Anda di halaman 1dari 13

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/263353342

Persepsi Mahasiswa Terhadap Pelaksanaan GST


di Malaysia: Kajian Ke atas Mahasiswa
Universiti Malaysia Perlis
Conference Paper June 2014

READS

9,300

1 author:
Hanum Hassan
Universiti Malaysia Perlis
29 PUBLICATIONS 7 CITATIONS
SEE PROFILE

All in-text references underlined in blue are linked to publications on ResearchGate,


letting you access and read them immediately.

Available from: Hanum Hassan


Retrieved on: 24 July 2016

Persepsi Mahasiswa Terhadap Pelaksanaan GST di Malaysia: Kajian Ke atas


Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis
Hanum Hassan, Ph.D
Pusat Pengajian Pembangunan Insan Dan Teknokomunikasi
Blok B, Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 1,
Universiti Malaysia Perlis.
Jejawi Kangar Perlis 02600
Email: hanum@unimap.edu.my
Tel: 04-9798357
Fax : 04-9798175

Abstrak: Rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
bermula 1 April 2015 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Ada sesetengah
pihak yang bersetuju dan ada juga sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan menyatakan
bahawa, pelaksanaan cukai ini akan membebankan lagi rakyat Malaysia. Keadaan ini
menunjukkan bahawa masyarakat masih keliru dan kurang memahami apakah GST yang
sebenarnya. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap
pelaksanaan GST di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk i) Mengenal pasti tahap
pengetahuan mahasiswa terhadap pelaksanaan GST, (ii) Mengenal pasti tahap kefahaman
mahasiswa terhadap isu pelaksanaan GST, dan; ( iii) Mengkaji tahap kesedaran mahasiswa
daripada tahun pengajian yang berbeza terhadap pelaksanaan GST. Sampel kajian adalah
seramai 277 orang mahasiswa yang terdiri daripada tahun pengajian yang berbeza. Pemilihan
sampel dibuat secara rawak mudah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif
dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. soal selidik ini mengandungi tiga
bahagian yang menghendaki responden menjawab soalan berdasarkan Skala Likert iaitu
Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju
(SS). Data-data yang di kumpul seterusnya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan
nilai kekerapan dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social
Science version 14.0 for windows.

Kata kunci: GST, Persepsi, Pengetahuan, Kefahaman

Pengenalan
Pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan pemansuhan cukai
jualan dan perkhidmatan dan akan diganti dengan Cukai Barang-barang dan Perkhidmatan
atau 'Goods and Service Tax' (GST). Menurut Perdana Menteri Malaysia, dengan
perlaksanaan GST, kerajaan dapat menangani banyak kelemahan di dalam sistem percukaian
sedia ada seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai
sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Kelemahankelemahan ini telah menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna dan
kerajaan.
Dengan adanya GST, segala kelemahan ini dapat diatasi. Dalam pembentangan tersebut juga
dinyatakan bahawa Kadar GST yang ditetapkan adalah enam peratus berbanding dengan
kadar cukai jualan iaitu lima hingga sepuluh peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar
enam peratus. Pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan,
merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil
pendapatan negara. Cukai ini lebih komprehensif mencakupi hampir semua barangan dan
perkhidmatan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan yang tertakluk kepada paras nilai
yang tertentu (Utusan Malaysia, 2013).
GST merupakan cukai penggunaan menyeluruh dan ia menjadi mekanisme kerajaan di
seluruh dunia untuk mengutip hasil selain menangani masalah defisit bajet. Malaysia tidak
terkecuali, bertepatan dengan saranan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju, menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk membuat penambahbaikan ke atas
sistem cukai sedia ada iaitu dengan mereformasi sistem cukai supaya menjadi lebih mudah,
telus dan lebih cekap. Reformasi cukai juga perlu untuk meningkatkan hasil dan
menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Pelaksanaan GST akan membolehkan kerajaan
menurunkan kadar cukai pendapatan tidak kira bagi individu mahupun korporat dan
menjadikan Malaysia lebih berdaya saing bagi menarik pelabur-pelabur asing untuk
menanam modal di dalam negara ini (Hussin, Aeefi Alghazali & Normala, 2013).
Menurut Wan Suhaimie Saidie (2013), GST perlu disegerakan pelaksanaannya untuk
mengekalkan daya saing Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan, mengekalkan
kemapanan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.
Menurut beliau lagi, negara seperti Australia dan Singapura boleh dijadikan perbandingan
dalam pelaksanaan GST kerana mempunyai geografi, demografi, budaya dan sistem
perundangan yang hampir menyamai Malaysia. Di Australia pendapatan per kapita rakyatnya
telah meningkat lebih tiga kali ganda kepada AS$67,000 berbanding hanya kira-kira
AS$20,000 semasa memulakan GST pada 2000. Manakala pendapatan per kapita di
Singapura pula, telah melonjak kepada AS$51,000 sekarang daripada AS$18,000 semasa
mula melaksanakan cukai itu.
Menerusi GST, rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan
taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan
oleh kerajaan seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang lengkap (Berita Harian,
2014).

