Anda di halaman 1dari 2

[Type the document title]

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan,
satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud
"i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara
amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan
sebagainya.
Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan.
Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang
untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.
Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan
pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman
dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang
terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi
dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya
yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam
meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang
dihadapi olehnya.

Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai

kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran
ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.
Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan
masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta
menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.

Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien

tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.


Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University
of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi
gangguan mental.

[Type the document title]


Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan
serta emosi dari hati dan fikiran mereka.
Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan
menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka.
Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin emosi
dalam sahsiah pelajar.
i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa
mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan
sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai
penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk &
Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).
ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan
perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar
dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju
kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )