Anda di halaman 1dari 14

Imam An-Nawawi menukilkan daripada Al-Harith Al-Muhasibi

katanya: Orang
yang
benar
ialah
orang
yang
tidak
memperdulikan segala sanjungan yang diberikan oleh manusia
kerana dia lebih mementingkan keelokan hatinya. Dia tidak
suka amalan kebaikannya dilihat orang walaupun sedikit. Dia
juga tidak benci jika amalan buruknya diketahui orang. Ini
kerana jika dia tidak suka amalan buruknya diketahui orang,
maka ini menunjukkan bahawa dia suka untuk mendapat
sanjungan manusia, sedangkan ini bukanlah akhlak orangorang yang benar. Penulis membawakan kata-kata ini untuk
menasihati diri penulisan terutamanya juga para Hamlatul Quran
supaya janganlah terdapat rasa untuk menjadikan Al-Quran sebagai
batu loncatan kepada pangkat atau sanjungan manusia ditakuti AlQuran menjadi hujah ke atas kita.

Daripada pembacaan penulis, Imam An-Nawawi yang dikenali dengan


panggilan Orang Kanan Mazhab Syafie menyelitkan karya beliau
dengan hukum-hukum Feqah yang melingkari seorang Hamlatul Quran.
Sedikit penulis bawakan dalil-dalil yang menjadi panduan.


Sebaik-baik kamu ialah sesiapa yang mempelajari Al-Quran
dan mengajarkannya

Orang-orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir,


maka dia akan bersama dengan malaikat safarah yang
menghitung amalan kebaikan lagi yang berbuat kebajikan.
Manakala sesiapa yang membaca Al-Quran di dalam keadaan
tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua
ganjaran

Penulis katakan, hadith di atas sebagai ucapan Rasulallah s.a.w yang


memberi semangat kepada pelajar Al-Quran, pengajar Al-Quran,

pembaca Al-Quran yang lancar bacaan dan pembaca Al-Quran yang


tidak lancar bacaan supaya beristiqamah bersama Al-Quran kerana
terdapat ganjaran sekalipun pembaca Al-Quran itu tidak lancar. Malah
Rasulallah s.a.w dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muaz
menjanjikan mahkota pada hari kiamat kepada ibu bapa yang anaknya
membaca Al-Quran dan beramal dengannya. Maka penulis bertanya,
hal apakah yang lebih besar daripada janji Allah dan rasulNya?

Kelebihan Di Dunia

""
Orang-orang Islam hendaklah diimamkan oleh orang yang
paling banyak membaca Al-Quran (Riwayat Muslim)

Perkara yang sama apabila Rasulallah s.a.w mendahulukan ke


liang lahad lelaki yang lebih banyak menghafaz Al-Quran di
dalam Peperangan Uhud (Riwayat Bukhari). Ucapan Rasulallah
s.a.w seakan-akan diletakkan di belakang pada zaman sekarang di
sesetengah tempat. Entah bagaimana orang-orang pejabat agama
melantik imam. Pernah penulis menjadi makmum di sebuah masjid di
Negeri Sembilan dan imam mudanya acapkali membaca ayat-ayat
hafazan yang ganjil. Makmum yang Hamlatul Quran boleh memaafkan
jika kali pertama imam tersalah. Apabila sudah menjadi kebiasaan
imam mempraktikkan kesalahan, penulis lantas menulis surat dengan
luahan yang lembut. Segala puji untuk Allah, imam muda itu sudah
tidak mempraktikkan kesalahan.

Lagi, terdapat segelintir masyarakat hanya beranggapan para Hamlatul


Quran hanya layak menjadi imam di dalam solat dan juga aktivitiaktiviti agama yang lain, tidak layak di dalam pentadbiran hal dunia,
maka diserahkan kepada orang-orang yang Inggeris fikirannya.
Penulis berkata, anggapan seperti ini adalah anggapan yang salah.

Terdapat pengaruh sekularisma pada anggapan seperti ini. Penulis


membawakan kata-kata Ibn Abbas: Para Hamlatul Quran yang
menjadi ahli-ahli mesyuarat Umar r.a terdiri daripada orang tua
dan orang muda (Riwayat Bukhari). Umar r.a, sahabat yang benar
sifat lidahnya bermesyuarat dengan para Hamlatul Quran. Apakah
masih kita tidak sedari?

Penulis yang pernah hidup di dalam masyarakat kampus juga melihat


hal ini. Para Hamlatul Quran hanya selayaknya menjadi Exco Dakwah
Tarbiyah yang tidak memegang dasar persatuan, yang masih di bawah
pengawasan seorang yang mentarbiyah dengan berniaga dan usrah isu
semasa pada Semester 2. Hanya kerana seseorang itu memakai kopiah
putih. Penulis bersumpah dengan nama Allah bahawa penulis jadikan ia
pengajaran dibawa dan diamalkan.

Beberapa disiplin dan adab hidup para Hamlatul Quran

1. Hamlatul Quran tidak boleh kelihatan lemah, menjadi beban kepada orang lain
dan kusut masai pakaiannya. Rasulallah s.a.w yang bersifat dengan sifar
kerasulan dan sifat pemerintah negara, selalu mendampingi manusia lain,
tidak mungkin kusut masai pakaian baginda. Sungguh aneh manusia yang
menisbahkan pakaian kusut masai kepada Rasulallah. Diriwayatkan
daripada Umar r.a katanya: Wahai para penuntut Al-Quran!
Angkatlah kepalamu, jalan terbentang luas di hadapanmu, berlumbalumbalah ke arah kebaikan dan jangan kamu menjadi bebanan
kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud;

Dan Allah membuat (pula) perumpamaan: dua orang lelaki yang seorang
bisu, tidak dapat berbuat sesuatu pun dan dia menjadi beban atas
penanggungnya, ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya itu, dia tidak
dapat mendatangkan suatu kebajikan pun. Samakah orang itu dengan orang
yang menyuruh berbuat keadilan, dan dia berada pula di atas jalan yang
lurus? (Surah An-Nahl: 76)

2. Ikhlas, tidak menjadikan Al-Quran sebagai jambatan habuan dunia (daripada


Abu Hurairah), tidak berdebat dengan golongan yang bodoh, dan tidak berniat
mengalahkan ulamak (Riwayat Tarmizi daripada Kaab bin Malik)
3. Membaca diutamakan pada waktu sepertiga malam (daripada Abdullah ibn
Masud), di waktu pagi (Doa nabi s.a.w kepada umat baginda:
), dan di waktu diantara maghrib dan isyak. Kata Fudhail Iyadh: Para
Hamlatul Quran adalah bendera Islam. Tidak sepatutnya mereka
bersama orang-orang yang bermain dan orang-orang yang lalai.
Tidak sepatutnya mereka melakukan perbuatan yang sia-sia
bersama-sama orang yang melakukan perbuatan sia-sia
4. Menjaga Al-Quran dan tidak melupakannya kerana Al-Quran lebih liar
daripada unta yang diikat (Riwayat Bukhari dan Muslim).
5
. Bersugi, suci daripada hadath, tempat yang bersih dan terpilih, menghadap
kiblat, membaca
mengulang-ulang

istiazah, membaca basmalah, bacaan secara tartil,


untuk tadabur dan menangis, mengangkat dan

mengelokkan suara ketika bacaan, berdoa apabila membaca ayat janji-janji


Allah dan ayat azab-azab Allah, memperlahankan bacaan apabila membaca
ayat-ayat yang mensifatkan Allah dengan sifat yang mustahil bagiNya (Allah
mempunyai anak/tangan Allah terbelenggu: Maha Suci Allah daripada sifatsifat yang mustahil bagiNya), sujud tilawah pada tempat-tempatnya,
meriwayatkan tafsir daripada ulamak-ulamak tafsir, dan berkata: Aku
dilupakan Allah ayat sekian dan sekian (Riwayat Bukhari).
6.
Amalan para Hamlatul Quran (Setiap amalan di bawah yang dibawa oleh Imam
An-Nawawi terdapat hadith masing-masing):

Surah-Surah

Waktu

Surah Sajadah dan Surah Al-Insan

Solat Subuh Hari


Jumaat

Surah Jumuah / Surah Al-Ala dan


Surah Al-Ghasiyah

Solat Jumaat.

Surah Qaf dan Al-Qamar / Surah Al-

Solat Sunat Hari Raya

Ala dan Surah Ghasiyah


Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Maghrib

Surah Al-Ala, Surah Al-Kafirun, dan


Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan

Solat Sunat Witir

Surah An-Nas
Surah Al-Kahfi / Surah Hud / Surah
Ali-Imran

Hari Jumaat

Ayat Kursi dan akhir Surah Al-

Setiap Tempat dan

Baqarah

Tempat Tidur

Ayat Kursi dan 3 Qul

Selesai Solat dan


Sebelum Tidur

Surah Az-Zumar dan Surah Al-Isra

Sebelum Tidur

Ayat 190 Surah Ali-Imran

Terjaga daripada Tidur


di tengah malam

Surah Al-Fatihah dan 3 Qul

Sisi Pesakit

Surah Yasin

Sisi Jenazah

Surah Al-Mulk dan Surah Al-Waqiah

Selalu meluangkan
masa untuk membaca

Doa yang baik untuk dijadikan amalan:

""
Moga bersama kita dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah
sebagai penyejuk mata dan dijadikan kita pemimpin orang-orang beriman di
dalam kebaikan. Yang menyejukkan mata dan hati dengan Al-Quran.

Ditulis pada hari ini adalah hanya sedikit daripada mutiara-mutiara ilmu yang
disampaikan oleh Imam An-Nawawi. Penulis mengakhiri dengan membawa
kata-kata Ibrahim Al-Khawwas. Kata Ibrahim Al-Khawwas: Ubat hati
ialah lima perkara; (1) Membaca Al-Quran dengan tadabbur. (2) Perut
yang kosong-puasa. (3) Qiyamullail. (4) Berdoa pada waktu sahur. (5)
Duduk bersama para solihin.

PERANAN GURU DALAM PENERAPAN AKHLAK

Guru dan Tanggungjawabnya

Guru ialah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan
pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan dapat
menentukan untung nasih sesebuah bangsa. Menurut perspektif Islam, ulama atau
guru itu adalah pemimpin pada setiap zaman, menjadi ketua pada sebuah tempat,
mengajak manusia ke arah kebaikan dan kebenaran. Kedudukan ulama atau guru
itu sungguh mulia dan terhormat bukan sahaja di mata masyarakat tetapi juga di sisi
Allah Subhanahu Wataala, martabat guru itu sungguh tinggi.
Firman Allah Subhanahu Wataala:

Tafsirnya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa
darjat.[4]

Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Para ulama itu adalah warisan para nabi, sesungguhnya nabi itu tidak
meninggalkan wang ringgit akan tetapi meninggalkan ilmu.

Tugas atau tanggungjawab guru itu amat berat dan rumit. Ia adalah amanah yang
besar untuk dipikul dan dilaksanakan kerana tugas ini mewarisi pekerjaan nabi-nabi
dan orang-orang yang soleh. Ia memerlukan banyak pengorbanan bagi
mendapatkan hasil yang baik dan berfaedah bukan sahaja memperolehi kelulusan
dan pekerjaan semata-mata tetapi lebih penting ialah melahirkan dan membina
manusia yang sempurna atau al-Insaanul kamil. Seorang guru tidak setakat
menyampaikan ilmu pengetahuan dan memberikan latihan kemahiran kepada
pelajar-pelajar, mereka juga mesti membimbing ke arah pekerti dan akhlak yang
mulia, berdikari, rajin berusaha dan bertanggungjawab.

Guru adalah model terhadap orang di bawah pimpinannya. Setiap sifat, gerak geri,
tingkah laku, tutur kata, tatacara hidup selalunya menjadi ikutan oleh pelajar dan
masyarakat sekeliling. Justeru itu guru mesti berwibawa dan dapat memberi contoh
teladan yang baik dalam semua hal dan ketika. Oleh itu, sifat yang perlu dimiliki oleh
seseorang guru itu ialah sifat taqwa yang terkandung di dalamnya istiqamah,
berakhlak mulia, sabar, ikhlas, bersedia bekerja keras, bertanggungjawab, jujur,
amanah, sanggup berkorban, berinisiatif, bertimbang rasa, bersimpati, penyayang,
berdisiplin, dedikasi serta berilmu pengetahuan yang luas.

