Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PENGACARAAN PERHIMPUNAN MINGGUAN,

ATURCARA DAN DOA


Bagi memulakan perhimpunan kita pada pagi yang indah ini, marilah
sama-sama kita menyanyikan empat buah lagu iaitu Negaraku, Sabah
Tanah Airku, Lagu Kami Guru Malaysia dan Lagu IPG. Hadirin dijemput
berdiri.
(lagu dimainkan)
Seterusnya, dijemput Saudara____________________________________ untuk
mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.
(ikrar rukun negara)
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang berusaha,
Encik Othman Hj. Abd Aziz, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Yang dihormati,
Puan Rahman Awang Besar, Ketua Unit Disiplin, Tatatertib dan Rekod
Yang Dihormati,
Tuan Haji Abdul Aziz Abbas, Ketua Unit Kebajikan dan Sosial
Yang Dihormati
Puan Israh binti Aripin selaku Pegawai Pengurusan HEP
Yang Dihormati,
Encik Raffae Hj. Muelee,
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta para pelatih yang dikasihi
sekalian.
Bersyukur kita dapat berkumpul dalam majlis perhimpunan mingguan
anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada pagi yang berbahagia ini.
Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya mempersilakan
Muhamad Arif b Samat dari PISMP PAI Semester 1-untuk memimpin
bacaan doa.
(doa)

Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar sebentar tadi.


Seterusnya, majlis sukacitanya mempersilakan En/Cik/Tuan/Puan
_____________________________bagi menyampaikan ucapan beliau.
(sila rujuk mana2 pensyarah yang ingin menyampaikan ucapan sebelum
perhimpunan)
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Disini, terdapat beberapa pengumuman yang ingin disampaikan
(Pengumuman)
1.
2.

Hadirin sekalian, seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput En


Ibrahim Ismail, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk
menyampaikan amanat beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Ibrahim Ismail atas ucapan sebentar
tadi.
Dengan berakhirnya ucapan tersebut, maka berakhirlah sudah
perhimpunan kita pada pagi ini. Pihak penganjur ingin memohon maaf
atas sebarang kesulitan sepanjang perhimpunan ini. Sekian terima kasih.

ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Kami


Guru Malaysia dan Lagu IPG.
2. Bacaan Ikrar Rukun Negara.
3. Bacaan doa.
4. Ucapan Pegawai Pengurusan dan Ketua-Ketua Unit.
5. Pengumuman.

6. Ucapan Ketua Jabatan HEP.


7. Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai