Anda di halaman 1dari 4

Punca tekanan emosi guru

Tanggungjawab da benban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan


guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik,
guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar,
meneyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri mesyuarat serta
kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan buku teks,
hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan
dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan
dan mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan
membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru.

TEKANAN BEBANAN TUGAS


Guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi
mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk
memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal
insan yang berguna kepada masyarakat. Mengikut Kyriacou & Sutcliffe (1978)
dalam Nazariah (2011) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan
sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan,
tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai
guru. Dunia pendidikan kini memaksa guru melakukan kerja lebih masa,
perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus atau bengkel
sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah
pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman
mereka.

KURANG MOTIVASI DARI DALAMAN GURU


Mengikut Nazariah (2011), tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan
mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang
jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman. Guru pada hari ini terbeban
dengan hal-hal persekitaran yang mungkin menyebabkan guru dibelengu rasa
kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru
merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya.

3.2.4 GANGGUAN EMOSI


Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemarahan. Kemarahan yang
melampau boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan sehingga
membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran.
Gangguan emosi ini terhasil apabila guru tidak mencapai keperluan peribadi.
Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap tingkah laku murid agar
tidak meniru semasa peperiksaan dijalankan. Apabila telah berulang kali tingkah
laku yang sama berulang, guru akan merasa kecewa, rasa putus asa dan
akhirnya menyebabkan guru bertindak diluar kawalan dan batasan. Penambahan
masalah ini akhirnya mengundang kemarahan guru dan mengambil jalan
merotan dan memukul murid berkenaan.

3.2.5 MURID YANG TIDAK MENGHORMATI GURU


Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati
perasaan guru. Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali
dikejutkan dengan tindakan murid diluar jangkaan seperti memancitkan dan
mencoteng kereta guru, memandang sinis guru, tidak menyiapkan kerja sekolah
yang diarahkan, tidak mematuhi arahan, melanggar disiplin sekolah dan
sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai kekeuatan emosi lebih
mudah mereka memilih jalan dengan cara merotan atau memukul murid sebagai
penyelesaian kepada permasalahan tingkah laku murid yang kurang disenangi.

3.2.6 MURID YANG MEMPUNYAI MASALAH DISIPLIN


Masalah disiplin di sekolah sering menjadi bahan perbualan. Tindakan guru-guru
mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kerap
dipertikaikan oleh ibu bapa. Berpunca daripada masalah disiplin, pelbagai kesan
sosial dan jenayah juvana turut berani dilakukan oleh pelajar. Mengikut Mohd
Bukhari (2010);

Penutup

Bagi guru, salah laku yang dilakukan oleh guru akan menjejaskan nama baik
profesion perguruan di mata masyarakat dan bagi masyarakat pula, isu salah
laku ini akan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru yang
diamanahkan untuk mendidik anak mereka seperti kata pepatah ketam
mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri jalan bengkang
bengkok.
Guru perlu sedar bahawa segala tindak tanduk dan perlakuan mereka
sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat. Tambahan lagi jika guru itu
bertugas di kawasan luar bandar yang penuh dengan peradaban hidup
masyarakat kampung atau masyarakat yang senantiasa memandang tinggi
kepada tatasusila kehidupan.
Guru perlu peka kepada persekitaran mereka seperti kata pepatah di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dalam profesion keguruan pula
seseorang guru yang memegang amanah untuk menjawat jawatan guru akan
terikat dengan etika profesionalisme sebagai seorang guru yang mesti dijunjung
dan dipatuhi selagi mana jawatan sebagai guru itu dipegang individu terbabit.
Sebagai seorang guru pula, segala etika tatasusila perguruan serta
disiplin dan moral bagi seorang guru sudah dihafal dan dilaksanakan dalam
kerjaya mereka sebagai guru.Pada masa sama, guru juga perlu memahami
bahawa etika profesionalisme itu bukan saja tertakluk kepada perundangan yang
tertulis dalam buku, tetapi menjangkaui kehendak dan keperluan semasa dan
masyarakat.
Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap
dengan jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang
berakhlak mulia. Guru menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap
jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi
pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan
tugasnya. Amanah dan jujur dalam tugas sangat dipandang tinggi dalam kerjaya
perguruan, seseorang guru tidak boleh merungut, memberontak dalam diam dan
secara terang dan mengutuk pihak berkaitan jika ditugaskan di sekolah di
pedalaman atau negeri dan kawasan yang tidak mereka sukai.
Posted by YueHui Loh at 07:18
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Anda mungkin juga menyukai