kepada bahasa Inggeris iaitu hockey. Walaupun permainan hoki tidak sepopular bola sepak
tetapi hoki merupakan permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Permainan hoki
merupakan satu permainan yang popular bagi kaum lelaki dan wanita. Terdapat dua jenis
hoki iaitu di atas padang rumput dan di main di dalam gelanggang ais. Di Malaysia, sejarah
perlawanan hokinya hampir sama dengan negara India. Hal ini kerana permainan ini di
bawa oleh askar dan kakitangan Brtitish pada tahun 1892. Selepas lebih dua dekad
permainan hoki ini mula diminati oleh penduduk tempatan.
Pada tahun 1923, Malaysia telah berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan
telah mengadakan perlawanan persahabtaan dengan India yang pada ketika itu baru sahaja
memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik. Pada tahun 1904, perlawanan hoki pertama
telah dijalankan antara negeri Selangor dan Singapura. Impak daripada perlawanan ini
bilangan pemain kian bertambah. Ramai yang giat untuk menceburkan diri secara serius
dalam permainan ini.
Dalam permainan hoki, kemahiran memainkan peranan yang penting. Pelbagai
kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada dalam permainan ini
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antara kemahiran yang perlu dikuasai adalah
memukul, menggelecek, menguis dan merebut. Di samping itu, hoki merupakan permainan
yang melibatkan fizikal dan mental yang tinggi. Dari aspek fizikal ianya melibatkan unsur
seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi yang berkesan serta teknikal.
Apabila seseorang pemain dapat menguasai kemahiran-kemahiran permainan hiki, maka
mereka dapat mengaplikasikannya dalam bentuk individu dan mereka kreativiti semasa
bermain.
Dalam usaha untuk belajar dan berlatih menguasai teknik dasar seharusnya melalui
beberapa tahap. Misalanya dari beranjak paling mudah ke kompleks. Teknik dasar
merupakan satu perkara yang penting sebelum beranjak ke kemahiran yang seterusnya. Hal
ini agar individu dapat melakukan gerakan dengan betul.
Pada 14 Julai yang lalu, satu pertandingan hoki telah diadakan IPG Kampus Tuanku
Bainun. Pertandingan ini dikelolakan oleh guru pelatih 5 PISMP Sejarah. Pertandingan hoki
ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Hal ini kerana, pelbagai persediaan awal
dilakasanakan dengan rapi oleh guru pelatih. Perkara pertama yang dilakukan adalah
mesyuarat pelantikan ahli jawatankuasa. Setiap ahli jawatankuasa yang dipilih telah
diamanahkan dengan tugasan masing-masing. Pembahagian tugasan telah meringankan
beban masing-masing dalam usaha untuk mengelolakan pertandingan hoki.
Seterusnya, sebelum pertandingan dijalankan kami telah diamanhkan untuk
menyediakan peralatan seperti bola, hoki, skittle, wisel dan sebagainya. Malah, ahli
jawatankuasa yang bertanggungjawab telah membersihkan padang dan membuat
persediaan denagn melukis garisan padang hoki. Pertandingan ini melibatkan tujuh
kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli. Corak permainan
pertandingan hoki ini adalah berkonsepkan pertandingan separuh liga. Bagi melancarkan
lagi pertandingan ini, pengadil, pencatat masa, pencatat markah telah dilantik supaya tidak
berlaku sebarang pertikaian terhadap keputusan pertandingan itu.
Sepanjang pertandingan ini dijalankan beberapa orang pensyarah telah dijemput
untuk memeriahkan lagi suasana pertandingan. Di samping itu, pensyarah bagi mata
pelajaran Permainan turut hadir untuk memantau dan membuat penilaian terhadap
pengelolahaan pertandingan hoki. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan yang keenam
diikuti oleh kumpulan yang keempat dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan lima.
Kumpulan kami hanya mendapat 1 mata dalam dua kali perlawanan. Pada mulanya,
kumpulan kami berlawan dengan kumpulan Kiren, Satish dan Falynaa, kemudian disusuli
dengan kumpulan Syafiqah, Satish dan Henrieta.
Tambahan pula, perlawanan yang dijalankan sangat sengit memandangkan semua
pasukan bersungguh-sungguh untuk menang dan bermain dengan penuh semangat.
Perlawanan menjadi hangat apabila masuk separuh masa pertama. Hal ini kerana, suasana
semakin hangat apabila penonton memberikan kata-kata semangat terhadap pasukan yang
disokong. Tidak dinafikan bahawa, ahli jawatankuasa yang terlibat memberi sepenuh
komitmen sehingga perlawanan berjaya dilaksanakan dengan lancar. Malah hukuman
kepada pemain dan keputusan yang diperoleh oleh setiap kumpulan sama sekali tidak
dipertikaikan oleh pemain mahupun penonton.
