Anda di halaman 1dari 10

INTEGRITI GURU

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata


masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya
dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti.
Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan
untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa
hadapan,

guru-guru

harus

membalas

kepercayaan

tersebut

dengan

keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai
insan yang mahir dalam selok belok pendidikan.
Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk
membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit
dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian
akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang
ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan
pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru
membentuk

juga

sahsiah anak

mereka

tetapi

memandangkan

trend

masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka


ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang
sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang
menjadi teladan.
Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari
ini seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang
mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan
secara

sambil

lewa,

gagal

menghabiskan

sukatan

pelajaran

apabila

peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.
Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin
yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok,
gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan

ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka
tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa
memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka.
Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di
samping tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan
sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap
agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka
semata-mata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan
tempat pelajar tersebut berada.
Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana
tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan
mereka

mendidik

sahsiah

anak-anak

mempunyai kemahiran formal

tambahan

sebagaimana

guru

pula
yang

mereka

tidak

dilatih

untuk

tahun

tanpa

membentuk sahsiah pelajar.


Maka,

tunding

menunding

berterusan

dari

tahun

ke

penyelesaian tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah


parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah perselisihan guru guru dan
ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah keadaannya.
Pepatah Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari perlulah difahami
maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar
pepatah tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat
terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada dihadapan
pelajar ataupun dibelakang mereka.
Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guruguru. Jika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut
berkait dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita
perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di
mana-mana sahaja.

Integriti dan autoriti profesion guru tanggungjawab bersama

ISTILAH 'guru' sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam


pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses
pembentukan dan kematangan sahsiah para pelajar.
Tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan merupakan profesion
utama dalam hidup kerana ia melibatkan proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat
yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara.
Tekad Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini
untuk memartabatkan profesion keguruan merupakan niat murni yang mesti
disambut bersama oleh segenap anggota masyarakat kerana tugas ini tidak
mesti terbeban di pundak kerajaan semata-mata.
Secara tidak langsung, gandingan bersama setiap anggota masyarakat ke
arah meninggikan profesion keguruan merupakan salah satu bukti
penghargaan mereka terhadap tenaga guru yang telah dicurahkan dalam
proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak bangsa.
Selain itu, memartabatkan profesion keguruan adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak, sama ada daripada pihak pentadbir atau
kerajaan, kalangan guru itu sendiri, anggota masyarakat mahu pun badanbadan bukan kerajaan (NGO) supaya integriti dan autoritinya sentiasa
diyakini dan terpelihara.
Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya
sesuatu pihak sudah tidak mempercayai dan meyakini integriti dan autoriti

keguruan, maka sukarlah bagi guru untuk melaksanakan proses pengajaran


dan pembelajaran (P&P).
Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima pelajar pula akan
dipersoalkan kesahihannya disebabkan kewibawaan profesion keguruan itu
sendiri yang telah tercalar.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengalami masalah dalam
mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan guru.
Pelbagai cara dan langkah terpaksa diambil dan dilaksanakan, yang ternyata
menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang
besar.
Oleh yang demikian, antara peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan
dalam memartabatkan profesion keguruan ialah meningkatkan kandungan
kursus-kursus pedagogi, pengurusan dan psikologi kepada guru-guru supaya
ilmu-ilmu ini dapat diaplikasikan secara praktikal dalam pengajaran di kelaskelas.
Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuh
dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guruguru bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan baik dan penuh dedikasi. Hal ini juga adalah bagi
mengelakkan para guru menyeleweng daripada tugas yang telah
diamanahkan.
Guru juga perlu berperanan dengan menambah ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang, terutamanya bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini
akan menambah keupayaan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
dengan lebih berkesan kepada para pelajar.
Di samping itu juga, guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah
dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya
pengajaran guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di
samping memenuhi objektif sesuatu pengajaran.
Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah mendisiplinkan diri mereka
sendiri, dan dalam masa yang sama juga perlu mendisiplinkan para pelajar

kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para pelajar.


Dalam hal ini, pepatah Arab ada menyatakan bahawa: "Jangan lakukan
perbuatan yang anda tegah. Perbuatan demikian aibnya amatlah parah."
Anggota masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam
membantu memartabatkan profesion keguruan. Institusi-institusi seperti
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan kerjasama badan-badan bukan
kerajaan (NGO) juga perlu sentiasa mengambil tahu proses pendidikan di
sekolah-sekolah, memberi maklumat dan kerjasama kepada guru-guru dalam
menjalankan aktiviti atau program pembinaan ilmu dan sahsiah dalam
kalangan pelajar.
Jika kita hanya mengharapkan guru bagi menangani semua masalah
berkaitan pelajar tanpa bantuan pihak-pihak luar, ternyata keadaan ini amat
rumit dan sukar mencapai kejayaan.
Justeru, peranan semua pihak merupakan faktor utama dalam
memartabatkan profesion keguruan seperti mana yang ditekadkan oleh
kerajaan. Ini kerana profesion keguruan itu sendiri merupakan satu profesion
mulia yang sewajarnya diangkat dan disanjung.
Ketinggian profesion ini telah dinyatakan melalui sabda Rasulullah SAW:
"Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah
termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya."

MOHD FAISAL MUSTAFFA


Setiausaha,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Sesi 2008/2009

ntegriti
Artikel 1 : Nilai Bitara
NILAI PROFESIONAL YANG PERLU DIMILIKI OLEH SEORANG GURU
Sebagai seorang guru yang perlu mematuhi standard guru di bawah
domain nilai, Nilai BITARA boleh dijadikan panduan. Terdapat enam aspek
guru yang berkesan seperti yang digariskan dalam nilai Bitara. Nilai BITARA
yang pertama ialah integriti.
INTEGRITI
Nilai Bitara yang pertama untuk menunjukkan ciri-ciri guru yang berkesan
dalam pengajaran ialah integriti. Terdapat empat aspek sebagai aras
petunjuk

bagi

nilai

integriti

yang

perlu

bagi

seorang

guru

untuk

meningkatkan pengajaran.
Petunjuk pertama ialah ADIL. Guru mestilah adil dengan diri sendiri
menunaikan tanggungjawap terhadap kelas iaitu mestilah tepat memulakan
dan menamatkan kelas yang telah dijadualkan. Guru tidak menggunakan
masa didalam kelasnya untuk mencuri tulang. Contohnya, menanda buku di

dalam

kelas,

berurusan

perniagaan

melalui

telefon

semasa

waktu

pengajaran dan pembelajaran, melayari laman web semasa mengajar dan


sebagainya. Guru seharusnya adil dengan diri sendiri dan murid. Kerana
murid berhak mendapat yang terbaik dan guru sepatutnya memberikan yang
terbaik.
Amanah dalam menjalankan tanggungawab guru juga tergandung
dalam aspek integriti. Guru seharusnya amanah dalam mendidik muridmurid, menjaga serta menyayangi harta sekolah. Dalam konteks amanah
dalam pengajaran, guru seharusnya amanah dalam menyampaikan ilmu
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan subjek yang diajar. Dalam pada
itu, guru tidak seharusnya hanya menumpu semasa di dalam kelas.
Adakalanya pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung diluar kelas
turut memberikan impak yang positif dalam diri murid-murid. Disinilah
kadangkala timbulnya nilai didikan membentuk akhlak murid-murid.
Guru haruslah telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Maksu

telus

disini

ialah

bersesuaian

dengan

skema

pembelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya pada


minggu pertama persekolahan, guru sudah mengajar topik pertama. Tetapi
adakalanya terpaksa berterusan dalam minggu kedua berdasarkan kepada
kemampuan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Sikap akauntabiliti perlulah dipamerkan dengan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan pengajaran yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh dalam pendidikan seni visual, murid-murid
diminta melukis bunga hiasan yang terdapat di kawasan sekolah. Proses
pengajaran dan pembelajaran ini sesuai dilaksanakan di luar kelas.
Pengajaran dan penbelajaran kurang berkesan sekiranya guru melaksanakan
di dalam kelas dan hanya menggunakan imaginasi murid-murid untuk
melukis pokok-pokok tersebut. Segala arahan dan peraturan dari pihak

atasan samada guru besar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran


Negeri ataupun Kementerian. Contohnya seperti membuat headcount, ini
merupakan penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk menilai tahap
murid dan perlu diserahkan kepada Jabatan dalam masa yang telah
ditetapkan.

Segala

arahan

yang

diberi

perlulah

dilaksanakan

dan

bertanggungjawab atas tugasan yang diberikan sepenuhnya. Kegagalan


adalah berpunca dari diri sendiri.

Guru disaran membudayakan elemen integriti dan etika secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai satu usaha membina
serta memelihara generasi masa depan yang berpekerti mulia.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk
Sufa'at Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan
yang turut melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti
keluarga, pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis.
''Dalam Institut Pendidikan Guru (IPG), pembudayaan menuntut pemimpin
bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain pula menzahirkan kod
itu dalam tindakan mereka.

"Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan


Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani menghadapi
cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato
Integriti Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Pelajaran
Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Yang turut hadir Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr. Lee Boon Hua dan
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.
Pertandingan yang bertemakan 'Integriti Asas Kelangsungan Generasi' itu
kali keempat diadakan dan disertai 50 bakal guru mewakili 25 IPG.
Menurut Boon Hua, guru berperanan besar dalam merealisasikan aspirasi
kerajaan untuk melahirkan generasi Malaysia yang mengamalkan integriti
dalam menjalankan tugas sama ada sektor awam, swasta atau bekerja
sendiri.
"Guru berperanan menerapkan nilai murni yang berkaitan integriti supaya
budaya yang mulia ini tersemai dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil
lagi." tegasnya.
Malah, katanya, sebagai role model kepada murid-murid dan masyarakat,
sudah tentu guru-guru perlu menunjukkan nilai integriti yang tinggi untuk
dicontohi.
''Sebagai bakal pendidik, pengetahuan tentang integriti ini amat berguna
untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai salah
satu cabang ilmu yang merentas kurikulum," tambahnya.
Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh penuntut IPG Kampus Datuk
Razali Ismail, Hulu Terengganu, Muhammad Iqbal Zahamuddin manakala
naib juara pula menjadi milik Ronald James dari IPG Keningau dan Syafiq
A.Ghani dari IPG Perlis menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, Muhammad Iqbal ketika ditemui berkata, usahanya


menyertai pertandingan itu buat kali ketiga tahun ini akhirnya membuahkan
hasil.
"Walaupun pernah dua kali gagal, saya menjadikannya sebagai pendorong
untuk membaiki kelemahan.
"Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat persediaan
menyertai pertandingan ini,'' kata pemuda kelahiran Pahang itu.
Kemenangan itu melayakkan Muhammad Iqbal membawa pulang wang tunai
RM3,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan.
Pemenang tempat kedua menerima RM2,000 manakala tempat ketiga pula
menerima RM1,000.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130429/pe_01/Terapbudaya-integriti-dalam-P&P#ixzz4FFEWjNUA
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai