Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tenis
SEKOLAH.
USAHA PENAMBAHBAIKAN MODUL INI AKAN DILAKUKAN
SECARA BERKALA DAN BERTERUSAN.
MODUL INI BOLEH DIGUNA PAKAI SEBAGAI PANDUAN DAN
RUJUKAN GURU DAN MURID DALAM USAHA MEMBANGUNKAN SUKAN
DI SEKOLAH.
Tenis
ISI KANDUNGAN
BAB 1
1.1
1.2
1.3
1.4
8
8
9
9
BAB 2
2.1
2.2
2.3
2.4
11
12
14
15
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
18
20
22
24
29
33
42
43
PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
Menyesuai diri dengan bola
Pukulan Hadapan
Pukulan Kilas
Pukulan Voli Hadapan
Servis
Lob
Smesh
47
51
54
58
62
65
67
BAB 3
BAB 4
BAB 5
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
Tenis
Tenis
KATA ALU-ALUAN
KATA ALU-ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia.
Sekolah sebagai institusi pendidikan utama bukan sahaja menumpukan bidang
akademik atau kurikulum, malah diberikan tanggungjawab turut memfokuskan bidang
kokurikulum. Antara cabang kokurikulum yang begitu aktif sejak dahulu ialah sukan
dan permainan. Hal ini dapat dikesan menerusi penghayatan kita terhadap apa-apa
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak
kepada prinsip sistem pendidikan negara yang bermatlamat untuk melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tenis
Tenis
KATA ALU-ALUAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada
jawatankuasa program 1Murid 1Sukan kerana berjaya dalam menghasilkan Modul
Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah ini. Penghasilan modul ini
menepati usaha transformasi pendidikan negara yang berhasrat untuk meningkatkan
penyertaan murid dalam bidang sukan. Kemunculan modul ini adalah antara langkah
awal Bahagian ini demi merealisasikan cetusan idea Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato
Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia. Usaha mengoptimumkan kecergasan murid melalui pembudayaan
sukan di sekolah bertujuan untuk menghasilkan murid yang berminda cerdas.
Penerbitan modul ini diharapkan dapat membantu banyak pihak dalam melaksanakan
program 1Murid 1Sukan. Pelaksanaan program ini sudah pasti akan menyentuh
pelbagai aspek seperti penyertaan murid, penyediaan prasarana, serta perancangan
program dalam pelbagai peringkat. Justeru, modul ini dapat dijadikan rujukan untuk
menyelaraskan pelaksanaan program 1Murid 1Sukan. Penggemblengan pengurusan
semua pihak dalam organisasi masing-masing yang diilhamkan melalui modul ini
diharapkan dapat membantu untuk menjayakan misi dan visi program 1Murid 1Sukan
demi mengembalikan kegemilangan sukan negara seperti yang dihasratkan oleh semua
pihak.
Sekian.
EE HONG
Pengarah Bahagian Sukan
BAB 1
Tenis
BAB 1
1.1 PENGENALAN
Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekanan
kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar
ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya
mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid
yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat.
Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti
sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup
sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar
setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk
generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
1.2 RASIONAL
Dasar 1Murid 1Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam
pelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalah
sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM.
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama
sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik
dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi
kesejahteraan minda dan jasmani.
Tenis
Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,
semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan
fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan
pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk
semangat cinta akan negara.
Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada
semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta
mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.
1.3 MATLAMAT
Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal
insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan
membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti
dalam kalangan murid.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan
murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan
dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat dan cergas.
1.4 KONSEP
Dasar 1Murid 1Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang
mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 6
di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang
dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1Murid 1Sukan berteraskan
prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid. Justeru, Dasar 1Murid 1Sukan
diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
i.
Tenis
Tenis
BAB 2
2.1 PENGENALAN
Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal.
10
11
BAB 2
Tenis
2.2 PENUBUHAN KELAB SUKAN
Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulah
mengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu.
Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut :
i. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)
Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak
pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada
daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan
guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG)
atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru memunyai
pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya
pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada
pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat
sesebuah kelab sukan sekolah.
12
Tenis
iv. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolah
Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi
oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh
persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan
itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan
penglibatan murid secara menyeluruh.
v. Bilangan guru dan bilangan murid
Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut sama ada sebagai
seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih. Bilangan guru
dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi oleh bilangan murid yang menyertai
kelab sukan tersebut. Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan juga
perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Contohnya, kelab sukan
bola sepak dan badminton pasti menjadi pilihan utama murid di Malaysia.
Oleh itu, guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan murid sekolah itu
secara menyeluruh.
13
Tenis
2.3 ORGANISASI KELAB SUKAN
Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar sistem pengoperasiannya
berjalan dengan cara yang berkesan. Langkah ini merupakan latihan awal murid
dalam mengurus sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai
organisasi sukan di luar.
Tenis
2.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB SUKAN
i. Pengerusi
mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat;
meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
ii. Naib Pengerusi
membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi;
mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
14
iii. Setiausaha
mengurus hal-hal surat menyurat;
mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan;
mencatat kehadiran ahli;
menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
iv. Penolong Setiausaha
membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya; dan
menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
v. Bendahari
bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab;
melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab
atas kesahihannya;
menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya;
melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam mesyuarat ahli
Jawatankuasa;
15
Tenis
Tenis
16
17
viii. P
emeriksa Kira-Kira
memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan
bertanggungjawab ke atasnya; dan
memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.
Dalam mengendalikan kelab sukan, Guru Penasihat perlulah menyelaras dan
memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan
aktiviti yang telah ditetapkan. Guru Penasihat perlulah memberi maklumat dan
dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan
dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja
yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab
sukan yang bakal dibentuk nanti.
BAB 3
Tenis
BAB 3
18
Permainan tenis telah bermula sejak dahulu lagi iaitu sekitar 1500 tahun sebelum
masihi di Mesir dimana ada lukisan di dinding kuil menunjukkan sejenis permainan
dimainkan di dalam upacara keagamaan . Walaubagaimanapun sejarah permainan
ini dicatatkan bermula di Utara Perancis pada kurun ke-12 yang dikenali dengan
nama permainan jeu de paume oleh Louis X. Dalam permainan ini bola dipukul
dengan menggunakan tapak tangan sahaja. Selain daripada beliau, seorang
lagi yang bergiat aktif dalam permainan ini ialah King Charles V. Permainan ini
seterusnya berkembang di kalangan golongan bangsawan di serata eropah.
Sehingga kurun ke-16 barulah penggunaan raket bermula, begitu juga dengan
nama Tenis yang diambil dari bahasa Perancis lama Tenez. Permainan ini popular
di Perancis dan England. Sehingga awal abad ke 19 permainan ini telah berevolusi
ke arah permainan tenis yang moden. Permainan ini mendapat sambutan yang
menggalakkan oleh masyarakat setempat dan berkembang dalam masa yang
cukup singkat.
Pada awal tahun 1860-an, dua orang sahabat iaitu Mejar Harry Gem dan J.B. Pereira
telah mencipta satu permainan yang menggunakan raket dan bola pelota. Ini
membawa kepada penubuhan kelab tenis yang pertama iaitu Kelab Leamington
Spa di Wales yang telah yang diasaskan oleh J.B. Pereira , Mejar Harry Gem, Dr.
Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872.
Pada tahun 1873, Mejar Walter Clopton Wingfield telah mereka dan mempatenkan
permainan yang hampir sama yang dinamakan sphairistike yang kemudian
dikenali dengan sticky di Llaneliden, Wales. Menurut ahli sejarah sukan,
beliaulah yang bertanggungjawab mempopularkan tenis melalui tindakannya
mengeluarkan peralatan permainan ini dalam satu set lengkap jaring, raket, bola
dan peraturan permainannya serta memasarkannya keseluruh dunia ketika itu.
Selari dengan perkembangannya, pertandingan tenis yang tertua di dunia iaitu
Kejohanan Wimbledon telah pertama kali dianjurkan iaitu di London dalam tahun
1877.
Tenis
Sejarah permainan tenis di Amerika bermula dalam tahun 1874 apabila Mary Ewing
Outerbridge memperkenalkan sphairistike dan membina sebuah gelanggang di
Kelab Kriket Staten Island, New York. Sejak itu, permainan ini telah berkembang
dan Kejohanan Kebangsaan Amerika yang pertama telah dianjurkan dalam tahun
1880. The United States National Lawn Tennis Assosiation telah ditubuhkan yang
bertujuan untuk menyeragamkan peraturan dan undang-undang permainan
tenis dalam tahun 1881. Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat ( US Open ) telah
dianjurkan buat pertama kalinya dalam tahun itu juga di Newport, Rhode Island.
Pada 1 Mac 1913, International Lawn Tennis Federation (ILTF) telah ditubuhkan di
Paris, Perancis. Ia bertujuan untuk membincangkan undang-undang dan peraturan
permainan ini. Hanya pada tahun 1924, ILTF secara rasminya menjadi badan yang
bertanggungjawab serta mengawal sukan tenis di seluruh dunia. Perkataan Lawn
daripada nama badan itu digugurkan dalam tahun 1977, setelah mendapati
bahawa kebanyakan permainan tenis tidak lagi dimainkan di atas gelanggang
rumput. Sejak itu ia dikenali sebagai International Tennis Federation (ITF).
Di Malaysia, permainan tenis telah mula diperkenalkan pada abad ke 20. Persatuan
Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921, dan pertandingan
pertama yang dijalankan ialah pertandingan merebut Piala Chua dan diikuti
pertandingan merebut Piala Guillemard untuk kategori lelaki dan Piala McCabe
Peay untuk kategori wanita. Hari ini, tenis semakin popular di Malaysia. Permainan
ini bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia. Malaysia hari ini telah menjadi tuan
rumah kejohanan tenis bertaraf dunia seperti Davis Cup, jelajah ATP (Malaysia
Open 250), WTA dan kejohanan-kejohanan lain. Malaysia juga telah melahirkan
jaguh tenis yang pernah bertanding diperingkat antarabangsa seperti Adam Malik,
V. Selvam dan S.Selvarajoo.
Selari dengan perkembangan sukan tenis hari ini banyak kejohanan besar yang
dianjurkan di seluruh dunia seperti Kejohanan Terbuka Australia, Terbuka Perancis,
Terbuka Wimbledon, dan Terbuka Amerika Syarikat yang dikenali dengan kejohanan
Grand Slam menawarkan hadiah wang tunai dalam jumlah yang besar. Kejohanan
utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis gelanggang iaitu Hard
Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri jelajah ATP dan
WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis pula ialah
kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia dalam sukan
bola sepak. Kesemua kejohanan ini telah menarik berjuta peminat dan penonton
serta penaja yang membuktikan bahawa sukan ini adalah antara sukan yang paling
menarik di dunia.
19
Tenis
Kejohanan utama dunia atau Grand Slam ini dimainkan dalam tiga jenis gelanggang
iaitu Hard Court, Grass Court dan Clay Court. Di samping itu, terdapat juga siri jelajah
ATP dan WTA yang disertai oleh pemain-pemain dari seluruh dunia. Piala Davis
pula ialah kejohanan berpasukan antara negara-negara yang setaraf Piala Dunia
dalam sukan bola sepak.
3.2
20
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Permainan tenis boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu. Acara beregu
pula dijalankan samada beregu lelaki, beregu wanita atau beregu campuran.
Untuk memulakan permainan, pemain melakukan servis dari garisan belakang dan
memukul bola arah menyilang ke gelanggang servis pihak lawan. Pemain yang
membuat servis mempunyai dua percubaan, sekiranya servis pertama tersangkut
dijaring atau keluar, pemain boleh membuat servis sekali lagi. Sekiranya bola
terkena jaring dan masuk ke dalam gelanggang servis pihak lawan, servis tersebut
perlu diulang semula. Mata/point dikira sekiranya pihak lawan gagal untuk
mengembalikan bola atau bola mati digelanggang lawan. Keadaan sebaliknya
berlaku jika bola mati digelanggang pemain yang membuat servis, pihak lawan
akan mendapat point.
Undang-undang di bawah merupakan asas kepada permainan tenis.
1 Servis adalah batal sekiranya;
- Memijak garisan belakang semasa melakukan servis.
- Apabila gagal memukul bola semasa percubaan melakukan servis.
- Apabila bola terkena objek kekal di dalam gelanggang kecuali jaring atau
centre strap sebelum masuk ke gelanggang servis.
2 Apabila let dilaungkan, servis mesti dilakukan semula. Jenis-jenis let;
- Apabila bola mengenai jaring atau centre strap dan memasuki kawasan
servis.
- Penerima servis belum bersedia.
- Terdapat gangguan semasa permainan sedang berlangsung.
3 Pertukaran gelanggang/ Ends dilakukan pada setiap game kiraan ganjil seperti
game pertama, ketiga, kelima dan seterusnya.
Tenis
4 Pembuat servis akan mendapat mata sekiranya;
- Bola yang diservis terkena pemain lawan atau apa-apa yang dipegang atau
dipakai sebelum menyentuh gelanggang.
- Penerima servis gagal membalas hantaran servis.
5 Pemain kehilangan mata apabila;
- Bola melantun lebih daripada sekali di bahagian gelanggangnya.
- Bola yang dipukul terkena objek kekal diluar kawasan permainan (kecuali
jaring, tiang jaring, single stick, kabel jaring).
- Raket atau pemain menyentuh jaring semasa permainan berlangsung.
- Bola terkena pemain.
6 Kiraan mata bagi satu game;
Pertama 15, kedua 30, ketiga 40, keempat game. Jika kedua-dua pemain
terikat pada kedudukan 40 40 (sama) dipanggil deuce, mata berikut dipanggil
advantage. Jika pemain tersebut terus mendapat mata, maka ia dikira game.
7 Kiraan set
- Seseorang pemain itu mestilah mendapat enam game.
- Pada kedudukan 5 5 (sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua
game iaitu menjadi 7 5.
- Jika kedudukan 6 6 (sama) pemain terpaksa bermain tie-break.
8 Kiraan tiebreak.
- Pemain mestilah mendapat 7 mata.
- Pada kedudukan 5 5 (sama) pemain mestilah mendapatkan perbezaan dua
mata agar kedudukan menjadi 7 5
9 Jumlah set
- Jumlah set maksimum bagi lelaki ialah 5 set.
- Jumlah set maksimum bagi perempuan ialah 3 set
21
Tenis
Tenis
22
23
Tinggi Jaring; di tengah = 3 kaki, di tepi = 3 kaki 6 inci
Tenis
3.4 PERALATAN
Raket
Tenis
Pemain tenis yang ingin memiliki raket tenis akan memberi perhatian kepada
beberapa ciri yang terdapat pada raket. Aspek pemilihan yang biasa diberi
keutamaan ialah jenama, reka bentuk, saiz, berat, bahan dan harga. Tahap
permainan pemain juga akan mempengaruhi pemilikan raket. Biasanya pemain
baru tidak beri perhatian utama mengenai perkara pemilihan raket.
Terdapat dua saiz utama raket yang digunakan oleh pemain iaitu saiz junior dan
saiz standard. Saiz junior biasanya digunakan oleh kanak-kanak berminat bermula
bermain tenis. Saiz standard pula digunakan oleh pemain dewasa atau pemain
yang sudah mahir dan dapat bermain dengan baik.
Aspek penjagaan raket tenis juga perlu diberi perhatian. Berikut adalah beberapa
cadangan boleh diamalkan :-
24
25
Tenis
Bola
Tenis
Anda boleh memanjangkan hayat bola dengan meletakkan bola dalam bekas asal
dan menyimpan bola ke dalam tempat yang sejuk.
Kasut
26
27
Seperti raket terdapat beberapa jenis bola tenis yang dibuat untuk kegunaan
permukaan gelanggang tertentu. Adalah penting untuk sentiasa bermain dengan
menggunakan bola yang baik. Walau apa jenis bola, pastikan anda membaca
maklumat yang terdapat pada bekas penyimpan bola dan yang terbaik bola itu
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Tenis Amerika Syarikat atau Persatuan
Tenis Antarabangsa. Kebanyakan bola tenis diisi dalam tin yang mempunyai
tekanan untuk memastikan kualitinya terjamin apabila ia digunakan.
Anda tidak boleh bermain dengan satu tin bola untuk selama-lamanya. Tiga biji
bola hanya boleh bertahan selam dua atau tida kali permainan jikalau anda pemain
baru atau pertengahan. Selepas itu bola akan hilang tekanan, daya lantunan dan
menjadi botak. Apabila ini berlaku gunakan bola tersebut untuk latihan sahaja.
Kasut tenis yang menepati spesifikasi adalah satu keutamaan berbanding pakaian
tenis yang lain. Ini adalah perkara yang akan dapat mengelakkan pemain mudah
mendapat kecederaan kaki selain dapat meningkatkan keyakinan anda untuk
melakukan pergerakan semasa bermain.
Lima faktor yang perlu diambil kira semasa membeli kasut tenis ialah kos,
ketahanan, keselesaan, berat dan rupa. Kasut berbeza dengan ketara dari segi
harga. Berapa kerap anda bermain, gaya anda bermain dan jenis permukaan
gelanggang menentukan hayat dan kecepatan kehausan tapak kasut anda.
Mereka yang kerap bermain di gelanggang yang keras boleh melusuhkan kasut
mereka dalam beberapa minggu sahaja. Mereka yang bermain di atas gelanggang
yang lebih lembut boleh bertahan dengan kasut mereka beberapa bulan.
Tenis
Beli kasut yang ringan sekiranya anda berpuas hati dengan harga, keselesaan
dan ketahanan kasut. Kebanyakan orang jenama dan gaya kasut lebih penting
daripada faktor-faktor lain. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini ingatlah
bahawa anda mungkin membayar lebih untuk logo dan rupa kasut dan bukannya
untuk ketahanan dan keselesaan kasut.
Pakaian
Tenis
3.5 APA ITU MINI TENIS?
Mini Tenis adalah salah satu cara penting memperkenalkan tenis kepada
pemain-pemain baru khususnya kanak-kanak. Melalui permainan ini, tenis dapat
diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan cara yang seronok dan aktif. Mini
Tenis menggunakan peralatan yang kurang dari ukuran standard dan lebih mudah
seperti jaring yang rendah, bola span, raket kecil dan gelanggang biasa serta cara
permainan yang mudah dipelajari oleh kanak-kanak.
3.5.1 Kelebihan Mini Tenis
28
Mini Tenis adalah salah satu cara penting memperkenalkan tenis kepada
pemain-pemain baru khususnya kanak-kanak. Melalui permainan ini, tenis
dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan cara yang seronok dan
aktif. Mini Tenis menggunakan peralatan yang kurang dari ukuran standard
dan lebih mudah seperti jaring yang rendah, bola span, raket kecil dan
gelanggang biasa serta cara permainan yang mudah dipelajari oleh kanakkanak.
3.5.2 Objektif Mini Tenis
i.
Kasut tenis mencerminkan trend dan pengiklanan jenama lebih daripada mutu
barangan begitu juga dengan pakaian tenis. Pakaian seperti seluar pendek, skirt,
baju panas dan sebagainya dikeluarkan oleh berbagai pengeluar dan mempunyai
harga yang berbeza-beza. Walaupun terdapat ketetapan dari segi peraturan
berpakaian tetapi tidak terdapat peraturan daripada satu fesyen. Gunakan
kebijaksanaan anda untuk memakai pakaian yang sesuai. Kebanyakan pemain
yang serius akan berlatih dengan menggunakan pakaian yang paling selesa.
Jangan abaikan prinsip pendidikan semasa bersukan kerana murid-murid masa
kini sangat terdedah dengan fesyen-fesyen sukan yang dipakai oleh atlet ternama
tanpa memikirkan kesesuaian dengan cara seorang pelajar.
29
Tenis
Tenis
Jaring
30
Raket bersaiz kecil dengan tali yang agak longgar adalah sesuai dan
selamat digunakan. Kebanyakan pengeluar raket berjenama terkenal telah
mengeluarkan jenis dan saiz raket yang berbeza khusus untuk kanak kanak
dan pemain baru. Bagi pemain amatur atau tidak berpengalaman, raket
yang diperbuat dari kayu atau plastik adalah dicadangkan.
31
Tenis
Bola
Tenis
3.6 SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau cara kalah mati seperti
berikut.
Liga Empat Kumpulan (A,B,C dan D)
Pusingan Pertama
32
3.5.4 Kesimpulan
Mini tenis adalah sukan yang mudah dan menyeronokkan. Sesuai untuk
golongan tua dan muda. Dengan kos peralatan mini tenis yang rendah dan
cara serta teknik permainan yang mudah, mini tenis adalah sukan yang
boleh dimainkan di mana sahaja.
Semua kemahiran di dalam mini tenis boleh dipraktikkan di dalam tenis
biasa. Kemahiran yang dibina di dalam mini tenis adalah mudah untuk di
asimilisasikan kepada permainan tenis sebenar. Mini tenis adalah pilihan
ideal sebagai medium untuk melahirkan pemain yang mempunyai pelbagai
keupayaan. Semua ini akan membantu melahirkan ramai pemain yang
berpotensi dan kompotetif dalam jangka masa panjang.
-
-
-
-
Kumpulan
Kumpulan
Kumpulan
Kumpulan
A
B
C
D
33
Tenis
Tenis
34
iii.
Pusingan Kedua
a. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan
di dalam kumpulan X dan kumpulan Y dengan cara undian.
b. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
c.