Setelah semua kumpulan berlawan antara satu sama lain mengikut jadual
perlawanan, maka keputusan perlawanan diumumkan oleh ahli jawatankuasa yang terlibat.
Pemenang mendapat tepukan yang sangat gemuruh daripada penonton. Sesi refleksi dan
nasihat diadakan setelah semua pemain dan ahli jawatankuasa selesai melaksanakan tugas
masing-masing. Pengelolaan perlawanan hoki ini merupakan satu pengalaman yang
baharu. Hal ini kerana,
pengalaman dalam permainan dan pengelolaan pertandingan ini. Oleh yang demikian,
pelaksanaan pertandingan ini sedikit sebanyak membuka mata guru pelatih semester 5
PISMP Sejarah untuk mendapat keyakinan bahawa setiap orang mampu melakukan
sesuatu perkara walaupun pada mulanya kelihatan mustahil.
Tambahan pula, pengalaman dan corak permainan berbeza yang dipersembahkan
oleh setiap kumpulan memberikan satu persepsi kepada ahli kumpulan yang lain bahawa
strategi permainan dan penguasaan peraturan menjadi tonggak utama untuk mendominasi
perlawanan. Ucapan tahniah diberikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan atas
usaha dan penat lelah yang ditaburkan.
Disediakan oleh :
Nor Hazwani Binti Yusof
Muhammad Nur Arif Bin Zainuri
Ratna Tharsni A/P Kunnaselan
Refleksi
Sepanjang mengelolakan permainan hoki, terdapat banyak perkara yang dapat kami
pelajari. Antara perkara penting yang kami peroleh adalah semangat kerjasama antara ahli
dalam sesuatu organisasi ataupun pasukan. Kerjasama merupakan salah satu rahsia dalam
memastikan apa sahaja program atau aktiviti yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar.
Kerjasama setiap ahli amat penting kerana setiap ahli akan membantu antara satu sama
lain dan memastikan sebarang masalah yang muncul dapat diselesaikan agar aktiviti dapat
dijalankan dengan sempurna. Selaku bakal guru, kami sedar bahawa sesebuah program itu
tidak dapat dilaksanakan jika tiada kerjasama antara pengelola program tersebut.
Terdapat banyak masalah yang timbul dalam memastikan aktiviti dijalankan dengan
baik. Kami tidak dapat menyelesaikannya jika kami tidak menerima bantuan daripada
sahabat-sahabat kami. Selaku pemain di padang, kami menyedari bahawa sesebuah
kumpulan itu perlu bergerak seiringan dan dapat melihat kepentingan komunikasi bagi
mewujudkan kesefahaman. Kerjasama yang erat dapat mewujudkan kesefahaman yang
baik dan dapat memastikan kumpulan tersebut menjuarai pertandingan. Kerjasama yang
baik perlu di amalkan di kalangan guru agar dapat bersama membimbing murid menjadi
insan yang berguna pada masa akan datang. Guru perlu bersama-sama berganding bahu
mengembleng tenaga agar generasi yang cemerlang dapat dilahirkan.
Sebelum membuat sesuatu aktiviti, kita perlulah sentiasa bersiap sedia dari pelbagai
aspek.
Sewaktu
menjalankan
pertandingan
ini,
kami
melihat
bagaimana
proses
perancangan dilakukan dengan rapi bermula dari pelantikan ketua dan ahli jawatankuasa.
Kesemua ahli dalam kelas yang memberikan kerjasama telah merancang dari lakaran pelan
di padang, membuat jadual pertandingan, mempelajari peraturan permainan serta
menyediakan peralatan seperti wisel dan bip bagi memastikan pertandingan dapat
dijalankan dengan baik. Perancangan yang rapi ini amat perlu bagi melihat sebarang
kemungkinan yang berlaku sewaktu pertandingan dijalankan. Jika terdapat masalah,
pertandingan masih tetap dapat dijalankan dengan perancangan ke-dua.
Sewaktu mengajar di dalam kelas, kami perlulah bersiap sedia dari segi mental dan
fizikal. Kami perlu menyediakan rancangan pengajaran harian untuk melihat proses
pengajaran dengan lebih jelas. Proses ini amat penting untuk menyiapkan mental kami
tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan disampaikan serta kaedah pengajaran
yang akan digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Dengan membayangkan
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang akan dijalankan, kami dapat mengenal
pasti alatan yang perlu digunakan dan Bahan Bantu Belajar (BBB) mana yang sesuai untuk
digunapakai dalam kaedah pengajaran yang dipilih. Kami akan lebih yakin dan bersedia
4
agar dapat menghasilkan hasil kerja yang cemerlang. Kami perlu berfikiran jauh dan terbuka
supaya idea-idea yang diluahkan lebih kreatif dan mampu menjana idea lain yang lebih
inovatif.
Akhir sekali, perkara yang paling penting yang dapat kami pelajari sepanjang aktiviti
ini dijalankan adalah kepentingan komunikasi. Komunikasi yang baik amat perlu bagi
mewujudkan kesefahaman antara satu sama lain tidak kiralah antara organisasi, kumpulan
mahupun di dalam bilik darjah. Komunikasi ini amat penting bagi menyampaikan idea dan
bertukar-tukar pendapat bagi menghasilkan satu idea yang mantap untuk menjalankan
sebarang aktiviti. Komunikasi ini membantu pendengar memahami isi pemikiran penyampai
dan dapat berinteraksi dan memberikan respon yang sesuai. Proses ini memerlukan
semangat kerjasama yang telah dipupuk melalui pelaksanaan aktiviti bersama-sama.
Komunikasi yang tridak baik akan menyebabkan berlakunya salah faham dan menyebabkan
aktiviti tidak dapat dilaksanakan. Bagi seorang guru, komunikasi ini merupakan aspek yang
paling utama berbanding aspek-aspek lain kerana guru perlu menyampaikan isi
pembelajaran kepada murid. komunikasi yang berkesan akan memudahkan murid
memahami isi pembelajaran pada hari tersebut dan mencapai objektif pembelajaran.
Rumusan
Kesimpulannya, permainan hoki melibatkan beberapa kemahiran penting kepada
pemain. Penguasaan kepada kemahiran ini membawa kelebihan yang tersendiri seperti
individu dapat mengaplikasikannya secara individual dan mereka kreativiti yang tesendiri
semasa bermain. Kemahiran seperti memukul, menggelecek, menguis dan merebut
mengajar setiap pemain untuk mengenal erti sabar di samping mendapat keseronokan
apabila telah mahir dalam setiap elemen. Permainan hoki juga mempunyai kelebihan yang
tersendiri kerana ianya melibatkan aspek fizikal seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan
dan sebagainya. Oleh itu, pemain hoki akan mempunyai tubuh badan yang fit.
Permainan hoki mempunyai banyak nilai-nilai murni yang dapat diserap dalam diri
pemain. Misalnya, semangat kerjasama antara pasukan. Hal ini kerana, tanpa semangat
kerjasama sesuatu permainan tidak akan mempunyai corak yang menarik serta sukar untuk
sesuatu kumpulan mendapatkan kemenangan. Malah, permainan ini juga mengajar erti
kesabaran kepada pemain. Kemahiran-kemahiran dalam permainan hoki ini pada mulanya
kelihatan sukar. Tidak dinafikan bahawa, permainan hoki juga merupakan satu-satunya
permainan yang menggunakan tangan kiri untuk bermain. Oleh yang demikian, permainan
ini memberi kemahiran baharu kepada golongan dominan yang kurang menggunakan
tangan kiri.
Permainan hoki mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Misalnya,
dari segi kelebihan adalah permainan ini mempunyai peraturan yang mudah difahami dan
penguasaan kepada teknik-teknik akan membantu pemain untuk menguasai permainan
dengan baik. Dari aspek kekurangan pula, permainan ini akan membawa kepada
kecederaan kepada pemain jika permain tidak mengikut peraturan seperti terpukul kaki
pemain lain dan sebagainya. Tegasnya, permainan hoki ini perlu diperluaskan lagi kepada
generasi muda kerana permainan ini dapat melatih ketahanan mental dan fizikal.
Bibliografi
Sejarah permainan hoki. http://duniahoki.weebly.com/sejarah-permainan-hoki.html. Diakses
pada 15 Julai 2016.
Sejarah hoki. https://shila22.wordpress.com/sejarah-hoki-2/. Diakses pada 15 Julai 2016.
Hoki. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki . Diakses pada 18 Julai 2016.
Sejarah
hoki.
http://english-old.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=727755.
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
Halaman Pengakuan
Halaman Judul
ii
Penghargaan
iii
Isi Kandungan
iv
Pendahuluan
Bahagian B
Rancangan Latihan Kemahiran Hoki
Bahagian C
Laporan
Bahagian D
Refleksi
10
Rumusan
13
Bibliografi
14