mendapat tempat pertama dalam acara larian 100
meter.

13

79) menelaah pelajaran

80) membalut hadiah

81) meraung-raung

82) berucap

83) berbahas

84) berlakon

79. Kavin menelaah pelajaran dengan bersungguh sungguh untuk mencapai keputusan yang
cemerlang.
80. Rani membalut hadiah hari lahir abangnya dengan kertas pembalut yang cantik.

81. Seorang budak lelaki yang kehilangan ibu bapoanya sedang meraung raung.

82. Guru Besar berucap pada Hari Sambutan Hari Guru di atas pentas.

83. Rina dan pasukan perbahasannya berbahas dengan penuh yakin dengan idea idea yang
bernas.
84. Murid - mujrid SJK(T) Simpang Morib mendapat peluang untuk berlakon dalam
Pertandingan Drama antara Sekolah Sekolah Negeri Selangor.

14

85) berkelah

86) berkhemah

87) berlumba

88) hinggap

89) mengeram

90) mengesot

85. Pada hujung minggu yang lalu, keluarga Anita telah berkelah di tepi pantai Morib.

86. Pasukan Pengakap Sekolah SJK ( T ) Simpang Morib berkhemah di atas bukit Jugra.

87. Murid murid lelaki sedang berlumba lari di Stadium Jugra.

88. Seekor burung terkukur sedang hinggap di atas dahan pokok.

89. Seekor ayam betina sedang mengeram telur telurnya di dalam reban.

90. Seekor siput babi mengesot di atas busut dengan perlahan.

15

91) kemarau

94) terperosok

92) tengkujuh

95) tergelincir

93) bah

96) tergeluncur

91. Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tumbuh tumbuhan dan haiwan mati di
kawasan pedalaman itu.
92. Musim tengkujuh telah menyebabkan kampung itu dilanda banjir.

93. Hujan yang berpanjangan selama seminggu telah memyebabkan bah di negeri Kelantan.

94. Sebuah kereta pacuan empat roda telah terperosok di dalam anak sungai.

95. Seorang murid lelaki terpijak kulit pisang lalu tergelincir.

96. Sebuah bas telah tergeluncur dari jalan raya menyebabkan kesesatan lalu lintas.

16

97) terduduk

98) tercekik

99) terjatuh

100) tercemar

101) terlentang

102) terdedah

97.

Makcik Rosmah terduduk di tepi jalan kerana kaki kanannya tercedera.

98.

Vinesh minum air dengan segera apabila dia tercekik semasa makan ayam goreng.

99.

Steven terjatuh dari pokok apabila dia terpijak dahan yang reput.

100. Sungai di kampung itu tercemar kerana pembuangan sampah sarap oleh penduduk yang
tidak bertanggunjawab.
101. Adik Aiman yang baru berusia dua bulan sedang baring terlentang.

102. Makanan dan minuman di atas meja makan tidak selamat dimakan kerana telah terdedah
kepada lalat.

17

103) tersandung

104) tercegat

105) terkurung

106) terlucut

107) terpijak

108) terawang-awang

103. Deva tersandung pada batu lalu terjatuh di tepi sungai semasa dia pergi menangkap ikan.

104. Kabilan tercegat melihat alat muzik tradisional di Muzium Negara.

105. Seekor burung merbak terkurung di dalam sangkar burung.

106. Tulang yang digonggong oleh seekor anjing terlucut dari mulutnya lalu jatuh ke dalam
sungai.
107. Samuel terpijak tahi lembu di jalan raya semasa dia berjoging.

108. Angkasawan terawang rawng di udara semasa berada di atas bulan.

18

Anda mungkin juga menyukai