Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bas terus meluncur laju. Kadang-kadang perlahan menyusuri lebuhraya Utara Selatan
yang dihiasi bukit bukau dan gunung ganang yang membukam indah. Gumpalan awan-
awan kecil yang terpisah satu sama lain begitu setia memayungi bumi yang basah
dilimpahi hujan malam semalam. Pandanganku singgah ke arah jam yang terikat
kemas pada lengan kananku. Rupanya sudah hampir dua jam rombongan bas berlalu
meninggalkan bangunan Maktab. Dari Perlis ke Perak mungkin tidak sejauh ke Kuala
Lumpur. Tapi destinasi yang benar-benar ku tuju ini menjanjikan satu perjalanan jauh
kerana perlu mengharungi banyak cabaran yang tidak ada di Kuala Lumpur mahupun di
Perlis. Satu perjalanan yang agak selesa ku rasa. Tetapi aku tidak mampu melolos diri
daripada diusik oleh perasaan yang bercampur baur. Sesekali aku menjengah ke luar
Terjahan suria yang menembusi cermin tingkap menelusi ruang yang terbuka. Perlahan
ku seret langsir berwarna biru tebal. Berselindung daripada tujahan matahari yang liar
mencari kepastian tentang masa depan. Segala yang terpancar dari fikiranku, segala
yang terlontar daripada tutur kataku dan segala yang terzahir oleh tingkahku adalah
daripada seorang pendidik. Namun hanya satu yang meyakinkan aku saat ini. Aku
galas seribu satu harapan, memikul bebanan tanggungjawab dan menatang amanah
berat di atas jalan-jalan hidup yang telah aku pilih sendiri. Memilih jalan hidup mendidik
Dua minggu meninggalkan suami dan anak-anak tersayang mungkin kali pertama
dalam hidupku. Tiada pilihan. Aku bulatkan tekad dan genggam segala semangat yang
Kak Ayu yang daripada tadi terlena tiba-tiba menyapa aku sambil memalingkan
rakan-rakan lain. Memang benar. Semua orang sudah melelapkan mata. Kecuali
pemandu dan aku. Tapi pemandu tak boleh tidur. Fikir benakku.
“Kau fikir apa?” Soal Kak Ayu dengan matanya yang sedikit kuyu.
“Agaknya, susah tak kita nak ke Sungai Siput, pedalaman orang asli pulak tu?”.
Pelbagai soalan ingin ku ajukan, tetapi hanya itu yang benar-benar memporak
yang masih kecil. Suami?... Pengorbanan yang harus ku lakukan demi untuk impian
“Ini kenalkan, guru besar Sk Pos Piah”. Kami saling berbalas senyuman.
“Jom, boleh kita bergerak ke Pos piah? Hujan nanti susah...”Guru besar tergesa-gesa
memanggil kami.
Susah? Apa lah yang dimaksudkan oleh guru besar? Bertambah persoalan menerjah
ke ruang fikiranku. Perasaan semakin berbaur. Takut, sedih dan bersemangat. Tidak
“Cikgu, agaknya berapa lama perjalanan kita ini?” soal ku mematikan kesunyian.
Rakan –rakan yang lain lena diulik kesejukan dan kedamaian. Memang betul
“ Tu nampak tak batu sungai yang besar tu. Hah! Kat situlah sekolah kita”.
Lega rasanya. Ini bukannya 10 minit tapi 1 jam. Ngomelku sendirian. Keadaan jalan
yang berbatu merah dan bercampur tanah tar yang berlopak-lopak. Badan huyung-
hayang melenggok ke kiri dan ke kanan. Hanya kenderaan tertentu sahaja yang boleh
di bawa ke sana.
“Nah..sampai kita ke Sk Pos Piah.” Keriangan jelas terpancar diwajah rakan-rakan yang
lain.
“Tu budak-budak menunggu kome dari tadi lagi” kata Guru Besar. Semangat rasa hati
ini. Ku pandang sekumpulan anak kecil, mungkin berusia lingkungan 7 hingga 8 tahun.
Hingus meleleh, rambut tidak terurus, berkaki ayam berlari ke sana ke sini. Bila ku
dekati, pergh..berbaunya. Nak kututup hidung tidak mampu. Kutahan sahaja. Kutoleh
pula ke kawasan pondok rehat, ramai budak berkerumun. Lelaki perempuan berebut-
rebut seolah-olah untuk mendapatkan sesuatu. Bila ku rapat, ku lihat satu perkara yang
amat mengguris jiwa. Mereka berebut-rebut membuka pili dan menadah menggunakan
mulut, mereka minum air paip di situ. Seolah menyelerakan dan dapat menghilangkan
dahaga. Mungkin kehausan selepas berlari ke sana ke mari. Pandangan yang kali ini
mereka.
“Cikgu, mari ke sini. Ni teman kenalkan Guru HEM, Cikgu Samsol Aman. Kalau kome
ada apa-apa masalah di sini boleh bagitau kat dia. Minta maaplah yea , teman ada hal
Begitu pekat slanga perak cikgu ni. Begitu asing bagiku untuk memahaminya.
“Cikgu-cikgu semua, esok cikgu kena ambil alih kelas relief. Boleh dak? Kat sini ramai
“ Minta maaplah yea. Keadaan sekolah pedalaman orang asli memang macam ni.
Anjing memang macam kucing. Kome sabarlah. Yang tak tahan, cubalah tahan. Lama-
lama biasalah..ntah-ntah kome yang nangis tak nak balik nanti” . Begitu peramahnya
Cikgu Samsol.
komedi yang gaya lentokkan bahasanya lebih kurang sama. Lorat perak piau.
Keesokan harinya.
