Anda di halaman 1dari 23

BAB 10

PENYEDIAAN LAPORAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, seharusnya dapat:


1. Memahami cara menulis laporan kajian secara ilmiah supaya hasil
kajian boleh dikongsi bersama oleh pengguna penyelidik.
2. Menjelaskan susunan yang perlu terkandung dalam sesuatu
penulisan laporan penyelidikan.
3. Menerangkan bahagian-bahagian yang perlu ada dalam sesuatu
bab laporan penyelidikan.
4. Menggunakan gaya penulisan yang dipersetujui di peringkat
antarabangsa dan yang diguna pakai secara piawai di peringkat
nasional.
10.1

PENGENALAN

Setelah selesai menganalisis data, tugas anda ialah untuk melaporkan


keputusan yang anda perolehi untuk tatapan pengguna kepada
penyelidikan. Tahap ini anda akan menulis laporan anda. Sudah tentu
anda terfikir siapa yang akan membaca laporan anda. Ini bermakna
laporan yang anda tulis merupakan alat berkomunikasi penyelidikan anda
dengan banyak orang di luar dari anda yang menjadi pengguna kepada
penyelidikan anda.
Sebagai seorang pelajar yang membuat latihan ilmiah atau kertas projek,
penyelia dan pensyarah anda adalah orang pertama yang membaca
laporan anda. Namun, jangan hadkan kepada mereka sahaja. Bayangkan
orang-orang lain yang bijak pandai. Anda mesti memikirkan dan
berusaha agar pembaca dapat memahami apa yang anda tulis. Tidak ada
gunanya menulis yang orang lain tidak faham. Amat malang jika anda
sendiri pun tidak faham apa yang anda tulis.
Untuk mengelakkan salah faham terhadap tulisan kita, Shaughnessy,
Zechmeister dan (2000) mencadangkan dua perkara. Pertamanya cuba
memahami pembaca anda. Jangan membuat jangkaan yang tinggi atau
pun rendah akan kebolehan mereka. Keduanya, anda perlu mengenal
pasti tujuan anda menulis. Tujuan menulis laporan kajian ialah untuk
157

menghurai dan menyakinkan. Jadi huraikan apa yang anda diperolehi


serta berusaha untuk menyakinkan pembaca bahawa interpretasi anda
adalah yang terbaik.
10.2

PROSES MENULIS LAPORAN

Untuk menulis, anda sudah tentunya menyediakan minda anda untuk


menulis. Manasche (1984) menamakannya sebagai tesis. Sebelum ini
orang kata sebagai tema yang akan ditulis. Untuk itu anda perlu
menyediakan garis kasar supaya dapat membantu menyusun idea atau
maklumat. Anda perlu ada kerangka yang membina struktur penulisan
supaya pembaca mudah memahami apa yang anda kemukakan.
Setelah anda membuat rangka garis kasar, anda bolehlah mula menulis.
Klitgard (1983) dan Menasche (1984) menasihatkan anda untuk tidak
teragak-agak menulis. Mereka mencadangkan supaya laporan ditulis
sekurang-kurangnya dalam tiga deraf iaitu deraf contoh, deraf awal dan
deraf akhir.
Untuk menghasilkan penulisan yang menarik anda mestilah
menggunakan gaya bahasa yang betul dan sesuai. Gaya yang baik
menurut Alsip dan Chezik (1974) dan Klitgard (1983) ialah dengan
menyatakan maklumat dengan cara yang paling mudah dan paling jelas.
Anda harus senantiasa sedar bahawa tujuan menulis ialah untuk
berkomunikasi. Oleh itu tulislah dengan cara yang dapat difahami oleh
orang lain.
10.3

ORGANISASI LAPORAN PENYELIDIK

Bagaimana membuat susunan laporan penyelidikan? Mengikut Dawson,


Klass, Guy dan Edgley (1991) terdapat banyak cara format penulisan
yang pastinya berbeza-beza. Namun demikian, secara umum mereka
berpendapat bahawa laporan penyelidikan hendaklah mengandungi
struktur atau perkara-perkara berikut:

Tajuk
Abstrak
Pengenalan
Metod Kajian
Keputusan
Perbincangan
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
158

Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zecmeister (2000) struktur yang


ditunjukkan di atas mempunyai dua tujuan:
i)

Menyediakan kerangka yang boleh memberi huraian dengan jelas


tentang kajian, keputusan dan interpretasi yang meyakinkan. Ini
memudahkan pembaca memberi fokus kepada perkara-perkara
tertentu yang diminati untuk dilaporkan.

ii)

Menjadi panduan untuk memudahkan pembaca sampai kepada


maklumat khusus dengan terus merujuk kepada bahagianbahagian tertentu yang diminati seperti metod, keputusan dan
sebagainya mengikut bahagian-bahagian tertentu.

Sekarang dibincangkan bahagian-bahagian yang dinyatakan di atas untuk


anda memahami dengan lebih terperinci dan cuba mempraktikkan dalam
penulisan laporan penyelidikan anda sama ada dalam bentuk latihan
ilmiah atau pun kertas projek.
10.3.1 Tajuk Kajian

Tajuk merupakan perkara pertama yang dilihat oleh pembaca. Tajuk anda
mestilah mudah, tepat dan terus memberi maklumat kajian anda.
Mengikut Mitchell dan Jolley (1996) tajuk seharusnya dalam bentuk
kenyataan ringkas tentang hubungan di antara pembolehubahpembolehubah yang dikaji khususnya pembolehubah bebas dan
pembolehubah terikat. Mengikut Shaughnessy, Zechmeister dan
Zeichmeister (2000) secara idealnya,. Tajuk mestilah merumuskan idea
utama secara mudah dengan menggunakan tidak lebih daripada 15
perkataan. Tajuk mestilah ditulis di tengah dalam bentuk piramid terbaik
iaitu panjang di sebelah atas dan semakin pendek di sebelah bawahnya
jika ia melibatkan lebih daripada satu baris.
10.3.2 Abstrak

