Anda di halaman 1dari 12

BAB 3

SKALA PENGUKURAN

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan jenis-jenis skala pengukuran.
2. Memahami setiap jenis skala dan penggunaannya
3. Menerangkan kaitan skala pengukuran dengan soal selidik.
4. Menjelaskan kepentingan skala pengukuran dalam penyelidikan.
3.1

PENGENALAN

Setelah kita membincangkan tentang pembolehubah, hipotesis dan


definisi konsep dalam bab yang lalu, anda harus memahami pula cara
untuk mengukur pembolehubah dan konsep-konsep yang digunakan itu
dalam bentuk yang sesuai supaya dapat menjawab objektif dan
permasalahan kajian anda. Pengukuran merupakan aspek penting dan
amat diperlukan dalam penyelidikan. Dengan kata lain, cara anda
mengukur sesuatu pembolehubah atau konsep dalam kajian anda akan
melibatkan konsep pengukuran. Biasanya, soalan pertama yang akan
difikirkan adalah apakah yang hendak diukur, jenis atau skala
pengukurannya dan apa maknanya kepada penyelidik. Jenis-jenis analisis
statistik yang akan digunakan untuk menguji hipotesis juga bergantung
kepada pembolehubah yang anda gunakan. Hal ini pula bergantung
kepada jenis-jenis data yang diperolehi berdasarkan skala pengukuran
yang akan saya bincangkan nanti.
Dalam penyelidik sains sosial, terdapat kemungkinan sesuatu
pembolehubah atau konsep itu diukur dalam kategori yang berbeza-beza.
Untuk menentukan cara mengoperasikan pembolehubah atau konsep
dalam bentuk pengukuran yang sesuai, anda juga sebenarnya perlu
membentuk hubungan di antara pembolehubah yang diukur dan juga
makna konsep itu sendiri. Dalam masa yang sama, pemilih kategori atau
jenis skala pengukuran yang anda bentuk akan menentukan kualiti data
yang anda akan perolehi. Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu
pembolehubah bergantung kepada cara anda mereka bentuk
pembolehubah anda dalam bentuk yang boleh diukur. Sekiranya sesuatu
pembolehubah mempunyai pengukuran yang tidak sesuai dengan
25

permasalahan kajian, data yang diperolehi tidak akan dapat menjawab


objektif kajian malah mungkin dianggap tidak sah. Sekiranya pengukuran
yang anda lakukan tidak jelas atau tidak tepat pula, ia tidak akan dapat
menghasilkan maklum balas, maklumat atau jawapan yang diingini. Skala
pengukuran yang tidak sesuai ke atas sesuatu pembolehubah juga akan
menghasilkan data yang dapat digunakan dengan baik.
3.2

SKALA PENGUKURAN

Pengukuran merupakan alat atau mekanisme yang digunakan oleh


penyelidik untuk membezakan di antara satu pembolehubah dengan
pembolehubah yang lain. Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai
simbol kepada masalah-masalah yang hendak dikaji berdasarkan
peraturan-peraturan yang tertentu (Smith & Davis, 1997). Pengukuran
juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh pengkaji untuk
membezakan satu pembolehubah atau konsep dengan pembolehubah
atau konsep yang lain yang menjadi minat kajian. Sebagai contoh, gred di
dalam ujian merupakan simbol yang menerangkan prestasi pelajar.
Simbol ini mungkin dalam bentuk huruf (A, B, C, D atau E) ataupun
dalam bentuk peratus (50%, 100% dan sebagainya). Ia merupakan alat
kepada pengkaji untuk mengukur pembolehubah atau konsep gred ujian
dalam kajiannya. Simbol-simbol ini telah pun ditetapkan mengikut jenisjenis skala pengukuran yang tertentu. Justeru itu, simbol-simbol ini
sebenarnya adalah konsep skala pengukuran dalam konteks penyelidikan.
Simbol-simbol ini dikenal pasti melalui pembentukan jenis skala
pengukuran yang tertentu bagi memudahkan pengkaji untuk
mengaanalisis data.
Terdapat empat jenis skala pengukuran yang selaludigunakan untuk
mengukur sesuatu pembolehubah. Skala-skala ini digunakan untuk
mengklasifikasikan pembolehubah-pembolehubah dalam kajian bagi
kegunaan membentuk soalselidik. Skala-skala tersebut adalah seperti
berikut:
3.2.1

Skala Norminal

Data-data dalam bentuk ini membolehkan pengkaji mengkategorikan


data kepada kategori-kategori atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.
Justeru itu, ianya juga dikenali sebagai data kategori. Ini merupakan
klasifikasi data yang paling asas dan mudah. Data-data akan
dikelompokkan kepada beberapa kategori atau kumpulan tanpa memiliki
ciri-ciri lebih baik atau lebih buruk untuk setiap kumpulan. Kategori atau
kumpulan tadi hanya membezakan ciri-ciri data yang diperolehi dan tidak
mempunyai nilai-nilai intrinsik. Ini bermakna ia hanya meletakkan
responden kepada mana-mana kategori atau kumpulan tanpa ada
26

perbezaan eksklusif di antara kategori atau kumpulan tai. Tiap-tiap


kategori akan diberi nilai secara arbitrari. Ahli dalam satu kategori atau
kumpulan biasanya tidak boleh menjadi ahli kepada kategori atau
kumpulan yang lain.
Skala nominal biasanya digunakan untuk soalan-soalan yang bersifat
empirikal. Sebagai contoh, katakan pembolehubah yang ingin anda ukur
ialah jantina.
Contoh:
Jantina:

Lelaki
_____________
Perempuan _____________

Berdasarkan contoh soalan di atas, responden akan menjawab


berdasarkan kategori mana mereka tergolong. Tidak ada ciri-ciri baik atau
buruk dalam penentuan jawapan untuk soalan ini. Maksudnya, kedua-dua
kategori di atas mempunyai nilai yang sama walaupun mungkin akan
dikodkan secara berbeza untuk tujuan analisis. Lelaki bukanlah lebih baik
daripada perempuan dan begitulah sebaliknya. Selain itu, responden
harus menjawab atau menandakan satu kategori sahaja. Oleh itu skala ini
dianggap bersifat eksklusif.
Skala ini menggunakan pengiraan frekuensi atau peratusan untuk
pengukuran setiap jantina iaitu lelaki dan perempuan bagi keseluruhan
sampel kajian. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai sampel
seramai 500 orang dan anda meletakkan kod 1 bagi lelaki dan kod 2 bagi
perempuan, pengiraan komputer atau secara manual akan menunjukkan
kategori lelaki bagi sampel anda ialah seramai 2000 orang (40%)
manakala kategori perempuan pula ialah seramai 300 orang (60%).
Maklumat-maklumat seperti ini merupakan maklumat-maklumat asas
yang diperolehi melalui skala jenis nominal.
Contoh-contoh lain yang sering ditemui dalam soal selidik bagi skala
nominal ialah bangsa, taraf perkahwinan, kerakyatan, tempat tinggal dan
sebagainya.
Contoh:
Bangsa:

Melayu
Cina
India
Lain-Lain

___________
___________
___________
___________

27

SOALAN DALAM TEKS 3.1

1.
2.

Terangkan dengan ringkas apa yang anda faham


tentang skala nominal.
Berikan satu contoh maklumat yang boleh
diperolehi melalui penggunaan skala nominal.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


3.2.2

Skala Ordinal

Skala ordinal ialah skala yang menunjukkan urutan atau pangkat. Ia tidak
hanya mengkategorikan pembolehubah bagi membezakannya antara satu
sama lain tetapi juga membuat urutan supaya setiap satu kategori itu
berbeza dari segi nilai pembolehubah ataupun konsep itu sendiri. Hal ini
bermakna bahawa bagi skala ordinal bukan sahaja nilainya yang berbeza
tatapi ada perbezaan magnitud di antara setiap nilai dalam kategori tadi.
Walaupun begitu, jumlah perbezaan magnitud antara setiap nilai atau
kategori tadi tidak diketahui atau tidak tetap. Contoh mudah yang boleh
difahami adalah kedudukan prestasi pelajar dalam kelas atau kedudukan
pelumba lari dalam sesuatu kejohanan.
Pelajar di dalam kelas akan mempunyai urutan prestasi seperti berikut; 1,
2, 3 dan seterusnya. Nilai yang diberikan bersifat urutan tetapi jarak di
antara setiap nilai tidak tetap atau tidak diketahui. Perbezaan prestasi
pelajar yang mendapat nombor 1 dan 2 tidak semestinya sama dengan
perbezaan pelajar yang mendapat nombor 2 dan 3. Begitu juga bagi
kedudukan pelumba lari dalam sesuatu kejohanan yang mana perbezaan
masa larian di antara setiap pelumba tersebut adalah tidak sama. Nombor
yang diberikan hanya menandakan urutan atau pangkat mereka sahaja.
Ini merupakan satu daripada kompenen penting dalam skala ordinal.
Contoh soalan berskala ordinal juga boleh dilihat melalui soal selidik
berikut:
Contoh:
Nyatakan minuman kegemaran anda dengan memasukkan nombor di
hujung kenyataan.
Nombor 1 menandakan minuman yang paling digemari manakala
nombor 5 menandakan minuman yang paling kurang digemari.
28

Minuman:

Air Tebu
Air Sirap
Air Oren
Air Epal
Air Laici

________
________
________
________
________

Berdasarkan contoh di atas diperhatikan bahawa walaupun responden


dikehendaki menandakan minuman yang paling digemari mengikut
urutan yang tertentu (1 hingga 5) tetapi pengkaji tidak dapat memastikan
perbezaan kegemaran minuman. Minuman kegemaran nombor 1
mungkin hanya digemari lebih sedikit daripada minuman kegemaran
nombor 2 sedangkan minuman kegemaran nombor 3 digemari lebih
banyak daripada minuman kegemaran nombor 4. Nombor yang
diberikan mungkin bersifat arbitrari tetapi mempunyai urutan yang
bermakna apabila nombor 1 menandakan yang paling digemari manakala
nombor 5 menandakan yang paling kurang digemari.
Skala ordinal sebenarnya membolehkan pengkaji mendapat maklumat
lebih dari sekadar maklumat asas sahaja seperti yang diperolehi dalam
skala norminal. Ia bukan hanya membezakan kategori responden tetapi
juga menyediakan maklumat yang membezakan ciri-ciri responden
melalui urutan atau pangkat yang tertentu. Data-data yang diperolehi
bukan hanya membolehkan pengkaji mendapatkan frekuensi dan
peratusan terhadap satu-satu kategori pembolehubah malah boleh
digunakan untuk menjawab permasalahan asas mengenai kajian seperti
kedudukan minuman kegemaran dalam contoh di atas.
Contoh-contoh lain bagi skalaordinal ialah seperti pangkat dalam tentera,
pangkat dalam polis, status sosioekonomo dan sebagainya.

SOALAN DALAM TEKS 3.2

1. Nyatakan ciri-ciri utama yang terdapat dalam skala


ordinal.
2. Beri satu contoh mudah soalan dalam soalselidik
yang menggunakan skala ordinal.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

29

3.2.3

Skala Interval (Sela)

Selain daripada ciri-ciri kategori dan perbezaan magnitud yang terdapat


dalam skala nominal dan skala ordinal, skala interval atau sela
mempunyai satu ciri yang tidak dapat dalam skala nominal dan skala
ordinal. Ciri yang istimewa ini ialah perbezaan magnitud ataupun sela
yang sama di antara setiap nilai yang diberikan. Dengan kata lain, jarak
atau perbezaan magnitud di antara setiap nilai adalah serupa. Ukuran
jangka suhu merupakan contoh mudah yang dapat diperhatikan dalam
aspek ini. Dalam pengiraan suhu, ciri-ciri skala nominal (perbezaan suhu)
dan ciri-ciri skala ordinal (urutan suhu 20 Celsius bermakna lebih panas
dari suhu 10 Celsius) dapat dilihat. Namun ada perbezaan magnitud atau
nilai yang sama iaitu perbezaan antara suhu 20 Celsius dengan suhu 30
Celsius serta suhu 50 Celsius dan 60 Celsius adalah sama iaitu sebanyak
10 Celsius. Di sini dapat diperhatikan bahawa skala interval mempunyai
ciri perbezaan magnitud ataupun nilai yang sama. Satu lagi perkara yang
penting dalam skala interval ialah tidak ada nilai 0 (sifar) yang mutlak.
Dalam contoh suhu di atas, suhu 0 (sifar) Celsius tidak bermakna tiada
suhu. Sebaliknya ia bermaksud suhu berada pada paras beku. Contohcontoh lain termasuklah skor ke atas ujian kecerdasan (IQ).
Dalam penyelidikan, pengkaji sering membentuk soal selidik yang
menggunakan skala ini. Satu daripada skala interval yang paling banyak
digunakan ialah skala yang dipopularkan oleh Likert pada tahun 1932.
Contoh soalan yang menggunakan skala Likert adalah seperti berikut:
Contoh:
Bulatkan jawapan anda.
Saya tidak suka menggunakan kemudahan internet di rumah.
Sangat tidak setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju

1
2
3
4
5

Sebarang nombor atau nilai boleh ditambah ke atas skala di atas dan ia
tetap mengekalkan perbezaan magnitud yang sama. Selain daripada
contoh di atas, contoh soalan untuk skala interval juga boleh dolihat
seperti di bawah:
Contoh:
Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di
universiti ini?
30

Sangat Tidak
Puas Hati

10

Sangat Puas
hati

Dalam kedua-dua contoh yang diberikan, perbezaan magnitud antara


setiap nilai yang diberi diandaikan sama. Justeru itu kenyataan atau soalan
seperti ini dianggap sebagai kenyataan atau soalan yang tergolong dalam
skala interval.
Oleh kerana skala interval mempunyai jarak perbezaan magnitud yang
sama, maka selain daripada melakukan analisis frekuensi dan peratusan,
beberapa analisis statistik seperti min, sisihan piawai dan analisis statistik
lanjutan juga dapat dilajankan ke atas data-data yang dikumpul.
Berdasarkan hal ini, skala ini dianggap mempunyai kuasa statistik yang
lebih tinggi berbanding skala nominal dan ordinal.
SOALAN DALAM TEKS 3.3

1.
2.

Apakah yang dimaksudkan dengan perbezaan


magnitud yang sama dalam skala interval?
Bentuk satu soalan soal selidik yang
menggunakan skala interval.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


3.2.4

Skala Nisbah (Ratio)

Skala ini merupakan skala yang menpunyai kesemua ciri yang dipunyai
oleh skala-skala nominal, ordinal dan interval yakni mempunyai kategori,
urutan dan juga perbezaan magnitud yang sama. Yang membezakan skala
ini daripada skala-skala yang lain ialah ia mempunyai nilai 0 (sifar) yang
mutlak. Nilai 0 (sifar) mutlak yang dipunyai oleh skala interval
bermaksud tidak mempunyai apa-apa nilai atau tiada apa-apa pengukuran
untuk data yang diukur. Hal ini berbeza dengan skala interval yang tidak
mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Oleh itu, sekiranya seseorang
pengkaji melakukan eksperimen terhadap seekor monyet untuk
menentukan berapa kali monyet tersebut melompat apabila ditunjukkan
pisang, jumlah lompatan yang dilakukan oleh monyet tersebut akan
merupakan contoh skala ini. Dalam masa yang sama monyet tersebut
juga mungkin tidak akan melompat langsung dan ini bermakna nilai 0
31