“Cikgu, hari ni saya kena gantikan kelas mana?” boleh tak saya mengajar muzik?”
Pinta ku dengan ikhlas demi mencuba cabaran baru mengajar murid-murid orang asli.
namun bagi ku mengajar di sini benar-benar mencabar jiwaku sebagai pendidik yang
bersemangat nak masuk kelas. Deme ni dah lama tak belajar muzik. Cikgu muzik lama
dah tak ada. Cikgu masuk kelas tahun 1. Boleh?”. Pinta guru besar.
Hah..tahun 1?. Boleh ke aku aku mengajar?. Takutnya. Monolog aku membawa seribu
“Selamat pagi murid-murid. Ni cikgu pai baboo (cikgu baru perempuan) nak ajar hak
(kamu) semua muzik. Hak (kamu) jangan bising dan buat apa yang cikgu pai (cikgu
Aku diperkenalkan dahulu oleh cikgu Sayuti guru lama di situ sebelum memulakan
pengajaran.
Cikgu sayuti pergi dan meneruskan tugasan yang perlu dilaksanakan. Aku
memperkenalkan diri.
“Saya Cikgu pelatih, dari Perlis. Nama saya cikgu Nor hasfalina. Hak (kamu) semua
Sekeliling begitu asing bagiku. Anak murid yang daif. Terkebil-kebil mereka
memandangku. Mungkin asing bagi mereka. Terdetik rasanya untuk mendekati seorang
murid perempuan yang aku rasakan sangat comel sekali. Tidak secomel anakku.
“Shaya Jamaluddin”.
Salah kah telinga ku mendengar?, sedangkan aku bertanyakan pada murid perempuan
“hak (kamu) nama apa?. Soalku kembali. “Jamaluddin cikgu”. Jawab murid perempuan
itu dengan yakin. “Betul nama hak (kamu) Jamaluddin?”. Aku tanya demi kepastian.
“Yea cikgu”. Memang jelas. Aku simpulkan bahawa suku kaum temiar meletakkan
nama anak berdasarkan kepada kesedapan dan bukannya mengikut kesesuaian jantina
mahupun maksudnya. “Mungkin agaknya, mak bapak murid ni memang sesuka hati
Pertama kali aku mengajar mereka lagu ‘Bangun Pagi’. Ku bawa bedak dan sikat
rambut sebagai set induksi. Ku tidak tahu bagaimana untuk memulakan pengajaran.
Aku membawa bedak. Aku tunjukkan dan aku sapu kan bedak pada seorang murid
sebagai panduan. Ke main suka mereka. Agaknya mereka tidak pernah memakai
bedak.
sebagai Isam.
murid yang ada di kelas. Tidak ramai, 7 orang sahaja. Seorang lagi murid bertanya,
“Boleh, nanti esok cikgu bawakan tudung, cikgu pakaikan. Tapi untuk murid baboo je
tau.”
Aku merasakan murid-murid di sini amat memerlukan belaian seorang guru perempuan.
Belaian amat wajar dilakukan. Aku berasa mula tidak kekok mengajar murid asli.
Seronok rasanya. Pelbagai aktiviti pengurusan diri ku ajar. Jika dahulu ketika mula
masuk mengajar, murid berbau busuk, hancing dan selekeh. Namun 6 hari aku di situ,
perubahan demi perubahan dapat ku lihat. Murid tidak berbau busuk. Hidungku tidak
alah lagi. Cuma....satu tingkah laku murid yang tidak dapat ku ubah adalah...
Isam menghulurkan seguni buah larah yang sebelum ini tidak pernah ku lihat dan ku
makan
Lamunan aku terhenti, aku memikirkan kembali bagaimana aku ingin ubah tingkah laku
itu.
“Cikgu, saya nak tanya. Sekolah ada tak bekalkan selipar ker..kasut ker..terutamanya
“Cikgu Nor, budak-budak sini dah banyak kami bagi. Kalau setakat kasut tu dah banyak
dah kementerian bekalkan. Tapi deme ni memang lumrahnye suka berkaki ayam” kata
Aku mula memikirkan bagaimana harus aku lakukan untuk ubah tingkah laku ini. Hah!
Aku mengumpulkan bahan. Kalau setakat internet, memang laju macam air. Keesokan
harinya, aku menayangkan slide dan video kesan kaki tidak berkasut dengan erti kata
“Cikgu..takutnya!!” murid-murid bising dan terbeliak biji mata mereka melihat tayangan
tersebut.
Aku dapat merasakan, mungkin murid di sini tidak mendapat pendedahan tentang
Pelbagai rintihan ku dengar dari setiap mulut murid yang berada di situ. Pelbagai
Hari demi hari sehinggalah hari terakhir ku di SK Pos Piah, pelbagai perubahan dapat
ku lihat. Murid telah mula memakai kasut walaupun tidak semua, murid perempuan
memakai tudung walaupun bukan islam dan yang paling ketara adalah murid-murid
Jika sebelum ni guru hanya mengajar pelbagai formula, mengajar mengeja dan
membaca. Tapi aku.....Ini lah cara aku menerapkan asas pendidikan kepada murid
orang asli yang aku sayangi. Mereka memang tidak boleh untuk skor dalam
peperiksaan. Tetapi mungkin boleh diubah dari segi pemikiran dan pengurusan diri. Kali
ini aku pulang ke Maktab dengan kepuasan dan pengalaman yang sememangnya tidak
dapat dilupakan. Akan kuteruskan perjuangan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa
NO K/P : 810420-10-5760
SUNGAI LANG
SOSIAL (HONS)
(PENDIDIKAN KHAS)
ANUGERAH : TIADA