Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN : LOKUS DALAM DUA DIMENSI

1. Rajah yang diberi terdiri daripada empat buah segi empat sama, EKJF, KLMJ, FJHG dan JMNH. P, Q
dan R ialah tiga titik yang bergerak dalam rajah itu.
a) P bergerak dengan keadaan jaraknya dari EL dan GN adalah sentiasa sama. Dengan menggunakan
huruf abjad dalam rajah itu, nyatakan lokus P.
b) Pada rajah itu, lukis
i) lokus Q dengan QJ = JH.
ii) lokus R dengan keadaan jaraknya dari titik E dan titik N adalah sama.
c) Seterusnya, tandakan semua titik persilangan bagi lokus Q dan lokus R dengan simbol .

Jawapan

a)

b) , c)
E

2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah segi empat sama KLMN yang dilukis pada grid segi empat sama
KLMN yang dilukis pada grid segi empat sama yang bersisi 1 unit. X, Y dan Z adalah tiga titik yang
bergerak dalam rajah itu.
a) X ialah satu titik yang bergerak dengan keadaan jaraknya dari KL dan LM adalah sama. Dengan
menggunakan huruf abjad dalam rajah itu, nyatakan lokus X.
b) Pada rajah itu, lukis
i) lokus titik Y yang sentiasa berada pada 5 unit dari titik N.
ii) lokus titik Z yang sentiasa berada pada 2 unit dari garis lurus KL.
c) Seterusnya, tanda dengan simbol , persilangan bagi lokus Y dan lokus Z.

Jawapan

a)

b) , c)
K

3. Rajah di bawah menunjukkan sebuah bulatan berpusat O dilukis pada grid segi empat sama yang bersisi
1 unit. EOF ialah diameter bulatan itu. P, Q dan R ialah tiga titik yang bergerak dalam bulatan itu.
a) P ialah satu titik yang bergerak dengan keadaan titik itu sentiasa berjarak 4 unit dari titik O.
Huraikan selengkapnya lokus bagi P.
b) Pada rajah itu, lukis
i) lokus bagi titik Q yang bergerak dengan keadaan titik itu sentiasa berjarak 4 unit dari garis EF.
ii) lokus bagi titik R yang bergerak dengan keadaan jaraknya adalah sama dari titik E dan titik F.
c) Seterusnya, tanda dengan simbol , semua persilangan bagi lokus Q dan lokus R.

Jawapan
a)
b) , c)
E

4. Rajah menunjukkan dua titik tetap, A dan B. Dalam rajah yang sama, bina lokus bagi
i) titik X yang bergerak dengan keadaan AX = BX
ii) titik Y yang bergerak dengan keadaan BY = 3 cm
Kemudian, tandakan titik persilangan dua lokus dengan menggunakan simbol .