Abstrak ditulis setelah siap semua penulisan, tetapi dipersembahkan


selepas tajuk. Abstrak memberi ringkasan pendek dalam satu halaman
mengandungi sekitar 150-200 perkataan. Dalam banyak penulisan,
abstrak dinamakan sebagai synopsis. Ada 7 perkara asas yang mesti
dimasukkan dalam abstrak iaitu:
i)
ii)
iii)
iv)

Satu ayat menghuraikan topik umum kajian


Satu ayat menyatakan tujuan kajian
Satu ayat menyatakan hipotesis.
Satu ayat menghuraikan subjek dan cara persampelan
159

v)
vi)
vii)

Satu ayat tentang cara pengumpulan data dengan ukuran


pembolehubah terikat.
Satu ayat menyatakan keputusan utama.
Satu ayat tentang implikasi kajian.

10.3.3 Pengenalan

Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000) bahagian


pengenalan dalam sesuatu laporan kajian bertujuan mencapai objektif
berikut:
i)

Menyediakan kenyataan umum permasalahan yang dikaji dan


dengan itu meletakkan kajian itu dalam perspektif.

ii)

Merumus dengan ringkas kesusasteraan latar belakang yang


relevan yang membawa kepada permasalahan kajian dan
pendekatan kajian.

iii)

Memasukkan garis kasar kajian dan perkembangan logik bagi


ramalan dan hipotesis yang memandu kajian.

Bahagian pengenalan mengikut Klass et al (1991) biasanya mengandungi


atau campuran daripada perkara-perkara berikut:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Pernyataan kajian,
Tujuan kajian,
Rasional dan signifikannya kajian,
Definisi konsep,
Sorotan kesusasteraan yang relevan,
Latar teori jika ada, dan
Hipotesis kajian.

Kebanyakan orang menganggap kesemuanya harus disusun mengikut


tertib yang sama. Sebenarnya ia tidaklah begitu tegar atau rigid. Anda
mempunyai kreativiti tersendiri. Tonjolkanlah kretiviti anda. Yang
dipersembahkan di atas merupakan garis panduan sahaja. Andalah
penulis yang sepatutnya menyusun dan mencanai agar ia menarik. Buku
mengenai penyelidikan dan liputan kesusasteraan mengenai penyelidikan
hanya memberi tahu bahawa perkara-perkara tersebut mestilah
terkandung dalam bahagian pengenalan tetapi tertibnya, cara
mengaturnya dan muncul secara langsung atau tidaknya adalah terserah
kepada cara anda mengelolahnya.
Kelemahan yang selalu terdapat dalam penulisan berhubung dengan cara
menulis dan membincangkan definisi konsep. Konsep-konsep selalu
160

dibentangkan secara mentah-mentah dan tidak dibincangkan secara jelas


yang beroperasi dalam kajian. Menurut Kerlinger (1973), laporan
mestilah mengemukakan definisi operasi sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Amalan biasa ialah dengan menyebut pembolehubahpembolehubah tersebut pada awal-awal laporan dan kemudiannya
membincangkan cara eksperimen yang digunakan untuk memanipulasi
pembolehubah. Dengan cara ini anda mendefinisikan pembolehubah
secara operasi.
Di dalam bahagian hipotesis penyelidikan sekali lagi menyatakan
pembolehubah yang dikaji dalam kenyataan hipotesis. Dalam satu
kenyataan hipotesis yang dibina, anda tidak perlu menyatakan kedua-dua
jenis hipotesis nul dan pilihan secara serentak. Cukup dengan satu sahaja
sama ada nul atau pilihan bergantung liputan kesusasteraan yang anda
buat. Jika liputan menggambarkan arah nul, bina hipotesis nul. Begitulah
sebaliknya. Anda hendaklah selalu merujuk kesusasteraan yang ditulis
oleh pakar untuk dijadikan contoh penulisan hipotesis.
Akhirnya, Shaughnessy, Zechmeister dan Zeichmeister (2000)
mencadangkan supaya soalan-soalan berikut dijadikan panduan dalam
menulis bahagian pengenalan:
i)
ii)
iii)

Apakah perkara yang anda kaji.


Bagaimanakah hipotesis dan rekabentuk kajian berkaitan dengan
permasalahan kajian.
Apakah implikasi teori kepada kajian dan bagaimanakah kajian
berkaitan dengan kajian dan masa lalu. Berhubung dengan kajian
masa lalu mereka mencadangkan supaya ditekankan dan
diperincikan kerja-kerja masa lalu yang boleh membantu
pembaca memahami apa yang anda kaji dan mangapa.

Perkara paling penting dalam bahagian pengenalan ialah persoalan kajian.


Oleh sebab itu bahagian kecil ini hendaklah digunakan bagi
menunjukkan kepada pembaca apa yang hendak dikaji dengan
mengemukakan sekali hujah-hujah yang mewajarkan hipotesis dan lagok
hubungan antara pembolehubah seperti yang dihipotesiskan.
Mengikut Neuman (1994), salah satu kelemahan penulisan bahagian
pengenalan ialah cara menulis sorotan kajian dan kesusasteraan. Kajiankajian lalu mestilah disorot tetapi caranya bukanlah dengan meletakkan
kajian satu lepas satu dalam bentuk kronologi. Sebaliknya kajian-kajian
hendaklah dikumpulkan berasaskan tema yang serupa. Lihat penulisan
Neuman (1994) dalam buku Social Research Methods untuk meneliti contoh
penulisan sorotan kajian yang baik dan yang kurang baik.
161

Jika kajian anda diasaskan daripada teori, huraikan teori itu dengan
ringkas dan ditunjukkan bagaimana ia membawa kepada hipotesis kajian.
Satu kelemahan yang jelas, pelajar memasukkan teori semata-mata kerana
mahu ada teori. Kadang-kadang ia tidak berkait dengan kajian yang
dibuat. Teori boleh dilanjutkan dengan model atau kerangka teoritikal
yang mengandungi rangkaian hipotesis kajian. Jika anda tidak
menggunakan teori gunakan kerangka analitikal yang menerangkan apa
yang akan anda analisis.
10.3.4 Kaedah Kajian

Anda telah didedahkan cara penulisan bahagian pengenalan yang


menyediakan garis kasar yang luas tentang kajian yang telah dibuat.
Sekarang anda didedahkan dengan cara penulisan bahagian kaedah
kajian. Menurut Shaughnessy, Zechmeister dan Zechmeister (2000),
terdapat empat bahagian kecil yang biasa ditulis di dalam kaedah kajian
iaitu:
a)
b)
c)
d)
a)

Subjek atau responden.


Reka bentuk kajian.
Peralatan, alat ukuran, ujian dan bahan.
Tata cara atau prosedur kajian.
Subjek atau responden kajian

Bahagian ini mengandungi siapa yang dikaji, bilangan yang dipilih dan
bagaimana mereka dipilih atau dikumpulkan (assigned) ke dalam keadaankeadaan eksperimen atau kelompok-kelompok kajian. Dengan kata lain
anda perlu menyatakan metod persampelan yang diguna dengan cara
yang betul dan tepat. Kelemahan yang ketara apabila penulis mendakwa
menggunakan cara rawak sebenar (purely randomazation) sedangkan
pemilihannya bukan secara demikian. Proses rawak sebenar adalah
berdekatan kebarangkalian dengan tatacara saintifik yang biasanya
pemilihan sampel dengan menggunakan komputer atau Jadual Nombor
Rawak atau secara tradisional yang menggunakan prinsip setiap individu
mempunyai peluang terpilih menjadi responden. Jika guna statifikasi atau
sistematik, laporkan bahawa pemilihan subjek anda dibuat secara
sistematik dan bukan rawak.
Seterusnya, adalah baik jika dihuraikan ciri demografi yang penting bagi
responden atau subjek seperti jantina, umur, tempat kerja dan
sebagainya.

162

b)

Reka bentuk kajian

Bahagian ini menghuraikan reka bentuk kursus yang digunakan bagi


setiap pembolehubah bebas sama ada pembolehubah bebasnya
merupakan pembolehubah antara subjek atau dalam subjek. Jika kajian
tinjau selidik atau survei nyatakanlah sama ada ia merupakan kajian
keratan rentas, kelompok berurutan atau kajian berpanjangan. Jika kajian
berbentuk ekperimen huraikanlah prosedur membentuk kelompok atau
kumpulan.
Bahagian ini boleh merupakan pilihan tetapi ia penting bagi kajian
ekperimen. Kelemahan utama pelajar apabila menulis bahagian ini ialah
dengan meringkaskan seluruh kaedah kajian dan memasukkan aspek
subjek atau responden, alat ukuran, ujian dan prosedur. Cara ini tidak
tepat. Jika tidak ada apa hendak ditulis di bahagian ini, pakar
mencadangkan agar ia tidak perlu ditulis.
c)

Alat ukuran atau soal selidik

Bahagian ini menerangkan alat ukuran, ujian, bahan atau soal selidik yang
digunakan dalam kajian. Alat termasuklah benda-benda yang digunakan
dalam eksperimen seperti kotak Skinner, gambar-gambar sepetti yang
terdapat dalam ujian projektif, ujian piawai dan sebagainya. Huraian
mestilah jelas dengan terperinci termasuk bukti kebolehpercayaan dan
kesahan alat ukuran yang pernah dilaporkan oleh pengkaji lain dan
kesusasteraan yang anda sorot.
d)

Tata cara prosedur kajian

Bahagian ini menghuraikan apa yang berlaku atau langkah-langkah kajian


dari awal hingga keakhir yang bersifat kronologi. Ceritakan apa yang anda
buat dan bagaimana anda membuatnya. Cara analisis statistik data yang
diperolehi boleh dihuraikan sekali di sini. Menulis bahagian ini dalam
laporan kajian agak berbeza dengan penulisan cadangan penyelidikan
yang biasanya mengandungi satu bahagian khusus tentang analisis data.
10.3.5 Bahagian Keputusan kajian

Bahagian ini amat penting dan ia pernah dikatakan sebagai kemuncak


kepada laporan kajian (Neuman, 1994; Mitchell dan Jolley, 1986).
Bahagian ini harus mampu menjawab soalan dan tujuan kajian yang
dikemukakan dalam bahagian pengenalan. Satu cara yang didapati baik
untuk memandu kita menulis bahagian ini ialah dengan menggunakan
subtajuk perkara yang dianalisis dan diikuti dengan hipotesis dan
seterusnya keputusan yang diperolehi. Jika anda menggunakan hipotesis,
elok jelaskan sama ada hipotesis yang dibina itu disokong atau tidak.
163

Untuk melaporkan keputusan secara jelas, Neuman (1994) serta Mitchell


dan Jolley (1986) mencadangkan agar membentangkan keputuan dari
yang mudah atau umum kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh,
laporkan dahulu kesan utama dan ikuti dengan kesan interaksi dan ia
mesti difahami oleh pembaca.
Jika anda menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens,
Goodwin (1985) mencadangkan agar statistik diskriptif seperti peratus,
min, sisihan piawai, dan pekali korelasi dilaporkan terlebih dahulu
daripada statistik inferens di dalam sesuatu perenggan. Ia digunakan
untuk memperihalkan rumusan data. Statistik inferens pula digunakan
untuk menentukan sama ada hipotesis yang dibina patut diterima atau
ditolak. Anda boleh merujuk penulisan Dayan, Doyle dan Markiewicz
(2001, 776) dan di sini diberikan satu contoh seperti berikut:
Pelajar sekolah rendah dan menengah dilaporkan
mempunyai sokongan sosial (social support) yang lebih tinggi
daripada teman rapatnya berbanding dengan sokongan
daripada teman sedarjah mereka. Min sokongan sosial
daripada teman rapatnya di kalangan sekolah rendah ialah
70.99 dan sisihan piawai 12.75 manakala min sokongan
sosial daripada teman sedarjah ialah 57.78 dengan sisihan
piawai 15.04. di kalangan pelajar sekolah menengah pula
min sokongan sosial daripada teman rapatnya 73.30
dengan sisihan piawai 12.66 dan sokongan sosial daripada
teman sedarjah ialah 53.97 dengan sisihan piawai 14.91.
perbezaan min sokongan sosial mereka berbeza secara
signifikan (F (1,398) = 18.67, p < 0.01).

Cara melaporkan keputusan analisis sama bagi semua jenis analisis. Mulamula kenal pasti ujian. Contoh di atas adalah ujian F (ANOVA) dan
nyatakan darjah kebebasan (1,398) dan nilai statistik yang digunakan iaitu
f = 18.67. Ini diikuti dengan aras signifikan atau kebarangkalian yang
digunakan oleh penyelidik untuk menerima atau menolak hipotesis.
Contoh di atas ialah kurang daripada 0.01.
Keputusan statistik elok dinyatakan dalam jadual atau rajah. Jadual ialah
bentuk pengaturan baris atau lajur bagi menunjukkan nilai min dan
sisihan piawai juga kadangkala bilangan subjek yang terlibat. Set korelasi
dalam bentuk matrik elok ditunjukkan jika menggunakan metod korelasi.
Begitu juga jadual sumber varians bagi Analisis Varians (ANOVA) dan
Regresi.
Rajah adalah terdiri daripada graf, gambarajah, carta aliran sketsa
perkakasan atau gambar foto. Gunakan salah satu kerana tidaklah sesuai
untuk menggunakan kedua-duanya sekali (Goodwin, 1995). Jadual dan
rajah hendaklah dirujuk dalam teks. Tidak memadai hanya dengan
164

menyediakanya sahaja. Anda mestilah menarik perhatian pembaca


kepadanya dengan memperihalkan ciri-ciri penting keputusan atau nilai
yang ada dalam jadual dan rajah. Tidak perlu menyatakan dengan
terperinci. Memadai dengan menyatakan misalnya korelasi amat tinggi
bagi kumpulan ini, sederhana bagi kumpulan ini dan rendah kumpulan
ini.
10.3.6 Bahagian Perbincangan

Selepas memberikan keputusan kajian, kita hendaklah mentafsirkan


keputusan khususnya yang berkait dengan hipotesis yang dibina
(Shauhhnessy, Zechmeister dan Zechmeister, 2000). Di samping iu, anda
boleh membincangkan secara rasional keputusan yang diperolehi dengan
berasaskan kepada pandangan kesusasteraan yang disorot dalam kajian
dan mungkin teori yang digunakan.
Satu daripada cara untuk menulis bahagian ini adalah dengan menyatakan
semula tujuan kajian dan terangkan bagaimana keputusannya dan
kemudian bincangkan. Anda boleh juga memulakan dengan menyatakan
semula kenyataan hipotesis atau makna kepada hipotesis dan nyatakan
sama ada keputusan yang diperolehi menyokong atau tidak hipotesis
tersebut. Bincangkan mengapa terjadi demikian. Anda boleh meneruskan
perbincangan dengan menyatakan penerangan kepada keputusan yang
tidak dijangka. Jangan lupa untuk menggunakan hujah daripada kajiankajian lalu yang telah disorot dan teori yang telah disentuh dalam
bahagian pengenalan sebagai memberi hujah dan risional kepada
keputusan. Menggunakan kajian lalu tidak bermakna anda mencari bukti
untuk berhujah secara ilmiah mengapa kajian anda memperolehi
keputusan yang sama atau berbeza.
Satu daripada kecenderungan pelajar adalah memberi hujah bersifat
metodologi dengan menyatakan sampel yang digunakan tidak mewakili,
alat ukuran yang tidak sah, tempat kajian yang berbeza dan sebagainya.
Ini merupakan hujah batasan kajian dan kelemahan yang memang
dijangka. Anda sepatutnya memberi hujah teoritikal iaitu sebab-sebab
kejadian terjadi dalam realiti kajian anda.
10.3.7 Bahagian Kesimpulan dan Penutup

Bahagian ini bertujuan membuat kesimpulan dan seterusnya menutup


laporan kajian anda. Bahagian kesimpulan boleh dimulakan dengan
membuat rumusan hasil kajian agar pembaca dapat mengingat kembali
tujuan kajian dan keputusan yang diperolehi. Selepas itu and boleh
menyatakan implikasi daripada keputusan kajian. Sesuatu penemuan
kajian pasti memberi implikasi kepada realiti persekitaran yang dikaji.
Sebagai contoh, apabila keputusan kajian menunjukkan tahap asertif yang
rendah di kalangan remaja yang terjebak dengan penagihan dadah, ia
165

boleh memberi implikasi bahawa ketahanan diri remaja perlu menjadi


perhatian dan ia perlu diperingkatkan melalui berbagai cara. Anda
bertanggungjawab cuba menjelaskan strateginya hasil daripada kajian
anda.
Dalam kesimpulan anda boleh menyatakan kekurangan yang tidak
dijangka berlaku dalam kajian anda agar pengkaji akan datang yang
berminat untuk membuat kajian ulangan atau replikasi kajian anda dapat
memperbaikinya. Selain daripada itu cadangan dan syor elok dimasukkan
dalam bahagian ini agar pembaca dan pengguna kepada kajian anda dapat
memikirkan pelan tindakan untuk kebaikan dan kebajikan masyarakat
yang lebih besar.
i)

Rujukan

Semua bahan dirujuk dlam teks hendaklah dimasukkan di


bahagian ruukan. Dalam modul ini rujukan dinamakan sebagai
bibliogerafi. Gaya penulis rujukan akan dibincangkan dalam
bahagian gaya penulisan laporan.
ii)

Lampiran

Lampiran boleh memasukkan semua bahan yang digunakan


dalam kajian. Ia mungkin termasuk salinan arahan dan soal
selidik, jenis peralatan yang digunakan, senarai bahan ransangan,
alat-alat ukuran dan seterusnya. Anda pelajar yang melampirkan
beberapa hasil cetakan analisis yang dibuat dengan menggunakan
komputer. Jika ia dapat membantu pembaca, elok dimasukkan.
Semua lampiran mesti disenaraikan.
SOALAN DALAM TEKS 10.1

1.
2.
3.

Senaraikan struktur atau pun susunan yang perlu


ada dalam penulisan laporan kajian.
Apakah
bahagian-bahagian
yang
perlu
terkandung dalam bab metod kajian?
Apakah komponen penting dalam melaporkan
keputusan kajian?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

166

10.4 GAYA DALAM PENULISAN ILMIAH

Setelah anda didedahkan dengan struktur yang mengandungi bahagianbahagian yang perlu ada dalam laporan kajian, sekarang anda didedahkan
dengan gaya dalam sesuatu penulisan ilmiah. Penulisan ilmiah
termasuklah penulisan tesis, kertas projek, artikel untuk diterbitkan
misalnya dalam jurnal, atau sebarang penulisan yang memberi pemberat
ilmiah termasuklah kalau boleh dipraktikan dalam penulisan esei bagi
sesuatu keperluan kursus di universiti.
Gaya dalam bahasa biasa membawa makna cara yang tersendiri bagi
seseorang. Ia adalah cermin persembahan dirinya secara tekal. Oleh
kerana itu orang berhujah yang dia mempunyai gayanya yang tersendiri.
Namun demikian, gaya dalam penulisan merujuk kepada cara pengeditan,
bukan cara penulisan. Ia merujuk kepada aturan dan panduan yang
bersifat piawai yang digunakan oleh penerbit untuk mempastikan apa
yang dihasilkan dalam penulisan jelas dan tekal. Sungguhpun latihan
ilmiah, tesis dan projek penyelidikan tidak diterbitkan tetapi supaya ia
kelihatan kemas dan teratur, maka gaya pengeditan yang biasa digunakan
juga mestilah tekal.
Yang menjadi peraturan dalam penulisan termasuklah tanda bacaan,
ejaan kata singkatan, pembentukan jadual, pemilihan tajuk bahagianbahagian mahu pun kepada jadual-jadual hendaklah seragam. Yang
penting ialah cara memetik dan meletakkan rujukan.
Terdapat banyak gaya penulisan ilmiah. Antaranya ialah gaya Chicago,
gaya American Psychological Association (APA), gaya Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) dan gaya yang telah dipersetujui untuk diguna pakai
di Institusi Pengajian Tinggi. Pusat Pengajian Siswazah Universiti
Kebangsaan Malaysia misalnya telah menerbitkan buku berjudul Gaya
UKM dan diguna pakai untuk penulisan ilmiah pelajar dan juga gaya
penulisan kepada sebarang hasil yang diterbitkan oleh Penerbit universiti
tersebut. Penulisan dalam bab ini hanya menyentuh perkara-perkara
utama dengan berpandukan kepada gaya APA, DBP dan UKM. Anda
bolehlah merujuk sendiri Manual APA, buku Gaya UKM dan artikel
yang diterbitkan oleh DBP untuk mendapat maklumat yang lebih
terperinci.
a)

Kepala tajuk

Bahagian-bahagian dalam penulisan hendaklah dibezakan di antar satu


sama lain dengan menggunakan kepala tajuk yang berbeza. Sesuatu
keterangan mungkin menjadi sub bahagian kepada keterangan yang lebih
167

besar. Jadi sub bahagian harus diberi kepala tajuk yang lebih kecil. Ia
perlu diteruskan secara tekal. Apabila sampai kepada bahagian besar
semula, kepala tajuk mestilah seperti tajuk besar.
Manual APA memberi sehingga 5 aras tajuk. Untuk kegunaan biasa
mungkin 4 aras sudah memadai. Tajuk ditulis dengan huruf besar dan
diletakkan di tengah tanpa garis seperti berikut:
TAJUK HURUF BESAR
Terdapat di kalangan pelajar yang suka menggunakan nombor bagi
kepala tajuk. Manual APA tidak menyentuh gaya ini. Hanya Manual APA
sahaja yang menggunakan cara ini. Gaya ini boleh mendatangkan
kesukaran untuk menomborkan apabila tajuk kecil apabila ia semakin
banyak dan kita tidak dapat tekal dalam memberi nombor. Dalam modul
ini system menomborkan bahagian-bahagian amat sukar dan tidak tekal
antara satu bab dengan bab yang lain. Oleh kerana itu sesetengah pakar
mencadangkan bahawa gaya nombor lebih sesuai bagi laporan teknikal.
b)

Petikan

Manual APA menetapkan dua jenis petikan iaitu:


1.

Petikan yang disisip dalam ayat iaitu bagi yang tidak melebihi had
40 perkataan dengan tanda petik. Contohnya seperti berikut:
Kajian Nelson dan Mathia menganggap lokus kawalan sebagai
................ (1995: 110) dan ia dapat dibahagikan kepada dua iaitu
lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran.
Petikan panjang yang mengandungi lebih daripada 40 patah
perkataan diensot (indent) lima ruang di kiri dan kanan bahan
dijangkau sebaris.
Nelson dan Mathia (1995: 116) mencadangkan bahawa
kajian-kajian untuk meneliti hubungan antara cara gaya
pembelajaran dan jangkaan diri terhadap grade atau prestasi
akademik di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi amat
digalakkan. Tambahan pula kajian yang berminat untuk
mendalami persoalan mengapa hubungan di antara
orientasi pembelajaran dan tendensi untuk jangkaan yang
lebih tinggi signifikan sedangkan hubungan di antara
orientasi terhadap grade dengan jangkaan diri secara tepat
tidak signifikan.

168

c)

Tajuk jadual dan rajah

Amalan biasa meletakan tajuk jadual di tengah-tengah muka surat.


Namun demikian cara ini menjadi bermasalah apabila tajuk itu terlalu
panjang. Manual APA menetapkan tajuk jadual diletak santak ke tepi.
Berikut ditunjukkan beberapa contoh tajuk jadual yang diambil daripada
artikel tulisan Van Roosmalen & McDaniel (1989) berjudul Peer Group
Infulence as a Factor in Smoking Behavior of Adolescents yang diterbitkan dalam
Jurnal Adolescence Bilangan 24 muka surat 806.
Table 12.1
Smoking Status of Participatting Grade Eight Students by Gender

Tajuk gambar atau gambarajah juga diletak di atas gambar atau


gambarajah dan santak ke kiri tanpa garis diikuti dengan keterangan
gambar atau rajah itu.
Gambarajah 12.1
Model Teori Roe Hubungan di antara Personaliti dengan Gaya Didikan

Masukkan Gambarajah Di sini

d)

Sistem pengarang-tarikh

Salah satu ciri penting penulisan ilmiah ialah ia menggunakan nukilan dan
petikan daripada hasil karya orang lain. Nukilan dalam kurungan kita
mengenalkan sumber dari mana kita ambil, dan membolehkan pembaca
mencari sumber maklumat dalam senarai rujukan di akhir laporan kajian.
Dalam psikologi kita menggunakan sistem pengarang-tarikh iaitu nama
pengarang dan tahun penerbitan, kedua-duanya sekali atau tarikhnya
sahaja (bergantung kepada tempat), diletakkan dalam kurungan,
contohnya:

169

1.
2.

Kerlinger (1992), menegaskan ....


Kajian-kajian berhubung dengan isu psikometrik alat ukuran
motivasi kerja (Borgatta, 1967; Borgatta, Ford & Bohrnstedr, 1968;
Summer, Burke, Satiel & Clark, 1971) ....

Terdapat pelbagai variasi cara penulisan ini. Anda boleh merujuk


daripada buku Gaya UKM misalnya atau artikel-artikel dalam jurnaljurnal terkemuka.
e)

Senarai rujukan

Senarai rujukan hendaklah ditulis dengan susunan abjad di belakang


laporan kajian. Ada berbagai-bagai rujukan seperti buku, jurnal, majalah,
akhbar, pita rakaman, filem dan sebagainya. Untuk dijadikan contoh,
diturunkan empat bahan yang selalu dirujuk oleh pelajar iaitu buku,
artikel dalam buku, artikel dalam jurnal dan latihan ilmiah atau tesis.
1.

Buku
Goodwin, C. J. 1995. Research in Psychology: Methods and Design.
New York: John Wiley & Sons.

2.

Artikel dalam buku


Iran Herman. 1993. Membina Teras Pendidikan Psikologi. Dlm
Aminuddin Mohd. Yusuf (Pnyt.) Mendekati Psikologi, 37-43.
Bangi: Jabatan Psikologi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.

Artikel dalam jurnal


Van Roosmalen, E.H., & McDaniel, S.A. 1989. Peer Group
Infulence as a Factor in Smoking Behavior of Adolescents.
Adolescence, 24, 802-814.

4.

Latihan Ilmiah atau tesis


Normaliyana Mohammad, 2001. Sikap Berdikari dan Motivasi Di
kalangan Anak Yatim Di dalam dan Di luar Institusi. Latihan
Ilmiah Program Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara
Malaysia.

Hari ini perkembangan internet dan laman web cukup pantas. Banyak
bahan boleh dilayari melalui komputer dan tidak perlu meneliti teks asal
dalam jurnal atau sumber-sumber yang lain. Untuk menulis rujukan
bahan yang diperolehi daripada laman web, cara berikut boleh
digunakan:
Holadat, M., Leach, M. M., & Davidson, M. 2001. Multicultural
Counseling and Intrapersonal Value Conflict: Acase Study.
170

http:www.ehostvgw5...m=multicultural/
20counseling.
Artikel yang tidak dinyatakan pengarang:
Big Five Personality Factors. http://www.carleton.ca/tpychh1/
01138/BigFive.html.
(boleh dinyatakan tarikh artikel dilayari)
f)

Nombor dalam perkataan

Manual APA mencadangkan supayaa nombor ditulis dalam perkataan


jika nombor itu kurang daripada 10 dan nombor itu tidak mewakili
ukuran yang tepat dan tidak dikumpulkan bersama untuk dibanding
dengan nombor 10 ke atas. Contoh di bawah ialah nombor dua.
Dua syarat untuk memenuhi .....
Perompak itu telah melakukan dua tiga kali rompakan sebelum itu ....
Nombor ditulis dalam perkataan jika:
1.
Nombor kosong atau satu
Nombor di permulaan ayat, tajuk, kepala: seperti sepuluh orang
2.
subjek mengambil bahagian.
Nombor pecahan seperti dua pertiga
3.
g)

Organisasi jadual

Maklumat yang banyak dalam penyelidikan boleh diringkaskan melalui


beberapa jadual supaya mudah dilihat secara keseluruhan oleh pembaca.
Di bawah ini dikemukakan sebahagian daripada format merumuskan
maklumat ke dalam jadual.
i)

Merumuskan statistik

Jadual 12.2 merumuskan maklumat beberapa pembolehubah


ke dalam satu jadual sahaja. Jadual ini menyenaraikan
kekerapan bagi setiap kategori atau atribut pembolehubah
nominal.

171

Jadual 12.2
Merumuskan Statistik
Pembolehubah Nominal

Bilangan

Peratus

Jantina:
Lelaki
Perempuan

82
89

48.0
52.0

Pelajar
Persara
Penganggur
Sedang mencari kerja
Pekerja Sambilan
Bekerja Sepenuh Masa
Kumpulan Etnik:
Melayu
Cina
India
Lain-lain

26
2
13
4
19
107

15.2
1.2
7.6
2.3
11.1
62.6

24
18
16
4

38.7
29.0
25.8
6.5

Status:

Kebelakangan ini pelajar menganalisis data dengan pakej komputer


seperti SPSS for Windows dan terdapat segolongan pelajar yang
menyalin seluruh jadual yang dihasilkan oleh pakej komputer apabila
mempersembahkan datanya. Sama ada secara sedar atau pun tidak sedar
kebanyakan tidak memahami apa yang dicetak oleh komputer. Harus
diingat bahawa pakar yang menulis dalam jurnal juga menganalisis data
dengan komputer dan pastinya mendapat hasil cetak yang sama. Mereka
tidak menurunkan jadual hasil cetak komputer apabila membuat laporan
kajian tetapi merumus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2. berikut
merupakan contoh jadual hasil setak komputer berhubungan dengan
taburan kekerapan bangsa dan terus dipaparkan sebagai jadual dalam
laporan. Pelajar dinasihatkan agar meletakkan daripada meniru cara ini
kerana ia mengambarkan anda kurang memahami apa yang anda
laporkan.
Bangsa
Frequency
Percent

Valid
Missing
Total

Melayu
Cina
India
Lain-lain
Total
System

517
117
54
12
700
3
703

172

73.5
16.6
7.7
1.7
99.6
.4
100.0

Valid
Percent
73.9
16.7
7.7
1.7
100.0

Cumulative
Percent
73.9
90.6
98.3
100.0

Pembolehubah yang diukur dan mempunyai skala pengukuran selanjar


boleh diringkaskan dan diperihalkan secara deskriptif dengan
menggunakan nilai min dan sisihan piawai.
Jadual 12.3
Nilai Min dan Sisihan Piawai Pembolehubah Terpilih
Pembolehubah
Umur
Pendapatan Keluarga
Personaliti
Penghargaan Kendiri

ii)

Bil
230
230
230
230

Min
23.60
RM 3245.00
45.87
24.30

Sisihan Piawai
3.70
194.00
12.35
4.60

Merumuskan Kotigensi

Keputusan-keputusan crosstabulation yang dianalisis dengan


komputer boleh dirumuskan dalam jadual kotigensi seperti jadual
12.4. di dalam jadual ini dilaporkan peratusanbersama bilangan
kes, nilai Khi Kuasa dan kebarangkalian aras signifikan pengujian
yang dipetik daripada artikel tulisan Van Roosmalen & McDaniel
(1989) berjodol Peer Group Infulence as a Factor in Smoking Behavior of
Adolescents yang diterbitkan dalam jurnal Adolescence Bilangan 24.

Total

(136)

(143)

(279)

(813)

(841)

(1654)

X2 = 16.85,p < .05

iii)

Merumuskan Nilai Min Bagi Pembolehubah Terikat

Beberapa analisis pembolehubah nisbah boleh disatukan ke


dalam satu nilai jadual seperti Jadual 12.5. jadual ini merumuskan
min, sisihan piawai, bilangan kes, nilai statistik inferens yang
digunakan dan petunjuk arah kebarangkalian dua pembolehubah
yang diukur. Nilai statistik yang signifikan diberi tanda bintang
pada nilai tersebut dan diikuti dengan petunjuk aras signifikan
yang dipilih dan ditunjukkan di bawah jadual. Dalam contoh di
bawah nilai statistik t bagi menunukkan perbezaan min
penghargaan kendiri (self-esteem) dan kepercayaan kepada
kebolehan (competence belief) di antara kumpulan androgynous dengan
kumpulan undifferentiated yang disesuaikan daripada artikel yang
ditulis oleh Alpert-Gillis dan Connell (1989) dalam Journal of
Personality Bil 57 adalah signifikan pada aras signifikan .05
173

Table 12.5
Means and Standard Deviations of Self-Esteem and Competence Beliefs
Within Sex-Role Orientation Groups
Groups

Mean

Standard
Deviation

Self Esteem
Androgynous

34

2.66

0.25

Undifferentiated

32

2.79

0.32

Competence Belief
Androgynous

34

3.33

0.49

1.70

4.15*
Table 12.5
Means and Standard Deviations of Self-Esteem and Competence Beliefs
Within Sex-Role Orientation Groups
Groups

Mean

Standard
Deviation

Self Esteem
Androgynous

34

2.66

0.25

Undifferentiated

32

2.79

0.32

Competence Belief
Androgynous

34

3.33

0.49

Undifferentiated

32

2.85

0.44

1.70

4.15*

*p < .05

Sebagaimana yang diterangkan di atas terdapat di


tidak merumus keputusan analisis dalam jadual
menggunakan seluruh hasil cetakan komputer
mengetahui apa sebenarnya yang dihasilkan oleh
cara ini.

kalangan pelajar yang


seperti di atas tetapi
seperti berikut tanpa
analisis. Cuba elakkan

T-Test
Group Statistics

KENDIRI

Jantina
Lelaki
Perempuan

N
255
446

Mean
19.2784
23.3386

174

Std. Deviation
12.4823
14.0498

Std. Error Mean


.7817
.6653

Independent Samples Test


Levenes Test
for Equality of
Variances

Equal
variances
assumed
Equal
variances
not
assumed

KENDIRI

iv)

t-test for Equality of Means

Sig.

df

Sig.
(2tailed)

45.776

.000

3.830

699

.000

-4.0601

1.0600

3.955

581.189

.000

-4.0601

1.0265

Mean
Difference

Std. Error
Difference

95% Confidence
Interval of the
Difference
Lower
Upper
-6.1413
-1.9790
-6.0761

-2.0441

Merumuskan Kerelasi

Matriks kolerasi dirumuskan seperti jadual 12.6. Pekali korelasi


yang signifikan secara statistik boleh ditunjukkan dengan bintang
seperti yang ditunjukkan dalam jadual sebelum ini. Contoh di
bawah menunjukkan kolerasi empat pembolehubah yang dipetik
daripada ertikel Nelson & Mathia (1995) bertajuk The Relationship
Among College Students Locus of Control, Learning Styles, Self Prediction
of Grades adalah signifikan pada aras yang dipilih .05.
Table 12.6
Correlation of Learning Orientation, Gred Orientation and Internal and
External Locus of Control
Variables
Learning
Orientation
Grade Orientation
Internal LO
External LO
Note

Learning
Orientation
-

Grade
Orientation

.57*
.20
.37*

.29*
.34*

Internal LO

.48*

External
LO

LO = Locus Control
* p < .05

Cuba anda lihat perbezaan maklumat yang dihasilkan dalam jadual hasil
cetak komputer berhubung dengan kolerasi tiga pembolehubah iaitu
penghargaan kendiri, personaliti dan gred yang sama seperti kendiri
dengan kendiri tidak dilaporkan mempunyai pekali korelasi 1.00 kerana ia
tidak memberi erti apa-apa. Jadual 12.6 di atas melaporkan hubungan
learning orientation dengan learning orientation sebagai tiada ditandai dengan
( - ) kerana ia pembolehubah yang sama.

KENDIRI

Correlations
KENDIRI
Pearson Correlation
1.000
Sig. (2-tailed)
.
N
701
175

PERSON
-.026
.497
701

GRED
.079
.066
550

PERSON
GRED

v)

Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N
Pearson Correlation
Sig. (2-tailed)
N

-.026
.497
701
.079
.066
550

1.000
.
701
-.034
.425
550

-.034
.425
550
1.000
.
550

Menggunakan Graf dan Carta

Satu cara yang anda mungkin sudah biasa gunakan untuk merumuskan
maklumat ialah menggunakan graf dan carta seperti yang ditunjukkan
dalam Gambarajah 12.2 dan 12.3. Gambarajah 12.2 menunjukkan umur
mula menagih responden dari kawasan luar bandar dan bandar mengikut
jantina.
Gambarajah 12.2
Umur Mula Menagih Responden Luar Bandar dan Bandar Mengikut Jantina

Umur
20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Perempuan Lelaki
Bandar

Perempuan Lelaki
Luar Bandar

Gambarajah 12.3 pula menunjukkan hubungan di antar penghargaan


kendiri dengan personaliti.

176

Gambarajah 12.3
Plot Hubungan antara Penghargaan Kendiri dengan Personaliti

40

30

0
20

00

0 0
0

10

0
10

20

30

40

50

60

70

80

Personaliti

SOALAN DALAM TEKS 10.2

1.
2.
3.

Terangkan gaya penulisan yang terkenal dan perlu


diikuti apabila menulis laporan penyelidik.
Terangkan bagaimana merumus jadual untuk
mempersembahkan data dan maklumat yang
diperolehi dalam kajian.
Dalam keadaan yang bagaimana nombor ditulis
dalam perkataan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.

Apakah yang anda faham dengan susunan, struktur dan


organisasi penulisan laporan kajian?

177

2.
3.

Jelaskan bahagian-bahagian penting yang perlu dimasukkan


dalam bahagian pengenalan sesuatu laporan penyelidikan?
Apakah perkara yang boleh dijadikan panduan untuk menulis
suatu lapporan penyelidik yang bermutu?
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 10.1

1.

Laporan penyelidikan hendaklah mengandungi struktur atau


perkara-perkara berikut:
Tajuk
Abstrak
Pengenalan
Metod Kajian
Keputusan
Perbincangan
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

2.

Bahagian-bahagian yang perlu terkandung dalam bab metod


kajian ialah
Subjek atau responden
a)
Rekabentuk kajian
b)
Peralatan, alat ukuran, ujian, dan bahan
c)
Tata cara atau prosedur kajian.
d)

3.

Apakah kompenan penting dalam melaporkan keputusan kajian


Mampu menjawab soalan dan tujuan kajian yang
a)
dikemukakan
Menguji hipotesis yang dibina sama ada disokong atau
b)
tidak.
Bentangkan keputusan dari yang mudah atau umum
c)
kepada yang lebih khusus.
Bentangkan statistik diskriptif terlebih dahulu untuk
d)
digunakan untuk menentukan sama ada hipotesis yang
dibina patut diterima atau ditolak.
178

SDT 10.2

1.

Gaya penulisan yang terkenal dan perlu diikuti apabila menulis


laporan penyelidikan ialah Chicago, American Psychological
Association (APA), gaya Dewan Bahasa dan Pustaka DBP dan
gaya-gaya yang telah diguna pakai di beberapa Institusi Pengajian
Tinggi.

2.

Jadual boleh dirumus dan diorganisasi agar data yang


dipersembahkan menarik dan kemas dengan beberapa cara,
antaranya ialah:
Merumus statistik bagi setiap pembolehubah kategori
a)
atau atribut yang
Bersifat norminal
b)
Merumus dengan menggunakan jadual kotigensi
c)
Merumus nilai min dan sisihan piawai pembolehubah
d)
terikat yang dikaji
Merumus korelasi bagi melihat hubungan pembolehubah
e)
Menggunakan geraf dan carta.
f)

3.

Dalam penulisan laporan kajian, nombor akan ditulis dalam


perkataan dalam lima kaedah berikut:
Nombor kurang daripada 10
a)
Tidak mewakili ukuran yang tepat
b)
Nombor kosong atau satu
c)
Nombor di permulaan ayat, tajuk, kepala: seperti sepuluh
d)
orang subjek mengambil bahagian.
Nombor pecahan seperti dua pertiga
e)

179