Anda di halaman 1dari 27

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

PROFIL DIRI

NAMA

: MOHAMMAD QAYYUM BIN MOHAMMAD SOBRI

NO I/C

: 930915-02-5099

UNIT

: PISMP PAI 2 SEMESTER 8

NO MATRIK

: 125184

ALAMAT

: NO 187, KM 12, BATU 7 , SIMPANG EMPAT,


06650, ALOR SETAR, KEDAH.

sabar itu susah tapi hasilnya indah

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

TUGASAN 1

1.0

PENGENALAN

Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut


mengalami perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin
mencabar. Pada era ini tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad
kepada mengajar dan mendidik sahaja namun bidang tugas sebagai seorang
guru semakin meluas selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini
memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya
bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru
lebih

banyak

berperanan

sebagai

pemudah

cara

pengetahuan

yang

seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan


situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan
perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif
dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge
worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21.
Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini,
guru-guru perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga
produk mereka mendapat pengiktirafan. Oleh itu, nilai-nilai murni perlu
dikuasai oleh guru-guru ini. Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah
konsisten dengan hala tuju dan falsafah pendidikan negara. Dalam menuju
negara maju tahun 2020 dan pembelajaran bertaraf dunia, para guru
haruslah mempunyai sikap dan semangat yang tinggi serta bersifat proaktif
dalam menjayakan iltizam dan harapan bangsa.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

2.0

EDU 3083

ULASAN ARTIKEL

Pada pendapat saya, saya sangat setuju dengan artikel yang saya
telah pilih kerana dewasa ini kita kerapkali dikejutkan dengan isu-isu negatif
mengenai sahsiah guru. Antaranya ialah isu guru ponteng sekolah, guru rogol
pelajar, guru dera pelajar malah baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan
berita kematian murid tahun satu meninggal dunia akibat didera oleh warden
asrama yang juga seorang guru atas kesalahan mencuri wang. Ia merupakan
satu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan
prosedur dan garis panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru
mempunyai

objektif

dan

niat

murni

untuk

mendidik

pelajar.

Namun

pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah serta selaras


konsep JERI iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual yang ingin diterapkan kepada pelajar.
Hal ini kerana saya berpandangan, zaman guru bengis dan tidak mesra
pelajar sudah berlalu. Guru wajar dihormati bukan ditakuti. Pelajar akan
berasa dihargai jika guru sering berdamping dan menasihati pelajar nakal
dengan menjadi suri teladan yang baik. Umpamanya, menyedarkan pelajar
bahawa mereka menjadi harapan ibu bapa untuk mengubah nasib sendiri
dan keluarga. Mereka belajar pelbagai ilmu dan kemahiran serta nilai di
sekolah agar menjadi ahli masyarakat mulia dan berguna kepada agama,
bangsa dan negara.
Memang tidak dinafikan salah laku dan disiplin pelajar merunsingkan
semua pihak. Apatah lagi kini pelajar terdedah kepada persekitaran dan
media yang memerlukan guru cakna dan waras dalam tindakan. Guru harus
banyak bersabar dan tabah menghadapi kerenah pelajar dewasa ini.
Rasionalnya mereka budak yang nakal, berbuat salah dan silap tetapi
manusia yang bernama guru menerima tanggungjawab mendidik, mengajar,
mengasuh dan membentuk manusia yang bakal menjadi warganegara
berprinsipkan Rukun Negara.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

Pada perenggan yang ketiga artikel, saya sangat bersetuju dengan


penerapan sikap positif yang menjadi budaya persekitaran setiap individu
dengan bermulanya sikap positif ini daripada seorang bergelar guru. Perkara
ini sangat dominan kerana akan membentuk persekitaran yang positif
terhadap jasmani, emosi, rohani dan intelek sesseorang murid. Secara
langsungnya, mereka dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.
Perenggan

yang

keempat

menjelaskan

tentang

pengalaman

menentukan keperibadian dan sahsiah seorang guru dalam mendidik muridmuridnya. Fakta ini jelas kerana guru yang banyak pengalaman dapat
mengawal dan memahami keadaan muridnya dan dapat menyelesaikan
masalah

yang

dihadapi

dengan

pengalaman

yang

ada.

Dalam

hal

ini,walaupun guru itu merupakan guru novis namun penampilannya akan


lebih

menonjol

jika

dia

mempunyai

banyak

pengalaman

luar

dalam

menyelesaikan masalah murid dengan membuat keputusan yang tepat dan


efektif.
Biar apapun bebanan tugas dan disiplin pelajar yang dihadapi, guru
mesti berpegang pada nilai murni dan akhlak yang baik untuk dijadikan
contoh teladan kepada murud-murid. Usaha mendidik dan membangunkan
nilai manusia tidak semudah membina bangunan perlu diberi penekanan
sepenuhnya. Sekali gus, guru disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan.
Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
Dalam konteks pendidikan, sebagai seorang guru adalah menjadi
tanggungjawab dan tugas kita untuk melahirkan pelajar yang berwawasan
serta mempunyai etika dan kemoralan yang tinggi. Setiap guru harus sedar
bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya mengajar, tapi
perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor
kepada pelajar. Sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar bukan
sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar
untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di
peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat


dari aspek jasmani sahaja, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani,
naluri dan akal individu. Menurut Shahabudin dan Rohizan (2007), sahsiah
bermaksud akhlak. Akhlak pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak
terpuji

dan

akhlak

tercela.

Abdullah

pembangunan sahsiah berdasarkan

Nashih

(1994)

mendefinisikan

Terdapat empat unsur dasar dalam

sahsiahiaitu pembinaan akidah , ibadah ,akhlak dan penampilan . Keempatempat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian
atau dalaman manusia.

Isu berkaitan sahsiah guru memberi kesan kepada dua aspek iaitu
aspek diri dan aspek sekolah. Dalam aspek diri guru itu sendiri, yang
menyebabkan bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara yang ciriciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya, tingkah
laku yang biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan
pemikirannya.
Guru yang melanggar Etika Profesion Perguruan tidak dapat mengajar
dan mendidik muridnya mengikut masa dan jadual yang ditentukan. Ini akan
memberi kesan yang buruk kepada murid-murid yang memerlukan khidmat
bakti guru terbabit. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat
berjalan dengan baik, murid-murid pula akan mendapat akibat daripada
perbuatan guru tersebut.
Selain daripada kesan yang akan diterima oleh anak-anak didik
mereka, prestasi sekolah juga akan turut terjejas. Peratus kelulusan mengikut
subjek yang diajar oleh guru berkaitan akan menunjukkan kemerosotan
berikutan masalah yang dihadapi dan prestasi sekolah akan menurun. Ini
akan merugikan murid-murid, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri dan guru itu sendiri.
Murid-murid dan rakan-rakan sejawat dalam Profesion Perguruan juga
akan mula menjauhkan diri , jika masalah tersebut semakin teruk guru

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

berkaitan akan semakin tertekan dan tidak dinafikan dia akan melakukan
perkara-perkara yang lebih buruk lagi. Hal ini akan menyebabkan keadaan
tidak akan terkawal, kecuali dengan memberi perkhidmatan kaunseling
kepada guru terbabit.
Sudah jelas dinyatakan di dalam artikel, dalam pembentukan sahsiah
nilai-nilai integriti amat penting di tanam dalam jiwa guru-guru. Integriti juga
adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendorong prinsip
moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan
yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan.
Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.

Contoh aspek guru yang berkesan hendaklah mempunyai nilai integriti


dalam diri mereka. Ini adalah kerana di dalam nilai integriti terkandung
empat petunjuk di dalam nilai integriti iaitu adil, amanah, akauntabiliti dan
telus. Guru perlu bersikap adil dalam pengajarannya di sekolah, seperti
masuk ke kelas tepat pada waktunya, keluar kelas mengikut masa yang
ditetapkan, tidak sepatutnya guru mengamalkan sikap curi tulang dan
memberi ilmu pengetahuan kepada murid tidak berdasarkan kepada rupa
paras , tahap pemikiran, latar belakang keluarga murid dan sebagainya. Guru
juga perlu adil dalam memberi hukuman atau tugasan kepada murid.
Selain itu, untuk membentuk keperibadian yang mulia ialah amanah
seperti yang ditekankan dalam artikel pada perenggan ynag keenam. Guru
sudah semestinya perlu mempunyai sifat positif dalam dalam mendidik
murid-murid untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Guru
hendaklah menyampaikan maklumat yang benar, fakta yang jelas dan
mengajar murid bercakap benar. Ini adalah kerana guru menjadi role model
kepada anak didiknya, segala ilmu yang disampaikan haruslah benar dan
mengikut sukatan pelajaran yang telah ditentukan.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

Contohnya, guru perlu mendidik murid-muridnya supaya menjawab


soalan

dengan

amanah

dan

berhati-hati

ketika

menduduki

kertas

peperiksaan, tanpa boleh meniru jawapan orang lain atau mengambil sumber
maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan. Ini akan
dapat membiasakan mereka melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.
Seterusnya berkaitan dengan akauntabiliti. Akauntabiliti juga salah
satu sifat positif yang bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa
maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan
di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri,
sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Ia juga
bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengetua atau
guru besar mengikut masa yang telah ditetapkan.

Contohnya program yang perlu dijalankan adalah selama sebulan, guru


perlu

menyediakan

kertas

cadangan,

merancang

aktiviti

bersama

Jawatankuasa yang dilantik, menjalankan mesyuarat bersama guru besar


atau pengetua membuat perbincangan dan seterusnya memastikan program
yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut jadual yang telah disusun.
Jika sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya
mengikut perancangan, guru tidak boleh menyalahkan pihak lain atas
perkara yang berlaku, kerana setiap permasalahan yang melanda pasti ada
sebab musababnya. Oleh yang demikian, seharusnya sebagai seorang guru
perlu ada sikap akauntabiliti bagi memberi impak yang positif terhadap diri
sendiri, organisasi dan perkhidmatan perguruan.
Guru

perlu

muhasabah

diri

sendiri

dan

cuba

memperbetulkan

kesilapan diri sendiri. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan


penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu
serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,


kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang
guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajarpelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental,
politik, sosial dan perkara-perkara lain.
Daripada
memantapkan

penelitian

saya

keperibadian

guru,

tentang

artikel

guru

hendaklah

yang

dipilih,

membimbing

bagi
dan

mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau


hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah
kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap
proses pembelajaran. Guru wajib memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas
harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini
adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh
pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru
supaya mereka tidak dibenci,di pandang serong dan tidak dihormati lagi oleh
anak muridnya.

Guru

digalakkan

melengkapkan

diri

dengan

pelbagai

ilmu

pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa


atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti
berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi
mental dan fizikal.
Perkara yang terakhir ialah telus iaitu menjalankan tanggungjawab
sebagai

guru

dengan

telus,

menjalankan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran mengikut apa yang telah diamanahkan. Sekolah ialah tempat


seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai sifat telus terhadap perkembangan

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga
hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin,
kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran
dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.0

KERTAS CADANGAN

KERTAS KERJA PROGRAM JATI DIRI


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU RAKIT, TERENGGANU

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

10

EDU 3083

TAJUK

PROGRAM JATI DIRI

TEMPAT

DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU RAKIT

TARIKH

3 NOVEMBER 2016

HARI

AHAD

MASA

11.00 PAGI HINGGA 01.15 PETANG

NAMA PENGANJUR :

1.

MOHAMMAD QAYYUM BIN MOHAMMAD SOBRI

PENGENALAN
Program

Jati

Diri

membantu melahirkan
Asasnya

sebagai

merupakan

generasi

guru

sebuah
yang

usaha

kami

untuk

berpandangan

jauh.

guru, mereka semestinya mempunyai matlamat yang

jelas dalam merencana strategi kecemerlangan pelajar terutamanya pada


abad ke-21 ini.

Fokus yang tepat dan berterursan , perubahan sikap guru

yang menentukan kejayaan itu ke arah positif atau

negatif. Dalam program

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

11

ini, matlamat

EDU 3083

utama adalah melahirkan guru yang mempunyai matlamat

perjuangan dan kecemerlangan yang jelas untuk diri , keluarga dan negara.

2.

RASIONAL

Program ini dijalankan bertujuan untuk melahirkan dan membentuk guru


yang berdisiplin serta memberi kesedaran tentang kepentingan sahsiah
peribadi membentuk murid yang berkualiti.

3.

OBJEKTIF :

3.1 Meningkatkan profesionalisme keguruan.


3.2 Mendedahkan guru-guru kepada cabaran terkini dalam bidang
pendidikan.
3.3

Meningkatkan

pengetahuan

dan

kemahiran

profesionalisme

keguruan secara
berterusan
3.4 Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional
keguruan

4.

KUMPULAN SASARAN

Semua guru dan kakitangan SK Batu Rakit seramai 71 orang.

5.
MASA

TENTATIF PROGRAM
AKTIVITI

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

12

EDU 3083

10.45 pagi hingga 11.00 pagi

Guru mengambil tempat duduk di dewan

11.00 pagi hingga 1.00 petang

Slot

motivasi

Pencetus

tentang

Keperibadian

Sahsiah

Guru

Murid

yang

disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Bin


Sulaiman
(Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Wan Abdul Samad)
01.15 petang

6.

Majlis bersurai

JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM


PENGERUSI

: HJ AZIS BIN ABD RAHMAN (Guru Besar SKBR)

NAIB PENGERUSI

: PN ROS NANI BT ITENG (PK HEM)

SETIAUSAHA

: PN ROSMAWATI BT ABDUL GHANI

PENYELARAS PROGRAM : PN SAFINAH BT MD SAID

AHLI JAWATANKUASA KERJA :


1.

Persiapan Tempat

IRWAN SUHARDI BIN HUSSIN


2.

Siaraya

MAHAZIR BIN MAD JIWA


3.

Pengerusi majlis

SAFINAH BT MD SAID
4.Dokumentasi Program

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

13

EDU 3083

ROSMAWATI BT ABDUL GHANI

7.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi

Perkara

Harga (RM)

kuantiti

Jumlah (RM)

l
1.

Jamuan guru ( minum

3.00

71 orang

213.00

2.

petang )
Cenderahati

100.00

1 orang

100.00

penceramah
JUMLAH

SUMBER KEWANGAN :

Peruntukan LDP dari PPD

9.

PENUTUP

313.00

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

14

EDU 3083

Program Jati Diri ini merupakan satu pendekatan yang dirancang khususnya
untuk guru-guru supaya boleh mendisiplinkan diri dan mengikut penampilan
sebenar apa yang telah ditetapkan dalam Kod Etika Keguruan supaya tidak
berlaku masalah sahsiah yang tidak diingini. Dalam hal ini, semua guru harus
menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Menghadapi cabaran globalisasi
yang tiada sempadan ini memungkinkan semua terpengaruh dengan budaya
luar yang boleh menjejaskan keperibadian murid kerana guru merupakan
seorang suri teladan bagi setiap murid.

Di sediakan oleh :

_________________

(MOHAMMAD QAYYUM BIN MOHAMMAD SOBRI)


Guru Pelatih Sekolah Kebangsaan Batu Rakit.

Disahkan oleh,

_________________

(HJ AZIS BIN ABD RAHMAN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Rakit.
4.0

PENUTUP

Kesimpulannya, harus diingat bahawa pelakuan seharian kita sebagai


seorang guru sentiasa diperhatikan dan seringkali ditiru oleh pelajar. Seorang

15

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

guru harus menunjukkan contoh yang terbaik supaya kita menjadi role model
kepada setiap pelajar kita. Jadi, sebagai seorang guru, kita seharusnya
memperbetulkan dan merperindahkan dulu budi pekerti dan kemoralan diri
kita sebelum menasihat atau menegur pelajar supaya pelajar menyanjung
dan memartabatkan kita sebagai role model terbaik untuk dirinya.
Zaman telah berubah, peningkatan intelek, akademik, persekitaran
dan arus kemodenan telah banyak mengubah masyarakat moden kini yang
lebih berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas. Oleh yang demikian
guru-guru perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama
berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memikul
semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam
erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan
sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat yang
telah ditetapkan demi menjana transformasi terhadap guru, organisasi dan
perkhidmatan perguruan menjadi lebih maju dan semakin efektif.

TUGASAN 2

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

16
1.0

EDU 3083

PENGENALAN

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat


penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru,
yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara
memerlukan

usaha-usaha

yang

strategik

yang

boleh

meningkatkan

keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan


cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek
ekonomi, budaya dan politik perubahan aspek tersebut amat hebat dan
pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir.
Intelektual akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah,
wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian
kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi
batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata
prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi,
organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam
menghadapi

gelombang

perubahan

alaf

baru

perlu

berfungsi

pada

landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.


Justeru,

untuk memastikan

keberkesanan

organisasi

pendidikan,

aspirasi murid diwujudkan untuk meningkatkan tahap kualiti murid dan


seterusnya
dijalankan.

membuktikan

keberkesanan

sistem pendidikan yang

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

17

2.0

EDU 3083

ESEI

Standard Guru Malaysia menggariskan kompetensi profesional yang patut


dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi
yang ditetapkan. Guru sendiri berperanan sebagai suri teladan kepada murid,
oleh itu untuk membudayakan ilmu guru haruslah menjadi orang yang
cintakan ilmu. Caranya adalah sentiasa berusaha mencari peluang untuk
menambah ilmu yang
seorang

guru

boleh

sedia

ada.

Untuk

merancang

menambah

pengetahuan,

pelan pembelajaran peribadi sendiri

untuk dijadikan panduan. Pelan pembelajaran peribadi boleh dibahagikan


kepada

lima

bahagian

iaitu

pembelajaran di rumah,pembelajaran

dewasa, pembelajaran berterusan, pengetahuan pekerja, dan persekitaran


pembelajaran kendiri.
Teori
tahun

Perkembagan

1986

peringkat.

Guru

Trotter

telah membahagikan

Lima

peringkat

tersebut

yang

diperkenalkan

perkembangan guru

pada

kepada lima

adalah peringkat novis, peringkat

novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar.


Guru novis adalah peringkat permulaan. Peringkat novis dikatakan
bermula

pada tahun pertama perkhidmatan. Pada peringkat ini, mereka

perlu akan menggunakan pembelajaran di rumah untuk menambahkan


pengetahuan mengenai perkara yang berlaku. Guru novis masih belum
memiliki

kemahiran-kemahiran

pengajaran

di

dalam

sebuah

yang

diperlukan

kelas

kerana

untuk mengendalikan

masih

baru

memulakan

perkhidmatan. Untuk itu, mereka perlulah sentiasa berusaha mencari jalan


untuk mempelbagaikan teknik pengajaran yang digunakan di dalam kelas.
Terdapat pelbagai cabaran sebagai guru novis untuk menerima
cabaran pendidikan pada zaman sekarang yang telah mencapai abad ke-21
ke arah menyediakan diri sebagai pembimbing, pembentuk tingkah laku dan
pengurus pembelajaran. Antara cabaran terbesar dihadapi oleh guru pada

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

18

EDU 3083

abad ke-21 ialah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak


dinafikan perkembangan semasa memberi kesan kepada proses sahsiah,
terutamanya pelajar.

Kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan


keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Oleh sebab itu, guru perlu
sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami
tanggungjawab

serta

memberikan

komitmen

dengan

melaksanakan

pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.


Transformasi

perlu

seiring

dengan

semangat

1Malaysia

yang

mementingkan perpaduan. Guru daripada pelbagai latar belakang, anutan


agama atau bangsa haruslah melibatkan diri dalam proses membentuk
perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh serta
berkekalan.

Maka,

dalam

menjayakan

harapan

tinggi

bagi

menjana

transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak berkorban,


bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan
dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat
supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.
Oleh itu peranan guru pada abad ke-21 sangat besar kerana perlu
melahirkan pelajar yang kaya maklumat tentang sains dan teknologi,
mempunyai kekuatan minda kreatif dan proaktif, nilai-nilai luhur dan harmoni,
semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan dan mempunyai keterampilan diri
yang baik. Bagi melahirkan pelajar seperti ini, maka para pendidik dan guruguru pelatih perlulah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu pembelajaran abad
ke-21. Antara ciri-cirinya adalah guru tersebut perlu menguasai subjek yang
diajar,

mahir

pembelajaran.

dan

berketerampilan

Selain

itu,

sebagai

dalam
guru

pedagogi

novis

juga

pengajaran
perlu

dan

memahami

perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Para guru juga perlu


memahami psikologi pembelajaran serta memiliki kemahiran kaunseling.
Guru abad ke-21 perlu mahir menggunakan teknologi terkini supaya dapat
mengaplikasikannya di dalam pengajaran.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

19

EDU 3083

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang


mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu
komited dan menguasai dalam pelbagai bidang. Ini kerana penting bagi
seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan
diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana
guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik
berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.
Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu
berani mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan
Sains Komputer dengan Pendidikan Islam Pendekatan Bersepadu. Perkara ini
secara langsungnya dapat memastikan seseorang pendidik itu mampu
menguasai

pelbagai

bidang.

Guru

juga

hendaklah

mengamalkan

pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang


berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
Selain itu, guru abad ke-21 juga perlu mengikuti perkembangan
tentang Dasar dan Isu Pendidikan. Seseorang guru yang berpengetahuan
akan

sentiasa

mengikuti

perkembangan

yang

berlaku

khususnya

perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang


akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi
sekolah berasaskan ICT perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru
yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang
berkualiti dan berkemahiran.
Perkara yang paling penting seorang guru juga perlu mahir dalam
pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Kekuatan profesion perguruan
dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga
bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan
pedagogi.

Pengetahuan

pedagogi

ini

bukanlah

berdasarkan

kepada

pengalaman atau pengetahuan tradisional yang mana sistem P&P diamalkan


hanya berpusatkan kepada guru . Bagi melahirkan modal insan yang
mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu wajib mencuba untuk
mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

20

EDU 3083

pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan


guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan
positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.
Guru pada abad ini juga perlu mahir menggunakan teknologi terkini.
Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang
untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia
menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam
pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai
satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi
menyelesaikan urusan harian.
Selain itu, guru abad ke-21 juga perlu menerapkan nilai-nilai murni
iaitu para pelajar mempunyai akhlak yang baik. Beretika merupakan satu
elemen sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat
mewujudkan

kesejahteraan

dan

keharmonian

negara.

Selain

daripada

mendapat pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus


menitikberatkan

perlakuan

baik,

peradaban

dan

tatasusila

di

dalam

hubungannya sesama manusia terutamanya pelajar, rakan sekerja serta


masyarakat.
Untuk

menanggani

cabaran-cabaran

yang

dihadapi

tersebut,

seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional
sesuai dengan peroses globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan
Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah
guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui
latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara
kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu
dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula,
bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan,
pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila
guru

telah

merancang

sesuatu

program

mengajar

mengikut

prinsip

21

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang


ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid.
Selain itu, melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik
mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas dengan memberikan banyak aktiviti pengayaan, manakala
murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan
pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme.
Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik
generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedahkaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik
dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak
berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi
bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Oleh itu, suatu anjakan
paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa
berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan
global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak
cabaran kepada pendidik untuk mencapai misi nasional. Para guru mesti
bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang
semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
pendidik

sebagai melengkapkan

diri

dengan

kemahiran

terkini

bagi

menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan


komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan

negara

maju

menjelang

2020.

Guru

juga

harus

memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat


masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan
elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian
sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai
oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

22

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

Selain itu juga, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir


dan berakhlak mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan
menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isuisu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa
berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru
yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang
di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin
mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan
nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan
nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi
warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
Di

samping

itu,

guru

juga

mestilah

berupaya

membuat

keputusan,menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para


pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar
tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.

Tanggungjawab

merupakan

suatu

perkara

yang

amat

penting

untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru
perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk
nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada
mereka untuk kepentingan anak-anak mereka.
Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti
mengelak

dari

menyebar

perkara

negatif,

menghormati

masyarakat

setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Akhir sekali


ialah tentang tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti
mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan
yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

23

3.0

EDU 3083

PENUTUP

Kesimpulannya guru merupakan insan yang amat berjasa sehinggakan Usman Awang
mengungkapkan kata-kata penghargaan beliau kepada guru dalam sajak karangan
beliau yang bertajuk Guru Oh Guru. Tidak ada permulaan seseorang manusia yang
berjaya tanpa kehadiran seorang guru.

Perkataan pengorbanan amat

sinonim

dengan guru. Namun, disebalik pengorbanan dan jasa seorang guru, dunia perguruan
juga tidak sunyi dengan kehadiran pelbagai isu yang menarik perhatian masyarakat
untuk diperkatakan dan wajar diambil perhatian agar kebajikan dan profesionalisme
keguruan dapat dipertingkatkan.
Di era globalisasi yang amat pesat, antara isu yang melingkari bidang perguruan
adalah isu beban tugas guru. Hal ini berlaku kerana kepesatan perkembangan teknologi
menuntut guru untuk bergerak seiringan dengan perkembangan semasa bagi

24

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

memastikan apa yang disampaikan sentiasa releven dan murid yang dididik mampu
mendepani perkembangan yang berlaku dipersekitaran .Seorang guru tidak boleh
menjadi seperti katak di bawah tempurung, yang tidak tahu perkembangan semasa,
mengajar dan mendidik pelajar dengan kaedah dan cara yang lama.

BIBLIOGRAFI

Kamaruddin,

K.

(2007). Tekanan

Kerja

di

Kalangan

Guru

Sekolah

Menengah.Tanjung
Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamad, J. (2003). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Mustafa, S. I. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan


Profesional.Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

25

Razali,

M.

F.

(2010). Beban

Tugas

Guru

Cahaya

Menanti

di

EDU 3083

Hujung

Terowong.Kuala
Lumpur: Pendidik Sdn Bhd.

Razali, M. F. (2010). Tugas Rencam Bebankan Guru. Kuala Lumpur: Pendidik


Sdn Bhd.

Internet
http://mindamurabbi.blogspot.com/2012/09/beban-tugas-guru.html
http://www.nutp.org/new/ms/node/43
http://www.scribd.com/doc/163397547/Isu-Tekanan-Emosi-Guru-AkibatBebanan-Kerja

LAMPIRAN

Artikel Isu Etika Penampilan Guru

Masalah guru ponteng sekolah terletak di bawah isu penampilan guru. Isu
etika Penampilan Guru dipengaruhi oleh tiga Faktor iaitu pendidikan,
persekitaran dan pengalaman. Berdasarkan isu artikel yang di petik

26

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

dari laman web rasmi (JHEIANS), jelas menunjukkan bahawa isu guru
ponteng adalah termasuk dalam kategori isu penampilan guru.
Faktor pendidikan merupakan faktor lebih memfokuskan pendidikan
awal yang diterima oleh seseorang guru. Jika pendidikan pendidikan yang
berterusan diberikan oleh keluarga, maka pembentukan sikap juga terbina
kesan daripada pendidikan tersebut. Kebiasaannya guru yang terdidik dalam
keluarga

yang

mementingkan

penampilan

sahsiah

diri

turut

akan

menonjolkan penampilan diri dalam amalan kehidupan dan perkhidmatan


yang mereka ceburi.
Penampilan diri yang disebabkan oleh faktor persekitaran amat luas
skopnya termasuklah keluarga, kebuadayaan, pengaruh sekolah, media
massa, pengalaman dan masyarakat. Walaubagaimanapun, persekitaran
yang baik dan harmonis boleh mempengaruhi sikap yang positif dan
sebaliknya. Ini bermaksud bahawa guru boleh menunjukkan penampilan diri
mereka yang lebih baik, jika mereka bijak membawa diri dalam suasana
dalam persekitaran yang ada. Guru seharusnya mempunyai jati diri agar
mereka tidak terpengaruh dengan penampilan negatif yang ditunjukkan oleh
persekitaran mereka.
Faktor pengalaman juga memberikan kesan kepada penampilan
seseorang guru. pengalaman hidup dan kerja seseorang guru juga, dapat
mempengaruhi sikapnya sama ada kearah yang lebih postif atau negatif.
Seseorang

guru

yang

mempunyai

pengalaman

yang

luas

dalam

bidang perguruan tentunya lebih memahami dan mudah beradaptasi dengan


mana-mana sekolah di mana dia ditugaskan berbanding dengan guru yang
masih lagi mentah di dalam bidang ini. Oleh yang demikian kita boleh lihat
bahawa guru yang sudah berpengalaman lebih menonjolkan penampilan diri
mereka berbanding guru permulaan yang baru ditempatkan di sekolah.
Aspek
mencerminkan

peribadi
seorang

guru
guru

yang
yang

bersifat
sejati

tidak
dengan

sesuai,

dan

tidak

tingkahlaku

yang

merendahkan martabat diri, contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk


sekejap kemudian tinggalkan murid membuat kerja sendiri, dan suka
membuang masa mencerminkan penampilan peribadi guru itu yang perlu di

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

27

EDU 3083

ubah. Ini juga termasuklah isu guru ponteng yang menunjukkan peribadi
negatif kepada murid yang memandang guru sebagai role model.
Aspek yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap
positif dan memiliki keterampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak
dipertikaikan, berfikiran terbuka, pandai mengurus masa dan keperibadian
yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat , mengajar
dengan penuh dedikasi, suka berkerjasama dengan rakan sejaran dan
mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisma dan profesionaliti yang tinggi
perlu ada pada setiap individu yang bergelar pendidik.
Setiap pergerakan guru juga akan mengambarkan penampilan diri
guru yang berkenaan. Cara duduk guru turut dalam pemerhatian murid di
sekolah. Murid sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses
pengajaran dan pembelajaran.
Guru yang mempunyai penampilan diri yang baik akan sentiasa
disenangi murid. Seseorang guru yang mempunyai sifat-sifat penampilan
yang mulia dalam diri mereka akan sentiasa mempunyai sifat yang peramah,
mesra, penyanyang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak, untuk
menarik

perhatian

murid

kepada

proses

pembelajaran

yang

sedang

berlaku. Guru yang mempunyai penampilan diri akan sentiasa berusaha


menepati masa, menghadiri kelas, ikhlas dan sabar semasa menyampaikan
pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan
yakin kepada diri.
Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, "Contoh teladan guru
inilah

yang

banyak

membantu

pembentukan

akhlak

pelajar.

Mereka

seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun


ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."

Anda mungkin juga menyukai