Guru Sebagai Pembentuk Akhlak dan Contoh Teladan

Peranan guru ialah menerapkan nilai murni kepada pelajar. Penerapan nilai ini dapat
dilakukan secara formal semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti di luar
bilik darjah. Penerapan ini boleh dijalankan secara dirancang atau secara bersahaja.

Pemupukan nilai dapat dilakukan secara spontan apabila timbul suasana yang
memungkinkan akhlak pelajar dapat diperbaiki atau dicontohi.

Oleh itu, guru perlu menjadi contoh akhlak mulia terlebih dahulu kepada para
pelajarnya supaya akhlak mulia ini diikuti dengan baik. Segala sifat akhlak terkeji
yang guru nampak pada pelajarnya, guru perlu menegur dengan hikmah dan dalam
masa yang sama guru menunjukkan akhlak sebenar yang dikehendaki dalam Islam.

Guru juga sebagai petunjuk teladan yang baik kepada pelajar dan masyarakat.
Setiap guru harus dapat menunjukkan kecekapan dan keyakinan dalam disiplin
masing-masing. Ia juga harus mengambil tindakan selaras dengan kata-katanya,
selain itu meningkatkan dan mengekalkan minat pelajar untuk sentiasa terus belajar
serta menunjukkan akhlak mulia di dalam dan di luar bilik darjah. Guru harus faham
bahawa pelajar belajar lebih kepada apa yang dilihat daripada apa yang
didengarnya.

Pengalaman mendidik juga mencakupi keterampilan sosial pelajar yang berkait rapat
dengan pengembangan nilai-nilai moral dan agama dalam konteks di rumah,
sekolah, masyarakat dan juga peranan guru dalam menerapkan strategi nilai-nilai
kepada pelajar sehingga nilai-nilai tersebut dapat direalisasikan.

Strategi yang perlu dirancang guru dalam rangka mengembangkan nilai-nilai moral
dan agama untuk para pelajar dapat teraplikasi dengan menerapkan beberapa hal
seperti berikut:

1) Memberi kesempatan kepada pelajar untuk berkongsi tentang emosi dan


perasaannya dalam lingkungan yang selesa dan aman.
2)

Mengajarkan hal-hal realistik yang dapat difahami oleh pelajar.

3) Memberi kesempatan kepada pelajar untuk berlatih belajar bekerjasama dan


bertanggungjawab.
4) Memberikan contoh sikap atau perilaku yang padat dengan nilai-nilai moral dan
agama.

Keterampilan sosial yang mencakupi kerjasama perlu dibiasakan pada diri setiap
pelajar, bahkan sejak usia awal mereka. Dengan meningkatnya usia pelajar, nilainilai tersebut diharapkan dapat bertambah dan tertanam dalam diri serta terwujud
dalam perilaku mereka sehari-hari, baik hubungannya dengan anggota keluarga,
rakan sebaya, mahupun masyarakat di persekitarannya.

Fungsi Muaddib dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Perkataan muaddib boleh diterjemahkan sebagai pembentuk adab. Gelaran ini


sesuai diberikan kepada guru yang sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak
mulia kepada pelajar-pelajarnya dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Menurut al-Attas (1992), penitisan adab merupakan unsur asas dalam pendidikan
Islam yang merangkumi kehidupan rohaniah dan kebendaan seseorang serta kualiti
kebaikan yang ingin ditanamkan dalam diri manusia. Sabda Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam yang bermaksud:

Tuhanku yang membentuk adabku, maka Dia membentuk sebaik-baik adab. (Ibn
Hajar)

Tadib dari segi terminologi membawa maksud dalam proses mendidik atau
membentuk. Seseorang individu yang terdidik mempunyai kemampuan untuk
mengembangkan segala potensinya ke arah pembentukan yang ditetapkan oleh
Allah Subhanahu Wataala. Menurut Hassan Langgulung (1995), penggunaan
istilah tadib lebih tepat untuk pendidikan kerana tadib bukan sekadar mengajar
sahaja dan tidak pula meliputi makhluk lain selain manusia. Istilah tadib merangkumi
istilah talim dan tarbiyyah serta mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep
ilmu dalam Islam.

