Anda di halaman 1dari 2

Peraturan Karnival Bola Baling SKPL 2016

Memainkan Bola
Pemain dibenarkan :
1. Membaling,

menangkap,

menolak,

memberhentikan

atau

memukul

bola

dengan

menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha.


2. Memegang bola tidak melebihi tiga saat.
3. Membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah.
4. Apabila berdiri atau berlari, melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua
tangan.
5. Menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain.
6. Bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak
melakukan hantaran.

Pemain TIDAK dibenarkan :


1.
2.
3.
4.
5.

Menyentuh bola dengan menggunakan bahagian anggota bawah lutut.


Menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai
Meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang.
Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.

Balingan Penjaga Gol


Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:
1. kawasan gol dimasuki pemain lawan.
2. bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke
kawasan.
3. pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu
berada di dalam kawasan gol.
4. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
5. Bola direbut oleh kedua-dua pemain.

Balingan Ke Dalam
1. Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi sama ada di tanah atau di udara
yang disentuh oleh pihak lawan.
2. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar
dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi.
3. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

Balingan Ke Dalam di Sudut


1. Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi
garisan gol.

2. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi
dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi.
3. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

Balingan Percuma
1. Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan.
2. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali
- Bila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di
tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi
kelebihan kepada pihak lawan).
-

Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter.
Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di
dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol

* Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau
gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum
balingan dilakukan.

Balingan 7 meter ( Penalti )


1. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
2. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
3. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut disentuh
oleh penjaga gol.
4. Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter.
5. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan
semasa balingan dilakukan.
6. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.

Balingan Gol
1. Bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
2. Bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.

Anda mungkin juga menyukai