Anda di halaman 1dari 17

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

3
PEMBELAJARAN PERIBAHASA DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH
Arni Johan
Sekolah Rendah Bendemeer
arni_johan@moe.edu.sg
Abstrak
Kepentingan peribahasa yang tersemat nilai luhur di dalamnya perlu dipertahankan
dan dikuasai oleh para penutur jati. Perkara ini perlu dititikberatkan sejak di
peringkat sekolah rendah lagi agar pemulihan dan pemuliharaan bahasa itu dapat
dikecapi sebelum mereka dewasa. Pendekatan serta kaedah yang dipilih haruslah
mampu menyalurkan dan meningkatkan maklumat kepada para pelajar. Dalam
kajian ini, pengkaji telah menganalisis keberkesanan pembelajaran menggunakan
komik melalui perisian Bitstrips dan bertunjangkan Teori Konstruktivisme melalui
Model Pembelajaran Constructivist Learning Environment (CLE) sebagai instrumen
dalam meningkatkan pembelajaran dan penguasaan peribahasa. Kajian telah
dijalankan ke atas para pelajar Darjah 3 di Sekolah Rendah Temasek, Singapura.
Pengkaji

telah

melakarkan

kertas

ujian

untuk menganalisis

keberkesanan

pendekatan tersebut. Selain itu, pengkaji telah menjalankan soal selidik berstruktur
dan kaedah temu bual yang tidak berstruktur terhadap para pelajar serta para guru
yang terlibat untuk mendapatkan pengesahan sama ada instrumen kajian tersebut
dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari dan menguasai peribahasa.

Kata Kunci: Peribasa, Bitstrips, Konstruktivisme, CLE

62

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pengenalan
Pendekatan, strategi mahupun teknik yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bahasa Melayu merupakan satu faktor penting dalam menanam
keseronokan dan sifat ingin tahu para pelajar agar tercetusnya minat terhadap
subjek ini. Pembelajaran tentang aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan
sungguhpun komponen ini merupakan salah satu elemen yang penting dalam
menguasai kemahiran berbahasa. Para guru perlu mengambil sikap proaktif dan
kreatif dalam menjana suatu iklim pembelajaran yang bersifat inkuiri. Dalam kajian
ini, pengkaji akan menganalisis tahap penguasaan peribahasa pelajar melalui
penggunaan perisian komik Bitstrips dan Model Pembelajaran Constructivist
Learning Environment (CLE). Pengkaji mendapati pelajar Singapura khususnya di
tahap

sekolah

peribahasa

dan

rendah
sering

sering

berhadapan

beranggapan

dengan

aspek

kesukaran

pembelajaran

mempelajari

peribahasa

itu

membosankan. Maka tidak hairanlah pelajar yang kurang berminat dalam


pengajaran peribahasa akan mengalami kesukaran menangani topik tersebut lantas
memberikan output iaitu pemarkahan yang rendah atau lemah dalam penulisan
sintaksis dan ujian sumatif yang diduduki oleh pelajar.
Masalah ini wujud kerana para pelajar tidak dapat memahami makna tersirat
yang terkandung dalam peribahasa tersebut. Pelajar hanya membaca peribahasa
serta makna peribahasa yang terkandung di dalamnya tanpa memahami
sepenuhnya maksud yang ingin disampaikan. Menurut Bewley (1987) membaca
tanpa disertai minat yang mendalam boleh mengakibatkan kesukaran dalam
menelaah maksud teks secara komprehensif.
Pembelajaran

melibatkan

pembentukan

ilmu

pengetahuan

melalui

pengalaman dengan dunia luar dan interaksi sosial pelajar. Kesan daripada itu akan
menjana hubungan yang aktif antara pengetahuan sedia ada pelajar dengan
pengalaman baharu untuk membentuk idea atau hipotesis mereka. Justeru pengkaji
akan memaparkan respon para subjek kajian dengan bertunjangkan Teori
Konstruktivisme melalui Model Constructivist Learning Environment (CLE) yang
dibina oleh Jonassen (1999) untuk menyelidik tahap keberkesanan kajian ini.

63

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Pengkaji akan mengabungkan kedua-dua elemen ini agar dapat membentuk


suatu

corak

pembelajaran

yang

interaktif,

kreatif

serta

berkesan

dalam

menyampaikan maklumat pelajaran yang ingin didedahkan kepada pelajar. Seperti


yang pernah dinyatakan oleh Shahabuddin Hashim (2004) maklumat yang
disampaikan kepada pelajar perlu mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman yang
membolehkan pelajar mengaitkan maklumat baharu dengan pembelajaran yang
telah dilalui terlebih dahulu. Dengan cara tersebut pelajar lebih mudah membuat
perkaitan. Natijahnya, pembelajaran mereka akan menjadi lebih bermakna.
Pernyataan Masalah
Para pelajar tidak dapat memahami peribahasa dengan baik kerana bagi pelajar
peribahasa mengandungi makna abstrak yang sukar untuk digarap. Seringkali cara
penyeselaian masalah yang mudah bagi pelajar untuk menguasai makna peribahasa
hanya dengan menghafal semata-mata. Masalah ini ternyata tidak menyahut
cabaran Perdana Menteri Singapura Encik Lee Hsien Loong untuk melenyapkan
cara pendidikan lama iaitu kaedah rote-learning atau penghafalan.
Lazimnya pengajaran peribahasa yang dilakukan di sekolah adalah lebih
cenderung berpusatkan kepada guru, iaitu guru memberikan penjelasan tentang
maksud peribahasa yang hendak diajarkan dan pelajar hanya terlibat secara pasif
sebagai penerima maklumat. Hal ini sewajarnya dielakkan. Corak pengajaran
peribahasa dekad ini seharusnya diajarkan kepada pelajar untuk dinikmati dan
digunakan secara meluas dalam kehidupan harian mereka. Pengajaran peribahasa
bukan sahaja berguna untuk kemahiran bahasa tetapi mempertajam rasa bahasa.
Oleh yang demikian penggunaan komik dijadikan sebagai alat bantu belajar agar
pelajar lebih jelas memahami makna yang tersirat apabila ianya dipantulkan dalam
gambaran yang lebih jelas dan konkrit.
Tujuan Kajian
Kajian ini dilakukan dengan niat akan dapat membantu guru-guru Melayu merangka
dan merancang strategi pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang lebih
berkesan. Seperti yang ditekankan dalam visi Arif Budiman, komponen peribahasa
sewajarnya dipelajari, difahami dan dihayati supaya asas pertumbuhan serta daya
pemikiran generasi kini berteraskan budaya dan nilai masyarakat bangsanya sendiri.
64

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Tujuan kajian ingin melihat sejauh mana penggunaan komik serta Model
Pembelajaran CLE dapat membantu pelajar:
1. mengenal pasti dan membina bahan bantu mengajar sebagai instrumen
kajian;
2. mengenal pasti kelemahan pelajar dalam penguasaan makna peribahasa;
3. menganalisis keberkesanan pembelajaran peribahasa menggunakan komik
melalui perisian Bitstrips ; dan
4. menganalisis keberkesanan pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran
Model Constructivist Learning Environment (CLE) yang dibina oleh Jonassen
(1999).
Pada akhir kajian ini pengkaji telah menilai rekod pencapaian para subjek
kajian berdasarkan data yang diperoleh. Pengkaji telah mendapatkan markah
keseluruhan para pelajar iaitu ujian peribahasa yang telah dilaksanakan sebelum
dan sesudah pembelajaran menggunakan komik melalui perisian Bitstrips serta
pengaplikasian Model Pembelajaran CLE. Rekod pencapaian para pelajar yang
dijadikan sebagai data kajian ini dapat mengukur serta membuktikan sama ada
keberkesanan pembelajaran kedua-dua kaedah intervensi mampu mempengaruhi
peningkatan pencapaian murid serta penguasaan peribahasa dalam kalangan
pelajar.
Sehubungan itu pengkaji telah mengedarkan borang maklum balas kepada
para pelajar serta para guru yang terlibat untuk mendapatkan maklum balas tentang
keseluruhan sesi pengajaran yang telah dijalankan. Melalui sesi ini para pelajar dan
para guru dapat menilai kaedah mana yang lebih berjaya memenuhi aspek
pembelajaran peribahasa yang dapat meninggalkan kesan pembelajaran yang
mendalam terhadap diri mereka.
Kajian Lepas
Norizan Abdul Razak (1996) dalam kajiannya Pengajaran Bahasa Berbantukan
Komputer: Satu Model Pengajaran pula telah membangunkan sebuah perisian
kursus simpulan bahasa dengan menggunakan satu sistem pengaturcaraan dari
pakej perisian bahasa Choicemaster oleh Wida Software LTD. Hasil percubaan
perisian ini telah menunjukkan kesan yang positf dan memberangsangkan. Soal
selidik serta pemerhatian guru yang terlibat dalam kajian ini telah memberikan input
bahawa pelajar lebih bermotivasi mempelajari simpulan bahasa. Tindak balas yang

65

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

diperoleh ini mungkin disebabkan penyampaian pelajaran simpulan bahasa telah


dibentuk dengan menarik dan penyampaian pengajarannya pula adalah berbeza
daripada pengajaran kelas bahasa yang formal. Selain itu pelajar-pelajar juga
menyatakan keseronokan mengikuti pelajaran bahasa kerana tiada tekanan
daripada guru untuk menyiapkan latihan yang telah diberi. Perisian kursus yang
mesra pengguna ini juga membolehkan guru serta pelajar melakukan ulangkaji
sama ada dengan cara bersama atau kendiri.
Dalam kajian Ahmad Mahmood Musanif et al, (2010) dalam Pengetahuan
Makna Peribahasa dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah kajian tersebut telah
cuba mengenal pasti pengetahuan makna peribahasa dalam kalangan pelajar
sekolah menengah dan membincangkan tahap pengetahuan serta maknanya
mengikut jantina. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan
Teori Konstruktivisme. Hasil kajian didapati responden mempunyai pengetahuan
peribahasa yang berkisar di sekitar kehidupan mereka iaitu peribahasa yang selalu
diajarkan di sekolah dan peribahasa yang sering diungkapkan dalam kehidupan
seharian. Kajian ini turut memperlihatkan bahawa pelajar memahami dan menerima
peranan peribahasa Melayu sebagai wadah untuk menyampai pengajaran dan
menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Hal ini bertepatan dengan
penciptaan peribahasa yang memainkan peranan sebagai alat didaktik dalam
kalangan masyarakat Melayu dahulu dan sekarang. Selain itu, dapatan kajian ini
juga

menjelaskan

bahawa

faktor persekitaran

sosial,

pematangan melalui

pengalaman dan kognitif turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan


pengetahuan peribahasa dalam diri pelajar.
Leong Fern Nee (2012) dalam kajiannya Penggunaan Strip Komik Bagi
Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Topik Kitaran Air Tahun 5 bertujuan untuk
mengkaji penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran subjek Sains yang memfokuskan terhadap topik Kitaran Air Tahun 5.
Leong Fern Nee mendapati pencapaian murid dalam tajuk proses Kitaran Air
adalah kurang memuaskan dan pelajar tidak berminat terhadap tajuk Kitaran Air.
Antara punca penyebabnya ialah pelajar kurang memahami tentang konsep proses
kitaran air lantas mereka kurang berupaya untuk menjelaskan proses itu serta sukar
mengingati susunan peringkat proses yang ada. Hal demikian berlaku kerana pelajar
mendapati tajuk Kitaran Air merupakan tajuk yang abstrak dan sukar untuk
66

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

menghubungkaitkan prosesnya dengan kehidupan sebenar iaitu pembentukan awan


dan hujan yang berlaku dalam kitaran. Justeru kajiannya telah dilaksanakan sebagai
satu usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang timbul
iaitu dengan menggunakan wadah strip komik.
Kaedah Kajian
Bagi memperoleh data kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian
kepustakaan dan kajian lapangan. Selanjutnya pengkaji juga telah menggunakan
empat kaedah utama iaitu soal selidik yang berstruktur, temu bual yang tidak
berstruktur, ujian pra dan pasca serta pemerhatian. Sebelum soal selidik dijalankan,
pengkaji terlebih dahulu menemu bual subjek kajian untuk mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan pengetahuan peribahasa dan penggunaan peribahasa dalam
wacana penulisan mereka. Selepas itu pengkaji juga telah menjalankan ujian pra
dan pasca iaitu sebelum dan selepas sesi pengajaran dilaksanakan. Di samping itu,
pengkaji menjalankan pemerhatian terhadap subjek kajian semasa mereka
menjawab soal selidik. Data yang diperoleh melalui temu bual dan soal selidik
dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.
Subjek Kajian

Sekolah Rendah Temasek (SRT) mempunyai seramai 42 orang pelajar daripada


darjah 3 yang mempelajari dan mengambil bahasa Melayu. Namun demikian,
pengkaji hanya memilih 26 orang pelajar sebagai para subjek kajian ini. Daripada
jumlah tersebut pengkaji telah membahagikan subjek kajian kepada dua kumpulan.
6 subjek kajian mewakili kumpulan pertama telah dijadikan sebagai kumpulan untuk
tujuan kajian rintis. Kumpulan kedua pula yang terdiri daripada 20 subjek kajian telah
dikhaskan sebagai kumpulan untuk menjalani kajian tindakan. Subjek-subjek dalam
kajian ini juga merupakan pelajar yang mewakili darjah 3AB dan 3EFG.
Subjek kajian darjah 3AE dan 3EFG di SRT pada amnya telah digolongkan
mengikut tahap pembelajaran mereka. Penggolongan ini telah dilakukan setelah
dinilai keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 sewaktu subjek kajian berada di
darjah 2. Para subjek kajian telah digolongkan mengikut tahap-tahap tertentu iaitu
High Ability (HA), Middle Ability (MA) dan Low Ability (LA). Secara keseluruhannya
subjek kajian yang telah digolongkan dalam tahap HA mendapat peratusan markah
67

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

keseluruhan antara 75 hingga 100 markah untuk Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa
Melayu 2012. Para subjek kajian bagi tahap MA mendapat 65 hingga 74 markah
manakala para subjek kajian tahap LA mendapat 64 markah ke bawah bagi
Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu 2012.
Instrumen Kajian
Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan instrumen kajian yang telah
digunakan. Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah membina satu rancangan
pengajaran agar sesi pengajaran sepanjang empat sesi itu akan terpandu ke arah
objektif pengajaran. Alat bantu mengajar yang digunakan secara amnya ialah slaid
Powerpoint serta komik melalui perisian Bitstrip, kad emosi, lembaran kerja dan
Kertas Ujian Peribahasa untuk ujian pra dan pasca. Selain alat bantu mengajar
sebagai instrumen kajian, pengkaji juga telah menggunakan kaedah pemerhatian,
soal selidik dan temu bual.
a) Kaedah Pemerhatian
Sebelum sesi kajian dijalankan, pemerhatian awal telah dilakukan oleh pengkaji
terhadap persekitaran tempat kajian. Suasana di bilik darjah yang mana
pembelajaran bahasa Melayu akan dilangsungkan turut diberikan pemberatan oleh
pengkaji.
b) Kaedah Soal Selidik
Pengkaji telah menyiapkan dua set borang soal selidik untuk para subjek kajian.
Borang soal selidik pertama telah diberikan kepada subjek kajian pada peringkat
awal kajian ini untuk mendapatkan latar belakang serta tahap keupayaan mereka
menggunakan TMK. Manakala set kedua borang maklum balas telah diberikan
kepada para guru dan subjek kajian setelah menjalani sesi kajian untuk
mendapatkan pandangan mereka tentang pembelajaran peribahasa menggunakan
Bitstrips dan kaedah pembelajaran CLE.
c) Kaedah Temubual
Pengkaji turut menjalankan kaedah temubual ke atas 6 subjek kajian berserta 3 guru
iaitu antaranya 2 orang guru yang mengajar bahasa Melayu manakala seorang guru
merupakan guru yang mengajar bahasa Inggeris telah ditemualkan. Pengkaji telah
68

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

melibatkan seorang guru daripada Jabatan Bahasa Inggeris kerana guru tersebut
merupakan Ketua bagi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Guru
tersebut banyak melibatkan penggunaan TMK dalam pembelajarannya dan sering
meneroka kaedah baharu dalam pembelajaran yang berteraskan TMK. Temubual
yang telah dilakukan oleh pengkaji telah dilakukan secara tidak berstruktur.
Temubual ini diadakan untuk mendapatkan pandangan subjek kajian serta para guru
mengenai kaedah pembelajaran yang digunakan untuk pelajaran peribahasa. Selain
itu mereka juga diminta untuk memberikan pandangan tentang kemampuan dan
keberkesanan pembelajaran bercorak visual yang dapat digabungjalinkan dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran (P&P).
d) Model CLE dan Bitstrips
Pada sesi pengajaran pertama, subjek kajian telah diperkenalkan kepada 15 senarai
peribahasa yang menjadi bahan kajian. Pengkaji telah menggunakan kaedah
pengajaran secara kuliah atau kaedah chalk and talk. Kaedah ini merupakan suatu
kaedah pengajaran tradisional yang secara amnya telah diterima pakai oleh
masyarakat secara konvensi khususnya golongan para guru. Kaedah pengajaran ini
bercorak sehala dan penglibatan subjek kajian semasa pengajaran pula adalah
minimal. Sewaktu P&P dijalankan pada sesi pengajaran pertama, pengkaji hanya
menggunakan alat bantu mengajar iaitu papan putih untuk mengajar 15 senarai
peribahasa yang merupakan bahan kajian. Pengkaji juga telah meminta para subjek
kajian untuk menyalin semula apa yang telah ditulis di papan putih. Selain itu,
pengkaji banyak mengekploitasi kaedah pengajaran bercorak eksplainatori untuk
menyampaikan makna-makna peribahasa.
Sesi pengajaran kedua, pengkaji menggunakan kaedah intervensi melalui
penerapan metodologi Teori Konstruktivisme. Pengkaji menggunakan teori tersebut
untuk menguji sejauh mana keberkesanan pengajaran yang dijalankan dengan
menggunakan alat bantu pengajaran berbentuk animasi kartun Transformers.
Pengkaji telah mengaplikasi Model Constructivist Learning Environment (CLE)
daripada Teori Konstruktivisme yang dibina oleh Jonassen (1999).Menurut Jonassen
(1999) terdapat enam komponen penting dalam pembelajaran Teori Konstruktivisme.

69

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

I.

Proses Pertama Model Pembelajaran CLE: Soalan/Kes/Masalah/Projek.

Watak kartun Transformers telah diperkenalkan sebagai watak utama yang akan
mengikuti pengajaran pengkaji sepanjang sesi P&P itu. Pengkaji telah menggunakan
watak ini untuk mengajukan masalah yang perlu diselesaikan oleh subjek kajian.
Masalah yang diwujudkan ialah ancaman yang dihadapi oleh negara Singapura
daripada Robot Decepticons yang jahat. Para subjek kajian dikehendaki membantu
Transformers untuk menghadapi setiap peringkat misi yang telah dibina untuk
memgembalikan keamanan negara. Pengkaji telah memanipulasikan masalahmasalah yang dialami watak ini melalui tiga peringkat misi yang berbeza. Setiap
peringkat misi yang dilalui subjek kajian, merupakan suatu proses latih tubi yang
akan dapat membantu mereka untuk menguasai 15 makna peribahasa pada akhir
sesi pembelajaran.
II.

Proses Kedua Model Pembelajaran CLE: Perkaitan Kes

Selesai sahaja pengajaran peribahasa, subjek kajian dikehendaki menjalani misi 1.


Pengkaji telah membawa para subjek kajian ke Planet Lagu. Para subjek kajian
telah diperdengarkan sebuah lagu peribahasa. Di dalam lagu tersebut terdapat 10
daripada 15 peribahasa yang telah diajarkan. Dalam misi 1 ini, para subjek kajian
dikehendaki mencari peribahasa yang berselindung di sebalik lagu. Misi ini secara
tidak

langsung

memberikan

ruang

kepada

para

subjek

kajian

untuk

memaksimumkan potensi pembelajaran yang terarah kepada Musical Intelligence.


Pengkaji serta para subjek kajian telah menyanyikan lagu peribahasa yang telah
diadaptasikan oleh lagu rakyat Ikan Kekek Mak Iloi Iloi.
Para subjek kajian secara berkumpulan telah diberikan lirik lagu tersebut dan
mereka dikehendaki membulatkan peribahasa yang terdapat di dalamnya.
Permainan misi 1 ini bertujuan untuk melihat sejauh mana para subjek kajian dapat
mengimbas kembali peribahasa yang telah didedahkan. Sehubungan itu ia juga
menguji kemahiran mendengar para subjek kajian. Secara tidak langsung aktiviti
berkumpulan ini juga dapat meningkatkan kaedah pembelajaran bersama dan
mengasah kemahiran Intrapersonal serta Interpersonal Intelligence para subjek
kajian.

70

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

III.

Proses Ketiga Model Pembelajaran CLE: Sumber Maklumat

Seterusnya pengkaji berganjak ke proses ketiga dalam pengaplikasian Model


Pembelajaran CLE melalui permainan misi 2. Pada peringkat ini maklumat
diperlukan untuk membina model mental pelajar. Maklumat yang disampaikan perlu
difahami

dengan

lebih

jelas

sebelum

pelajar

membuat

hipotesis

untuk

menyelesaikan masalah. Pada misi 2, pengkaji telah mengedarkan lembaran kerja.


Para subjek kajian dikehendaki membina 15 ayat dengan menggunakan kata kunci
yang disediakan bagi setiap peribahasa. Pada waktu yang sama, makna peribahasa
yang disampaikan melalui komik Bistrips masih ditayangkan pada layar.
Aktiviti ini bertujuan untuk menilai keupayaan para subjek kajian membina
ayat yang dapat membawa kepada makna peribahasa yang betul. Para subjek
kajian secara berpasangan telah digalakkan untuk berbincang dan mendapatkan
pandangan rakan-rakan untuk membina ayat yang mengandungi peribahasa
tersebut. Setelah para subjek kajian menyiapkan lembaran kerja secara individu,
pengkaji telah menyemak serta melakukan pembetulan bersama para subjek kajian.
Hal ini dilakukan agar kesilapan tersebut tidak diulang semasa pembinaan
peribahasa komik Bitstrips yang akan dilakukan juga secara individu pada sesi
pengajaran selanjutnya.
Pengkaji menggunakan wadah lembaran kerja sebagai persediaan membuat
ayat-ayat peribahasa sebelum memindahkan maklumat tersebut ke dalam perisian
Bitstrips. Penyemakan serta pembetulan telah dilakukan agar pembinaan komik
serta produk akhir komik Bitstrips para subjek kajian tidak lagi menunjukkan
kesalahan daripada aspek tatabahasa. Langkah ini juga merupakan satu corak
pembelajaran kerana ianya bersifat pengulangan.
IV.

Proses Keempat Model Pembelajaran CLE: Alat Kognitif

Pada sesi pengajaran ketiga, pengkaji telah membawa para subjek kajian ke
makmal komputer. Pengkaji telah mengajarkan kepada para subjek kajian cara-cara
menggunakan perisian Bitstrips. Perlu dijelaskan di sini perisian Bitstrips ini
merupakan sebuah perisian yang menggunakan bahasa Inggeris. Namun demikian
pengkaji telah mengeksploitasikan perisian tersebut untuk digunakan dalam

71

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

pengajaran bahasa Melayu. Justeru pengkaji telah menerangkan setiap fungsi yang
terdapat dalam perisian tersebut dalam bahasa Melayu kepada para subjek kajian.
Perisian ini digunakan sebagai alat untuk membantu dalam struktur aktiviti
yang diperlukan untuk penyelesaian masalah dalam misi 3. Dalam misi 3, para
subjek kajian perlu menulis sebuah cerita pendek berbentuk komik di dalam
lembaran kerja. Cerita pendek ini mengandungi makna peribahasa yang telah
dipelajari. Para subjek kajian telah dipandu untuk membuat komik berdasarkan 15
ayat yang telah disemak dan dilakukan pembetulan pada sesi pengajaran kedua.
V.

Proses Kelima Model Pembelajaran CLE: Alat Perbualan Dan Kolaboratif

Alat ini membolehkan para subjek kajian untuk berkongsi maklumat. Pengkaji telah
menggunakan fungsi sharing daripada perisian Bitstrips for Schools yang mana
ianya membolehkan para subjek kajian memuatnaikkan tugasan komik peribahasa
mereka ke dalam pangkalan data tersebut untuk dikongsikan bersama para subjek
kajian yang lain. Pengkongsian sebegini akan memberi manfaat kepada para subjek
kajian kerana mereka akan mendapat maklumat yang lebih serta secara tidak
langsung mereka dapat menilai hasil tugasan rakan-rakan yang lain.
VI.

Proses Keenam Model Pembelajaran CLE: Sokongan Sosial

Pembelajaran

memerlukan

penyediaan

persekitaran

yang

membenarkan

perhubungan sosial. Sokongan boleh didapati dengan mengadakan seminar atau


bengkel. Namun demikian dalam kajian yang ringkas ini, para subjek kajian
mendapat sokongan sosial hanya daripada pengajaran singkat dengan pengkaji dan
juga pembelajaran yang dilakukan di sekolah mereka bersama-sama guru iaitu di
SRT.
Prosedur Kajian
Pengkaji telah menyiapkan dua set kertas ujian peribahasa. Kedua-dua set kertas ini
merupakan soalan kertas yang sama. Kertas ujian pertama diberikan kepada subjek
kajian setelah menjalani pembelajaran bercorak kaedah tradisional iaitu kaedah
Chalk and Talk manakala set kertas ujian yang kedua diberikan setelah para subjek
kajian menjalani pembelajaran peribahasa dengan menggunakan komik melalui
perisian Bitstrips. Tujuan kedua-dua set kertas ujian ini diberikan kepada subjek
72

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

kajian sebelum dan sesudah sesi pengajaran adalah bertujuan untuk membantu
pengkaji mendapatkan data dan menganalisis tahap penguasaan para subjek kajian
terhadap 15 makna peribahasa yang telah diajarkan. Seterusnya pengkaji membuat
perbandingan pencapaian para subjek kajian sebelum dan selepas mereka
didedahkan kepada kaedah ini.
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Berikut ialah hasil dapatan dan perbincangan:

Hasil daripada kaedah Chalk and Talk ini, pengkaji mendapati jurang
komunikasi wujud. Pengkaji banyak memainkan peranan sebagai penyampai
yang sarat

dengan maklumat manakala

para subjek kajian

hanya

memberikan respon bercorak statik. Pengkaji dapat melihat para subjek


kajian kurang berminat untuk ikut serta secara aktif dalam proses P&P ini.
Tiada soalan yang diajukan walaupun pengkaji cuba merangsang para subjek
kajian untuk menanyakan soalan. Para subjek kajian banyak memberikan
gerak balas tentang pemahaman mereka terhadap P&P yang dijalankan
melalui isyarat badan atau Body language. Para subjek kajian hanya
menggelengkan atau menganggukkan kepala untuk mengesahkan atau
menolak sesuatu maklumat.
Pada akhir sesi pengajaran kaedah Chalk and Talk dilakukan, ujian pra
peribahasa menunjukkan penguasaan peribahasa mereka berada pada tahap
lemah. Para subjek kajian turut mendapati bahawa makna peribahasa yang
diberikan oleh sukatan Pelajaran Singapura (2008) dalam senarai peribahasa
itu sangat panjang. Selain itu, para subjek kajian juga secara amnya telah
mengakui bahawa mereka menggunakan daya hafalan untuk mempelajari 15
makna peribahasa tersebut. Justeru sewaktu menjawab pra ujian yang
diberikan, kebanyakan subjek kajian tidak dapat mengingati semula fakta
tersebut. Input yang diberikan oleh guru pula telah menyokong pandangan
pengkaji yang mana para subjek kajian masih lagi baharu mengenali dan
menguasai konsep peribahasa. Guru juga akur bahawa kaedah yang
digunakan semasa mengajar peribahasa juga masih lagi pada tahap yang
konservatif.

73

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Setelah model CLE dilakukan ke atas para pelajar, pengkaji telah


menganalisis

kesalahan

bahasa

para

pelajar dalam

penulisan

ayat

peribahasa mereka. Analisis kesalahan bahasa dilakukan berdasarkan dua


aspek, iaitu analisis kesalahan bahasa daripada aspek morfologi dan analisis
kesalahan bahasa daripada aspek sintaksis. Dari sudut morfologi pengkaji
mendapati gaya bahasa lisan paling kerap digunakan. Sungguhpun ia ialah
kesalahan yang ketara, namun aspek ini tidak menjejaskan semantiknya. Hal
ini kerana unsur bahasa lisan lebih bergantung kepada intonasi serta gerak
geri untuk menyampaikan sesuatu maksud. Makna yang ingin disampaikan
oleh para subjek kajian mengenai suatu peribahasa dalam pengamatan
pengkaji masih lagi tercapai.

Dari sudut sintaksi pula, Teori Transformasi Generatif (TG) mengandaikan


adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan
peringkat struktur permukaan.

Pertama, jenis rumus struktur frasa yang

menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali


sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur
ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. Pada peringkat struktur
dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau
ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan
erti kata lain, membentuk semantik ayat.

Kedua, peringkat struktur

permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan


(transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat
yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur dan yang diperlukan untuk
ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamakan komponen fonologi.
Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal
daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan
ketaksaan ayat.

Setelah menjalankan kajian ini, penemuan yang didapati

oleh pengkaji adalah berbeza. Pengkaji berasa sungguhpun pada struktur


pemukaan ayat, para subjek kajian telah melakukan kesilapan dari sudut
morfologinya seperti kesalahan imbuhan, ejaan, kata hubung, kata sendi dan
sebagainya namun aspek-aspek kesalahan itu tidak menjejas unsur semantik
yang terkandung dalam ayat peribahasa tersebut. Hal ini kerana secara
amnya para subjek kajian berjaya menggunakan kata kunci dalam setiap
74

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

peribahasa

untuk menerangkan

perihal tentang

sesuatu

peribahasa.

Sehubungan itu, perkara ini turut menunjukkan secara tidak langsung para
subjek kajian sebagai penutur jati bahasa Melayu tahu akan sesuatu
maklumat dan memahami unsur semantik yang sudah mungkin berlaku
dalam kognitif individu iaitu yang terjadi dalam proses struktur dalaman ayat.
Namun, oleh sebab atas dasar gangguan-gangguan tertentu seperti kecuaian
semasa mengeja atau kekeliruan penggunaan imbuhan yang betul, sewaktu
struktur dalaman ini hendak dipantulkan kepada struktur permukaan ayat,
maka terjadinya kesalahan dari aspek tatabahasa.

Hampir kesemua subjek kajian mengakui pembelajaran peribahasa dengan


menggunakan komik melalui perisian Bitstrips untuk mempelajari makna
peribahasa telah memudahkan pemahaman serta penguasaan mereka.
Tambahan pula subjek kajian mendapati pembelajaran peribahasa lebih
mudah dan seronok dipelajari setelah mereka pandai menggarap kata-kata
kunci yang terdapat dalam sesuatu peribahasa. Pengkaji turut mendapati
para subjek kajian tidak mengalami kesukaran menggunakan perisian ini
memandangkan ianya adalah mesra pengguna dan para subjek kajian juga
sangat kreatif kerana dapat mengekploitasikan penggunaan kepelbagaian
tools yang terdapat dalam perisian.

Pengkaji juga mendapatkan maklum balas para guru yang telah diajarkan
cara

menghasilkan

komik

untuk

pembelajaran

peribahasa

dengan

menggunakan perisian. Maklum balas yang diterima ialah para guru bersetuju
bahawa penggunaan komik melalui perisian Bitstrips untuk mengajar
peribahasa apabila digabungjalinkan dengan Model Pembelajaran CLE dalam
sesi pengajaran telah meningkatkan pemahaman serta penguasaan pelajar.
Hal ini dinyatakan setelah para guru melihat kebolehan serta potensi para
pelajar mereka membina ayat dan menghasilkan jalan cerita secara kreatif
untuk melahirkan pemahaman mereka terhadap sesuatu peribahasa. Selain
itu perbandingan peningkatan markah dalam rekod pencapaian subjek kajian
yang telah dilakukan oleh pengkaji telah membuatkan para guru berasa teruja
kerana subjek kajian menunjukkan prestasi yang positif dalam ujian pasca.

75

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Dapat disimpulkan, penguasaan terhadap 15 senarai makna peribahasa yang


diberikan sudah mula menampakkan hala tuju yang progresif dan positif.
Sungguhpun pencapaian yang ditunjukkan masih lagi berada pada kadar
sederhana terutamanya ke atas golongan subjek LA, namun keupayaan para
subjek kajian untuk mengaitkan makna peribahasa dengan peribahasa yang
betul setelah menggunakan komik melalui perisian Bitstrips sudah cukup
membuktikan kajian ini mampu menepati objektif sebenar keseluruhan kajian.
Pengkaji percaya secara tidak langsung, pembelajaran dengan menggunakan
wadah komik ini dapat memanfaatkan para subjek kajian memandangkan
dalam pemerhatian pengkaji, kesemua subjek kajian amat cenderung
terhadap pembelajaran yang berbentuk visual. Justeru mereka dapat
dikategorikan sebagai pelajar yang mempunyai Visual Intelligence. Lantas
secara tidak langsung, pengkaji cuba mengeksploitasi kecenderungan
pembelajaran mereka pada tahap semaksima yang mungkin.

Kesimpulan
Kajian yang telah dilaksanakan ke atas para subjek kajian darjah 3 di Sekolah
Rendah Temasek ini telah memanifestasikan keberkesanan penggunakan komik
melalui perisian Bitstrips dan Model Constructivist Learning Environment (CLE)
untuk membantu mereka

mempelajari serta menguasai peribahasa. Setiap misi

merupakan kayu ukur untuk menilai pemahaman para subjek kajian terhadap kuliah
yang telah diberikan. Soalan-soalan ini disengajakan berbentuk manipulasi melalui
wadah animasi kartun Transformers agar pembelajaran dapat berlangsung secara
Play

and

Learn.

Menurut

Vygotsky

(1967),

bermain

dapat

membantu

perkembangan bahasa dan pemikiran kanak-kanak. Justeru pengkaji mendapati,


kaedah sebegini dapat menghasilkan dapatan kajian yang selari dengan objektif
kajian.
Pengkaji telah memilih aspek peribahasa sebagai korpus kajian kerana
pengkaji mendapati skop ini masih mempunyai banyak lagi ruang untuk penerokaan
kajian. Pembelajaran peribahasa dengan menggunakan wadah komik melalui
perisian Bitstrips ini masih belum dikupas atau diperkatakan oleh ahli sarjana dalam
negara namun asas kajiannya sudah ada di luar negara. Justeru kajian ini
diharapkan dapat dimanfaatkan sebagai bahan rujukan untuk pengkaji-pengkaji lain
76

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

pada masa hadapan. Teori dan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dapat
dijadikan sebagai bahan rujukan atau landasan kepada pengkaji-pengkaji lain
mahupun guru-guru yang berminat untuk melakukan kajian yang sama atau dengan
lebih mendalam lagi. Selain daripada guru-guru bahasa Melayu, pengkaji juga
berharap bahawa dapatan daripada kajian ini secara umum dapat menjadi bahan
tatapan ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhan yang ingin membantu anakanak mereka dalam pengajian peribahasa Melayu.
Rujukan
Abdul Hamid Mahmood. 2002. Guru dan Bahasa Melayu. Selangor: Kemaman
Printing Press Sdn. Bhd.
Atan Long. 1981. Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Sdn. Bhd.
Ahmad Mahmood Musanif et al. 2010. Pengetahuan Makna Peribahasa dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Linguistik Jilid 13 (Edisi Khas):
1- 16
Bewley, Ruth Kays. 1987. The Effects of Prior Knowledge and Reader Interest on
Fourth and Sixth Grade Students Reading Comprehension. University of
Kentucky.
Djamarah dan Zain. 1996. Strategi Belajar Mengajar. Jakarta : PT Rineka Cipta.
Edward L. Thorndike. (1999) [1913], Education Psychology: briefer course, New
York: Routledge.
Jonassen, D & ohrer-.Murphy, L. (1999). Activity theory as a framework for designing
constructlvlst learnmg environments. Educational Technology: Research and
Development, 46(1)
Leong Fern Nee & Amir Hamzah. 2012. Penggunaan Strip Komik Bagi
Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Topik Kitaran Air Tahun 5. Kertas
Kerja dibentangkan di
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan
Pendidikan Lestari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
Malaysia: Pulau Pinang
Norizan Abdul Razak. 1996. Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer: Satu
Model Pengajaran. Kuala Lumpur: Jati.
Shahabuddin Hashim, et al (2003). Pedagogi, Strategi Dan Metode Mengajar
Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publishing & Distributor Sdn. Bhd.
Kertas kerja
Ferguson, C.A. 1971. Language Structure and Language Use: Essays; selected and
introduced by Anwar S. Dil. California: Stanford University.
Leong Fern Nee & Amir Hamzah. 2012. Penggunaan Strip Komik Bagi
Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Topik Kitaran Air Tahun 5. Kertas
Kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan
Pendidikan Lestari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
Malaysia: Pulau Pinang

77

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

Seminar
Azalina Abdul Wahap. (29 30 Ogos 2013). Konteks, Input,Proses Dan Hasil
Penggunaan Kaedah Ilustrasi Komik Terhadap Pelajar Tingkatan Empat
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Di Salah
Sebuah Sekolah Di Daerah Papar:Satu Kajian Kes. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi: Kuala Lumpur
Fauziah Osman, Anisah Mustaffa & Nurhidayah Ashari. (16-20 Sept 2012).
Penggunaan Peribahasa Dalam Penulisan Karangan Melalui Pembelajaran
Koperatif. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pemantapan
Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu. Kuching:
Sarawak.
Mardina Haji Mahadi. (14-15 Mac 2006). Analisis Istilah Teknologi Maklumat Dari
Segi Aspek Morfologi. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Bahasa dan
Sastera, sempena Sidang Ke-45 MABBIM dan Sidang Ke-11 MASTERA, di
Hotel Orchid Garden, Berakas, Brunei Darussalam.

78