Anda di halaman 1dari 3

SOALAN-SOALAN LAZIM KAD PIN & BAYAR

BERKENAAN PIN :
1. Apakah PIN?
PIN, atau Personal Identification Number (Nombor Pengenalan Peribadi), ialah kod rahsia yang
diberikan kepada pemegang kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan mereka ialah
pemilik sah kad pembayaran tersebut. PIN untuk kad di Malaysia mempunyai enam digit. PIN
anda mestilah sentiasa dirahsiakan dan jangan sekali-kali dicatatkan di mana-mana.

2. Mengapakah kad berasaskan tandatangan perlu ditukarkan kepada PIN?


Penggunaan PIN boleh membantu melindungi pengguna daripada penipuan akibat kehilangan
atau kecurian kad kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk membuat pembayaran. Oleh
itu, anda perlu sentiasa merahsiakan PIN anda.

3. Bagaimana saya boleh mendapatkan PIN?


Bank akan pos PIN anda ke alamat surat menyurat menggunakan Pos Malaysia. Kad dan PIN
akan dihantar secara berasingan.

* Pemegang kad
1. Mengapa saya perlu menerima kad baru untuk menggunakan PIN?
Anda menerima kad baru kerana kad lama tidak menyokong PIN untuk membolehkan
pembayaran dibuat.

2. Adakah saya masih boleh menggunakan kad yang lama setelah menerima kad yang baru?
Penggunaan kad yang lama akan disekat dalam tempoh 90 hari setelah kad yang baru
dikeluarkan.

3. Adakah kad lama saya akan terbatal setelah saya aktifkan kad yang baru?
Ya, kad lama akan terbatal setelah pengaktifan kad baru dilakukan.

4. Mengapa nombor kad yang baru berbeza dengan nombor kad yang lama?
Ini bagi membezakan kad lama dan kad baru kerana kad yang lama perlu disekat dalam tempoh
90 hari setelah kad yang baru dikeluarkan.

5. Adakah saya perlu mendaftar semula jika saya ada mendaftar arahan tetap?
Ya, sila pastikan anda mengemaskini nombor kad baru anda untuk setiap arahan tetap / auto
debit setelah menerima kad yang baru.
6. Bolehkah nombor PIN yang lama digunakan pada kad yang baru?
Tidak boleh. PIN yang baru akan dihantar secara berasingan.

PIN BARU ANDA :


1. Saya telah menerima PIN. Adakah saya perlu menukar PIN terlebih dahulu?
Ya. Anda perlu menukar PIN terlebih dahulu di mesin ATM Bank Rakyat.

2. Adakah terdapat tempoh masa untuk menukar nombor PIN?


TIADA. Pemegang kad boleh menukar nombor PIN pada bila bila masa sahaja.

3. Mengapa nombor PIN dan kad tidak dihantar secara serentak?


Ia merupakan salah satu langkah keselamatan untuk mengelakkan kad dan nombor PIN diterima
dan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian sama dengan PIN yang digunakan
di ATM?
Ya. Setiap kad hanya mempunyai satu PIN yang boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai
di ATM dan pembelian di terminal jualan.

5. Apakah yang akan berlaku jika saya memasukkan PIN yang salah?
Anda dibenarkan untuk membuat beberapa percubaan sebelum PIN anda disekat. Percubaan
PIN yang terhad melindungi anda daripada kemungkinan kad anda digunakan oleh pihak tidak
bertanggungjawab. Sekiranya PIN anda disekat, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan di 032693 6880 untuk bantuan lanjut.

6. Bagaimana sekiranya saya terlupa nombor PIN?


Sebelum penguatkuasaan penggunaan PIN di terminal jualan di Malaysia pada 1 Januari 2017,
sekiranya anda terlupa PIN, pihak merchant akan membantu anda melakukan transaksi
menggunakan tandatangan. Walau bagaimanapun, bermula 1 Januari 2017,
terminal jualan di Malaysia tidak lagi menerima transaksi tanpa PIN. Sila hubungi talian Khidmat
Pelanggan di 03-2693 6880 untuk mendapatkan PIN baru.

BAYAR MENGGUNAKAN PIN:


1. Bagaimana untuk saya mengetahui bila PIN diperlukan?
Anda hanya perlu mengikuti arahan pada terminal. Terminal jualan akan menentukan dan
meminta PIN jika diperlukan.

2. Adakah PIN digunakan untuk transaksi kad melalui Internet atau telefon?
Tidak. Transaksi kad melalui Internet atau telefon tidak memerlukan PIN.

3. Adakah saya perlu memasukkan PIN setiap kali saya menggunakan kad saya di Malaysia?
Ya. Bermula 1 Januari 2017, semua transaksi di Malaysia perlu memasukkan pin.
Walaubagaimanupun, transaksi di terminal jualan yang masih belum menyokong PIN,
tandatangan anda diperlukan untuk pengesahan transaksi pembelian atau pembayaran.

4. Adakah saya perlu memasukkan PIN apabila saya menggunakan kad di luar negara?
Bagi negara-negara yang tidak menyokong transaksi berasaskan PIN, anda masih boleh memilih
untuk menggunakan tandatangan untuk transaksi pembelian atau pembayaran.

KESELAMATAN PIN ANDA :


1. Bagaimanakah saya dapat memastikan PIN saya selamat?
Penting bagi anda untuk merahsiakan PIN supaya kad anda dilindungi daripada penipuan akibat
kehilangan dan kecurian. Pastikan PIN anda tidak mudah diteka dengan mengelakkan
penggunaan nombor yang boleh dikaitkan dengan anda seperti tarikh peribadi yang penting
(contohnya, hari lahir atau hari ulang tahun anda), nombor telefon atau nombor lesen
pemandu. Antara langkah-langkah lain bagi memastikan keselamatan PIN anda termasuk:
tidak menyimpan rekod bertulis tentang PIN anda;
tidak membenarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya atau semasa
ia dipaparkan;
tidak menyimpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenal pasti sebagai PIN;
tidak mendedahkan PIN anda kepada sesiapa pun (termasuk pihak berkuasa, ahli keluarga
atau pasangan);
tidak mendedahkan PIN anda akibat kecuaian atau kelalaian;
memaklumkan pihak Bank dengan segera jika anda menyedari bahawa PIN anda telah
diketahui oleh orang lain; dan
memastikan mana-mana pemegang kad tambahan yang boleh mengakses mana-mana
Akaun Kad anda dengan menggunakan PIN supaya memastikan kerahsiaan PIN mereka
dengan cara yang dinyatakan di atas.

Anda mungkin juga menyukai