(sifar) akan dicatatkan. Nilai 0 (sifar) ini merupakan nilai yang


mempunyai makna dalam konteks ini.
Contoh-contoh lain untuk skala nisbah (ratio) adalah seperti berikut:
Umur:

___________

Pendapatan:

___________

Berapakah berat anda: ___________


Bilangan anak:

___________

Nyatakan bilangan anak anda untuk setiap kategori berikut:


Bawah 2 Tahun
3 hingga 6 Tahun
7 hingga 12 Tahun
Lebih 12 Tahun

___________
___________
___________
___________

Seperti skala interval, skala nisbah (ratio) merupakan skala yang


mempunyai kuasa statistik yang tinggi dan data-data yang diperolehi
menggunakan skala ini berupaya dianalisis menggunakan analisis statistik
lanjutan.
SOALAN DALAM TEKS 3.4

1.
2.

Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan nilai 0


(sifar) yang mutlak dalam skala nisbah (ratio).
Berikan satu contoh mudah soalan dalam soal
selidik yang menggunakan skala nisbah (ratio).

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


3.3

KEPENTINGAN SKALA PENGUKURAN

i)

Skala atau tahap pengukuran akan menjadi panduan kepada


pengkaji untuk mengenal pasti jenis pembolehubah yang akan
digunakan sama ada pembolehubah bebas, terikat dan
sebagainya.
32

ii)

Skala pengukuran akan menjadi panduan kepada bentuk


alat/instrumen/soal selidik yang akan digunakan. Sebelum
membentuk soal selidik yang diingini, pengkaji biasanya akan
menentukan jenis skala yang akan digunakan bagi disesuaikan
dengan analisis dan hipotesis yang akan diuji.

iii)

Skala pengukuran adalah penting untuk memahami dengan lebih


mendalam akan hipotesis yang dibentuk. Skala yang sesuai akan
memudahkan hipotesis dibentuk.

iv)

Analisis statistik yang sesuai (deskriptif atau inferensi) akan dapat


ditentukan apabila skala pengukuran telah dikenal pasti. Jenis
analisis statistik yang akan digunakan oleh pengkaji di dalam
kajiannya, sama ada berbentuk deskriptif atau inferensi,
bergantung kepada jenis pembolehubah yang digunakan serta
cara ia diukur.

3.4

KESIMPULAN

Keempat-empat skala yang boleh digunakan untuk mengukur


pembolehubah ialah skala nominal, ordinal, interval dan ratio. Tiap-tiap
skala ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya di antara satu
dengan yang lain. Skala nominal merupakan skala yang paling asas dalam
mengklasifikasikan data kepada kategori atau kelompok yang tertentu.
Skala ordinal pula merupakan skala yang berbentuk urutan atau
pangkatan yang melabelkan data mengikut urutan tinggi atau rendah dari
segi nilai. Skala ini bukan sahaja mengklasifikasikan data kepada
kumpulan atau kelompok yang tertentu malah memberikan perbezaan
magnitud di antara setiap nilai. Cuma perbezaan magnitud di antara
setiap nilai tadi tidak diketahui atau tidak tetap. Skala interval pula
mempunyai kesemua sifat atau ciri skala nominal dan ordinal iaitu
mempunyai kategori yang tertentu, ada urutan atau pangkat dan juga
mempunyai perbezaan magnitud. Yang membezakannya ialah perbezaan
magnitud di antara setiap nilai itu adalah sama dan tidak mempunyai nilai
0 (sifar) yang mutlak. Skala nisbah (ratio) pula mempunyai kesemua sifat
atau ciri ketiga-tiga skala tadi tetapi ia mempunyai nilai 0 (sifar) yang
mutlak. Penting bagi anda untuk mengenal pasti skala-skala tertentu yang
akan digunakan dalam penyelidikan agar skala-skala yang sesuai dapat
digunakan untuk pembolehubah yang sesuai. Hal ini akan memudahkan
proses analisis data yang akan anda lakukan kelak.

33

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.
2.
3.

Apakah yang anda faham mengenai pengukuran?