Pusingan Pertama
a. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil
bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu A,B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara
liga.
b. Johan , Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:Johan
Naib Johan
Ketiga
-
-
-
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Pusingan Akhir
a. Johan KUMPULAN X akan melawan Johan KUMPULAN Y
untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.
b. Naib Johan KUMPULAN X akan melawan Naib Johan KUMPULAN
Y untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT (sekiranya
perlu)
35
Tenis
Tenis
Pusingan Akhir:
JOHAN X
Lwn.
JOHAN Y
N/JOHAN X
Lwn.
N/JOHAN Y
36
Pusingan Pertama:
A1 Lwn. A2
B1 Lwn. B2
C1 Lwn. C2
A2 Lwn. A3
B2 Lwn. B3
C2 Lwn. C3
A3 Lwn. A1
B3 Lwn. B1
C3 Lwn. C1
Pusingan Kedua:
c.
Kumpulan X Kumpulan Y
Johan A
Lwn. N/Johan B
Johan B
Lwn. N/Johan A
N/Johan C
Lwn. Johan A
Johan C
Lwn. N/Johan A
N/Johan B
Lwn. N/Johan C
Johan B
Lwn. Johan C
37
Tenis
Tenis
Pusingan Akhir
a. Pasukan menang di antara kedua-dua perlawanan akan
bertemu di Perlawanan akhir untuk menentukan JOHAN dan
NAIB JOHAN.
b. Pasukan kalah didalam
kedua-dua perlawanan di atas
diisytiharkan sebagai tempat ketiga
38
Menang
2 mata.
ii.
Kalah
0 mata.
Sekiranya 5.4 (a) dan 5.4 (b) tidak dapat diputuskan, maka
pasukan yang pernah mengalahkan pasukan tersebut
diistiharkan sebagai Johan/Pemenang Liga Kumpulan atau Liga
Satu Kumpulan.
Cara menentukan Johan pasukan yang bertanding dalam cara liga kumpulan atau
liga satu kumpulan sekiranya tidak dapat diputuskan seperti dalam 5.3.4 (a) maka
diambil kira seperti berikut:a. Jumlah set dalam setiap perlawanan dikira, pasukan yang
mendapat jumlah menang terbanyak maka pasukan tersebut
diistiharkan Johan /pemenang.
N/Johan
7 mata
Separuh Akhir
5 mata
Suku Akhir
1 mata
39
Tenis
Tenis
40
Jika ada seeded pemenang tahun lalu, mereka hendaklah ditempatkan di nombor
1, 3, 6 dan 8. Sebagai contoh; kedudukan Johan di nombor - 1, Naib Johan - 8, ketiga
- 6 dan keempat - 3. Sila rujuk kedudukan nombor rangka jadual pertandingan
Kalah mati di bawah ini.
41
BAB 4
Tenis
BAB 4
Tahap Murid
Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan
keupayaan murid.
2.
42
Bilangan Murid
Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini
supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang
latihan yang bersesuaian.
3.
Tenis
4.2 CONTOH 1 SESI LATIHAN
Permainan
Tarikh
Masa
Kemahiran
Alatan
KOMPONEN/
MASA
AKTIVITI / KETERANGAN
Memanaskan
badan
a. Umum
i. Larian bervariasi
Ke hadapan
Ke belakang
gerak sisi kanan dan kiri
silang kaki
gerakerja kaki / foot work
b. Regangan individu dan
berpasangan
(+10 minit)
Antara langkah- langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru
ialah:
Tahap kesihatan murid.
Memanaskan badan dan regangan sebelum aktiviti serta melakukan gerak
kendur cooling down selepas aktiviti;
Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti dan
Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan
selamat.
4.
Tempat Latihan
Ruang latihan yang sesuai dan selamat.
5.
Kemudahan Peralatan
Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa
aktiviti;
Contoh : kon, raket tenis / bat tenis, bola dan net / tali.
6.
Masa latihan
Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut:
Sekolah Rendah
90 minit/minggu
Sekolah Menengah
90 minit/minggu
: Tenis
: 3 September 2013
: 90 minit
: Pukulan Forehand
: Raket / bat, bola tenis, masking tape dan kon.
Aktiviti
Kemahiran
Kordinasi
(15 minit)
1. Individu
a. Melantun bola dengan raket
/ bat
b. Menimbang bola
c. Menimbang bola dengan
backhand grip separas
bahu.
2. Berpasangan
a. Menimbang 3 x dan
melambung ke arah kawan
dalam jarak 3 meter.