Konsep tadib merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk mengasuh,
mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan
akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sakhsiah dan seluruh adab sopan dalam
pembinaan dan pembangunan diri para pelajar. Proses tadibini bersumberkan
wahyu Allah Subhanahu Wataala. Manakala nilai tadib yang cuba diterapkan dalam
diri para pelajar adalah bersifat mutlak, muktamad, kekal abadi dan diasaskan
kepada keimanan yang kukuh kepada Allah Subhanahu Wataala.

Setelah membincangkan fungsi muaddib dan konsep tadib di atas, dapatlah


dinyatakan secara ringkas bahawa ciri-ciri yang ada pada muaddib itu adalah seperti
berikut:

1)

Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup aurat).

2)

Menepati masa.

3)

Menuturkan kata-kata dengan sopan dan berhemah.

4)

Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu).

5)

Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar.

6)

Mempamerkan sifat tawadu atau rendah diri.

7)

Mempamerkan sifat keceriaan.

8)

Menerapkan akhlak semasa pengajaran dan pembelajaran.

9)

Mengambil berat terhadap perkembangan adab pelajar.

10) Menjaga maruah diri.


11) Menampilkan perwatakan atau personaliti yang baik.[5]

Karakter Guru yang Dicintai

Jika seorang guru memiliki beberapa kaedah pengajaran yang baru dan memikat,
dengan sendirinya ia akan menjadi seorang guru yang dirindukan oleh pelajarpelajarnya. Mereka akan menerima pelajaran yang diberikan dengan senang hati.
Akhirnya ia akan menjadi seorang guru yang dicintai dan semestinya dia jua
menyayangi mereka. Tidak diragukan lagi, guru yang tidak memiliki sifat kasih
terhadap pelajar, ia tidak akan bertahan lama menekuni bidang sebagai seorang
guru, kecuali kerana terpaksa.

Ketenangan hati dan sifat menerima antara guru dan pelajar-pelajarnya adalah unsur
terpenting dalam proses pendidikan yang berjaya. Para pelajar akan merasa
dihormati dan dihargai ketika bersama gurunya. Di samping itu, mereka merasa
bahawa gurunya adalah pemilik kemuliaan kerana dialah yang telah memberikan
ilmu kepada mereka, menunjukkan akhlak yang baik, bahkan membantu mereka
dalam menyelesaikan permasalahan sama ada berhubungan dengan bahan
pelajaran ataupun tentang kehidupan sosial. Oleh yang demikian, guru hendaklah
mengambil peluang keemasan ini untuk menerapkan nilai-nilai akhlak yang mulia
kepada para pelajarnya. Ini kerana mereka akan sentiasa membuka hati dan fikiran
serta menerima baik segala kata-kata nasihat yang diucapkan oleh guru yang
mereka kasihi.

Setelah mengetahui betapa pentingnya menjadi seorang guru yang dicintai dalam
menerapkan nilai akhlak yang murni, berikut adalah pendapat para cendekiawan
tentang karakter guru berkenaan:

1) Daniel Comiza berpendapat bahawa guru yang dicintai adalah orang yang
menerima dengan tulus dan berbahagia dengan segala sesuatu pada diri manusia.
Hal ini akan menjadikan dirinya lebih memahami pelajar-pelajarnya dan berinteraksi
baik dengan mereka. Selain itu, ia akan bangga dengan kemampuan dan keahlian
yang dimiliki, serta senang dengan keadaan yang ada di sekitarnya. Hal tersebut
diwujudkan dengan membantu dan membimbing para pelajar dengan baik lagi tulus
serta berinteraksi dengan semua orang dengan sikap yang baik dan mulia.

2) Flandrez berpendapat bahawa ada beberapa sifat yang harus dimiliki seseorang
jika ia ingin menjadi seorang guru yang dicintai. Sifat yang paling diperlukan adalah
menerima orang lain, tenang atau dapat mengendalikan emosi, ramah mesra, murah
senyum, sabar dan mampu untuk melakukan tugas-tugas yang menjadi
tanggungjawabnya.

3) Murze berpendapat bahawa guru yang dicintai adalah seorang guru yang
memiliki sifat ramah dalam berinteraksi kepada sesama, memahami orang lain,
menghormati tanggungjawab, disiplin dalam sikap dan tugas-tugasnya dan mampu
berinisiatif dan inovatif.

4) Sebuah penelitian di Amerika Syarikat yang dilakukan oleh para ilmuwannya,


yang dipimpin oleh Hart Adams menegaskan bahawa ada tiga kelompok yang

menjadi sebab seorang guru itu dicintai oleh pelajar-pelajarnya. Tiga kelompok
tersebut adalah seperti berikut:-

Kelompok pertama:

(a) Sikap tolong-menolong dengan kesetiaan yang tinggi.


(b) Menjelaskan pelajaran dengan baik.
(c) Menggunakan perumpamaan atau contoh di dalam penjelasan.

Kelompok kedua:

(a) Berbudi pekerti baik.


(b) Cerdas iaitu mampu membuat suasana di dalam kelas menjadi
hangat dan menyenangkan.

Kelompok ketiga:

(a) Arif dan lemah-lembut terhadap para pelajarnya.


(b) Peka terhadap perasaan para pelajarnya.
(c) Merasa bahawa para pelajarnya adalah teman-temannya.

KESAN PENERAPAN AKHLAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menerapkan nilai-nilai akhlak kepada pelajar-pelajar adalah salah satu tugas


seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan menyedari

keutamaan berakhlak mulia dan terdorong untuk menghayati dan mengamalkan


dalam kehidupan seharian. Perkara ini menjadi keutamaan dalam pendidikan ugama
untuk melahirkan pelajar bertaqwa dan berakhlak mulia.

Berdasarkan ilmu penerapan ini, para pelajar dapat membezakan sesuatu perkara
yang berlaku dalam kehidupannya sama ada perkara itu baik atau buruk. Dengan ini,
para pelajar tidak mudah terjerumus kepada golongan yang tidak baik yang akan
merosakkan diri mereka sendiri (Mursa, 2001: 39).

Oleh itu penerapan nilai-nilai akhlak yang telah dilakukan oleh guru di dalam bilik
darjah akan mewujudkan kesan yang baik kepada perubahan sikap para pelajar.
Antara kesan penerapan akhlak dalam pengajaran dan pembelajaran itu ialah:-

1) Suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tenang, mudah serta
senang dijalankan dan diikuti kerana murid-murid sudah terdidik dengan disiplin dan
akhlak yang mulia sehingga tidak akan timbul masalah seperti ponteng kelas, tidak
menghormati guru, malas dan sebagainya.

2) Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi berkah kerana tertanamnya niat


ibadah serta menghayati nilai-nilai akhlak, kebersihan jiwa dan kemurnian hati,
menimbulkan kemesraan hubungan dan kecintaan kepada Allah serta membina
ketinggian budi dan kelurusan amal serta mendapat hasil dari Allah sebagaimana
firman Allah Subhanahu Wataala:

Tafsirnya: Sesiapa yang mengerjakan amal baik maka kebaikan itu untuk dirinya
dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan maka kejahatan itu dia
menanggungnya.[6]

3) Pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan kejayaan bila mana


penerapan akhlak itu membawa kesan yang positif pada semua murid-murid
sehingga mereka begitu bersemangat dalam melakukan kerja berkumpulan, projek
mahupun sebarang kerja yang diberikan dan menimbulkan semangat bersatu-padu,
mesra dan saling bertanggungjawab dengan menjaga nilai-nilai Islam.

4) Menimbulkan keinsafan di hati dan dihormati oleh rakan-rakan yang lain bila
mana dirinya menjadi contoh teladan kepada yang murid-murid yang lain.

5) Sentiasa mengamalkan dan menghiasi diri mereka dengan amal perbuatan yang
baik hasil daripada penerapan akhlak yang tersemai di jiwa mereka.