Apakah yang dimaksudkan dengan tidak ada ciri-ciri lebih baik atau
lebih buruk dalam skala nominal?
Kenapakah perlunya skala pengukuran dalam penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 3.1
1.

Skala nominal merupakan klasifikasi data yang paling asas dan


mudah. Ia juga dikenali sebagai data kategori. Dalam skala
nominal, data-data akan dikelompokan kepada beberapa kategori
atau kumpulan tanpa memiliki ciri-ciri yang lebih baik atau lebih
buruk untuk setiap kumpulan. Kategori atau kumpulan tadi
hanya membezakan ciri-ciri data yang diperolehi dan tidak
mempunyai nilai intrinsik.

2.

Contoh maklumat yang boleh diperolehi melalui penggunaan


skala nominal ialah maklumat mengenai taraf perkahwinan dalam
sesuatu soal selidik.
Tandakan di mana yang berkaitan.
Taraf Perkahwinan:

Belum Kahwin
Berkahwin
Duda/Janda

_________
_________
_________

SDT 3.2
1.

Ciri-ciri utama yang terdapat dalam skala ordinal ialah ia


menunjukkan urutan atau pangkat sesuatu maklumat selain dari
mengkategorikan pembolehubah kepada beberapa kategori untuk
membezakannya antara satu sama lain. Ia juga mempunyai
perbezaan magnitud di antara setiap nilai dalam kategori tadi.
34

Tetapi jumlah atau jarak perbezaan magnitud di antara setiap nilai


tidak diketahui atau tidak tetap.
2.

Contoh soalan dalam soal selidik yang menggunakan skala


ordinal ialah pangkat dalam tentera.
Contoh:
Sila tandakan pangkat anda sekarang:
Leftenan
Kapten
Mejar
Lt. Kolonel
Kolonel

_________
_________
_________
_________
_________

SDT 3.3
1.

Perbezaan magnitud yang sama dalam skala interval bermaksud


jarak di antara setiap nilai yang diberikan adalah serupa di antara
satu sama lain. Sebagai contoh, perbezaan antara suhu 20 Celsius
dengan suhu 30 Celsius serta suhu 50 Celsius dan 60 Celsius
adalah sama iaitu sebanyak 10 Celsius. Begitu juga dalam contoh
skala Likert, jarak antara nilai skor 1 = Sangat Tidak Setuju dan
nilai skor 2 = Tidak Setuju serta nilai skor 4 = Setuju dan nilai
skor 5 = Sangat Setuju adalah sama.

2.

Contoh soalan dalam soal selidik untuk skala interval ialah seperti
berikut:
Tandakan kenyataan di bawah mengikut darjah persetujuan anda.
Saya gemar membaca buku sebelum tidur
1

Sangat Tidak Tidak Setuju


Setuju

Tidak Pasti

4
Setuju

5
Sangat
Setuju

SDT 3.4
1.

Nilai 0 (sifar) yang mutlak dalam skala nisbah (ratio) bermaksud


tidak mempunyai apa-apa nilai atau tiada apa-apa pengukuran yang
dicatatkan. Sebagi contoh, sekiranya seorang pengkaji melakukan
eksperimen terhadap seekor monyet untuk menentukan berapa kali
monyet tersebut melompat apabila ditunjukkan pisang, jumlah
35

lompatan yang dilakukan oleh monyet tersebut akan merupakan


contoh pengukuran skala ini. Dalam masa yang sama monyet
tersebut juga mungkin tidak akan melompat langsung dan ini
bermakna nilai 0 (sifar) akan dicatatkan. Nilai 0 (sifar) ini
merupakan nilai yang mempunyai makna dalam konteks ini.
2.

Contoh soalan yang menggunakan skala nisbah (ratio) ialah seperti


di bawah:
Berapakah kalikan anda telah dimarahi oleh majikan anda
berkenaan perkara-perka berikut:
Datang lambat kepejabat
Tidak menyiapkan kerja
Bergaduh dengan rakan
Merosakkan alatan pejabat

_______________
_______________
_______________
_______________

36