PENGELOLAAN /
GAMBARAJAH
43
Tenis
Tenis
iii. Lepaskan bola, hayun
raket dan pukul bola di
kedudukan yang betul.
iv. Ikut lajak.
v. Balik kekedudukan
bersedia.
b. Menimbang 2 x dan
melambung ke arah kawan
dalam jarak 4 meter.
c. Menimbang 1 x dan
melambung ke arah kawan
dalam jarak 5 meter.
d. Melambung tanpa menimbang
ke arah kawan.
44
Aktiviti
Kemahiran
Pukulan
Forehand
(+50 minit)
1. Ansur maju
a. Perlakuan bayangan
pukulan forehand (tanpa
bola)
i. Posisi sedia
ii. Cekak Eastern
forehand dan
sediakan raket ke
belakang.
iii. Kedudukan tangan kiri
dan kaki yang betul.
iv. Hayunan raket dan
pukulan bola di
kedudukan yang betul.
v. Ikut lajak.
vi. Balik kekedudukan
bersedia.
b. Perlakuan pukulan forehand
(dengan bola) secara
individu.
i. Cekak Eastern
forehanddan sediakan
raket ke belakang.
ii. Kedudukan tangan kiri
dan kaki yang betul.
Permainan
Kecil
(15 minit)
Penutup
(10 minit)
Secara berpasangan.
Bermain mini tenis
menggunakan kemahiran
forehand sahaja dalam jarak 4
meter
45
Tenis
Tenis
BAB 5
1.
46
BAB 5
2.
47
Tenis
3.
48
4.
Tenis
CEKAK / GRIP
Dalam permainan tenis, cara memegang raket adalah penting kerana ianya berbeza
antara satu pukulan dengan pukulan yang lain. Sebagai contoh cara memegang
raket semasa membuat pukulan hadapan/forehand dengan pukulan kilas/
backhand adalah berbeza. Terdapat beberapa cara untuk membantu pemain
yang baru untuk memastikan genggaman atau cekak raket yang betul. Di sini kita
akan menggunakan kaedah pangkal jari telunjuk/base knuckle dengan panelpanel pemegang raket bagi memudahkan kita menggunakan raket dengan betul.
49
X berada di panel 3
Eastern Backhand
X berada di panel 1
Continental
Western Forehand
X berada di panel 4
Tenis
50
Tenis
Eastern Forehand
Eastern Backhand
Continental
- Digunakan sewaktu membuat
servis.
- Membantu menghasilkan kelajuan
raket.
- Dapat mempelbagaikan jenis
servis dengan cekak ini.
Western Forehand
- Mudah untuk membalas pukulan
topspin.
- Untuk pergerakan raket lebih laju.
- Mudah untuk mebuat pukulan
topspin.
1.
Eastern Forehand
51
Tenis
2.
3.
52
Tenis
Nota Guru
Pertimbangan-pertimbangan.
- Tangan bebas di gunakan untuk
imbangan.
- Badan hampir selari dengan
pagar tepi.
- Bola dipukul di paras antara
lutut dengan pinggang.
- Pukul bola di hadapan badan.
- Pastikan jarak bola dengan
badan adalah sesuai.
- Lajak raket tinggi ke atas.
- Pergerakan raket dari bawah ke
atas.
- Kembali ke posisi persediaan
seberapa cepat selepas
memukul bola.
53
Tenis
Tenis
Dengan raket
54
2.
Eastern backhand
55
Tenis
Tenis
Nota Guru
Pertimbangan-pertimbangan.
56
57
AKTIVITI / LATIH TUBI 1
1. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu X dan Y
2. Kumpulan X berada di sebelah kiri
gelanggang manakala kumpulan Y
berada di sebelah kanan gelanggang.
3. X memukul bola ke arah kumpulan
Y, selepas bola melantun Y akan
menangkap dan melambung
semula bola ke arah X. Dilakukan
secara berterusan.
4. Selepas beberapa ulangan, kumpulan
X pula akan melambung bola
manakala kumpulan Y memukul
Tenis
Tenis
2.
58
5.4 PUKULAN VOLI HADAPAN/FOREHAND VOLI
1. Voli ialah apabila seseorang pemain
memukul bola sebelum ianya
melantun di gelanggang.
Pemain selalunya melakukan voli
semasa berada di bahagian hadapan
gelanggang.
Eastern
Forehand
3. Kedudukan bersedia.
Langkah-langkah untuk melakukan
voli hadapan.
1. Bermula dengan kedudukan
persediaan.
Lutut dibengkokkan.
Badan direndahkan.
Raket di hadapan dan bersudut
ke atas.
Tangan kiri memegang leher
raket.
2. Bergerak pantas untuk
menjangkau bola.
Pusingkan badan, bahu kiri
menghadap ke jaring.
Berat badan berada di kaki
kanan.
3. Bersedia dengan kedudukan
selepas pusingkan (kilaskan)
badan untuk menekan/
menampar bola.
4. Lajakkan yang pendek sahaja
dan di dalam kawalan.
59
Tenis
4. PUKULAN KILAS/ BACKHAND VOLI
60
Tenis
AKTIVITI / LATIH TUBI 1
1. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu X dan Y
2. Kumpulan X berada di sebelah kanan
gelanggang manakala kumpulan Y
berada di sebelah kiri gelanggang.
3. Tanpa menggunakan raket Y1
melambungkan bola ke arah
kumpulan X1, X1 melakukan voli ke
Y2. Y2 akan menyambut dan meleret
bola kepada Y1, Y1 melambung
semula ke X2, X2 membuat voli ke Y2.
Y2 meleret semula ke Y1
4. Setelah beberapa ulangan, kumpulan
X melambung manakala kumpulan Y
membuat voli.
61
Tenis
Tenis
5.5 SERVIS
62
Continental
Nota Guru
Pertimbangan-pertimbangan.
- Tangan yang melakukan toss
hendaklah lurus.
- Bola dilambung ke hadapan
sedikit daripada badan.
- Kaki hadapan hendaklah berada
kira-kira 10cm dari garisan
belakang.
- Prinsip hayunan hayun ke
belakang (satu pusingan dari
bawah belakang kontek
bola).
- Bawa kaki belakang ke hadapan
untuk mendapatkan imbangan
badan.
- Semasa hayunan ke hadapan,
siku dibawa kedepan diikuti
pergelangan tangan dan keduadua kaki lurus.
- Gunakan pinggang, membantu
dalam memusingkan badan.
63
Tenis
AKTIVITI LATIH TUBI 1
1. Sebagai permulaan murid boleh
melakukan servis ke pagar.
2. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu X dan Y dan bergilir
melakukan servis ke arah satu sama
lain.
64
Tenis
5.6
LOB
Eastern Forehand
Eastern Backhand
65
Tenis
3. Langkah-langkah untuk melakukan
lob
1. Pusing ke sisi sambil membawa
raket ke belakang.
2. Serentak dengan perlakuan di
atas bawa sebelah kaki ke
hadapan.
3. Kedudukan raket hendaklah
lebih rendah daripada
kedudukan bola.
4. Pukul bola dari bawah ke atas.
66
Nota Guru
Pertimbangan-pertimbangan.
- Bola dipukul pada
kedudukan di hadapan
badan.
- Pindahkan berat badan
daripada kaki belakang
kepada kaki hadapan.
- Gunakan tangan yang bebas
bagi mengimbangi badan.
- Permukaan raket hendaklah
dibuka semasa melakukan
lob.
AKTIVITI LATIH TUBI 1
1. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu X dan Y
2. Kumpulan X berada di sebelah kanan
gelanggang manakala kumpulan Y
berada di sebelah kiri gelanggang.
3. Tanpa menggunakan raket Y1
melambungkan bola ke arah
kumpulan X1, X1 akan membuat
lob bola ke Y2. Y2 akan menyambut
dan meleretkan bola kepada Y1. Y1
seterusnya akan melambungkan bola
ke kumpulan X2, dan seterusnya
Tenis
AKTIVITI LATIH TUBI 2
1. X1 akan bersedia di hadapan
gelanggang, Y1 akan melambung bola
ke bahagian belakang gelanggang, X
1 akan mengejar bola tersebut
sebelum membuat lob ke gelanggang Y.
67
5.7 SMESH
Continental
Tenis
2.
68
Tenis
Nota guru
Pertimbangan-pertimbangan.
- Sebaik sahaja kita
menghayun untuk
memukul bola, biarkan
tangan kiri jatuh
- Lajakan terus pukulan
dengan membawa raket
melepasi sisi kiri badan.
- Pastikan berlakunya
pemindahan berat badan
daripada kaki belakang
kepada kaki hadapan.
69
Tenis
AKTIVITI LATIH TUBI 3
Tenis
ISTILAH-ISTILAH PENTING
70
71
Tenis
Tenis
PENGHARGAAN
PANEL PENULIS
Azman bin Ahmad
Mohamad Khusaini bin Hassan
Sajali bin Mohd Subari
Md Yasin bin Mahoon
72
73