Permasalahan Kajian
Walaupun GST dilihat sebagai satu sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan
memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia namun, sesetengah pihak menganggap
pelaksanaan GST adalah langkah tidak popular yang diambil oleh pihak kerajaan. Ada
sesetengah pihak yang bersetuju dan ada juga sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan
menyatakan bahawa, pelaksanaan cukai ini akan membebankan lagi rakyat Malaysia.
Keadaan juga menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi berada dalam kesamaran tentang
pelaksanaan GST serta gagal memahami justifikasi pelaksanaan cukai baru ini. Malah masih
terdapat juga rakyat yang tidak mengetahui bahawa GST bakal menghapuskan cukai
berganda yang menyebabkan harga barangan menjadi lebih tinggi. Oleh itu, apa jua bentuk
reaksi tersebut akan memberi implikasi tersendiri terhadap proses pelaksanaan GST kelak.
Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian yang dilakukan oleh Hussin, Aeefi Alghazali &
Normala (2013). Dapatan kajian menunjukkan hampir separuh responden tidak memahami
apa yang dimaksudkan tentang GST. In jelas dapat dilihat di dalam soalan berapa kadar GST,
adakah GST hanya dikenakan semasa berbelanja, semua barang dan perkhidmatan dikenakan
cukai GST dan pengecualian cukai GST terhadap barangan asas. Manakala dari segi
kesediaan mereka membayar cukai GST sekiranya GST dilaksanakan di Malaysia, didapati
hampir 70% belum lagi bersedia dan tidak pasti. Menurut Hussin, Aeefi Alghazali &
Normala (2013) lagi, walaupun pelaksanaan dan pengurusan sistem GST dianggap mencabar,
namun tempoh yang selesa dan sesuai sebelum pelaksanaannya diperlukan bagi
membolehkan semua orang bersedia dan faham serta didedahkan kepada sistem cukai GST
ini lebih adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.
Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa, untuk menggerakkan sesuatu perubahan
dalam masyarakat bukanlah suatu perkara yang mudah. Menurut Rogers (2003), sesuatu idea
baru amat susah diterima atau terdapat rintangan walaupun idea tersebut mempunyai banyak
kelebihan yang ketara. Hal ini kerana manusia kebiasaannya akan memberi reaksi tertentu
terhadap sesuatu perkara baru berdasarkan tanggapan dan pandangan dunia (world view)
yang berbeza-beza. Tambahan pula, setiap individu dalam masyarakat memiliki pelbagai
ragam yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pendapat, sikap, nilai dan
kepercayaan yang berlainan.
Justeru, tidak semua orang akan menerima secara automatik atau menerima apa saja yang
disarankan melalui proses komunikasi yang dirancang. Akibatnya, jika rintangan wujud,
perubahan tidak akan berlaku atau mungkin melambatkan proses perubahan serta
mengurangkan kadar penerimaan idea baru tersebut. Persoalan yang timbul mengapakah
rancangan pelaksanaan cukai ini sukar diterima oleh rakyat Malaysia? Adakah keadaan ini
berlaku kerana kurangnya maklumat berkaitan dengan pelaksanaan cukai ini ataupun rakyat
merasa waswas akan kelebihan pelaksanaan GST ini.
Berdasarkan perbincangan di atas, pengkaji melihat keadaan ini diibaratkan seperti yang
dinyatakan oleh Robbins (1996) (dalam Ibrahim, 1998), iaitu sesuatu idea tidak kira betapa
hebat sekalipun, adalah tidak bermakna sehinggalah idea tersebut dipindahkan dan difahami
oleh orang lain. Oleh itu, adalah menarik kajian persepsi dilakukan untuk melihat tahap
pengetahuan dan pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaan GST terutamanya dalam
kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi. Sering kali isu yang disebut di atas dikatakan
berkisar kepada kumpulan tertentu sahaja dalam masyarakat. Namun begitu, kita juga perlu
3

mengetahui dan cuba mengesan apakah yang difikirkan oleh mahasiswa berkaitan dengan isu
ini. Sebagai golongan yang bakal mengambil alih kepimpinan negara di masa hadapan,
adalah wajar kita melihat apakah persepsi mereka berhubung dengan isu yang berkaitan
dengan pelaksanaan GST yang wujud dalam negara masa kini.
Selain itu, hal ini juga amat berkait rapat dengan isu Pembangunan Menyeluruh Mahasiswa
yang turut diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesedaran mahasiswa
dalam isu-isu utama dalam negara dilihat dapat membantu membangunkan mereka secara
menyeluruh kerana secara realitinya kelak mereka akan berada bersama masyarakat walau
dalam apa bidang pengajian mereka. Memahami isu-isu semasa dalam masyarakat akan
mematangkan mereka sebagai persediaan untuk berada di tengah masyarakat serta mampu
berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat lebihlebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan
sains dan teknologi.

Objektif Kajian
Pada umumnya kajian yang dilaksanakan dalam kalangan mahasiswa khususnya mahasiswa
dalam bidang kejuruteraan ini adalah untuk melihat tahap kesedaran serta kefahaman mereka
terhadap pelaksanaan GST di Malaysia. Secara khususnya dalam kajian ini terdapat tiga
objektif iaitu;
i)
Mengenal pasti tahap pengetahuan mahasiswa terhadap pelaksanaan GST
ii)
Mengenal pasti tahap kefahaman mahasiswa terhadap isu pelaksanaan GST
iii)
Mengkaji tahap kesedaran mahasiswa daripada tahun pengajian yang berbeza
terhadap pelaksanaan GST.

Metodologi
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 277 orang mahasiswa yang terdiri
daripada tahun pengajian yang berbeza iaitu Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4.
Pemilihan responden dibuat secara rawak mudah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini
ialah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Soal selidik ini
mengandungi tiga bahagian yang mengehendaki responden menjawab soalan berdasarkan
Skala Likert iaitu Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S)
dan Sangat Setuju (SS). Bahagian A menyentuh tentang demografi responden. Manakala
Bahagian B menyentuh tentang tahap pengetahuan responden terhadap GST dan Bahagian C
berkisar tentang pemahaman responden mengenai isu pelaksanaan GST di Malaysia.

Hasil Analisis Profil Responden Kajian


Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada mahasiswa dari Universiti Malaysia
Perlis.Berdasarkan Jadual 1.0, hasil kajian menunjukkan responden yang terlibat dalam
kajian ini terdiri daripada mahasiswa lelaki (51.6%) dan mahasiswa perempuan (48.4%). Dari
segi bangsa pula, kebanyakan responden terdiri daripada bangsa Melayu (62.5%) berbanding
bangsa Cina (29.6%), India (5.1%) dan lain-lain bangsa (2.9%). Bagi analisis tahun pengajian
4

pula menunjukkan responden kajian ini dari Tahun 1 sebanyak 35.0%. Diikuti oleh Tahun 2
sebanyak 28.5%, Tahun 3 sebanyak 19.5% dan dari Tahun 4 sebanyak 17.0%.
Jadual 1.0: Analisis Profil Responden Kajian Jantina, Bangsa & Tahun Pengajian
Profil Responden
Lelaki
Perempuan
Jumlah

n
143
134
277

Peratus
51.6
48.4
100

Bangsa

Melayu
Cina
India
Lain-lain
Jumlah

173
82
14
8
277

62.5
29.6
5.1
2.9
100

Tahun Pengajian

Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Jumlah

97
79
54
47
277

35.0
28.5
19.5
17.0
100

Jantina

Objektif Pertama:

Mengenal pasti tahap pengetahuan mahasiswa terhadap


pelaksanaan GST

Jadual 1.1 di bawah menunjukkan frekuensi tahap pengetahuan responden terhadap


pelaksanaan GST di Malaysia. Beberapa soalan telah dikemukakan yang merangkumi
beberapa aspek asas yang terdapat dalam pelaksanaan GST seperti tarikh pelaksanaan cukai,
kadar cukai yang ditetapkan di dalam GST, pengecualian barang dan perkhidmatan di dalam
sistem GST dan kesan pelaksanaan GST.
Dapatan menunjukkan 49.1% daripada responden tidak tahu mengenai tarikh pelaksanaan
GST, dan 36.1% responden masih tidak pasti dengan tarikh pelaksanaan GST. Dapatan juga
menunjukkan majoriti responden iaitu 81.9% tidak tahu jumlah kadar yang dikenakan dalam
GST. 67.5% responden tidak tahu bahawa barang keperluan asas seperti tepung, beras, gula
dan ikan tidak dikenakan GST dan 20.6% responden berada dalam keadaan tidak pasti.
Seterusnya, sebanyak 67.2% responden dilihat tidak tahu perkhidmatan seperti penjagaan
kesihatan dan pendidikan tidak dikenakan GST dan 23.5% masih tidak pasti. Namun begitu,
responden (54.5%) tahu bahawa sebanyak 40 barangan keperluan asas rakyat tidak akan
dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan.
Sebanyak 32.8% daripada responden tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa pelaksanaan
GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi negara secara
keseluruhannya, diikuti pula dengan 34.3% masih tidak pasti. Walau bagaimanapun,
responden yang mewakili pengguna tahu bahawa pelaksanaan GST akan meningkatkan
jumlah kutipan hasil Kerajaan (39.0%). Secara keseluruhannya dapatan kajian ini
5

menunjukkan mahasiswa mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai pelaksanaan


GST di Malaysia.
Jadual 1.1: Analisis Pengetahuan terhadap Pelaksanaan GST
Item

Sangat tidak
setuju
(%)

Tidak
setuju
(%)

Tidak
pasti
(%)

setuju
(%)

Sangat
setuju
(%)

1. Cukai Barangan dan Perkhidamatan


(GST) akan dilaksanakan pada 15
April 2015.

23.5

25.6

36.1

11.9

2.9

2. GST menggantikan cukai jualan dan


cukai perkhidmatan sedia ada

14.8

23.1

34.3

22.4

5.4

3. Cukai Barangan dan Perkhidamatan


yang akan dikenakan adalah
sebanyak 6%.

24.2

29.2

28.5

13.0

5.1

4. Pelaksanaan GST akan


meningkatkan jumlah kutipan hasil
Kerajaan

6.1

16.2

38.6

23.1

15.9

5. Pelaksanaan GST akan


membolehkan lebih banyak projek
pembangunan dilaksanakan.

7.6

19.9

37.5

26.5

8.3

6. GST merupakan cukai yang berkesan


kerana ia dikutip di setiap peringkat
iaitu pengilang, pemborong, peruncit
dan pengguna

9.7

22.8

38.6

22.0

7.2

7. Pelaksanaan GST akan memberikan


kesan positif kepada sektor industri
dan ekonomi negara secara
keseluruhannya

8.3

24.5

34.3

28.5

4.3

8. Barang keperluan asas seperti


tepung, beras, gula dan ikan tidak
dikenakan GST

37.9

29.6

20.6

8.7

3.2

9. Perkhidmatan seperti penjagaan


kesihatan dan pendidikan tidak
dikenakan GST

37.2

30.0

23.5

7.6

1.8

10. Sebanyak 40 barangan keperluan


asas rakyat tidak akan dikenakan
cukai barangan dan perkhidmatan

6.5

9.4

29.6

23.8

30.7

Objektif Kedua:

Mengenal pasti tahap kefahaman mahasiswa terhadap isu


pelaksanaan GST

Jadual 1.2 menunjukkan soalan telah diajukan kepada responden berkenaan pemahaman
mereka terhadap isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan GST. Responden diberikan pilihan
jawapan yang merangkumi skala satu hingga lima yang mana skala satu mewakili sangat
tidak setuju, skala dua tidak setuju, skala tiga tidak pasti, skala empat mewakili setuju
dan yang terakhir skala lima mewakili jawapan sangat setuju.
Apabila ditanyakan mengenai GST adalah satu sistem cukai baharu yang mahu diperkenalkan
oleh kerajaan sebagai tambahan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), 14.4%
responden menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut.
Manakala 24.2% lagi menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju, 39.4% kurang pasti, 15.2%
setuju dengan penyataan tersebut, dan hanya 6.9% sahaja sangat setuju dengan penyataan
tersebut. Penyataan kedua berkenaan dengan isu GST tidak perlu dilaksanakan kerana sudah
ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan, 32.1% daripada responden bersetuju dengan
penyataan ini, 25.3% sangat setuju dan 27.8% daripada responden tidak pasti akan
pernyataan tersebut. Lain-lain responden memberi 3.6% untuk jawapan sangat tidak setuju
dan 10.8% untuk tidak bersetuju.
Penyataan seterusnya yang diajukan pada bahagian ini adalah GST akan membebankan
masyarakat kerana kadar yang dikenakan terlalu tinggi, majoriti daripada responden iaitu
35.4% responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut, di ikuti dengan 30.0% setuju,
22.7% masih tidak pasti, 8.7% tidak setuju dan 3.2% sangat tidak setuju. Dapatan juga
menunjukkan 57.7% daripada responden masih tidak memahami bagaimanakah GST akan
dilaksanakan, dan diikuti 27.4% responden masih tidak pasti. Seterusnya, penyataan kelima
adalah Pelaksanaan GST tidak dapat mengatasi kelemahan kaedah cukai jualan dan
perkhidmatan yang diperkenalkan sebelum ini. 42.6% daripada responden berada dalam
keadaan tidak pasti dan 27.4% bersetuju dan 15.5% sangat bersetuju dengan penyataan ini.
Malah dapatan juga menunjukkan bahawa responden bimbang GST akan menyebabkan
berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, iaitu 40.1% responden sangat
bersetuju, di ikuti dengan 35.4% setuju, 17.3% masih tidak pasti, 5.8% tidak setuju dan 1.4%
sangat tidak bersetuju. Kebimbangan mereka terus berterusan bahawa pelaksanaan GST
menyebabkan peniaga akan mengambil kesempatan ke atas masyarakat dengan menaikkan
harga barangan. Iaitu 44.4% responden sangat bersetuju, di ikuti dengan 35.0% setuju, 14.8%
masih tidak pasti, 3.6% tidak setuju dan 2.2% sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini.
Majoriti responden juga bersetuju dengan pernyataan bahawa Apabila GST dilaksanakan,
inflasi akan naik dan akan memberi kesan negatif kepada rakyat iaitu 32.5% responden
sangat bersetuju, di ikuti dengan 39.0% setuju, 20.8% masih tidak pasti, 2.8% tidak setuju
dan 2.5% sangat tidak bersetuju.
Kebimbangan responden terhadap pelaksanaan GST terjawab kerana kurangnya maklumat
yang disampaikan kepada masyarakat mengenai GST. Buktinya 70.6% responden bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Dapatan juga menunjukkan bahawa penerangan yang dibuat oleh
kerajaan mengenai maklumat pelaksanaan GST adalah tidak menyeluruh. Majoriti daripada
responden bersetuju iaitu sebanyak 68.9% melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan
responden.
7

Jadual 1.2: Analisis Kefahaman terhadap Isu-isu Pelaksanaan GST


Item

Sangat tidak
setuju
(%)

Tidak
setuju
(%)

Tidak
pasti
(%)

setuju
(%)

Sangat
setuju
(%)

1. GST sebagai satu sistem cukai baharu


yang mahu diperkenalkan oleh
kerajaan sebagai tambahan kepada
cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

14.4

24.2

39.4

15.2

6.9

2. GST tidak perlu dilaksanakan kerana


sudah ada cukai jualan dan cukai
perkhidmatan

3.6

10.8

27.8

32.1

25.3

3. GST akan membebankan masyarakat


kerana kadar yang dikenakan terlalu
tinggi

3.2

8.7

22.7

30.0

35.4

4. Masyarakat tidak memahami


bagaimanakah GST akan
dilaksanakan

5.1

9.7

27.4

30.3

27.4

5. Pelaksanaan GST tidak dapat


mengatasi kelemahan kaedah cukai
jualan dan perkhidmatan yang
diperkenalkan sebelum ini

2.5

11.9

42.6

27.4

15.5

6. GST akan menyebabkan berlakunya


kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan

1.4

5.8

17.3

35.4

40.1

7. Peniaga akan mengambil kesempatan


ke atas masyarakat dengan menaikkan
harga barangan

2.2

3.6

14.8

35.0

44.4

8. Apabila GST dilaksanakan, inflasi


akan naik dan akan memberi kesan
negatif kepada rakyat

2.5

2.8

20.8

39.0

32.5

9. Kurang maklumat yang disampaikan


kepada masyarakat mengenai GST

5.4

4.3

17.7

32.9

37.7

5.8

2.9

22.4

33.2

35.7

10.Hebahan maklumat mengenai GST


adalah tidak menyeluruh

Objektif Ketiga:

Mengkaji tahap kesedaran mahasiswa daripada tahun


pengajian yang berbeza terhadap pelaksanaan GST

Objektif kajian ke-3 bertujuan untuk melihat tahap kesedaran mahasiswa daripada tahun
pengajian yang berbeza terhadap pelaksanaan GST. Jadual 1.3 menunjukkan hasil analisis
ANOVA yang digunakan untuk melihat perbezaan antara kedua-dua pemboleh ubah ini.
Keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara tahun
pengajian dengan tahap kesedaran mahasiswa terhadap pelaksanaan GST. Hasil analisis
menunjukkan nilai F = .525 dan p > 0.05. dan tiada bukti kukuh yang menunjukkan
wujudnya perbezaan antara kedua-dua pemboleh ubah ini.

Jadual 1.3: Analisis ANOVA Perbezaan Tahun Pengajian dan Pelaksanaan GST
Tahun
Pengajian

SS

MS

df

Sig

Antara
Kumpulan

.752

.251

.525

.666

Dalam
Kumpulan

130.394

.478

273

Perbincangan Dan Rumusan Kajian


Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia
yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Malah konsep
Holistik dalam konteks pembangunan modal insan juga tidak hanya terbatas kepada disiplin
ilmu dan pemantapan kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda,
spiritual, sahsiah dan etika bagi memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan
pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia berlaku secara lebih
berstruktur. Justeru, mahasiswa IPT boleh dilihat sebagai agen perubahan atau pemimpin
pendapat dalam masyarakat serta menjadi fungsi yang penting dalam menyalurkan maklumat
serta memastikan dasar baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan.
Merujuk dapatan kajian, mendapati mahasiswa yang boleh dijadikan sebagai agen perubahan
atau pemimpin pendapat tidak mempunyai pengetahuan tentang pelaksanaan GST di
Malaysia dan mereka turut terperangkap dengan isu-isu yang berlingkar dalam masyarakat
mengenai keburukan pelaksanaan GST di Malaysia. Keadaan ini mungkin berlaku
disebabkan maklumat mengenai pelaksanaan GST tidak disebarkan dengan menyeluruh dan
ini memberi kesan kepada masyarakat terutamanya mahasiswa merasa bimbang akan kesan
negatif jika GST dilaksanakan. Dapatan juga menunjukkan bahawa mahasiswa tidak
mempunyai keyakinan untuk menerima pelaksanaan GST di Malaysia. Persoalannya, jika
mahasiswa tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai pelaksanaan GST, bagaimana
pula dengan penerimaan masyarakat yang lain.
9

Program 7 Pillars
Berdasarkan dapatan kajian ini juga, untuk menggerakkan sesuatu perubahan dalam
masyarakat bukanlah suatu perkara yang mudah. Lazimnya masyarakat akan membuat
keputusan sama ada untuk menerima atau menolak inovasi berdasarkan kepada empat
perkara iaitu: (1) Kesediaan untuk melakukan sesuatu; (2) Mengetahui apa yang patut
dilakukan; (3) Mengetahui bagaimana untuk melakukannya; dan (4) Mempunyai keupayaan
untuk melakukannya. Sekiranya empat perkara di atas tidak jelas kepada masyarakat,
berkemungkinan mereka akan menolak dasar yang dicadangkan dan tindakan ini mempunyai
kaitan dengan sikap. Malahan jika dasar baru tersebut boleh menimbulkan kesan sampingan
atau risiko yang tidak dijangkakan, masyarakat akan mengambil tindakan seperti
menangguhkan, menolak atau menentang (Hanum, 2012). Justeru, kejayaan penyebaran
sesuatu maklumat mengenai dasar baru sangat bergantung kepada kaedah maklumat itu
disebarkan agar masyarakat mendapat maklumat yang sewajarnya bagi memastikan dasar
baru yang dirancang dapat dilaksanakan.
Bagi memastikan masyarakat terutamanya mahasiswa mendapat maklumat yang sewajarnya
mengenai dasar-dasar kerajaan seperti pelaksanaan GST, UniMAP telah memperkenalkan
pembelajaran tidak formal iaitu program 7 Pilllars kepada semua mahasiswa UniMAP.
Program wajib ini dilaksanakan secara berterusan dalam membentuk modal insan dan
merupakan program terancang bagi memastikan mahasiswa bersedia memikul
tanggungjawab sebagai orang dewasa/pemimpin selepas tamat belajar kelak. Antara program
yang terdapat dalam 7 Pilllars adalah Program Jati Diri & Patriotisme, Program Baktisiswa,
Kursus Asas Kecemasan, Kursus Wacana Sosial, Bengkel kepimpinan Latihan Industri,
Kursus Kemahiran komunikasi dan Kursus Etika Sosial.
Menerusi Program Jati Diri & Patriotisme misalnya, mahasiswa didedahkan dengan
maklumat menerusi dua slot ceramah yang berkaitan dengan kenegaraan dan juga isu-isu
semasa. Selain ceramah, mahasiswa juga terlibat secara langsung dalam latihan dalam
kumpulan yang memberi peluang kepada mahasiswa berbincang dengan fasilitator mengenai
maklumat yang mereka peroleh dalam slot ceramah. Perbincangan antara mahasiswa dan
fasilitator telah membantu mahasiswa memahami apakah dasar-dasar kerajaan yang telah,
sedang dan akan dilakukan dalam membangunkan sesebuah negara. Penglibatan pengkaji
sebagai fasilitator melihat keberkesanan program ini dalam membentuk jati diri seorang
mahasiswa. Hal ini kerana mahasiswa diberi peluang untuk memberi pandangan dan
fasilitator boleh melihat tahap penguasaan mahasiswa terhadap sesuatu isu yang
dibincangkan. Dalam hal ini, fasilitator bertindak sebagai pemimpin pendapat yang
berperanan untuk menjelaskan sesuatu isu dengan lebih mendalam dan jelas ketika sesi
refleksi di setiap slot latihan dalam kumpulan diadakan.
Keupayaan fasilitator dalam memberi penjelasan mengenai sesuatu isu amat membantu
mahasiswa memahami bagaimanakah sesuatu dasar dilakukan dan apakah kesannya kepada
masyarakat. Hal ini kerana pemimpin pendapat mempunyai peranan yang besar dan sangat
berpengaruh dalam sistem komunikasi masyarakat. Pemimpin pendapat boleh mempengaruhi
individu lain dalam membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu
dasar baru yang diperkenalkan dalam masyarakat (Visser & Mirabile, 2004; Richins & Bloch,
1986; Feick & Price, 1987; Richins & Root-Shaffer, 1988). Kesedaran mahasiswa dalam isuisu utama dalam negara dilihat dapat membantu membangunkan mereka secara menyeluruh
kerana secara realitinya kelak mereka akan berada bersama masyarakat walau dalam apa
10

bidang pengajian mereka. Memahami isu-isu semasa dalam masyarakat akan mematangkan
mereka sebagai persediaan untuk berada di tengah masyarakat serta mampu berdepan dengan
cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat lebih-lebih lagi dalam
zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan
teknologi.
Kesimpulan
Meskipun GST adalah perancangan yang dikemukakan oleh kerajaan untuk keseluruhan
rakyat, dan ia bukanlah satu perkara eksklusif yang hanya melibatkan kerajaan dan pihak
yang berkepentingan sahaja. Sebaliknya, rakyat khususnya golongan mahasiswa juga
mempunyai peranan yang tersendiri untuk merealisasikan serta memastikan GST dapat
dilaksanakan di Malaysia. Hal ini kerana masih ramai rakyat yang tidak memahami
bagaimana GST akan dilaksanakan. Justeru, golongan mahasiswa boleh memainkan peranan
yang penting sebagai agen perubahan yang utama dalam sesebuah masyarakat dalam usaha
membantu pihak kerajaan mewar-warkan mengenai pelaksanaan GST di Malaysia.

11

Rujukan
Berita Harian, 10/3/2014. Rasional pelaksanaan GST.
Feick, L., & Price, L. (1987). The Market Maven: A Diffuser Of Marketplace Information.
Journal of Marketing 51(January):83-97.
Utusan Malaysia, 10/10/2013. Pelaksanaan GST masih dalam kajian-Wahid.
Hanum Hassan (2012). Hubungan Ciri Inovasi Dan Saluran Komunikasi Dengan Rintangan
Kempen Tak Nak Merokok. Tesis Ph.D, Universiti Utara Malaysia.
Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus & Normala Mehat (2013). Kefahaman Dan
Kesediaan Pengguna Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Gst): Satu
Tinjauan Awal. Prosiding PERKEM VIII, Jilid 2 (2013) 688 - 702 ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII (PERKEM VIII) Dasar Awam Dalam
Era Transformasi Ekonomi: Cabaran Dan Halatuju Johor Bahru, 7 9 JUN 2013.
Ibrahim Ali (1998). Gelagat pencarian maklumat di Jabatan Perkhidmatan Penerangan and
Jabatan Penyiaran Malaysia. Dari eprints.uum.edu.my/435/1/Ibrahim_bin_Ali.pdf.
Richins, M. L., & Bloch, P. H. (1986). After the New Wears Off: The Temporal Context of
Product Involvement. Journal of Consumer Research;13 (September): 280-285.
Richins, M.L., & Root-Shaffer, T. (1988). The Role of Involvement and Opinion
Leadership in Consumer Word-of-Mouth: An Implicit Model Made Explicit. Advances in
Consumer Research; 15: 32-36
Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5th ed.). New York: Free Press.
Valente, T.W., & Pumpuang, P. (2007). Identifying opinion leaders to promote behavior
change, Health Education and Behavior, vol. 34, no. 6, pp. 881896.
Visser, P.S., & Mirabile, R.R. (2004). Attitudes in the social context: The impact of social
network composition on individual-level attitude strength. Journal of Personality and
Social Psychology, 87, 779-795.
Watts, D.J., & Dodds, P.S. (2007). Influentials, Networks, and Public Opinion Formation.
Journal of Consumer Research. 34(4), 441-458.
Wan Suhaimie Saidie ( 2014). Pelaksanaan GST perlu disegera, Berita harian, 2013/10/08.

12