Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN REFLEKSI

KEM BINA INSAN GURU FASA 4


GURU PELATIH AMBILAN JUN 2014

Modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat
yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Hal ini
penting untuk merealisasikan wawasan dan hasrat negara pada masa depan. Sebagai pembina
generasi Malaysia, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek
yang tinggi, penghayatan nilai dan etika keguruan, penguasaan kemahiran profesional yang
mantap, kemahiran teknologi terkini serta kekuatan peribadi dan sahsiah terpuji selaras dengan
hasrat negara. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan
sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Pendidikan guru hendaklah berterusan
sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan
insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang
tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Oleh itu, pembinaan insan guru merupakan
usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.
Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu saluran utama bagi membina dan
membangunkan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program BIG bertujuan untuk
melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan
keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini
melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP)
dan direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing dalam
sepanjang tempoh pengajian. Guru-guru pelatih boleh mengenal kebolehan diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan. Hal ini disebabkan seorang guru perlu menangani
pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi, memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa
profesional yang tinggi.
Program BIG Fasa 4 yang dijalankan ialah aktiviti kemasyarakatan dan program anak
angkat. Aktiviti Fasa 4 ini adalah untuk memberi peluang kepada memahami realiti persekitaran
dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza,

menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.
Selain itu, ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan dapat dilahirkan dalam kalangan
guru-guru pelatih. Oleh itu, guru pelatih dapat menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan
kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Semangat
berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan juga boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan dalam program
BIG. Peserta-peserta BIG juga berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri
yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai serta membina kemahiran
berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. BIG juga
membolehkan guru-guru pelatih untuk mempamerkan kekuatan jasmani, emosi, spritual dan
sosial serta daya ketahanan diri. Akhir sekali, guru-guru pelatih boleh berfikir secara reflektif dan
kritikal

berdasarkan

pengalaman,

kekuatan

dan

kelemahan

diri

serta

membuat

penambahbaikan secara berterusan.


Pada hari pertama kami di SK Jeram Landak, kami telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut keperluan tugasan dan keperluan bantuan yang diperlukan di sekolah
tersebut yang telah mengalami banjir besar 2 tahun lalu. Saya telah dibahagikan kepada
kumpulan dimananya ahli-ahlinya adalah tinggi belaka kerana kami diperlukan untuk
memasang skirting pada tingkap sekolah di atas. Walaupun ketinggian kami satu kelebihan,
tetapi rata-rata dari kami tidak mempunyai pengalaman dalam memasang skirting kerana
ianya memerlukan suatu kemahiran menghias yang jarang sekali kami lakukan dalam
pembelajaran di IPG. Namun begitu, cabaran haruslah disahut dengan sebaik mungkin. Saya
dan 5 ahli kumpulan yang lain serta guru SK Jeram Landak berperah otak untuk memikirkan
idea yang terbaik untuk menghias kantin sekolah ini. Selepas mendapat idea, kami bergilir-gilir
dalam memasang kain untuk dijadikan skirting. Di sini saya mendapati terdapatnya kerjasama
yang amat erat dan juga saling memahami kehendak dan kebolehan masing-masing dalam
proses memasang skirting ini. Sehinggakan tibanya waktu rehat untuk makan petang, kami
masih degil dan berusaha gigih dalam memasang skirting ini dengan teliti. Saya juga pasti
kumpulan lain yang telah diberikan tugas membuat dan mengecat mural di sekitar sekolah dan
juga membersihkan pusat sumber sekolah juga melakukan kerja mereka dengan baik dan
memberikan sepenuh usaha mereka.
Antara aspek yang paling menyentuh sisi sensitif saya apabila diberikan ibu bapa angkat
bersama 2 rakan yang lain. Kami diberikan ibu bapa angkat yang sama pada hari kedua. Saya
amat bersyukur kerana dengan menerima ibu bapa angkat ini, saya lebih peka dengan

kehidupan masyarakat kampong terutamanya warga tua di sini. Ibu bapa angkat saya sudah
agak berusia iaitu berumur 65 dan 80 tahun. Walaupun dengan usia mereka yang agak tua,
mereka masih agak sihat dan melayani kami dengan baik sekali. Ini membuatkan kami berasa
amat terharu. Mereka juga menyedarkan saya supaya selalu memberi dalam kehidupan ini
tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Ibu bapa angkat saya sudah tidak bekerja tetapi
masih mendapat hasil tanaman pisang mereka. Jadi mereka mempunyai pelbagai jenis
makanan kerepek pisang. Mereka sepertinya asyik menjamah kami dengan makanan dan
menyuruh membawa pulang pelbagai jenis makanan untuk simpanan dan bekalan walaupun
mereka tidak lah begitu mewah kehidupannya. Kami juga telah membantu menyediakan lauk
tengahari yang walaupun telah berkeras untuk tidak menyusahkan mereka menjamu makan
tengaari, tetapi mereka masih merasakan ianya perlu untuk menjamu tetamu walau dengan
lauk yang mudah sekalipun. Ianya amat sedap sekali walaupun hanya lauk kampong kerana
ianya mungkin dimasak dengan kasih saying. Saya juga amat tersentuh apabila rakan seibu
bapa angkat saya yang merupakan kaum Cina, makan menggunakan tangan. Kerana seingat
saya, beliau tidak pernah makan menggunakan tangan, hanya menggunakan sudu garfu
sahaja. Dan ianya adalah benar ianya adalah pertama kali beliau makan menggunakan tangan
kerana mahu menghormati ibu bapa angkat kami. Saya merasakan amat terharu sekali dengan
perbuatan beliau dan merasakan ianya patut dicontohi semua orang. Saya juga merasakan
amat terharu sekali apabila ibu angkat saya datang pada hari terakhir BIG untuk melambai kami
pulang balik ke IPG. Beliau dan ibu bapa angkat yang lain berada di balai raya kampong untuk
menunggu kami dan untuk meluangkan masa terakhir dengan kami. Saya berasa amat terharu
sekali dan pastinya rakan lain juga berasa begitu walaupun hanya mengenali mereka kurang
dari sehari, tetapi mereka amat baik sekali. Ianya amatlah mudah untuk beramah mesra dengan
penduduk kampong disini.
Pada hari kedua juga, kami diberi tugasan memasak beramai-ramai dengan penduduk
kampong dan juga aktiviti riadah bersama mereka iaitu bermain bola sepak dan sebagainya.
Ianya merupakan kenangan manis yang dirasai semua pihak. Ianya juga kenangan baru
terhadap saya yang tidak pernah mengalami sesi rewang beramai-ramai dengan meriah
sekali. Penduduk kampong dan peserta BIG bertungkus-lumus menyiapkan juadah sehingga ke
maghrib. Walaupun mengalami masalah seperti nasi mentah, kami tidak berputus asa dalam
membaiki masakan dan akhirnya jamuan besar malam itu berjalan dengan lancar sekali dengan
kehadiran hamir semua penduduk kampong dan juga YB yang telah dijemput memeriahkan
suasana. Begitu juga dengan aktiviti riadah bola sepak, rupanya warga Kg. Jeram Landak lebih

handal bermain bola sepak. Rupanya diam-diam ubi berisi. Seterusnya ke acara kemuncak iaitu
malam persembahan yang diadakan di anjung sekolah, persembahan dimulakan dengan
persembahan dari pelajar-pelajar IPG dengan jayanya dan meriah sekali. Ada persembahan
tarian 1Malaysia, koir, drama pendek dan juga sewang dari kaum orang asli. Selain itu muridmurid SK Jeram Landak juga telah berminat untuk membuat persembahan Gummy Bear yang
diajar oleh AJK Aktviti selama 2 hari berada disitu untuk dipersembahkan kepada ibu bapa
mereka. Persembahan mereka dilakukan secara spontan dan mencuit hati sekali. Akhir sekali,
persembahan penutup tirai dilakukan oleh penduduk kampong dengan iringan kugiran pemuzik
kampong.
Antara aktiviti yang dikira paling penting sepanjang perkhemahan ini iaitu aktiviti
memasak untuk makan pagi, tengahari dan makan malam. Walaupun kedengaran agak remeh
dan diambil ringan pada mulanya, tetapi ianya bertukar menjadi masa yang amat genting dan
serius memandangkan kami perlu memasak untuk lebih dari 50 orang termasuk jurulatihjurulatih yang terlibat. Kami telah diberikan had waktu untuk menyiapkan makanan pada masa
yang ditetapkan supaya aktiviti seterusnya itu berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.
Pada hari pertama, makan tengahari agak sedikit lewat disediakan memandangkan terdapat
kelewatan dalam menyediakan makanan dan juga kesukaran dalam mendirikan khemah dapur
tetapi syukur kepada Allah makan tengahari dapat juga disiapkan dengan sempurna dan lazat
sekali. Aktiviti memasak untuk sesi pagi, tengahari dan malam telah dibahagikan mengikut
kumpulan-kumpulan tertentu. Contohnya kumpulan 1 dan 2 untuk makan pagi, kumpulan 3 dan
4 untuk makan tengahari dan kumpulan 5 dan 6 untuk makan malam. Walaupun telah
dibahagikan tugas memasak mengikut kumpulan, masih ada lagi rakan-rakan dari kumpulan
yang tidak dijadualkan bertugas untuk memasak, turun untuk menolong dan membantu sedikit
sebanyak dalam menyiapkan makanan. Ianya amat menyentuh perasaan saya melihatkan
keprihatinan mereka dan rasa tanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Saya sebagai AJK
Makanan bagi aktiviti perkhemahan kali ini berasa amat khuatir sekali sekiranya makanan yang
disediakan tidak cukup dan kekangan bahan yand disediakan menyebabkan saya amat berhatihati semasa membahagikan bahan mentah kepada kumpulan untuk memasak. Saya juga amat
bersyukur sekali kerana tugas saya menjadi lebih mudah dengan adanya bantuan dari rakanrakan yang tidak penat untuk membantu saya dan kumpulan yang bertugas sekiranya mereka
tidak mempunyai tugas lain. Juga kepada rakan-rakan yang lain yang sentiasa mematuhi
peraturan agar memastikan kawasan dapur sentiasa kemas dan bersih dan juga alatan dapur
seperti pinggan mangkuk, cawan dan juga periuk belanga semuanya.

Kesimpulannya, terlalu banyak ilmu dan pengalaman berharga yang telah diperolehi
sepanjang perkhemahan selama 4 hari 3 malam ini. Dari tidur berlangitkan bintang sehingga
masak berkawah-kawah, telah kami redah dan lakukan semuanya dengan semangat yang
berkobar-kobar didada dan telah berjaya sehingga ke penutupan dan hari terakhir. Segala ilmu
dan panduan yang telah diperolehi akan saya gunakan untuk masa akan datang samada
sebelum bergelar guru dan juga sepastinya setelah bergelar seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai