Anda di halaman 1dari 9

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran SRT


Setiap guru perlu merancang strategi yang berkesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Sejauhmanakah strategi ini
penting untuk diaplikasikan oleh guru di dalam kelas? Untuk menjawab persoalan ini, mari
kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan strategi P&P SRT. Strategi merupakan suatu
pelan yang dirancang oleh guru SRT untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran SRT, hasil strategi yang dirancang ini menumpukan kepada
pencapaian atau hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid.

1.2

Pengaplikasian Strategi Pengajaran SRT


Bagaimanakah pendekatan pengajaran SRT dapat diaplikasikan dengan berkesan?

Beberapa pendekatan dicadangkan kepada guru agar dapat disesuaikan dengan aras
kebolehan dan gaya pembelajaran murid. Antara strategi yang sesuai diaplikasikan oleh
guru-guru ialah :

Strategi Berpusatkan Murid

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi Berpusatkan Bahan

Strategi Berpusatkan Masalah

1.2.1

Strategi Berpusatkan Murid


P&P berpusatkan murid memerlukan guru bijak memimpin dan menggerakkan murid

untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran mereka berdasarkan tugasan yang diberi. Oleh
itu, murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru perlu pastikan
tugasan yang diberikan jelas agar murid dapat melaksanakan arahan dengan mudah dan
betul.
Oleh sebab itu, pengagihan tugas kepada ketua kumpulan perlu tepat dan mudah
difahami. Ini dapat membantu guru mengawal kelas sewaktu aktiviti kumpulan dijalankan.
Pemantauan guru boleh meningkatkan keberkesanan aktiviti dari semasa ke semasa.
Ciri-ciri pendekatan berpusatkan murid :

Ciri-ciri utama KSSR/KSSM adalah untuk menjadikan murid sebagai watak utama
dalam proses P&P.

Murid lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran.
Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara.

Masa banyak diperuntukkan kepada murid untuk meneroka dan menyelesaikan


masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam
proses ini.

Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti


mereka.

pembelajaran

Mereka diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka

sendiri.

Aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses


pengajaran dan pembelajaran.

Guru merupakan fasilitator yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti


pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

1.2.2

Strategi Berpusatkan Guru


Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru meletakkan guru sebagai
watak utama di dalam kelas. Strategi ini begitu lama diaplikasikan di dalam bilik
darjah.

Guru amat dominan di dalam bilik darjah. Murid menurut, mendengar dan
melaksanakan arahan guru. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk tunjuk
cara dalam aktiviti yang dijalankan.

Hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih
kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi.

Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat
yang wujud.

Murid hanya bersifat pasif. Kesannya, murid yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak
mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.

Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di
mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.

1.2.3

Strategi Berpusatkan Bahan


Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan muridan untuk mencapai objektif muridan. Dalam konteks ini,
guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan muridan.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan muridan sangat penting. Guru
atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan muridan untuk
mencapai objektif muridan.

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada bahan bantu belajar (BBB) yang
digunakan bagi membantu pengajaran guru. BBB ini terbahagi kepada dua iaitu
bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.

Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan
pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan untuk kegunaan murid. Bahan
tersebut memudahkan guru untuk membantu

pembelajaran murid menjadi

lebih mudah.

Tujuannya untuk membolehkan murid memahami isi muridan dengan lebih mudah
dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan bahan
dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid. Tidak semua sesi pengajaran
memerlukan bahan.

Penggunaan bahan yang terlalu banyak dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan
masa terbuang dan isi muridan yang utama tidak dapat disampaikan.

Oleh itu, guru perlu menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada
terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat
membantu murid mengikuti muridan tanpa kehadiran guru.

Strategi ini dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan murid kerana mereka
perlu menghasilkan projek atau uji kaji tanpa kehadiran guru.

Murid juga dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi
memastikan sesuatu projek

dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang

ditetapkan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan


kemahiran menggunakan bahan muridan untuk mencapai objektif muridan.

Pendekatan

ini

menekankan

perkembangan

kognitif,

jasmani

dan

rohani.

Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang


abstrak dengan lebih jelas.

1.2.4

Strategi Pendekatan Berpusatkan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL) memerlukan seseorang guru


secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan situasi yang dapat menarik minat minat
murid untuk menggunakan fikiran dan kemahiran berSRT bagi menyelesaikan masalah.
Berdasarkan pendapat Barrow & Tamblyn (1980), strategi PBL ini diperkenalkan bertujuan
untuk :
i.

Memberi pengukuhan kemahiran kepada murid untuk memmuridi sesuatu prinsip,


konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.

ii.

Memperluas

kemahiran

murid

memberi

hujah

dan

pendapat,

berfikiran

kritis, serta kemahiran membuat keputusan.


iii.

Memperkembang

kemahiran

murid

mengintegrasikan

pengetahuan

dalam

pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian
terhadap kemajuan profesionalisme.

iv.

Menyediakan

murid

kepada

konsep

pembelajaran

sepanjang

hayat.

v.

Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja


berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif.

Terdapat tujuh langkah dalam proses pengajaran dan pembelajaran PBL.


i.

Pembahagian Kumpulan

Murid saling mengenali di antara satu sama lain.

Setiap kumpulan akan dibentuk.

Ketua kumpulan dan pencatat dilantik.

Peraturan-peraturan kumpulan diberikan sebagai panduan.

ii.

Mengenal pasti Masalah

Masalah diberi untuk diselesaikan oleh murid.

Murid mengenal pasti masalah dan menyatakan idea.

iii.

Menjana Idea

Murid mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian


masalah tersebut.

iv.

Kajian Isu

Murid mengenal pasti perkara-perkara yang perlu dikaji.

Murid mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah.

Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah.

Mengenal pasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

v.

Pembelajaran Kendiri

Pada peringkat ini, murid mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan
dan logik dengan masalah yang diberikan.

vi.

Sintesis dan Aplikasi

Murid berkongsi-kongsi maklumat bersama-sama.

Murid mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah


tersebut.

Murid akan berbincang, mencari penyelesaian dan membuat penerangan terhadap


penyelesaian yang diambil.

vii.

Refleksi dan Tindak Balas

Pada peringkat ini, murid memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja
individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan
fasilitator.

2.0

Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing.


PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SRT

Pendekatan merupakan haluan yang dipilih untuk menuju ke suatu arah. Oleh itu,
pendekatan pembelajaran SRT adalah penting kepada guru-guru untuk memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru perlu bijak memilih
pendekatan yang sesuai agar P&P dapat mencapai objektif seperti yang ditetapkan.
Seseorang guru perlu memahami dan boleh melaksanakan pendekatan yang sesuai dengan
murid-murid. Ini dapat membantu guru melaksanakan pengajaran yang menarik dan
pelbagai.
2.1

JENIS-JENIS PENDEKATAN PENGAJARAN SRT

Adakah guru memahami bagaimana untuk mengaplikasikan pendekatan pengajaran SRT si


dalam kelas? Pengetahuan guru berkaitan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran
amat penting untuk menghasilkan kualiti pengajaran. Guru mesti menguasai pendekatan ini
agar perubahan tingkah laku murid dapat dilihat secara berterusan.
Terdapat pelbagai jenis pendekatan pengajaran SRT yang boleh dilaksanakan oleh
guru di dalam kelas. Jenis-jenis pendekatan yang berikut merupakan cadangan yang boleh
dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Guru boleh mengaplikasikan pendekatan ini sesuai
dengan aras pencapaian murid.
Antara jenis-jenis pendekatan yang boleh dilaksanakan adalah seperti yang berikut :
2.1.1

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan


kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.

Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah


bagi tujuan komunikasi.

Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan
penguasaan SRT pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak menguasai
kecekapan berkomunikasi.

Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur
ayat yang betul mengikut konteks SRT.

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar
murid dapat menggunakan SRT yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah
murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih
dahulu aktiviti agar murid menggunakan SRT dalam berkomunikasi.

Prinsip kedua ialah pengajaran SRT dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
megajar SRT yang melampaui batas ayat agar murid dapat berkomunikasi secara
berkesan. Seterusnya ialah pengajaran SRT mengikut proses komunikasi sebenar
iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.

2.1.2

Pendekatan Tematik
Tema merupakan topik utama yang difokuskan dalam sesuatu pengajaran. Terdapat
beberapa tema yang telah digariskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang perlu diajarkan oleh guru-guru SRT
dengan berkesan.

Strategi pengajaran tematik merupakan aktiviti pengajaran secara kumpulan yang


menumpukan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

Pendekatan ini sesuai digunakan untuk proses perbincangan tema dalam aktiviti
kumpulan. Sebagai contohnya, tema Alam Haiwan dijadikan fokus permulaan
pembelajaran

yang

menjadi

perbincangan

dalam

aktiviti

berkumpulan.

Perkembangan pembelajaran bergantung kepada hasil perbincangan tema yang


dipilih ini.

Terdapat tiga cara yang dicadangkan untuk mengajarkan pendekatan tematik ini
iaitu :
i.

Tema ini akan dibahagikan kepada beberapa sub topik untuk dibincangkan
oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Misalnya,
Kumpulan cerdas membincangkan sub topik 1, kumpulan sederhana sub
topik 2 dan kumpulan lambat sub topik 3.

ii.

Tema diberikan dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai


kebolehan. Sebagai contohnya, kumpulan 1, 2 dan 3 membincangkan topik
yang sama.

iii.

Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi diberikan dan dibincangkan


dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Misalnya untuk menulis karangan
berdasarkan tema Alam Haiwan. Kumpulan 1 berbincang mengenai
pendahuluan, kumpulan 2 mengenai isi karangan dan kumpulan 3 mengenai
penutup. Setiap kumpulan akan melengkapkan bahagian masing-masing
dalam perbincangan.

Selepas perbincangan, semua hasil dapatan perlu dibentangkan oleh wakil


kumpulan. Hal ini amat penting dalam pendekatan tematik supaya semua murid
mengetahui hasil yang diperoleh untuh membuat rumusan dengan tepat.

2.1.3

Pendekatan Kontekstual
Pendekatan kontekstual merupakan kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri.

Guru harus mampu membawa murid menuju matlamat ke arah pembelajaran isi
dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna
dalam kehidupan seharian mereka.

Sebilangan murid kurang faham dan tidak mampu membuat kaitan antara perkara
yang mereka muridi dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

Pembelajaran merupakan satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang


menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak
balas.

Oleh itu, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau ilmu
pengetahuan baharu dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau
makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi
memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

Guru mengandaikan akal murid akan mencari maksud dalam konteks dengan cara
semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku
dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

Dalam persekitaran sedemikian, murid menemui perhubungan yang bermakna


antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

2.1.4

Pendekatan Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid
dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri,
tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu
sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu
atas pembelajaran diri sendiri dan pemprosesan kumpulan.

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.

Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Antara cara pembelajaran koperatif ialah Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments),


STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning
together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round
Table).

Berikut merupakan langkah-langkah pengajaran secara koperatif :


i.

Guru memulakan topik baharu.

ii.

Murid membentuk kumpulan untuk berbincang secara koperatif tentang topik


yang diberi.

iii.

Guru mengesan pencapaian murid dalam setiap kumpulan berdasarkan


pentadbiran ujian.

iv.

Kumpulan cemerlang akan diberi peneguhan sosial.

Contoh Jigsaw :

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw.
Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan dalam kalangan murid dalam
kumpulan pelbagai kebolehan.

Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan


tugas untuk memmuridi satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid
akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan
menguasai semua topik kecil itu.

Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan
berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi.

Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan


baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan
semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif


dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri
dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif :


i.

Penglibatan aktif dan koperatif semua murid dalam kumpulan.

ii.

Murid-murid dipupuk dan dilatih untuk bertanggungjawab menjalankan


amanah serta berkongsi maklumat.

iii.

Kemahiran interaksi sosial ditingkatkan secara tidak langsung.

iv.

Memberi kesedaran mengenai sikap kerjasama dapat menghasilkan


pencapaian lebih baik berbanding belajar sendiri.

v.

2.1.5

Meminimakan sikap mementingkan diri sendiri dan demokrasi dalam


membuat keputusan.

Pendekatan Kolaboratif
Kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih (Kamus
Dewan : 2003). Dalam konteks pembelajaran SRT, kolaboratif dapatlah dimaksudkan
sebagai penglibatan bersama-sama sekumpulan murid untuk meningkatkan
pencapaian yang baik dalam bidang kemahiran SRT.

Colen (dlm Mak Soon Sang : 2008) berpendapat, pembelajaran kolaboratif


mempunyai tiga matlamat utama iaitu :

i.

Matlamat intelek

ii.

Matlamat sosial

iii.

Matlamat penyelesaian masalah disiplin bilik darjah

Ini

bermakna,

melalui

pendekatan

ini

keberkesanan

pembelajaran

dapat

ditingkatkan, nilai sosial dan kerjasama dapat disuburkan dan masalah disiplin murid
dapat diminimakan.

Rujukan :
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru.
Lumpur : PTS Publications & Publications & Distributor Sdn. Bhd

Kuala

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. 2012. Kaedah Pengajaran SRT Melayu. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamarudin Husin. (1990). Siri Pendidikan Longman : Pedagogi 4. Kuala Lumpur : Longman
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai