Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

SULTAN AZLAN SHAH


KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY DI UNIT KESIHATAN SEKOLAH SG.SIPUT

TAJUK : TINEA CORPORIS

Nama Pelatih

: LUQMAN HANIF BIN MOHD PUAT

No. Matrik

: BPP2014- 4478

Tahun

: 2

Semester : 2 (Kumpulan 35)

Kawasan Penempatan : KLINIK KESIHATAN SUNGAI SIPUT (PKS)

KANDUNGAN

BIL

PERKARA

HALAMAN

Pengenalan / Penyataan Masalah

3-5

Pencarian Literature

Perbincangan

Rumusan

Senarai Rujukan

10

Lampiran

11

7-8

PENGENALAN

Tinea corporis adalah sejenis jangkitan yang berlaku pada permukaan kulit(superfisial) di
sebabkan oleh fungus . Ia juga lebih di kenali dengan ringworm . Masyarakat Malaysia lebih
mengenali penyakit ini dengan nama penyakit kulit kurap. Tinea corporis lebih kerap
menyerang kanak-kanak di sebabkan kurang penjagaan kebersihan diri, tetapi ianya juga
boleh menyerang orang dewasa. Fungus adalah kuman yang boleh hidup dan membiak pada
tisu yang mati, kuku , dan lapisan kulit luar(kutaneous) . Tinea corporis di sebabkan oleh
sejenis fungus yang dikenali sebagai dermatophytes. Fungus membiak pada kawasan yang
suam dan lembab. Oleh itu, tinea corporis banyak menjangkiti pesakit yang memiliki kulit
yang lembab pada jangka masa panjang, seperti kerap berpeluh, kecederaan pada kulit dan
kuku, penjagaan kebersihan diri yang kurang memuaskan dan pada sesetengah orang yang
aktif bersukan.
Seterusnya , tinea corporis boleh menjangkiti seseorang melalui sentuhan secara langsung
dengan pesakit yang di jangkiti dan juga menyentuh sesuatu barang yang terkontiminasi oleh
fungus tersebut seperti pakaian , tilam , tuala dan sebagainya. Ringworm juga boleh tersebar
melalui haiwan peliharaan . Dermatophyte tidak bermakna boleh menyebabkan kematian ,
tetapi ianya boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.
Di samping itu, pesakit mungkin akan mengalami kurang berkeyakinan akibat jangkitan
tinea corpolis. Antara punca-punca pesakit boleh di jangkiti tinea corporis ialah seperti
berkongsi pakaian dengan orang yang di jangkiti , kurang menjaga kebersihan diri seperti
mandi dan basuh tangan selepas memegang benda yang kotor. Selain itu, tilam atau alas katil
yang di cemari dengan fungus akibat basuh dengan tidak sempurna , berkongsi tuala mandi
,kurang pengambilan makanan berkhasiat dan menyebabkan badan mudah dijangkiti sesuatu
penyakit.
Selain itu, pesakit yang dijangkiti Tinea corporis mungkin boleh menunjukkan tanda dan
gejala seperti rashes pada bahagian yang dijangkiti dan membentuk seperti gelung, pruritis,
itchiness, redness dan sakit pada bahagian terlibat.
Seterusnya , jangkitan fungus bukan sahaja boleh menyebabkan tinea corporis, malah ia
juga boleh menyebabkan jangkitan seperti tinea nigra, tinea corporis ,tinea capitis, tinea
pedis ,tinea barbae, tinea unguium , tinea cruris .
3

PENYATAAN MASALAH DAN PERIBADI PESAKIT

Maklumat Pesakit Tinea Corporis :Nama :- Ahmad Daniel Bin Zulkifli


No. Daftar : Sekolah Kebangsaan Sg. Siput
Tarikh Lahir : 14/7/2004

Kajian kes ini adalah mengenai seorang pelajar sekolah yang berusia 12 tahun. Pada
28 Januari 2016 jam 9.30 pagi , Unit Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Sg. Siput telah
melakukan lawatan pada Sekolah Kebangsaan Sg.Siput untuk melakukan pemeriksaan
kesihatan. Salah seorang pelajar darjah 6 telah mengadu mengalami masalah pada kulit pada
bahagian belakang badan.
Hasil pemeriksaan fizikal dan pada bahagian badan pelajar menunjukkan pelajar tersebut
telah di jangkiti Tinea Corporis dengan menunjukkan tanda dan gejala seperti terdapat ruam
merah membentuk seperti cincin pada bahagian belakang pesakit. Pesakit juga mengadu
terasa sakit dan gatal pada bahagian tersebut dan pada mulanya ruam merah tersebut sebesar
duit dua puluh sen dan setelah beberapa minggu ianya membesar tiga kali ganda dari saiz
asal. Pesakit tidak mengalami demam , dan tiada pembengkakkan pada nodus limfa.
Seterusnya, hasil dari pengambilan riwayat pesakit, pesakit tinggal bersama kedua ibu
bapanya dan mempunyai seorang abang dan dua orang adik perempuan. Pesakit selalu
berkongsi tuala dan seluar pendek dengan abangnya . Selain itu , pesakit juga turut berkongsi
tempat tidur bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Pesakit juga mengadu abangnya turut
mengalami masalah yang sama tetapi tidak membuat keputusan pergi ke klinik kerana
beranggapan masalah kulit yang biasa.

HASIL PEMERIKSAAN

Pemeriksaan telah dilakukan keatas pesakit dan menunjukkan keputusan pesakit tidak
mengalami demam. Suhu badan pesakit berada dalam paras 36.7C. Seterusnya, bacaan kadar
pernafasan pesakit 20/min dan bacaan nadi pesakit 85/min , ritma nadi adalah regular dan
isipadu nadi adalah kuat . Tekanan darah pesakit adalah berada dalam lingkungan yang
normal iaitu 110/60mmHg . Hasil penemuan pemeriksaan pada anggota badan pesakit ialah
terdapat ruam merah bentuk seperti cincin yang gatal pada bahagian belakang badan pesakit.
Pesakit di diagnos mendapat jangkitan tinea corporis.

PENCARIAN LITERATURE
Menurut Lesher(2009), Tinea corporis adalah jangkitan superficial kulit oleh
dermatophyte yang mengambarkan kedua-duanya inflamasi atau tidak inflamasi pada
lesi pada bahagian kulit kecuali kulit kepala, kelangkang , tapak tangan dan kaki .
Ianya kerap menjangkiti kanak-kanak berbanding golongan dewasa.Terdapat tiga
jenis kulat yang menyebabkan dermatophtoses : Trichophyton, Microsporum, dan
Epidermophyton. Dermatophytes boleh menjangkiti manusia , haiwan dan
terutamanya ia berada pada tanah.
Menurut Moskowitz(2014), kurap badan adalah sejenis jangkitan kulit yang
disebabkan oleh kulat. Ia juga dikenali sebagai kurap. Berkaitan jangkitan kulat kulit
mungkin boleh dijangkiti pada bahagian kulit kepala ,dalam janggut lelaki ,di pangkal
paha ( jock gatal ) ,antara jari kaki dan di tempat-tempat lain pada kulit
Menurut Andrews(2016), beberapa spesies dermatophytes biasa menyerang keratin
manusia, dan ini tergolong dalam jenis Epidermophyton , Microsporum dan
Trichophyton . Mereka cenderung untuk berkembang dan membiak pada permukaan
kulit yang lembab, membentuk seperti cincin pada kulit , dengan itu istilah " kurap ".
Secara klinikal, Kurap juga dikenali sebagai tinea , dikelaskan mengikut kawasankawasan badan yang terlibat.

Menurut Goldstein(2014), tinea corporis selalunya bertindak balas dengan baik


kepada ubat anti-fungus topikal seperti azoles, allylamine, butenafine, ciclopirox,dan
tolnaftate. Hasil Pengumpulan data secara rawak, kedua jenis rawatan ubat
allylamines , terbinafine dan naftifine berkesan terhadap tinea corporis dan tinea
cruris. Hasil dari pengumpalan data ini juga menyokong keberkesanan topikal
allylamines berbanding topikal azoles. Topikal nystatin kurang berkesan untuk kes
jangkitan dermatophyte.
Menurut Dellavalle(2012), pesakit yang dijangkiti boleh mengalami banyak gejala.
Pesakit juga boleh asimtomatik. Kegatalan(pruritis) dan annular plaque adalah gejala
biasa bagi jangkitan ini. Pesakit juga mungkin akan mengalami rasa seperti
panas(burning sensation) pada kawasan terlibat. HIV positif dan
immunocompromised mungkin akan mengalami kesakitan dan pruritis yang teruk.

PERBINCANGAN
6

Pesakit adalah seorang kanak-kanak sekolah rendah yang berusia 12 tahun yang
diagnos telah mengalami jangkitan disebabkan oleh fungus pada kulit yang dikenali sebagai
tinea corporis . Jangkitan ini adalah perkara yang tidak asing pada kanak-kanak kerana
menurut Lesher(2009), Tinea corporis adalah jangkitan superfisial kulit oleh dermatophyte
yang mengambarkan kedua-duanya inflamasi atau tidak inflamasi pada lesi pada bahagian
kulit kecuali kulit kepala, kelangkang , tapak tangan dan kaki . Ianya kerap menjangkiti
kanak-kanak berbanding golongan dewasa. Pesakit mengadu rasa gatal dan terdapat lesi dan
ruam merah yang membentuk seperti cincin di bahagian belakang badannya. Ini merupakan
simptom utama bagi penyakit tinea corporis. Menurut Dellavalle(2012), pesakit yang
dijangkiti tinea corporis boleh mengalami banyak gejala. Pesakit juga boleh asimtomatik.
Kegatalan(pruritis) dan annular plaque adalah gejala biasa bagi jangkitan ini. Pesakit juga
mungkin akan mengalami rasa seperti panas(burning sensation) pada kawasan terlibat.
Kawasan yang di jangkiti fungus adalah pada bahagian belakang badan pesakit.
Pesakit kerap menggaru pada bahagian tersebut sehingga terdapat kesan calar pada bahagian
kulit. Selain itu, pesakit juga mempunyai tubuh gempal yang menyebabkan pesakit mudah
berpeluh. Kulit yang sentiasa lembab turut menyumbang kepada jangkitan tinea corporis
kerana menurut Andrews(2016), beberapa spesies dermatophytes biasa menyerang keratin
manusia, dan ini tergolong dalam jenis Epidermophyton , Microsporum dan Trichophyton .
Mereka cenderung untuk berkembang dan membiak pada permukaan kulit yang lembab,
membentuk seperti cincin pada kulit.
Seterusnya , melalui pengambilan riwayat pesakit, abang pesakit yang berusia 14
tahun turut mengalami masalah yang sama tetapi pada bahagia abdomen kerana ia mengalami
simptom yang sama seperti pruritis , rashes yang membentuk seperti cincin dan sakit pada
bahagian terlibat. Pesakit sering kali berkongsi pakaian dan tempat tidur dengan abang
pesakit dan ini adalah salah satu punca pesakit mendapat transmisi jangkitan melalui
perkongsian pakaian dan tempat tidur dengan abangnya.
Selain itu, pesakit telah diberi rawatan awal untuk mengelakkan dari jangkitan
merebak kebahagian lain. Menurut Goldstein(2014), tinea corporis selalunya bertindak balas
dengan baik kepada ubat anti-fungus topikal seperti azoles, allylamine, butenafine,
ciclopirox,dan tolnaftate. Satu ubat anti fungus cream miconazole 2% daktarin 2% telah
diberi kepada pesakit. Cara penggunaan ubat ini diterangkan dengan teliti kepada pesakit dan
diarahkan untuk menyapu ubat ini pada kawasan jangkitan 2 kali sehari sehingga sembuh dan
sambung sehingga 14 hari setelah sembuh untuk mengelakkan jangkitan berulang. Di
7

samping itu, ubat anti histamine turut di beri kepada pesakit untuk mengurangkan kegatalan
pada bahagian terlibat. Tablet Chlorpheniramine maleate 4mg di kepada pesakit dan perlu di
ambil 2mg sebanyak 2 kali sehari untuk mengurangkan kegatalan. Ubat ini tidak boleh
diambil melebihi 12mg sehari dan nasihat mengenai kesan sampingan ubat ini turut diberi.
Seterusnya, nasihat kesihatan turut diberi kepada pesakit mengenai penjagaan
kebersihan pesakit. Pesakit diarahkan supaya tidak berkongsi pakaian dan tempat tidur
dengan abangnya . Pakaian dan alas tidur perlu di basuh dengan menggunakan sabun dengan
sempurna. Pesakit juga dinasihatkan agar meningkatkan penjagaan kebersihan diri dengan
kerap mandi dan sebagainya. Pesakit di larang untuk menggaru pada kawasan yang di
jangkiti untuk mengelakkan jangkitan bertambah teruk. Pesakit di galakkan mengambil
makanan seperti sayur dan buah untuk memastikan pesakit mendapat zat dan vitamin yang
diperlukan badan untuk sistem pertahanan tubuh.

RUMUSAN

Tinea corporis adalah jangkitan yang berlaku pada kulit "kutaneous" di sebabkan oleh fungus.
Penyakit ini boleh menjangkiti seseorang melalui sentuhan secara langsung, berkongsi
pakaian , berkongsi tempat tidur dan sebagainya. Di samping itu, penyakit ini selalunya hadir
dengan menunjukkan tanda dan gejala seperti timbul ruam kemerahan yang membentuk
seperti cincin. Kawasan yang di jangkiti juga terasa gatal, panas dan pedih . Seterusnya,
pesakit yang di jangkiti akan di beri rawatan ubat anti-fungus dan rawatan simtomatik akan
diberi jika perlu. Bagi kes tinea corpolis, kebiasaanya pegawai perubatan akan preskrip ubat
sapu seperti cream miconazole dan clotrimazole.Pesakit juga di beri ubat anti histamine untuk
mengurangkan kesan histamine seperti gatal-gatal. Pesakit juga di ajar cara penggunaan ubat
yang betul supaya tidak berlaku jangkitan berulang dan dapat di cegah daripada menjangkiti
individu yang lain.Nasihat mengenai kesihatan perlu di beri kepada pesakit agar perkara yang
sama tidak akan berulang.

SENARAI RUJUKAN

1. Adams BB. Tinea corporis gladiatorum. J Am Acad Dermatol. Aug


2002;47(2):286-90
2. Adam O Goldstein, MD , MPH , Professor ,(2014) Department of Family
Medicine, University of North Carolina at Chapel Hill
3. Jack L Lesher Jr, MD, Chief, Professor , (2009) Department of Internal
Medicine, Section of Dermatology, Medical College of Georgia ,
article . http://emedicine.medscape.com/article/1091473
4. Richard J. Moskowitz, MD, (2014) dermatologist in private practice,
Mineola, NY. Review provided by VeriMed Healthcare Network. Also
reviewed by David Zieve, MD, MHA, Isla Ogilvie, PhD, and the
A.D.A.M. Editorial team.
5. Robert P Dellavalle, MD, PhD , MSPH ,(2012) Dermatology Associate
Professor of Dermatology and Public Health , Denver VA Medical
Center, University of Colorado School of Medicine and Colorado
School of Public Health.
6. Shari Andrews, MD , (2016) Attending Faculty, Department of Emergency
Medicine, North Shore-Long Island Jewish Medical Center, Hofstra
University School of Medicine
http://emedicine.medscape.com/article/787217-overview

LAMPIRAN

10

Gambar rajah diatas menunjukkan rashes pada bahagian yang dijangkiti dan
membentuk seperti gelung

11